Home

Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

10 Terkorban pada Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat.


Aku pasti ramai yang sudah tahu tentang kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat semalam. Kejadian yang berlaku di Rumah Anak Yatim Al-Takwa telah mengorbankan 10 orang anak yatim  jika di ikutkan di dalam akhbar berita harian yang aku baca via web. Semalam aku dapat tahu pun setelah membaca melalui Twitter. Aku sangat terkejut dan turut sedih dengan kejadian itu. Lebih-lebih lagi bila tahu tempat kejadian itu di rumah anak yatim. Terus rasa sebak. 

Aku tak pasti sangat ada kah sudah semua nya berjaya di keluarkan. Kalau ikut dari website Berita Harian : 10 orang terkorban , 9 berjaya di selamatkan dan 6 masih hilang. Ada yang aku baca dari sesetengah forum menyatakan sudah 12 orang terkorban. Aku pun tak pasti. Sebak betul bila dapat tahu. Kejadian tanah runtuh ni mungkin terjadi kerana hujan yang lebat lately ni. Memang dekat KL ni setiap petang aje hujan lebat dengan kilat dan guruh. Memang sejuk tapi kadang-kadang cuak pun ada. Tambahan semalam proses mencari pun agak sukar kerana petang semalam pun hujan lebat. Sangat lebat. Semoga di permudahkan segala nya. Aku pun tak pasti dah sudah ke belum proses mencari itu. 

Untuk mereka yang telah menjadi mangsa tanah runtuh dan terkorban , Al Fatihah buat mereka dan aku berdoa semoga mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Untuk mereka yang masih lagi hidup , aku doakan agar mereka dapat bertabah serta kuat dengan ujian ini. Sekarang ni pun aku terasa hendak menangis bila tengok gambar-gambar yang di paparkan di dalam internet. Sedih sangat. Sama-sama kita doakan untuk mereka semua itu ye.

Kita tidak tahu bila ajal kita dan kita tidak tahu bila Tuhan mahu menjemput kita kembali kepada Dia. Moga kita sempat untuk melakukan taubat dan insaf sebelum dia datang menjemput kita. - peringatan untuk diri sendiri juga :(

Update : Tanah runtuh di Hulu Langat - 16 orang ditemui mati manakala 9 cedera, 3 daripadanya kritikal.



Sunday, November 14, 2010

Sekadar berkongsi tatkala bosan di hujung minggu. Tak gitu?

Salam and Hello. Oh yeahhhh , saya update lagi! *muka comel* Heh. Actually tadi berfacebook-ing then ternampak something yang menarik untuk di kongsi di sini. Well , mana yang aku rasa menarik dan tertarik memang aku kongsi dekat sini supaya boleh aku baca lagi di masa aku boring nanti. Heh , motif sangat kan? Hiks. Sharing Is Caring katanya ... Meh , meh baca sama dengan aku. kekdahnya bila dah boring , memang lah aku update sampai pitam , sila jangan muntah ye. hehehehe



CANTIKNYA LELAKI .... HEBATNYA WANITA


Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…


Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”
Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

-------------------------------------------------------------------------------------------------


credit : SINI

Dah baca ? Hiks. Tadi , saja-saja main tekan entah siapa punya , then baca je lah kan. Lepas tu aku seolah mengiyakan pulak artikel ni. Memang payah nak menjadi wanita yang gagah dalam artikel tu.Nak menjadi lelaki yang cantik seperti yang didalam note's tu cakap pun payah. To me , apa yan penting , just be yourself. Tak perlu nak menjadi orang lain hanya kerana nak orang suka. Even mulut kau jahat , suka mencharutz , tapi kalau hati kau baik , orang tetap akan suka ok? Oh ,tiba-tiba je aku ni kan? Yelah , daripada kau , buat baik , perangai macam molek , but kau berpura-pura pun tak guna jugak. Mungkin mula-mula kau boleh tipu orang , lama-lama orang pun boleh tahu mana satu kaca , mana satu permata. Eh ada kena mengena ke? Hiks.

Ok , ok , tak nak bebel panjang-panjang. Nak belogwaking lah pulak psst padahal aku nak cari idea nak menulis lagi. ngeh3x. jangan muntah ye kawan-kawan kejap lagi. Hiks.



nota kaki : just be yourself no matter what.
tak perlu nak menjadi orang lain hanya kerana nak orang lain suka.
;)

Wednesday, November 10, 2010

Memang tiada perikemanusiaan atau Memang sudah akhir zaman?



