Home

Showing posts with label geram. Show all posts
Showing posts with label geram. Show all posts

Monday, August 26, 2013

Careless

Careless.

Selalu sangat careless tak kira dalam apa jua situasi. Tapi semalam careless yang paling teruk. Sampai terkedu tak tahu nak buat reaksi macam mana. Itu pertama kali careless yang paling sampai terkedu. Nak marah tak tahu nak salahkan siapa. Nak menangis tak tahu patut ke tidak nak menangis. Nak ketawa pun ada juga sikit-sikit tapi tertanya-tanya untuk apa? Pertama kali perasaan berkecamuk apabila careless sebegini rupa.

Aku tak tahu nak mula cherita daripada mana. Aku sendiri tak tahu yang aku mampu atau tidak bercherita sehingga penghabisan. Aku cuma tahu aku kena juga mengetuk kibod agar hilang perasaan yang berkecamuk dalam diri ini. Okay nak cherita daripada mana? Atau aku cherita separuh jalan boleh tak? Sebab aku rasa macam tak sanggup nak bercherita. Ehhey mengada-ngada pula si Jijah ni. Sekejap nak bercherita penuh , sekejap tak tahu nak cherita mula dari mana dan sekejap pula nak bercherita separuh kan? Ehhey ehhey!

Petang semalam aku ada hadiri event Majlis Hari Raya bersama Aaron Aziz & Aaronators yang aku akan cherita penuh dan aku akan kongsikan gambar yang tidak seberapa banyak dalam entri yang lain. Majlis yang cukup santai dan cukup buat aku rasa seronok dan bergembira katanya. Tak disangka saat aku sedang bergembira dan bersantai (lah sangat!) aku dapati telefon bimbit aku S3 Mini aku telah hilang. Sangkaan aku mula-mula mungkin aku tercicir. Tapi bila dicari , bila ditelefon segalanya tak dapat dijumpai. Aku mula kaget. Eh , bila masa pulak tercicir ni? Bukan tadi ada dengan aku? Eh kenapa dah masuk voicemail? Eh itu eh ini. Sampai aku terkedu. Sampai aku rasa separuh darah aku hilang. Kaget yang teramat sangat. Ya Allah , ini memang betul-betul dugaan. Ini memang betul-betul mengejutkan.

Beriya-iya aku mencari sana dan sini , beriya-iya aku bertanya pihak pengurusan serta pekerjanya tapi jawapannya hampa. Aku semakin terkedu. Perasaan semua dah hilang. Tadi punya bergembira , bila Tuhan timpa dugaan yang bukan berat mana pun dah buat aku hilang perasaan dan hilang darah dalam tubuh badan terus. Memang aku tak tahu nak rasa apa. Aku cuba bertenang. Mungkin handphone aku main sorok-sorok kot? Tapi tetap tak jumpa. Suruh orang lain telefon tetap juga sama ; voicemail. Sedih. Hampa. Kecewa. Marah. Geram. Tak ada perasaan. Itu semua yang aku rasa sekaligus. Ya, itu semua aku rasa sekaligus.

Bila terkena begini , aku mula memarahi diri sendiri. Sebab careless. Ya, sebab careless , banyak benda penting dalam tu hilang sekelip mata. Aku rasa nak marah diri sendiri. Nak` marah sangat-sangat. 

Tapi benda dah jadi. Dah tak boleh nak pusing belakang. Bukan terus menyerah kalah. Tapi sebaliknya ini pengajaran paling besar. Jangan careless. Jangan lalai. Jangan ambil mudah. Tak pasal-pasal diri sendiri yang menyesal sebab hilang banyak contact number dan banyak juga perkara penting dalam handphone tersebut. Siapa tak menyesal kan? Siapa tak terasa macam nak pitam beratus kali kan? Benda remeh begini yang impaknya bukan main lagi aku terasa.

Aku rasa macam-macam sampai aku rasa tak boleh nak tidur langsung. Begitu sekali penangan hilang handphone yer? Aku sendiri pun anggap tak ada apa-apa kot. Tapi setiap kali lelap mata mula nak terbayang , mula nak rasa menyesal dan mula lah perasaan berkecamuk tak tentu hala. SEDIHNYA WOIII ! :(

Memang luah perasaan sungguh. Memang menulis sebab nak meluah dan nak kurangkan rasa bersalah pada diri sendiri sebab careless. Tapi akhirnya aku kembali rasa kecewa dengan diri sendiri. MEMANG AYAT KALAU TAK DRAMATIK TAK SAH KHEN?! Haruslahhhh. Aisshhh. Sungguh tak sangka diri sendiri selemah ini.

Mungkin juga semua ini peringatan kecil Tuhan untuk aku.

Mungkin Allah nak kasi yang lebih baik untuk aku. Mungkin rezeki aku setakat itu sahaja. Mungkin ada rezeki yang jauh lebih baik dari yang sebelum ini.

Untuk sedapkan hati. Untuk aku yang selalu careless. Untuk aku yang selalu ambil mudah. Terpaksa juga sedapkan hati sendiri. Tak mengapalah. Mungkin ada hikmah untuk semua ini. Nak berduka lara lama-lama sangat pun tak boleh juga. Nanti melara hidup kan? Kuatkan semangat. Kuatkan hati. Amboi! HAHAHA.

Punya sedih sampai berjela entri ini dengan kata-kata saja. Tak ada hati nak tepek gambar. Tapi macam ada orang kisah kan? Sobs.

Okay sudah pukul 4.45 pagi , masih tak dapat tidur.
Terkenangkan S3 Mini putihku. Siapalah tuan baru awak yer nak? Eh.
Semoga aku kembali tenang setelah mengetuk kibod dengan penuh madah pujangga. KEMAIN! heh.

