Home

Showing posts with label gebata. Show all posts
Showing posts with label gebata. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Bertemu Kelorga Gebata.

Setelah sekian lama tidak bertemu dengan kelorga hangkut kesayangan Jijah iaitu Gebata , akhirnya semalam kami bertemu kembali setelah sekian lama tidak bertemu. Biasanya kalau bertemu , mesti orang tu ada , orang ni tak ada ataupun orang ni ada , orang tu pula tiada. Sadis kan? Meskipun semalam tak cukup ahli kelorga Gebata , tapi hampir kesemuanya ada. Memang terasa seronok sangat berkumpul kembali dengan mereka semua. Haruslah kan? 

Gebata ni memang tak ubah macam keluarga sendiri. Berborak semua bagai nak rak semua sampai masing-masing tak menyempat nak menyelit bercherita khen? Bila dah ketawa semua kalau boleh nak kasi gegar rumah orang sampai jiran sebelah dengan khen? Ekekeke. Tapi begitulah kelorga Gebata kesayangan Jijah. Sentiasa ada drama , sentiasa ada keriuhan dan kekecohan katanya! Hiks.

Jadi semalam punya semalam erkk sebenarnya tak dirancang langsung nak bertemu dengan semua ahli kelorga Gebata ni. Kebetulan nak pergi menjenguk rakan aku , Kekure (bukan nama sebenar ekekek kau mampooo tetibe ada ayat begitu? hahaha mati kena panah petir! panggg) yang tengah kurang sihat katanya. Jadi dah alang-alang melawat tu , gigih lah semua ahli kelorga Gebata datang bawa makanan , bawa perut juga yang pastinya muahaha untuk makan dekat rumah Kekure. Jijah kan sokmo eksaited kalau ada acara makan-makan. Memang Jijah yang kononnya nak jadi bibik dekat situ alih-alih menjadi orang pertama yang sibuk makan katanya. Memang tak gheti malu khen? Hahahah.

Bayangkan macam mana suasananya? Tambah lagi riuh bila Syafie Naswip (Ayie) pun join sekali dengan kitaorang. Siap bawa trofi kemenangan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2012 untuk weols posing-posing katanya! Masa Ayie menang hari itu , weols semua tak ada. Jadi masa kali ini lah weols nak feeling-feeling menang anugerah khen? Hiks. Jijah sebenarnya yang gigih catwalk ke hulu ke hilir dengan award tu sebenarnya. Dan masih belum terlambat untuk Jijah ucapkan Tahniah untuk Syafie Naswip diatas kemenangan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem tempoh hari. Ayie sememangnya memang layak untuk menang watak itu okes? Gegeh Jijah kasi ucapan gituh! Haruslah khen? Kata adik hangkut Syafie Naswip khen? Cepatttttt je mengaku khen?! *panggggg* Hahahaha.

Memang semalam lama juga kitaorang lepak-lepak dekat rumah kawan aku. Lagi tak menahan masa aku pergi rumah kawan aku , aku dah ghupe macam Dora The Explorer. Sebab banyak sangat barang bawak masa menuju ke rumah kawan aku. Kebetulan malam sebelum tu ada satu event aku join , jadi bila pergi ke rumah kawan aku tu , terus aje pergi tak balik rumah. Merasalah perfeeling anak perantau sesat di tengah kota walaupunnnn. Hahahaha.. Harus kawan aku baca statement dia lempang bertalu muka aku. Hahahah.. Iyerlah orang kasi direction , Jijah pi memandai tukar direction lain. Mujur masih selamat walafiat gituh. *nanges*

Bila sampai aje rumah kawan aku memang terus berguling atas lantai kan? Kata nak melawat orang sakit ? Tapi dah ghupe aku macam orang sakit sebab terlentang tergolek atas lantai khen? Hiks. Eh jom layan gambar uols. Ada beberapa keping gambar dari instagram kaka Nisa , kaka Koni dan juga abam Syafie Naswip. 




kelorga Gebata bersama trofi kemenangan Syafie Naswip.
hiks


Jijah dan Syafie Naswip. Sopan pula Jijah berposing tetibe.
keh keh keh.



kakak-kakak sayang!


gaya bebas. gaya kuak lentang tak sempat nak rakam.
tetibe kan kau Jah? hantar balik Myammar baru tahu. eh!


