Home

Showing posts with label fizz fairuz. Show all posts
Showing posts with label fizz fairuz. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

Gambar Basi. Mampooooo?

Tadi meninjau-ninjau folder-folder gambar , terjumpa banyak gambar-gambar lama tapi masih dalam tahun 2012. Faham tak ayat aku? Mesti semua pening dan pelik kan? Aku pun pelik kenapa aku buat ayat berbelit-belit macam itu. Heh. Kalau korang perasan entri tentang ABPBH 2011 tergantung kan? Tak habis kan? Aku memang sengaja biarkan tergantung begitu. Nanti bila aku ada mood aku sambung balik. Tapi aku rasa tak akan bersambung lagi dah. Silap-silap aku sambung ABPBH 2012 terus kot? Eh!

Hari Ahad memang aku tak gemar sangat update belog. Tapi sebab aku tengah bosan dan tangan pun sama geletis nak ketuk kibod , maka terupdate lah jugak kan? Tehtap nak salah kan jari jemari tembun ni kan? Sebenarnya diri sendiri yang terlebih geletis nak juga meng-update ini kan? Erhiks. Kisahnya , sengaja nak keluarkan segala jenis gambar-gambar yang Jijah simpan elok dalam folder pic itu kan? Ngeeee. Simpan sajork tak guna kan? Haruslah menayang setelah lama peram gambar ni kan? Katanya! Hahahaha..



Dalam cable car! Dah balik baru gheti nak posing khen? Hilang terus perasaan kecut perut bagai tu khen? Hmmm rindu Genting! 


Jijah dan retis kesayangan , Aaron Aziz.

muak agaknya pembaca belog ni asyik tengok gambar Jijah dengan retis sajork khen? bertabahlah semua. nak buat macam mana khen? hobi Jijah memang bergambar dengan retis. ERKKK..


i ) Jijah & Fizz Fairuz
ii ) Aaron Aziz , Jijah & Diyana Halik
iii ) Abg Anas ( abang kandung Aaron Aziz ) & Jijah

gigih betul Jijah buat caption kan? 

Gaya tulis macam banyak sangat gambar yang nak ditayang kan? Sekali dua keping gitu jah? Janjiii hadooooo kan?! Begitulah kan! Semua gambar dekat atas tu masa dekat Genting Highland katanya. Masa Aaronators buat surprised party untuk Diyana Halik , wife Aaron Aziz gituh. Diva Jijah pun sempat lah khen turut serta! Sebenarnya banyak lagi gambar jimba ria nak tepek dekat sini tapi macam biasa tak berkesempatan katanya! Hailah , selalu sangat macam tu kan? Entah sibuk apa pun Jijah sendiri pun keliru dengan diri sendiri katanya! Heh!

Begitulah kan. Hujung minggu Jijah kali ini memang sangat rilek katanya. Santai sangat sampai asyik golek-golek atas katil aje kan? Haruslah! Bila rilek , rilek sangat! Bila terlalu sibuk dengan jimba ria , memang nak baring lima minit pun tak mampu okes? Gituew katanya! Eh ingat nak buat entri pendek-pendek aje. Tapi musnah jua. Tetap tulis panjang lebar kan? HEHEH , maafkan saya!

Dah tak mahu tulis panjang lagi dah. Korang semua apa aktiviti hujung minggu korang ni? Atau korang pun macam Jijah , bersantai di rumah saja? ;)

Last but not least , as usual lah kan? :p


ngeri tak nengok Jijah edit gambar pesen gini?
kbye!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Tuesday, April 24, 2012

Terserempak Dengan Fizz Fairuz , Amy Search di Lobi Hotel. - Edisi Berjimba Ria Di Genting Highland Bersempena ABPBH 2011 [Part 3]

Kali ini aku masih lagi mahu menyambung cherita-cherita berjimba ria aku di Genting Highland tempoh hari. Di sebabkan aku memang dah kekurangan cherita , maka aku akan buat cherita jimba ria ini dalam bentuk part by part. HEHE, maafkan saya! Lol, tiba-tiba teringat dialog Zizan masa dekat ABPBH. Kalau masih ada yang belum baca part-part sebelum ini boleh baca di SINI dan di SINI. Nanti bingung pula tiba-tiba bila baca cherita-cherita Jijah yang penuh dramatik ini kan? Ahaks! *pang*

Jadi masa di Genting Highland tempoh hari kan Jijah ada beritahu yang Jijah tinggal di hotel yang penuh retis lalu lalang dan turun naik lif pun sama dengan retis katanya! Haaa dah masuk Part 3 baru gheti nak bercherita pasal retis khen? Saja nak kasi korang berkobar-kobar dengan penuh heksaited menanti entry aku yang seterusnya kan? Jangan ada yang nak kasi penampo dekat Jijah sebab tunggu dekat lama nya sudeh! NANGES! eh?! Hahaha. Sebenarnya sekarang ni kena cari mood yang sesuai untuk update cherita dan mengedit gambar. Gambar terlalu banyak sampai rambang mata nak pilih yang mana satu sesuai untuk letak dalam belog khen? Lagipun hari tu guna kamera aku dengan kamera Kak Echa. So memang aku makin pening kan nak pilih gambar mana satu kan? Heheh.