Jumpa esok. Itu pun kalau ada hati untuk menulis. Kesian belog ni. Asyik terabai. Hmm. Tak apa , nanti kumpul duit jual Popia Roll Mini , nanti beli handphone baru ye Jijah. Tuhan suruh berusaha keras lagi tu Jijah. Okay nak sedapkan hati lagi.

Bye.

Terima kasih sudi baca entri yang penuh duka ini.
SOBS.

Tuesday, August 23, 2011

Cukuplah.

Sudah banyak kali aku teringin untuk meng-update tentang hal ini. Tapi setiap kali itu juga aku sering ketandusan idea untuk menulis dan kadang-kala aku takut tulisan aku bakal membuat orang menyampah dengan ayat-ayat aku yang mungkin bakal menghiris hati orang lain ataupun mungkin juga orang akan nampak ke-poyo-an serta kesalahan aku. Lagipun bila kita menulis tentang amarah , benci dan geram bukan semua orang akan nampak dan boleh rasa apa yang kita rasa sebalik nya orang akan nampak keburukan , kebodohan serta kelemahan kita sendiri. Kadang-kadang kita yang memberi ruang kepada orang lain untuk memperlihatkan kita punya kelemahan kita sendiri kan? 

Nampak nya mukadimah tajuk terlebih-lebih pulak. Nanti makin banyak benda lain pulak aku membebel , lepas itu aku lupa pulak apa yang aku nak luah kan dalam entry kali ini. Sebenar nya sebelum bulan Ramadhan lagi aku hendak tulis mengenai hal ini. Tapi aku malas sebab aku rasa buat apa nak geram-geram dan mengamuk tak tentu hala dalam belog even ini belog aku , aku punya suka lah kan? Tapi nampak gaya nya aku perlu juga tulis untuk luah kan segala rasa yang dah lama bertapa (bertapa wokeyy bukan bang tapa eh oppss.) dalam hati ni. Haish , terkial-kial dalam kepala otak nak mencari ayat yang sesuai ni meh. 

Aku rasa dah banyak kali aku membuat entry khas melepaskan rasa geram yang berbuku dalam hati. Semua benda yang sama , tak pernah berubah pun rasa geram dalam hati tu. Aku tahu blog bukan lah tempat sesuai nak meluahkan apa yang aku geram , marah , benci sekalipun. Tapi kadang-kadang kalau dah tak ada tempat nak meluah , belog adalah tempat yang terbaik untuk aku meluah. Bukan begitu? Gitueww katanya. Sebenar nya cukup lama dah aku bersabar dengan perangai sesetengah manusia ni. Manusia yang tak habis-habis nak nampak segala benda yang buruk , hodoh , bodoh tentang aku ni. Aku penat nak bersabar. Aku penat nak melayan karenah manusia jenis macam ni. Aku marah pun still sama. Aku diam pun still sama. Tak ada beza. Penat tahu tak? Pelik aku orang-orang yang macam itu tak penat ke?


Aku sendiri pun penat melihat tak kan lah orang yang buat benda alah ni tak penat ek? Haih. Aku bukan lah sengaja nak membebel tak tentu hala. Tapi aku rasa daripada aku amukan #sethtan pecah kan pasu bunga ke , baling bantal ke , menjerit macam orang gila ke , lebih baik aku luahkan dekat sini kan? Aku tahu mungkin ada silap aku yang membuatkan ada sesetengah orang tu tak habis-habis nak cari pasal dengan aku. Tapi kadang-kadang aku senyap tak melayan pun perangai korang , tak kan nak cari pasal jugak kot? Tak perlu lah kot. Tak perlu nak jadi macam zaman kanak-kanak. Hal pemadam dia Ultraman , pemadam aku Power Rangers pun nak bertekak bagai nak rak. Tak perlu kot. Masing-masing dah matang , masing-masing dah reti fikir baik dan buruk. Kalau nak bergaduh , bertekak pun apa lah faedah yang dapat kan?


Kalau menabung dengan ASN ke ASB ke dapat jugak untuk hujung tahun. Muahahaha. Tetiba aje kan masuk cherita lain? Tak pasal-pasal ke laut jugak entry geram aku ni. Haih. Penat meh nak melayan perangai orang-orang macam ni. Sangat penat tau. Aku kadang-kadang tertekan dengan perangai orang-orang macam ni. Aku paling nak elak dari tekanan tahun ni. Dah lah tahun ni macam-macam ujian berat aku terima. Mungkin iyelah orang nampak aku gembira suka girang kan? Tapi bukan semua orang tahu apa yang kita sedang alami. Senyuman dan kegembiraan itu sekadar untuk menutupi segala rasa dan ujian yang Tuhan bagi pada aku. Kalau aku asyik nak bersedih , asyik nak berduka nanti orang cakap aku kemurungan pulak kang -_____-' Tak mahu Tak mahu. 


Kalau ikutkan isi sebenar entry ini sangat panjang , sangat banyak yang terluah , sangat-sangat penuh emosi. Namun aku rasa tak perlu aku tonjolkan emosi aku yang berduka lara dalam ni. Lagipun bulan-bulan Puasa ni aku malas nak emo-temo sangat. Tapi bukan ke sekarang aku pun dah macam menulis entry emo-temo. Tssskk. Erhh , apa tulis main pusing-pusing ni. Aku dah potong yang mana patut dan malas lah nak kasi orang sentapz ulu hati baca entry ni. Tapi kalau orang tu dah jenis tak ada perasaan aku tulis macam mana pun tetap macam tu jugak kan? Tetap nak buat ikut kepala otak dia kan tak fikir perasaan orang lain? Dan bila dia kena apa yang aku kena hamboii tahu pulak nak melenting tak tentu pasal kan? Haih , manusia ni kadang-kadang selalu macam itu. Cakap dekat orang kemain hebat. Tapi bila kena dekat batang hidung sendiri , baru tahu macam mana orang rasa dan baru lah reti nak melenting macam mana aku melenting tak tentu hala tu kan? 


