Home

Showing posts with label gilamakan. Show all posts
Showing posts with label gilamakan. Show all posts

Monday, April 25, 2016

Edisi Ketagih : Almond Roll @ Swiss Oven KL Sentral.

Kalau sebelum ini , Jijah asyik bercherita tentang ketagihan Jijah menonton drama serta kegigihan Jijah mengejar retis khen? Kali ini , tukar selera sikit bercherita dalam belog picisan ini. Nanti selalu sangat bercherita , orang muak pulak khen? Haaaa , masa tu jangan tangis ditepi katil akibat cercaan orang sekeliling! HAHAHAHAH , amboi mukadimah dia :p

Mukadimah mestilah kena dramatik sikit! Baru orang angkat kening sambil senyum senget baca khen? Hihihi. Sebelum Jijah semakin melaluT , lebih baik terus bercherita khen? Sebenarnya baru-baru ini Jijah telah mencuba Almond Roll yang terdapat di Swiss Oven KL Sentral. Sebelum ini lalu lalang sahaja di Swiss Oven itu tapi tak ada pulak teringin untuk mencuba aneka roti/roll yang ada disitu. Entah macam mana entah hari itu tekak teringin nak makan sesuatu. 

Biasalah Jijah ni khen? Tekak asyik mengidam kalah orang mengandung sembilan bulan T_____T Sebab tu jugak tak kurus-kurus! Tehtiberrrr! Biasalah , masa membeli tu, tak ada high expectation apa-apa pun. Just fikir, ermmmm janji ada benda nak kunyah! Buruk betul peel! HAHAHAHAHA.

TAPIIIII , bila gigitan pertama yang dikunyah itu bertukar menjadi satu perasaan yang dari wajah redup bertukar menjadi excited! Kahkahkahkah. Mahukan tidak? Tak sangka betul Almond Roll tersebut sedap gila! Masa tu macam menyesal gila beli satu saja! Dasar tamak haloba! T_____T


nampak macam bebiasa aje khen?

tapi rasa dia sumpah luar biasa sedap!

gittuewww!

Sebenarnya sesaja aje share dalam belog picisan ini. Mana tahu , ada yang berminat nak beli jugak khen? Boleh lah nanti singgah di KL Sentral berhampiran dengan bahagian ATM CIMB Bank. Ada macam-macam jenis yang lain. Tapi yang paling Jijah ketagih adalah yang Almond Roll ini. Memang puas hati betul makan sebab fresh dan sedap! 

Ada ke diantara korang yang pernah cuba? Atau mungkin teringin nak cuba lepas tengok entri ni? Hihihi. Okbai!

Terima kasih sudi baca entri ini :)


Sunday, July 29, 2012

9 Ramadhan

Akhirnya , Jijah dapat juga meluangkan masa mengetuk kibod netbook tersayang. Akhirnya. Semenjak Ramadhan bermula memang agak kurang ghairah untuk mengupdate apa-apa dalam belog kesayangan. Ada banyak juga benda yang ingin diupdate tetapi akhirnya berkubur begitu sahaja. Sikap pemalas masih tidak dapat dihindarkan lagi. Sadis.


9 Ramadhan dilalui dengan macam-macam dugaan dan ragam. Tambahan bila Jijah memberanikan diri untuk menjual Chocolate Chip Cookies kepada umum. Sebelum ini hanya makan untuk sendiri tetapi demi hendak mencari duit lebih memang nak tak nak Jijah kena juga menggigihkan diri untuk menjual biskut raya kan? HEHE, tapi cuma sekarang dah seghupe Zombie jugak bila terpaksa korbankan waktu tidur apabila tempahan untuk Chocolate Chip Cookies semakin banyak. Alhamdulillah. Rezeki bulan Ramadhan ni memang sesuatu yang Jijah sendiri teruja dan bersyukur sangat-sangat dengan kurniaanNya. Kalau korang masih ingin meng-order Chocolate Chip Cookies Jijah, masih lagi sempat untuk meng-order okes! Jom order , hanya RM 20/ sebalang! Murah sangat tau! =)




