Home

Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

Tuesday, November 24, 2015

Gegar Vaganza 2015 : Kawalan Pihak Astro Tidak Rapi?

Ahad lepas Jijah telah berpeluang dan berkesempatan untuk menonton Gegar Vaganza secara live di Auditorium MBSA , Shah Alam. Boleh dikatakan hampir setiap minggu Jijah menyokong Gegar Vaganza di rumah sahaja. Semenjak sudah bekerja ini , diri sendiri sudah tidak berapa gigih untuk melagho ke tempat seperti itu. Bukan apa , biasanya bila event ini berlangsung perlu hadir lebih awal daripada biasa dan pulang ke rumah pula lambat. Kalau dahulu kala , mungkin Jijah tidak kisah untuk pulang lambat. Namun semenjak bekerja waktu tidur adalah waktu paling bernilai katanya! Kikiki.



Berbalik kepada tajuk entri ini. Benarkah kawalan pihak Astro tidak rapi pada Gegar Vaganza tempoh hari? Kenapa Jijah tulis seberani begini ? Apa yang membuatkan Jijah berani untuk menulis begini?

Sebenarnya Jijah hadir tempoh hari ke Gegar Vaganza selain daripada untuk menyokong para artis yang bertanding , Jijah turut ingin merasai menonton secara live di Auditorium MBSA. Namun demikian ada beberapa perkara yang membuatkan Jijah sedikit kecewa dan sadis sebelum memasuki ke Auditorium MBSA.

Apakah?

Seperti biasa , tiap kali event yang melibatkan program rancangan realiti mahupun anugerah , para peminat biasanya diarahkan untuk beratur mengikut kumpulan tiket mana yang mereka wakili. Contohnya , sekiranya korang peminat Siti Nordiana , silalah beratur dengan jayanya bersama FC Siti Nordiana. Sekiranya korang peminat Nassier Wahab , jangan pula mengada beratur dekat barisan pemiant Haiza. Nak kena lepuk ke? HAHAHAHA. Tak , itu sekadar contoh sahaja. Kalau nak berdegil beratur mengikut rerakan yang korang suka , itu terpulanglah. Nanti Dollah Cantek piat telinga korang , jangan mengadu pulak. HAHAHAAH , ampun Dollah Cantek hahahaahahah.

Namun demikian , keadaan menjadi sebaliknya tempoh hari. Mengikut pengamatan Jijah , keadaan menjadi sedikit huru-hara apabila pintu masuk ke Auditorium dibuka sedikit lambat. Di situ menyebabkan penonton serta fans yang hadir agak kepincangan serta kepanasan menanti pintu dibuka. Iyelah , datang sejak pukul 5 petang dan beratur pula sejak pukul 7 namun masuk hanya pada pukul 8.15 malam. Itu semua tidak menjadi masalah sebenarnya. Kalau korang yang pernah menghadiri event sedemikian pasti tahu itu adalah procedure biasa. Cuma yang membuat Jijah cukup kecewa apabila pihak Astro tidak cuba untuk menyuruh para peminat beratur dengan elok. Bila itu terjadi , keadaan menjadi cukup sesak dan melemaskan apabila kesemuanya menyempitkan diri serta menghimpit antara satu sama lain dek kerana semua ingin menjadi orang pertama yang masuk. Masa itu hehampir saja Jijah hendak mencubit ketiak memasing kerana gagal beratur dengan elok. Nanti orang kata Jijah ni cikgu disiplin pula! Kahkahkah.

Sekiranya pihak Astro cuba untuk meleraikan keadaan dengan menyuruh para peminat ini beratur dengan elok , pasti keadaan menjadi lebih tenang dan tenteram. Walau bagaimanapun , Jijah tahu bila terlalu ramai peminat yang mungkin sedang excited untuk menonton menjadikan keadaan yang tidak sepatutnya terjadi. Cuma nasihat Jijah , untuk kali lain juga mungkin untuk di event lain , pihak Astro perlu masuk campur dan meleraikan keadaan menjadi lebih tenang. Kesian Jijah melihat pihak RELA pula yang berpeluh melihat peel para peminat yang terlebih excited begini.