Cukup lah nak buat orang lain sakit hati. Mungkin awak akan rasa gembira buat aku menangis , buat aku marah dan geram tapi tahu tak apa yang awak buat tu merugikan masa awak aje. Mungkin lah seronok. Tapi tak payah lah membazir masa macam itu membuat orang lain sakit hati. Tuhan tu sentiasa ada dengan kita. Hari ni kau buat orang , esok orang buat dekat kau balik. Karma. Tak suka kan macam tu? Tak best kan macam tu? Haih. Cukup-cukup lah tu. Penat meh membebel bulan puasa ni. Kalau tengah tak puasa ni macam-macam ayat azimat tertulis kan? Kikikik. Kawal diri masa bulan puasa. Nak marah boleh , kalau over , haip habis kurang pahala nanti. Hiks. Apa aku merepek ni -_____-'


Oh ya sebelum aku terus kan membebel dan membebel , nak tunjuk aku punya watermak baru yang akan berkuatkuasa bermula hari ini , ewah. Ngehehehe , just a simple watermark yang aku mintak kawan aku , nyah Moimori buat kan untuk aku. Hihihi. Biasa lah kan , nak tempah dekat orang aku mana hado reti nak melabur duit banyak-banyak. Kalau free laju je mak! Gitueww kau!



ehem.
simple aje kan watermark itu.
tehtaaap hade TULIP.
mak kan obses gila dengan Tulip.

tehehehe.

p/s: gambar atas tu tak pernah tayang kan? hihihi.
itu aku cilok dari kawan aku punya fb. gitueww.

Aku memang nak yang simple aje watermark untuk belog ni. Maklumlah kena letak watermark meh. Nanti senang-senang aje orang cilok gambar-gambar aku. Tak kisah lah gambar apa pun kan. Gitueww. Ehem. Berbalik kepada membebel tadi tu kan , err. Aku cukup penat dengan situasi sekarang ni. Tak perlu lah nak menambah kan lagi situasi menjadi semakin rumit. Kowser tauuu. Hadoilahh. 

Tak mahu lah tulis geram-geram lagi meh. Tak larat dah aku ni nak tulis panjang-panjang lagi. Nanti last-last korang tengok gambar tu pergi komen gambar tu pulak khen? Berpeluh sakan aku tulis entry ni tak baca pun khennnn? -________-' Ngehehehe. Maaf lah kalau ada yang terasa hati dalam entry ni. Tak berniat apa-apa pun. Cuma nak cakap cukup-cukup lah ek? Cukup apa ? Cukup garam. Kbye.

Terima kasih sudi baca entry ni :)





Monday, June 20, 2011

TEASER : Aaron Aziz lagi?

Betul lah tu. Semalam jumpa Aaron Aziz lagi. Kali ni jumpa versi yang ramai-ramai punya. Sumpah macam-macam benda yang aku geram. Lagi seronok ye jumpa versi hari tu lebih seronok ye meskipun terhantuk kepala ke , terbaring ke , terjatuh ke , lagi seronok. Kadang-kadang kita bukan geram dengan peminat-peminat nya but well yeah organiser majlis nya. *sigh*

Tak mahu komen panjang-panjang sebab cuma teaser saja. More picture to come's after this. Nak bercerita pun rasa nak hentak-hentak kaki tak puas hati macam-macam. Heh. Hamboi haritu menggigil kaki kan? Sekarang hentak-hentak kaki? Sungguh tak reti bersyukur ye. *hensaf*


terima kasih buat wife Aaron Aziz , sis Diyana Halik yang tolong kasi buku ni dekat Aaron Aziz. 

kenapa tak kasi sendiri? nanti aku cerita later k?

thank you kaka Diyana Halik :)


Ada yang menarik. Ada yang pahit. Ada macam-macam cherita , but tunggu after this k? Bila aku rajin , aku update la , but seriously mood punah dengan perangai organiser majlis itu ye. Haih , dah mati mood aku tak pasal-pasal. Heh.

Korang tahu ke ini event apa? 

Terima kasih baca entry ni :)


Monday, April 11, 2011

Pandang Guna Mata , Jangan Guna Telinga!

Saya tahu saya tak pandai.
Saya tahu saya tak cantik.
Saya tahu saya tak punya harta melambung.
Saya tahu saya bukan kurus tahap keding lidi.
Saya tahu.

Tapi pinta saya , tak usahlah pandang saya dengan guna kan telinga.
Tak usahlah bercakap dengan saya dengan gaya yang kasar.
Iye saya tahu awak lebih tua daripada saya.
Tapi tak bermakna suara awak boleh berkeras dan seakan menengking kepada saya sesuka hati sewenang-wenang.

Mujur saya masih ingat ajaran ibubapa saya.
Biar orang kurang ajar dengan kita.
Jangan kita kurang ajar dengan orang.
Meski mulut terasa laju nak naik kan suara.
Tapi saya perlu ingat , tahun ini saya SPM.
Tak mahu buat dosa macam ini.

Saya tak nak cari gaduh dengan orang.
Saya tak nak orang makin benci dengan saya.
Kalau benci menyampah dengan saya cakap depan-depan.
Mungkin hati saya akan sakit bila mendengar.
Tapi lebih baik begitu daripada tahu daripada orang lain.

Haih , pesan saya cuma satu.
Jangan pandang luaran orang.
Takut nanti kamu akan malu dan minta pertolongan orang kembali pada mereka yang kamu tengking , yang kamu benci dan menyampah itu.
Tak kira awak tu tua atau muda , jangan guna kan "kuasa" itu untuk sewenang-wenang nya untuk awak boleh berkasar dan biadab.

Hidup umpama roda.
Awak buat dekat orang.
Jangan menangis kalau anak awak buat dekat awak balik.
Sebab , kita masih ada DIA.
Sudah lah.
Bak kata orang omputih ; what goes around comes around.

