Home

Showing posts with label ombak rindu. Show all posts
Showing posts with label ombak rindu. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Cherita Basi :: Road Tour Ombak Rindu bersama Aaron Aziz dan Maya Karin! Mampoo?

Sekali lagi kita kembali ke masa belakang untuk mengimbau kembali cherita yang nak aku cherita kan ini. Kalau boleh aku nak habiskan semua cherita basi by this week. Sebenarnya tak larat jugak nak memeram lama-lama sampai jadi perkasam. Sebab nanti aku dah tak ada feel nak bercherita secara dramatik mahupun heksaited khen? Hiks. 

Ehem seperti tajuk entry ini , aku nak bercherita serta macam biasa menyelit juga beberapa keping gambar aku ketika di Road Tour Ombak Rindu. Sebenarnya tidak merancang pun untuk mengikut serta Road Tour Ombak Rindu ini tau. Tetapi apabila mendapat tahu jadual Road Tour Ombak Rindu , terus aku secara tiba-tiba bersama Kaka Ekah dan juga Kaka Fieza menurut serta Road Tour OR ini tau. Kenapa aku cakap secara tiba-tiba? Hehehehe , sebabnya acara terjah panggung which is yang di namakan as Road Tour ini diadakan di TGV Wangsa Walk Mall iaitu berdekatan dengan rumah aku. Hamboi , bila dapat tahu sahaja wajib aku bergigihan pergi kan? Sedangkan eCurve nun jauh di Damansara boleh pergi tak kan tempat yang sekangkang kera itu tak boleh nak pergi khen? Hiks. Gigih sangat mengikut Road Tour OR semata-mata nak berjumpa dengan Aaron Aziz dan Maya Karin voleyh? Ngeee.

So aku pun pergi ke Wangsa Walk Mall dan menanti kehadiran Kaka Ekah dan Kaka Fieza yang sempat sesat menerawang entah kemana-mana. Hahahaha , kalau tak sesat tak sah khen? Hihihihi. Kalau ikut jadual Aaron Aziz patut sampai ke TGV Wangsa Walk dalam lebih kurang pukul 1.30 macam gitu kot? Aku pun dah lupa kejadian semua ini. Tapi Aaron sampai lambat ye? Lebih kurang sejam selepas itu baru Aaron sampai. Okay sambil nak menanti Aaron Aziz memang banyak cherita kelakar. Sampai sekarang boleh ingat segala macam kejadian dengan Kaka Fieza dan Kaka Ekah. Hahahaha.

Okay lepas dah menunggu semua , tiba-tiba Kaka Fieza dah nampak kereta Aaron Aziz , semua dah excited menanti Aaron dekat lif. Sekali ? Aaron naik guna escalator. Meraung guling-guling tengok Aaron dah kena serbu! Perlu lah , IjahEmoTemo ini tetibe nak feeling jadi bodyguard abe Tapa. Eh , tak , tak ada makna nya pun. Ekekeke. Ehem sebenarnya bukan mudah nak buat aksi terjah suka hati macam ini. Perlu kekuatan mental dan kecekalan hati. Mampoo ayat feeling begini? Hahahah , tak ada lah. Lepas Aaron dah masuk dalam panggung , kitaorang tunggu belakang panggung. Mampoo? Tak kan feeling nak jadi team Ombak Rindu kot kan masuk dalam panggung bersama-sama kan?!

So dah berpeluh bagai , keluar Aaron Aziz dengan Maya Karin and team Ombak Rindu termasuk penerbit Ombak Rindu uncle Sharad , hihihi , sesuka je aku panggil uncle ekekek. Terus cepat aje tahan Aaron Aziz sebab nak ajak bergambar. Hihihi. Mula-mula memang tak ada orang , tapi bila dah lama jugak bertapak dengan Aaron Aziz dan geng Aaronators yang sempat menerjah itu , makin ramai orang serbu Aaron. Hiks. Okayyyy jom layan gambar! :)

Sengaja cantum-cantum kan , tak mahu entry jadi panjang lebar , ahaks! :p Layaaaaaan :D


mula-mula tidak ramai ye? lepas itu bersesak okeh?!!

Aaron siap cakap :: Eh hebat la uols semua mana-mana je ada?!!

