Home

Showing posts with label Redza Rosli. Show all posts
Showing posts with label Redza Rosli. Show all posts

Thursday, November 3, 2016

Slot Azalea TV9 : Amsyar Lakonan Hebat Elly Mazlein , Redza Rosli & Ben Laden Setiap Selasa - Ahad Jam 8.30 Malam.

Macam sudah terlalu lama Jijah tidak mengetuk kibod mengenai drama yang menarik untuk ditonton khen? Hihiks , maaflah , sejak dua menjak ini memang sedikit sibuk sehingga diri sendiri pun tidak terkejar untuk menonton mana-mana drama yang sedang ditonton di televisyen. Kali ini Jijah hendak mengajak korang untuk menonton sebuah drama terbitan Zeel Production untuk Slot Azalea di TV9. Drama yang bertajuk Amsyar yang dilakonkan oleh Elly Mazlein , Redza Rosli , Ben Laden , Hairi Safwan , Nafiz Muaz , Faralyna Idris dan ramai lagi. Amsyar yang bertemakan kekeluargaan ini telah diarahkan oleh pengarah tersohor Murali Abdullah.

Sebenarnya drama Amsyar ini telah pun bersiaran pada 28 Oktober yang lepas. Jijah sempat menonton episode 1 drama tersebut dan ternyata ia bukan drama yang biasa-biasa kerana mempunyai para pelakon yang bukan calang-calang. Lakonan pelakon utama , Ben Laden turut menjadi tumpuan Jijah kerana lakonannya cukup mantap untuk beberapa episode awal ini. Tak percaya? Haaaa , kena tonton sendiri baru lah korang akan percaya dengan statement vazz Jijah khennn? Kihkih! Jom baca sinopsis dahulu buat mereka yang masih belum menonton. 


Drama Amsyar mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Amysar yang kehilangan kedua orang tuanya dalam satu kemalangan jalan raya. Sebagai seorang anak tunggal Amsyar tinggal sebatang kara dan dijaga oleh pak LANGnya bernama Shahrul. Namun isteri Shahrul tidak menyukai Amsyar dan menganggapnya sebagai bebanan pada keluarga mereka.
Selepas tu Amsyar tinggal bersama seorang lagi bapa saudaranya bernama Azhar. Tetapi ramai pula yang tidak menyukainya di situ sehinggakan dia sering dimarahi, dipukul dan didera.
Kerana tidak mahu menjadi bebanan pada orang lain, Amsyar redha tinggal di Teratak Kasih sebuah rumah anak-anak yatim yang menempatkan budak-budak yang senasib dengannya. Pemilik rumah anak yatim itu bernama Waheeda.
Apa akan berlaku kepada Amsyar selepas itu. Dapatkah dia hidup dengan lebih bahagia dan tenang? Untuk mengetahui kesudahan kisah penuh emosi ini, jangan lupa tonton Drama Amsyar pada setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di slot Azalea TV9 dan siaran ulang tayang di TV3
Baca sinopsisnya sahaja sudah mengetahui jalan cerita ini cukup berat khen? Pasti kita sebagai penonton pun turut bermain emosi apabila menonton drama Amsyar ini. Jijah sendiri turut terkesan tatkala menonton tempoh hari. Tambahan pula semua pelakon yang terdapat dalam drama bersiri ini bukan menampilkan lakonan yang biasa-biasa. Tulis pepanjang pun tiada guna khen? Mohler kita tengok gambar pulek!







Sinopsis sudah diberi dan gambar-gambar para pelakon utama pun sudah diberi. Jadi korang semua jangan buat-buat lupa pulak untuk menonton drama bersiri Amsyar yang disiarkan di TV9 setiap hari Selasa sehingga Ahad jam 8.30 malam. Jijah yakin korang semua pasti akan menyukai dengan setiap satu watak yang dijayakan dalam drama ini. Jadi jangan lupa menonton okay? 