LOL


Raikan birthday Pawie dan kemenangan Ayie!


Bila DivaPora yang memegang award , memang terus terserlah aura kedivaan nya?
nampak tak? #sajatanya #eh

Suasana memang sangat meriah. Ikut kepenatan berganda memang tak mahu balik. Rasa nak tidur situ. Tapi tak ada pakaian untuk tidur, maka gigih pulang juga. Ayat paswah sangat nampaknya! Gituh lah kau Jijah! Lepas hampir seharian di rumah Kekure akhirnya Jijah pun melangkah pulang ke rumah katanya. Tak kan menyibuk nak bertapa rumah orang kot kan? Mahu kena tarbiyah dengan kelorga sendiri khen? Hiks!

Untuk Kekure tersayams semoga cepat sembuh. Nanti boleh berjimba ria bersama kelorga Gebata dekat tepi tasik pulak khen? Tehtap kau Jah dengan tepi tasik bagai khen? Hiks. Tapi sebelum mengakhiri entri ini yang panjang lebar katanya , nah terima lah sekeping gambar untuk tatapan korang semua. Projek filem Jijah dan Syafie Naswip untuk tahun 2013 nanti! Matilerrr! LOL :p



KL Sentral Aku Datang!

kau hengat kau Lisa Surihani Jijah nak perfeeling Istanbul Aku Datang Jijah? Jijah? Jijah? *pangggggg*

LOL!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, October 11, 2011

091011 - Bercanda Di Tepi Tasik? EH!

Setelah sekian lama merancang macam-macam untuk mengadakan makan-makan bersama kawan-kawan , akhirnya terlaksana jua Ahad lepas. Tak rancang pun untuk memilih tarikh yang cantik itu : 091011 dan pilih tarikh pun secara random setelah banyak kali memilih bersama-sama. Tempat pilihan aku apabila nak berpartayy eh opps adalah di Taman Tasik Titiwangsa. Hiks. Alhamdulillah , dapat juga berjumpa dengan Geng Gebata , Geng Buih dan Geng Al's. Almaklumlah aku ni banyak betul geng dan sebab banyak betul geng membuatkan aku sangat-sangat stress nak jemput-menjemput orang ni tau. Tak jemput pihak situ , nanti sentap , Tak jemput pihak sini nanti sentap. Dah jemput ada pulak yang tak datang , itu memang aku pulak yang sentap. Hahahahah. Tak adalah ,gurau aje. Ekekeke.

Alhamdulillah , aku sangat-sangat bersyukur sebab cuaca sangat baik Ahad lepas. Tak hujan langsung dan tak adalah panas terik. Cuaca sangat-sangat baik dan terasa sangat bersyukur. Aku agak gusar memandangkan beberapa hari sebelum majlis ini nak berlangsung boleh dikatakan setiap petang hujan. Hari Sabtu petang itu pun hujan kemain lebat dengan kilat , petir dan guruhkan? Sampai aku dah berkira-kira nak buat dekat rumah dah. Tapi Alhamdulillah , segalanya berjalan dengan lancar akhirnya.

Ahad lepas antara menu-menu yang disediakan , of course hasil air tangan Umi tersayang. Ahh sayang Umi ketat-ketat sebab sanggup buatkan Laksam Kelate terbaikkk punye dengan Nasi Kerabu terbaikkkk dari ladang. Eh eh. Hahaha. Lepas tu ada juga Karipap-Karipap Cinta dan Cocktail Buah-Buahan. Lagi istimewa bila kawan-kawan aku ni siap bawak makanan-makanan lain tau. Terharu meh :') Kak Fieza siap bawak rendang dengan agar-agar santan , Auntie Bunger bawak Sambal Udang terbaikk wehh , Nisa bawak Kek Batik dan Kak Arin bawak Puding Caramel yang memang yummeh jugak! Semua makanan-makanan memang sedap-sedap belaka gituew. Ngeee. 