Haih.
Banyak lagi hal lain yang saya perlu selesaikan.
Tak guna nak marah-marah.
Bukan boleh kasi saya kurus melidi tak pun cantik menawan.
T___T


Tuesday, February 15, 2011

Jalan-Jalan , Rosak , Makan & Nuffnang

Sorotan hari ini ; macam-macam benda yang terjadi dan macam-macam benda yang di alami. Iye semalam dah janji nak berpantang ; aku bukan kata hari ini nak start ; tapi esok. Hari ini memang nak update puas-puas. Hmm. Pagi tadi aku pergi hantar kakak aku dekat kolej. Then pergi ke Ara Damansara sebab mak aku nak pergi jumpa nenek saudara aku dekat sana. Hehe. So means ; pergi rumah sepupu mak aku lah kan. Then duduk situ dalam sejam dua , kitaorang pergi ke lain pulak.




Destinasi seterus nya ; pergi ke Kampung Tunku ; PJ. Heh. Pergi ke situ sebab mak aku nak pergi tengok cucu , mak saudara mak aku , means nenek saudara aku lah. Hari tu diorang buat Cukur Jambul kitaorang tak boleh attend ; hadiah dah beli. Jadi itu yang kitaorang pergi situ. Kebetulan beli Gown Baby ; jadi takut pulak kalau lambat kasi kan? Tehehehe. Baby tu nama Nur Hafeesa or something like that lah. Aku pun ingat-ingat lupa. Sempat pegang baby tu. Tapi cuak jugak sebab baby tu baru 3 bulan. Kepala baby tu still lembut kan , takut je kalau tersalah pegang memang naya woo. Heheh. Comel je Hafeesa siap ketawa dengan senyum lagi. Teehee.


comel Hafeesa.

Ok then feeling nak makan Nasi Arab. Aiseh. Bila pergi dekat tempat yang di tuju , kedai tu dah tutup lah pulak. Alamak , Ayah ada hal pulak petang tadi. Jadi cepat-cepat balik rumah dengan feeling hampa yu. Aiseh men. Then lepas Asar Ayah call cakap nak pergi beli tak Nasi Arab? Heh , terus lah aku pergi bersiap-siap nak pergi beli. Malas nak makan dekat kedai sebab dah nak Maghrib aku beli. Hoh. Aku beli dekat kedai , alamak tak ingat nama. Dekat Kampung Pandan. Nak beli Lamb Mandy , tapi dah habis. Maka beli lah Chicken Mandy. Sedap jugak! Harga pun murah ; RM 20 je pun. Nasi punya lah banyak , Ayam punya lah besar sampai aku pun tak habis nak makan. Heh. Sumpah sedappp!


chicken mandy yang lazat.

Kemudian pergi ke Carefour sebab aku nak pergi beli Earphone. Aku beli je yang mana-mana then terus bayar sebab dah Maghrib time tu. Membebel pulak Ayah aku kalau tengok aku lama-lama dekat Carefour. Heh. Then terus balik. Bila balik ; aku pening gila macam mana nak bukak Earphone tu punya kotak. Haih , ambil gunting. The end , ambil gunting ; tergunting wire Earphone , maka rosak! Shitta! -.- Melayang 20 hinggit aku wehhhhhhhhhhh. Mana aku tak geram dan stress. Sudah lah earphone yang mahal beratus aku punya rosak -.- Hmmm , tak ada rezeki tapi still geram weh.

Then bila bukak belog , ada seorang blogger's tanya aku dekat ENTRY SENYUM aku yang previously. MissYayang tanya pasal macam mana aku boleh dapat CTR Bonus. Tehehehe. Sebenar nya dik ; untuk CTR Bonus itu untuk sesiapa bloggers yang dapat Buffered Earning. Buffered Earning pulak macam mana nak dapat? Ok itu pihak Nuffnang yang tentukan blog kita layak atau tidak dan sesuai semua tu. Bila ada Buffered Earning atau BE ini ; ia akan memudahkan kita mengumpul duit lebih banyak dan cepat. Nilai nya bergerak lebih pantas dan besar berbanding dengan ikelan biasa. Jadi melalui BE itu jugak kita dapat CTR Bonus. Tehehe. Er , faham tak? Harap-harap faham eh. Kalau tak faham , jangan malu-malu tanya ye :)

Ok , rasanya tak ada apa lagi nak update. So bye korang :)

Tuesday, January 4, 2011

Aku Tak BODOH Faham?

Sebenar nya kalau ikutkan betul nya , aku nak update belog Sabtu ni. Malas nak update masa hari persekolahan. Tapi disebabkan aku tengah bengang , geram dengan macam-mcam benda yang jadi dekat sekolah , jadi aku rasa better I'm doing something to make me feel better. Malas nak pendam dendam segala bagai. Tak elok untuk kesihatan!

Well , hari ni dah masuk hari kedua persekolahan. Aku menyampah betul dengan sesetengah budak dekat sekolah tu yang memang macam nak kena pang pang penampar dengan aku. Aku tahu lah aku tak bijak macam kau tapi please aku tak cari pasal dengan kau , kau tak payah nak cari pasal dengan aku.

First day dekat sekolah : macam-macam hal jadi. first time aku jadi pendiam dalam kelas. I don't have any friend and I just do my own thing. Tapi aku tenang je walaupun mulut nak mencharutz segala macam. Tapi ingat , tahun ni nak SPM , jaga ayat. Buat naya je.

