Home

Showing posts with label shaheizy sam. Show all posts
Showing posts with label shaheizy sam. Show all posts

Monday, October 15, 2012

Cherita Basi Lagi. Open House Media Prima.

Sekali lagi Jijah nak menghabiskan segala cherita-cherita yang tak sempat nak diupdate selepas kejadian tempoh hari. Tapi update sekarang pun kira okay lah kan? HEHE. Tempoh hari kawan aku ada ajak aku untuk pergi ke Open House Media Prima. Biasalah Jijah kan? Kalau dapat ajakan atau jemputan untuk majlis makan-makan mesti laju saja mengangguk nak pergi kan? Bak kata orang , rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicari. Tak begitu uols? Ekekeke.

Open House Media Prima yang lepas telah diadakan di Sime Darby Convention Centre. Bila sampai saja memang ramai sangat orang kekdahnya. Dah nama pun Open House Media Prima kan? Mestilah ramai orang yang hadir uols. Masa tu dalam kepala memang cuma fikir makanan-makanan-makanan-makanan-makanan! Ewah! Over kau Jijah! Hahahah.. Bila masuk-masuk saja dewan tu , memang semerbak bau macam-macam makanan. Tapi sebab ramai sangat orang masa tu memang tak ada tempat duduk pulak! Masa tu memang ramai juga selebriti yang hadir. Tapi Jijah cakap tadi tetibe perut berkeroncong kan? Artis lalu sebelah pun pandang sebelah mata je uols! Matilerrrr perasan Diva kejap! Ini lah kekdahnya kalau perut lapar katanya! Hahaha...

Jijah pun dah tak tahu nak tulis apa lagi dah. Maklumlah cherita dah basi , mana nak ingat serba serbi kan uols? Jadi meh ler kita tengok gambar sahaja. 



Datin Seri Tiara Jacquelina & Jijah


Jijah & Diana Amir. Sweet kan lepas dia berhijab? :)


Intan Ladyana & Jijah


Hahahaha dengan boboiboy pun wajibs bergambar okes? Hahahah! *pengsan*


Shaheizy Sam & Jijah! *kedip-kedip mata* hahahah


Jijah & Ziela Jalil 


Datin Paduka Umie Aida & Jijah


Jijah & Rosyam Nor


Datuk Seri Ismail Sabri & Jijah


Jijah & Roslen ( Editor Hiburan Harian Metro )



Hiks. Banyak tak banyak jugak gambar-gambar malam tu. Biasalah kan? Mood nak makan lagi banyak daripada mood nak bergambar khennn? Kata kau Jijah! Lagipun ini entri basi pun kan , Jijah pun tetibe jadi terkelu lidah , terbeku otak nak menulis apa lagi dalam entri ini. Begitulah kan? Ini update entri ini , konpem jugak ramai yang mencerca cakap orang dah nak Raya Haji dah Jijahhhhhhhhh oiii... Tapi ada Jijah kisah cak-cak-cak khennnn? Hahahah...

Jika ikutkan hati memang tak mahu update lambat-lambat setiap cherita. Tapi apakan daya Jijah. Setiap kali mahu mengupdate setiap kali itu jua ada saja masalah-masalah yang tak mampu untuk dielakkan. Bila satu persatu masalah datang bertandang membuatkan Jijah rasa malas mengupdate dalam kadar pantas walaupun Jijah tahu yang lagi afdhal katanya untuk update selalu. Tapi Jijah tehtap tak mampoooo untuk menghalang semua itu katanya! Eceh. Alasan sangat katanya.

Cuma Jijah juga kadang-kadang ada juga masalah-masalah lain yang tak mampu untuk dielakkan dan tak mungkin juga akan mencoret disini. Jadi bila ada yang tertanya-tanya kenapa Jijah update lambat , Jijah rasa tak mampu nak menjawab katanya! Gituew... yang penting nah sekeping gambar Jijah untuk tatapan korang. Kekdahnya ada ke orang nak tatap??? Nangesss... *panggggggg*


shantek pulak gambar ni khen?

hikhikhik...

