Home

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Saturday, November 7, 2015

Edisi Kehidupan : Bukan Semua Orang Hidup Senang.

Tadi aku ada terbaca tentang satu perkongsi di Facebook. Satu perkongsian yang cukup ringkas tapi cukup buat aku tersenyum pahit bercampur tawar seorang diri. Kenapa? Meh aku kongsi sekali dekat sini.


Thanks Noor Syahirah. 

Saya pinjam gambar note awak ni ye :)

Ada siapa-siapa pernah mengalami situasi seperti ini? Mesti ada juga diantara korang yang mengalami kehidupan seperti ini kan? Memang apa yang ditulis itu ada kebenarannya. Aku tidak menafikan kebenaran untuk tulisan ini. Sebab aku sendiri juga mungkin salah seorang yang kadangkala tidak mampu untuk keluar selalu bersama rerakan aku atas dasar tak mampu. Eh tak mampu ke?

Nampak macam boleh beli beg tangan baru , nampak macam boleh makan sesedap , nampak macam beli tudung bebanyak.. takkan nak keluar dengan rerakan tak boleh kot? Bukan guna duit banyak pun kan?

Sejenak cuba kita fikirkan.

Memang kehidupan seseorang itu kita boleh nampak senangnya bagaimana. Tapi hakikat sebenar kita tak tahu apa yang dilalui oleh seseorang itu bagaimana kan? Mungkin kehidupannya nampak senang bagai tiada masalah. Alahhhh , setakat nak keluar lepak makan ada RM 50 dalam tangan pun dah cukup. Itu kata mereka yang berduit. Itu kata mereka yang mak ayah memang dah buat simpanan dari kecik or maybe masih lagi mak ayah hulur duit.

Tapi kita tak tahu , yang mungkin ada sesetengah orang itu dengan RM 50 itu ada kepentingan lain yang perlu didahulukan. Kita tak tahu. Mungkin juga segala macam benda yang nampak dia senang itu adalah hasil dia ikat perut empat minggu , empat bulan atau empat tahun untuk dia mendapatkan apa yang dia nak. Kita tak tahu. Mungkin dengan RM 50 lah dia nak survive makan dan minum serta GST! Kita tak tahu.

Tak semua orang bertuah. Tak semua orang memiliki kehidupan yang senang sedari kecik. Dan tak semua juga memiliki kehidupan yang senang sementelah sudah besar panjang. Sebab itu kita jangan sesuka hati nak assume orang sesuka hati kedekut , lupa kawan , sombong dan sebagainya. Sebab kita tak tahu disebalik kehidupannya mungkin ada insan lain yang dia perlu tanggung , mungkin ada hutang piutang yang perlu dia bayar dan mungkin ada perkara yang lebih penting perlu didahulukan. Kita tak pernah tahu kan? Dan tak semua orang berminat untuk berkongsi cerita kesusahan dengan orang sekeliling waima rakan baik sendiri.

Kan? Begitulah. Aku sekadar berkongsi pendapat sahaja. Even aku sendiri pun amat berkira untuk melepak merambu sesuka hati sekarang. Bukan dah lupa kawan atau sombong tapi aku cukup sedar diri dengan keadaan aku. Walaupun aku sudah bekerja tak bermakna aku boleh berjoli sesuka hati. Ada banyak benda yang aku perlu lakukan demi masa depan konsepnya. Tambah pula keluarga aku bukan datang dari keluarga yang senang. Jadi aku pun kena pandai-pandai untuk menyimpan duit sendiri lah khen? Takkan tetibe aku nak mintak duit dengan mak ayah aku khen? Mereka pun ada benda lagi penting untuk diselesaikan dahulu dengan duit yang mereka ada.

Sebab itu aku terus tersenyum pahit bercampur tawar bila membaca tadi. Sebab aku faham dan aku tahu tak semua orang memiliki kehidupan yang senang. Jadi kalau korang masih memiliki kehidupan yang senang tanpa perlu bersusah payah yang tahap kronik , bersyukurlah. 

Ini sekadar pendapat peribadi aku sahaja. Mungkin ada setengah setuju. Mungkin ada juga yang tidak menyetujui. Terpulang lah khen? Cuma yang perlu kita tahu , tak semua orang memiliki kehidupan yang senang. Dan janganlah kita asyik menuding jari terhadap kawan kita atau orang terdekat dengan kita dengan membuta tuli sahaja. Cuba untuk fahami kehidupan orang lain juga. Itu sahaja.

Terima kasih sudi baca entri ini :)


Tuesday, August 20, 2013

Ada Apa Dengan Novel 13 Jam A380?

Pernah baca novel The Wedding Breaker? 

Kalau korang pernah baca novel tersebut , mesti korang juga tahu novel 13 Jam A380 kerana penulisnya adalah orang yang sama iaitu Evelyn Rose. Bila tengok tajuk , ada rasa-rasa suspen tak? Ada rasa dalam perut ada rama-rama tak? Dekat dada ada dupdap-dupdap tak? Hamboi! Memang suka betul menulis dalam perasaan paling dramatik kan? Hihiks.

Agak menarik sebenarnya novel 13 Jam A380 ini bagi aku. Secara jujurnya , memang agak menarik dan tertarik ungkai hati aku. Sebab aku diberitahu novel ini berinspirasikan oleh seseorang yang pernah suatu ketika dahuluuuuuuu (huruf U banyak sebab minat masa tahun 2009 HAHAHAHA boleh?!) aku minat macam aku minat Aaron Aziz gituew. HAHAHAHA. Okay bila tulis diinspirasikan bermakna hanya gambaran semata-mata dan bukan sesuatu yang memang dituju dan tertuju kepada dia gituh. Bukan apa , kekadang ada orang yang suka nak faham maksud sesuatu termasuk inspirasi kan? Hiks.