Second day dekat sekolah : masih sama. I DONT FEEL HAPPY cuma ketika REHAT with my geng yang boleh buat aku bercakap untuk selama 20 minutes then aku jadi pendiam balik. OH aku rasa macam nak menangis je. Well this week tak start tuisyen lagi. Malas + aku stress sikit. Macam-macam benda jadi. Huh. Lepas tu pulak budak kelas aku tu entahlah. Aku tak serasi dengan diorang. Oh lepas tu ada pulak yang aku teringin nak pang pang penampar masa tengah beratur segala tu. Aku rasa apa yang aku buat dah betul , dia cakap aku salah.Tapi aku diam. Sebab aku ingat dia tu KETUA PENGAWAS . oh rupanya kau pun pelajar biasa pakai baju putih macam aku. OH YA YA , kau feeling kau hebat? kau feeling kau SENIOR SANGAT? HELLO! GO TO THE HELL la nak perangai macam beruk macam tu. Aku malas betul layan perangai betina macam tu. Aku tengok muka kau pun terasa macam nak ludah je. Tapi malas layan. Sumpah aku bengang. It's not a good started for today eventhought yesterday. SAMA JE.

Seriously I HATE MY CLASS ... but cikgu-cikgu yang mengajar tuu je yang buat aku suka balik eventhough aku tak ada langsung kawan , tak ada langsung untuk di ajak berborak. Memang aku belajar je lah. Paling tidak pun aku termenung sensorang. BOSAN kan? But itu realiti hidup aku. SELAMAT CUMA PUKUL 7.20-1.20  ... kalau 24 hours , OH NO , aku boleh mati macam tu weh -___-'

Ok Ok , sungguh tak seronok! Azam aku nak belajar dan buat yang terbaik untuk SPM. Tak ada benda lain dalam kepala otak aku. Memang sekarang pun sibuk belajar. Tak kisah pasal belog semua. Maaf tak dapat nak pergi belog korang singgah jejak segala. Huhuh.

Now it's time for me to have some rest -.- Bye guys!

Friday, December 17, 2010

Who ARE YOU to JUDGE ME?

Kadang-kadang aku tak faham dengan sesetengah orang yang suka judge orang before knowing them well. Well yes , sometimes I do the same thing , suka suki judge orang cakap orang tu muka masam mesti sombong , padahal cuba kau borak dengan dia lepas tu kasi dia senyum sikit baru lah kau tahu betapa berdosa nya kutuk-kutuk orang macam tu kan? Ok , my bad , my sin. Tapi walau aku cakap orang itu macam tu sekalipun , I didn't mention all that dekat mana-mana unless bila aku dah bercakap , berborak , kenal semua , ok lepas tu nahas lah kau aku nak tulis pun. Siapa suruh buat perangai macam tu kan? Ewah , gaya macam berani sangat -__-'

Wah ... mukadimah entry pun macam nak kena lempang kan? Maaf , aku tulis benda yang aku fikir dan bukan sekadar rasa tapi kenyataan sekarang. Ramai orang ohh kalau bukan kamu tak perlu kau nak terasa pahit manis sendu ye kawan-kawan? Aku pun buat benda sama lah uols! Aku suka judge people before knowing them well , tapi itu dulu.Waktu belum akil baligh. Boleh gitu? Ni yang buat aku geram sekarang is when , ramai je manusia yang jenis belum kenal orang tu macam mana ... tapi suka hati riang ria nak judge people macam dah bebetul kenal.

Seriously , even aku menulis di dalam blog ini , belum tentu I've express myself keseluruhan nya yang membuatkan semua orang akan kenal aku dalam-dalam kan? Belum tentu aku cakap aku ni suka derma seringgit sehari bermakna aku ni dah cukup mulia kan? Belum tentu aku asyik mengamuk dengan orang bermakna aku ni tak reti menyabar kan? Belum tentu aku ni asyik hu ha hu ha mencharutz orang bermakna aku ni perempuan yang jenis tak ada adab? Betul kah semua itu?

Pendapat aku yang sudah akil baligh dan sudah berakal baik walaupun kadang-kadang kuat merepek ... siapa lah kita hendak menilai orang jika kita belum kenal orang dengan baik. Well mungkin kau kenal aku seorang yang periang dan kuat merepek. Aku setuju tentang itu.Cehhh. Tapi aku paling menyampah bila sesetengah orang yang suka suki nak judge even not me *okay fine aku terasa jugak la even the words is not for me.. demmm* yang cakap dia umpama dia baik tak pernah mencarut , tak pernah cakap benda buruk padahal kau cuma baca ayat orang je pun doe? Tu pun kau boleh nak judge orang? Aisehmen. 

Manusia-manusia yang jenis macam ni lah aku alergi sekali.Mana tak nya , kau belum kenal orang , tapi dah judge orang. Seriyesli , aku memang tak suka betul lah. Aiseh! Sebenarnya benda ni dah lama nak tulis. To me orang-orang jenis macam ni memang jenis annoying sangat! Kau tak kenal orang tu mana pun , tapi tiba-tiba nak mentioned dekat semua orang itu ini macam kau tu bagus sangat kan? Entahlah. Aku tak biasa buat benda macam tu even I've facebook... twitter eventhough blog sekalipun. Aku tak suka nak tulis pasal keburukkan orang lain even aku geram sekalipun. Haishhh .. tak pasal-pasal aku tulis dengan nada emo-temo. Sheeeshhh!


Oh yes , kindly , I don't care if anyone to judge me. But please do not judge me with my words k? Kadang-kadang kita manusia ni , memang akan terlepas cakap or sometimes we do something stupid pergerakan , percakapan or some else yang sama waktu dengan nya. If beebtul nak judge , be friend first. Bukan hanya kerana kamu tengok bila aku menulis di dalam blog , di dalam facebook , di dalam twitter , you said me this and that so? Boleh ke macam tu? Adil ke macam tu? Tak kan? Tak tahu kamu macam mana but to me it's not the good way to judge people ! Huhuh.

So masalah aku apa sebenar nya sekarang ni uolssss? Fine , aku geram dan bengang bila orang suka suki judge tanpa kenal orang yang sebetulnya. Itu aje? *lempang*

Ok Ok , nak pergi sambung belogwaking setelah hari ni tak belogwaking langsung.Teheheh. Btw , terasa terharu tengok makin ramai yang sudah menfollow belog ini.TQ So Much. InsyaAllah jika aku ada masa , aku pergi singgah belog korang ye :D Nanti jangan lupa drop comment ye dekat mana-mana entry :D Tehehehe. 


