Home

Showing posts with label Tuan Anas Mikael. Show all posts
Showing posts with label Tuan Anas Mikael. Show all posts

Monday, November 30, 2015

Nak Tuan Anas Mikael Ke Nak Aaron Aziz?

Amboi! Tajuk entri ini bukan main lagi khen? Ada rasa nak cecubit manja pipi Jijah yang takde beza macam kuih pau ni tak? Kehkehkeh. Eh cecubit manja bukan sesedap percuma je. Sekali cubit termasuk GST RM 5.30 tau! Kahkahkah , merepek lah kau Jijah!

Sebenarnya Jijah ada satu entri basi yang nak diketuk-kibod-kan dan update di dalam belog picisan ini. Namun seperti alasan sebelum ini , masa cukup mencemburui Jijah. Kadang-kadang waktu untuk tidur pun tinggal sipi-sipi sahaja. Apatah lagi hendak membuka laptop dan mengetuk kibod khen? Begituuuulah sokmo alasannya. Ekekekeke.

Jadinya , macam biasa. Jijah kasi teaser dulu. Antara nak update mengenai Meet & Greet Tuan Anas Mikael bersama peminat atau nak Jijah update mengenai Aaronators FC 4th Anniversary yang baru aje berlangsung Sabtu lepas? Haaaa pilih cepat! Ekekekeke , bukan main lagi suruh pilih memilih khen? Dah macam pilih kain ghupenya :p




Tuan Anas Mikael atau Aaron Aziz?

Ewah!

Bukan main lagi si Jijah ni kasi pilihan khen? Biasalah Jijah kan? Suka aci acah-acah main teka teki begitu. InsyaAllah dalam minggu ini juga salah satu entri itu akan Jijah usahakan untuk ditulis sepantas yang mungkin. Lagipun nak share kemeriahan yang luar biasa Jijah lihat pada Meet & Greet Tuan Anas Mikael serta di Anniversary Aaronators FC. Semua ini wajib diketuk-kibodkan supaya akan tersimpan rapi bukan sahaja dalam memori tetapi dalam belog picisan ini juga. Dah lupa ke? Ini kan belog Aaron Aziz jugak *emotikon nangis ketawa* HAHAHAAHAHAH.

Jadi , sampai sini dulu lah ya? Nanti Jijah ketuk kibod lagi. Semoga kerajinan seiring dengan masa yang mencukupi untuk diketuk-kibod nanti. Almaklumlah , Jijah ni khen kena ada mood yang seiring baru lah entri nampak vogeh da vazz khen? Ekekekeke. Okbai!


Terima kasih sudi baca entri ini :) 

Wednesday, October 28, 2015

[Akan Datang] Tuan Anas Mikael Lakonan Aaron Aziz & Zara Zya Bermula 9 November 2015 Di Astro Ria!

Sekali lagi Aaron Aziz digandingkan bersama dengan Zara Zya untuk drama adaptasi novel yang terbaru iaitu , Tuan Anas Mikael. Jijah yakin , pasti ramai yang sudah mengetahui tentang perkara itu bukan? Kalau belum tahu , nah Jijah nak bagitahu kerana Jijah cukup teruja untuk melihat gandingan ini di layar tv! Untuk yang tidak mengetahui , novel Tuan Anas Mikael merupakan hasil garapan penulis , Syamnuriezmil. Selain itu , drama Tuan Anas Mikael ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan turut dilakonkan oleh Wan Sharmila , Raja Ilya , Fazlina Ahmad Daud , Normah Damanhuri dan ramai lagi.

Ada diantara korang yang sudah membaca novel Tuan Anas Mikael ini? Mesti ramai juga yang sudah membaca novel ini kan? Jijah pun sudah membacanya. Bila sudah membaca haruslah , semakin tidak sabar untuk menonton kan? Mahu nya tidak kan? Bila membaca pun boleh tahan tersipu senyum dek kerana manis potong kaki yang melampau jua. Nanti bila di skrin pasti perasaan tersipu begitu akan ada jua khen? Ecehhh! Jijah yakin Aaron Aziz mampu untuk membawa watak sebagai Tuan Anas Mikael dengan baik begitu juga dengan Zara Zya pasti dapat membawa watak sebagai Cik Ayu Maisarah dengan jayanya. Bila membaca novel tersebut memang boleh bayangkan watak masing-masing. Harapnya , drama ini tidak mengecewakan lah khen? 



Tulis pepanjang pun tiada guna lagi. Meh kita baca sinopsis novel dulu jom? 