Bila Jijah memberi komen bukan untuk menghentam namun untuk memastikan di lain kali tidak terjadi lagi keadaan seperti ini. Kerana bagi Jijah di luar Auditorium juga tetap menjadi tanggungjawab Astro untuk memastikan event ini tidak hanya berjaya di kaca tv mendapat trending worldwide di Twitter tetapi turut berjaya keseluruhannya termasuk kawalan keluar dan masuk peminat. Tak begitu?

Selain itu , Jijah merasakan para peminat juga perlu menyusun atur barisan kelompok masing-masing dengan baik. Faham , bukan senang semua itu. Namun kalau asyik diberikan alasan , bila hendak menjadi lebih baik bukan? Keadaan yang sepatutnya menjadi tenang menjadi sesak apabila para peminat tidak berada di dalam satu kelompok. Kemudian yang paling menyedihkan apabila saat pintu masuk dibuka , keadaan menjadi lagi huru hara apabila para peminat berasak-asak menolak masuk bagai ada todak menyerang di belakang mereka. Aduhaiiii! 

Jijah faham , semua orang excited! Namun janganlah sampai boleh mencederakan orang lain. Andaikata ada yang jatuh tergolek , terpijak kaki malah mungkin ada yang pengsan dek kerana diasak dengan begitu , adakah kita berasa gembira dan seronok? Pastinya tidak , bukan? Jadi tolonglah , jangan lah berperangai begitu. Takkan lari tempat duduk di dalam Auditorium MBSA sehingga perlu berasak-asak begitu. Bukan apa , Jijah lihat ada bermacam peringkat umur yang hadir pada malam tersebut. Kebarangkalian yang tidak diingini boleh berlaku andai para peminat sendiri tidak mengawal diri sendiri. Mungkin juga pihak Astro perlu mengambil kira perkara ini juga. Pastinya pihak Astro juga tidak mahu dikecam kerana gagal memberi sesuatu yang terbaik bukan?

Begitulah komen Jijah yang agak berdukacita dengan keadaan yang sedikit tidak terkawal. Mungkin nasib Jijah sedikit tidak baik kerana hadir pada malam tersebut yang sedikit tidak terkawal, tapi tak mengapalah , bila kita menegur bukan bermakna kita tidak menyokong bukan? Itu bermakna kita sayang dan mahu menjadikan ia lebih baik dari sebelum ini. Secara menyeluruh , Gegar Vaganza tetap terbaik tatkala siaran langsung diadakan. Cuma kawalan ketika sebelum masuk juga semasa hendak masuk perlu diperbaiki lagi agar sebarang kejadian yang tidak diingini tidak berlaku.

Mohon Astro tidak mengecam Jijah kembali atas teguran ringkas ini. Ataupun merampas piring Astro yang berada di atas atap rumah Jijah. Nanti macam mana nak menyokong dan menonton Gegar Vaganza lagi? Takkan nak menumpang tengok dekat rumah Dato' Vida pulak? NANGISSSS! Hahahahahah.. Just my two cents! And I am looking forward to see the improvement from Astro and Gegar Vaganza team! Muahciked!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Friday, May 17, 2013

OST Drama Dahlia & Drama Dahlia Yang Mencengkam Perasaan. Oh No!

Jijah memang hantu drama tak kira ada pelakon favourite dalam drama tersebut atau tidak. Tapi kalau ada pelakon kegemaran kita , itu satu penyebab untuk kita terus stick dan follow drama tersebut lah khennn? Hihihi. Sekarang Jijah sibuk layan drama di Mustika HD yang menggantikan Sehangat Asmara iaitu Dahlia. Jujur Jijah cakap , pada mulanya Jijah tidak berapa berminat untuk follow drama tersebut. Tapi Jijah lagi berminat dengan OST drama Dahlia ini. 


Mungkin kerana tiada hero-heroin favourite Jijah dalam drama Dahlia menjadikan Jijah agak malas untuk menonton drama ini. HEHE , my bad! Dahlia dilakonkan oleh Dira Abu Zahar , Hans Isaac , Faizal Hussein dan ramai lagi pelakon lain yang berbakat. Dahlia disiarkan ekslusif di Mustika HD setiap hari Isnin - Rabu jam 10 malam. Serius cakap masa mula tahu tentang drama Dahlia ni , memang dalam hati kononnya cakap macam biasa je kot drama Dahlia ni. MACAM lah sangat kan. Sekali bila berpeluang menonton masa episode 7 atau 8 Jijah pun tak ingat , Jijah terpaku dengan lakonan Dira. Jujur cakap Dira memang berlakon dengan sepenuh perasaan dalam Dahlia ni.

