Home

Showing posts with label lyric. Show all posts
Showing posts with label lyric. Show all posts

Friday, May 17, 2013

OST Drama Dahlia & Drama Dahlia Yang Mencengkam Perasaan. Oh No!

Jijah memang hantu drama tak kira ada pelakon favourite dalam drama tersebut atau tidak. Tapi kalau ada pelakon kegemaran kita , itu satu penyebab untuk kita terus stick dan follow drama tersebut lah khennn? Hihihi. Sekarang Jijah sibuk layan drama di Mustika HD yang menggantikan Sehangat Asmara iaitu Dahlia. Jujur Jijah cakap , pada mulanya Jijah tidak berapa berminat untuk follow drama tersebut. Tapi Jijah lagi berminat dengan OST drama Dahlia ini. 


Mungkin kerana tiada hero-heroin favourite Jijah dalam drama Dahlia menjadikan Jijah agak malas untuk menonton drama ini. HEHE , my bad! Dahlia dilakonkan oleh Dira Abu Zahar , Hans Isaac , Faizal Hussein dan ramai lagi pelakon lain yang berbakat. Dahlia disiarkan ekslusif di Mustika HD setiap hari Isnin - Rabu jam 10 malam. Serius cakap masa mula tahu tentang drama Dahlia ni , memang dalam hati kononnya cakap macam biasa je kot drama Dahlia ni. MACAM lah sangat kan. Sekali bila berpeluang menonton masa episode 7 atau 8 Jijah pun tak ingat , Jijah terpaku dengan lakonan Dira. Jujur cakap Dira memang berlakon dengan sepenuh perasaan dalam Dahlia ni.

Siapa yang menonton Dahlia pasti faham kenapa Jijah cakap begini. Memang bila menonton Dahlia hati terasa bagai dirobek-robek dengan pisau seolah-olahnya lah kan. Memang feel habis terutama bila Dira menangis beriya-iya dan bergaduh dengan Razman. Itu belum lagi bila masuk part anak-anak Dahlia dan Razman. Itu lagi merobek jiwa dan perasaan mengenangkan anak-anak mereka. Hah, nampak tak Jijah punya robekan jiwa ini? Gittuew.

Tapi serius bila tengok lakonan Dira dalam Dahlia memang kau akan rasa apa yang Dahlia rasa. Memang mulut pun tak henti-henti nak cecharutz si Razman dan kawan baik Dahlia tu. HAHA , memang hangin betul aku bila tengok Dahlia ni tau! Stwess kiteww! Terus hilang seri awet muda kita duk berangin sakan. Ekekeke. 

Okay berhenti mengamuk gewam-gewam. Mari tengok gambar yang Jijah jumpa dari Google Image. Terima kasih kepada tuan milik punya gambar.









Gegeh tak Jijah tepek menepek gambar semua ni khennnn? Saja nak kasi korang mood supaya korang pun akan menonton dan turut beremosi sama macam Jijah juga. Kikikiki. Mohtif ajak orang buat perkara negative nak suruh beremosi bagai? HAHAH. Tak adalah , Jijah nak ajak korang menonton sebuah drama yang Jijah rasa memang sarat dengan emosi yang ditanggung oleh seorang wanita dan tak boleh dinafikan drama ni bagus juga sebenarnya. Bukan sekadar hiburan semata-mata. Tapi sebenarnya seolah-oleh memberitahu realiti kehidupan zaman sekarang juga.

Sedikit sinopsis untuk korang baca.