Okeh tak mahu berceloteh banyak-banyak , jom tengok gambar ye. Pitamz nak mengedit gambar dan pilih mana yang terbaik uolzz. Hahahaha , paling penting jangan terkejut kalau ada gambar Anuar Zain ye. Itu retis jemputan yang sempat aku jemput memandangkan retis kesayangan tak dapat nak datang sebab shooting. Heh. *gelak guling-guling* Gambar memang tak akan ikut susunan sebab aku malas nak susun. Heh heh heh :P


Anuar Dini Zain dan Mama Waja. 

HAHAHA , Kaka Milo , agak-agak tersembur gelak tak tengok gambar ni? HAHAHAHA.




Nasi Kerabu Biru dan ulam-ulaman.

Tskk baru perasan gambar laksam tak snap pun :/


karipap cinta :P

karipap ini memang mendapat pujian dan menjadi kegemaran semua kawan-kawan aku.
ini Umi aku yang buat dan memang rasa dia sangat-sangat sedap. 

berminat nak tempah? boleh aje!

hantar order korang di jingliq1125@yahoo.com. nanti aku beritahu harga dia dan lain-lain di situ :)

aku tak main-main wokeyyy dan ini untuk serious buyer only ;)
nak main-main pergi playground. eh?!


Mama Waja ahaks! :P


Kaka Yieng *gtm* dan Kaka Emmy.


Kaka Ekah dan laksam.

the one and only gambar laksam yang sempat snap. boleh gitu? ahahah


kek batik from Kaka Nisa , sangat yummeh!



Kaka Yieng ahaha dengan album Rossa. 
lagu Raya pun ghasak dia dengar demi Ocha :P 
ahahaha.


tadaaaa , mak gule-gule ai dah sampai. lol.
kak fieza ;D


pehminat tegar Ocha! :D


sambal udang marvelesss!!!


puding caramel yang sedaaaap woo from Kaka Arin ;)


Memang happening sangat Ahad lepas sebab ramai-ramai berkumpul kan. Maka macam-macam cherita la boleh cotcetcotcet bersama kan? Hahahaha. Banyak benda kelakar yang kitaorang sibuk bergebang dan memang sangat-sangat happening. Sampai sekarang masih ada sisa-sisa ketawa bila tengok gambar-gambar tu balik. Hakhakhak. Adoii , ramai yang dah terbahak-bahak gelak sampai keras perut tengok gambar Abg Dini bertopengkan Anuar Zain sebab tak mahu identiti didedahkan katanya. Hahahahaha. Bayangkanlah masa aku mengedit gambar tu pun aku dah terketar-ketar tangan sebab sambil edit sambil gelak hahahah. Adoilaa.


Macam-macam cherita borak dari Ilmiah sampai ke Mengarut punya cherita pergi bergebang :P Tiba-tiba keluar cherita pasal Ustazah Pilihan... lepas tu tiba-tiba pasal drama Tahajjud Cinta then tiba-tiba keluar cherita gosip apa entah. Hahahaha , memang syok je kan :P Okay layan gambaaar lagi. Sorry entry ni overdose panjang dengan gambar-gambar :P



kekure , nur kolikoni ahahah , aku , kak arin dan nisa :')


calon-calon ustazah pilihan? auww! hahahah.



aku dan auntie ros.


kaka emmy dan aku :')


tak mampu nak berhenti gelak sampai keras perut tengok gambar ni. adoiii. 

mama waja , aku dan retis jemputan Anuar Dini Zain ! Kau mampooo?!! ahahaha


padahal ini lah retis sebenarnya khen?
ahahaha

syafie naswip dan aku.