Katanya novel 13 Jam A380 ini berinspirasikan SM Faliq Tan Sri SM Nasimuddin. Apa yang buat aku lagi tertarik novel ini Faliq sendiri turut nak membaca novel ini tau? Sesuatu yang aku rasa jarang rasanya seseorang yang bukan calang-calang latar belakang keluarganya turut berminat untuk membaca sebuah novel yang diinspirasikan sedikit tentang beliau. Hamboi , ada terasa macam menulis esei yang skema sedikit. Kot-kot Faliq google uolssss dan terjumpa entri ini khen?! Haruslah Jijah guna ayat skema. HAHAHA *panggggggg* Jijah dah kembali nak menggila lah kan? HAHAHA.

Okay dolo-dolo pernah lah kejap minat Faliq. Jadi bila tengok ada novelis yang cuba inspirasikan Faliq dalam watak Hero novel beliau , haruslah ada perasaan teruja kan? Ada sikit-sikit teruja. Kikiki. Jadi dengan gigih Jijah pun membeli novel tersebut tadi. Ya, baru tadi gigih membeli. Baru ada masa nak membeli walaupun baru tahu pasal semua ini kan? HAHAHA. Errr tapi jangan tetibe tanya Jijah siapa Faliq? GOOGLE! Dan Jijah pun pernah apa update dalam belog dengan kadar perasaan paling geletis saat itu. HAHAHA. Tudiaaaa , google siap capslock tu. HAHAHAH.


pinjam gambar dari fanpage penulis 13 Jam A380 - Evelyn Rose :)

okay , sebab kawan bagitahu aku , sebab kawan suruh aku tengok gambar ini , sebab itu aku geletis terus melangkah membeli novel 13 Jam A380. 

errr tak tahu kenapa perasaan berbonga-bonga tu muncul semerbak gituh? 

EH! HAHAHAH.

Kalau ada yang tak suka ini , mesti kata Jijah gedik geletis tahap meloyakan. Kan? Alahai , Jijah memang sesaja je pun nak perfeeling begini. Kalau dedepan , Jijah ni sebenarnya seorang yang ayu , pemalu malah nak dengar suara Jijah pun payah tau? HAHAHA , konpem loya lagi kawan-kawan aku baca kan? HAHAHA. okay stop merapu. Jadi lain terus entri ini karang kalau terus menerus merapu kan? HEHE.

Okay novel pun dah beli. Nanti kalau ada kelapangan , Jijah akan buat review khas okay? Lagipun dah lama tak buat review apa-apa kan? InsyaAllah kalau sempat akanku gigih membuat review untuk novel 13 Jam A380 katanya. Bila baca sinopsis tadi pun perasaan dah berbonga-bonga katanya. Tapi tunggu nanti kalau Jijah baca sampai habis dan kalau ada kesempatan Jijah akan update lagi okay? Kalau korang memang peminat novel melayu dan peminat novel dari nukilan Evilyn Rose , sila-sila dapatkan segera novel ini. Sebab ramai katanya yang payah nak dapatkan novel ini. Tapi tadi Alhamdulillah , mujur ada lagi beberapa copy novel ini dekat Popular Wangsa Walk. Kalau tidak , Popular Seremban pun akanku terjah demi novel ini kan? HAHAHA melampau dramatiknya! Hihiks.

Oh ya , meh Jijah letak sinopsis nak tak? Kot-kot ada yang nak membelinya kan? Kot-kot yang macam Jijah pernah minat Faliq , boleh lah kot beli tanpa was-was. Eh! HAHAHAH.



13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.
Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tap i tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.
"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR
Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkanHANA SOFEA daripada mimpi indah.
Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.
"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI
"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA
"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI
"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA
Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...
“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR
Adakah  mimpi  akan  kekal  sebagai  mimpi  setelah  waktu  berlalu  dan  hari  berganti?

 HEHE , itu sinopsisnya. Hanya RM 28 sahaja dan kalau korang berminat selepas membaca sinopsinya , sila pergi beli cepat-cepat okay? InsyaAllah kalau Jijah sudah selesai membaca nanti , Jijah akan cuba mencari masa sesuai untuk membuat review tentang novel 13 Jam A380 okay? 

Ada tak sesiapa yang sudah membeli dan membaca novel 13 Jam A380 ini? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, February 28, 2013

Genap 200

Apa pula yang sudah genap 200 ini? Mesti ada yang tertanya-tanya bukan apabila membaca tajuk entri ini kan? Jijah memang suka buat mukadimah suspen begini. Baru terasa thrill gitu katanya. Walaupun macam ada orang kisah khen? Ahaks.

Entri kali ini bukan entri suspen jauh sekali entri thrill segala. Bukan , memang bukan. Entri kali ini sekadar untuk mengucapkan ribuan terima kasih untuk para pembaca belog picisan yang vogeh ini (tehtap kau tekan butang lif, masuk dalam lif konsepnya! hahaha) yang sudi untuk LIKE fanpage Cherita Emo-Temo. Meskipun jumlah bukan ribu riban tapi tetap rasa terharu daripada tak ada langsung orang LIKE katanya kan? Alhamdulillah. Sudah 200 ratus orang LIKE fanpage kitew. Syukur sangat-sangat. HEHE, walaupun dolo-dolo gigih jugak paksa rerakan dan teman rapat LIKE. Kata rerakan dan teman rapat , kalau tak LIKE putus kawan katanya? Gittuew duniawi kau Jijah! Hahahaha , gurau sajork!

