Home

Showing posts with label belog. Show all posts
Showing posts with label belog. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

Nak Update Mana Dulu?

Suka sangat update lambat-lambat kan? Sekarang agak kelam kalibut tak tahu nak update yang mana satu kan? HAHAHAH , padan muka untuk diri sendiri -.-' Heh. Tapi ada sebab sebenarnya kenapa terlalu lambat update belog. Bukan sengaja mak enon tak nak update sebab sentap tak ada ramai pembaca ke apa , bukan, bukan. Tapi diri sendiri agak kurang sihat sejak dua menjak ini. Badan agak lemau sejak dua menjak ini. Mungkin kurang rehat dan mungkin juga cuaca yang tidak menentu menyebabkan diri ini semakin lemau. 

Sekarang pun tengah mengalami batuk tak berhenti sejak Rabu lepas. Hampir seminggu tak berkurang langsung batuk ni. Makin teruk ada lah kot batuk ni? Dah puas makan ubat , telan kicap + limau nipis , tapi hasilnya tetap sama. Batuk tak berhenti sampai semput kadang-kadang. Kalau nasib lagi tak baik , sampai tak boleh nak tidur. Maka terkebih-kebil menahan batuk kekdahnya. Sadis jugak lah. Haish. Lepas tu pulak gusi pun dah bengkak mungkin sebab asyik batuk jugak. Tapi agak-agak lah gusi ni kan? Bertambah sakit nak batuk kekdahnya sekarang ni. Sadis ganda kuasa dua. Sobs.

Eh , se-perenggan kau mengadu nasib diri dalam belog. HAHAHA. Tapi serious tak tahu nak update mana satu dulu. Korang nak yang mana satu dulu? Eceh. Kekonon ramai peminat belog dia nak suruh buat pilihan bagai kan? Kekonon lah kan. HAHAHA. Macam biasa , teaser gambar lah khen? Gituew.


ada apa dengan Aaron Aziz?

keh keh keh , tak menahan ayat atas tu.

Eh eh sekeping je gambar. Heh. Internet macam tak cukup laju nak upload gambar banyak-banyak. Pandai pulak internet ni sabotaj Jijah khen? Kowserrr sangat! So , ada yang tak sabar nak tunggu update Jijah tak? Perfeeling Hanis Zalikha pula statement khen? HAHAHA. 

Okay tunggu esok ada update baru. Bai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, February 28, 2013

Genap 200

Apa pula yang sudah genap 200 ini? Mesti ada yang tertanya-tanya bukan apabila membaca tajuk entri ini kan? Jijah memang suka buat mukadimah suspen begini. Baru terasa thrill gitu katanya. Walaupun macam ada orang kisah khen? Ahaks.

Entri kali ini bukan entri suspen jauh sekali entri thrill segala. Bukan , memang bukan. Entri kali ini sekadar untuk mengucapkan ribuan terima kasih untuk para pembaca belog picisan yang vogeh ini (tehtap kau tekan butang lif, masuk dalam lif konsepnya! hahaha) yang sudi untuk LIKE fanpage Cherita Emo-Temo. Meskipun jumlah bukan ribu riban tapi tetap rasa terharu daripada tak ada langsung orang LIKE katanya kan? Alhamdulillah. Sudah 200 ratus orang LIKE fanpage kitew. Syukur sangat-sangat. HEHE, walaupun dolo-dolo gigih jugak paksa rerakan dan teman rapat LIKE. Kata rerakan dan teman rapat , kalau tak LIKE putus kawan katanya? Gittuew duniawi kau Jijah! Hahahaha , gurau sajork!

