Home

Showing posts with label magazine. Show all posts
Showing posts with label magazine. Show all posts

Friday, August 1, 2014

Kembali.

Macam dah lama sangat tak ada sebarang update dalam belog ini. Memang terlalu lama sangat. Tak sempat langsung nak curi masa untuk mengetuk kibod. Cuma sempat mengerling sekejap sahaja. Itu pun tak mampu nak ambil masa yang lama.

Ya Allah , rindu sungguh dengan belog picisan ini. Demi sesuap spagheti , memang tak sempat langsung nak melempiaskan rindu dalam belog ini. Alhamdulillah , rezeki Ramadhan yang lepas membuatkan aku cukup sibuk menerima tempahan aneka Popia Roll Mini. Sebab itu juga aku tidak sempat betul untuk mengetuk kibod.

Aduh. Tak tahu hendak tulis apa. Sebab sudah terlalu lama meninggalkan belog ini sampai otak terus beku tidak ada idea langsung untuk menulis apa lagi. Memang sekadar untuk melempiaskan rindu semata-mata. InsyaAllah jika ada masa lagi , Jijah akan cuba mencuri masa untuk mengetuk kibod lagi. 

Ewah ewah. Kaedah macam ada peminat sajork kan? Padahal... HAHAHAHA. Sebelum Jijah menitik-noktahkan entri ini , nahhhh terima-lah sekeping gambar dari Jijah. Mana tahu rindukan Jijah sangat-sangat ke kan? Walaupunnnn.. HAHAHA.


Ijah & LoveZaraZya FC dalam Media Hiburan edisi khas Aidilfitri.

Konsepnya kau hado? Cover depan Aaron Aziz. 

Memang helokkkk sangat!

T_T

okbai.

p/s : Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Andai sepanjang Jijah menulis dan berkongsi gambar dan cherita pernah menyentapkan perasaan para pembaca , Jijah pohon seribu kemaafan dan menyusun sepuluh jari memohon maaf. Kadangkala memang kita sendiri pun tidak sedar dengan kekhilafan diri sendiri kan? InsyaAllah , akan datang akan diperbaiki tulisan-nya agar lebih bermanfaat dan bukan untuk tatapan ketika bosan semata-mata. Eceh.

Macam mana raya korang? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)



Monday, December 24, 2012

Isnin Yang SuperHot?

Amboi , tajuk entri bukan main lagi kan? Tiba-tiba saja tajuknya begitu kan? Hiks. Apa yang superhot sangat tu kan? Agak-agak korang boleh agak tak apa dia yang superhot sangat itu? Jijah kalau tak buat tajuk yang terlampau over memang tak sah kan? Hiks.

Ehem. Sebenarnya tengah ketandusan idea untuk mengupdate cherita-cherita basi. Sadis sungguh bila otak tak mampu nak memerah idea sejak dua menjak ini. Mungkin terlampau stress dengan masalah keliling sampai dah tak mampu nak mengetuk kibod dengan bahagia lagi. Kemain lagi kau ayat! HAHA.

Sebenarnya aku bukan tengah superhot pun. Cuma yang superhot sekarang ialah Aaron Aziz. Eh kenapa dengan Aaron Aziz? Ehem , ini sebenarnya berkaitan dengan Buku Poster SUPERHOT Aaron Aziz katanya. Mesti ramai peminat-peminat Aaron Aziz sudah tahu tentang perihal. Mesti ramai yang sudah berpusu-pusu untuk mendapatkan buku poster tersebut. Tapi malangnya ramai juga yang soseh soseh dekat Jijah beritahu sangat susah nak dapatkannya. Very style Kak Pora B*Pop kan Jijah punya gaya menulis kan? HAHA , ok tak kelakar. Ehem , tapi tapi tapi Jijah berjaya juga mendapatkannya. Haruslah gegeh juga mencari katanya!

Walaupun dalam hati agak cuak , dapat ke tidak buku poster itu katanya! Tapi mujur juga, sekali sahaja mencari dah berjaya dapatkannya. Mula-mula memang tak ada niat nak beli. Tapi sebab ehem tengok harga cuma RM 9.90 ok lah , tutup mata kejap untuk beli. Kalau rasa tak best, Jijah jual dekat orang. Wakakaka , ada niat lagi tu uols. Sekali kau....bila beli...bila buka page pertama...bila tengok gambar-gambar dalam tu.... terus batal hasrat nak jual dekat orang! LOL , nampak tak kegeletisan Jijah? Maafkan saya. Ekekeke.


*cakar* *pengsan bangun balik*

LOL

Tengok cover depan pun dah rasa nak pengsan! Apatah lagi isi dalam tu kan? Memang terasa nak pengsan bangun balik uols! Ekekekek. Pandai sungguh Media Hiburan kan? Tiba-tiba saja buat buku poster ini. Tak pasal-pasal dalam kegigilan tangan ku menghulurkan RM 9.90 kepada tauke kedai itu. *meraung* Wakakakak , ayat gila dramatik! So , kepada sesiapa yang minat pada Aaron Aziz itu , jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Buku Poster Superhot Aaron Aziz yer. Memang banyak sangat gambar-gambar menarik disertakan sekali kalendar dah ala-ala tinggi Jijah (propa sangattttt) yang ada gambar Aaron Aziz juga. Gituew. 

