Home

Showing posts with label cookies. Show all posts
Showing posts with label cookies. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Duit Raya

Tak lama sahaja lagi Raya akan muncul. Sekarang kita sudah menuju 10 Ramadhan terakhir. Sekejap sungguh kan masa? Memang terasa pantas sangat-sangat sehingga kita sendiri tidak sedar yang sudah hendak di penghujung kita berpuasa?! Alhamdulillah. 

Rasanya semakin hampir hendak Raya, semakin ramai rasanya orang berpusu-pusu pergi membeli belah untuk persiapan raya dan tidak kurang juga yang berpusu-pusu ke bank untuk menukar duit untuk duit raya. Ehem , ehem hint : saudara mara dan rakan taulan tersayang. Eh! HAHA. Jijah dan keluarga tahun ini sambut hari raya dalam kadar yang sangat besederhana. Tak ada baju kurung baru , tak ada tudung baru dan senang cerita guna sahaja barang yang sudah lepas. Senang juga sebenarnya. Tak payah nak pening kepala fikir nak bersesak di lautan manusia Jalan TAR mahupun Jalan Masji India. Tak payah nak serabut kepala baju kurung yang tukang jahit buat tu ketat ke longgar masa Raya nanti. Tak payah. Tak payah semua tu. Heh.

Kali ini memang semua benda besederhana. Lagipun Jijah pun dah kurang nak bersemangat dan beriya bagai nak rak macam dulu-dulu. Apa sahaja yang ada , itu sahaja lah kan? Senang cerita ukur baju di badan sendiri gituh. Mungkin tak akan jejak kot Jalan TAR atau Jalan Masjid India masa bulan Ramadhan untuk persiapan Raya ini. Mungkin lah. Tapi ada kawan aku yang ajak aku nak pergi masa malam Raya. We'll see how. Kalau jadi pun aku mungkin cuci mata sahaja. Tapi kalau ada yang harga runtuh dan aku ada bajet sikit-sikit nak beli why not kan? Hahahah , kata ukur baju di badan sendiri tapi bunyi dan bau-bau bacang tu macam teringin nak beli saja? HEHE , tak apa. Itu angan-angan saja. 

Kalau tanya aku betul-betul memang mood untuk Raya sudah hilang entah pergi ke mana pun tak tahu. Sungguh aku tak ada mood. Aku rasa macam ada perasaan kosong yang hilang. Tak seperti dulu-dulu. Tak apa lah. Kita sambut sebagai meraikan 30 hari kita berpuasa pun sudah cukup baik kan? Gituh. Entri random lagi. Entri yang teringin nak update tak berkesempatan nak belek gambar yang shantek dari kamera cap ayam aku itu. Tak berkesempatan langsung. Memang boleh tahan juga kesibukan aku kali ini. Hailah. Tak kesampaian angan-angan nak menayang segala gambar makanan semasa Ramadhan kan? Paswah.

Eh tulis panjang pula. Jom layan gambar? Eleh, dua keping saja pun :p


Curlast tak sampul duit raya Jijah uols?
Hah!

Nak tahu cherita pasal apa? Tunggu lah bila Jijah ada kelapangan nanti Jijah update k! :D


Hah! 

Ini antara penyebab kenapa Jijah tidak sempat nak update cherita yang dijanjikan itu katanya! Tapi tak apa ini semua rezeki Ramadhan. Jijah bersyukur :')

Memang Ramadhan kali ini kesibukan dia lain macam. Mungkin sebab Jijah ada buat tempahan Chocolate Chip Cookies itu kot? Alhamdulillah , sehingga saat akhir ini masih ada yang nak order. Syukur sangat-sangat dengan rezeki dari Nya ini. InsyaAllah Chocolate Chip Cookies ini akan diteruskan juga penjualan selepas Syawal pun nanti. Tengok kepada kelapangan juga lah kan? Gituh. So dari entri yang konon-konon nya ringkas terus jadi tak ringkas lagi dah. Heh.

Macam mana korang semua sepanjang Ramadhan ini? Sihat atau sebaliknya? Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk 10 Ramadhan terakhir ini untuk merebut peluang melaksanakan ibadah yang berlipat ganda ganjarannya itu. Amin. InsyaAllah.

Terima kasih sudi baca entri ini.

Tuesday, August 7, 2012

Homemade Chocolate Chip Cookies by IjahEmoTemo. Jom Order !