Drama yang mengisahkan seorang wanita bernama Dahlia(Dira) yang terpaksa hidup bersama suaminya Razman (Hans) yang berlaku curang. Dahlia akhirnya tekad untuk bercerai dan membina hidup baru. Penceraian Razman dan Dahlia adalah adalah disebabkan desakan Haliza iaitu teman wanita Razman. Setelah bercerai, Dahlia bertemu dengan seorang ahli korporat yang baik hati bernama Fuad. Fuad banyak menjadi pendorong kepada Dahlia yang telah ditipu oleh bekas suaminya.
kredit sinopsis : SINI 

Sadiskan bila baca sinopsis drama Dahlia ni kan uols? Memang sadis. Bertambah sadis bila tengok lakonan Dira sangat-sangat merentap perasaan sendiri seolah-olah macam aiols yang jadi Dahlia. Auwchh , drama queen sangat Jijah ni khennn? HAHAHA. Zaman sekarang bukan mudah nak percaya semua orang. Kawan baik pun boleh tikam belakang kita kalau kita tak berhati-hati. Juga pandai Raja Ilya kalau tak silap namanya yang melakonkan watak kawan baik Dahlia iaitu Haliza berlakon. Dia punya manis depan Dahlia memang manis sampai kentut pun Dahlia bau manis kot. Ekekek. Tapi dia punya kejam sanggup merampas suami Dahlia sampai rasa nak bebaling bantal tengok scene Haliza ni tau. Hah , punyalah beremosi. Gittuew.

Tadi Jijah ada bagitahu kan yang Jijah pada mulanya berminat dengan OST Dahlia sebenarnya. Memang kalau korang yang suka dengar lagu jiwang yang merobek jiwa dan perasaan macam Jijah mesti korang suka OST Dahlia. HEHE. OST Dahlia dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah. Lagu dan lirik jika Jijah tidak silap dihasilkan oleh Manusia Putih. Heee, kalau Manusia Putih yang buat , memang selalu sedap lagu-lagunya. Memang feeling habis bila dengar Dayang Nurfaizah nyanyi serta lirik yang begitu mencengkam perasaan serta merobek jiwa Jijah. Kerlastttt sangat ayat kali ni khen? HAHAH.

Jom dengar uols? HEHE.





Dengarkan bisikan kalbu ku
Sungguh besar mencintaimu
Rasakan, rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera

[*] Mencintaimu menyayangimu
Merindukanmu seumur hidupku
Tuhan kuatkanlah hati ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri
Walau pedih ini sungguh perit
Akan ku relakan asalkan dia bahagia

Rasakan, rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera

Repeat [*]
Tuhan kuatkanlah hati ini
Asalkan dia bahagia
Asalkan dia bahagia

HEHE , memang emosi sungguh tengok drama Dahlia dan mendengar sekali OST Dahlia ini. Memang dah lama tak menonton drama dengan penuh perasaan begini. Memang tak boleh dinafikan lakonan Dira dalam Dahlia sangat menerujakan perasaan Jijah melihat Dira all-out luahkan perasaan dia sebagai Dahlia. Pasti bukan mudah untuk membawa watak Dahlia! Konpem! Dan bagi Jijah setakat episode terkini , Dira berjaya membawa watak Dahlia dengan jayanya! Hihihi.

So ada tak yang follow drama Dahlia ini juga? Ada juga tak yang berkecamuk perasaan bila menonton Dahlia macam Jijah? keh keh keh.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Saturday, March 3, 2012

Karena Kamu Cuma Satu. Iye Kamu Aje.

Aku sangat jarang update masa hujung minggu sebab aku rasa masa hujung minggu masa untuk semua orang berehat bersama keluarga tersayang atau teman-teman kan? Nanti orang cakap aku lifeless pulak asyik update aje kan? Ke minda aku yang kolot berfikiran macam itu? Ahh tak kisah lah , janji update ke tak update err itu hak masing-masing kan? Hahaha , tiba-tiba pulak khen? Hiks.

Hujung minggu yang sangat santai. Aku tak pergi mana-mana. Cuma bersantai menonton Vanilla Coklat tanpa henti macam orang mabuk chenta sangat dengan cherita tuh. Haish. Lepas tu baca forum , sibuk membaca kisah Lisa dengan Yusry. Ini lagi satu hal , dari semalam tak habis-habis menonton video pernikahan diorang. Lepas tu tengok gambar-gambar perkahwinan diorang yang cantik-cantik. Simple but nampak classy tau. Itu pendapat peribadi aku lah kan. 