kekure , aku dan hazeera ;)


heh tak ada kerja. kasut retis dan selipar aku. nangis!


cantik pulak tengok gambar ni. ahahah.


nisa dan aku ;)



pawie yang muka ala-ala azhanrani gitueww. ahaks ;)



mak gule-gule. ahahah ; kak fieza ;)

Ada cherita kelakar masa nak balik tu ha.Kak Fieza datang dekat kereta Ekah nak kasi souvenir dekat Ekah from Aussie.Lepas tu dia tanya dekat aku , nak tak? aku cakap nak la walaupun dah dapatkan?Lepas tu boleh Kak Fieza tanya lagi , korang berdua nak apa lagi?Kitaorang cakap semua benda kitaorang nak ahahaha.Then boleh Kak Fieza tanya beg yang isi barang ni nak tak?Mula-mula dua-dua geleng tak mahu. then bila Kak Fieza angkat tinggi sikit tulis Australia Terus Ekah bukak tingkap cakap nak nak nak! hakhak.Terus Kak Fieza cakap ; hamboii korang terus dibogelkan aku dengan hambik segala barang-barang aku. ahahahah. Choii sangat!!! Aduhai , terus nak tergelak bila ingat balik. Ekekekek.


spontan :P


Rouza , anak Auntie Ros dengan aku :)



driver of the dayyy ; Kaka Ekah :P


kami peminat setia Azwan Ali. *hamboi hamboi hamboi*

wakakakakaka :P

Woottzz , banyak betul gambar nya. Haruslah kan? Nak update puas-puas sebenarnya. Lepas ni memang dah malas nak update. Tapi kalau terdetik nak update , aku update je. Ekekeke. Semalam pun buat schedule update dan aku tak pergi blogwalking pun. Malas nak lepak depan laptop lama-lama. Nak edit gambar / kecik kan size gambar / letak watermark pun aku malas sebenarnya. Benda-benda yang berkaitan yang kena menghadap laptop memang aku malas betul nak hadap. Tapi kalau aku tak buat sekarang , tak kan nak buat sehari sebelum SPM kot? Itu memang CHOYYY!!

Sebelum aku noktahkan entry ini , aku ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih buat semua yang hadir pada Ahad lepas. Terima kasih buat geng buih ; Abg Dini dan Mama Waja, terharunya sanggup korang datang meredah tasik kan? Hahaha. Terima kasih buat geng Al's Nisa dan Kak Arin , terharu jugak siap bawak makanan dan kasi duit raya. Ekekekeke. Terima kasih buat geng GEBATA ; Kak Fieza , Kekure , Auntie Bunger , Koni , dan Kaka Ekah  especially sebab buat aku gelak tak henti-henti dan tehtap jugak dan juga untuk duit raya lagi. Hikhikhik. Terima kasih buat Bayieng , Kaka Emmy dan Kaka Hazeera sebab sudi datang memeriahkan majlis. Auww , terharu nya dengan korang ni. Ni nak sayang ketat-ketat ni. Terima kasih juga buat Syafie Naswip , Rouza , Pawie dan Imran yang datang jugak memeriahkan majlis. Ngeee. Dan tak lupa terima kasih untuk duit raya ye semua. Eh banyak nya duit raya ni? Ekekekek. Oh yes , Terima kasih juga buat Kak Ted yang siap kirim duit raya dekat Kekure. Oh terharunya saya. Ngeee. Haish , betul-betul terharu ni. Korang memang boleh buat aku nangis terharu ni. Ngehehehe. Tak lupa Terima Kasih sangat-sangat pada Kaka Ekah yang menjadi driver aku , babysitter aku wakakaka dan tukang hantar ambik aku. Ngeee. Pergh buat ucapan macam baru lepas menang rumah Banglo sepoloh tingkat aje kan? Hahahaha.