Jom Order Jom Order! ^_^
RM 20/sebalang :D

Puasa tahun ini memang berbuka dengan kadar yang sangat sederhana. Tak ada mood untuk pergi ke Baazar Ramadhan. Seringkali terkena membeli makanan yang kadangkala hanya nampak sahaja sedap tapi bila rasa mahu mengomel pun dah tak ada guna lagi. Begitulah. Cuma semalam sebab teringin sangat dengan Popia Basah , Tepung Pelita ,dan Air Tebu maka pesan dekat Umi dan Ayah untuk belikan di Baazar Ramadhan semalam. Hasilnya? 


Nasi Goreng Ayam Kampung , Kuih Buah Melaka , Tepung Pelita , Popia Basah dan Air Tebu yang tiada dalam gambar.

Alhamdulillah. Nikmat yang tidak terkata semalam. Kuantiti makan sedikit. Tapi kekenyangan sampai ke sahur uols! Entahlah! Ramadhan kali ini hanya teringin minum sahaja. Makan tu kadang-kadang belum tentu makan sangat. Mungkin sebab takut terlebih kenyang nanti ada juga terbongkang atas katil lepas Maghrib kan? Hah! Habis tu siapa nak jadi penjaga oven masa membakar cookies kan? Hahahaha.

HEHE. Random saja entri ini. Lemau gila lately. Mungkin sebab tidur dah tak menentu dalam kadar waktu yang sedikit kan. Bila nak mengupdate pun memang tak sempat sangat. Lagi rela menghabiskan sisa waktu dengan dengkuran eh! tidur katanya. HAHA, over sangat Jijah! HEHE , so amacam Ramadhan korang? Okay tak? HEHE. 

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Saturday, November 13, 2010

Ayam Goreng Chenta Emo-Temo

Salam and Hello. Muahahaha , hari ni nak qada’ tentang nak kasi resipi mudah , sedap dan memang senang sangat nak buat. So far aku tak pernah try lagi buat sendiri , but cuma tengok Umi aku buat je lah.Memang mudah sangat bahan-bahan dia.Cara nak buat tak payah cakap lah , lagi lah senang. Rasa dia pun sedap lah kan :D Bagi aku , memang sedap. Hehehe , semua yang Umi masak , mana pernah aku kata tak sedap khen.Even telur goreng yang Umi goreng pun tetap aku rasa ada lain dia berbanding yang aku goreng *puji memuji* Eceh. Sudeh.

Resipi kali ni boleh di buat mengikut apa yang korang suka actually.Biasanya Umi aku selalu goreng ayam ni.Tapi if korang nak cuba kelainan sikit , korang boleh guna bahan yang sama dan kukuskan.Cuma kalau nak kukuskan , ayam tu ambil bahagian isi dia je lah.Buat kecil-kecil comel-comel.Kalau nak goreng , buat macam biasa je lah.Potong macam biasa.Dua-dua jenis masakan ni memang sedap. :D So , ini dia resipi dan bahan-bahan nya.

BAHAN-BAHAN

GARAM*

GULA*

REMPAH KARI AYAM*

SOS TIRAM MASAM MANIS*

AYAM (ikut korang berapa ketul/banyak)


CARA-CARA NYA

1. Potong ayam kecil-kecil mengikut kehendak korang.

2. Kemudian masuk kan garam , gula , rempah kari ayam serta sos tiram masam manis ke dalam bekas yang hendak di gaulkan bersama ayam. *sukatan tu ikut masing-masing.ikut selera masing-masing.asal cukup masin manis , dah okay lah , heheh , mak aku yang cakap. ekekeke*

3. Selepas itu perapkan selama beberapa jam atau paling sekejap pun sejam or setengah jam pun dah ok.Kemudian boleh goreng atau kukuskan.