Lepas tu terdengar lagu yang orang tepek di forum. Lagu yang ada dalam dokumentari Walimatulurs Lisa & Yusry tu. Eh sedap pulak lagu tu bila dengar. Bila baca lirik dia sangat sweet. Rasa nak tersenyum sahaja. Hihihihi. Mood yang jiwa kacau semakin gedik mengacau dengar lirik itu tau. Entah apa-apa aje IjahEmoTemo ini kan? Serius suka dengar lagu tu dengan alunan yang sangat santai dan lirik yang sungguh sweet.







NAIF - Karena Kamu Cuma Satu


kau yang paling setia, kau yang teristimewa

kau yang aku cinta, cuma engkau saja
dari semua pria aku yang juara
dari semua wanita kau yang paling sejiwa

denganmu semua air mata menjadi tawa suka ria
akankah kau selalu ada menemani dalam suka duka
denganmu aku bahagia, denganmu semua ceria
janganlah kau berpaling dariku karena kamu cuma satu untukku

kau satu-satunya dan tak ada dua

apalagi tiga, cuma engkau saja

denganmu semua air mata menjadi tawa suka ria

akankah kau selalu ada menemani dalam suka duka
denganmu aku bahagia, denganmu semua ceria
janganlah kau berpaling dariku karena kamu cuma satu untukku


kau satu-satunya dan tak ada dua

apalagi tiga, cuma engkau saja

dari semua pria aku yang juara (aku yang juara)
dari semua wanita kau yang paling sejiwa


denganmu semua air mata menjadi tawa suka ria

akankah kau selalu ada menemani dalam suka duka
denganmu aku bahagia, denganmu semua ceria
janganlah kau berpaling dariku karena kamu cuma satu untukku
untukku, untukku, untukku, untukku

Bukankah lirik itu sangat sweet sehingga boleh terkeluar lesung pipit ketika mendengar lagu ini? Eh ada kena mengena ke lesung pipit itu? Hikhikhik :p Sekarang memang asyik ulang lagu ini sahaja. Iye lagu ini sahaja. Sebab itu tajuk entry ini pun aku sama macam tajuk lagu ni. Hihihi. Gedik gelenya sungguh Jijah ni khen? Hakhakhak.

Lepas tu tengok belog kesayangan. Nampak hambar. Header kurang shantek di pandangan mata Jijah. Lantas kepingin sungguh nak edit guna Photoshop. Tapi sadis Photoshop ku yang ada di dalam laptop lama. Dalam netbook ku yang baru ini tak ada. Try lah kan jenjalan dekat google. Jenjalan lah sangat! :p Try download kan , ngahaha , lepas tu dah siap download , hadoiyaii , tak boleh nak guna :( I is sad hokkay! Serius sedih dan stress! Ceh.  Iyelah bila guna photoshop , nak edit header best sikit. Kalau guna aplikasi yang lain contohnya seperti photoscape , hadoi limited sangat nak ubah sana sini. Hmmmmmmmm. 

Tapi redha ajelah. Tak ada rezeki kan? Nak merungut pun tak ada guna. Ish. Sedih betul lah. Sebab betul-betul teringin nak edit header kasi lagi shantek. Sekali haram tak boleh guna! Haiyooo. Sadis! Macam mana sekalipun aku tehtap tukar header aku. Biar tak shantek asalkan nampak berseri. Boleh perfeeling macam gitu? Hakhakhak :p Ataupun ada ke yang ehem nak kasi header free dekat Jijah? *buat muka shomel* Ngahahaha sudehh kau Jah gheti nak yang free aje kan? Hadoi. 




header yang terbaru.
tak cantik tapi okay lah kan?
hewhewhew *pang*


masa mula-mula edit.
gedik sangat. tak jadi nak pakai header ini. 
heh.