Ingat tak sebelum ini aku ada cherita yang aku nak naik pergi bilik hotel lepas berjumpa dengan Kak Sue dan Kak Ita? Masa aku nak naik bilik , aku macam ternampak Fizz Fairuz dekat lobi hotel. Sebenarnya dah lama sangat tak jumpa Fizz. Last aku jumpa Fizz masa preview Cinta Kura-Kura kot? Atau dekat Warong Soto Berlado? Aku sendiri pun lupa bila last sekali aku jumpa. Bila ternampak Fizz dekat lobi hotel , harus terus Jijah berlari-lari anak pergi tegur Fizz. Masa tu nampak dia tengah nak check in hotel. Oh dia pun tinggal dekat Theme Park Hotel jugak rupanya.

Biasa lah khen bila Jijah jumpa Fizz saja , mula la buat drama dua-dua. Hehe. Dia terkejut tengok Jijah , Jijah pun buat-buat terkejut tengok dia. Boleh? Ekekeke. Drama Queen sangat kau Jijah! Biasalah bila lama tak jumpa memang macam-macam yang kitaorang borak katanya. Eh tulis banyak pula. Jom tengok gambar jom!


lesung pipit! :p


nampak benor Fizz baru nak check in hotel kan?
penuh barang-barang belakang tu Fizz punya lar.
ekekeke.


Lepas dah bersembang , bergambar dan bersalam bagai , Jijah dan Kak Echa pun minta diri katanya. Ingat nak terus naik ke bilik. Tapi mata weols macam tak boleh lepas pandang sekeliling. Tetibe Jijah macam jakun tengok artis baru datang check in hotel. Oh kenapa begini Jijah? Katakan kenapa begini? NANGES LAGIII. *dush* Hahahaha. Lepas tu masa nak naik lif terserempak dengan Ramlah Ram dengan Bob tapi tak sempat pun nak bergambar. Hehehe. Tetibe Jijah rasa malu nak ajak bergambar. Erhiks. 

Lepas tu tetibe nampak dekat lobi hotel macam nampak Amy Search. Eh?! Terus hati terkinja-kinja nak bergambar khen? Iyerlah , bukan senang okes nak jumpa dengan Amy Search. Katanyaaaaa.. Haruslah Jijah dengan gigih pergi balik dekat lobi hotel walhal masa tu dah dekat depan lif okes? HAHAHA , gigih -__-' Bila face to face , rupanya Amy Search ni pesen pendiam gituh. Hehe. 


phewwwwitttttttt uolsz! 
hihihihi :p


Hah , lepas bergambar dengan Amy Search memang aku dengan Kak Echa cepat-cepat naik atas. Kitaorang dah tak larat sebenarnya ni dan lagipun masa tu tak solat Asar lagi kan? Kena cepat-cepat. Hehehe. Macam sebelum ni aku cherita lah kan , kitaorang naik bilik sebab nak rehatkan badan kejap. Lagipun malam tu rancangan nya nak berkeliaran sekitar hotel kan? Iyerlah , mesti ramai lagi artis berkeliaran juga dekat area situ kan? HEHE. Itu rancangan asalnya. 

Tapi biasalah lain kita rancang lain yang akan jadi. Hah , nak tahu apa yang bakal jadi? HEHE, kena tunggu PART 4 pulak okes? Kalau boleh nak cherita dalam ini semua tapi aku tak mahu pula kalau entry aku berjela-jela pula jadinya. So kena lah jugak buat bahagian lain pula ya? Korang semua jangan lupa nantikan PART 4 pula untuk nantikan apa pula yang jadinya kan? Sempat ke terserempak dengan mana-mana artis? Atau tak jumpa langsung? Jeng Jeng Jeng , itu kena nantikan PART 4 okes?! :)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Monday, January 9, 2012

Cherita Basi :: Badai Semalam :: Antara Cita-Cita Dan Cinta !