4. Setelah selesai di goreng atau di kukus , sedia untuk di hidang bersama nasi panas. Selamat Mencuba!

~ Ni lah dia Ayam Goreng Chenta Emo-Temo. Heheh , tak hias cantik-cantik sebab snap cepat-cepat takut orang lain perasan.Muahahaha. Oh , dia jadi hitam tu bukan sebab goreng lama tau , tapi sebab masuk kan gula jugak kan , tu yang jadi sedikit hitam tu. Heheh.Rasa dia still umphhh okeh.Hiks!~

Ngeee , senangkan cara-cara nak buat Ayam Goreng Chenta Emo-Temo ni kan?Muahahah , menangis mak aku dengar nama yang aku bagi ni kan.Ekekeke. Tengah tak ada idea nak letak nama apa kan.Pakai taram suka hati aku je lah kan.Hiks.

Sebenarnya Umi aku selalu buat versi kukus , bahan untuk Ayam Goreng Chenta Emo-Temo ni.Kebetulan aku macam teringin nak rasa versi yang goreng , jadi Umi aku guna bahan yang sama , dan just goreng je lah.Rasa dia memang best. Ada rasa rempah sikit , rasa manis sikit. Jadi sedap lah. Kalau makan dengan kuah kari , pergghh , lagi lah sedap meh. Ekeekekek. Motif macam hala-hala teruja kan tulis entry ni siap perghh bagai? Ekekeke.
Saja je nak tulis resipi mudah ni.Mana tahu ada yang nak cuba khenn. Selamat Mencuba kepada yang nak try resipi ni :D

nota kaki : semakin hari semakin suka memasak.

dapat tengok orang memasak pun suka. ekekeke.


Saturday, November 6, 2010

tak dapat sejuk kan hati ... sejuk kan tekak pun ok khen?



Salam and Hello uols. Heh , heh. Sebenarnya tak ada apa pun nak ditulisnya. Tapi sebab macam mata tak boleh nak tidur. Better , aku tulis something sebelum lelap kejap lagi. Sebenarnya dekat atas tu gambar lama. Sambil baca belog , sambil makan aiskerim yuols! Memang lah syok je masa tu. Sekarang? Heh. Aiskerim tak da , roti kering ada lah yuols! Heh , heh. Tak tahu nak tulis apa. Nak tulis apa-apa pun , takut melarat jadi panjang berjela. Hampeh je okeh!

Oh , kalau lah ada aiskerim sekarang , sure dapat sejuk kan hati yang tengah bergelagak ni ha. Aiseh , tak dapat sejuk kan hati , sejuk kan tekan dengan aiskerim pun sedap kan? Harus misi hari esok pergi cari aiskerim sundae strawberry MekDonal. Bukan Mek Ijah. Erk! Apa kau merapu ni Jah T_T

Tuesday, November 2, 2010

Macarony kukus , korg pernah cuba?



Salam and Hello. Tadi tengok folder picture terjumpa pulak gambar ni. Gambar makanan yang dah lama ni. Saja nk publish dekat sini. Sebab tak tahu nak update apa kan?So meh lah kita cherita pasal makanan. Hehehe. Actually me nak share 1 resipi ayam goreng tu heh , feeling chefwan , tapi gambar tak ambik lah pulak. Heheh. Jadi meh lah kita tengok gambar ni je dulu. Ok kalau ada sesiapa tanya apakah ini?

Gambar di atas itu ialah , Makaroni Kukus. Korang pernah makan tak? Umi aku memang selalu buat benda ni. Memang feveret kitaorang satu family. Benda ni tak susah pun nak buat. Senang sangat. Tapi dia ada resipi rahasia kan?Jadi payah lah kalau aku nak tulis sini. Heheh. Tapi boleh lah kot share sikit-sikit resipi dia. Er , ada sesiapa berminat ke nak tahu resipi ni masalah nya.. Ekekekeke.