Dah tu Abe Tapa yang tweet lokasi kan? Wajib lerr #GengTerjah ni muncul di mana-mana :p Ahaks.


weolsz! :D


maya karin sangat gojes biar lah pakai simple macam mana pun okes? :p

Masa nak bergambar dengan MK ada pulak cerita dramatik nya hihihi. masa tu aku dekat luar bangunan and dah nampak maya macam nak masuk lif padahal tak pun. so , aku boleh menjerit dari luar siap cakap "Tunggu Mayaaaaaaa , nak bergambar!" siap dengan tangan ala-ala nak menahan orang , boleh macam gitu? hihihi. Lepas tu Maya dekat dalam pun terus sambut tangan aku , ala-ala nak menyambut orang gitu? Hahaha dramatik sangat. Padahal bila masuk-masuk memang lift pun tak di buka ye? Choiii. Hahaha. Tapi serius suka dengan Maya yang friendly and gowjes ini. Hiks.

Lepas itu Aaron dan Aaronators (Kina , Kak Noraini + anak Kak Noraini , Ika dengan Syafiq) ajak aku dengan Kaka Fieza untuk join Road Tour OR yang lain dekat Alamanda , KLCC , Times Square. Hmmm , masa itu kitaorang tak fikir lagi mahu join sebab Kaka Ekah dah kena pulang. Lepas makan dekat A&W kejap , kitaorang pun decided nak join terjahan di KLCC sebab kalau nak pergi Alamanda macam jauh sangat. So dengan tiba-tiba juga kami berada di KLCC demi Road Tour Ombak Rindu. Korang mampooo? *nangis* Hahahaha. Bila di KLCC memang lagi best sebab tak ada orang yang mengelilingi Aaron Aziz mahupun Maya Karin sebab mereka pergi menunggu Aaron dengan Maya dekat tempat lain padahal mereka berdua pergi ke tempat lain. Hihihi. Masa nak tunggu Aaron dengan Maya terserempak pulak dengan abang Budiey. Blogger terkenal uoslz! Sempat berborak dengan abang Budiey dan wife dia. Heheheh. Abang Budiey pun sempat ambil beberapa keping gambar Aaron Aziz dengan Maya Karin daripada aku. Thank You ye abang Budiey siap link kan nama belog Ijah dengan nama twitter Ijah :) Tekan SINI untuk melihat entry tersebut. Erhiks. 


thank u abang Budiey sudi bergambar :)


Lepas je berborak dengan abang Budiey terus pergi jumpa geng Aaronators. Lepas itu jumpa Aaron dengan Maya yang nak pergi ke lif. Biasa lah lif dekat KLCC ni lembapz ya hamatz uolsz , so macam biasa sempat lagi bersembang dengan bergambar lagi sekali kan? Hihihi itu yang penting. Tapi memang yang dekat KLCC aku rasa lagi syok pulak walaupun aku expect masa itu KLCC mungkin lagi havoc tapi rupa-rupanya tidak. Kalau nak di bandingkan dekat WWM memang ternyata dekat WWM lagi pheww berpeluh kena keliling dengan pehminat-pehminat Aaron dengan Maya. Ikut cerita Kina , geng Aaronators tu cakap , dekat Alamanda pun sama , havoc sangat-sangat! Hihihi , so macam biasa jom layan gambar lagi ;)

p/s : cantum mencantum gambar ikut suka hati aje ye? heheheh.





okay gambar ini comel dan kelakar.
kenapa aku cakap macam itu?
sebab ... cuba tengok ?!

Maya Karin kasi pose senyum dekat aku.
Aaron Aziz pun kasi pose senyum menyelit dekat belakang kan?

tidak kah kelakar dan comel uolsz? hihihihi :p

Lepas habis sahaja road tour di KLCC kitaorang dah tak ikut serta kecuali Aaronators sebab Kak Fieza mahu shopping di KLCC kejap. So aku pun teman kan Kak Fieza kejap. Hiks dan lagipun tak larat sudah nak mengikut terjahan di Times Square khen? Ngee , dah ikut dua tempat pun boleh tahan penat jugak kan? Tapi memang seronok uolsz! Haaaa , macam dah terpanjang lebar pulak entry ini khen? Ahaks , sebelum berpisah , gitueww kau , meh aku nak tunjuk tweet dari Abe Tapa katanya ... :p


sebenarnya terkejut sebab di gelarkan oleh abe Aaron as #SkuadTerjah! :p
balik-balik from KLCC tengok dapat tweet from Aaron. hihihi.

macam dah dapat macam-macam gelaran sajork ni? *pitamz* 

HAHA.