Siapa yang menonton Dahlia pasti faham kenapa Jijah cakap begini. Memang bila menonton Dahlia hati terasa bagai dirobek-robek dengan pisau seolah-olahnya lah kan. Memang feel habis terutama bila Dira menangis beriya-iya dan bergaduh dengan Razman. Itu belum lagi bila masuk part anak-anak Dahlia dan Razman. Itu lagi merobek jiwa dan perasaan mengenangkan anak-anak mereka. Hah, nampak tak Jijah punya robekan jiwa ini? Gittuew.

Tapi serius bila tengok lakonan Dira dalam Dahlia memang kau akan rasa apa yang Dahlia rasa. Memang mulut pun tak henti-henti nak cecharutz si Razman dan kawan baik Dahlia tu. HAHA , memang hangin betul aku bila tengok Dahlia ni tau! Stwess kiteww! Terus hilang seri awet muda kita duk berangin sakan. Ekekeke. 

Okay berhenti mengamuk gewam-gewam. Mari tengok gambar yang Jijah jumpa dari Google Image. Terima kasih kepada tuan milik punya gambar.









Gegeh tak Jijah tepek menepek gambar semua ni khennnn? Saja nak kasi korang mood supaya korang pun akan menonton dan turut beremosi sama macam Jijah juga. Kikikiki. Mohtif ajak orang buat perkara negative nak suruh beremosi bagai? HAHAH. Tak adalah , Jijah nak ajak korang menonton sebuah drama yang Jijah rasa memang sarat dengan emosi yang ditanggung oleh seorang wanita dan tak boleh dinafikan drama ni bagus juga sebenarnya. Bukan sekadar hiburan semata-mata. Tapi sebenarnya seolah-oleh memberitahu realiti kehidupan zaman sekarang juga.

Sedikit sinopsis untuk korang baca.

Drama yang mengisahkan seorang wanita bernama Dahlia(Dira) yang terpaksa hidup bersama suaminya Razman (Hans) yang berlaku curang. Dahlia akhirnya tekad untuk bercerai dan membina hidup baru. Penceraian Razman dan Dahlia adalah adalah disebabkan desakan Haliza iaitu teman wanita Razman. Setelah bercerai, Dahlia bertemu dengan seorang ahli korporat yang baik hati bernama Fuad. Fuad banyak menjadi pendorong kepada Dahlia yang telah ditipu oleh bekas suaminya.
kredit sinopsis : SINI 

Sadiskan bila baca sinopsis drama Dahlia ni kan uols? Memang sadis. Bertambah sadis bila tengok lakonan Dira sangat-sangat merentap perasaan sendiri seolah-olah macam aiols yang jadi Dahlia. Auwchh , drama queen sangat Jijah ni khennn? HAHAHA. Zaman sekarang bukan mudah nak percaya semua orang. Kawan baik pun boleh tikam belakang kita kalau kita tak berhati-hati. Juga pandai Raja Ilya kalau tak silap namanya yang melakonkan watak kawan baik Dahlia iaitu Haliza berlakon. Dia punya manis depan Dahlia memang manis sampai kentut pun Dahlia bau manis kot. Ekekek. Tapi dia punya kejam sanggup merampas suami Dahlia sampai rasa nak bebaling bantal tengok scene Haliza ni tau. Hah , punyalah beremosi. Gittuew.

Tadi Jijah ada bagitahu kan yang Jijah pada mulanya berminat dengan OST Dahlia sebenarnya. Memang kalau korang yang suka dengar lagu jiwang yang merobek jiwa dan perasaan macam Jijah mesti korang suka OST Dahlia. HEHE. OST Dahlia dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah. Lagu dan lirik jika Jijah tidak silap dihasilkan oleh Manusia Putih. Heee, kalau Manusia Putih yang buat , memang selalu sedap lagu-lagunya. Memang feeling habis bila dengar Dayang Nurfaizah nyanyi serta lirik yang begitu mencengkam perasaan serta merobek jiwa Jijah. Kerlastttt sangat ayat kali ni khen? HAHAH.