So ada tak sesiapa yang dah dapatkan buku poster ini? Hiks.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, November 8, 2012

Kiriman Dari Singapura & Kiriman Dari Nuffnang Yang Paling Dinantikan. Persoalannya Apakah?

Tajuk bukan main panjang macam nak ajak orang berdebat atas pentas untuk menang Piala Perdana Menteri kan? Tapi malangnya memang Jijah tidak bertanding untuk apa-apa pertandingan. Sebaliknya mungkin Jijah sudah merindui untuk mengetuk kibod sementelah beberapa ketika berhenti mengupdate apa-apa dek kerana sering jiwa kacau tak tentu hala khen? Eleh , perfeeling jadi Ain Hawani lettuew nak jiwa kacau sokmo! Ahaks.

Sebab asyik sibuk dengan jiwa kacau sampai banyak sungguh cherita yang nak dicherita tak sempat nak dicheritakan. Hah! Kemain lagi ulang ayat sama kan? HEHE. Kisahnya , ada kawan aku di Singapura tiba-tiba bertanya pada aku.

"Jijah....ada banyak gambar abe Tapa dalam magazine Manja.. kau nak tak?"

Abe Tapa = Aaron Aziz

Masa tu , bila aku baca saja , boleh tahan nak terlompat juga. Gedik gelenya sangat. Heh. Tapi aku ni sebenarnya bukan jenis beriya sangat nak membeli majalah atau sebagainya. Maklumlah , diri sendiri pun bukan nya berisi sangat poketnya. Jadi nak melagho nak membeli pun kena fikir banyak kali kan? Sekali kawan aku cakap ... "tak payah fikir berapa ringgit nak bayar , aku hadiah kan aje!" Hah... suka tak suka tak? *pangggggggg* Hahahah , suka sangat katanya! Hiks.

Dekat seminggu juga menunggu dengan penuh kegirangan katanya. Mohtif girang bagai? Ada yang mahu minta pipi gebus di lempang khen? Hahahaha... tunggu punya tunggu... 


nampak tak ? nampak tak?

Jijah dapat 2 copy magazine Manja!

Masa buka bungkusan tu Jijah macam pelik sebab dapat 2 copy magazine Manja. Sekali terperasan ada nota kecil untuk Jijah. 

"Aku kasi kau 2 copy senang kalau kau tercakar salah satu magazine tu , still ada dalam simpanan lagi satu..." 

-.-'

Hahahahahahah...masa baca nota kecil yang ala-ala begitu ayat nya , terus Jijah rasa nak pengsan! Mentang-mentang Jijah kalau nampak aje gambar abe Tapa terus konon nya nak mencakar lah , nak pengsan lah , tapi tidak lah sampai dibiarkan terkoyak magazine itu. Hahahah. Anyway sangat terharu dengan kegigihan kaka Avi yang gigih menghantar 2 copy magazine ini. Ekekekeke. Gigih kasi hadiah magazine ni sebab tahu Jijah minat sangat-sangat dekat Aaron Aziz katanya! Hiks.

Terharu sangat katanya. Terima kasih kaka Avi. Nanti kalau ada magazine ada abe Tapa , kirim lah lagi. Eh! Hahahaha... :p


nampak tak kegigihan Jijah snap gambar? nampak tak? ok nampak. 
ekekekeke.

Hah , lepas itu pulak yang lagi buat Jijah kemain eksaited bila kiriman yang paling dinanti-nantikan telah pun tiba. Jeng Jeng Jeng. Cehhhh , tak payah nak jeng jeng jeng sangat lah Jijah. Dah terang lagi bersuluh Jijah dah tulis dekat tajuk entri itu kan? Hiks. 

Alhamdulillah , setelah pulun habis-habisan menulis,mengupdate dan apa saja lagi yang dibuat dalam belog kesayangan , akhirnya cek dari Nuffnang telah pun tiba ke tangan Jijah. Eksaited tu Tuhan saja yang tahu. Mungkin sebab itu hasil titik peluk sendiri kan? Maka perasaan dia lain macam sahaja. HEHE. Mungkin nilainya tidak setinggi orang lain. Tapi sebab itu hasil titik peluh Jijah , Jijah memang sangat bersyukur dengan rezeki tersebut. InsyaAllah selepas ini harus semakin gigih berusaha untuk mendapatkan pendapatan sampingan ini dengan nilai lebih tinggi. HEHE.

Bila tengok hasil sudah dapat di depan mata , mesti lah semangat semakin naik mencanak-canak sebenarnya. Nampak tak Jijah terlalu jakun disitu? HEHE , maafkan saya. Alhamdulillah meski rezeki itu tidak sebanyak orang lain , sekurang-kurangnya dengan nilai kecil itu boleh juga Jijah simpan untuk kegunaan di masa akan datang bila memerlukan khen? Memang itu niat Jijah bila cek Nuffnang tu sampai. Gigih juga Jijah bercherita dan mengupdate pagi-pagi begini kan? Jarang sangat Jijah mengupdate pagi macam ini.