Kali ini aku nak bercherita tentang teater Badai Semalam yang telah dipentaskan di Istana Budaya pada 11 November 2011 sehingga 20 November 2011 dan telah dilakonkan oleh barisan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz , Erra Fazira , Fizz Fairuz , Umie Aida , Ziela Jalil dan ramai lagi. Sebenarnya apabila aku mengetahui tarikh yang dipentaskan aku hendak hentak kaki berkali-kali kerana tarikh yang telah dipentaskan itu adalah tarikh yang sangat dekat dengan tarikh SPM okeh? Tuhan sahaja yang tahu macam mana sedih , pasrah dan parah nya hati bila dapat tahu tarikh teater itu sangat dekat dengan SPM. Uish sah-sah aku punya tempoh untuk bebas bab burung sudah tamat ye masa itu? Hiks. Tapi tiba-tiba kawan aku ajak aku untuk pergi menonton Rehearsal Badai Semalam sebab abe Fizz Fairuz ajak datang tengok dia rehearsal. Aku pun ala-ala melonjak kegembiraan la khen sebab dapat lah ubati kesedihan hati yang tak dapat nak menonton teater Badai Semalam pada mula nya konon nya kan? Hahaha.

So , dengan tarikh SPM nak dekat , bergigihan aku pergi ke Istana Budaya semata-mata nak tengok rehearsal Badai Semalam okes? Aiyark bila fikir balik kerja gila ini , aishh , no komen. Hahahaha. Bila tengok rehearsal Badai Semalam aku macam banyak terpukau jugak lah ye sebab masa aku datang diaorang tengah practise scene "hot" iaitu scene Karim (Aaron Aziz) dengan Dora (Jasmin Hamid) di dalam disko. Ahaks , pi google apa scene hot tu ye mek malas nak bercherita di sini. Keh keh keh. Kemain lagi aku mencakar dan menjerit tengok scene itu. Muahahahah :p

Okayy , jom layan gambar-gambar masa rehearsal Badai Semalam ni eh? Aku malas nak susun atur sebab aku malas. Sangat malas. K. Maaf dengan kualiti gambar. Wa tak pakai DSLR. Wa pakai kamera murah. Asal korang nampak muka diorang okay ahh tu kan? Hihihihi. Tapi kalau macam nampak cantik gambar itu , sudah semestinya from photographer belog kitew : Kak Fieza. Hakhak , tetibe dapat gelaran photographer belog kita eh? :p



tujuan utama :: tengok abe Fizz untuk rehearsal dan suruh pelakon-pelakon Badai Semalam sign novel Badai Semalam.

untuk yang tidak mengetahui teater Badai Semalam merupakan adaptasi dari novel sastera karya Khadijah Hashim.




jeng jeng jeng ... cer teka siapa tu?

hahahahaha.



Kemain lagi snap gambar Aaron Aziz kan? Ehhey , sebenarnya kan aku ingat Aaron tak datang rehearsal tu okeh? Sebab dekat dengan sejam setengah aku duduk dekat situ bayang dia pun tak nampak. Dah pasrah masa tu sebab masa tu dah pukul 10.30 malam aku agak. Punggung aku dah panas sebab takut Umi aku akan buat panggilan hormat ye? Hihihi. Baru feeling nak angkat punggung dengan rerakan sebab tahu rehearsal mesti habis lambat punya , heh , tiba-tiba muncul seseorang. Dah tak payah nak suspen sangat. Aku nampak Aaron lalu atas pentas siap minta maaf sebab lambat. Erhiks. Terus tak jadi nak angkat punggung kan? Hahahah kemain kau Jah!

Masa tu terus ye kengkawan aku suruh aku bertenang takut aku pergi mencakar. Haipp. Kitew tak adalah tahap nak mencakar sesuka hati ye? Hahahaha. So teruskan lah menonton rehearsal nya sampai terasa mengantuk. Erhehehe. Ehem lepas tu ada pulak cherita dramatik aku dengan Aaron Aziz ye? Aiyark , Aaron kalau tak ada cherita dramatik tak sah kan? Tak tahu siapa yang dramatik lebih ni voleyh? Muahahahah :p

Masa team Badai Semalam berehat kejap dari rehearsal , tiba-tiba Aaron datang dekat aku sebab mula-mula dia tak perasan dengan kehadiran aku kan? Aku ni siapa aje pun kan Aaron nak perasan kan? *lap air mata* Ceh. Lagipun aku malas nak menonjolkan diri malam itu ye walaupun aku sebenarnya duduk belakang Aaron Aziz. Itu tak mahu menonjolkan diri ke? Hahahha. Lepas tu tiba-tiba dia datang dekat aku , dia cakap ...