Jom dengar uols? HEHE.





Dengarkan bisikan kalbu ku
Sungguh besar mencintaimu
Rasakan, rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera

[*] Mencintaimu menyayangimu
Merindukanmu seumur hidupku
Tuhan kuatkanlah hati ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri
Walau pedih ini sungguh perit
Akan ku relakan asalkan dia bahagia

Rasakan, rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera

Repeat [*]
Tuhan kuatkanlah hati ini
Asalkan dia bahagia
Asalkan dia bahagia

HEHE , memang emosi sungguh tengok drama Dahlia dan mendengar sekali OST Dahlia ini. Memang dah lama tak menonton drama dengan penuh perasaan begini. Memang tak boleh dinafikan lakonan Dira dalam Dahlia sangat menerujakan perasaan Jijah melihat Dira all-out luahkan perasaan dia sebagai Dahlia. Pasti bukan mudah untuk membawa watak Dahlia! Konpem! Dan bagi Jijah setakat episode terkini , Dira berjaya membawa watak Dahlia dengan jayanya! Hihihi.

So ada tak yang follow drama Dahlia ini juga? Ada juga tak yang berkecamuk perasaan bila menonton Dahlia macam Jijah? keh keh keh.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, January 21, 2013

Jangan Lupa Menonton Sehangat Asmara Lakonan Adi Putra & Rita Rudaini Ekslusif di Mustika HD Setiap Isnin - Rabu Jam 10 Malam!

Berakhirnya drama bersiri Adam Dan Hawa yang mencetuskan fenomenanya yang tersendiri, bermakna bakal bermula pula fenomena drama yang juga diadaptasi dari sebuah novel dari penulis yang sama , Aisya Sofea iaitu Sehangat Asmara. Sehangat Asmara akan menggantikan drama Adam Dan Hawa bermula malam ini. Jijah yakin, pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton gandingan serasi Adi Putra dan Rita Rudaini ini. Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat mereka sebagai gandingan utama dalam drama Sehangat Asmara ini.



Sehangat Asmara diarahkan oleh Mohd Feroz Khadir dan dilakonkan oleh Adi Putra, Rita Rudaini , Shahz Jaszle, Izreen Azminda dan ramai lagi. Lihat saja pada senarai pelakon sahaja sudah boleh menggambarkan yang drama ini juga pasti akan hangat sama seperti Adam Dan Hawa. Tapi jangan pula ada yang hendak membandingkan drama Sehangat Asmara ini dengan Adam Dan Hawa pula. Meskipun latar cerita mereka hampir sama tetapi pasti ada banyak kelainan yang bakal ditonjolkan dalam Sehangat Asmara ini. Ternyata Sehangat Asmara mempunyai kekuatan jalan cerita yang tersendiri. Jijah percaya Sehangat Asmara juga boleh mencetuskan fenomenanya yang tersendiri.


Adi Putra sebagai Zainal Arief @ Nal


Rita Rudaini sebagai Kamilia Najwa @ Kay

Jijah memang tidak nafikan sangat tidak sabar untuk menonton Sehangat Asmara ini setelah diberitahu bakal diadaptasikan kepada drama. Sebagai pembaca novel Sehangat Asmara ini sendiri , Jijah sendiri sangat teringin melihat bagaimana visual Sehangat Asmara ini sendiri. Haruslah Jijah teringin untuk menyelami isi hati Kay yang divisualkan. Kalau membaca novelnya saja Jijah sudah terasa berkecamuk perasaan apatah lagi apabila menontonnya kan? Oh kalau korang melihat gambar-gambar di fanpage Sehangat Asmara pasti korang juga akan menjadi seperti Jijah , membuak-buak perasaan ingin menonton drama ini! ;)

Okay apa kata Jijah tepek sinopsis drama ini khas untuk korang yang tidak tahu apa-apa mengenai Sehangat Asmara.


Cinta pandang pertama Kamalia Nalwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga.Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. 

Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?