Mungkin agak terlambat untuk menge-post entri mengenai ini. Tapi nevermind , Jijah akan terus mengupdate tentang ini. Tahun ini Jijah sangat berbesar hati untuk menjual kuih raya kegemaran Jijah dan juga kegemaran para tetamu yang bertandang ke rumah Jijah iaitu Chocolate Chip Cookies. Sebenarnya sejak beberapa hari yang lepas Jijah dah peromot dekat Facebook dengan Twitter cuma tak berkesempatan nak duduk bersenang lenang menghadap netbook kesayangan menulis entri mengenai Chocolate Chip Cookies ini. 


Harapnya masih ada yang ingin meng-order Chocolate Chip Cookies resepi istimewa ala-ala famous amos ini. Kalau orang lain dah tutup tempahan tapi Jijah masih lagi mengambil tempahan kerana Jijah pun buka order pun agak lambat so agak tidak adil untuk menutup order awal kan? HEHE. 


So here it is, my Chocolate Chip Cookies. Tak rugi kalau korang beli sebab harga memang murah okes? Hanya RM 20 untuk sebalang tau! Mana nak dapat harga yang begitu dengan kerangupan yang mengasyikkan dan kesedapan cookies itu sendiri? Jijah bukan mengguna chocolate chip biasa jadi harga pun tak boleh nak murah daripada RM 20 lah. Itu pun dah kira terrrsangat murah katanya! Hah! Jadi uols? Apa lagi....Jom ORDERRRR! :D


Chocolate Chip Cookies

RM 20 / sebalang ( 50 - 55 keping / sebalang )

*jika pos , harga tidak termasuk kos penghantaran*


Chocolate Chip Cookies -- sebalang RM 20!

Chocolate Chip Cookies ini memang akan membuat korang makan sekeping nak makan berkeping-keping lagi. HEHE. Percayalah! Jadi untuk sesiapa yang hendak mengorder Chocolate Chip Cookies ini masih lagi boleh meng-order kepada Jijah! Sebelum apa-apa Jijah juga ada membuat penghantaran Chocolate Chip Cookies ini menggunakan Pos Laju sekiranya korang tak boleh nak datang pick up dekat rumah Jijah di Wangsa Maju. Cuma terdapat penambahan harga untuk kos penghantaran lah. Anggaran dalam RM 5 sehingga RM 15 ( mengikut berat sebenarnya kos penghantaran ini serta zone tempat ). InsyaAllah , dijamin selamat! Jadi bagaimana pula cara untuk meng-order Chocolate Chip Cookies ini? =)

Bagaimana mahu meng-order Chocolate Chip Cookies ini?
  • Hantarkan order korang di email : jingliq1125@yahoo.com
  • Sila nyatakan kepada Jijah :
    1.  

  1. Nama
  2. No Telefon
  3. Tarikh Yang Ingin DiAmbil/DiHantar (kalau menggunakan khidmat Pos, tarikh yang ingin dihantar mestilah sebelum 15 Ogos)
  4. Pick Up Sendiri atau Pos Laju
  5. Alamat (jika ingin menggunakan khidmat Pos Laju)
  6. Kuantiti

  • Kemudian setelah korang menghantar detail-detail tersebut tunggu reply dari Jijah tentang confirmation dari Jijah ye.
Okay itu tentang cara-cara pembelian Chocolate Chip Cookies. Mudah sahaja kan? Hanya perlu email dan tunggu reply Jijah untuk confirmation saja. Kalau sudah ada yang ready stock memang Jijah akan terus inform korang dan korang sudah boleh mengambil sendiri di rumah Jijah atau Jijah akan pos kepada korang =)

Syarat-Syarat Pembelian Chocolate Chip Cookies
  • Setelah mendapat confirmation daripada Jijah, Jijah akan memberi no account Maybank Jijah dan pembayaran sudah boleh dilakukan. 
  • Sila sertakan bukti pembayaran dengan menunjuk bukti resit atau printscreen bukti pembayaran yang telah dilakukan.
  • Pembayaran MESTI dilakukan SETELAH mendapat CONFIRMATION dari Jijah untuk mengelakkan sebarang masalah dalam urusan jual beli.
  • Setelah membuat pembayaran , korang sudah boleh mengambil Chocolate Chip Cookies di rumah Jijah iaitu di Wangsa Maju atau Jijah akan menghantar pesanan korang melalui Pos Laju.
Sebenarnya syarat-syarat ini untuk memudahkan urusan kedua-dua sekali. Jijah tak pening kepala dan korang pun sama kan. Jadi, unggu apa lagi kan? Mari cepat order Chocolate Chip Cookies sebelum Raya ni ! Tak Raya pun masih boleh beli uols , insyaAllah lepas Raya nanti pun akan meneruskan bisnes kecil-kecilan ini. Cuma untuk tempahan Raya , Jijah akan menerima tempahan korang sehingga 6 Ogos nanti sahaja. Selepas tarikh tersebut tempahan akan ditutup. Kecuali kalau ada yang ready stock dalam beberapa balang, Jijah akan beritahu kelak kalau ada yang ready stock punya selepas tarikh tamat order itu. HEHE.