Eh??!! Dia ni macam magic lah? Dekat mana-mana ada.
Macam *ting* , muncul situ. Macam *ting* muncul sana.
Hebat lah! *muka excited*

K kau faham tak perasaan aku masa itu? Terasa macam nak menyorok bawah kerusi ok? Sebab Aaron siap menari ala-ala sambil petik jari dan siap jerit "EHHHHHHH!" , okay sampai sekarang aku still ingat. Reaksi muka Aaron paling aku ingat k? Excited gila sampai aku yang bising jadi diam okay? Siap aku cakap " Haip apa? apa?" Hahahah tiba-tiba rasa nak hempuk muka sendiri dekat kerusi sebab malu. Ekekekeke. Sungguh terharu ye abe Tapa masih mengingati ku. Eceh gedik ahh kau Jah. Hahahaha. Lepas dah sesi dramatik tu terus hulur buku dekat Aaron suruh sign. Hiks masa ni menggedik sikit lah kan? Biasalah IjahEmoTemo siapa tak pernah mengadu tentang ke-dramatik-an dia khen? Erkk. Hahaha. Tapi sungguh aku nak tergelak bila ingat balik tau. Ekekekek. Semua kawan-kawan aku ala-ala tercengang tengok Aaron excited gila jumpa aku. *batuk* Muahahaha.






Erhiks memang seronok sangat dapat berjumpa dengan pelakon-pelakon Badai Semalam ini tau. Pertama kali berjumpa dengan Erra Fazira memang buat aku terpegun okeh? Soft spoken sangat Erra ni and terus aku adore dia tau? Hihihi. Sempat jugak berborak dengan Erra and Umie Aida. Diorang tanya pergi tak nanti untuk pementasan teater tu kan? Of course jawapan aku tidak and sedih tak dapat nak tengok khen? Terus diorang tanya kenapakah? Hiks wajib aku menjawab SPM tak boleh lah nak pergi. Terus Erra dengan Umie nasihat suruh dahulukan SPM than Badai Semalam. Terharu meks tau siap dapat nasihat dari diorang. Ngeee. Itu yang next day nya Erra tiba-tiba wish aku dekat Twitter. Erhiks. Masa tu lagi double terharu okehh sebab tak sangka dia masih cam wajah gebuz ku ini hahahaha. Hiks.

Bayangkan lah masa rehearsal tu kan dari pukul 9 malam sampai 12 tengah malam ye bertapak di situ? Pheww , lama jugak nak tunggu diorang habis dan aku pun dah seram sejuk sebab risau kalau Umi aku marah ke apa ke kan balik lambat. Ngeee. Tak sangka pulak nak duduk lama-lama kan dekat IB masa hari itu. Hiks. Wajib lah sempat bergambar dengan pelakon-pelakon utama Badai Semalam khen? Hiks.





cer teka tangan siapa melentik sangat tu?
k ini kawan aku snap. sangat dramatik tengok pic ni muehehehe :p


erhikss , sukaaaa :p

thank you Fizz Fairuz , Erra Fazira , Aaron Aziz dan Umie Aida! :D


suka pulak buat gambar cantum-cantum macam ni. hihihi.

K selesai kisah pertama. Mak oiii yang pertama pun sudah berjela kan?Hihihi janji yang kisah kedua tak berjela sebab jejari tembun aku dah penat menaip dah ni. Hahahaha. Ehem macam aku tulis diatas tu khen? Sepatutnya aku tak pergi menonton teater Badai Semalam sebab tarikhnya sangat hampir dengan SPM. Lepas tu tiba-tiba dapat dua tiket before SPM. Hahahah , so aku pun pergi dengan kawan. Plan asal nak pergi dengan Umi aku tapi tapi Umi aku tak sihat masa tu so terpaksa batalkan hasrat tersebut ye. Ngeee. Bila menonton Badai Semalam punya show yang betul , seriously aku terpukau dengan lakonan abe Fizz Fairuz. Serius. Ada satu monolog Fizz siap aku menangis lagi tau? Tak sangka mendalam sungguh lakonan Fizz sampai bikin aku menangis. Heh heh heh.

Lakonan Fizz Fairuz sangat mantap dan aku sangat terpukau. Begitu juga dengan Erra Fazira , Aaron Aziz dengan tarian nya , pheww menarik uolsz! Hahahha. Ramai betul yang bersorak masa Aaron menari ye? Erhiks. Anyway teater tu memang menarik dan dengar khabarnya nak menyambung pementasan di Singapura. Aku pun tak pasti bila dan kita tunggu sahaja nanti ye. Hiks. Okay okay lepas dah habis aje pementasan gigih jugak pergi beratur ye sebab nak dapatkan tandatangan lagi oleh pelakon-pelakon Badai Semalam. Ngee. Lepas tu tehtap buat drama ye? Kali ini dengan Erra Fazira muahaha. Boleh Erra cakap muka aku dalam twitter dengan luar lain T_T K , nangis sangat. Hahaha.