Masih sempat untuk korang mencari novel Sehangat Asmara sekarang jika korang mahu menyelami isi hati seorang yang bernama Kamilia Najwa. Aku memang tidak nafikan novel Sehangat Asmara memang membuatkan aku terbuai-buai mengikut emosi dan perasaan seorang yang bernama Kamilia Najwa. Perasaan ketika membaca Sehangat Asmara memang lain sangat rasanya. Ada buat kau rasa bahagia dan ada juga buat kau rasa terobek hati dengan sendirinya. Itu sebab aku sangat menantikan drama Sehangat Asmara ini!

Sebenarnya aku agak tidak larat untuk menonton drama adaptasi lagi. Aku takut aku kecewa. Aku takut nanti perasaan aku yang terobek lebih. Tapi dek kerana aku tahu Sehangat Asmara itu sendiri sudah mempunyai jalan cerita yang bagus. Pasti dramanya nanti akan lebih bagus dari novel nya kan? Tambahan pula gandingan Adi Putra dan Rita Rudaini! Memang hangat dan menarik sekali gandingannya!

Eh macam banyak pula menulisnya. Jom tengok gambar-gambar dari fanpage Sehangat Asmara. Memang tengok gambar pun sudah mencakar jiwa dan raga. Apatah lagi bila menontonnya kan? Ahaks! *dush*










Okay sudah menepek gambar dari fanpage Sehangat Asmara. Jika korang nak tengok lebih banyak lagi korang sendiri boleh pergi ke SINI. Aku yang baru menepek sikit saja gambar Nal dan Kay pun dah trasa macam nak tercakar skrin netbook ni ha. Ekekeke , suka betul mencakar kan Ijah? HAHA *pangggggggg* Ekekeke. Bila tengok gambar pun Jijah dah nampak menarik Sehangat Asmara ini. Ini yang makin tak sabar untuk menonton 10 malam ini. Pasti ramai juga yang ternanti-nanti Sehangat Asmara malam ini kan?

Cuma Jijah tak ada nak berani sangat komen Sehangat Asmara ini terlalu menarik atau tidak. Itu kita kena sama-sama saksikan di Astro Mustika HD bermula malam ini jam 10 malam. Sehangat Asmara yang mempunyai 33 episode ini akan bersiaran selama setengah jam akan bersiaran pada hari Isnin-Rabu. Pasti lagi tercakar emosi dan perasaan kan nak menanti hari demi hari kan? 

So, ada tak korang yang tak sabar nak menonton Sehangat Asmara ini? Korang pernah baca novel Sehangat Asmara? :) Oh last but not least. Kay dan Zainal dah kasi Salam Sayang untuk Jijah tau :p 


kau hado???

larikkkkkkkkkkkkkkkk 

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, January 8, 2013

Minggu Kemuncak Adam Dan Hawa. Menarik Atau Sebaliknya?

Rasanya kita semua tidak asing lagi tentang drama rantaian Adam Dan Hawa yang disiarkan secara ekslusif di Astro Mustika HD. Drama Adam Dan Hawa yang mempunyai 80 episode dilakonkan oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa kini sudah berada di kemuncak episode nya. Terasa macam baru semalam menonton di kaca tv tapi lihat-lihat saja minggu ini sudah berada di minggu kemuncak.

Hampir lima bulan juga Adam Dan Hawa bersiaran dan terasa macam cepat sungguh masa berlalu. Masa mula-mula mengetahui Adam Dan Hawa mempunyai 80 episode , diri sendiri pun tak yakin akan mampu untuk menonton drama ini sehingga ke penghujung. Tapi sebaliknya pula yang berlaku. Jijah masih gegeh menonton drama ini jayanya meski tatkala menonton drama Adam Dan Hawa ini ada macam-macam omelan yang bertandang dari hati katanya. Biasalah Jijah , bila menonton drama yang diadaptasi dari sebuah novel , mula lah rasa tidak puas hati macam-macam. Serba serbi tak kena. Kannnnn?