Fuhh , selesai jugak bercherita tentang cherita basi yang ini kan? Akhirnya selesai juga update tentang cherita 2011 uolsz! Ada aje lagi kot yang belum aku cherita? Tapi itu tak apa itu kita bercherita next time k? Lepas ni aku akan update tentang aku pergi tempat shooting Bicara Hati dan juga ke tempat PC Top 5 ABPBH itu ye? InsyaAllah by this week aku akan usahakan untuk meng-update semua itu k? Kalau ikut kelapangan memang mampooo! Tapi secara tiba-tiba aku selsema dengan batuk sekarang ini. Aduhai , moga-moga cepat sembuh sebab tak suka sakit-sakit macam ini. Hehehehe. 

Dan rasanya entry kali ini pun tak mampooo untuk menjadi pendek. Korang okay atau tidak ye aku punya entry panjang berjela macam ini? Atau korang rasa macam mana eh? Heheh sempat pula tanya pendapat khen? Hiks. Apa-apa pun enjoy the picture okehhh meskipun mungkin korang dah pernah tengok gambar-gambar tersebut khen? Hiks! :) 

Last but not least.
Aku dan Aaron Aziz lagi.
Candid Picture and remind me to his daughter , Dwi bila Aaron buat macam gitu ;)


Terima kasih sudi membaca entry ini :)

Thursday, January 5, 2012

Cherita Basi :: Malam Gala Ombak Rindu

Aku tahu sudah sangat lewat untuk bercherita tentang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Ombak Rindu kan? Tapi apa hendak buat , akhir tahun lepas aku sibuk dengan SPM  , tak kan nak menggeletis mencelah bercherita tentang Ombak Rindu bagai kan? Tapi tidak lah terlampau lewat kan? Meskipun Ombak Rindu sudah memasuki Astro Pertama aku tehtap nak bercherita tentang Malam Gala Ombak Rindu yang sangat gah itu okes? Ahaks.


Beberapa bulan yang lepas aku sempat menghadiri Malam Gala Ombak Rindu yang telah diadakan di GSC Pavilion. Kebetulan aku dapat jemputan , jadi aku pun melapangkan kejap waktu demi Ombak Rindu. Boleh macam gitu? Kemain lagi tau! Ehem , sampai sahaja di Pavilion memang kaki terus laju pergi ke GSC Pavilion dan aku agak teruja ye bila sampai sahaja di sana lampu bergemerlapan sana sini. Memang meriah dan gah! Memang ramai sangat pelakon-pelakon yang ada di Malam Gala Ombak Rindu hari tu tau. Tapi aku tak sempat nak bergambar dengan semua sebab aku ternampak seseorang. Terus mood mencakar lantai datang okes? Hahahahaha. Eh tapi aku jumpa siapa ni? 


Jeng...Jeng...Jeng... 



Sharnaaz Ahmad !

*guling-guling*

Ehem , well ini lah pertemuan pertama aku dengan Sharnaaz Ahmad ye. Okay masa ni ada kisah dramatik nya. Muehehehe. Niat asal datang sini nak guling-guling jumpa Aaron Aziz kan? Sekalii haru , nampak Sharnaaz Ahmad terus cakar lantai khen? Hakhakhak , hamboi Jah geletis nampak? *pang* Kisahnya masa aku tengah menunggu masuk , aku tengah bersembang dengan kawan-kawan aku , Sherry , Kak Hanna dengan Kak Fieza. Lepas tiba-tiba , Kak Fieza bisik dekat aku. "Mek , abang uols dah sampai!" Terus aku buat muka pelik. Abang mana pulak ni? Erk. Bila pandang belakang , aku terkaku sepoloh saat dan terus kaki mencakar lantai. Mampoo imagine macam ni uols? Tak mampoo? Buat-buat mampoo je. Hahahaha. Lepas tu bila nampak dia dekat tempat registration terus pergi tepuk bahu dia mintak nak bergambar lah khen? Terus lah pulak dia tersenyum , cair mak okeh! Hahahaha. Tehtap.