Terima kasih sudi membaca entri ini :)

Thursday, May 19, 2016

[Akan Datang] Jangan Lupa Saksikan Seindah Takdir Cinta Lakonan Saharul Ridzwan , Amyra Rosli & Redza Rosli Di TV3 Bermula 25 Mei Jam 7 Malam.

Mesti korang masih ingat dengan entri acah-acah manja Jijah mengenai Seindah Takdir Cinta bukan? Mana boleh korang tak ingat sebab baru-baru ini aje Jijah baru mengupdate mengenai drama Akasia yang bakal disiarkan di TV3 ini tau. Nak kena cubit kalau tiba-tiba tak tahu khen? Kikikiki.

Seindah Takdir Cinta merupakan sebuah drama yang diadaptasikan dari sebuah novel nukilan Kamsiah Abu. Drama 28 episode ini diarahkan oleh Zul Huzaimy dan dilakonkan oleh Saharul Ridzwan , Amyra Rosli , Redza Rosli dan ramai lagi. Mesti ramai juga yang tidak sabar untuk menonton drama yang berunsurkan kisah cinta kerohanian ini kan? Terutama sekali mestilah bagi peminat para pelakon utama ini kan?


Meh kita baca sinopsis sikit!

Kisah cinta gadis yang hanyut dalam hidup bernama Mia Karmila (lakonan AmyraRosly) yang terkejut dengan kematian sahabat baiknya, Zila dalam satu tragedi. Akibat daripada kematian itu, Mia mula merasai insaf dan mula ingin berubah. Dan takdir membawanya bertemu dengan seorang pemandu teksi bernama Shariman (lakonanSaharulRidzwan) . Ibu dan ayah Shariman turut mengusahakan madrasah anak yatim.Ilmu agama yang tebal dalam dirinya membuatkan Shariman sentiasa dihormati. Siapa sangka, perkenalan yang seketika memberikan rasa cinta lahir di hati Mia. Pun begitu, Adrian (lakonanRedzaRosli) turut memendam perasaan kepada Mia. Ditambah pula hubungan baik dia bersama keluarga Mia membuatkan dia ingin memiliki Mia. Kerana berada di dalam dilemma, Mia yang mula menaruh perasaan kepada Shariman akhirnya mencabar Adrian untuk menghafal beberapa surah di Al Quran. Siapa sangka, takdir membawa Adrian berkenalan dengan Shariman. Adrian meminta Shariman yang mengajarkannya. Secara tak langsung, daripada seorang kasanova liar, Adrian mula menerima hidayah. Mia Karmila akur dengan Adrian yang sanggup menerima dan berjaya memenuhi cabarannya. Tanpa diketahui, ada rahsia dan kedukaan jauh lebih besar tersimpan di dalam hati ketiga insan ini dalam meniti takdir mencari cinta yang sejati. Apakah rahsia itu? Apakah akhirnya takdir cinta mereka?Semuanya dalam Seindah Takdir Cinta – Isnin hingga Khamis 7 malam di TV3.

Boleh tahan berselirat juga emosi dan perasaan tatkala menonton drama ini nanti berdasarkan sinopsisnya sahaja. Ada tak yang dapat merasakan perkara yang sama seperti yang Jijah rasakan tak? Hehehe. Jijah yakin setelah membaca sinopsis tersebut, korang mesti ada rasa sedikit tidak sabar untuk menonton meskipun perasaan sedikit berkecamuk setelah membacanya. Yang penting Jijah merasakan jalan cerita tersebut meskipun sedikit berat namun sangat sesuai dengan musim Ramadhan yang bakal tiba tidak lama sahaja lagi. Kalau asyik cerita yang romantis terlebih , yang santai terlebih nampak seperti tidak kena pula dengan musim Ramadhan nanti khen?

Nak tulis pepanjang pun tidak guna juga. Korang semua kena nantikan 25 Mei ini untuk menyaksikan episod pertama Seindah Takdir Cinta ini. Seperti biasalah kan? Jijah memang suka tayangkan gambar-gambar ekslusif buat pembaca belog picisan Jijah kan? Nah untuk tatapan peminat Saharul Ridzwan , Amyra Rosli & Redza Rosli.