Monday, December 13, 2010

Tak Perlu Ada Nombor Kalau Tak Reti Nak Tunggu.

Tadi pergi pejabat pos , sebab teman mak aku nak renewkan lesen kereta. Lepas tu aku tak turun pun dari kereta. Tunggu punya tunggu , terasa jenuh sangat menunggu. Hampir 15 minit tak juga keluar dari pejabat pos tu. Ayah aku dah pelik , tapi dia cakap mungkin dahulu kan orang yang nak bayar bil. Aiseh , aku time tu tengah nak mencirit sakit perut. Memang lah duduk tarik nafas macam orang nak bersalin je gaya nya. Aiseh. Geram jugak. Last-last aku pergi jenguk masuk ke dalam pejabat pos tu.

Hmmm , sebenar nya dah boleh agak apa yang berlaku dalam tu.Nak tahu kes apa?

*

*

*

*

opss lupa , tak amik pun gambar kejadian yang berlaku tadi. hik hik. sila lempang laptop korang ye. keh keh keh.

Agak-agak kau orang rasa sebab apa? Hmmm. Aku kan bukan tak pernah curi bengkok line ke tak ikut giliran ke hape. Tapi sebab tadi aku kan feeling tercirit sakit perut semua kan , tu yang hangin.Heh. Sudah Sudah jangan pergi ke cherita lain. Sheesh!

Adakah kesan tak dapat nak verak opss cepat aku jadi berangin hangin nak marah?erk!Apa yang aku marah kan sangat? 

Benda yang buat aku marah dan geram ialah bila orang suka hati senang lenang potong nombor orang. Aku marah sebab kau dengan muka tak bersalah tapi macam nak kena baling batu dengan aku boleh suka hati senang lenang pergi potong line nombor orang.Tak kisah , tapi fikir lah sikit dengan orang ramai macam tu , tak perlu lah fikir hal kau je.Apa kau ingat orang lain tak ada hal dia?Ish! Geram nya! Yelah , memang kita pun kadang-kadang terbuat benda tu , usually kan? Alah , tak payah nak selindung , tengok atas jalan raya pun dah tahu macam mana kan?Heh , hampeh!

Tapi entahlah , aku tak tahu nak tulis how bla bla sebab aku geram -__-' Tak kisah kalau korang nak potong line semua , tapi please lah berlakon dengan gaya paling hebat. Ini nak sangat potong nombor orang tapi jeling kiri kanan dulu lepas tu berlari anak.Tak ke nampak macam kau potong line orang? Hish!

Maaf saya emo.Sebenar nya tak ada masalah besar pun.Cuma sadis tengok sikap orang-orang yang marah bila dia kena , tapi it's ok bila diorang yang buat. Hmm..

Monday, December 6, 2010

It just a number , nothing else.

Sebenar nya nak update pasal cherita di Terengganu , well tetibe macam hilang pulak mood nak mengarang balik cherita. Haish , terasa macam malas pulak nak karang mengarang. Dah ada yang tulis dekat Terengganu ari tu , tapi bila baca balik , macam banyak merapu merepek. Buat kauorang semua hentak-hentak kaki je baca sambil teringin nak sepak muka aku laju-laju kan? Haha.

Well , jadi aku tak akan update apa-apa hari ni tentang Terengganu and that so , tapi kita cherita hal lain ye? Yelah , cherita Terengganu saja , sampai 6 entry tau? Mahu loya kau baca nanti? Baik aku cherita hal lain dulu. Haha. Best nya dapat update sokmo T_T Tengah nak menangis sikit sebab bila tak update , tak belog waking semua , UV traffic sangat rendah kan? Aiyark! Sudehhh..

So So , tadi tekan Dashboard , lalu ternampak nombor cantik ini. It just a number anyway , don't take it seriously , kang korang kata aku ni khurafat lah , apa lah. Nyampess mek tau! Haha.


181 , 18 , 1 ;) Hmm beautiful number :D

Anyway , for ur information , I've 3 blog and semua itu aku yang punya. Cherita Emo-Temo , adalah belog hal personal tapi boleh di baca oleh umu. Contest oh Karya , my blog for contest only. Bila dah mai nak bercontest semua , haruslah aku update dekat situ sampai lebam kan? Haha. And Cherita Shulit , ehem.. ini bukan cherita 18sx , 18sx ke hape. Tapi it's more to personal and tak perlu di tayangkan umum gituh. Heheheh..

Btw , Salam Maal Hijrah buat semua rakan bloggers. Semoga di tahun yang baru , memberi kita yang lebih baik , lebih bagus dan lebih elok untuk kita semua. InsyaAllah :)

nota kaki : kalau tak suka , buat betul-betul tak suka.
jangan kau kata tak suka , tapi orang yang kau tak suka tu jugak kau jumpa dan cari.
huh.


Friday, December 3, 2010

Eh kau apasal?

Aku geram. Aku bengang. Aku marah. Like seriously , aku terasa sangat marah with something yang aku sendiri hairan dan pelik how come's this can happen to me ok? Ini bukan lah kes aku kena tipu duit ke , aku kena apa ke , totally was not like that ok. But entah lah , aku mula-mula dulu tak kisah , sebab aku ingat orang salah nombor ke apa kan? But ini dah masuk more than 2 times and I should be mad and curious about this ok? Kisah nya begini ... sebelum ni , I've got message with somebody which is I don't ever know who is he/she yang tiba-tiba just message me and said to me --> Hye. Please remove your car. Bla Bla Bla. I just thought , maybe MAYBE orang tersilap hantar nombor ke apa tau. Like seriously , dah lah siap speaking Liverpool , lepas tu aku tak kenal kau , tiba-tiba mintak aku alih kereta? Hey Hey apa semua ni? Tapi masa tu I don't take it seriously sebab apa aku kisah T_T

But But just now , not now lah , tadi , time aku pergi ke Masjid Kristal just for snap some picture there's even hujan renyai-renyai gitu , dah lah time tu aku nak buang air kecil gituh sebab sejuk khenn.. Lepas tu , dapat caller from one number yang aku tak kenal jugak.. Oh Em Gey , kau nak tahu apa dia cakap ? Dia tak charutz aku tapi aku kembali angkat kening.