Bagi Jijah , Adam Dan Hawa sebuah drama yang mempunyai jalan cerita yang menarik dan tidak tersasar jauh dari novel itu sendiri. Sepanjang menonton 77 episode setakat ini , memang bermacam-macam emosi yang masuk dalam diri Jijah tatkala menonton Adam Dan Hawa. Bila saja menonton Adam Dan Hawa kadangkala terasa diri sendiri yang sedang menyelami hati Adam Mukhriz dan juga Ain Hawani. Kadang-kadang rasa bahagia , selepas itu rasa sedih pula, dan kemudian rasa amarah dan kecewa pula. Nampak tak emosinya macam mana bila menonton Adam Dan Hawa? HEHE. Aku memang tidak nafikan Adam Dan Hawa pada permulaan episode memang tidak membosankan. Paling membahagiakan rasanya bila melihat dalam Adam Dan Hawa yang divisualkan ditambah perasa dengan scene-scene yang tiada dalam novel. Faham tak rasa bahagia dia macam mana? Rasa macam nak meloncat-loncat sampai ke awan katanya! Tapi kemudian jatuh tersungkur sebab terover gembira. Hahahaha. 

Cuma biasalah bila episode terlalu panjang , ada sesetengah episode itu agak membosankan. Atau itu mungkin perasaan Jijah saja. Tapi Jijah tetap setia juga untuk menonton kerana bukan sahaja kerana hendak menonton lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa sebaliknya hendak melihat bagaimana Adam Dan Hawa yang divisualkan. Sebagai pembaca novel tersebut , haruslah Jijah hendak lihat bagaimana adaptasi yang diberikan. Baguskah atau sebaliknya kan? Memang so far kadang-kadang agak kecewa jugalah bila scene untuk watak-watak tempelan lebih banyak daripada watak Adam Mukhriz dan Ain Hawani itu sendiri. Terutama bila scene untuk Johan dan Azie serta Muzaffar dan Dee dipanjangkan lebih dari kisah Adam Mukhriz dan Ain Hawani itu sendiri. Kadang-kadang tertanya-tanya , mana Am? mana Ain? mana? mana? *dushhhh* HAHA. Agak kecewa bila di sepuluh episode terakhir agak kurang menyengat sedikit dek kerana banyak kisah pasangan lain berbanding Adam Mukhriz dan Ain Hawani katanya. Tak apa lah , mungkin malam ini kembali menyengat dengan kisah Am dan Ain nya. Kannnn? Positive sangat katanya! HAHA.

Gegeh tak Jijah tetibe buat ulasan bersempena dengan minggu kemuncak Adam Dan Hawa? Memang sangat gegeh uols! Hampir 5 bulan bertapa depan tv sampai berebut remote tv sepanjang Isnin - Khamis , pukul 10 malam kan? Tatkala ada yang kata Adam Dan Hawa sudah mula boring , sudah mula bosan , Jijah masih lagi dengan penuh harapan menonton Adam Dan Hawa tanpa pernah kenal erti jemu katanya. Nampak tak sweet Jijah itu? Okay muntah berjemaah please. HAHA. 

Meskipun ada beberapa scene Adam Dan Hawa yang dibayangkan akan terus kekal menjadi bayangan , tapi Jijah tetap memuji yang Adam Dan Hawa yang divisualkan berjaya membawa Jijah ke satu perasaan yang berbeza. Adam Dan Hawa yang divisualkan memang sarat dengan macam-macam emosi. Siapa yang menonton sejak awal episode pasti tahu kenapa Jijah berkata demikian. Rasanya sejak menonton Adam Dan Hawa hampir 5 bulan yang lalu (oh wow! how time flies?!!!) memang senang sangat nak tersenyum , tersengih , menangis , marah dan kecewa tanpa rasa jemu juga. Memang sangat sarat dengan emosi drama Adam Dan Hawa ini. 

Gituew. Sekarang ni aku nak berkongsi gambar-gambar cantik hasil kreatif kerekarlu yang aku ambil dari forum CARI. Memang cantik gambar-gambar dari beliau. Saja nak kasi korang cuci mata jugak kan? GEGEH kau JAH! -___-'









Terasa macam fanatik sangat-sangat pula melihat kegigihan diri sendiri menepek gambar-gambar begini. Sekali sekala uols. Apa salahnya kan? HEH HEH HEH :p Sejujurnya Adam Dan Hawa memang sebuah drama yang sarat dengan emosi. Bila menonton hampir 77 episode Adam Dan Hawa , aku sendiri pun macam tak percaya boleh menonton sehingga ke saat sekarang punya episode. Memang terlalu banyak suka dan dukanya sama seperti dalam novelnya cuma kadangkala ada sesetengah scene tu perasaan dia lebih mencengkam jiwa. Terutama bila Adam Mukhriz mula merindui Ain Hawani , bila Ain Hawani tertekan dengan status yang dia miliki serta konflik-konflik lain. 