Terima kasih sangat-sangat untuk korang yang sudi LIKE fanpage Cherita Emo-Temo. Terharu sangat-sangat dengan sokongan semua katanya. Ucapan mesti ada unsur-unsur artis menang anugerah ataupun unsur-unsur baru menang rantai berlian Habib Jawel hokkay? Baru sentiasa vogeh katanya! *dushhhh* Hahaha. Meski belog ini memang belog picisan yang hanya memaparkan kisah kehidupan Jijah yang super duper simple dan kadangkala di selang seli kan pula tentang aktiviti lagho dan jimba ria Jijah , masih tetap ada yang sudi membaca , memberi komen ataupun memerhati dari jauh. Mungkin ada di antara korang yang Jijah kenal dan tahu siapa korang itu atau mungkin juga Jijah tidak pernah kenal dan tahu , sangat-sangat Jijah terharu dengan korang semua okeh?


200 LIKE Cherita Emo-Temo di FB!

Jom LIKE! :D


HEHE , meski jumlah tak banyak seperti blogger-blogger lain , tapi Jijah tehtap hargai dan terharu sangat-sangat katanya. Hiks. Jijah memang sentiasa update fanpage Cherita Emo-Temo itu. Kadangkala untuk mengupdate gambar untuk event yang Jijah hadiri. Lagi pantas dari update dalam belog. Tehehehe. Mungkin kalau korang hendak melihat gambar-gambar boleh juga layari saja disitu dan LIKE yang paling pentingnya. LOL. 

Tapi tak kisah pun kalau korang nak LIKE atau tidak. Jijah buat pun untuk suka-suka. Sama juga seperti belog ini. Buat hanya untuk suka-suka, untuk berkongsi cherita, berkongsi rasa dan berkongsi gambar. Tidak lebih daripada itu. Andai ada yang suka membaca , alhamdulillah , Jijah turut rasa suka dengan perkhabaran tersebut. Andai ada yang kurang suka, Jijah tidak boleh berbuat apa-apa. Jijah tak mampu untuk mengikut citarasa semua orang. Lagipun Jijah menulis untuk suka-suka. Untuk menghilangkan rasa yang seribu rasa dalam diri dan jiwa.

Gittuew. 

Tidak dilupakan juga untuk pengikut belog picisan ini. 1027 pengikut Cherita Emo-Temo. Terima kasih banyak-banyak. Tak sangka belog picisan begini pun akan ada pengikut. Iyer saya tahu belog lain lagi banyak pengikutnya. Sekarang saya tengah cakap tentang belog saya bukan tentang belog mereka. Tetibe angin monsoon masa menulis ni kenapa Jijah? LOL! Biasalah Jijah sibuk nak feeling monolog dalam ketika menulis belog kekdahnya. Tapi sebenarnya tengah feeling nak merapu lettuew khen? Hiks. Sekali lagi terharu dan bersyukur. 

Belog Jijah memang sekadar belog picisan yang tak ada pun istimewa dimana-mana dalam setiap entrinya. Sekadar menulis mengikut rentak perasaan tatkala sedang mengetuk kibod katanya. Tak rajin nak update selalu meski ada macam-macam perkara nak berkongsi bersama korang-korang. Tak ada cerita yang hot macam orang-orang lain. Tapi harap nya mampu menggembirakan orang lain tatkala membacanya. Khen? Harap tidak ada yang tersentuh hati mahupun tersungging jiwa tatkala membaca setiap apa yang Jijah tulis. Mungkin tanpa sedar Jijah telah mematahkan seribu hati orang kan? Mungkin Jijah tak sengaja kerana mana mungkin Jijah sengaja hendak menyakiti hati orang lain kan? Perfeeling molia tetibe. Hahahaha..


Terima Kasih 1027 Pengikut Cherita Emo-Temo

*baling bunga Tulip setiap seorang*

Hiks. Sekali sekala membuat entri penghargaan katanya. Bila lagi entah nak buat entri macam ini pun tak tahu kan? Asyik malas memanjang nak mengupdate. Biasalah , kalau internet punya kelajuan macam siput , siapa yang rajin nak update belog kan? Hailah , internet pun tak boleh dibuat saing sungguh lah.

Saing = Kawan 

dialek Kelate ke KL katanya.

Tetibe ada segmen mari belajar dialek Kelate pula kan? Erhiks. Sekali sekala juga. InsyaAllah akan datang akan semakin banyak cherita basi yang bakal diupdate. Sekali sekala datang kegigihan memang penuh lah nanti belog ini dengan wajah Aaron Aziz katanya. Dah memang itu aktiviti lagho Jijah bila lapang kan? Ahaks. Tak lapang pun kena buat lapang jugak katanya. Nampak tak kegigihan Jijah disitu kan? Hiks.

Oh sudah menjadi makin panjang pula entri ini. HEHE. Sekali lagi terima kasih untuk semua yang sudi menjejakkan diri masuk ke dalam belog picisan ini. Tidak kira siapa pun korang. Yang menyukai entriku atau yang tidak menyukai entriku. Ku sungguh terharu dengan kegigihan masing-masing membaca dan menjadi pembaca senyap dari jauh. Ya, terima kasih untuk semua. Untuk yang membaca segala kemerapuan Jijah , kegeletisan Jijah , kegembiraan , ke-amarah-an ,kesedihan dan ke-emosi-an Jijah dalam belog picisan ini. Sudi juga menge-LIKE fanpage belog Cherita Emo-Temo di FB. Semua itu sungguh membuat Jijah terasa terharu dalam sudut kecil hati ini. Mungkin tanpa pembaca Jijah tidak akan segigih ini untuk mengetuk kibod dan menulis dengan penuh dramatik. Mungkin ya. Mungkin tidak. Okay dramatik juga entri ini. HEHE.