Terima kasih sangat-sangat untuk korang yang sudi LIKE fanpage Cherita Emo-Temo. Terharu sangat-sangat dengan sokongan semua katanya. Ucapan mesti ada unsur-unsur artis menang anugerah ataupun unsur-unsur baru menang rantai berlian Habib Jawel hokkay? Baru sentiasa vogeh katanya! *dushhhh* Hahaha. Meski belog ini memang belog picisan yang hanya memaparkan kisah kehidupan Jijah yang super duper simple dan kadangkala di selang seli kan pula tentang aktiviti lagho dan jimba ria Jijah , masih tetap ada yang sudi membaca , memberi komen ataupun memerhati dari jauh. Mungkin ada di antara korang yang Jijah kenal dan tahu siapa korang itu atau mungkin juga Jijah tidak pernah kenal dan tahu , sangat-sangat Jijah terharu dengan korang semua okeh?


200 LIKE Cherita Emo-Temo di FB!

Jom LIKE! :D


HEHE , meski jumlah tak banyak seperti blogger-blogger lain , tapi Jijah tehtap hargai dan terharu sangat-sangat katanya. Hiks. Jijah memang sentiasa update fanpage Cherita Emo-Temo itu. Kadangkala untuk mengupdate gambar untuk event yang Jijah hadiri. Lagi pantas dari update dalam belog. Tehehehe. Mungkin kalau korang hendak melihat gambar-gambar boleh juga layari saja disitu dan LIKE yang paling pentingnya. LOL. 

Tapi tak kisah pun kalau korang nak LIKE atau tidak. Jijah buat pun untuk suka-suka. Sama juga seperti belog ini. Buat hanya untuk suka-suka, untuk berkongsi cherita, berkongsi rasa dan berkongsi gambar. Tidak lebih daripada itu. Andai ada yang suka membaca , alhamdulillah , Jijah turut rasa suka dengan perkhabaran tersebut. Andai ada yang kurang suka, Jijah tidak boleh berbuat apa-apa. Jijah tak mampu untuk mengikut citarasa semua orang. Lagipun Jijah menulis untuk suka-suka. Untuk menghilangkan rasa yang seribu rasa dalam diri dan jiwa.

Gittuew. 

Tidak dilupakan juga untuk pengikut belog picisan ini. 1027 pengikut Cherita Emo-Temo. Terima kasih banyak-banyak. Tak sangka belog picisan begini pun akan ada pengikut. Iyer saya tahu belog lain lagi banyak pengikutnya. Sekarang saya tengah cakap tentang belog saya bukan tentang belog mereka. Tetibe angin monsoon masa menulis ni kenapa Jijah? LOL! Biasalah Jijah sibuk nak feeling monolog dalam ketika menulis belog kekdahnya. Tapi sebenarnya tengah feeling nak merapu lettuew khen? Hiks. Sekali lagi terharu dan bersyukur. 

Belog Jijah memang sekadar belog picisan yang tak ada pun istimewa dimana-mana dalam setiap entrinya. Sekadar menulis mengikut rentak perasaan tatkala sedang mengetuk kibod katanya. Tak rajin nak update selalu meski ada macam-macam perkara nak berkongsi bersama korang-korang. Tak ada cerita yang hot macam orang-orang lain. Tapi harap nya mampu menggembirakan orang lain tatkala membacanya. Khen? Harap tidak ada yang tersentuh hati mahupun tersungging jiwa tatkala membaca setiap apa yang Jijah tulis. Mungkin tanpa sedar Jijah telah mematahkan seribu hati orang kan? Mungkin Jijah tak sengaja kerana mana mungkin Jijah sengaja hendak menyakiti hati orang lain kan? Perfeeling molia tetibe. Hahahaha..


Terima Kasih 1027 Pengikut Cherita Emo-Temo

*baling bunga Tulip setiap seorang*

Hiks. Sekali sekala membuat entri penghargaan katanya. Bila lagi entah nak buat entri macam ini pun tak tahu kan? Asyik malas memanjang nak mengupdate. Biasalah , kalau internet punya kelajuan macam siput , siapa yang rajin nak update belog kan? Hailah , internet pun tak boleh dibuat saing sungguh lah.

Saing = Kawan 

dialek Kelate ke KL katanya.