Tapi agak tak puas hati dengan guard masa hari itu sebab tak benarkan kitaorang ambil gambar dari jarak dekat. Geram sangat okeh? Walaupun dah bergambar masa rehearsal hari itu khen? Tapi tehtaplah mak nak jugak bergambar lagi khen? Tsssk , mujur cakap awal-awal dengan Fizz nak jumpa dekat belakang. So dapat lah bergambar dengan Aaron Aziz lagi , kak Diyana and paling tak sangka dengan kak Awyn , adik Diyana Halik. Bila tengok Kak Awyn terus macam eh? Ingatkan aku silap orang ,sekali betul.Hehehe. Nak jumpa Fizz tapi terjumpa Aaron dulu so ajak lah bergambar kan? Hikss. Okay jom layan gambar. Jejari tembun mak dah nak lebam banyak sangat menulis ni. Ehhey! Maaf ler kalau gambar nampak berbelang-belang , mulut aku tiba-tiba jadi senget benget. Tssk , tak tahu apa pasal gambar jadi macam gitu. Ehhey stress! Hahahaha.




Ziela Jalil sangat cantik! :)


Aaron , Diyana Halik and aku. 


k , jangan tanya aku apasal gambar jadi macam gitu.
jangan sesekali tanya *meraung hentak kaki*


abe pizz ... abe pizz ! :D


aku dan adik Diyana Halik , Darwina Halik ( kak Awyn) :)
nice to meet you Kak Awyn , terbang jauh dari Singapore tau heheh :)

Erhiks , aku pun tak tahu apa pasal gambar-gambar masa show Badai Semalam jadi berbelang-belang , mulut aku jadi senget tssk and etc. Bila dapat email from kawan aku memang stress ye try save banyak kali still sama. Sabotaj sangat gambar tu tau! Tssk. Hahaha. Overall sangat happy dapat pergi rehearsal dan juga pementasan itu sendiri. Sepatutnya banyak lagi gambar but aku bukan jenis rajin sangat nak letak watermark , nak edit sana edit sini , karang cherita , phew tak larat meh. 

Aku tahu entry ini sangat panjang and as usual sarat dengan cherita dramatik dan juga gambar-gambar. Lagipun aku nak lah jugak titipkan semua cherita dan gambar dalam belog kesayangan khen? Tak kan nak menumpang dalam belog korang pulak khen? Hakhakhak :p Nak siapkan keseluruhan entry ni memang menuntut masa yang sangat lama okeh? Dengan nak cari mood nya lagi , nak ingat balik segala kejadian lagi , phewww. Mujur ingatan masih kuat ye. Hiks. Okay tak mau tulis apa-apa lagi memandangkan dah banyak sangat aku menulis khen? Daaaaa... :p

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Friday, September 30, 2011

Apa Kesudahan Drama Stanza Cinta Lakonan Fizz Fairuz , Fatiya Latiff dan Aaron Aziz?

Ahad ini merupakan episod akhir drama berbentuk Islamik iaitu Stanza Cinta. Kalau korang perasan aku memang sudah menulis tentang drama Stanza Cinta tatkala drama itu belum di tayangkan. Aku juga ada membuat review tentang novel Stanza Cinta yang di hasilkan oleh Nurull Halawati dan memang drama ini di adaptasikan daripada novel tersebut.

Aku memang follow drama ini since episode pertama lagi dan siap download lagi tau setiap episode drama ni. Hihihi. Nampak tak gigih betul aku di situ? Tak nampak , ahh tak kisah lah. Haha. Aku tahu mesti ramai cakap drama ini biasa-biasa aje dan ada sesetengah pelakon di dalam itu berlakon err agak kayu begitu? Uwww , aku tak nafikan tentang itu , hikhikhik. Tapi apa yang aku suka tentang drama ini ialah mesej yang di sampaikan dalam drama itu katanya. Lagipun drama ini kan berbentu Islamik dan ada juga mesej-mesej dalam drama terkesan di dalam hati. Cuma itu lah , kadang-kadang drama ini macam laju betul jalan cerita dia. Tak gitu? Heh.


Jadi , Ahad ini merupakan episode terakhir dan aku sudah semesti nya tak sabar nak tahu apa kesudahan nya. Cehh , padahal sudah tahu pun apa yang akan terjadi nanti. Ngeee. Kalau sesiapa yang baca novel pun mungkin dah boleh agak apa yang bakal terjadi. Tambahan siapa tengok trailer untuk episode terakhir di TV3 pasti dah boleh agak apa yang akan terjadi. Uish , aku yang tengok pun dah sakan menjerit ok? Heh. Mesti Ahad nanti air mata mengalir dengan deras punya. Cehh , over betul kan? Ngeee.