Terima kasih semua. Tanpa korang siapa lah #DivaPora kan? Eh ucapan menang anugerah sangat! Hahahaha. Okay enough of merapu semua ini. Mesti korang pun dah juling mata sambil tangan ke dada baca entri penuh perasan ini kan? Ahaks. Tapi sebelum itu, Jijah tahu korang sebenarnya rindu pada Jijah. Kan? Nah sekeping gambar Jijah khas untuk korang.


Rindu tak?

okbaiiiiii

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Friday, February 15, 2013

Doa

Sesekali tidak salah untuk berkongsi perkara yang baik untuk belog picisan ini kan? Lagipun bersempena dengan hari Jumaat yang mulia ini , tak salah berkongsi benda yang baik kan? Asyik tulis mengenai perkara lagho saja , tak boleh juga kan? Hehe. Jijah ada terjumpa sekeping gambar yang menarik di FB untuk ditatap korang bersama.


Bila melihat gambar ini dan membaca bait-bait ayat di dalam gambar tersebut, hati tersenyum nipis. Benarlah , jangan sesekali pernah rasa untuk jemu berdoa. Kerana doa itu senjata dalam kehidupan kita. Setiap titipan doa itu pasti akan memberi seribu satu rahmat buat kita semua.

Ini juga peringatan untuk diri sendiri yang kadangkala leka dan terlupa untuk berdoa walhal berdoa itu tidak mengambil masa yang panjang dan boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Kan? Gituh. HEHE , bagaimana dengan hari korang? Selamat berhujung minggu! :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)


Monday, December 31, 2012

Cherita Emo-Temo di FB. Jom LIKE!

Entry Ini Merupakan Entry Yang Dah Di Gam Gajah!
Untuk Update Yang Terbaru , Sila Scroll Ke Bawah!


Kali ini aku hendak lupakan sekejap cherita tentang lagho mahupun kisah Jijah dan retis. Kita lupakan seketika sebab Jijah mahu mempromosikan fanpage belog Jijah iaitu Cherita Emo-Temo. Aku tak mampoo nak ada fanpage nama sendiri , mampo ada fanpage untuk belog sahaja katanya. Eh okay lah tu kan? Ekekeke.


Sebenarnya fanpage untuk Cherita Emo-Temo ini memang dah lama juga aku buat. Tapi bilangan yang like agak sendu lah. Jijah tak kisah cuma Jijah harap lagi ramai yang like katanya. Mueheheh , gila kuasa punya Jijah kan?! Ekekeke. Dulu asal buat fanpage untuk main-main. Tapi lama kelamaan rasa best pulak handle fanpage untuk belog ni sebab boleh syok sendiri walaupun hampir 50% yang like fanpage tu kawan sendiri sebagai tanda sokongan dan juga tanda keterpaksaan erk untuk Jijah. .___. 


Jika diikutkan tak ada apa-apa pun yang menarik dalam fanpage itu. Cuma kalau korang suka banyak update Jijah yang merepek , merapu dan kadang-kadang sahaja ber-informasi boleh lah LIKE fanpage belog Jijah iaitu Cherita Emo-Temo. HEHE. Dekat situ Jijah banyak update tentang belog ini dan kadang-kadang Jijah kongsi gambar-gambar Jijah yang mana kadangkala Jijah malas nak tepek dalam belog. Boleh macam itu? Katakan sahaja boleh! Hahahaha.


Ehem ehem. 



endahkan apa-apa yang kelihatan!
LOL.

Jom Uols LIKE Cherita Emo-Temo !

:)

pssst : Thank You 165 LIKE di FB! Sayang Uols Ketat-Ketat! :p

Biasanya juga setiap kali penghabisan entry Jijah , Jijah juga ada letak link untuk korang LIKE Cherita Emo-Temo ini katanya. Kalau yang belum LIKE , maka cepat-cepat lah LIKE okes? Muehehehe. Kalau tak memaksa tak sah kan Jijah ni?! :p

So apa lagi uols...yang belum LIKE tu cepat-cepat okes pergi LIKE! Hehehe. Alah semua mesti punya ada FB! Apa salah nya LIKE khen? Ngeh ngeh ngeh! :p 

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Saturday, November 24, 2012

Masalah Datang Lagi?

Sekali lagi terasa nak terguling-guling dek kerana masalah datang lagi. Selalu hanya akan terguling-guling bila menonton Adam Dan Hawa semata-mata. Tapi kali ini nak tak nak terguling-guling juga dek kerana masalah dalam laptop muncul lagi. Fuhh , November memang banyak sungguh cabaran dan dugaan datang silih berganti.