Tetibe ada segmen mari belajar dialek Kelate pula kan? Erhiks. Sekali sekala juga. InsyaAllah akan datang akan semakin banyak cherita basi yang bakal diupdate. Sekali sekala datang kegigihan memang penuh lah nanti belog ini dengan wajah Aaron Aziz katanya. Dah memang itu aktiviti lagho Jijah bila lapang kan? Ahaks. Tak lapang pun kena buat lapang jugak katanya. Nampak tak kegigihan Jijah disitu kan? Hiks.

Oh sudah menjadi makin panjang pula entri ini. HEHE. Sekali lagi terima kasih untuk semua yang sudi menjejakkan diri masuk ke dalam belog picisan ini. Tidak kira siapa pun korang. Yang menyukai entriku atau yang tidak menyukai entriku. Ku sungguh terharu dengan kegigihan masing-masing membaca dan menjadi pembaca senyap dari jauh. Ya, terima kasih untuk semua. Untuk yang membaca segala kemerapuan Jijah , kegeletisan Jijah , kegembiraan , ke-amarah-an ,kesedihan dan ke-emosi-an Jijah dalam belog picisan ini. Sudi juga menge-LIKE fanpage belog Cherita Emo-Temo di FB. Semua itu sungguh membuat Jijah terasa terharu dalam sudut kecil hati ini. Mungkin tanpa pembaca Jijah tidak akan segigih ini untuk mengetuk kibod dan menulis dengan penuh dramatik. Mungkin ya. Mungkin tidak. Okay dramatik juga entri ini. HEHE.

Terima kasih semua. Tanpa korang siapa lah #DivaPora kan? Eh ucapan menang anugerah sangat! Hahahaha. Okay enough of merapu semua ini. Mesti korang pun dah juling mata sambil tangan ke dada baca entri penuh perasan ini kan? Ahaks. Tapi sebelum itu, Jijah tahu korang sebenarnya rindu pada Jijah. Kan? Nah sekeping gambar Jijah khas untuk korang.


Rindu tak?

okbaiiiiii

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, October 23, 2012

Rezeki Akhir Oktober :: Akhirnya BE Muncul Kembali !

Sudah agak lama belog kesayangan sepi tanpa sebarang Buffered Earning atau lebih dikenali sebagai iaitu CPUV ( Campaign-Per-Unique-Visit) Campaigns. Boleh tahan berjanggut juga Jijah menanti kehadiran BE/CPUV yang baru ini. Tapi itulah kan , kalau ada rezeki maka insyaAllah ada lah kan rezekinya nanti. Kata Jijah dalam hati. Tetibe kau buat ayat novel ni kenapa Jijah? Hahahaha... 

Kekdahnya tadi masa tengok Nuffnang , macam terkejut jugak tengok nilai bertambah tiba-tiba. HEHE , Jijah baru saja cashout kan nilai pertama , agak berdebar-debar nak pegang cek pertama nanti. Tapi itu cerita lain , nilai tak seberapa tak usah nak bercerita. HEHE. Jadi bila tengok ada nilai bertambah selepas sebelum ini RM 0.00 , agak teruja lah kan? Siapa tak teruja bila duit itu datang dari usaha kita menulis, mengomel, merapu ini kan? HEHE , jadi bila tengok dapat BE/CPUV , harus rasa bersyukur yang amat.

Lagi bersyukur bukan satu BE/CPUV tapi alhamdulillah dapat dua terus sekali harung. Rezeki akhir Oktober kan? :) 


Thank You Astro On The Go :')

Thank You HP Printer :')

Thank You Nuffnang :')

Alhamdulillah , meski nilai tidak mencanak naik lagi tetapi insyaAllah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bersyukur sangat dengan rezeki ini. Iyerlah , sekarang ini memang Jijah cuma tumpu pada belog sahaja, jadi mestilah sangat berharap ada rezeki lebih sedikit melalui belog khen? Siapa yang tak mengharap kan? 