Hah! Nampak sedap tak?! HEHE.

Harap-harap masih ada yang sudi untuk membeli Chocolate Chip Cookies ini. Setiap pembelian korang amat berharga untuk Jijah. Lagipun bisnes kecil-kecilan ini Jijah bukan hendak mengaut untung sangat pun. Cuma untuk membantu sedikit keluarga Jijah. Jadi bila korang membeli sebalang pun dah dapat meringankan bebas sedikit sebanyak. Tapi Jijah tak memaksa tau. Cuma kalau ada yang membeli terasa seronok sedikit. HEHE. 

So apa lagi korang? Jom beli Chocolate Chip Cookies dengan Jijah! Hanya RM 20 sahaja sebalang! Murah kan?! Hiks! :D

Terima kasih sudi baca entri ini ! :)


Monday, August 6, 2012

Ada Apa Dengan Minggu Ini?

Beberapa hari yang sudah fikiran sarat dengan macam-macam perkara. Ada yang baik dan ada juga yang sebaliknya yang telah terjadi dalam beberapa hari yang sudah. Tapi Alhamdulillah berjaya juga ditempuhi meskipun dalam tidak sedar Jijah asyik mengeluh sana dan sini. Kadangkala diri sendiri terlalu leka mengikut emosi dan perasaan amarah sehingga lupa tentang segalanya. Hah! Kan dah menyesal sekarang?! Sobs.

Kalau boleh minggu ini seboleh mungkin hendak mengupdate macam-macam benda. Ada banyak entry yang tertangguh masih terperap dalam draft. Memang agak kurang masa lapang untuk mengetuk kibod. Jijah pula jenis tak suka menulis dalam kadar yang ringkas tanpa ayat drama kan? Itu yang asyik tertangguh saja bila tidak ada idea ketika menulis. Sadis lagi. Tapi apa-apa pun Jijah kena gigihkan diri juga untuk mengupdate macam-macam entry untuk minggu ini. 

Ada beberapa cherita baru yang nak dikongsi bersama. Paling hangat tu. Paling menarik kot? Heh Heh Heh. Tapi itu semua kemudian okes? Tetap Jijah eksaited kan bila bercerita? Harus uols! Nak belogwalking pun masih kurang kesempatan. Maafkan saya! Tak apa bila Jijah ada masa terluang pasti Jijah akan curi sedikit masa untuk belogwalking ke belog korang okay? Gituh! So apa yang menarik sangat minggu ini?


Apa yang Jijah sedang buat itu?
Eh?

Hah! Siap ada wife Aaron Aziz , Diyana Halik tu! Agak-agak korang apa yang menarik ni? HEHE. Memang menarik sangat katanya! Tapi hold on dulu cherita itu. Tunggu next update k! Aiyooooo...ada banyak next update ni. Takpe , tunggu okay?! :p

Ada ke yang tahu ke event apa yang Jijah pergi sampai ada wife Aaron Aziz ni? :D

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, August 1, 2012

Ku Pohon Restu Dari Jauh. Mampoooo Tetibe?

Terasa terasing pula bila buat tajuk entri seperti ini. Terasa macam sekarang berada di Scotland dan esok ialah Hari Raya. Terasa saja lah. Padahal , tajuk entri dengan isi kandungan mesti jauh berbeza. HEHE. Biasalah. Otak tengah tepu. Otak tengah gigih mencari kembali idea yang sudah jauh ku tinggalkan sejak beberapa minggu ini. Semenjak Puasa memang sedikit sibuk seperti dinyatakan dalam entri sebelum ini. Hendak mencari ruang untuk mengetuk kibod pun memang tak sempat punya. Hendak mencari ruang untuk tidur pun kadang-kadang main taram tidur aci sepoloh minit sebelum berbuka kan? Heh.