Kisahnya begini. Beberapa hari yang lepas ketika aku sedang menggunakan internet melalui Google Chrome , tiba-tiba saja terkeluat satu notification. Dah kenapa pulak? Jijah agak termangu-mangu seketika. Aduhai. Apa lagi yang nak terjadi ini? Tapi aku tahu masalah ini tidak seserius dengan masalah virus FBI ini. Jadi aku cuba bertenang dan cuba bertanya pada rakan-rakan di FB. Tidak keruan juga perasaan untuk seketika memandangkan aku memang cukup selesa menggunakan Chrome berbanding Internet Explorer atau Mozilla Firefox. Tapi tunggu punya tunggu respon kawan-kawan memang tak juga ada yang cuba menyelesaikan masalah. Lagi memeningkan kepala Jijah adalah kot masa tu? Heh. Tapi sabar lagi. Akhirnya nak tak nak terpaksa install Mozilla Firefox dan gunakan saja Mozilla Firefox.


The Server's Security Certificate Is Revoked!

How come?

Bila ternampak benda alah tu muncul agak stress juga. Sebab try google jalan penyelesaian memang semua nya tak berjaya. Sadis lagi. Lepas beberapa ketika baru lah ada kawan aku cuba kasi jalan penyelesaian. Dan akhirnya berjaya juga akhirnya. Alhamdulillah. Biasalah bila dah terbiasa guna Chrome memang agak kekok nak guna aplikasi yang lain. Terasa macam blur-blur gituh. Kowser sangat kan? Padahal mindset semata-mata. HEHE.

Hiks. Jarang Jijah update waktu weekend kan? HEHE , sebenarnya tengah bosan. Dah tak tahu nak buat apa. Maka update saja entry baru ini kan? Sekurang-kurangnya dapat juga buat sesuatu kan? Kalau tengah rajin memang on saja nak update apa-apa. Kalau tidak? Heh. Nak buka blogspot pun belum tentu katanya. Ekekeke.

So korang tengah buat apa di weekend yang indah ini? ;)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, July 17, 2012

Am I Too Much?

Kita masing-masing ada kegemaran , begitu juga kebencian. Tetapi jangan kerana saya masih terlalu muda dan kamu sudah matang ( I hope so?! ) kamu mahu apa yang kamu rasa di mata kamu tidak elok kamu mahu saya menurut. Tolong lah! Kehidupan kita berbeza dan kita mempunyai kehidupan kita masing-masing. Cukuplah sekadar menegur dengan baik tetapi bukan dengan kasar. InsyaAllah , andai teguran itu baik , saya pasti akan mengikut. Tetapi bagaimana pula kalau saya merasakan teguran itu tidak logik dek akal? Awak ingat saya bodoh untuk membuta tuli menurut begitu sahaja?

Tolong lah! Get A Life. Please?

It's not an issue about siapa muda dan siapa tua. Cuma sekarang aku agak kecewa bila sesetengah orang tidak faham apa sahaja yang kita buat yang segalanya bagi mereka dianggap kita ini menunjuk-nunjuk atau bahasa omputihnya overexposed. Aku tak pernah sesekali menyangka segala perbuatan yang aku buat ada segelintir yang tersilap sangka. Entahlah. Mungkin bagi aku , tidak salah untuk menayang gambar makanan, gambar orang yang aku sayang , gambar orang yang aku minat , aktiviti yang aku suka dalam Cherita Emo-Temo. Tapi tidak pernah aku sangka ada juga yang kurang senang dengan perbuatan dan penulisan aku. Sobs.

Itulah hendak menjaga hati orang memang bukan senang. Kadang-kadang Jijah dah terlalu sangat menjaga hati orang sehingga terlupa hati dah berdenyut sakit dek kerana terlebih-lebih menjaga hati orang. Kesian hati saya :'( Sebelum Ramadhan muncul , aku mahu meluah disini terlebih dahulu. Aku ingin minta maaf pada semua kalau terasa segala yang aku tulis dan letak gambar itu membuatkan ada segelintir pihak tidak senang duduk dan melihat. Aku tak pernah menyangka bila kita menepek gambar dari milik kita pun ada yang marah dan membenci. Mungkin aku semua fikir semua orang berperangai macam aku. Tak kisah. Lantak kau lah. Gambar kau kan? Tapi aku silap. Sobs.

Again. I don't know , am I too much , overexposed everthing atau mereka sahaja yang tidak berpuas hati dengan apa yang kita buat? Aku keliru. Aku juga kecewa. Aku perlukan sokongan. Bukan cercaan , sindiran atau makian. Haih. Sentap hati mak noks! Itu dulu lah kan! Tapi risau juga kalau mungkin aku membuat keputusan drastik tidak memikir hati sendiri untuk menutup blog ini demi hendak menjaga hati semua pihak. Sanggup ke Jijah pun? Sobs lagi sekali. Dahulu aku beranggapan , mereka tidak faham. Aku seorang yang suka berkongsi gambar yang aku edit, segala cherita yang aku ingin kongsikan. Tapi setelah tahun demi tahun , aku tidak nampak perubahan terhadap mereka yang tidak senang duduk dengan segala cerita yang aku kongsikan di Cherita Emo-Temo ataupun perkongsian di Twitter. 

Aku pelik. Apa silap aku? Apa salah aku? Beritahu aku secara jujur, telus dan lembut. Aku sedia mendengar mahupun membaca. Tapi jika mahu menyindir, better you're not telling me. Aku benci orang menyindir. It's kind something yang annoying for me. Telling the truth is much better than kau menyindir dan mengamuk sakan ala-ala membabi buta. Biar sakit menerima hakikat daripada kau sakit kemudian yang duri luka tu akan meninggalkan parut terus. Hmmm. Again , Am I Too Much write this into my blog?  Dulu aku fikir , blog personal , blog sendiri lantak nak tulis apa pun. As long as I didn't write any sensitive issue , it's nevermind pun nak tulis apa pun. Again , I am wrong. :/ Dulu aku sangka selagi gambar itu milik aku , diambil oleh aku , tak akan ada sesiapa yang marah aku menayang. Again , I am wrong. Rupanya masih ada yang tidak senang duduk. Alahai! 