Last but not least , walaupun macam-macam rasa yang sedang aku rasai sekarang ini , tapi Alhamdulillah kehadiran kawan-kawan ini yang membuat aku tersenyum dan tertawa. Terima kasih kerana menceriakan hidup saya umpama saya menonton Astro Ceria. Eh? Buat yang tak dapat hadir , insyaAllah kita dapat jumpa lain kali ye , insyaAllah jika umur kita semua masih panjang. Amin :')





paling penting , Terima Kasih Ya Allah , kerana kau tidak turunkan hujan dikala aku mengadakan majlis di taman. Alhamdulillah :')


the best moment so far with them.
♡ them ! :')

How's your last weekend guys? And hari ini pun salah satu tarikh cantik kan? 11.10.11. oh tuhan how fast time flies. tsssk. another 34 days to go!! T____T

Terima kasih sudi baca entry ini :')


Friday, September 30, 2011

Apa Kesudahan Drama Stanza Cinta Lakonan Fizz Fairuz , Fatiya Latiff dan Aaron Aziz?

Ahad ini merupakan episod akhir drama berbentuk Islamik iaitu Stanza Cinta. Kalau korang perasan aku memang sudah menulis tentang drama Stanza Cinta tatkala drama itu belum di tayangkan. Aku juga ada membuat review tentang novel Stanza Cinta yang di hasilkan oleh Nurull Halawati dan memang drama ini di adaptasikan daripada novel tersebut.

Aku memang follow drama ini since episode pertama lagi dan siap download lagi tau setiap episode drama ni. Hihihi. Nampak tak gigih betul aku di situ? Tak nampak , ahh tak kisah lah. Haha. Aku tahu mesti ramai cakap drama ini biasa-biasa aje dan ada sesetengah pelakon di dalam itu berlakon err agak kayu begitu? Uwww , aku tak nafikan tentang itu , hikhikhik. Tapi apa yang aku suka tentang drama ini ialah mesej yang di sampaikan dalam drama itu katanya. Lagipun drama ini kan berbentu Islamik dan ada juga mesej-mesej dalam drama terkesan di dalam hati. Cuma itu lah , kadang-kadang drama ini macam laju betul jalan cerita dia. Tak gitu? Heh.


Jadi , Ahad ini merupakan episode terakhir dan aku sudah semesti nya tak sabar nak tahu apa kesudahan nya. Cehh , padahal sudah tahu pun apa yang akan terjadi nanti. Ngeee. Kalau sesiapa yang baca novel pun mungkin dah boleh agak apa yang bakal terjadi. Tambahan siapa tengok trailer untuk episode terakhir di TV3 pasti dah boleh agak apa yang akan terjadi. Uish , aku yang tengok pun dah sakan menjerit ok? Heh. Mesti Ahad nanti air mata mengalir dengan deras punya. Cehh , over betul kan? Ngeee.


Tak sangka dah sampai ke hujung pun drama ni. Dulu masa pergi tempat shooting Stanza Cinta , punya aku , geng aku dengan Fizz duduk mengira bila episode akhir. Ekekekek , sekali Ahad ni dah episode akhir? *peluh* Ehem , tadi ada check folder picture , ada sesetengah gambar tu tak tayang pun lagi dalam belog ni. Jom layan gambar!




sila cari apa persamaan Dua Hero Stanza Cinta ini yuolz?
ok tetibe.


baru lepas kena bebel dengan Fizz sebab nak ambik gambar muka dia yang ala-ala comel kelakar itu. wakakaka.

dah macam pakai kerongsang pulak aku letak watermark macam gitu. ekekekek. ampunn Fizz.


maintain hensem kan noks?
err.



rumah Taufik Imran. 
hiks.


masa ini kan ... masa ini kan ... aku punya tangan sangat menggigil.
dan aku ingat lagi aku ambik gambar pun terketar-ketar macam nampak hantu -____-'

kredit pic utk gambar Aaron yang jelas dan nyata :: Kak Fieza

Hahah , baru perasan banyak jugak gambar tak tepek lagi. Mesti kes aku menggigil hari tu sampai lupa nak tepek gambar banyak-banyak. Keh keh keh. Tahu tak kes menggigil aku? Tak baca lagi? Baca dekat SINI okeh tapi sila jangan gelak kan mek yang macam-macam kes waktu itu. Hakhakhak , aku pun malu nak baca sekali lagi weeeeh! -___-' 