Masa bergambar pulak , kawan aku si Sherry boleh pulak cakap dekat Sharnaaz macam ni .. "Sharnaaz ingat tak budak SPM ni?" Aku dah nak guling-guling situ. Untuk yang tak memahami , pernah lah kan aku gatai-gatai tweet Sharnaaz cakap nak jumpa lepas habis SPM muehehehe. Lepas tu terus Sharnaaz cakap " Oooo IjahTemo ek?" Wahahahah , boleh tak nak guling-guling situ jugak? Wakakaka. Macam syomel sangat kau Jah nak guling-guling je kerja khen? Hiks. Lepas tu teruskan lah bergambar sampai pitamz eh? Hahahah. Terus kau lupa ye Jah katanya nak bergambar dengan Aaron Aziz bagai? Hahahah. Gitueww.

Lepas dah dapat bergambar bagai terus guling-guling mencakar lagi. Muahahaha. Lepas tu tunggu punya tunggu untuk masuk ke dalam panggung and tempat makan. Tapi aku tak makan pun sebab dah kenyang sangat sebelum datang ke Malam Gala OR ni. Tengah sibuk menunggu pandang belakang aku , boleh terkejut tengok seseorang lagi? Hahaha. Fine dramatik. Aaron Aziz baru sampai. Hahaha. Dua-dua sama terkejut tengok diri masing-masing boleh? Mestilah ada orang tu terkejut tengok Dik Ijah nya ada dimana-mana katanya! Ahaks. Kak Diyana pun tetibe terkejut excited tengok aku boleh? Over sangat statement. Muahahah :p

Eh bercherita panjang pulak kan? Baikk , kali ini gambar tak sempat snap banyak mana pun sebab keadaan agak panas dengan lampu bergemerlapan sana sini dan berpeluh mak noks *nangis*! Jadi aku cuma mampu menepek gambar aku bersama pelakon-pelakon Ombak Rindu aje lah eh? Untuk gambar seorang diri tak banyak sangat. Layan kan gambar aje eh?


bergambar dengan bang Aaron Aziz masa mula-mula sampai. ngeee.


maya karin sangat gojes!



err ini bergambar masa nak balik. hahah.

okay masa yang ni mula-mula abe Tapa tak dengar aku panggil dia.

terus terjerit kecil sambil panggil "Abe Tapaaaaaa !!!!" 

terus dia "Ooohhh sorry sorry!" Hahaha dramatik again -.-


Hafiz AF pun ada sebab dia kan nyanyi lagu OST Ombak Rindu bersama Adira AF.


Abe Bront! Ngeee.


bila nak balik terjumpa Sam. guling-guling suka jugak. hihihihi.




sakan kan berposing dan bergambar? sakan kan? T_T

redho dan tabah aje lah bang chanaz melayan peminat dia yang sorang ni kan T_T


lepas tu bila nak balik terjumpa dengan Heroin Bicara Hati , Cristina Suzanne Stockstill !!

seriously Cris sangat comel okehhh? suka suka suka! hihihi :)

Sengaja tepek gambar dengan artis dahulu kan? Selalu nya dah posting ke bawah baru retis nak post gambar bersama artis khen? Erhiks. So , malam tu yang bestnya sebab ramai artis-artis or dalam kata lain pelakon-pelakon yang datang support Ombak Rindu. Dah nama pun Malam Gala OR kan , wajib lah sekali lagi aku menonton Ombak Rindu kan? Masa tu filem belum tayang tapi aku dah menonton dua kali okeh? Ok tak elok riak. Hahaha.

Event ni memang sangat meriah okeh. Lagi best bila Hafiz AF dengan Adira AF pun datang nyanyikan OST-OST Ombak Rindu. Terbuai-buai kejap padahal sibuk mengejar retis kan? Dramatik sangat ayat! Muehehehehe :p Kalau nak cite lagi , memang sesungguhnya aku tak ingat sangat dah apa yang jadi tapi bab-bab dramatik dengan retis kesayangan mesti ingat! Gedik kan?? Hihihihi.


team Ombak Rindu! :)





tengah menunggu nak masuk terjumpa pulak novelist Bicara Hati , kak Damya Hanna.

dua-dua terkejut tengok masing-masing hahah sebab weols suka berborak di Twitter katanya! hiks :D


aku dan kawan aku , Sherry :)

So , selesai sudah berkongsi gambar di Malam Gala Ombak Rindu. Ngeee. Jangan ada yang salah faham bila aku kerap berkongsi gambar-gambar ini. Aku tahu ada yang kurang senang dan mungkin muak dan menyampah. Aku pun tak faham kenapa dan malas nak faham sebenarnya. Lagipun aku berkongsi cherita dan gambar untuk aku tatap di kemudian-kemudian hari sambil tersenyum dikala duka. Boleh macam gitu? Hihihi.