Sampai sekarang masih tak puas hati sebab tak dapat nak edit gambar guna photoshop. Grggg. Lepas itu sekarang ni boleh tahan jiwa kacau. Entah apa-apa entah dengan aku ni pun tak tahu. Asyik nak jiwa kacau. Asyik nak emo-temo tak tentu hala. Mungkin sebab selalu lagha. Ini padahnya. Haih. Sekarang ada berbaki dua entry basi. Lepas sahaja selesai dua entry basi itu , aku mahu rehat sekejap kot. Mungkin lah. Nak menyepikan diri sekejap. Lepas ini sekejap timbul sekejap hilang lah kot. Mungkin lah. Janji Jijah mana boleh pakai kalau bab-bab nak menyepi diri ni. Jijah mana boleh hidup tanpa ada internet :/ Boleh separuh mati tau. Eh apa ayat pesen gini? Astagfirullahaladzim. 

Nanti aku update lagi. Cukup ajelah sampai di sini. Oh sebelum terlupa , terima kasih new followers. Sudah 957 followers rupa nya Cherita Emo-Temo ini sekarang kan? Belog picisan sahaja pun tapi alhamdulillah semakin hari semakin bertambah followers nya. Oh dan juga terima kasih yang sudi LIKE Cherita Emo-Temo di FB. Sungguh terharu. Sehingga kini sudah 155 yang LIKE dan aku sangat terharu. Mungkin jumlah nya kecil namun aku tak kisah. Hihihi. Yang penting aku tahu belog picisan ini pun ada yang baca dan pengikut nya (moga-moga hehe). Tak kisah lah kau orang suka baca belog ni sebab suka tengok gambar artis ke , makanan ke atau pun mungkin suka tengok aku ke (kah kah kah perasan gila!) , aku tetap menghargai korang! Hihihi. Suka bajet artis buat ucapan kan? Harus lah! :p

Sudah lah. Kata nak berhenti menulis. Tak jugak berhenti. Haih. Oh weekend ini korang buat apa? Happy Weekend korang!! :)


perfeeling shumil sangat gambar ni khen?
hihihihi. terlupa nak letak dekat entry Cinta Kura-Kura tu.
so tepek dekat sini :p

kisah sebenar , ini belon untuk deko Malam Gala Cinta Kura-Kura tapi ghasak aku dengan rakan-rakan bergambar jugak dengan belon ni. hihihi.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Tuesday, October 25, 2011

Ombak Rindu :: Behind The Scene & OST Ombak Rindu - Hafiz AF & Adira AF::

Sudah hampir seminggu aku tidak mengupdate apa-apa didalam belog kesayangan ini kan? Maklumlah tarikh SPM sudah semakin hampir. Lagi 19 hari sahaja lagi dan aku sudah tidak boleh bersuka ria macam exam tahunan tu diknon! Kena lah ulangkaji balik apa-apa yang dah aku belajar sebelum ini kan? Nanti dengan gigil nya , cuak nya harus mahu ingat-ingat lupa masa SPM tu , uish mintak-mintak dijauh kan lah ye.

Kalau ikutkan sebenarnya aku dah stop menulis dalam belog ini. Tapi memandangkan ada kawan aku ada kirim email kepada aku dan mintak tolong sekali lagi untuk aku update dalam belog ini , jadi aku tolong ajelah alang-alang ye. Lepas-lepas ni sila rindu-rinduan dengan update aku ye? Eh perasan! Eh lupa pulak nak cherita ekekeke , aku nak tepek menepek gambar-gambar ala-ala behind the scene dalam Ombak Rindu. Saja nak hangatkan lagi semangat peminat-peminat novel Ombak Rindu dan peminat-peminat Lisa Surihani , Aaron Aziz dan Maya Karin untuk menonton filem ini pada 1 Disember nanti

Apa lagi kan , kalau duk potpetpotpet pun tak ada guna. Mari kita menengok gambar-gambar yang kawan aku kirim melalui email itu. Aku tukang tepek dekat sini aje wokey. Hiks.













Fuhh , selesai jugak menepek 11 keping gambar Ombak Rindu ini. Aku percaya filem ini menarik dan harap-harapnya akan menarik ye. Hiks. Tak mahu komen lebih sebab filem ini tak ditayangkan pun lagi dan tak adil kalau komen awal-awalkan? Tunggu nanti aku dah tengok baru aku komen. Hiks.