OKBYE!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, September 13, 2012

Iftar Bersama Shaheizy Sam

Cherita ni dah lama. Hampir sebulan yang lepas sebenarnya. Tapi memandangkan bulan Ramadhan yang lalu Jijah memang kekurangan masa untuk mengetuk kibod dek kerana sibuk menjual cookies katanya kan? Maka , tak kisahlah kan update selepas Ramadhan pun kan? HEHE. 

Kisahnya bulan Ramadhan yang lepas , secara tiba-tiba dapat DM dekat Twitter dari Shaheizy Sam Official FC yang katanya aku terpilih untuk menyertai Majlis Berbuka Puasa bersama Shaheizy Sam. Aku agak terpinga-pinga pada permulaan nya. Iyelah kan, memang lah aku minat Sam , kenal Sam ( tak kan tak kenal kot Jah? over sangat kalau tak kenal hahaha ) , tapi bila tetibe dapat DM jenis macam tu Jijah agak , errr okay , apakah semua ini? Cuma aku ada juga tahu Sam nak anjurkan pertandingan ke apa entah ketika itu untuk peminat-peminat Sam menyertai Majlis Berbuka Puasa Bersama Sam itu. Lagi hairan aku tak masuk pun maan-mana contest kan? Sekali kau, dapat jemputan pulak. HEHE , rezeki agaknya! :)

So , bertempat di PJCC iaitu berdekatan dengan pejabat MIG , aku pun bergigihan mengheret kakak aku ke tempat kejadian kan. Amboi , tempat kejadian bagai kan?! Hahaha.. Tapi kekdahnya , weols agak tak familiar dengan tempat PJCC itu. Gigih aku google maps bagai tau. Iyelah , kalau sesat barat karang , mahu aku meraung tepi jalan tak tahu arah tuju kan? Kata kau Jijah! Padahal pergi dengan Ayah kan? Hahahah , dramatic all the time! Hehehe..

Hampir sejam setengah juga weols mencari PJCC. Oh oh oh oh oh rupanya , tempat dia bukan susah sangat dari tempat yang weols selalu pergi. Cuma dia agak tersorok. Maka dan patut lah weols tak jumpa tempat tu. Sampai ada yang bagitau tempat tu dekat mana etc etc kan baru jumpa? Hiks. 

Actually , aku tak ambil gambar banyak mana. Lagi sadis tak ada pun gambar aku dengan Sam pun kan? Acara wajib sepatutnya kena bergambar dengan retis tu kan?! Tapi biasalah kita mampu merancang but at the end, lain pula jadinya. Aku terpaksa balik awal dan ada masalah lain kan. Anyway , jom layan beberapa keping gambar yang sempat aku snap! ;)



muka bulan Ramadhan lepas. oh em geyy , tembam nya pipi. k , baru sedar diri! hahaha *panggggggggg


Sam dan Along RajaLawak



See? Sikit sangat kan gambar yang Jijah snap? Heheh , memang sikit sangat uols. Lagipun tengah puasa kan masa tu? Haruslah keadaan agak lemau kekdahnya! Ewah, alasan semata-mata sangat tau! Ekekekek. Oh , masa majlis berkenaan turut bersama ialah Along Rajalawak , Mawi dan juga Amran Ismail. 

Hiks , Jijah cuma sempat bergambar dengan Mawi dan Amran Ismail saja. Dengan Sam pun tak sempat sebab kekalutan balik awal katanya! Hehehe. Kalau tidak haruslah posing vogeh sokmo khen?! Kata kau Jijah! Hahaha.. eh nak tengok apa lagi? Okay , gambar yang sempat snap saja bersama Mawi dan Amran Ismail tu katanya...




Amran Ismail dengan kakak Jijah.

Begitulah kekdahnya. Tak banyak gambar membuatkan aku jadi kejung tak tahu nak bercherita pasal apa. HEHE. Lagipun aku update sekadar untuk mengabadikan semua benda dalam belog kesayangan kan? Tak ada niat lain pun. Katanya. Sebenarnya juga, ehem, muka aku ada termasuk dalam surat khabar sekali lagi. Gambar secara berjemaah dengan Sam. Tak tahu pun mula-mula. Sampai kakak aku bagitahu. Heh. Tapi sebab gambar kecil, aku tak gigih pula nak snap ke atau apa kan? Hahahah..cuba kalau macam yang muka aku keluar masa ambil tiket nak pi ABP tempoh hari tu kan? Mesti awal-awal lagi dah pung pang pang pong bagitahu orang khennnn? Hahahah..kejis sangat Jijah ni tau! :p

Rasanya macam tak ada lagi nak dicheritakan. Majlis Berbuka Puasa bersama Sam tempoh hari memang sangat santai. Sam pun sempat beramah mesra sekejap bersama semua peminat-peminat. Majlis yang sangat santai. Macam biasalah kan? Sam memang sangat peramah dengan semua orang. Hiks.