Tak sangka dah sampai ke hujung pun drama ni. Dulu masa pergi tempat shooting Stanza Cinta , punya aku , geng aku dengan Fizz duduk mengira bila episode akhir. Ekekekek , sekali Ahad ni dah episode akhir? *peluh* Ehem , tadi ada check folder picture , ada sesetengah gambar tu tak tayang pun lagi dalam belog ni. Jom layan gambar!




sila cari apa persamaan Dua Hero Stanza Cinta ini yuolz?
ok tetibe.


baru lepas kena bebel dengan Fizz sebab nak ambik gambar muka dia yang ala-ala comel kelakar itu. wakakaka.

dah macam pakai kerongsang pulak aku letak watermark macam gitu. ekekekek. ampunn Fizz.


maintain hensem kan noks?
err.



rumah Taufik Imran. 
hiks.


masa ini kan ... masa ini kan ... aku punya tangan sangat menggigil.
dan aku ingat lagi aku ambik gambar pun terketar-ketar macam nampak hantu -____-'

kredit pic utk gambar Aaron yang jelas dan nyata :: Kak Fieza

Hahah , baru perasan banyak jugak gambar tak tepek lagi. Mesti kes aku menggigil hari tu sampai lupa nak tepek gambar banyak-banyak. Keh keh keh. Tahu tak kes menggigil aku? Tak baca lagi? Baca dekat SINI okeh tapi sila jangan gelak kan mek yang macam-macam kes waktu itu. Hakhakhak , aku pun malu nak baca sekali lagi weeeeh! -___-' 

Tak sabar sebenar nya nak menanti kan Ahad ini untuk menyaksikan episode akhir. Sebab aku pasti akan meleleh tengok episode akhir itu nanti. Aku pun meleleh air mata masa baca novel ending dia tahu? Boleh tahan emo jugak bila baca ending dia. Hiks. Jarang sebenar nya novel-novel yang boleh buat aku menangis , tetapi novel Stanza Cinta berjaya jugak buat aku menangis. Ngeee. Harap-harap drama dia nanti pun boleh kasi feel yang sama lah khen? Gitueww.

Ngeee terpanjang pulak entry kali ini. Eh bukan selalu ke panjang entry aku? Hahahahaha. Dah kata episode akhir kan Stanza Cinta? Baik aku tepek siap-siap gambar masa pergi tempat shooting hari tu. Kang aku letak lepas ni korang muak pulak. -____-' Eh ada lagi gambar yang tak tayang lagi. Jom tengok gambar-gambar ni sampai pitamz! Ceh.



kredit pic : Kaka Ekah.

surprised untuk aku kata Kaka Ekah dan Kak Fieza.

ngeh. Aaron kasi ucapan dalam novel Stanza Cinta aku.

hahahah , harus kalau aku ada anak nanti mesti pelik apasal pesanan Study Hard -.-' Iyelah beli novel zaman nak exam kan? macam gituew lah ucapan nak oii. eh feeling dah? -.-'


Woah , banyak pulak gambar kan? Takpe tak lari lagi tajuk. Masih lagi berkaitan Stanza Cinta dan aku tahu nanti orang akan komen gambar-gambar aje. Itu pasal aku malas nak tulis sangat. Keh keh keh. Btw , aku agak hangin jugak bila sesetengah orang tak rela kata nya tengok watak Irfan which is Aaron akan mati nanti , uiks , kantoii. Bagi aku kot iye awak peminat Aaron , terima aje lah apa ending nya nanti ye? Punya gigih Aaron suruh korang tengok drama itu tapi boleh nak hentak kaki sesetengah orang itu sebab watak Aaron bakal mati kata mereka. Mujur dah nak last episode baru nak di mati kan kot? Opps. Gigih jugak aku ambik video untuk Stanza Cinta TV3 yuolzz walau gigil-gigil nak pergi dekat Aaron. Hakhakhak *lempang*

Begitu lah. Apa-apa pun , Jangan Lupa Saksikan Episode Akhir Stanza Cinta di TV3 , Jam 9 Malam untuk saksikan kesudahan cinta 3 segi antara Irfan - Amni - Taufik nanti. Fuhh , gigih aku peromot ni wehhh. Ngeee. Ehem , korang pernah tengok Stanza Cinta? Aku? Tengok dan siap download lagi. Okbai.


last but not least.

gambar ni memang aku tak pernah tunjuk lagi dekat dalam belog.

ngeee selepas kejadian terhantuk kepala. choii.

jeles tak ? jeles tak? dah tak payah nak jeles. -.-'


p/s: aku try buat watermark sendiri yang baru. ngeee. tapi hasil dia sangat nan hado. kena belajar lagi dengan kaka Ayu la. ngeee. watermark kaka ayu yang di beri secara percuma itu akan aku guna jugak. ini saja menggedik nak letak butterfly bagai. choii sangat aku ni. -.- hiks.

p/s lagi :: kalau terasa tak suka dengan entry ini yang penuh dengan gambar Aaron Aziz ke , Fizz ke atau apa sahaja , please lah jangan baca. buat dosa kering aje menyindir aku dan mengumpat aku belakang aku kan? tak suka buat gaya tak suka ok? okbai.