Selain nak tepek menepek gambar kan , aku pun nak tepek youtube lagu OST Ombak Rindu yang bagi aku pergh meleleh air mata beb. Dah memang aku hantu jiwang , sure lah aku rasa lagu ni meleleh jugak lirik dia. Keh keh keh. Meh layan weh. Aku tepek sekaligus dengan lirik ye. Hehe , kawan aku hantar sekali harung dalam email semua benda ni apa salah nya aku tepek jugak sini kan? Gituew. Mueheheh.





OST Filem Ombak Rindu



Adira :


Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisi ku


Hafiz :


Tuhan aku tahu banyak dosa ku

Hanya ingat Kamu kala duka ku

Namun hanya Kamu yang mampu membuka

Pintu hatinya untuk cintaku


Adira :


Malam kau bawalah rinduku

Untuk dirinya yang jauh dari ku

Agar dia tidak kesepian

Selalu rasa ada cinta agung


Hafiz :


Hujan bawa air mata ku

Yang mengalir membasuh luka ku

Agar dia tahu ku terseksa

Tanpa cinta dia di hatiku


Hafiz & Adira :


Hanya mampu terserah

Moga cahaya di penanti


Hafiz:


Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya


Adira:


Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisi ku


Hamik kau panjang berjela entry bila seminggu tak ber-update apa-apa kan? Hihihi , jangan salah faham kengkawan. Aku memang tak ada niat langsung nak update apa-apa tapi aku cuma tolong kawan aku kejap. Dia nak aku tolong promotekan-hangatkan untuk tayangan Ombak Rindu 1 Disember nanti. Heee. Jangan lupa tonton Ombak Rindu 1 Disember nanti di pawagam-pawagam berhampiran dengan korang ye. Hamboii gigih peromot kan? Ahaks!

Nanti after SPM , ada baaaaanyak sangat cherita nak kongsi yuolz! Haih , sekarang nak edit gambar pun tak ada feel. Memang mood nak belajar aje ni ha. Tapi ada jugak sesekali ke laut mood nak belajar. Erk. Sekarang nehi nehi nak mengelat ke , melaut ke erk atau apa sahaja kan? Gituew. Muehehehe. 

So korang jangan rindu-rinduan aku ye. Muehehehe perasan giloz! Hakhak. InsyaAllah aku akan kembali mengetuk keybord sejurus selepas SPM. Err atau tengok mood dahulu ye. Tak berani janji. Doakan lah semoga aku dapat buat SPM aku dengan baik dan moga kesihatan aku pun baik-baik sahaja sepanjang SPM itu kan. Amin. 

19 days left. TickTockTickTock. Gulp!


Jangan Lupa Saksikan Ombak Rindu 1 Disember nanti yuolz!
okbai.


Terima kasih sudi baca entry ini :)


Thursday, October 6, 2011

Random (1)

Aku tahu entry ini sangat boring sebab aku pun time menulis ini pun tengah boring. Aci tak alasan? Aku sebenar nya teringin untuk update macam-macam tapi bila tengah otak berserabut dengan macam-macam perkara , jangan harap lah aku mampu untuk lunaskan permintaan hati itu kan?

Aku banyak juga pergi blogwalking belog-belog kawan-kawan blogger yang lain sejak dua menjak ni. Ada yang suka tulis panjang berjela macam aku. Ada juga yang tulis simple and sweet. Seronok aku baca setiap satu belog tu. Terus timbul hasrat dalam hati untuk tak mahu tulis panjang-panjang. Nak tulis short , simple and sweet. Feeling gedik tak kalau nak tukar angin macam gitu? Tak kot. Tapi mampu ke untuk tulis sikit? Sah , jawapan nya tak mampu. Heh.

Kadang-kadang teringin betul biar kan gambar yang bercherita. Tapi kadang-kadang teringin nak tulis tanpa henti luahkan segala isi hati biar rasa puas hati. But then tetap tak terlunas segala itu sebab otak kata jangan hati kata ya. Eh , macam lagu Najwa Latiff - Cinta Muka Buku pulak ye? Ahh sudah , dah mula merepek.