HEHE , cuma tak adalah sampai over gila mengejar duit semata-mata. Apa yang penting isi dalam belog tu nanti kan? InsyaAllah , selepas ini akan ada lagi update-update yang dah lama Jijah peram dalam draft itu kan? Hiks. Bila tengok ada BE/CPUV ini rasanya sangat sayang kalau ada masa terluang tapi tak digunakan untuk mengupdate belog kan? Dah alang-alang katanya. HEHE , apa-apa pun tujuan Jijah tulis ini bukan untuk menunjuk-nunjuk uols. Lagipun nilai bukan hebat mana pun. Cuma nak jadikan tatapan masa hadapan. Lagipun ini belog Jijah kan? Selagi tak bercanggah dengan apa-apa , haruslah tulis saja apa yang Jijah suka khen? Ekekekek.

Hiks. Semoga ada rezeki yang banyak lagi di masa akan datang untuk belog kesayangan ini. Juga Jijah doakan untuk korang juga ada rezeki untuk BE/CPUV ini. InsyaAllah. 

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, July 17, 2012

Am I Too Much?

Kita masing-masing ada kegemaran , begitu juga kebencian. Tetapi jangan kerana saya masih terlalu muda dan kamu sudah matang ( I hope so?! ) kamu mahu apa yang kamu rasa di mata kamu tidak elok kamu mahu saya menurut. Tolong lah! Kehidupan kita berbeza dan kita mempunyai kehidupan kita masing-masing. Cukuplah sekadar menegur dengan baik tetapi bukan dengan kasar. InsyaAllah , andai teguran itu baik , saya pasti akan mengikut. Tetapi bagaimana pula kalau saya merasakan teguran itu tidak logik dek akal? Awak ingat saya bodoh untuk membuta tuli menurut begitu sahaja?

Tolong lah! Get A Life. Please?

It's not an issue about siapa muda dan siapa tua. Cuma sekarang aku agak kecewa bila sesetengah orang tidak faham apa sahaja yang kita buat yang segalanya bagi mereka dianggap kita ini menunjuk-nunjuk atau bahasa omputihnya overexposed. Aku tak pernah sesekali menyangka segala perbuatan yang aku buat ada segelintir yang tersilap sangka. Entahlah. Mungkin bagi aku , tidak salah untuk menayang gambar makanan, gambar orang yang aku sayang , gambar orang yang aku minat , aktiviti yang aku suka dalam Cherita Emo-Temo. Tapi tidak pernah aku sangka ada juga yang kurang senang dengan perbuatan dan penulisan aku. Sobs.

Itulah hendak menjaga hati orang memang bukan senang. Kadang-kadang Jijah dah terlalu sangat menjaga hati orang sehingga terlupa hati dah berdenyut sakit dek kerana terlebih-lebih menjaga hati orang. Kesian hati saya :'( Sebelum Ramadhan muncul , aku mahu meluah disini terlebih dahulu. Aku ingin minta maaf pada semua kalau terasa segala yang aku tulis dan letak gambar itu membuatkan ada segelintir pihak tidak senang duduk dan melihat. Aku tak pernah menyangka bila kita menepek gambar dari milik kita pun ada yang marah dan membenci. Mungkin aku semua fikir semua orang berperangai macam aku. Tak kisah. Lantak kau lah. Gambar kau kan? Tapi aku silap. Sobs.

Again. I don't know , am I too much , overexposed everthing atau mereka sahaja yang tidak berpuas hati dengan apa yang kita buat? Aku keliru. Aku juga kecewa. Aku perlukan sokongan. Bukan cercaan , sindiran atau makian. Haih. Sentap hati mak noks! Itu dulu lah kan! Tapi risau juga kalau mungkin aku membuat keputusan drastik tidak memikir hati sendiri untuk menutup blog ini demi hendak menjaga hati semua pihak. Sanggup ke Jijah pun? Sobs lagi sekali. Dahulu aku beranggapan , mereka tidak faham. Aku seorang yang suka berkongsi gambar yang aku edit, segala cherita yang aku ingin kongsikan. Tapi setelah tahun demi tahun , aku tidak nampak perubahan terhadap mereka yang tidak senang duduk dengan segala cerita yang aku kongsikan di Cherita Emo-Temo ataupun perkongsian di Twitter. 