Mungkin aku ada juga sedikit kecewa apabila ada sesetengah plot penting Adam Dan Hawa tidak divisualkan tapi cuba pujuk hati apabila ada juga sesetengah scene yang tiada dalam novel divisualkan lantas Jijah terus mencakar kan? Hiks. Gituew lah Jijah. Sebenarnya tak sabar untuk menonton episode akhir Adam Dan Hawa katanya. Biasalah , kalau dah menonton dari awal , rasa sayang kalau tak menonton sampai habis katanya. Tak sangka Jijah berjaya mencakarkan diri menonton Adam Dan Hawa sehingga penghujung cerita ini. Macam tak percaya walaupun dulu pernah mencerca sebab 80 episode kan? Sekarang kalau boleh nak suruh tambah lagi 100 episode! LOL! Sinetron sangat kalau sampai 100 episode kan! T___T




EH EH mencakar tetibe tengok eh eh. LOL.

gif cantik credit from forum CARI lagi sekali.

thanks to : avrilizana 

Ekekekek. Yes entri ini memang panjang Jijah tahu. Tapi tetap tak tahu macam mana nak berhenti dari mengetuk kibod ini kan? HEHE. Apa-apa pun pujian harus diberikan kepada team Adam Dan Hawa yang berjaya menghasilkan adaptasi untuk novel yang sangat digilai ramai ini. Sebuah adaptasi yang baik walaupun mungkin ada sikit yang Jijah kurang puas hati. HEHE , biasalah tu. Mana ada adaptasi yang sempurnakan? Gituew. Sepanjang 77 episode Adam Dan Hawa memang ada macam-macam rasa yang terpahat dalam diri katanya. Ada rasa bahagia yang teramat sangat , rasa sedih yang mencanak-canak , rasa geram yang terlampau-lampau dan rasa kecewa yang tak boleh nak dibendung. Memang kena tonton sendiri baru faham kenapa katanya. 

Tapi mungkin ada sesetengah orang merasakan lain daripada apa yang Jijah rasakan ? It's up to you guys. Ini sekadar pendapat peribadi katanya. Oh ini memang pendapat peribadi semata-mata katanya. Tak ada unsur apa-apa pun. Jangan cuba untuk salah ertikan pula yer. Gituew. Memang Adam Dan Hawa mempunyai impaknya yang tersendiri. Thumbs Up untuk produksi Adam Dan Hawa. Juga untuk Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa yang berjaya membawa watak masing-masing sehingga Jijah masih lagi gigih menonton sehingga ke saat akhir ini. Kannnnnn?

So kekdahnya ada ke orang yang gigih macam Jijah menonton Adam Dan Hawa? Komen korang? Gituew.

Oh last but not least. Agak-agak mencakar tak tengok? Agak-agak? T___T


Jangan Lupa Menonton Episode 80 , Kemuncak Adam Dan Hawa , Khamis ini 10 Malam ekslusif di Mustika HD 134!

iklan sangat! Global Station tak nak kasi upah ke Jijah buat iklan macam ni? erkkkkk *larikkkkkkkk*

Terima kasih sudi baca entri ini.

Wednesday, December 19, 2012

[Cherita Basi] Anugerah Blokbuster. Basi Sangat Cherita Ni. Tapi Ada Jijah Kisah?

Sekali lagi nak bercherita tentang cherita basi lagi. Amboi nampak benar banyak cherita basi yang tak sempat nak diupdate kan? Sementara tak ada aktiviti lagho lain , baik cepat-cepat update cherita basi ni kan? Karang tak ada mood terus nak update kan? Lagipun 2012 pun dah nak dipenghujung! Nanti memang terus basi cherita-cherita ni macam tak best pula kan?

Sebenarnya nak bercherita tentang Anugerah Blokbuster yang telah berlangsung beberapa bulan yang lalu. Tak rancang pun nak pergi sebenarnya. Tapi bila ada rakan aku yang ajak untuk pergi. Aku pun gigih juga untuk pergi kan? Kadang-kadang nak pergi event public begini lagi syok bila kita ada geng. Baru rasa syok lain macam sikit. Kalau pergi seorang memang jawabnya forever alone lah kan? Tak best kekdahnya! 