Ok , makanan ni , memang best kalau cicah dengan sos tomato. Tapi sometimes aku tukar selera makan dengan sos cili :) Memang sedap. Biasanya orang buat yang bakar kot?But Umi aku dia buat versi kukus. Memang lah sedap , sebab dia kukus kan?Jadi lembut je lah. Memang kalau buat benda ni sure cepat gila habis :P Tiba-tiba teringin pulak nak buat benda ni. Hehehehe. So , ada ke yang nak tahu resipi ni? Kalau nak , akan ku cuba untuk menulis resipi ini di dalam belog ku ini. Hiks ;) Itu next entry lah ye, insyaAllah. So till then :)


Sunday, October 24, 2010

Sedap Hingga Menjilat Kaki .. eh Jari. *entry makanan*

Salam and Hello. Ngeee. Okay , kali ni entry pasal makanan.Oh bukan nak tulis resipi ke apa tiba-tiba nak feeling Chef Wan ke apa. Heh , heh , heh. Tapi nak cerita pasal Nasi Briyani Pak Anjang yang pernah aku cerita dekat dalam blog ni , yang aku beli time bulan puasa hari tu.Tak ingat dah dekat mana aku tulis dulu.Heheh , nevermind. Ok , actually aku ni bukan lah penggemar Nasi Briyani macam everymonth kena pergi cari sebungkus and makan ke.But sometimes nak jugak tukar-tukar selera, yelah hari-hari asyik makan nasi putih je kan? Why not tukar makan Nasi Briyani ke , Nasi Tomato ke , Nasi Hujan Panas ke *adeh , tetibe feeling nak makan Nasi Hujan Panas even sebenarnya warna nasi je lain , sebab macam pelangi tu kan?Hehe* , atau apa-apa je lah kan.



So , tak mahu cherita panjang-panjang.Nanti orang cakap aku merepek je lebih.Hehehe. Kisah nya , kedai yang aku pergi ni , kawan ayah yang bagitahu.Dia cakap sedap and memang superb lah Nasi Briyani Gam or Kambing dia.Aku pun feeling nak try jugak.Heh. Oh lupa pulak nak bagitahu dekat mana pulak kedai tu kan?Heheheh. Excited sangat kekdahnya nak cakap betapa sedap nya Nasi Briyani Gam itu ;) Okeh , kedai dia terletak di Seksyen 13 , Shah Alam. Paling senang nak nak tahu dekat mana , ala , dekat dengan office Naza TTDI. Muahahah , benda paling mudah aku nak ingat , sebab nampak Naza TTDI je okay , memang tahu kedai tu dekat area tu.Hehehehe.Oh ya , nama restoran tu is Pak Anjang , Briani Johore. Senang je nak tahu kedai Pak Anjang ni ha , sila tengok gambar bawah ye ;) *gigih ambik gambar dari dalam kereta , ngeh3x.*


*from luar kedai Pak Anjang Briani Johore*

Kitaorang tak makan dekat restoran tu memandang kan nak hantar my sis balik dekat UiTM pulak.So kira tapau bawak balik untuk my sis and kitaorang pulak ingat nak makan dekat lain.Rush kekdahnya nak ke sana ke sini.Tu yang pergi hantar my sis balik asrama dia dulu.Then kitaorang tak terus balik.Semalam hujan punya lah lebat dekat KL , dekat Shah Alam renyai-renyai.Sejuk dingin je semalam.Best je rasa semalam :) Tapi tiba-tiba terasa macam nak selsema lak , sebab terkena hujan sikit.Terasa je lah.Heh. Oh ya , semalam sempat pusing-pusing pergi I-City.Pergi petang , tak ada apa yang best pun. Tapi sempatlah ambik gambar. Kalau malam sure best and cantik.Petang , hapelah nampak nya?Nampak aku jelah yang senyum tersengih macam orang gila bagai nak rak.Haha.

~ berhenti makan dekat gerai di area Shah Alam~

Okay , ada lah jugak aku edit gambar-gambar dekat I-City tu ha.Nanti-nanti lah aku upload :D Ok then , tiba-tiba ayah ajak minum dekat mana-mana gerai area Shah Alam tu. Lagipun aku tak bawak air mineral pulak semalam , selalu aku bawak , bekal aku bila haus.Heh , heh! Then , pergi lah menyinggah dekat satu gerai di Shah Alam ni.Aku tak tahu lah pulak area mana tu , masih confused tempat-tempat di Shah Alam. Heheheh , alasan gedik je lah tu. Kebetulan aku pun lapar , alang-alang ada Nasi Briyani tu , aku pun terus kan lah makan dekat situ.Hehehe , nampak sangat tak menyabor nak makan -__-' Ohh , lupa pulak. Semalam Umi beli Nasi Briyani lauk kambing.Memang sumpah sedap! Sangat sedap sehingga menjilat kaki jari. Yelah sekali sekala makan , tak apa lah.Kalau selalu makan , heheheh , tak tahu den nak kata apa.Mahu nya naik darah kang. Aiyark!

