Home

Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Tuesday, September 29, 2015

Ada Apa Dengan Angka 5?

Ada apa dengan angka 5?

Rasanya tiada apa yang terlalu istimewa dengan angka 5 , buat masa sekarang. Cuma , hey! Belog picisan Cherita Emo-Temo ini sudah berusia 5 tahun 2 minggu dan 2 hari! Bagaimana IjahEmoTemo tidak menyedari tentang semua ini? Mungkin terlalu busy dengan kehidupan sendiri ataupun mungkin memang tidak ambil endah langsung? HEHEHE.

Alhamdulillah.


Dalam kesempitan waktu yang ada , belog picisan ini masih mampu meneruskan hayatnya untuk tahun yang ke 5! Jujurnya , 5 tahun adalah satu tempoh yang agak panjang untuk aku kekalkan dan aku berjaya! Bukan mudah kerana bukan setiap hari aku mempunyai masa ataupun idea untuk menulis. Namun , selama lima tahun ini , aku berjaya juga menulis sesuatu untuk mereka yang mengikuti aku membaca. Tapi ada ke pengikutnya? HAHAHAH.

Aku percaya , aku mempunyai pengikut aku yang tersendiri. Mungkin tidak ramai seperti para bloggers yang lain. Tapi adalah sikit-sikit (kot?!) HAHAHA. Tak kisah lah tak ramai pun janji bila aku update sesebuah entri terbaru , pasti ada yang tergeletis nak masuk baca kan? Begituuuu.

Sepanjang 5 tahun mengekalkan belog picisan ini , aku tidak nafikan bukan perkara yang mudah untuk menghiburkan para pembaca aku. Mungkin ada yang suka , mungkin juga ada yang tidak senang melihat tulisan aku. Aku tahu akan ada pro and cons , tetapi untuk memuaskan hati semua orang itu bukanlah tugas aku. Kecuali jika ada patut aku kurangkan demi kebaikan semua pihak , I will. Aku juga tahu belog aku bukan lah sebuah belog yang orang akan nanti-nantikan sebab belog aku memang biasa-biasa sahaja. Tetapi apa yang aku tahu , aku suka menulis dan aku memang meminati dengan bidang penulisan ini lantas menjadikan aku sangat komited untuk menulis belog ini.

Meskipun tidak terlalu konsisten untuk menulis entri baru setiap hari , tetapi aku berusaha untuk memberikan yang terbaik demi para pembaca yang aku sayangi. Gaya macam ada 10k pembaca kan? Tak kisah lah , yang aku tahu aku cukup menghargai setiap satu daripada mereka :) Tanpa kalian , siapalah belog Cherita Emo-Temo ini kan? The least thing I could do is to make each of you guys happy reading my blog! 

Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih yang tidak terhingga buat semua tidak kira pembaca yang aku kenali mahupun pembaca senyap yang tidak aku kenali. Terima kasih kerana sentiasa membaca dan menyokong aku daripada belakang sehinggakan aku sentiasa bersemangat untuk terus menulis! Walaupun kadangkala aku hanya menulis perkara biasa-biasa namun , tehtap ada yang membaca! Terima kasih untuk lima tahun yang manis! Semoga terus diberikan kekuatan minda dan fizikal untuk sentiasa menulis yang baik-baik untuk dikongsi bersama kalian. InsyaAllah Amin! :)

Happy Anniversary ,
dear Cherita Emo-Temo.

 Semoga terus memberikan seribu kebahagian buat mereka yang membaca.
Semoga terus berkongsi manfaat untuk semua yang membaca.
Semoga terus komited untuk menulis dan memberi yang terbaik untuk semua.

, love
IjahEmoTemo.



Terima kasih sudi membaca entri ini :)

Wednesday, July 3, 2013

Happy 2nd Birthday Aaronators!

Minggu lepas Jijah berkesempatan untuk meraikan tahun kedua penubuhan kelab peminat Aaron Aziz iaitu Aaronators yang telah diadakan di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Haruslah Jijah turut ada disitu untuk meraikan bersama-sama seluruh Aaronators kan? Haruslah khen? Di mana ada Aaron Aziz di situ ada Jijah khen? Bukan Jijah kata tapi orang lain kata. Jijah iyekan sajork! HAHAHA , ayat mintak lempang sangat kan!

Tema untuk meraikan tahun kedua penubuhan Aaronators ini ialah BIRU , PUTIH dan SKULL. Memang berseri-seri semua dengan gaya tersendiri mengikut tema yang telah diberikan. Jijah punya tema haru biru adalah kot? HAHAHAH. Biasalah , Jijah biasanya kalau pergi event bukan mengikut tema sangat. Kata Diva Pora? *pangggggg* Okay , sebelum Jijah semakin merapu , why not kita tengok gambar chuolss? Jijah kalau dah start merapu , karang bertambah sepuluh perenggan kan? Menganga lah korang nak tengok gambar tak tahu bawah mana kan? Ekekeke. 