Last but not least. Gambar yang ala-ala masuk dalam surat khabar katanya. Katanya lah.


kamera cap ayam. faham-faham saja macam mana kan?

OKBYE.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Friday, September 7, 2012

Teaser 123. Mampoooooooo?

Aku agak terkial-kial untuk mengetuk kibod sekarang. Tidak pasti sama ada memang otak aku agak berkarat untuk mengetuk kibod menulis segala cherita yang ingin dikongsikan atau memang penyakit malas aku sedang bersarang dalam jiwa? Lepas ni kena tepuk dada sampai pengsan agaknya? Eh! 

Anyway , seperti biasa. Ada beberapa cherita basi yang nak berkongsi dengan korang. Tapi terlebih dahulu kasi teaser dahulu. Bila nak menulis semua cherita semua kena kasi feel. Baru aku ada feeling. Ghasak lah , cherita tu basi janji berupdate ye dok? Eh tapi kadang-kadang syok jugak update awal. Tapi masa nak update awal lah , internet lembap macam siput. Masa tu jugak tiba-tiba gambar tak ingat letak folder mana. Masa tu jugak nak jadi macam-macam hal. Habis tu bila nak ber-update nya pun kan? 

Tapi insyaAllah , kalau Jijah gigih , maka Jijah akan mengupdate setiap hari nanti ye. Ada banyak cherita yang nak dikongsi. Asyik cherita pendek. Asyik merapu meraban entah apa-apa. Tak syok jugak iye dak? Kadangkala yang malas bukan pasal apa , malas nak buat watermark. Tak buat watermark , mungkin ada yang akan buang watermark itu tapi paling risau kalau ada yang buat entah apa-apa dengan gambar itu. Yes, Jijah memang sangat hangen orang guna gambar Jijah tanpa restu Jijah. Mampooo ayat restu bagai? HEH! Dah tak usah nak membebel sangat Jijah! 

Begitulah. So , apa yang Jijah gigih sangat nak update next week ni? 


Gambar petang semalam. Ada apa dengan Masjid Jamek? 


Ada apa dengan Shaheizy Sam?


Ada apa dengan Media Prima?


Ada apa dengan Adam Mukhriz?

*cakar netbook* LOL

Hmmm..itu baru suku gambar yang ditayang. Ada banyak lagi gambar yang nak ditayang next week. Kalau nak tahu ada apa dengan semua itu , jangan lupa masuk baca belog Jijah next week okes? Ewah , kau ingat kau Hanis Zalikha ? RedMummy ? Yuyu Zulaikha ? Yang orang akan masuk bila kau dah update? Kau ingat begitu Jijah? Oh sedihhhhhhh tiba-tiba! Hahahahaha dah buat drama dah! 

InsyaAllah kalau tidak ada aral melintang , semua gambar-gambar yang setiap nya ber-caption ADA APA ADA APA  mahu saja lempang pipi sendiri buat ayat begitu kannnnn? ini akan diupdate dengan jayanya. InsyaAllah. Semoga line internet pun bekerjasama dengan Jijah. Jangan sibuk nak jadi siput ye line internet! *pegang pisau* Ekekekeke. Begitulah kan. Entri ini pun Jijah gigih mengetuk kibod tatkala mata sudah rabak bagai nak rak. Tapi memikirkan belog asyik sunyi sebelum-sebelum ini tanpa sebarang update , maka mari gigihkan diri kannnn? Gitu kata kau Jijah!

So weekend korang dah ada plan nak pergi mana-mana tak? Ada dapat jemputan open house tak? Hah! Kalau ada selamat berumah terbuka ye korang! Hiks.

Okbye!

Terima kasih sudi baca entri ini :)