Layan gambar sekeping dua sekejap meh.


aku rindu nak pusing KL macam tahun lepas yang aku buat dengan kakak aku.
aku rindu dengan macam-macam perkara.

makin nak hampir habis tahun 2011 , makin banyak perkara yang aku rindu :'(


nak beritahu aku handbag baru.
perlu ke beritahu? perlu sebab ini belog aku.

aku macam biasa nak colour purple but the end yang tinggal cuma colour baby blue.
selamat nice and sweet kan? harga pun ok , rm 50. after discount. ok la tu meh. 
zaman sekarang mana ada dah harga murah-murah kecoli kau bernasib baik jumpa sale yang discount gempak gilaaaaaa -____-' emo nampak? yes! 

then terus beli selipar sepasang. tak cantik? ada aku kesah. ehh.

psst :: perasan tak gambar aku bertukar tone warna ? hehe , aku edit mengikut ajaran Cik Dil. pergi lah belog dia , macam-macam tutorial hade. ;) Dia buat cun , aku buat je yang macam heheheeh hampeh sikit. Ngeee.

Aku terjumpa satu lagi lagu yang akan buat aku akan dengar tanpa henti. Masa jalan-jalan dekat Youtube , terjumpa lagu yang santai sahaja muzik dia dan lirik dia pun sweet. Heyy uolzz cer kira berapa banyak sweet aku tulis dalam entry ni :P Ngeh. Serius best. Aku memang jiwang karat petala kelapan punya orang. Tak suka lagu yang dam dum dam dum macam nak pecah kepala. Heh.

Jom layan lagu ni meh. 




Terhenti nafasku berlari
Dibelai lembut seindah mimpi
Berlagu berbisik hati mu
Semulajadinya aku jatuh

Aku tak ada lagi benda untuk di coret kan lagi dalam entry kali ini. Sungguh bila mood bercelaru lepas tu dengar lagu mendayu boleh dikatakan semua perkara jadi sayu semacam jadi nya. Walaupun lagu dekat atas tu tak langsung kaitan dengan kehidupan aku sekarang tapi aku tetap suka. Suka dengar suara penyanyi itu melontarkan bait-bait ayat itu. Rasa macam syok aje dengar  , tak tahu kenapa. Heh. 


Maaf entry bosan. Jangan semakin hari semakin bosan. Entah lah , tiba-tiba macam terfikir adakah entry-entry dalam belog aku khusus nya ini memberi manfaat atau tidak pada orang lain yang masuk membaca. Atau sekadar membazir masa ? :/ Apasal entah aku fikir tentang ini pun tak pasti kenapa.


Baik lah , moga-moga kalau tak memberi manfaat pun mampu beri korang tersenyum saat korang membaca entry aku ni. Ahha , baru teringat tentang ehem email dari peminat pula yuolzz. Nanti kalau aku rasa rajin aku share. Sungguh aku tak sangka ada orang yang tersenyum bila baca entry-entry aku. I know you read this , tunggu ye entry khas untuk kamu! :P Ahh , dah melarat entry ni. Okbai.


Terima kasih sudi baca entry ini :')

Thursday, June 9, 2011

Lagu Berhantu.

Uiks. Hantu? Berhantu? Eiii simpang tau. Ini bukan nak cherita kisah misteri nusantara memandangkan aku pun seorang yang penakut kan. Hikhikhik. Entry ini pendek sahaja sebab aku pun tak larat nak tulis panjang-panjang. Keh keh keh. Kalau perasan aku selalu betul tulis panjang-panjang. Dah cut cut cut pun panjang lagi tulisan aku. Adess. Hiks.