Dia ada 2 jenis kalau tak silap. Aku pun tak pasti , sebab Umi yang pergi beli. Heh , kang salah kasik info , buat kena saman je ai. Hehehehe. Ok , harga dia RM 12.50. Mahal ke? To me it's worth because lauk dia sangat banyak.Bukan seketul kecil kambing tau?Tapi besar sangat.1 ketul yang dia kasi tu , = sebungkus nasi tau.Tapi dia bukan kasi seketul , ada lah dalam 2..3 ketul lauk macam gituh.Tu yang aku suka sangat.Kalau sekali sekala pergi makan , memang peerghhh , sedap ya amatz! So , semalam ayah tak berani nak makan kambing , takut naik pulak darah tinggi dia kan.Jadi dia cuit-cuit je yang aku dengan Umi punya.Citt , cuit-cuit ye? Hahah. Lepas tu , ayah cuma pesan Nasi Goreng Ladna , nampak macam sedap -__-' Tapi aku tak cuba pun sebab kekenyangan makan Nasi Briyani tu ha :D

~ Ini lah Nasi Briani with lauk Kambing yang aku cakap tu ha , nampak dalam gambar macam sikit , tapi banyak okeh? Fuhhh , kekenyangan dan kelazatan okeh?~

Ngeee , tapi semalam tak habis pun lauk.Last-last kasi dekat Ayah je.Ngeheheh.Tapi memang sedap sangat Briyani semalam. Eh perasan tak aku sekejap tulis BRIANI , sekejap tulis BRIYANI , heh , sengal je -__-' Fuhh , tapi tak berani jugak makan kambing banyak-banyak. Hehehe.Sekali sekala nak tukar selera tu okay lah kan :D So , aku memang suggestkan dekat korang untuk cuba Nasi Briani for those yang tinggal dekat area Shah Alam / KL tu ha :) Memang tak rugi pun. Ngeheheh , motif aku beriya sungguh promote bagai? feeling nak dapat nasi briani kambing percuma dari tokey pak anjang ke hapee aku ni bersungguh sangat promote? So till then ;)



Friday, October 22, 2010

Agar-Agar Miloais?

Salam and Hello.Ngeee.Semalam , tiba-tiba my sis datang dekat me yang tengah err , lupa pulak aku tengah buat apa semalam.Tapi yang pasti secara mengejut dan teruja datang dekat aku.Heh,heh.matilah aku kalau dia baca ai keji dia.Aku pun macam pelik lah tengok kakak aku tu ha.Haha. Then dia datang dekat aku cakap jom buat Agar-Agar Milo. Aku macam ek? Agar-Agar Milo Miloais ka? Ngahahah.Okay , tak ada kena mengena langsung dengan Kaka MiloAir itu. Ekekek.Tapi aku pun macam teruja jugak lah walau pun tak ada lah feeling suka tahap Puding Jagung tu ke apa ke kan?Hehehe , so , aku pun nak kongsi resipi lah jugak sambil bercerita kisah semalam :) Nak tahu resipi dia? Haaa , sila lah lihat di bawah ye :D

Nak buat Agar-Agar Milo ni memang mudah rupanya.Bahan-bahan dia pun sikit.Cara dia pun mudah dan senang.Kakak aku cari via internet je.Yelah sekarang nak resipi apa-apa pun guna internet je kan?Ngeee.Tapi aku tetap nak feeling Chef Wan kongsi resipi dekat sini meskipun hanya Agar-Agar Milo. -___-'


BAHAN-BAHAN (bahan2 yang di peruntukkan di bawah ini untuk loyang kecil dan bilangan agar-agar yang sedikit , tukar anggaran bahan jika mahu buat lebih dan banyak)

Agar-Agar (8gm)

Air (1 3/4)

Gula (1/3)

Serbuk Milo (3/4)



~ Agar-agar yang telah di campur dgn Air , Gula dan Serbuk Milo. Kacau perlahan sehingga semua nya larut.~

CARA-CARA (lapisan coklat)

1) Mula-mula masukkan agar-agar bersama dengan air.Larut kan agar-agar bersama dengan air itu.Kacau perlahan.