Thanks Raime Zeel Production for the picture!

Mesti ada yang dah tersenyum-senyum lettuew kesukaan bila gambar artis kegemaran korang ada dalam belog picisan ini khen? Haipppppp berhenti sengih tu. Nampak teruk naw sengih tu! HAHAHAHA tehtiber! Okay Jijah tahu ada yang tak puas lagi nak menatap wajah retis kesayangan korang kan? Iyeke ada yang tidak puas hati ittuew? Jijah ada lagi gambar nak tayangkan pada korang lagi. Tapi takkan semua nak letak sekali harung dalam entri ini khen? Nanti korang muak pulak kan! Eh kejap suka kejap muak , ewah! HAHAHAHA.

Takpe kita share sikit-sikit sahaja dahulu. Tapi ada jugak gegambar yang ehem nak dishare pada korang. Mesti korang tertanya-tanya Jijah tak ada melawat kawasan tempat shooting mereka ke? Ewah! Apa korang ingat Jijah pengerusi FINAS ke tiap kali orang shooting nak kena pergi melawat? HAHAHAHA. Korang rasa?


Kihkihkih , pergi melawat kawasan jugak konsepnya!
Asalkan yang molia tuan penerbit kasi greenlight , haruslah datang singgah :p

Terima Kasih yang molia Hajizil :)


Saharul Ridzwan & Jijah.

 Auwch santeknya posing ini!

Tehtiberrr!


Jijah & Redza Rosli.

Manissss orangnya! Hiks.


Amyra Rosli & Jijah.

 Hat ni memang manis dan comel!

Nak tahu cerita lanjut , nanti Jijah akan cherita dalam entri yang lain pula ya? Tahu , korang tu bukan nak baca sangat kalau dah nampak gambar bertepek-tepek ittuew! Jadi nanti next time Jijah tulis dan cherita hokkay? Jadinya jangan lupa untuk menyaksikan episode pertama Seindah Takdir Cinta bermula 25 Mei ini pada jam 7 Petang di TV3!



Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, May 12, 2016

[Teaser] : Seindah Takdir Cinta Lakonan Saharul Ridzwan , Amyra Rosli & Redza Rosli Di Slot Akasia.

Rasanya macam sudah lama Jijah sudah tidak ada update mengenai drama Akasia khen? Mesti ada yang ternanti-nanti Jijah tulis mengenai drama Akasia khen? Mesti dah ada yang rindu khen? Kahkahkah , kalau tak perasan memang bukan Jijah kan! HAHAHAHA.

Kali ini Jijah nak mengajak korang untuk menonton drama Akasia yang bakal bersiaran tidak lama sahaja lagi iaitu Seindah Takdir Cinta. Seindah Takdir Cinta merupakan adaptasi novel dari penulis Kamsiah Abu dan drama ini diarahkan oleh Zulhuzaimy. Drama ini dilakonkan oleh Saharul Ridzwan , Amyra Rosli & Redza Rosli. Bila tengok barisan nama pelakon ada yang dah tak sabar ke? Hihiks.

Memandangkan Jijah sekadar nak kasi teaser sahaja , jadi Jijah cuma update yang ringkas-ringkas sahaja. Orang kata, acah-acah manja sahaja. Nanti Jijah update dengan banyak lagi gambar menarik beserta sinopsis untuk drama ini okay? Mesti ramai peminat Saharul Ridzwan , Amyra Rosli serta Redza Rosli yang ternanti-nanti khen? Hopcozlah! Jadi dah nama pun teaser , kita kasi gambar acah-acah manja dulu okay?






Haaaaaa.. acah-acah manja pun dapat lah jugak khen korang tengok wajah artis kesayangan korang tu khen? Mesti seronok lettuew! Nanti Jijah update lagi okay? Apa yang penting , jangan lupa menonton Seindah Takdir Cinta pada 25 Mei nanti di TV3 okay? Muahciked!

Terima kasih sudi baca entri ini :)