Aku pelik. Apa silap aku? Apa salah aku? Beritahu aku secara jujur, telus dan lembut. Aku sedia mendengar mahupun membaca. Tapi jika mahu menyindir, better you're not telling me. Aku benci orang menyindir. It's kind something yang annoying for me. Telling the truth is much better than kau menyindir dan mengamuk sakan ala-ala membabi buta. Biar sakit menerima hakikat daripada kau sakit kemudian yang duri luka tu akan meninggalkan parut terus. Hmmm. Again , Am I Too Much write this into my blog?  Dulu aku fikir , blog personal , blog sendiri lantak nak tulis apa pun. As long as I didn't write any sensitive issue , it's nevermind pun nak tulis apa pun. Again , I am wrong. :/ Dulu aku sangka selagi gambar itu milik aku , diambil oleh aku , tak akan ada sesiapa yang marah aku menayang. Again , I am wrong. Rupanya masih ada yang tidak senang duduk. Alahai! 

Dan sebenarnya Jijah tidak kisah orang menegur. Tetapi apabila orang menegur dengan cara yang kasar Jijah rasa kurang senang. Jijah terasa macam Jijah membuat silap yang besar , sangat besar! Tidak salah untuk orang tua menegur orang muda. Tidak juga salah orang muda memberi nasihat atau pandangan kepada orang yang lebih tua. Tak salah sebenarnya kalau kita sama-sama mengalah dan turunkan ego kita. Mana kita mahu meninggikan ego kita sehingga kita kehilangan orang yang kita sayang atau merendahkan ego kerana kita tahu orang itu akan kekal bersama kita tiap susah mahupun senang? Awak dah matang , awak boleh fikir kan? :)

Life is about to have each other. Bukan juga untuk kekasih atau mereka yang sudah berumah tangga. Tidak kira dengan kawan , adik beradik atau sesiapa sahaja. We're need each other. Bila ada bahu yang sudi menumpang ketika sedih , tangan yang sedia memimpin tatkala kita silap , telinga yang sedia menadah bila kita marah dan senyuman yang diberi tatkala kita gembira pasti kehidupan kita akan lebih bahagia bukan? Mungkin kita boleh hidup berseorangan but two is better than one


Life is About To Have Each Other. Really? am I right? 

credit gambar : pakcik Google.

Tiba-tiba Jijah sudah membebel mengenai kehidupan pula. I don't know why all of sudden terkeluar isu kehidupan. Aku memang begini. Suka menulis. Suka mencoret apa sahaja. Suka berkongsi gambar apa sahaja. Tapi sekarang aku terasa macam ada batas. Tidak bebas. Kenapa tidak mereka yang tidak puas hati itu buatkan sahaja blog untuk aku, Twitter untuk aku atau Facebook sekali untuk aku? Hah! Masa tu boleh sahaja awak buat apa yang awak mahu. Tak begitu?

Jijah bukan hangen tak tentu hala. Benda ni dah lama Jijah tulis dan padam untuk publish dalam belog. Jijah pun tak kuasa nak update perkara yang emo-temo walaupun nama belog emo-temo kan? Mungkin kalau zaman sekolah dahulu Jijah mungkin every time sentap dan mengamuk tak tentu akan update sedemikian rupa. But when I'm turn on 18 years old , tak ada guna dan makna lagi nak update kisah sedih sahaja kan? Begitulah. Life is not easy but it'll be more easier when we have each other okay? Tak habis-habis Jijah dengan each other tu tau! Hahahahah. 