Dan sebenarnya Jijah tidak kisah orang menegur. Tetapi apabila orang menegur dengan cara yang kasar Jijah rasa kurang senang. Jijah terasa macam Jijah membuat silap yang besar , sangat besar! Tidak salah untuk orang tua menegur orang muda. Tidak juga salah orang muda memberi nasihat atau pandangan kepada orang yang lebih tua. Tak salah sebenarnya kalau kita sama-sama mengalah dan turunkan ego kita. Mana kita mahu meninggikan ego kita sehingga kita kehilangan orang yang kita sayang atau merendahkan ego kerana kita tahu orang itu akan kekal bersama kita tiap susah mahupun senang? Awak dah matang , awak boleh fikir kan? :)

Life is about to have each other. Bukan juga untuk kekasih atau mereka yang sudah berumah tangga. Tidak kira dengan kawan , adik beradik atau sesiapa sahaja. We're need each other. Bila ada bahu yang sudi menumpang ketika sedih , tangan yang sedia memimpin tatkala kita silap , telinga yang sedia menadah bila kita marah dan senyuman yang diberi tatkala kita gembira pasti kehidupan kita akan lebih bahagia bukan? Mungkin kita boleh hidup berseorangan but two is better than one


Life is About To Have Each Other. Really? am I right? 

credit gambar : pakcik Google.

Tiba-tiba Jijah sudah membebel mengenai kehidupan pula. I don't know why all of sudden terkeluar isu kehidupan. Aku memang begini. Suka menulis. Suka mencoret apa sahaja. Suka berkongsi gambar apa sahaja. Tapi sekarang aku terasa macam ada batas. Tidak bebas. Kenapa tidak mereka yang tidak puas hati itu buatkan sahaja blog untuk aku, Twitter untuk aku atau Facebook sekali untuk aku? Hah! Masa tu boleh sahaja awak buat apa yang awak mahu. Tak begitu?

Jijah bukan hangen tak tentu hala. Benda ni dah lama Jijah tulis dan padam untuk publish dalam belog. Jijah pun tak kuasa nak update perkara yang emo-temo walaupun nama belog emo-temo kan? Mungkin kalau zaman sekolah dahulu Jijah mungkin every time sentap dan mengamuk tak tentu akan update sedemikian rupa. But when I'm turn on 18 years old , tak ada guna dan makna lagi nak update kisah sedih sahaja kan? Begitulah. Life is not easy but it'll be more easier when we have each other okay? Tak habis-habis Jijah dengan each other tu tau! Hahahahah. 

Rasanya macam dah sekian lama Jijah tak update dalam kadar panjang yang macam ini kan? Selalu ringkas sangat! Gambar penuh. Isi kurang kan? Errr ke Jijah saja yang perasan macam tu? HEHE. Maybe, that's only my feeling walaupun sebenarnya? Entri aku panjang berjela sangat-sangat kan! Haih , bila tengah geram , kadang-kadang dah tak tahu nak rasa apa dah okay?! Huish. Jijah mohon sangat-sangat , jangan lah ada yang beranggapan apa sahaja yang Jijah kongsikan korang ingat itu adalah overexposed. Jangan sesekali beranggapan begitu. Sedih hati Jijah. Kalau ada yang kurang senang , Jijah juga yang rasa sadis. Atau ini bermakna Jijah perlu menjaga lagi hati mereka walaupun mereka dengan sewenang-wenangnya tidak pernah sedetik pun mahu menjaga hati Jijah? Sadis.

Maafkan aku kalau ada yang kurang senang dengan entri ini. Aku pun sedih juga apabila ada yang berperasaan begini. Sedih bukan bila ada orang yang kurang senang dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang kita ingin kongsikan? Tak kan hanya mahu aura kemarahan, aura kesedihan sahaja dikongsikan bersama? Aiyoooo! Paswah sangat kalau macam itu tau! Jijah tak pasal-pasal menulis dengan kadar yang begitu panjang dan sangat emo! Errr, macam kurang emo but still. Heh.

Anyway terima kasih kepada yang sudi membaca setiap entri-entri Jijah. Jijah sangat terharu bila ada yang membaca meskipun hanya pembaca senyap. Mungkin kadangkala I need your comment bila perlu. Jangan malu-malu tinggalkan komen dalam kotak komen. Jijah tak ada makna nak sentap-sentap ni. Katanya! Hmmm kepada yang kurang selesa ataupun kurang berkenan , Jijah harap dah tak perlu kot berfikiran macam itu? Kita masing-masing ada kehidupan. Aku respect kau dan aku rasa selagi apa yang aku buat tak salah , why not kau respect aku kan? Atau sebenarnya korang rasa apa sahaja yang aku tulis dalam Cherita Emo-Temo ini korang rasa memang overexposed dan melampaui batas isi kandungan nya?  Hmmmm , dilema tiba-tiba!

Hah! Entri ini dah jadi panjang berjela! Dah penuh dengan macam-macam warna dah macam orang buat nota! Hah! Aku cuma meluah perkara yang aku tak suka menyerabutkan kepala otak aku kemudian. Aku tak suka benda kecil macam ini pun ada yang tak selesa lah, tak suka lah dan itu ini. Mungkin pada korang ini isu kecil. Tapi kecil-kecil lama-lama jadi besar , siapa juga yang susah kan? Sobs. Itulah , selepas ini aku memang akan tetap update seperti mana aku sebelum ini. Awak selesa atau tidak , itu suka hati awak. Saya sudah banyak menjaga hati awak. Pesan saya , get a life please? Errrr.