2) Kemudian setelah agar-agar telah larut bersama dengan air , masukkan gula dan juga serbuk milo.Kacau perlahan sehingga gula mula larut.Kemudian tapis.

3)Setelah semua nya selesai dan larut , tuang adunan ke dalam loyang dan beku kan.

4) Kemudian cakarkan sedikit permukaan supaya lapisan coklat itu dapat dilapiskan bersama dengan lapisan susu.

~ Okay ini tengah menunggu lapisan coklat beku , tunggu dalam 10 minit kot?Heh, lupa.~

Okay cara-cara kat atas tu ,untuk lapisan coklat.Dia akan menjadi dua lapisan.Alah , korang tak kan tak pernah makan kot?Ada je kat pasar malam or time Baazar Ramadhan tu jual :) Ni aku nak tulis bahan-bahan /cara-car untuk lapisan susu pulak :) Oh ya , bahan-bahan itu aku tunjuk untuk bilangan dalam loyang kecil lah.Sikit je.Kalau nak buat untuk ramai , mungkin korang kena adjust sikit bahan-bahan tu :)

Bahan-Bahan ( lapisan susu)

1)Agar-Agar (10gm)

2)Air ( 1 1/2)

3)Gula (1/2)

4)Susu Sejat Ideal (1/2) *me guna susu F&N tu je , sbb check2x tak ada susu cair ni je -__-'*

5)Esen Vanila (Beberapa titis je)

CARA-CARA (lapisan coklat)

1) Mula-mula masukkan agar-agar bersama dengan air.Kemudian kacau perlahan sehingga agar-agar larut.

2) Kemudian masukkan gula dan kacau sebati sehingga gula larut.

3) Selepas itu masukkan susu sejat bersama-sama dengan beberapa titis esen vanilla.

4) Perlahan-lahan tuangkan adunan ke atas lapisan coklat.

5) Kemudian letak kan ke dalam peti sejuk.

~ Kalau agar-agar tu dah keras and dah masak , begini lah jadi nya.Ni buat main-main.Kalau buat serius-serius , memang lah lagi cantik.Haha ;) ~

Ngeeee , lepas sejam ke setengah jam macam tu , siap untuk di hidang :) Mula-mula ala-ala cuak je takut tak jadi ke apa.Yelah baru first time buat tanpa tunjuk ajar sifu masakan which mean my mom lah kan.Haha , kalau dia ada , sah-sah kitaorang cuma tengok je.Tak menolong pun.Ngeh3x.Keji gila stetment T_T Ok , tak kitaorang tolong , cuma tolong tengok.Erk! Tapi Alhamdulillah , menjadi okeh? Sedap pulak tu. Hehehe. sebenarnya takut rasa dia pelik ke apa, tapi selamat jadi dengan jaya nya , lega hati

Okeh ,tadi sepatutnya ada gambar makanan which mean agar-agar milo yang aku susun jadi F which mean my name la.Tapi tadi tertekan backspace sampai hilang T_T Okay , malas upload lagi sebab nak upload satu gambar pun = 10 minit.= juga buang masa.= juga aku tak larat.Heh.Jadi sekian , resipi aku hari ini :) Selamat mencuba ye :D Heheheh , gaya macam resipi Nasi Briyani je aku kasi kan? Ekekekekeke




Thursday, October 7, 2010

Macarony And Cheese versi AKU.