Terima kasih sudi baca entry ini :)

Tuesday, June 14, 2011

Kaki Menggigil. Kepala Terhantuk. Comel Bukan?

Ehem. Tak tahu nak mula kan cherita untuk entry ini macam mana. Tengah nak menulis pun kaki menggigil-gigil tahu tak? Keh keh keh. Sungguh mengada-ngada nak menggigil segala kan? Kali ini tajuk dan isi entry ada kena mengena ya. Bukan setakat mahu diva dan vogeh sajork tajuk. Kalau di ingatkan balik kejadian-kejadian yang terjadi pada minggu lepas itu mahu rasa nya bermacam-macam perasaan bercampur baur menerjah dalam diri. Ngahahaha.

Kisah nya , minggu lepas pergi menerjah lokasi Stanza Cinta yang di lakonkan oleh Fizz Fairuz , Nur Fathia dan Aaron Aziz. Kebetulan Fizz pun ada ajak ke lokasi dan kawan aku pun  ajak aku jugak ke sana , maka aku pun berkesempatan lah menerjah ke sana. Punya lah jenuh nak mencari lokasi tu sebenar nya even Fizz dah bagitahu dekat mana semua tu. Lepas tu dengan hujan lebat lagi lah bertambah payah nak mencari. Tapi alhamdulillah setelah 2 jam setengah mencari sampai juga kami ke lokasi Stanza Cinta. Heh , 2 jam ye? Hikhik. Daripada mendung sehingga lah hujan lebat sampai tak hujan terus baru jumpa lokasi penggambaraan tu tau :P

Jadi nya bila kami sampai tu Fizz tengah shooting scene dia. Kitaorang tunggu aje lah dulu. Dekat dengan sejam jugak menunggu dan ehem sebenar nya kitaorang nak terjah Aaron Aziz jugak. Ngehehehehe. Tapi mula-mula tu tak nampak bayang langsung Aaron Aziz. Jadi kitaorang duduk bersantai dulu lah ye. Tiba-tiba tak lama kemudian kawan aku , Kak Fieza nampak Aaron Aziz , hamboii boleh semua berkejaran ambik novel Stanza Cinta nak suruh Aaron sign. Ngeh ngeh ngeh. Masa tu aku rilek okay aje lagi. Lepas tu boleh pulak Kak Fieza menggeletar berlari ke arah kitaorang ye sebab ketakutan. Ngahahah. Lepas tu terkebil-kebil Aaron tak tahu nak kasi dekat siapa buku tu. Boleh aku pandang sambil sengih-sengih sambil jerit perlahan panggil dekat Kak Fieza. Choy sangat masa tu. Haha.



Aaron Aziz tengah sign novel Stanza Cinta.
Aaron Aziz melakonkan watak Irfan Ikmal.

Lepas tu pulak Kak Fieza terlupa nak mintak ambil gambar dengan Aaron kan. Apa guna nya terjah tanpa mengambil gambar uols. Sia-sia okeh. Wah gitu kau Jah. Keh keh keh. Lepas tu aku terus ambil novel kawan aku terus berlari-lari anak *silabygkancepat!* pergi dekat Aaron yang duduk dekat bawah rumah. Pheww. Masa tengok dia depan-depan baru lah kaki menggigil okeh? Patutlah pun Kak Fieza ketakutan katanya. Hakhak. *pang* Lepas tu boleh pulak aku punya kelam kabut meja nak terbalik -.-' Handphone Aaron pun terjatuh -.-' Kes nak terbalik meja ler tueww. Lepas tergagap-gagap nak mintak ambik gambar. Ekekekek. Sampai kan Aaron pulak cakap : rilek la. =.=' Malu akuuu woiii.