Maaf lah andai entry ini macam panjang berjela. Siap berdrama bagai khen? Sekali sekala aje pun. Ahaks. So lepas akan ada 2 entry basi lah ye? Fuhh , sebenarnya banyak lagi cherita yang teringin nak di kongsi tapi tak mampoo di kongsikan disebabkan tak cukup masa , tak cukup idea dan tak cukup rajin. Hahahah boleh macam gitu? Katakan saja boleh ye! Hahaha. Nanti kalau aku rajin , aku update lagi. Sekarang kena rajin baru boleh kumpul duit Nuffnang banyak sikit hihihih. Dok gitu meh?

So , enjoy tak dengan gambar-gambar ni semua uols? *angkat kening* Errr tetibe je pulak!

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Wednesday, December 7, 2011

Aaron Aziz Cakap Saya Skuad Terjah? EH!

Setelah hampir dua minggu tidak mengabadikan diri kepada belog kesayangan , akhirnya aku kembali mengetuk keybord untuk kembali aktif dan mengupdate apa yang patut. Almaklumlah semalam aku telah selamat daripada cengkaman SPM. Mueheheh cengkaman ye Jah? Kemain ayat kau Jah! Ahaks. Sebenarnya terlalu banyak cherita yang hendak aku cheritakan kepada korang. Tapi kena one by one sebab memang terlalu banyak perkara yang terjadi sejak sebelum SPM , semasa SPM sehingga lah habis SPM ye? Ehiks.

Kalau diikutkan , memang ada banyak sangat cherita tentang Aaron Aziz ye. Tengok tajuk entry ini , pun Aaron Aziz. Ya Hampun dah macam jiran sebelah aje Aaron Aziz ni ye sebab lepas ni memang banyak sangat entry pasal Aaron Aziz dan si dramatik Diva Pora iaitu aku lettuew. Hakhakhak. Jadi aku bagi amaran awal-awal ye , jangan ada yang loya masuk belog aku nanti sebab memang terlalu banyak kisah Aaron Aziz nanti. Yang nak loya nak muntah nak tercirit sekalipun sila cari tandas ye ? Bukan cari belog aku. Eh!

Aduhai , bila dah lama tak menulis terasa nak menulis macam-macam kan? Ehem ehem. Sebenarnya tadi mula-mula nak buat Wordless Wednesday tapi terasa nak menulis jugak. So cancel! Saja nak tepek sekeping printscreen yang sempat dilakukan beberapa hari lepas. Ehem ehem. Kisahnya panjang. Nak cherita keseluruhan nya memang kena tunggu okes? Ahaks. Cuma saja nak gebang dekat orang khen bila Aaron Aziz sebut nama kiteww siap kasi gelaran #SkuadTerjah? Oh no no no ! Ku bukan #SkuadTerjah ye bang Tapa! Ahaks.



kau mampooo? *nangis*

choii sangat! lol.

Ehem mana kan tidak digelarnya macam gitu kalau mana-mana aje ada muncul aku kot? Eh mana ada! Ahaks. Nanti aku cherita ye macam mana boleh sampai terpancul gelaran itu kan? Hahahahah. Maklumlah Ahad lepas sempat jumpa Aaron Aziz di Wangsa Walk Mall. Terkejut katanya melihat diriku padahal sah-sah WWM sebelah rumah ku aje kan? Opps! Nantikan story mengenai Road Tour Ombak Rindu nanti eh? Bukan story Road Tour OR sahaja tapi ada kisah Malam Gala OR , Rehearsal Badai Semalam , Teater Badai Semalam , Halfest 2011 dan banyak lagi okes? Itu semua kisah Aaron Aziz sahaja ye? Aduhai wajib ke tukar nama belog uolsz?

Hakhakhak... geletis sungguh! By the way, aku hendak mengucapkan terima kasih banyak-banyak buat semua yang memasuki belog picisan ini. Meskipun aku tidak lah gigih peromot sejak kebelakangan ini kerana SPM tapi UV belog ini puratanya 100+ UV sehari. Alhamdulillah. Terima kasih sangat-sangat! Aduh buat ucapan pulak. Ngeh ngeh ngeh. Macam ala-ala panjang jugak ye entry kali ini? Haish. Nanti aku update lagi k? Akan ada banyak entry untuk di publish selepas ini okes? Ngeeee! So tunggu okes?!! :)

So sebelum berpisah .... nah sekeping gambar aku dengan Aaron Aziz yang seorang candid seorang ceria peace! Kau hado? Eh bai.


erhiks.

ahli skuad terjah ke saya persoalan nya? *nangis*

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Friday, November 25, 2011

Review Movie :: Ombak Rindu :: Jangan Lupa Menonton Pada 1 Disember Nanti

AMARAN :: Dilarang mengambil gambar didalam belog ku ini tanpa keizinan ku okes?!! Mintak izin dulu okes?!!


Assalamualaikum. Fuhh sudah hampir sebulan aku tak masuk ke dalam belog kesayangan ini kan? Ada yang rindu tak? *muntah* Ekekek. EH SPM tak habis lagi sudah muncul? Okay aku muncul dengan ada tujuan lain ye. Cuti yang ada dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin ye kawan-kawan. Sebenarnya nak meng-update tentang filem Ombak Rindu yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam negara pada 1 Disember nanti.

Selasa lepas aku sempat meluangkan masa untuk pergi ke Media Preview Ombak Rindu yang telah diadakan di MidValley. Terima kasih buat kawan ku Kak Joyah bukan nama sebenar (wakakak) yang telah menjemput aku ke Media Preview ini. Alhamdulillah rezeki disaat akhir gitu. Hehehe. Kebetulan pula tengah break dua hari , maka aku pun meluangkan juga masa demi filem Ombak Rindu. 





Ombak Rindu merupakan filem yang diadaptasikan dari novel nukilan Fauziah Ashari dan ia telah diarahkan oleh Osman Ali. Bagi yang mungkin tak pernah tahu , Ombak Rindu dilakonkan oleh Maya Karin , Aaron Aziz , Lisa Surihani , Bront Palarae dan ramai lagi.  Sebelum ini memang aku sudah menulis tentang filem Ombak Rindu ini dan tak pula sangka mendapat peluang antara orang terawal menonton filem Ombak Rindu ini. Secara jujurnya aku takut untuk expect terlalu tinggi untuk filem ini kerana bimbang aku akan kecewa dengan hasilnya. Maklumlah sebagai pembaca novel , expectation kita terlalu tinggi kan? So kemain membebel panjang-panjang apa komen aku tentang Ombak Rindu?




Ehem. Secara jujurnya Ombak Rindu memang berjaya membuat aku menangis. Lakonan mantap Maya Karin sebagai Izzah memang wajar dipuji.Lakonan Maya Karin memang tidak boleh dipertikaikan lagi.Aku sangat suka dan juga tersentuh dengan sesetengah scene yang memang berjaya buat aku menangis. Ingatkan nak cover macho uols , sekali hambik menangis jugak aku. Tambahan pulak bila diselitkan dengan lagu bernada syahdu uols , kemain gigih lah aku menitik-nitik air mata kan? Hahahah kata emo-temo kan? Gituew. Aku rasa pemilihan Maya Karin as Izzah tak perlu dipertikaikan ye kerana aku rasa lakonan Maya menjadi seorang gadis kampung memang menjadi. Meskipun didalam novel watak Izzah memang sangat muda tetapi Maya Karin memang berjaya membawa watak tersebut. Mungkin juga kerana Maya Karin turut membaca novel Ombak Rindu ini yang juga menjadi novel melayu pertama yang Maya Karin baca ye uols maka dengan itu mungkin Maya Karin dapat menjiwai watak Izzah dengan baik.




Selain itu watak Aaron Aziz sebagai Hariz memang patut diberi pujian juga ye? Aku tak sangka Aaron Aziz boleh menitiskan air mata dengan begitu lebat.Haha. Aku terus tersentuh apabila melihat scene Aaron Aziz menitiskan air mata itu ye. Memang terpukau kejap melihat adegan air mata itu. Aku dapat rasakan kesedihan itu ye? Hamboii kemain kau Jah? Keh keh keh. Aku tak nafikan yang Aaron Aziz berjaya membawa watak Hariz yang garang dan juga boleh tahan romantis itu. Tapi sesungguhnya memang bila scene Aaron Aziz menangis , memang aku terpegun ye? Hiks. Lepas tu dengan mimik muka yang Aaron buat bertambah lagi aku suka ye? Well done abe Tapa! EH.