PEKAN: “Saya sempat mendengar isteri berkata ‘Chik jangan buat mak macam ni’ sebelum dia menjerit Allahuakbar,” kata peneroka, Halim Ismail, 58, menceritakan kejadian isterinya maut ditetak di kepala menggunakan kapak oleh anak lelaki mereka berusia 23 tahun dipercayai terpengaruh ilmu mistik di Felda Chini Timur 1, dekat sini, malam kelmarin.

Salam and Hello. Tadi baru terbaca hal ni via internet. Aku baru tahu hal ni bila baca dekat internet kan?Sekarang memang malas nak baca surat khabar. Baca bila terasa ada mood je.Bukan tak nak membaca. Tapi sejak dua menjak ni surat khabar tak habis-habis duk menulis isu politik.Sometimes , aku muak dan boring dengan berita isu politik yang bukan beri apa-apa faedah pun.Malah memburukkan keadaan je.Ok enough comment about politic. komen lebih-lebih kang , nanti aku feeling nak sambung belajar dekat obersea terus tak ada sape nak taja.heh.

Anyway , tadi baca artikel ni aku terkejut.Sangat terkejut dengan perangai manusia sekarang. Langsung tiada perikemanusiaan.Even sedikit pun. Membunuh bagai kan tiada apa untuk manusia zaman sekaran kan?Sangat menakutkan hidup di zaman sekarang ni.Boleh pula anak itu membunuh ibu nya sendiri? Aiyark! Bila dah habis baca artikel penuh tu , rupanya anak tu penagih dadah.Hailah , yang kesian nya dekat mak nya tu lah.Tak pasal-pasal meninggal dunia di tetak dengan kapak oleh anak sendiri.Sadis jugak sebab mak dia sempat merayu kan , tapi anak tetap jugak menetak mak nya tu.T_T MasyaAllah , apalah nak jadi dengan dunia zaman sekarang kan? Adakah anak nya itu tiada perikemanusiaan atau ini petanda dunia sudah akhir zaman ?



nota kaki : bila hanya ingat dunia tak ingat akhir zaman..
macam ni lah kot yang terjadi. T_T


Tuesday, November 9, 2010

Kamu lah RATU hatiku. I love you.

Salam and Hello. Sebenarnya mata dah mengantuk sangat ni.Tapi tiba-tiba macam nak baca satu artikel from IluvIslam.com ni dulu.Artikel yang aku nak kongsikan sama-sama dengan korang ni memang betul-betul menarik perhatian aku.Artikel ringkas tapi menarik tu bertajuk ; 8 PEMBOHONGAN IBU KEPADA AKU. I know sure kisah yang akan bagi aku insaf tak pun kasi aku titiskan air mata paling kurang. Disebabkan aku ni tengah dalam mood mengantuk , hati aku jelah yang tersentuh. Tapi tak menangislah pulak.Heheh. So kawan-kawan semua jom baca artikel di bawah ni.Artikel ni sungguh menarik dan , I'm sure you'll say just like my title for this entry :)

Credit : IluvIslam.com

8 Pembohongan Ibu Kepadaku! .

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua. Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata:"Makanlah nak, mak tak lapar."


PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik. Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat mak seperti itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."


PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."



05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.Anehnya, mak menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."



06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."




07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."




08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!

*************************************************************************************

Ok , after dah selesai membaca semua aku macam sebak dan macam tersenyum pahit kejap.Kenapakah? Sebab Umi aku pun selalu jugak macam tu. Macam bila aku tengok ada makanan yang Umi makan even nasi dengan telur goreng nampak macam menyelerakan , Umi mesti cakap , ambil lah sikit , Umi dah cukup dah.Saja je nak makan.Padahal aku tahu Umi tengah lapar aku je yang menyibuk nak makan jugak :( Sedihlah pulak bila baca artikel ni.Mungkin betul yang kita as ANAK-ANAK kadang-kadang terlalu EGO untuk sampaikan rasa SAYANG kita pada IBUBAPA kita kan? *ok fine ini sebenarnya aku yang EGO nak cakap IJAH SAYANG UMI SANGAT-SANGAT sama macam IJAH SAYANG deat eh eh dah .. dah. gedik lah kau :lempang:*