Jadi bila kawan aku ajak pergi , aku pun dengan gigih pun pergi lah menerjah Stadium Melawati di Shah Alam. Bila pergi tak terjangka macam begini , memang gambar pun tak ada banyak sangat pun. Cukup sekadar ala kadar saja. Sekadar nak berkongsi gambar yang ada dengan Jijah saja katanya. Tak banyak mana pun. Sebab keadaan yang boleh tahan sesak itu menyebabkan aku agak sukar untuk mengambil gambar yang cantik kekdahnya. Aku bukan jenis boleh bertahan dengan orang-orang yang tiba-tiba menyelit dan menghimpit tak tentu hala ini katanya.

Geram sungguh tau. Gituew. Lagipun pada malam tersebut aku just mahu enjoy the show katanya. Nak ambil gambar pun tak sangat katanya. Hiks. Dengan Aaron Aziz pun nampak dekat red carpet sajork khen? Gituew. Tehtap kau dengan Aaron Aziz nya? Khennn. Patut tukar nama belog pun boleh jugak ni. Eh! Okay tak mahu membebel banyak.

Jom tengok gambar-gambar sepanjang di red carpet yang sempat aku snap katanya. Tak ada banyak mana tapi still boleh juga korang tengok khen? Hiks.













HEHE , memang boleh tahan juga gambar masa dekat red carpet tu. Aku kebetulan memang duduk dekat dengan Scha Alyahya , jadi memang gambar dia yang candid paling banyak kan? Hiks. So masa red carpet berlangsung memang aku punya kerja ambil saja gambar yang mana aku rasa berminat nak ambil. Lagipun bila cahaya sana sini banyak sangat memang agak terganggu nak snap katanya. Maka kalau ada yang rasa shantek sekalipun , sekali haramjadah jadi blur pulak gambarku. Paswah. Kekonon nak perfeeling photographer propesyonel lettuew. Sekaliiiii hadooooo kau Jijah! Hahahaha...

Ini memang kali pertama Astro menganjurkan anugerah seperti Anugerah Blokbuster ini. Bagi pendapat aku , secara keseluruhan anugerah ini sebenarnya sangat biasa-biasa saja. Hambar mungkin perkataan yang lebih sesuai? Entahlah. Tak terasa kemeriahannya. Rasa hambar sangat-sangat. Mungkin kalau Astro mahu melakukannya sekali lagi pada tahun hadapan, mungkin ada banyak segi yang perlu dipertingkatkan lagi. Itu sekadar pendapat peribadi aku yang menonton katanya. Hiks.

Okay tak guna nak membebel cherita basi ni banyak-banyak. Bila sudah selesai Anugerah Blokbuster , sempat juga aku bergambar dengan beberapa artis yang kebetulan lalu disebelah aku untuk pulang kan. Apa lagi? Bergambar lah kan! Hiks.



Nadiya Nisaa a.k.a Ain Hawani dengan Jijah.

Dia sangat sweet! ;)


Syafiq Yusof , adik Syamsul Yusof uols.
Tak dapat bergambar dengan abang , errr kita bergambar dengan adik dia yer. Hiks.


Tasha Shilla dengan Jijah.


Dazrin Kamaruddin a.k.a Johan dengan Jijah.


Jijah dan Shahz Jaszle.

*pengsan* hahahahaha


Jijah dan Gambit.


Jijah dan Yana Shamsudin.

Dia pun sweet juga! I like!

Apa-apa pun sekadar berkongsi gambar dengan korang semua. Lagipun tak guna pergi ke sana tapi tak update kan? Lagipun sekarang ni memang nak menghabiskan segala cherita basi yang ada dalam simpanan ni ha. Kesian sungguh kan? Asyik terperam dalam draft sajork. Tak ada masa langsung nak update sekarang ni. Nak kata sibuk , tak juga. Tapi itulah, memang dah nasib nak kena update lambat kot? Erkkkkk! Hahahaha...

So......enjoy the picture! Hiks.

Terima kasih sudi baca entri ini :)