Konon nak buat entri pendek sahaja. Nak beritahu. Pagi tadi telah selamat melakukan penghantaran pertama untuk balang-balang Chocolate Chip Cookies yang telah di order. Excited dan Nervous bercampur baur. Apa yang paling takut kalau Cookies itu tidak seperti yang mereka harapkan ke-sedap-an-nya. Tapi kalau ikut tekak Jijah yang memang hantu Chocolate Chip Cookies, rasanya memang sudah sedap. keh keh keh , angkat bakul sendiri. hewhewhew! :p

Apa jua yang orang komen, insyaAllah akan Jijah perbaiki lagi mutu kesedapan (andai ada yang komen lah kan? :p) nya nanti. HEHE. Yang penting Jijah nervous sangat sekarang ni. Harap-harap bungkusan balang-balang tersebut akan selamat sampai ke tangan pembeli yang disayangi. Duhai biskut tersayang , jangan kasi hancur ya? Kesian dekat Jijah nanti. Sobs. #tetibe.


HEHE , Terima Kasih rakan-rakan tersayang yang sudi menyokong bisnes kecil-kecilan Jijah :*

Terima kasih sudi baca entri ini :)


Sunday, July 29, 2012

9 Ramadhan

Akhirnya , Jijah dapat juga meluangkan masa mengetuk kibod netbook tersayang. Akhirnya. Semenjak Ramadhan bermula memang agak kurang ghairah untuk mengupdate apa-apa dalam belog kesayangan. Ada banyak juga benda yang ingin diupdate tetapi akhirnya berkubur begitu sahaja. Sikap pemalas masih tidak dapat dihindarkan lagi. Sadis.


9 Ramadhan dilalui dengan macam-macam dugaan dan ragam. Tambahan bila Jijah memberanikan diri untuk menjual Chocolate Chip Cookies kepada umum. Sebelum ini hanya makan untuk sendiri tetapi demi hendak mencari duit lebih memang nak tak nak Jijah kena juga menggigihkan diri untuk menjual biskut raya kan? HEHE, tapi cuma sekarang dah seghupe Zombie jugak bila terpaksa korbankan waktu tidur apabila tempahan untuk Chocolate Chip Cookies semakin banyak. Alhamdulillah. Rezeki bulan Ramadhan ni memang sesuatu yang Jijah sendiri teruja dan bersyukur sangat-sangat dengan kurniaanNya. Kalau korang masih ingin meng-order Chocolate Chip Cookies Jijah, masih lagi sempat untuk meng-order okes! Jom order , hanya RM 20/ sebalang! Murah sangat tau! =)




Jom Order Jom Order! ^_^
RM 20/sebalang :D

Puasa tahun ini memang berbuka dengan kadar yang sangat sederhana. Tak ada mood untuk pergi ke Baazar Ramadhan. Seringkali terkena membeli makanan yang kadangkala hanya nampak sahaja sedap tapi bila rasa mahu mengomel pun dah tak ada guna lagi. Begitulah. Cuma semalam sebab teringin sangat dengan Popia Basah , Tepung Pelita ,dan Air Tebu maka pesan dekat Umi dan Ayah untuk belikan di Baazar Ramadhan semalam. Hasilnya? 


Nasi Goreng Ayam Kampung , Kuih Buah Melaka , Tepung Pelita , Popia Basah dan Air Tebu yang tiada dalam gambar.

Alhamdulillah. Nikmat yang tidak terkata semalam. Kuantiti makan sedikit. Tapi kekenyangan sampai ke sahur uols! Entahlah! Ramadhan kali ini hanya teringin minum sahaja. Makan tu kadang-kadang belum tentu makan sangat. Mungkin sebab takut terlebih kenyang nanti ada juga terbongkang atas katil lepas Maghrib kan? Hah! Habis tu siapa nak jadi penjaga oven masa membakar cookies kan? Hahahaha.

HEHE. Random saja entri ini. Lemau gila lately. Mungkin sebab tidur dah tak menentu dalam kadar waktu yang sedikit kan. Bila nak mengupdate pun memang tak sempat sangat. Lagi rela menghabiskan sisa waktu dengan dengkuran eh! tidur katanya. HAHA, over sangat Jijah! HEHE , so amacam Ramadhan korang? Okay tak? HEHE. 

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks!