Home

Showing posts with label notetoself. Show all posts
Showing posts with label notetoself. Show all posts

Monday, December 14, 2015

#NotaUntukDiriSendiri : Buat Baik.

Semalam sambil menanti masa untuk tidur , Jijah seperti biasa bila tak boleh tidur terus ambil telefon bimbit dan buka apa sahaja yang boleh dibuka ; Whatsapp , Instagram , Facebook dan Twitter katanya. Selepas itu , terjumpa pula satu gambar yang mempunyai satu ayat yang cukup membuatkan Jijah hensofff seketika.

Amboi , hensof terus!



Sebenarnya , seringkali Jijah berasa down dan tidak bersemangat bila terjadi macam-macam yang menimpa dalam kehidupan. Boleh dikatakan , tak ada semangat betul. Rasa macam , kenapalah hidup aku tak seindah seperti orang lain? Kenapalah itu dan kenapalah ini. Hingga boleh hilang rasa syukur dek kerana merungut dengan kehidupan sendiri. Faham kan , akan ada satu point dalam kehidupan kita yang kita akan mempersoalkan tentang kehidupan kita sendiri , kan?

Jangan kata tak pernah langsung , sebab itu menipu! Ewah statement kau Jijah! Kikiki. Tapi kalau betul korang tak pernah langsung merasai seperti itu , wow you guys are amazing! AMAZING! Begituuuuu.

Aku bersetuju dengan kenyataan di dalam gambar itu.

Fikir yang baik-baik.
Cakap yang baik-baik.

InsyaAllah yang baik-baik datang pada kita.

Ayat yang cukup mudah. Ayat yang kita seringkali dengar , sebenarnya. Ayat yang selalu mak ayah kita sendiri pun pesan pada kita. Tapi kita seringkali juga lalai dan buat tidak endah dengan pesanan mak ayah kita sendiri. Aku akui , bila kita sentiasa fikir yang baik-baik beserta cakap yang baik-baik mungkin tidaklah akan ada duit seguni jatuh dari langit , akan ada sebijik rumah ada orang hadiahkan. Tidak , sama sekali. Tapi ada banyak lagi perkara yang baik akan menyusuli kita. Tak begitu?

Mungkin ketika itu kita tertinggal wallet / purse kita , tiba-tiba ada kawan yang sudi nak belanja kita makan. Mungkin ketika itu kita punya kereta kehabisan minyak dan terberhenti di tengah jalan raya ada orang lain yang akan membantu tanpa sempat kita meminta bantuan. Mungkin dan banyak lagi kemungkinan yang kita rasa itu hanya "luck" semata-mata namun sebenarnya itulah orang kata kita buat baik , esok lusa akan ada orang buat baik dekat kita. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang konsepnya.

Entahlah , semenjak kehidupan menginjak usia 20an ini , aku rasa aku kena lebih banyak positif dari setiap sudut. Kalau aku asyik memikirkan nasib hidup sendiri yang tak ada kelebihan seperti orang lain , mungkin aku tidak berada di tahap yang aku ada sekarang. Tak begitu? Hehehe.

Jadi , marilah kita tanamkan sifat untuk fikir yang baik-baik dan cakap yang baik-baik bermula sekarang. Tak perlu tunggu 2016 , tapi kita mulakan sekarang juga. Supaya yang baik-baik juga akan datang pada kita. InsyaAllah. 

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, October 28, 2014

Wujud Ke Lalang FC Tu? Kau Ghaserrrr?

Kalau korang mengikuti instagram aku ; IjahEmoTemo , korang mesti akan selalu ternampak perkataan beserta hashtag #lalangfc. Itupun kalau korang mengikuti instagram aku lah kan. Mesti ada yang tertanya-tanya , adakah #lalangfc itu benar-benar wujud atau sebaliknya? HAHAHAHA.

Aku seringkali tertawa , tertawa dengan nama yang aku sendiri kasi itu. Sebenarnya tak ada pun wujud secara sah-nya. Lagipun aku rasa tak salah pun kalau nak have fun sedikit dengan mewarnai kehidupan dengan perkara remeh yang seperti itu. Mungkin-lah ada orang yang tidak senang dengan perkara tersebut. Namun aku pun bukan-lah mampu nak memuaskan semua orang khen? Lagipun aku pun cuma peminat biasa macam orang lain juga. Tapi kalau nak serius mak yus saja , sampai bila nak macam itu kan?

Aku sendiri terjebak dalam industri mengejar retis ni pun secara tidak sengaja. Mula-mula sekadar suka-suka namun kekadang nampak macam rutin wajib pulak khen? Tapi tak ada wajib mana pun. Kecoli kalau dah minat bagai nak rak , memang lah dah jadi aktiviti wajib menyokong aktiviti mereka katanya. Kalau tak ada apa-apa hal , boleh lah kan? Tapi tak adalah 24-7 memikirkan retisss sajork! Apa kau teda life ke nak mengekor apa saja retis kau buat nok? HAHAHAHA.

Eh kenapa Jijah tiba-tiba sahaja menulis tentang ini? Tak ada apa-apa lah. Saja-saja je pun. Maklumlah , kekadang kena juga kasi penerangan penuh yang jelas dan nyata supaya tidak ada yang berburuk sangka dengan apa yang kita buat. Aku agak pantang bila aku melihat kenyataan yang tidak berasas daripada orang yang tidak faham perkara yang kita lakukan hanya untuk gurauan bodoh semata atau untuk perkara serius. Betul , aku tak suka orang menuduh tak tentu hala. Kalau rasa musykil , tanya. Bukan terus membuat satu kenyataan prejudis yang sebenarnya kau tak tahu apa-apa pun kan? Gittuew. 

Rasa bosan pula tiada gambar dalam entri ini kan? Kata entri untuk lalang fc yang tidak pernah wujud pun , apa kata kita letak gambar dengan bermacam retis itu dalam entri ini kan? Barulah betul-betul #lalangsejati! LOL! 













Dah cukup #lalangsejati ke tidhokkk?

HAHAHAHA.

*ada bermacam jenis watermark sebab gambar ini diedit dari tarikh/bulan/tahun yang berbeza*

Memang bebetul Jijah buat perangai kan? Itu semua gambar-gambar yang pernah ada dalam belog , dan juga ada yang tak sempat nak letak dalam belog pun sebab kekangan waktu nak bercherita segala kan? Tapi okaylah tu , sekarang berjaya jugak letak dalam belog balik. Hahahaha.. Dah lah , tak payah nak serius sangat dengan perkataan lalang itu. Sekadar hiburan untuk diri sendiri dan bukan benda untuk diambil serius pun kan? Macam lah korang kalau nampak Lisa Surihani , Aaron Aziz , Shaheizy Sam , Anzalna Nasir lalu depan korang , korang sekadar buat tak tahu kan? Paling tidak menyapa hai pun kan? Eleh , jadah korang pulak nak mendiva tak tentu hala kan? HAHAHAHA. 

Namun macam mana #lalangsejati pun Jijah , tehtap lah juga fokus minat Jijah pada the one and only my retis kesayangan katanya , Aaron Aziz. Tiga tahun dah pun minat. Tapi tak ada kata memanjang sokong Aaron Aziz saja. Industri hiburan ni bukan besar mana pun. Alih-alih pusing-pusing dekat situ jugak. Sekali sekala ubah angin tak salah pun. Tak kan Aaron Aziz nak merajuk kot Jijah minat retis lain khen? Dia ada beratus ribu peminat lain dan siapa lah Jijah di antara mereka khen? Jadi , no worries. kehkehkeh. Aaron Aziz tak masuk baca kan? Wakakakakaka.

Dah , tak payah nak mengada sangat. Tak payah nak geletis sangat buat ayat macam gitu. Kan?


Hello Bintang Paling Popular 2013 , Aaron Aziz!

Macam mana sekalipun si Jijah ni melalang , nanti tehtap jua dia datang tersengih-sengih sambil melambai ratu mintak menyelfie macam dalam gambar atas ni kan?

HAHAHA.

Tak salah untuk melalang , dan tak salah untuk setia pada satu artis saja. Cuma kau tak layak untuk memberi kenyataan apa-apa untuk mana-mana pihak dan menyatakan kau betul. Kita masuk dalam industri mereka ini pun untuk menyokong. Untuk aku , kau menghembur ayat-ayat yang tidak menarik sekadar mencari perhatian dan menyakitkan hati orang lain? Nahhhh , bukan cakap untuk siapa-siapa , but this is a note to myself too. Aku pun manusia biasa , yang kadang-kadang terlupa untuk behave dan berkata sesuka hati juga. Aku pun turut terlepas pandang dan mungkin melakukan perkara yang sama. And that's why I'm write here. Untuk mengingatkan diri sendiri juga. Just a simple reminder to all of us :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)