Lakonan Lisa Surihani sebagai Mila Amylia pula turut menjadi kegemaran aku ye. Aku rasa kali ini lakonan Lisa Surihani sangat mantap. Kalau sesiapa yang sudah membaca novel ini pasti tahu bagaimana watak Mila Amylia ini. Bak kata Lisa Surihani semalam , watak Mila Amylia tidak jahat cuma terdapat sisi hitam dan putih nya begitulah. Aku rasa memang Lisa Surihani sangat mantap membawa tak Mila Amylia ini. Sungguh tak tipu ye? Pendek cerita Lisa Surihani memang berjaya mendalami watak ini.


Tidak dilupakan juga lakonan Bront Palarae sebagai Mail boleh dikatakan sebagai penambah warna didalam filem ini. Lakonan Bront tidak pernah mengecewakan dan aku suka! Bront berjaya membawa watak seorang yang berasal dari kampung. Ehiks. Meskipun cuma watak sampingan tapi watak mail turut menghidupkan filem ini okes. Gituew kau Jah , kalau memuji memang tak pandang kiri kanan siapa kau kan Jah? Hahahahaha. Well , aku memang macam gini. Hihihi.


Begitu juga dengan pelakon-pelakon lain , masing-masing berjaya membawa watak masing-masing dengan. Mungkin juga filem ini antara yang terbaik kerana mereka melakukan rehearsal terlebih dahulu dengan bantuan Ellie Suriyatie. Tidak hairanlah setiap pelakon yang berlakon didalam Ombak Rindu ini berjaya membawa watak mereka dengan bagitu baik! 






Durasi masa untuk filem ini jika tidak salah aku hampir dua jam dan aku berpuas hati dengan jalan cherita filem ini. Maklumlah sebagai salah seorang pembaca novel Ombak Rindu pasti aku ingin kan filem ini menjadi yang terbaik. Tak nak lah kita penat-penat baca tapi hasil nya macam haramjadah kan? Tapi setelah menonton semalam apa yang aku boleh katakan aku sangat suka dengan filem ini sebab berjaya buat aku menangis dan dapat juga menyelami perasaan suka dan duka gadis kampung bernama Izzah. Rasanya amat jarang aku menangis menonton filem tapi Ombak Rindu berjaya membuat aku menangis tersedu-sedu. Entahlah , perasaan itu datang dengan sendiri okes. Tak ada pun dipaksa-paksa ye. Ahaks.


Ehem. Jika orang tanya aku "adakah filem Ombak Rindu mengikut keseluruhan jalan cerita didalam novel?"... ehem jawapan aku tidak sepenuhnya. Bak kata pengarah filem Ombak Rindu Osman Ali , meskipun banyak plot-plot yang diubah dari novel asal namun filem ini masih mengekalkan jalan cerita utama serta konflik-konflik utama. Jadi jangan korang berasa kecewa andai plot cerita kegemaran korang telah dipotong ataupun ada plot yang ditambah. Sebab bagi aku filem Ombak Rindu sudah secukup rasa kerana tidak terlalu sarat mahupun tidak terlalu ringan. Just nice uols. 


Hmm kalau ditanya tentang kekurangan dalam filem ini? Aku pun tidak pakar mana untuk mengulas tentang kekurangan dalam filem ini. Sebagai seorang penonton filem aku rasa filem ini best. Boleh macam gitu?Kang kalau aku ulas dari plot awal , pertengahan sampai habis mahu ramai-ramai nak lambung aku dalam ombak kang sebab spoilkan mood korang yang tengah membara itu khen? Hahahaha. Oh ya jangan lupa membawa tisu dan jangan lupa potong kuku bukan hape takut korang mencakar masa menonton tu tengok adegan yang ehem ehem ehh. Muahahah. *matilaa* Eh adegan dia ... ah malas lah nak cerita saja kasi korang lagi suspen membara gitu muahahaha :p