Memang betul kan kawan-kawan... IBU memang akan sanggup korbankan segala-galanya hanya kerana tak nak anak sedih , tak nak anak lapar dan macam-macam lagi.And tiba-tiba terfikir how anak-anak boleh lupakan IBU atau AYAH mereka sedangkan mereka dah banyak berkorban demi ANAK-ANAK? Ini peringatan untuk diri sendiri agak tak lupa IBUBAPA bila diri semakin mendewasa.So sekarang terasa macam peluk siyum sambil cakap IJAH SAYANG UMI tapi takut lah pulak. Mesti Umi cakap , anak aku sihat ke tak T_T Aiseh.


Saturday, November 6, 2010

Dayet? atau Diet?

Salam and Hello. Okeh , semalam macam gigih gila cari maklumat tentang hal diet , tentang hal pemakanan and segala benda yang berkaitan dengan nya lah kan :P So , semalam macam google tentang resipi diet okeh? Ngahahah. Gigih kau Maria. Erk? T_T Then , jumpa lah pulak pasal artikel yang agak menarik untuk dikongsi bersama. :) Jom baca artikel buat siapa-siapa yang nak berdiet. Saja je kongsi meh.

Btw , kredit artikel dari SINI



Diet: Apa Jenis Darah Anda?

LUMRAH bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran.

Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi? Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda.

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.


piramid makanan. credit google je.


Actually kakak aku memang pernah cakap hal diet berkaitan dengan darah. Sebab tu kot , kakak aku makin kurus , ikut apa yang disuggestkan mengikut darah.Heh , heh ,heh. Kini baru aku baca artikel penuh nya. Macam aku , aku darah A+ which mean kategori VEGETARIAN lah untuk pemakanan aku. *gulp , tak sanggup!* Heh , heh. Memang best lah meratah sayur hari-hari macam ni. Sadis sangat untuk group darah aku ni kan? Makan sayur je uols? Harus lah meratib sendu akak nak kuruskan badan segala ni. *nangis sendu* tulah time badan tak shomel sangat siapa suruh tak berpantang makan.Kang sekarang dah menyesal sebab susah nak kawal.erk!.


So now , memang aku akan cuba untuk mengamalkan diet sihat. Bukan crush diet okeh? Nanti naya diri je. Erk. Akan cuba untuk buat sit up sebanyak yang mungkin demi mendapatkan tubuh badan yang sihat seksi dan cergas gitu katanya! Ahaks. So , korang pulak , ada tak tips-tips nak senang kasi kuruskan badan?Ewah , feeling sangat hari ni! :D Meh-meh share :)

p/s: tak nak campur aduk kan urusan personal dan di alam maya kepada khalayak umum.

boleh feeling diva kejap? *dush!*

Monday, October 18, 2010

Cantik itu Subjektif.

Salam and Hello. Okay , semalam masa aku tengah duk sibuk bukak facebook semua , ada aku tengok orang like itu , like ini.Aku kan suka menyibuk. Heh , lepas tu terpandang satu artiket from I luv Islam .com. Tajuk artikel itu , Dimana Cantik nya Seorang Wanita :) Jom baca , ai saja je share benda ni :)

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Aku suka baca artikel ini.Maybe sebab aku suka baca ayat-ayat yang dia tulis.Aku setuju tentang itu semua.Tapi itu terpulang kepada kita sendiri.Masing-masing ada pendapat sendiri. Cantik itu subjektif.Ada orang kata , setengah wanita cantik bila tak pakai mekap.Sebab naturally beauty.Ada setengah orang kata , wanita cantik bila pakai baju kurung.Sebab nampak tersendiri dan elegan. Wah ayat ai , over sangat. Haha. Sebab itu aku kata cantik itu subjektif. Masing-masing ada pandangan sendiri.Tak payah nak argue kalau bila setengah orang kata itu , setengah orang kata ini. Biar diorang dengan pendapat diorang kita dengan pendapat kita kan :) And to me seorang wanita itu cantik bila dia menjadi diri sendiri dan tidak cuba untuk menjadi orang lain and banyak lagi kalau nak diikutkan if nak listkan dalam ni. But yeah , cantik itu subjektif. Susah untuk menilai dengan mata kasar :) So , lu fikir lah sendiri baik-baik :D