HEHE , korang semua apa cerita sekarang? Gegeh juga Jijah bertanya!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, February 14, 2012

IjahEmoTemo Terselit Dalam Mag Media Hiburan?

Beberapa hari yang lepas ada kawan aku tweet dekat aku , bagitahu ada muka aku terselit dalam majalah Media Hiburan. Lepas itu ada lagi seorang kawan aku tulis dekat wall facebook aku beritahu benda sama. Aku terkejut sekejap. Sebenarnya memang aku pergi ke Konsert PPMH yang berlangsung di Karangkraf , Shah Alam. Semua secara kebetulan kerana pada hari Jumaat dan Sabtu yang berlangsung Konsert PPMH , ada karnival buku/novel dan macam-macam lagi. Aku sudah pastinya pergi memborong novel dengan riang ria nya! Eh tak ada lah memborong banyak mana pun. Cuma lima buah sahaja dan kalau biasanya boleh tahan mahal harganya kan tapi itu lah yang best nya bila pergi karnival macam ini , keseluruhan jumlah harga novel-novel yang aku beli cuma RM 50+ sahaja. Sangat berbaloi! 

Ehhey , terpanjang pulak mukadimah nya kan? Jadi dengan gigih nya aku pun pergi membeli Media Hiburan seperti yang di beritahu oleh teman-teman aku itu lah kan? Memang dah berhajat nak membeli Media Hiburan edisi yang itu. Tapi tak terjangka langsung akan ada terselit jugak wajah tembam aku dalam MH itu kan? Ehem. Jadi dengan gigih nya aku mencari dan membeli MH edisi seperti gambar di bawah ini. -.-


GIGIH TAK MEK PERGI MEMBELI MH EDISI INI?

eh ter-caps-lock-pulek!

Hadoii , sangat gigih dan berkobar-kobar mencari MH itu okes? Risau tetibe wajah aku hazab ke hapew ke khen? Maklum lah bila kita tengah heksaited bergambar dengan artis , mesti ada reaksi wajah yang kurang shantek ter-candid khen? Memang mampu meraung di tepi katil sajork kalau itu yang berlaku! Maka sejurus jumpa sahaja majalah itu memang aku terus membuka semua helaian MH dengan heksaited macam ada cherita sewiyus untuk di baca T_T Padahal sibuk mencari wajah sendiri ye? Oh sangat gedixxs! 

Lepas itu selak punya selak... Jeng Jeng Jeng... Oh gambar ini yang menyelit rupanya! -.-'


T___T

kenapa dalam banyak-banyak gambar , gambar ku dengan RCW juga yang di pilih ??
kata kan kenapa? eh! gediks!

Erhiks. Bila tengok wajah ku sendiri itu , terus terasa macam , err k?! Sesungguhnya kamera berada di mana-mana. Hahaha tiba-tiba. Aku sendiri pun tak perasan ada kamera yang turut snap wajah ku itu yang sedang bergambar dengan Rozita Che Wan tu khen? Mana mahu perasan kalau masa itu keadaan sangat sesak! Maklumlah di post party kan? Mana tak sesak nya kan? Dengan artis nya! Dengan para peminat nya! Memang boleh migraine aku kalau duduk situ lama-lama tau! Hehehe.

Hailah , kalau nak tengok gambar-gambar ketika Konsert PPMH , pergi lah beli MH edisi yang itu. Kalau nak tengok gambar-gambar versi aku mungkin lambat lagi kot? Sebab aku memang jenis tak suka update skip-skip sebelum apa yang aku nak update kan tu! Ini pun taram skip sebab tehtap gedixx nak bagitahu orang mukeww kiteww ada dalam majalah ituewww! Ya Allah lempang bertalu wajah sendiri baru tahu kan? Hahahah! Aduhlah , memang terlalu banyak ya gambar-gambar nak kongsikan dengan korang. Well sebenarnya nak jadikan sebagai kenangan begitulah dalam belog kesayangan ini. Dekat sini aje mampu bercherita dan berkongsi gambar tentang semua perkara kan? Erhiks.

Oh ya meh lah jugak aku tepek gambar aku dengan RCW yang turut terselit dalam MH tu khen? Nak jugak tepek sini sekeping dahulu sebelum lepas ni aku update gambar itu semua berkeping-keping ye? Hiks.


tengok baju RCW teringat cerekarama MR Labuci :p

Hiks , jangan ada yang loya sudeh dengan entry tekan butang lift masuk dalam lift ini ye? Hakhakhak , kalau tak berkongsi cherita dalam belog sendiri , dekat mana lagi khen? Tak kan nak tumpang dalam belog abe Budiey? Ataupun belog Murai? Hahaha itu sangat tidak masuk dek akal hokkay! Hiks , kalau tak tulis panjang-panjang tak sah khen Jijah? Ok bye!

Terima kasih sudi baca entry ini :)