Rasanya macam dah sekian lama Jijah tak update dalam kadar panjang yang macam ini kan? Selalu ringkas sangat! Gambar penuh. Isi kurang kan? Errr ke Jijah saja yang perasan macam tu? HEHE. Maybe, that's only my feeling walaupun sebenarnya? Entri aku panjang berjela sangat-sangat kan! Haih , bila tengah geram , kadang-kadang dah tak tahu nak rasa apa dah okay?! Huish. Jijah mohon sangat-sangat , jangan lah ada yang beranggapan apa sahaja yang Jijah kongsikan korang ingat itu adalah overexposed. Jangan sesekali beranggapan begitu. Sedih hati Jijah. Kalau ada yang kurang senang , Jijah juga yang rasa sadis. Atau ini bermakna Jijah perlu menjaga lagi hati mereka walaupun mereka dengan sewenang-wenangnya tidak pernah sedetik pun mahu menjaga hati Jijah? Sadis.

Maafkan aku kalau ada yang kurang senang dengan entri ini. Aku pun sedih juga apabila ada yang berperasaan begini. Sedih bukan bila ada orang yang kurang senang dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang kita ingin kongsikan? Tak kan hanya mahu aura kemarahan, aura kesedihan sahaja dikongsikan bersama? Aiyoooo! Paswah sangat kalau macam itu tau! Jijah tak pasal-pasal menulis dengan kadar yang begitu panjang dan sangat emo! Errr, macam kurang emo but still. Heh.

Anyway terima kasih kepada yang sudi membaca setiap entri-entri Jijah. Jijah sangat terharu bila ada yang membaca meskipun hanya pembaca senyap. Mungkin kadangkala I need your comment bila perlu. Jangan malu-malu tinggalkan komen dalam kotak komen. Jijah tak ada makna nak sentap-sentap ni. Katanya! Hmmm kepada yang kurang selesa ataupun kurang berkenan , Jijah harap dah tak perlu kot berfikiran macam itu? Kita masing-masing ada kehidupan. Aku respect kau dan aku rasa selagi apa yang aku buat tak salah , why not kau respect aku kan? Atau sebenarnya korang rasa apa sahaja yang aku tulis dalam Cherita Emo-Temo ini korang rasa memang overexposed dan melampaui batas isi kandungan nya?  Hmmmm , dilema tiba-tiba!

Hah! Entri ini dah jadi panjang berjela! Dah penuh dengan macam-macam warna dah macam orang buat nota! Hah! Aku cuma meluah perkara yang aku tak suka menyerabutkan kepala otak aku kemudian. Aku tak suka benda kecil macam ini pun ada yang tak selesa lah, tak suka lah dan itu ini. Mungkin pada korang ini isu kecil. Tapi kecil-kecil lama-lama jadi besar , siapa juga yang susah kan? Sobs. Itulah , selepas ini aku memang akan tetap update seperti mana aku sebelum ini. Awak selesa atau tidak , itu suka hati awak. Saya sudah banyak menjaga hati awak. Pesan saya , get a life please? Errrr.

Sekali lagi Jijah minta maaf andai ada yang terasa hati dengan entri kali ini. I need to be honest what I am feel. Sudah terlalu banyak saya menjaga hati awak , tak kan setelah sekian lama baru hari ini saya meluah ada yang nak sentap kot? Mana adil begitu kan? Errr. Tak apa lah , kalau awak tetap beranggapan yang saya ni overexposed , saya tak boleh nak mengubah apa-apa sebab awak pun sudah matang sepatutnya. Awak lebih tahu apa yang betul dan apa yang tidak bukan? Saya yang masih belajar tentang kehidupan akan semat segala apa yang terjadi ini sebagai pelajaran dalam kehidupan saya. Terima kasih untuk kamu...kamu...kamu...yang sudi membaca entri yang panjang lebar ini. Err yang hanya scroll down bawah tanpa membaca pun terima kasih juga. Saya sangat menghargai kalian yang rajin membaca belog picisan saya ini! Begitulah. Panjang lebar menulis , terus terasa lenguh jari jemari tembun ini. Anyway sebelum aku titik-kan noktah untuk entri panjang berjela ini , I found this picture on my facebook. Heh.


Get It? LOL ! :p

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Monday, May 14, 2012

Jijah Diva Yang Cerewet?