Sebenarnya pada majlis tersebut kami semua turut berasa hiba dan sebak kerana mengetahui salah seorang CM's Aaronators iaitu Kinah kehilangan ibunya. Semoga Kinah terus kuat dan ketahuilah bahawa Jijah dan seluruh Aaronators serta Aaron Aziz & keluarga sentiasa bersama dengan Kinah ya? We love you Kinah! *hugs*

Okay tak mahu cherita sedih-sedih dalam entri ini , karang Jijah yang tersedu sedan sekejap lagi. HEHE. Kalau nak di cheritakan tentang keseluruhan majlis ini ternyata sebuah majlis yang ringkas tetapi weols enjoy every moment there. Kalau nak tahu enjoy ke tidak , boleh tengok dalam setiap gambar yang sempat Jijah snap okeh? Okay jom sambung tengok gambar lagi! ;)









Hehamboi , cuci mata sangat lettuew khen? Gegeh Jijah snap gambar khas untuk tatapan mereka yang minat pada Aaron Aziz. Kalau yang bukan minat , jangan mencerca entri ini okes? Ada banyak lagi entri Jijah hat menarik , pi baca hat tu okeh? HAHAH , suka suki kasi warning begitu kan? Hidup kena buat benda yang kita suka , bukan yang orang lain suka kan? Hihiks.

Well , memang Jijah saja je snap banyak-banyak. Karang bila Jijah snap ciput , ada orang bertanya pula. Maaflah , Jijah bukan profesional punya photographer. Masih lagi bertatih konsepnya. Tapi kalau ada yang gambar tu nampak shantek , ehems Jijah yang snap okeh? HAHAH , tetibe kau Jijah nak memuji diri sendiri khennnn? hakhakhak.

Sudah Jijah! Entri ini memang meriah dengan gambar. Jadi apa lagi?









Farra , Syafiq , Aaron , Dahlia Arissa , Kak Radzlina & Kak Ayu.


GWIYOMI kecuali Aaron Aziz! HAHAHAH.


Okay , memang gambar sangat banyak. Jenuh juga memilih yang terbaik untuk letak dalam belog kesayangan ini. Memang yang ada dalam belog ini antara yang shantek dekat mata Jijah dan yang ingin Jijah kongsikan bersama korang. Tehehe. Sebenarnya tak tahu nak cherita apa lagi. Mungkin pasal makanan? Okay makanan dia sedap! Sebab Jijah sibuk snap gambar orang , memang tak terdaya nak tambah banyak kali segala aneka makanan. But seriously sedap. Kalau tidak haruslah orang yang tak berganjak atas kerusi itu ialah Jijah dek kerana kesedapan makanan khen? Aaron Aziz lalu pun tak hirau konsepnya! HAHAHA , kemain!! :P


Jijah & Kak Deina


Jijah & Yaesh anak Kak Watie padayappa! HAHAHA.


Jijah & Kak Echa.


Jijah & Danish Anaqi , satu-satunya anak lelaki Aaron Aziz (so far lah! ekekek)

Okay , kebuncitan perut tu sudah tak dapat nak dikawal. Anggaplah ia sebagai penyeri gambar ye? *pangggggg* HAHAHAHAH.





3D's ( Danish , Dwi & Dahlia ) & Yaesh telah buat persembahan ringkas iaitu wayang kulit or in Indonesia they called as wayang golek eh? Okay , I'm not sure about that. Something like that lah. Last-last Daddy dengan Mommy kena masuk campur sebab dah jadi huru hara atas pentas tu. HAHA , comel je!


Jijah & SleeQ.

Suka tak? Suka tak? Suka tak tengok gambar banyak-banyak ni? Mungkin akan pening lalat sikit. Tapi sila bersyukur kerana sekarang dan tika menulis ini Jijah sangat bermurah hati untuk berkongsi gambar-gambar ini dengan kalian semua. HAMBOI ayat up diri sendiri nampak? HAHAHA , well sekali sekala. EKEKEKE. Haish , gegurau jelah. 

Tapi kan? Ada lagi gambar sebenarnya. Jangan ada yang pergi tidur enam poloh saat pulak sebab banyak kena scroll ni khen? HAHA , hakak tak bertanggungjawab hokkay!




The Padayappa!


3D's with Yaesh and it's GWIYOMI timeeee!

hahahah tapi Mommy dekat bawah stage yang macam lagi bersemangat tu? :p


Persembahan Pertama dari SleeQ : Untuk Dia! Hey!


Persembahan Kedua : SleeQ with Aaron Aziz!

Salam Semua + LARI.

Paling menarik part Hazama diganti oleh Aaron Aziz. Kerlast Bang Tapa!