Drama Tuan Anas Mikael mengisahkan tentang Tuan Anas Mikael yang telah diberikan tempoh tiga bulan oleh Puan Sri Tengku Anansa untuk mencari seorang wanita yang sempurna. Jika tidak, dia akan disatukan dengan calon pilihan Puan Sri, iaitu Safra Ariana yang merupakan cucu kepda Tun Akhiruddin.
Selepas dua bulan berlalu, Tuan Anas Mikael gagal mencari seorang yang sempurna. Dia kemudian membuat perancangan menjadikan Ayu Maisarah yang merupakan anak tukang cuci di rumahnya sebagai calon pilihan. Ayu terpaksa menjalani pelbagai latihan persiapan diri tanpa mengetahui tujuan sebenar Tuan Anas Mikael. Ayu Maisarah sekadar menurut kerana menyangkakan Tuan Anas Mikael ingin memilihnya sebagai pengurus projek di Krabi.
Dalam masa yang sama, Tuan Anas Mikael tidak mengetahui bahawa Ayu Maisarah sebenarnya menyimpan satu rahsia besar dan bersetuju dengan penyamaran tersebut kerana tidak mahu rahsia itu terbongkar.
Dalam tempoh penyamaran sebagai kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh hati. Namun Ayu Maisarah tidak mahu peristiwa lalu berulang kembali, jadi rasa cintanya itu tidak pernah diluahkan pada Tuan Anas Mikael.
Satu hari ketika di Krabi, Tuan Anas Mikael sendiri yang meluahkan rasa cintanya kepada Ayu. Tetapi Ayu menolak.
Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Jangan lupa saksikan kisah penuh rahsia dalam Drama Tuan Anas Mikael pada bulan November nanti hanya di Saluran Astro Ria.
Hah! Bagaimana selepas membaca sinopsisnya itu? Mungkin ada yang akan kata menarik. Mungkin juga ada yang katakan tidak. Mungkin juga yang akan tengok drama dulu baru tahu bagaimana khen? Tak kisahlah. Kalau berpeluang untuk menonton , sila lah menonton bermula 9 November nanti di Astro Ria & Astro Ria HD. Kalau yang rajin skodeng IG Puan Penerbit Ziela Jalil , hahhhh memang banyak jugak gambar yang memanisssss khen? Kalau tak skodeng lagi , pergi skodengggg cepattt! HAHAHAA , aku malas nak menepek gambar kekdahnya. Jadi sila lah skodeng yer? Hihiks!

Okaylah , bagi nak menyemarakkan lagi perasaan teruja untuk menonton ittuew , haruslah Jijah menepek promo awal Tuan Anas Mikael khen? Harussss! Nah kasi tengok sikit!


Teruja ke tidhokkkk?

Hihiks!

Jijah dah mencakarrrr segala lantai dah dinding dah oiii!

Wakakakaka!!

Bila Jijah mula menggeletis khen? HAHAHA , alahai , sekali sekala biarlah geletis sikit khen? Nak serius sajork , dapat apa khen? Hihihi. Tak adalah , memang agak teruja untuk menonton drama Tuan Anas Mikael ini. First , of course sebab my favourite hero , Aaron Aziz. Second , aku tahu bakat lakonan Zara Zya bukan setakat itu saja , dia boleh bawa watak tersebut dengan baik. Ketiga , bila baca novel pun aku dah tersenyum macam orang kena sampuk , mudah-mudahan drama adaptasinya tidak mengecewakan! Hihiks!

Saja tulis entri ini awal-awal. Orang kata , kasi panas enjin gittuew. Nanti kalau menarik lagi , mana tahu tiba-tiba ada entri pasal Tuan Anas Mikael lagi khen? Hihiks. Nah sebelum entri ini dititik-noktahkan , hamiklah tengok sekeping dua gambar yang dah lama sebab tak ada yang latest dengan Aaron Aziz & Zara Zya. Gittuew. Wajib okay disetiap drama yang diperomot ada gambar bersama theyols khen? HAHAHAHA riak takburrr sungguh! Eh mana ada! *panggggggg


HAHAHAAHHA.

Epic oiiii gambar ni! Semoga Zara Zya tidak sumpah seranahkan aku menjadi batu atau kayu jikalau dia terbaca entri ini HAHAHAHA.

Hai Cik Ayu Maisarah :p


Dah kenapa makin handsome ni Tuan Anas Mikael!!!?!!!

HAHAHAHA stress oi!

*cakar laptop sekarang!* eh baiiiii


Sinopsis dah share , Video dah share , gegambar pun dah share! Jadi , ada yang tak sabar macam Jijah tak? Sila angkat keyboard masing-masing kalau ada yang tak sabar jua! Hiks!

Terima kasih sudi baca entri ini :)