Okeh , tadi ai duk godek-godek folder picture dalam lappy ai kan. Terjumpa pulak gambar ni :) Macarony and Cheese. Ada lah satu hari tu , aku macam tiba-tiba je teringin nak makan Macarony and Cheese versi yang bakar punya. Heh , okay ai memang suka makan Macarony. Cheese tu , err sejak dua menjak ni je ai suka. Heh , heh , heh. Actually , aku pakai redah je buat Macarony and Cheese ni. Tak ikut mana-mana resipi pun. Malas google. Haha. Okeh , maybe ramai kot yang reti buat benda ni. Ai buat jenis pakai hentam , asalkan ada rasa sudehh.. Muhaahah :D

Tapi nak jugak feeling chef. Ni resipi hentam ai.Untuk resipi hentam ni , memang senang sangat cara dia.Tak rumit. As long as boleh makan , okaylah tu :D ( Ai cakap macam tu sebab , macarony tu tak melekat elok-elok.)

Macarony and Cheese with my style [pakai hentam]


Bahan-Bahan.

Macarony

Cheese (I used Mozarella Cheese rasanya , I lupa pulak.)

Kuah Spagheti ( do witu ur style lah ek , sbb malas nk tulis cmne nk buat. hehe. sorry.)

Cara-Cara nya.

Mula-mula , mestilah kena rebuskan Macarony itu ye.

Then , bila siap rebus and pastikan kuah spagheti pun dah masak ye :D

Okay , after dah selesai semua , ambil loyang (tak kisah macam mana , mengikut berapa ramai orang kan?) , then ambil macaroni itu tabur di dalam loyang beserta kuah spagheti (tak kisah kuah yang tomato or sos putih tu , but macam yang ai punya ai guna yang sos tomato.)

After dah letak macarony dan spaghethi sause , taburkan cheese itu ye :)

Selepas itu bakar dalam suhu 180c macam tu lah, dalam lebih kurang setengah jam macam tu. Aku pun dah lupa sebab , dah lama tak buat. Hari tu main hentam je buat. Heh,heh,heh!

Okay , maybe resipi aku macam tunggang langgang sebab , ini resipi untuk orang yang malas google macam aku. Heh,heh. So , aku pakai hentam buat je lah. But menjadi jugaklah. Ngeh3x. angkat bakul sendiri :P Tapi tadi aku google kan , sebab tengok resipi aku ni tunggang langgang , aku pun google lah dengan rajin nya.Hiks.Okay , aku ada jumpa someone blog yang boleh kasi kau orang faham dengan lebih jelas lagi.Nak tak nak resipi dia?

Yang NAK , masuk SINI. Macam-macam resipi dalam blog dia :) Haa , boleh lah ai follow tiru jugak.Hiks! :D Actually lebih kurang je , cuma dia ada masukkan keju dalam sos pasta itu. Aku tak masukkan sebab pakai hentam je buat.Heh.Heh. Itu lah kot , aku punya tak melekat sangat macarony aku.Heh! T_T Tapi rasa dia still okaylah. Ngeh3x. Ohh , nak cakap tu je :D *mood dh kembali baik.Hiks*


Sunday, October 3, 2010

Mee Banjir Udang atau Mee Bandung?

Halo !! Okay tadi kan aku pergi ambil ticket konsert Maher Zain tu kan dekat Melawati. Then , aku ada nampak orang jual Mee Banjir Udang dekat area situ. Kebetulan tak lunch and breakfast pun lagi. Bukan diet , tapi bangun lambat heh! Bangun-bangun tidur je terus melulu ke Melawati sebab nak ambik tiket. Heh , semangat -__-' Then aku pun beli lah kan. Sebab dah lapar , Umi pun tak masak apa-apa lagi untuk lunch. Harga dia mak aihh , tak tahu lah if itu standart harga dia kan , walaupun...


credit : inche google ;this is the actually Mee Banjir Udang have should be ,seriously not just like I bought this Afternoon *sigh*


So , aku pun beli lah. Walaupun time tu , tak jumpa lagi entah ke mana nya lah office Raudhatus Sakinah tu kan. Dah lapar , beli je lah , biarpun harga dia agak cekik darah. WHYYY? Okay this is the reason why I'm saying that ;