Lepas tu diam je aku tengok Aaaron sign dekat novel Stanza Cinta. Hikhik. Kelu terus lidah aku ni wehh. Nak sebut #sethtan pun tak mampu kata nya. Padahal Aaron rilek je. Aku pulak yang gelabah terlebih. Choy Choy Choy sangat okeh? Lepas tu bila nak ambik gambar sebab ada aku dengan Aaron boleh pulak aku tanya : Siapa nak ambik gambar kita? Hakhak. Tak rasa nak lempang ke muka sendiri? Adess. Selamat ada abang krew yang tengah nak makan keh keh tolong ambik kan gambar. Terima kasih bang oii. Ekekek. Lepas tu aku mula lah berlari-lari anak ke kereta kawan aku tu ha. Tergedik-gedik sangat tau. Kawan-kawan aku terkejut bila dapat tahu aku dah ambik gambar dengan Aaron. Kagum kata mereka walupun aku rasa masa tu habis seluruh badan menggigil okeh? Hakhakhak over betul!


hiks , Aaron ajak duduk ye sebelah dia. cehh.
thanks to abang krew ituew. :)

Okay nak cherita apa lagi ni? Oh lepas tu turn kawan aku pulak berkejaran tapi kali ni aku ikut je hakhakhak muka tak tahu malu okeh. Sekali sekala apa salah nya. Hahahah. Lepas tu masa tu jugak boleh pulak kepala aku terhantuk dekat tiang weh. Malu lagi sekali. Aaron punya muka terkejut okeh masa tengah duduk sign novel lagi. Aiyark , sangat malu. Rasa nak lari-lari anak pergi jauh-jauh. Hakhak. Choy sangat kan? Aiyoh. Lepas tu bila borak punya borak dah kurang sikit menggigil. Heh. Gedik sangat kan siap nak gigil bagai. Aiyoh. Sempat jugak Aaron ajak makan ye. Aku dah bukak tupperware bagai tapi macam malu nak makan boleh? Hakhakhak nak lempang tak? Padahal memang perut tengah lapar masa tu. CHOY lagi. Then lepas tu aku pun ambik kan video untuk fanpage Stanza Cinta TV3 di facebook tu. Sempat ambik yang Aaron Aziz je. Bila nak ambik yang Fizz , dia dah kena panggil shooting balik. Tak apa , maybe next time lah ye. Hehehe.


jangan bebel ye kalau gambar blur.
lupa nak pki flash.
tangan menggigil. mampu ke nak ambik gambar elok-elok? 
maklum la aku tak pakai DSLR. kamera murah je. gituh.
T___T

Uhhu. Lepas tu sempat borak dengan Fizz ye. Jangan di lupakan Fizz. Kalau tak ada Fizz , memang tak akan dapat lah nak jumpa Aaron. Hehehe , terima kasih Fizz. Nampak kurus aje Fizz. Lepas tu mata dia pun tak sembuh-sembuh lagi. Harap cepat-cepat la sembuh nya. Sepet terus mata dia. Tapi itu lah , tehtap shooting jugak. Hiks. Apa-apa pun Aaron Aziz okay aje , baik dan rilek walaupun aku menggelabah tahap nak kena pang pang pelempang gituh. Terima kasih jugak dekat Aaron walaupun berulang kali gigih aku menunduk bawah rumah tu takut terhantuk kepala semata-mata nak mintak ambik gambar la , nak mintak buat video la nak itu nak ini. Hehehehe , selamat dia okay je.


Fizz Fairuz. Get Well Soon.
Terima kasih sebab kasi kami menerjah ke lokasi penggambaraan :)


Apa-apa pun terima kasih kepada Fizz Fairuz. Kami sangat gembira ye kerana dapat berjumpa dengan Aaron dan juga of course la dapat jumpa Fizz pun happy. Hehehehe. Jangan lupa korang , nanti Nora Elena dah nak habis , korang tengok lah pulak Stanza Cinta di TV3 19 Jun ini jam 9 malam. Ehem dekat bawah ni promo dari Aaron Aziz. Maaf tak buat ayat gempak sebab aku pun menggeletar memikir ayat. Heh. Thanks again to Aaron Aziz :)


thank you Aaron Aziz. 
:)

Uhhu , satu lagi ; jangan lupa follow Stanza Cinta di Twitter untuk mendapatkan maklumat terkini gituh. Like juga di Facebook untuk mendapat gambar-gambar terkini dan maklumat terkini tentang Stanza Cinta. Ehem , ada tak yang minat Aaron Aziz ni? Hihihi. Maaf kalau ayat aku nampak kelam kabut sebab aku pun hala-hala seram sejuk tengah menulis ni. Hakhak. *pang* Okay lah sampai di sini sahaja entry kali ini. Maaf panjang bebenor dan maaf lah kalau gambar kurang cantik. Macam aku cakap ; lupa guna flash dan tangan menggigil. Heh. Okthxbai.

Terima kasih sebab sudi baca entry ini :)