Sekali lagi Jijah minta maaf andai ada yang terasa hati dengan entri kali ini. I need to be honest what I am feel. Sudah terlalu banyak saya menjaga hati awak , tak kan setelah sekian lama baru hari ini saya meluah ada yang nak sentap kot? Mana adil begitu kan? Errr. Tak apa lah , kalau awak tetap beranggapan yang saya ni overexposed , saya tak boleh nak mengubah apa-apa sebab awak pun sudah matang sepatutnya. Awak lebih tahu apa yang betul dan apa yang tidak bukan? Saya yang masih belajar tentang kehidupan akan semat segala apa yang terjadi ini sebagai pelajaran dalam kehidupan saya. Terima kasih untuk kamu...kamu...kamu...yang sudi membaca entri yang panjang lebar ini. Err yang hanya scroll down bawah tanpa membaca pun terima kasih juga. Saya sangat menghargai kalian yang rajin membaca belog picisan saya ini! Begitulah. Panjang lebar menulis , terus terasa lenguh jari jemari tembun ini. Anyway sebelum aku titik-kan noktah untuk entri panjang berjela ini , I found this picture on my facebook. Heh.


Get It? LOL ! :p

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Saturday, August 13, 2011

Bila Nak Seratus Ni ?

Ehem. Korang rasa , kali ini aku nak bercherita pasal apa ye? Apa benda yang lagi seratus ni ye? Korang boleh agak tak apa agak nya ? Heee. Mengada-ngada betul kan nak suruh orang teka teki teka tekuk , ular mati dalam mangkuk kan? Gituh ...

Sebenar nya nak bercherita tentang ehem ehem , korang kalau perasan dekat sidebar belog aku ini ada aku letak kan badge untuk fanpage Cherita Emo-Temo. Tadi aku perasan yang fanpage itu dah nak mencecah 100 orang. Sekarang baru 93 orang lik kata nya. Ehem , sebenar nya aku bukan lah perasan popular gowjes tetapi ada lah sikit-sikit perasan DIVA kan? uhuk uhuk. Ish lari topik. Sebenar nya ada banyak tujuan kenapa aku buat fanpage Cherita Emo-Temo tu. Bukan mengejar populariti mahupun mengejar glamour lah kan kata orang.

Sebalik nya aku rasa kan , buat fanpage lebih selamat daripada aku suruh orang add personal facebook aku. Aku tak kuasa nak buat dua facebook semata-mata untuk asing kan kawan-kawan belog , kawan-kawan personal , kawan-kawan itu dan ini. Leceh. Tapi dengan fanpage ini aku boleh guna satu akaun tapi dapat kenal dengan ramai orang. Tak gitu walaupun yang like fanpage aku , aku rasa macam kawan-kawan personal aku sendiri je? Erkk. Ngahahahah. Nevermind , diorang kasi sokongan dekat aku tu. Ada jugak kawan-kawan blogger yang like jugak , itu memang bikin wa terharu la derr. Terus ganas kan ayat? Ekekekek.


ehem , sekarang dah 93 orang like.

p/s: err ada kawan friendlist aku yang kena paksa like. muahahahah. *pang*


ehem ehem.

moh cepat-cepat LIKE : Cherita Emo-Temo


Ehem ehem , korang tak mahu ke LIKE jugak fanpage belog kesayangan aku ini? *gigitjari* Meh lah LIKE fanpage itu sebagai tanda sokongan kan? Terutama yang 813 followers Emo-Temo kan? Korang WAJIB LIKE okeh? Bukan harus lagi dah tapi WAJIB okeh? *pang* Muahahahah. Tak paksa tapi sangat lah terharu kalau korang LIKE fanpage itu okeh! Lagipun aku pun ada jugak update gambar-gambar dekat situ. Ehem ehem contoh nya gambar-gambar Aaron Aziz kan? Itu wajib uolss. Ngahahaha , rasa nak pang pipi bertalu-talu kan?. Ehiks mana-mana gambar memang aku update dekat situ. Dekat facebook personal pun letak jugak tapi dah korang tak boleh nak add macam mana mahu tengok kan? Gitu statement. Ekekekek.

Ehiks , harap-harap ada lah kan yang sudi-sudi LIKE fanpage Cherita Emo-Temo itu. Ehehehe. *pose muka tak tahu malu* Keh keh keh. Apasal macam tak tahu malu pulak gaya aku menulis ni? Meraih simpati sangat kan? Tapi hada mak kisah cak cak cak? *petir* Ekekekek. 

Err so so so dah tak ada benda mahu update. Sampai di sini dulu lah ek? Nanti-nanti aku update lagi lah ye. Eheheheh. 

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Friday, December 17, 2010

Boleh Tolong Kejap Tak? Tehehehe *muka tak tahu malu*

Tehehehe.
Boleh tak nak mintak tolong korang yang comel-cantik-handsome-gojes ini?
Hiks!

Boleh tak LIKE page CHERITA EMO-TEMO di FB.

Ok fine , aku nampak macam tak tahu malu kan?
-__-'

Yelah , boleh jugak korang tahu update my blog via FB jugak kan?
Tehehehe :D


Cherita Emo-Temo di FB =) endah kan apa-apa yang tiba-tiba muncul dekat page itu.ngahaha

Tehehehe , boleh kan boleh kan?