Tak sabar sebenar nya nak menanti kan Ahad ini untuk menyaksikan episode akhir. Sebab aku pasti akan meleleh tengok episode akhir itu nanti. Aku pun meleleh air mata masa baca novel ending dia tahu? Boleh tahan emo jugak bila baca ending dia. Hiks. Jarang sebenar nya novel-novel yang boleh buat aku menangis , tetapi novel Stanza Cinta berjaya jugak buat aku menangis. Ngeee. Harap-harap drama dia nanti pun boleh kasi feel yang sama lah khen? Gitueww.

Ngeee terpanjang pulak entry kali ini. Eh bukan selalu ke panjang entry aku? Hahahahaha. Dah kata episode akhir kan Stanza Cinta? Baik aku tepek siap-siap gambar masa pergi tempat shooting hari tu. Kang aku letak lepas ni korang muak pulak. -____-' Eh ada lagi gambar yang tak tayang lagi. Jom tengok gambar-gambar ni sampai pitamz! Ceh.



kredit pic : Kaka Ekah.

surprised untuk aku kata Kaka Ekah dan Kak Fieza.

ngeh. Aaron kasi ucapan dalam novel Stanza Cinta aku.

hahahah , harus kalau aku ada anak nanti mesti pelik apasal pesanan Study Hard -.-' Iyelah beli novel zaman nak exam kan? macam gituew lah ucapan nak oii. eh feeling dah? -.-'


Woah , banyak pulak gambar kan? Takpe tak lari lagi tajuk. Masih lagi berkaitan Stanza Cinta dan aku tahu nanti orang akan komen gambar-gambar aje. Itu pasal aku malas nak tulis sangat. Keh keh keh. Btw , aku agak hangin jugak bila sesetengah orang tak rela kata nya tengok watak Irfan which is Aaron akan mati nanti , uiks , kantoii. Bagi aku kot iye awak peminat Aaron , terima aje lah apa ending nya nanti ye? Punya gigih Aaron suruh korang tengok drama itu tapi boleh nak hentak kaki sesetengah orang itu sebab watak Aaron bakal mati kata mereka. Mujur dah nak last episode baru nak di mati kan kot? Opps. Gigih jugak aku ambik video untuk Stanza Cinta TV3 yuolzz walau gigil-gigil nak pergi dekat Aaron. Hakhakhak *lempang*

Begitu lah. Apa-apa pun , Jangan Lupa Saksikan Episode Akhir Stanza Cinta di TV3 , Jam 9 Malam untuk saksikan kesudahan cinta 3 segi antara Irfan - Amni - Taufik nanti. Fuhh , gigih aku peromot ni wehhh. Ngeee. Ehem , korang pernah tengok Stanza Cinta? Aku? Tengok dan siap download lagi. Okbai.


last but not least.

gambar ni memang aku tak pernah tunjuk lagi dekat dalam belog.

ngeee selepas kejadian terhantuk kepala. choii.

jeles tak ? jeles tak? dah tak payah nak jeles. -.-'


p/s: aku try buat watermark sendiri yang baru. ngeee. tapi hasil dia sangat nan hado. kena belajar lagi dengan kaka Ayu la. ngeee. watermark kaka ayu yang di beri secara percuma itu akan aku guna jugak. ini saja menggedik nak letak butterfly bagai. choii sangat aku ni. -.- hiks.

p/s lagi :: kalau terasa tak suka dengan entry ini yang penuh dengan gambar Aaron Aziz ke , Fizz ke atau apa sahaja , please lah jangan baca. buat dosa kering aje menyindir aku dan mengumpat aku belakang aku kan? tak suka buat gaya tak suka ok? okbai.


Terima kasih sudi baca entry ini :)