Hamboi , tajuk mengundang kontroversi atau mengundang heel ke muka ni Jijah oi? HAHAHA. Sebenarnya tengah rajin sungguh nak update dan bila datang kerajinan itu haruslah update apa yang patut kan? Aku sebenarnya sedang gigih membuat schedule post untuk minggu ini. Rajin kan? Eceh , angkat bakul sendiri pula tetibe kan? HEHE. Tajuk entry ini sebenarnya nak menerangkan sesuatu kepada korang. Tentang cerewet betul Jijah untuk sesetengah benda ni. Terutama bila nak mengedit belog kesayangan mahupun untuk mengedit gambar. 

Sekarang macam dah tahu kenapa Jijah sangat malas untuk mengupdate apa-apa sahaja dalam belog ini dan hanya aktif di laman sosial lain seperti Twitter (I'm a Twitterholic hokkay!) ataupun Facebook. Jijah rasa antara faktor yang menyumbang kuat kemalasan itu ialah apabila belog Jijah mempunyai layout yang sangat sendu dan faktor warna yang suram. Hah, mampooo tetibe mencerca belog sendiri kan? Ekekekeke. Jijah sebenarnya memang dah lama betul berhajat nak tukar layout. Gigih godek-godek di enjin carian Google untuk mencari mana-mana layout yang bersesuai tapi seperti biasa , hampa!


ini betul-betul hampa!
hampa! hampa! hampa!
*pang*

credit picture : Google

Lepas asyik tidak ada yang bersesuai sahaja , lantas Jijah pun jadi malas nak meneruskan pencarian. Ada yang cantik tapi perlu bayar. Yes sometimes untuk mendapatkan sesuatu yang memuaskan hati kita memang kita pun kena la juga berusaha untuk keluarkan sedikit duit kan? Tapi dengan status Jijah sebagai penganggur terhormat , rasanya masih tidak perlu untuk segigih itu hanya semata-mata mahu puaskan hati sendiri. HEHE. Tadi pula entah angin mana pula yang menyambar diri ini sehinggakan Jijah sungguh gigih mengedit sana dan sini tapi masih menggunakan blogspot punya template. Jijah tak kisah macam mana ringkas pun template dan layout belog Jijah as long as nampak kemas , cantik dan menyenangkan semua pihak. Mungkin Jijah tak mampu nak puaskan hati semua pihak tapi untuk hati Jijah sudah cukup berkenan di hati dah ni. Ekekekek.

Ehem. So untuk korang pula rasa bagaimana? Okay atau rasa macam haramjadah sangat template ni? NANGES. HAHAHA. Jijah masih tak ada idea untuk buat new header , nanti bila semangat ber-photoshop pula datang , siap sedia lah! Setiap minggu tukar header baru! Erk?! HAHA. Tapi memang teringin juga untuk tukar header nanti. Tapi Tapi Tapi *dush* bukan sekarang lah ye. Sebab sekarang cuma nak publishkan dulu cherita-cherita yang dah lama betul berhajat nak update tapi tergendala gara-gara hilang mood lah , ada problem dengan internet lah , internet lembap , kesibukan hakiki lah dan macam-macam lagi kan? Tak kisahlah kalau korang rasa itu cherita yang sudah basi atau berkulat sekalipun. Apa yang penting Jijah mahu titipkan dalam belog kesayangan sebagai sebuah kenangan gituew! :p

Oh ya soon , mungkin kalau tak ada aral melintang Jijah mahu buat iklan berbayar dalam Cherita Emo-Temo , ada sesiapa yang berminat? HEHE, belog picisan pun sibuk nak letak iklan berbayar kan? Macam lah belog awak tu banyak orang masuk baca kan Jijah? *nanges* Hehe , insyaAllah , itu dalam perancangan Jijah sajork. Jijah masih tak pasti mahu buat atau tidak. Jika ada respon yang menggalakkan , tidak teragak-agak untuk Jijah membuat ruang iklan berbayar itu. HEHE. 