Ngeee , tq uols!

Muah Muah gitu xD

kejap lagi mahu update pasal benda yang dah jadi
seminggu yang lepas.
tehehehe :D

Thursday, November 11, 2010

Kelam kabut kejap. Tapi dah OK.

Salam and Hello. Aiseh , entah apa kejadah nya susah gila nak upload gambar banyak-banyak dalam blog ni. Penat jugak aku menunggu. Almost 2 jam , tak ada hasil langsung. *wah rajin nya aku menunggu :dush:* Oleh yang demikian , aku pun dah tak sanggup nak menunggu lagi , jadi moh lah bercherita hal lain. Alkisah nya , semalam aku try deactivatedkan FB aku for almost 10 hours kot? Or tak sampai? Muahahaha. Bukan nak uji diri next year boleh hadapi ke tidak dah tak boleh nak online lebih-lebih , terutama facebook-ing kan?Maklumlah , tahun hadapan SPM kan? Sila sedar diri sekarang!! *lempang*

Ok , ok tak nak mengarut dah.Sheesh. Kisah nya , kan korang tahu , yang aku ada buat fanpage Cherita Emo-Temo sebab terjebak tengok bloggers lain pun buat fanpage untuk blog diorang tu yang sibuk buat jugak kan?Citt bagi memudahkan aku beramah mesra *eceh* , update entry-entry yang di update disini dan macam-macam lagi lah kan.padahal nak glamour kan?*petir* So , semalam after deactivatedkan facebook sebab ada lah kisah nya kenapa , tak kan nak cherita dekat sini kot.Heh , heh. Aiseh nak berahasia aje Ijah EmoTemo ni sekarang kan?Heh , heh , heh.

Then semalam memang tak fikir apa-apa effect pun after deactivatedkan facebook tu. Lepas tu petang tadi bukak facebook. Aiseh , banyak benda pulak nak kena betulkan setting.Teutama macam aku yang ada fan pages semua ni.Huwaaaaa , mak menyesal nyah deactivatedkan acc facebook ai. Tak pasal-pasal pucat lesi muka membayangkan 43 orang peminat yang dipaksa oleh ai , muahahaha Cherita Emo-Temo akan memaki hamun serta laharan berbakul-bakul dek kerana ai dah feeling nak buat fanpage baru?Oh gila glamour kan?Muahahaha. Mintak bantuan one of my friend. Dia suruh aku pergi report dekat pihak facebook. Meraung dekat updates wall ai , sebab facebook aku ok. Fanpages aku je tak ok T_T

Lebih kurang pukul 5 petang kot , baru lah everything ok.Tak sempat nak hantar report segala.Baru lah boleh bernafas dengan baik biarpun tidak memakai oksigen. Aiseh. Memang lah pucat lesi aku.Bukan penting mana pun , tapi sayang lah wehh , kalau kena buat balik fanpage segala kan T_T Now , dah rasa lega. Dah rasa OK. Itu je nak cherita ;)



p/s: moral of the story : sebelum nak buat apa-apa fikir dulu baik buruk.
don't let emosion control our self.
tak gitu :P



Tuesday, November 2, 2010

Awak....awak...tak nak like ke?

Salam and Hello. Ihiks. Ok , hari ni macam gedik sikit. nope gedik banyak Sebab entah apa kejadah nya tiba-tiba macam nak buat fanpage untuk belog kesayangan aku ni kan?Ihiks. *malu* Ok , fine ,fine tak nak gedik-gedik. Haha. After berbuka puasa tadi , macam datang semangat pujangga apa entah , tiba-tiba nak buat fanpage untuk Cherita Emo-Temo fine sedar diri followers baru 50 orang tapi dah gedik nak buat fanpage macam followers 100 ratus orang *lempang pipi aku* yang gila aku sayang ni kan? Ok banyak sebab actually kenapa aku buat benda ni tau. Nak tahu? Nak tahu ? Like lah dulu :) Nanti baru aku bagitahu kenapa *oh sila jangan lempang saya kerana gedik sangat hari ini , dush*




~ yang di atas untuk di LIKE , yg di bawah untuk di ADD , tapi sila nyatakan kamu siapa eh? jika nak ADD saya. Sebab tak mahu berkawan dengan strangers orang yang bukan sebarangan. thx sebab bekerjasama~


Ok , sebab nya ialah. Banyak actually. First , sejak kebelakangan ni memang ramai yang add aku.Kalau add tu sebab nak berkawan ke apa tak apa jugak.Ni setengah tu add sebab nak promote bisnes dia.Adeh.Bukan tak nak sokong bisnes orang. Tapi kadang-kadang diorang ni macam a bit annoying. Aku dah cakap tak nak.Still paksa jugak.Haish. Masalah orang perangai macam ni. And lagi satu , sekarang ni macam-macam orang pakai add aku. Mutual friend tak ada, kenal pun tak tahu dekat mana kan? Itu yang aku macam ragu-ragu sikit.Haish. Itu sebab aku create fan page untuk Cherita Emo-Temo even macam terasa gedik gila. Sebab takut tak ada orang like.Ihiks aku rasa habis semua kawan aku dekat facebook tu aku paksa like , tapi ada jugak orang yang like kan. Ihiks.

So kepada semua follower-follower saya dan juga sesiapa yang mempunyai akaun facebook *muka sopan* sila lah like Cherita Emo-Temo ye? Mungkin dekat sana boleh lah meroyan , merapu dan merepek sama-sama tanpa perlu ragu-ragu.Eceh. ;)