Oh ya sebelum aku semakin seronok menulis , just nak share lagu berhantu yang aku tengah suka dengar sekarang nih. Sofaz - Sesuatu Yang Berbeza. Penangan Nora Elena lah ni. Lepas ni penangan Stanza Cinta pulak kot :P




Ada sesuatu yang berbeza,
Saat ku lihat senyum manis mu
Ada sesuatu yang tak bisa ku ungkapkan
Saat ku bertemu dengan dirimu

Satu keinginan terpendam di hati
Bermain di dalam rahasia cinta ku


Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini


Mungkin ini semua hanyalah perasaan
yang singgah dan pergi meninggalkan ku
Satu keinginan terpendam di hati
Bermain di dalam rahasia cinta ku


Ku berharap tulus cinta ini
Akan jadi kenyataan dalam hidupku
Bukan hanya mimpi dalam tidurku
Semoga tuhan mendengar doa ku
untuk cinta ini
Hiks. Tak tahu kenapa lagu ni macam syok betul dengar sampai hari-hari pun dengar jugak. Bagi aku lagu ni okay lah , best untuk di dengar. Lepas tu lirik dia pun best jugak. Heh. Semua rasa best kan. Lagipun OST-OST Nora Elena memang semua best-best. Tapi aku cuma jarang dengar yang Erry Putra punya OST sajork. Hakhak , diskriminasi sangat kan? Ekekeke. Cuma ada kawan-kawan bergebang hal Nora Elena sajork yang tahu kenapa. Muahaha. Malas lah nak cherita sini. Keh keh.
So korang ada tak lagu berhantu yang korang asyik dengar sekarang ni? Hiks atau sama jugak dengan aku dengar OST-OST Nora Elena? Heee.
Terima kasih baca entry ni :)

Saturday, April 2, 2011

Pagi Yang So-So So What?

Selamat Pagi! 
Hari ini aku bangun awal pagi meskipun minum nescafe pekat tengah malam semalam. Niat asal nya nak belajar stay up sampai tiga empat pagi. Tapi semalam kan aku dalam mood redha terkilan kecewa , jadi nya last-last aku tertidur sambil sibuk tarik lepas napas dalam-dalam katanya. Cehh , selalu benor gituew kan? Ngehehehe.

Ehem. Sebenar nya semalam ada benda nak update , tapi the end idea kosong gila. Mungkin sebab tengah macam-macam mood masa tu. Itu yang aku tiba-tiba tak ada idea walaupun teringin nak update khen? Gituew kata nya. Sekarang ni tengah nak lupakan segala-gala nya yang terjadi semalam meski terasa tak puas hati lah , terkilan lah , kecewa lah. Sungguh aku memang take time sikit kalau nak terima kenyataan dan keadaan. Sungguh tidak matang katanya. -___-'

Lepas tu semalam semangat jugak lah cari lagu-lagu kasik semangat terbakar kembali katanya. Eheh. Lepas tu terjumpa lagu yang selalu aku dengar bila emo-temo muncul kembali. Ngee. 


If No One Will Listen - Kelly Clarson :')

Maybe no one told you there is strength in your tears
And so you fight to keep from pouring out
But what if you unlock the gate that keeps your secret soul
Do you think that there's enough you might drown?

If no one will listen, if you decide to speak
If no one is left standing after the bombs explode
If no one wants to look at you for what you really are
I will be here still

No one can tell you where you alone must go
There's no telling what you'll find there
And God I know the fear that eats away at your bones
It's screaming every step just stay here

If no one will listen, if you decide to speak
If no one is left standing after the bombs explode
If no one wants to look at you for what you really are
I will be here still

If you find your fists are raw and red from beating yourself down
If your legs have given out under the weight
If you find that you've been settling for a world of gray
So you wouldn't have to face down your own hate

If no one will listen, if you decide to speak
If no one is left standing after the bombs explode
If no one wants to look at you for what you really are
I will be here still

If no one will listen, if you decide to speak
If no one is left standing after the bombs explode
If no one wants to look at you for what you really are
I will be here still, I will be here still

Dah lama gila aku tak dengar lagu ni. Sungguh dah lama. Kalau tidak sibuk dengar lagu yang lain-lain kata nya. Maklum lah playlist dalam mp3 busyuk sayang aku ni pun more than 1000 lagu. So , bila masa nya nak ulang tayang lagu lain-lain kan? Haruslah kalau dah start dengar lagu InsyaAllah malam tu , sampai petang esok pun lagu tu jugak yang di ulang nya. Ekekeke.