Kalau ditanya berapa bintang aku mahu kasi? Aku kasi 4 bintang setengah untuk filem Ombak Rindu. Kalau aku kasi 5 bintang nanti uols kata ai hover pulekk khen? Hahahah. Cuma apa yang boleh aku katakan filem Ombak Rindu memang wajib korang tonton terutama pada siapa yang pernah membaca novel Ombak Rindu dan terutama juga peminat-peminat Maya Karin , Aaron Aziz , Lisa Surihani , Bront Palarae dan semua pelakon-pelakon itu ye. Apa-apa pun well done Osman Ali and team! :)


Ehem so dah terlanjur bercherita tentang filem ini , moh lah aku berkongsi gambar-gambar ketika di Preview Ombak Rindu bersama Media semalam yang telah berlangsung di GSC , Mid Valley. Bayangkan dari 9.30 pagi aku bertapak disitu sampai lah pukul 3 petang dan siap di jamu di restoran Bumbu Desa. Terima kasih pihak Ombak Rindu untuk lunch itu. Kenyang perut suka hati I okes? Hahaha.


Jommmm layan gambar-gambar ketika media conference uolss! Gambar tak ikut susunan sebab mek tak kowser nak menyusun nya katanya! Hahahah :p














































Aduh , memang berjelakan entry kali ini? Untuk tatapan peminat-peminat Ombak Rindu dan juga peminat-peminat pelakon Ombak Rindu mek tutup mata upload semua gambar-gambar ini okes ? Terharu tak Senah? Eh. Cukup tak gambar-gambar diatas ni uols? Tak cukup? Baik aku tepek lagi gambar ye! Tapi kali ni gambar aku berposing dengan para pelakon , pengarah filem dengan penulis novel itu ye. Jangan jeles! Eh hado ke nak jeles dengan mak? Ehh.















Phew... memang entry ini terlalu panjang dan terlalu banyak gambar yang tepek sekali harung. Harap jangan banyak songeh jika tidak senang dengan entry ini. Macam biasa... kalau suka baca tapi kalau tak suka tak payah baca dan tak payah tengok eh? Senang aje kan! :p

Sebelum aku mengakhiri entry yang sangat panjang ini , ehem ehem aku sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih buat Kak Joyah bukan nama sebenar diatas tiket itu dan juga pihak Ombak Rindu sendiri untuk goodies beg yang sangat meriah. Mujur aku tak sempat beli novel Ombak Rindu yang baru ye. Rupa-rupanya pihak mereka turut menghadiahkan kami semua novel Ombak Rindu , kalendar Ombak Rindu untuk tahun 2012 dan tshirt Ombak Rindu. Oh yeah sangat-sangat berbaloi meluangkan masa tempoh hari. Hehehe. Lagi berbaloi-baloi dapat berborak dengan para pelakon dan pengarah filem ini serta penulis novel itu juga ye. Hehehe. Memang seronok!





Ohh dan jika ada yang bertanya kenapa Aaron Aziz memakai spek mata hitam? Jawapan nya sila lihat gambar dibawah. Heheheh. Terima kasih tak terhingga buat photographer belog I muahaha Kak Fieza dan Kaka Ekah ye? Sanggup meluangkan masa untukku katanya! Ahaks.


kesian bang Tapa.
ehem ehem bang Tapa heksaited noks tengok mek!
gitueew kasi orang jeles erk.

Apa-apa pun entry ini serta komen dan pandangan ini hanyalah komen peribadi aku. Mungkin pandangan kita tak sama ataupun serupa tapi enjoylah gambar-gambar itu ye? Macam aku beritahu diatas aku puas hati dengan filem ini kerana langsung tidak mengecewakan aku meskipun ada plot yang dipotong dari novel dan ada plot yang ditambah dari dalam novel namun sebenarnya ia memberi warna dan corak yang tersendiri bagi filem ini ye. Hehehe. Aiyoohh terpanjang pula entry kali ini. Maaf kalau lambat post entry ini. Maklumlah macam-macam hal yang terjadi disekeliling hidupku. Cewah! Gituew kau Jah. Last but not least : Jangan Lupa Menonton Ombak Rindu di Pawagam Berhampiran Korang bermula 1 Disember ini untuk menyaksikan Maya Karin , Aaron Aziz , Lisa Surihani , Bront Palarae dan ramaaaaai lagi ok!! :)

Terima kasih sudi baca entry ini :')