Home

Showing posts with label open house. Show all posts
Showing posts with label open house. Show all posts

Friday, September 7, 2012

Teaser 123. Mampoooooooo?

Aku agak terkial-kial untuk mengetuk kibod sekarang. Tidak pasti sama ada memang otak aku agak berkarat untuk mengetuk kibod menulis segala cherita yang ingin dikongsikan atau memang penyakit malas aku sedang bersarang dalam jiwa? Lepas ni kena tepuk dada sampai pengsan agaknya? Eh! 

Anyway , seperti biasa. Ada beberapa cherita basi yang nak berkongsi dengan korang. Tapi terlebih dahulu kasi teaser dahulu. Bila nak menulis semua cherita semua kena kasi feel. Baru aku ada feeling. Ghasak lah , cherita tu basi janji berupdate ye dok? Eh tapi kadang-kadang syok jugak update awal. Tapi masa nak update awal lah , internet lembap macam siput. Masa tu jugak tiba-tiba gambar tak ingat letak folder mana. Masa tu jugak nak jadi macam-macam hal. Habis tu bila nak ber-update nya pun kan? 

Tapi insyaAllah , kalau Jijah gigih , maka Jijah akan mengupdate setiap hari nanti ye. Ada banyak cherita yang nak dikongsi. Asyik cherita pendek. Asyik merapu meraban entah apa-apa. Tak syok jugak iye dak? Kadangkala yang malas bukan pasal apa , malas nak buat watermark. Tak buat watermark , mungkin ada yang akan buang watermark itu tapi paling risau kalau ada yang buat entah apa-apa dengan gambar itu. Yes, Jijah memang sangat hangen orang guna gambar Jijah tanpa restu Jijah. Mampooo ayat restu bagai? HEH! Dah tak usah nak membebel sangat Jijah! 

Begitulah. So , apa yang Jijah gigih sangat nak update next week ni? 


Gambar petang semalam. Ada apa dengan Masjid Jamek? 


Ada apa dengan Shaheizy Sam?


Ada apa dengan Media Prima?


Ada apa dengan Adam Mukhriz?

*cakar netbook* LOL

Hmmm..itu baru suku gambar yang ditayang. Ada banyak lagi gambar yang nak ditayang next week. Kalau nak tahu ada apa dengan semua itu , jangan lupa masuk baca belog Jijah next week okes? Ewah , kau ingat kau Hanis Zalikha ? RedMummy ? Yuyu Zulaikha ? Yang orang akan masuk bila kau dah update? Kau ingat begitu Jijah? Oh sedihhhhhhh tiba-tiba! Hahahahaha dah buat drama dah! 

InsyaAllah kalau tidak ada aral melintang , semua gambar-gambar yang setiap nya ber-caption ADA APA ADA APA  mahu saja lempang pipi sendiri buat ayat begitu kannnnn? ini akan diupdate dengan jayanya. InsyaAllah. Semoga line internet pun bekerjasama dengan Jijah. Jangan sibuk nak jadi siput ye line internet! *pegang pisau* Ekekekeke. Begitulah kan. Entri ini pun Jijah gigih mengetuk kibod tatkala mata sudah rabak bagai nak rak. Tapi memikirkan belog asyik sunyi sebelum-sebelum ini tanpa sebarang update , maka mari gigihkan diri kannnn? Gitu kata kau Jijah!

So weekend korang dah ada plan nak pergi mana-mana tak? Ada dapat jemputan open house tak? Hah! Kalau ada selamat berumah terbuka ye korang! Hiks.

Okbye!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Saturday, August 25, 2012

Teaser 1 : Majlis Rumah Terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad

Sepatutnya Jijah akan meng-update belog bermula minggu hadapan. Tetapi kerana Jijah terlebih excited pada hari ini , maka Jijah update juga. HEHE. Pagi tadi Jijah berkesempatan untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka bekas mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Pertama kali Jijah menghadiri rumah terbuka sebegini. InsyaAllah , bila Jijah sudah dapat semua gambar dari kawan Jijah , nanti Jijah update secara penuh okay? HEHE.

Untuk sekarang , cukup sekadar sekeping gambar dahulu ya?


Wajah Gembira Kami Semua Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tun Dr Siti Hasmah.

Kami semua nampak sweet kan? HAHA , tetap nak puji diri sendiri kan :p


InsyaAllah , minggu hadapan akan gigihkan diri untuk update mengenai Rumah Terbuka Tun Dr Mahathir ini beserta lebih banyak gambar. Nanti ada juga entri-entri lain yang akan menyusul setelah hampir seminggu lebih bercuti dari mengetuk kibod. Asyik blogwalking saja sehingga jadi malas nak menulis. HEHE.

Anyway , bila lihat gambar ini tiba-tiba hati terasa sangat seronok. Kegigihan kami semua sangat-sangat membuahkan hasil. Kenapa Jijah macam itu? Tunggu next entri.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Saturday, October 2, 2010

Sana Sini Open House?


credit : inche Google.


Salam and Hello. Okeh , hari ini memang sangat lah terasa sunyi dan boring nya. Motif ? Entahlah. Memang setiap hari Sabtu terasa kelainan nya , terasa sangatlah boring. Nak berjalan sana sini pun , aku bukan nya sihat sangat. -__-' Jadi daripada memaksa diri ke apa kan? Better duduk rehat dekat rumah even terasa boring nya tahap muntah hijau gituh. Boleh? Heh. Ye sangat lah tu. And , memandangkan sekarang ni masih lagi musim perayaan. Syawal lagi seminggu je nak habis. Haruslah jemputan rumah terbuka makin banyak.

Aku pun boleh tahan banyak kawan-kawan ajak pergi open house diorang. But masalah nya sekarang. Tak ada transport nak pergi ke rumah diorang. Jauh-jauh pulak tu rumah masing-masing. And one more , aku bukan nya sihat mana nak terjah rumah diorang. Dah banyak kali jadi aku sakit time aku pergi keluar jumpa kawan-kawan aku. -__-' Buat naya orang lain je , kalau tiba-tiba sakit :( Hailah. Sorry ya kepada yang menjemput aku ke rumah terbuka korang , bukan tak nak makan free tapi tu lah keadaan badan aku yang macam tak mengizinkan aku nak berjimba ria dengan korang semua.Tak apalah , insyaAllah , nanti kita jumpa lah dekat mana-mana ye :D

Eh , motif aku macam buat ucapan untuk kawan-kawan aku? Heheheh. So,korang semua buat apa hujung minggu yang sungguh boring ini T_T Ada jemputan open house ke? :P