Entah apa pasal aku suka lagu ni , mungkin sebab lagu ni macam best ajewr dengar nya. Gituew kata nya. Ekekekek. Ehem. Maaf lah buat pembaca-pembaca belog ini , eh eh ada ke pembaca belog tehtap ni khen? Sikit-sikit emo-temo. Sikit-sikit sibuk cakap dia punya masalah. Macam-macam hal kan budak IjahEmoTemo ni kan? Tapi apa aku kisah noks!! Ini kan belog aku yang punya. As long as aku tak menulis yang melanggar undang-undang negara terchinta ini pun dah cukup baik khen? Macam aku tulis dekat sidebar tuh ... Kalau Suka Baca ... Kalau Tak Suka Blah lah pergi belog lain yang korang rasa lagi Vogeh Togeh Da Vass kata nya -.-'

Oh ya , ingat tak pasal buffered earning aku yang aku kecoh sampai pitamz tempoh hari tu? Hmm , dah jadi metered earning dah pun -.-' Harapan nak kumpul banyak-banyak nilai dah lebur okeh. Nangis tragis sangat!! Lagi satu , hari ini ingat nak belogwalking kejap before nak study sampai pitamz mengubat kekecewaan hati. Tapi malangnya internet sangat lembaz , maka cancel nak belogwalking -.-' Itu saja nak cer cer citer nya kata nya. Uhuh.

Jumpa lagi next entry yang tengok lah bila aku nak update -____-'



if no one will listen ... i'll be alone like this huh?
m.a.y.b.e -.-

Saturday, February 5, 2011

Bila Saya Rindu Awak , Saya Mesti Dengar Lagu Ini. Hmmm

Tadi tengok update kawan-kawan di facebook. Tengok salah seorang kawan aku tu kasi satu lirik. Lepas tu tengok komen di bawah nya dia cakap lagu 1st edition & Aizat , Perpisah ini. Hmm , biasa nya kalau tengok tajuk kemudian tengok penyanyi nya dah boleh agak. Mesti lirik dan lagu sedih. Tahu sangat.

Kemudian gigih pergi cari dekat Youtube. Kemudian terus terasa airmata nak bertitik di atas kaki ku yang gebu iniew. Wah kau Jah , kalau buat ayat selalu macam tu khen? *meraung* Ehem , well lirik lagu dia betul-betul buat aku tersentuh. Ya , saya memang seorang yang beremosi. Nak buat macam mana? As long tak ganggu pelajaran dan tak ganggu kehidupan manusia lain dah cukup kan? Sheesh.

Entah kenapa terasa macam nak menangis bila suara mendayu 1st Edition & Aizat bertambah pulak dengan lirik dia. I'm just thinking macam what if seorang isteri kehilangan suami , seorang suami kehilangan isteri and well seorang kekasih kehilangan kekasih. Hmm , bertambah pilu mendengar tau. Kita tak tahu , apa yang akan jadi esok. Kita tak tahu esok kita bahagia , kita berduka atau kita kecewa. Tapi itu lah kehidupan kan? Ok jom layan VC dibawah ituew.





Disini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua
Hanya sementara

KORUS
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Inginku miliki lebih darimu

Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri


Lirik nya sungguh syahdu syahdan kan? Haruslah pertama kali dengar aku terus suka. Ehem. Kenapalah aku ni asyik duk tayang VC je kan? Eheh , ye lah sebab aku tak ada benda nak cherita. Next week schedule biasa yang padat kembali menemui aku. So then , gunakan peluang berehat seketika walaupun tak rehat pun , digunakan dengan sebaik-baik nya. Hmm.

Sekarang dah bulan 2 , nanti tengok-tengok dah bulan 11. Tengok-tengok dah habis SPM , tengok-tengok nak masuk universiti? Oh no , cepat betul masa berlalu -.- Pheww