Terlebih gigih pula update entry banyak-banyak kan? Sekali sekala datang angin gigih macam ini pun syok juga. Lepas ini pun harap-harap masih lagi gigih untuk update entry banyak kali dalam sehari. Suka betul tengok sesetengah blogger yang sangat gigih update new entry setiap hari dan tidak menghairankan lah bila hasil Nuffnang mereka sangat menakjubkan. Harap-harap Jijah pun mampooo menggigihkan diri selepas ini untuk mendapat hasil yang menakjubkan juga. HEHE , berangan tak salah kan? Lagipun hasil ini boleh lah Jijah guna untuk keperluan diri khen? Asyik lagho kan diri sajork! Sekali sekala buat lah juga aktiviti berfaedah yang menguntungkan lagi kannnn? HAHA.

Begitu lah Jijah. Nak cherita lain dengan tajuk Diva kemain , alih-alih isi dia macam-macam tapi masih belum lari dari landasan rasanya. HIHIHI. Dah lama Jijah tak menulis ala-ala syok sendiri angkat bakul puji belog sendiri macam gini. Selalu asyik tulis tentang dramatik Jijah sahaja kan? Hiks. Apa-apa pun , esok Jijah akan sedaya upaya untuk menyambung edit gambar untuk entry basi ABPBH2011. Iyer , Jijah masih belum habis meng-edit gambar antara punca malas betul untuk update entry basi ini. Kalau tak update rasa macam tak best pula. Dah separuh jalan dah pun kan? Hiks. 

Seperti biasa. Entry memang panjang. Sarat juga barangkali? Bila agaknya Jijah reti nak menulis secara ringkas tapi padat ye? Macam tak mampu nak terlaksana saja je? HEHEH. Tak kisahlah , janji korang tak rasa mengantuk masa baca entry ini sudaaaaaah. -___-' Okbaiiii.


gambar tak ada kena mengena but I miss this girl in this picture!
I miss you Dee M!
:(

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Saturday, January 29, 2011

Maher Zain lagi. Ini bukan jawapan TEKA TEKI semalam.


bideo yutube ini dirakam oleh IjahEmoTemo secara sembunyi sembunyian. mueheheh

Dah lama nak kongsi video ini dekat dalam belog ini. Tetapi kesuntukkan masa membuatkan aku lagi suka update pasal benda lain. Video ni merupakan video yang Awisy akan tanya aku ala-ala macam ni " Ijah mana InsyaAllah?" , maka aku pun akan tunjuk video ini. Alah si kenit tu sekejap je teruja tengok video ni , maklumlah ada suara bangau aku dalam tu. Itu yang dia lari cepat-cepat agak nya sambung tengok kartun. sob sob , sampai hati kau dolah! Eh!

Mentang-mentang Maher Zain nak datang sini balik siap buat konsert dekat Stadium Melawati dan aku tak boleh nak attend dan aku pun tak nak pergi pun sebab harga tiket agak mahal dan aku tak pun pokai nak bayar duit tiket dengan hape kan? Lagipun last year dah dapat pergi kan , so tak kisah tak dapat pergi this year. Huhuhuh.

Oh ya , itu video InsyaAllah daripada Maher Zain untuk Showcase di MBSA , Shah Alam. Kalau rindu-rindu nak feeling macam tengok konsert Maher Zain , mula lah aku terkedek-kedek cari folder Maher Zain , bukan Anuar Zain ye Awisy , ekekeke. Lepas tu dengar sampai pitamz. Ehiks! Oh ya , sebenar nya hati tengah celaru macam tak reti reti nak buat benda lain selain menghadap belog dengan harapan dapat tukar layout baru. Agak jealous tengok sesetengah bloggers punya layout yang seriyesli simple cantik and aku pun nak jugak macam tu. Dekat mana eh korang dapat layout cun macam tu? Nangis tragis kejap ai sebab tak dapat cari layout yang sesuai dengan hati ai ini. *nangis*

Eheh. Jadi , happy weekend yuols! ^__^