Well well well , punya banyak gambar nak tayang kan? Dan akhirnya aku fikir lagi bagus aku cantum-cantum saja gambar. Lagi senang konsepnya khen?! Hahaha , sebenarnya tak larat nak letak watermark banyak-banyak. Hampir cramp jari jemari tembunku okes? Ekekeke. Agak-agak ada lagi tak gambar yang Jijah nak kongsi dengan korang? Harus ada okay! Jijah rasa macam dapat duta Popia Roll Mini yang baru lagii lah... Jijah rasa lah.. Hahahah.. dan duta terbaru Jijah ialah..



Diyana Halik! 

HAHAHA , thank you Kak D for your support! Sangat terharu okay?

Kak D siap buka terus dekat situ dan terus makan Popia Nestum tu okay? 

Oh lagi lah Diva Pora ini terharu khennn? Hihiks.


Jijah & Dik Diva , IkaDrew katanyaaa. HAHAHA.


Jijah & Aaronators! (matiler tak ingat nama semua.. errr err .. )


Jijah dahhhh kataaaaa kannnn.

Tengok tu terus buka Popia Nestum itu! 

Hihiks , thank you so much Kak D for the support! Love you!


Jijah & Farra.

Kerlast kau Farra!


Syafiq & Jijah.

Sobs, lepas ni Syafiq dah nak fly ke Australia. Selamat study di sana nanti. Jangan lupa Jijah nak fridge magnet hokkay! Hahahah..


Weols ialah Izzuezers , Remymers (matilerrr remymers!! hahahaha) 

Jijah & Kak Ayu


Jijah & Abang Hensem. Eh Syarif SleeQ hahaha.


Jijah & Kak Lina.

Tanpa sedar , rasa touching menulis entri ini. Tengok semua gambar pun sudah menimbulkan satu perasaan yang Jijah sendiri tak sangka akan touching tengok semua gambar. Entahlah , tak pasti orang lain macam mana , tapi untuk Jijah emosi sangat nak menulis entri ini bila diselang-selikan bersama dengan gambar. 

Alhamdulillah Aaronators sudah dua tahun ditubuhkan. Sudah banyak suka dan duka mereka lalui bersama Aaron Aziz. Dan Jijah pun sudah dua tahun secara serius memberi sokongan penuh padu kepada Aaron Aziz. Satu benda yang Jijah sendiri tak sangka. Betul , sungguh tak sangka.

Tapi konsepnya kenapa Jijah begitu touching ni? HEHE.


kau mampooo bang Tapa hafal nama penuh kauuuuorang? HAHAHA *panggggg*

HEHE , tak sangka dapat penghargaan daripada Bang Tapa kerana telah dua tahun menyokong serta menyertai Aaronators. Memang pada mulanya hanya minat kerana Bang Tapa kachak wakakakak alasan telus okehh , tapi lama kelamaan Jijah mula jatuh hati dengan perangai Bang Tapa apabila bersama peminat. Dah hampir dua tahun minat secara serius , dah dua tahun pergi segala event yang public mahupun private kecuali bercuti bersama-sama kerana sedar diri masih tak mampu dan selama itu Jijah rasa Aaron Aziz tetap yang terbaik apabila melayan peminat-peminatnya. Terutama bila dengan Diva Pora khen ada sajork drama dedua ni khen? Okay ini bukan hakak perasan hokkay! *doa-doa Aaron Aziz tak masuk baca belog aku.. hahahaha* 

Kekdahnya Jijah ni ada ke tidak gambar bersama tempoh hari ni?


muka bangga naik stage.

sobs zaman sekolah dulu tak mampu nak dapat anugerah cemerlang. lepas habis sekolah dapat naik stage terima sijil penghargaan as pioneers dari Aaron Aziz pun okay lah khen nak ubati kekecewaan? HAHAHA *dussssshhhh*


Harus ada kan? 

HEHE.

Endahkan lemak-lemak tepu yang ada dekat Jijah tu. Anggap sajork sebagai penyeri gambar okehh? *panggggggg* HAHAHA

Okay rasanya sudah terlampau panjang entri ini. Maafkan Jijah , Jijah mahu berkongsi semata-mata. Semoga semua yang membaca dan melihat gambar enjoy membaca dan menatap gambar okay? Untuk Aaron Aziz , retis kesayangan ku ahakhakhak.. semoga terus success , terus humble dan terus menjadi seperti Aaron Aziz yang ku kenali. Kerlast tak ucapan hakak? *sekali lagi harap Aaron Aziz tak masuk baca belog Jijah sebab karang aku yang malu tersipu-sipu hahahaha*. Untuk Aaronators FC , Happy 2nd Anniversary. Terus menjadi penyokong terbaik untuk Aaron Aziz andddd susah dan senang kita bersama okayyyy? Heartz Deep Deep! Kau kerlast tak sekali lagi ucapan hakak? Konpem mengalir airmata khen baca? Harus okay?! HAHAHA.

Arghhh , sayang semua lah senang cherita. Dah nak menitik airmata menulis ni. Kita jumpa di entri lain kalau rajin nak menulis lagi. Kikikiki. Okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)