  • Kuah dia memang banyak. Tapi kalau dah BANJIR UDANG , should be UDANG banyak kan? Okay , aku bukan lah hantu UDANG or what else , tapi yelah , dah alang-alang mahal. Biarlah sama banyak isi dengan harga. *sigh*

  • Rasa dia macam Mee Bandung je. And Umi buat lagi sedap aku rasa -__-' Ini pandangan aku lah. Aku tak pernah lagi rasa how Mee Banjir Udang yang orang kecoh dan famous dekat Kuala Sepetang tu ha.Tu yang aku xleh nk komen over. T_T

  • Harga sangat cekik darah. If RM 3.50 or RM 4.50 aku boleh ACCEPT and okay lah. But RM 5.50 okeh? Dah lah isi udang sikit. Kuah pun okaylah. Hailah.. tipah tertipu gituh?

Haa , itu lah sebab penyebab kenapa. Oh okay , sila jangan ada yang charuts ai cakap , kau dah tahu mahal apahal kau beli? Ok , baca elok-elok ye , ai beli sebab ai nak rasa macam mana Mee Banjir Udang itu ye? Lagipun aku memang tak pernah kisah harga makanan tu mahal murah.Yang penting rasa sedap. Kalau ada duit lebih , bila lah yang mahal yang rasa sedap. Kalau tak ada duit , beli je lah makanan yang sedap yang murah je kan? Heh. Sudah! Tapi aku agak tak puas hati la T_T Heh.







Saturday, September 18, 2010

Food all the TIME.

Salam and Hello. Ngeee.Okeh, memandangkan sekarang ni kan musim perayaan.Memang makanan sana sini kan? And , sebenarnya nak tunjuk makanan two days a go yang time aku buat small open house tu. Laksam Kelate katanya! Act , nak upload semua makanan time raya dekat sini , but kemalasan lah pulak. Heh? Yelah , nak upload gambar pun kadang-kadang berminit-minit nak kena tunggu T_T Lagi bagus aku tidur daripada menunggu bagai nak rak. Heh! Ada je khenn alasan gedik mengada-ngada dia !! Okeh , jom tengok gambar pulak! :D



~ Laksam homemade by Umi.~


~Ulam-Ulaman for Laksam --> Timun , tauge , bunga kantan , kacang panjang & belacan~

~Kuah laksam yang sungguh menyelerakan~

~Macaroni Goreng yang memang sedap~


Okeh,itu antara makanan-makanan nya.Actually , aku nak tayang resipi Macaroni goreng.Tapi heh,aku kemalasan nak menulis bahan itu dan ini.Ceh,semua benda kau malas kan? T_T And, and , tak tahu kenapa , bila Umi masak untuk orang means , bila orang datang ramai-ramai mesti Macaroni or Bihun goreng jadi sedap or bertambah-tambah sedap.Bila buat just for untuk 2-3 orang makan , mesti aku makan macam gitu-gitu je T_T Nampak sangat aku ni gedik mengada khenn? Haiyark! So,nnt aku nak tepek resipi but nak buat entry baru jap.Hiks!






Friday, September 17, 2010

Cherita Raya lagi.

Salam and Hello.
Okayy , semalam buat a small open house.. for my friend (not at all , sbb nak buat berperingkat gitu.)
Then , memang best lah kan? Sebab dapat duit raya and memang syarat ai suruh diorang kasi duit raya baru boleh datang umah ai , boleh? , hik3x. Tak ada la. Ekekek.
Anyway,semalam memang masak spesel atas request diorang katanya.
Menu hari ini : Laksam Kelate homemade by UMI saya. and Macarony Goreng :D
Lepak-ing and Borak-ing part paling best sebab gelak sampai pitam kan? Hiks.
Dah lupa dah Umi duk perhati dari jauh.Ngehehehe.
Gambar tak banyak sangat ambil sebab , first , sibuk berborak. second , sibuk makan sekali. muahaha. third , macam lupa je nak ambil gambar. HAIYAKKK!
But nanti akan di upload di sini ye? Ngee.
Okay nan hado idea sekarang ni.
Bye.