Aku : Halo?
Dia : Halo , boleh tak alihkan kereta.
Aku : Apa dia? *kening terangkat sambil muka kesejukkan*
Dia : Alihkan kereta. Tu kereta awak kan? *hoit , aku tak kenal kau sape , tanya aku pulak. lempang nak?*
Aku : Eh awak ni salah nombor ni?
Dia : Eh bukan dekat kereta awak , awak tepek nombor ni ke suruh telefon lepas yu halang kereta saya?
Aku : Eh silap nombor ni. Tapi kereta apa? *dah garu kepala even tangan dah nak melayang dah ni.*
Dia : Eh bukan ke? Kereta Wira.
Aku : Aku lesen memandu pun tak ada , apatah lagi kereta..
Dia : Tet Tet Tet...

Talian terputus lah nyoii. -__-' So now , I'm just a bit curious how come's with the same reason even not the same number just called or msg me tentang hal CAR , REMOVE? I'm pretty sure that somebody yang tahu nombor telefon bimbit aku ni , kasi dekat orang lain just to make it fun atau nak buat prank ke hape. HELL-O this is not a joke even funny ok? Aku tak paham betul lah meh. Ok , maybe aku a bit emosional , but aku geram lah meh. Sebab aku memang boleh agak , ini tak mungkin somebody just saja-saja tekan , or tersalah tekan. My phone number's is not a beautiful number such like 012 2112112 ke hape? Tak ok? Jadi , aku rasa memang ada orang yang betul rapat or someone yang knowing my phone number ni , saja-saja nak kena kan aku?

Hmmm , tadi memang hangin sangat. Nak snap picture for my sister pun tak ada mood tau? Dengan hujan nya. Dengan sejuk nya. Hailah ... if you want to do prank to me lah pun , tak payah bodoh biul sangat nak kena kan aku dengan alasan , remove car or apa-apa je lah pun ye? Ish , tak suka betul bila someone cuba nak kasi aku geram , marah macam ni tau? Benda tu tak apa benda nya pun. Tapi a bit worried lah kalau ada je yang main call macam ni kan? Ish.. korang korang rasa apa patut aku buat? T_T Please help me , need ur suggestion ASAP !!

Thx.

ini lah akibat nya bila tengah mengamuk menulis status di facebook.


Thursday, November 11, 2010

Perlu ke buat tajuk Kau Ada Mulut Aku Ada Tangan lagi?

Salam and Hello. Heh. Hari ni macam terlebih bengang. Sebelum tidur semalam and selepas bangun tidur ada je manusia yang suka kasi aku hangin berangin sampai kentut. Kalau berangin sebab tengah panas ok lah kot.Ini hati dah panas , bertambah pulak panas. Aku tak nak lah mencharutz je kerja. Seriously hari ni memang bengang sangat. Dah lama dah bengang even semangat pujangga yang telah lama aku cari dah kembali.But ada je yang cuba nak kasi aku bengang , geram , marah and apa-apa je lah kembali. HELL-O kau tak ada kerja ke nak menyakitkan hati orang lain nyah? Shetupido betul lah! Dah lah , mahu buat entry lain. Nanti lain pulak jadi nya entry kali ni T_T *beristighfar banyak-banyak*


Saturday, October 9, 2010

Ok , cuba untuk bersabar. *take a breath*

Salam and Hello. Okay , kesan hangin dan geram akibat handphone rosak masih lagi berterusan hari ini.Hati semakin panas dan bengang kerana handphone tak boleh digunakan dengan hati yang berbunga serta riang ria. Ok , I'm try to cool down and take a breath and yeah , hati semakin geram bukan makin ok. -__-' Terasa sangat geram dan rasa nak menangis je sekarang.Urgh , aku memang tak boleh bila handphone aku rosak. Rasa macam , okeh , susah nak tulis dekat sini , sebab all the times and words akan jadi macam ni --> #$%^^%$#$%^%# charutzz je reti kan! CHOYY! Okeh , tak nak mencharutz , tak nak panas hati and tak nak menangis. Rasa geram memang bertubi-tubi dalam hati ni. Sumpah aku memang macam hilang arah bila handphone aku rosak.Grggg. Okay , mungkin korg boleh kata , alah handphone je pun beli je lah baru. OKEH , bak sini duit korang kasi aku beli baru. Kalau duit ada depan mata , tak apa jugak suruh aku beli baru. Ini duit pun entah kemana. CHOYYY untuk kali yang keberapa. Sorry if post aku kali ni macam kurang sopan. But , aku memang tengah bengang gila. Dushh!


Friday, October 8, 2010

Entah apa je lah.

credit : inche Google.


Salam and Hello. Okay , hari ni seharian tak ada mood. Sebab nya my handphone tu kan dah rosak.Bukan lah rosak keseluruhan , but dekat bahagian ... eh kan aku dah cerita sebelum ni. Pergi lah ek baca balik. Sumpah tak ada mood. Memanglah gambar boleh save dalam phone. But , hailoh. Lain pulak feel nya sekarang.Sumpah tak ada mood.Nak menulis pun rasa macam ada-tak ada je mood.Ada je benda nak cerita.Tapi bila handphone aku tu buat hal , hailoh. Memang aku rasa macam huish. Tak best je. Memang ahh , Dee kasi pinjam kamera dia semua. But tak kan dia nak kasi pinjam sampai bila-bila kot T_T Huwaa , ai geram , ai moody and ai bengang. feeling sangat pujuk memujuk nak suruh beli phone baru , tapi nan hado dapat nya KEJIS okeh! Huwaa , tak ada benda nak tulis dah.Nnt haru pulak entry ni. =(


Friday, October 1, 2010

Ada duit Buang duit ...

Salam and Hello. Semenjak blog ni bertukar wajah dan bertukar hampir keseluruhan nya hati semakin berbunga-bunga dan terkinja-kinja nak mengupdate blog! Hailah , harap tak ada orang yang tahap nak muntah membaca , asyik aku update je kan? HAHA , gaya macam 1000 followers je kan? -__-' Ai redha , tak ramai followers. Haha. Tiba-tiba je feeling emo-temo itu. Heh! Anyway , banyak benda aku nak cerita , banyak benda aku nak tayang gambar raya aku itu dan ini , but yeah , I don't know how and when to start first. Nak letak kisah itu dulu ke? Nak letak gambar posing maut dulu ke? Eh? Konfius ai. Entah apa kejadah nya lah.Skill menulis macam dah turun sikit sejak dua menjak tak update blog sokmo. Hailah...

Anyway , dan macam melencong ke lain je tajuk dengan isi kan? Grgggg. I'm always like that uhh T_T Okay , alkisah nya , petang tadi. Aku syok tidur. Lepas tu bangun lepas paksa bangun. Heh. Then , dah bangun dari tidur , pakai spek mata aku tu ha. Yelah , aku kan rabun. Kuasa nak pakai contact lens semua. Aku ni bukan nya jenis yang cermat nak pakai contact lens semua. Heh , buat menyusahkan diri je. Eh? Merapu lagi. Then , aku pakai lah spek mata aku tu ha. Bila dah pakai semua.Aku rasa macam lain macam T_T Fine , aku ingat sebab aku kelam kabut nak keluar bilik semua , maybe aku pakai SECARA senget. But then. HUH! Setelah aku membesarkan mata dengan sebesarnya , heh , nampak sangat merapu. Fine , spek mata aku ada dalam lagi 10% ke 17% ke 9% nak patah dia punya bahagian tepi.. Grgggg T_T

Tu pasal aku kata , Ada duit Buang duit. Buang duit kalau beli beg Gucci ke , beg Coach ke , rela lah jugak. Ni buang duit sebab , spek mata menggedik nak patah pulak! Sajalah tu sabotaj ai yang baru kurangkan 1 tiket ke konsert Maher Zain sebab Aa cancel tak nak ikut kan? Hek elleh! Gedik betul lah , sengaja lah tu kan.. nak suruh duit ai habis ke benda lain T_T Dah lah petang tadi jugak (entah apa kejadah nya semu baru perasan time petang tadi. shiyot betul lah!) aku tengok handphone aku punya bateri macam semacam je. Sekali ada part yang macam tercabut lah pulak. Nampak tak gedik ? Nampak tak? Nampak sangat-sangat okeh? Eiii , rasa nak cekik Elmo Merah Menyala dengan Mata Terbeliak tu sebab semua barang aku macam nak menujukkan tanda-tanda nak ROSAK. Nak kena GANTI BARU? Ohhhhh , GEDIKKKK!!

Ai rasa macam nak nangis je. Kalau duit berkepuk satu guni tak apa jugak.Ini pun , macam apa je. Hailah. T_T Seriyes geram gila okeh? Adoilah , memang lah duit banyak nak kena keluar kalau macam ni T_T Nangisss sangat-sangat okeh?


Tuesday, September 14, 2010

Hias Sana Hias Sini.

Salam and Hello.Heyya! Entah pekenama , semangat apa ntah datang untuk aku hias segala jenis dalam blog aku ni. Entahlah. Macam tiba-tiba aku suka gila my new blog ni. Terasa different. Tak macam blog yang lama. Nak edit pun macam blank and blur je sokmo.Hailah. Betul lah , setiap kejadian mmg akan ada hikmah nya. Terasa happy dengan blog baru. Terasa keseronok kan pulak. Ngeeee :D Sekarang , dah tukar colour background , dekat bahagian tepi dah letak macam-macam. But , tak akan letak benda yang akan mengundang orang lain marah ye? Ngee. Sebab ini belog saya kan? Jadi aku hias blog aku ni dengan apa yang patut. Yang bukan milik aku , tak payah nak menggedik aku letak kan? Nanti orang kata aku mengada-ngada pulak kan? Heh! Dalam hidup memang macam ni kan? Ada masa kita kena beralah , ada masa kita akan menang. Oh yes , is that the thing's that I want to share and story with all of you? Heh, entahlah.
Okay,even aku rasa cukup bahagia dengan wajah baru belog aku yang aku rasa dah makin chantek.Tak apa lah kalau kau orang rasa tak chantek T_T Eh , ada orang baca ke belog aku ni :'( Apa-apa je lah. Aku macam ada something geram and bengang ok?



Tengok gambar di atas ye? Huwaaa , this is the actually my twitter gadget should be in my blog. Tapi kan , entah apakenama , tak menjadi langsung dekat my blog ni.Hailahh, stress jugak lah T_T Sebab I love the colour.Ngeh3x.Tu je kan?Tapi mood masih di tahap biasa-biasa.Ekekeke. Hailah , tak tahu dah nak buat macam mana ni.Nak bertukang menghias segala , memang sumpah tak larat. Esok means hari ni lah kan , nak pergi beraya rumah orang. Sebab semua dah datang beraya ,tak kan kita tak nak pergi beraya rumah orang kan? Itu memang tak patut ye? Kunjung mengunjung itu adab mulia okies? Ngeee :D So,berhenti bercerita.And go to the bed and sleeppppp T_T