Home

Showing posts with label Samsung Galaxy Core. Show all posts
Showing posts with label Samsung Galaxy Core. Show all posts

Wednesday, December 25, 2013

Enam Hari Sebelum 2014.

Hati bagai tergerak untuk mengupdate belog pada ketika semua orang bercuti dan bergumbira bersama ahli kelorga. Amboi mukadimah bukan main berbunga-bunga bahasa kan? HAHAHA. Ya , memang tiba-tiba terasa untuk mengupdate belog pada hari ini. Rasanya bulan ini paling pasif sekali untuk mengupdate belog. Padahal bukan tiada cherita untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca belog picisan ini khen? Gittuew.

Memang masa dan kesempatan terasa semakin hari semakin sempit untuk mengetuk kibod. Memang cukup bertuah andai dapat mengetuk kibod tatkala sedang sibuk dengan urusan duniawi dan lagho. Amboi! Jujurnya memang sekarang terlampau sibuk sehinggakan tidak sempat langsung untuk membuka netbook apatah lagi untuk mengetuk kibod kan? Sadis pula rasa. Tapi demi sesuap spagheti , redho sajo dengan semua ini. Eceh.

Sedar tidak sedar , 2013 yang penuh kisah suka dan duka ini bakal ditinggalkan tidak lama saja lagi. Memang tak percaya yang kita semua sudah berada di penghujung 2013 tapi bila tengok balik kalendar , ya memang betul kita sudah di detik penghujung 2013. Masa yang berjalan terlalu pantas sampai diri sendiri pun kadangkala tidak sedar. Atau selalu sangat tak sedar diri? EH! HAHAHAHAHA. 

Makanya ada lebih kurang enam hari lagi sebelum memasuki tahun 2014. Seperti sediakala , Januari sentiasa menjadi bulan paling digemari. Tak payah tanya sebab apa. Sebab itu bulan kelahiran kan? Mesti dan wajib digemari walaupun semakin meningkat usia semakin kabur ada apa dengan tarikh hari jadi kan? Eceh , gaya tulis macam dah berusia 60 tahun sangat kan? Padahal 20 tahun pun tak cecah lagi ni. Hihihi. 

2014 bakal tiba dan 2013 bakal meninggalkan kita semua. Mungkin jika rajin ada entri khas mengenai cheritera tentang kehidupan 2013 aku. Itu jika rajin. Jika tidak rajin , ehem , terus cherita pasal 2014 sajork lah kan? HAHAHA. Cuma apa yang boleh aku tulis sekarang , 2013 terlalu banyak suka dan duka , turun dan naik keadaan diri aku. Emosi sering tercabar dan dicabar dengan perkara paling remeh dan perkara paling hebat dugaannya. Namun Alhamdulillah , segalanya berjaya ditangani dengan baik. Mungkin 2013 bukan tahun yang bertuah seperti selalunya tapi 2013 membuka mata aku melihat siapa yang benar-benar sayang aku dan siapa yang hanya sayang aku bila perlu saja. Alhamdulillah , Tuhan membuka mata dan hati aku. Syukur.

Banyak pula aku menulis dalam entri kali ini. Mungkin melepas perasaan setelah sekian lama tidak mengetuk kibod. Akhirnya dapat jua peluang walaupun sedikit cuma. InsyaAllah jika mempunyai masa lagi , aku akan berusaha untuk mengupdate lagi dengan lebih gigih. Mungkin aku perlu mengatur masa aku dengan lebih bijak supaya belog aku tidak lagi dilanda kesenduan dan bersawang kan? HEHE.

Mungkin aku boleh kasi teaser terlebih dahulu untuk cherita yang bakal menyusuri dalam belog ini akan datang.


Preview Filem Balistik.

InsyaAllah soon , Jijah akan kasi review beserta gambar-gambar okay?


Projek Amal Banjir Love Zara Zya FC.

Juga akan cuba mencuri masa untuk mengetuk kibod untuk berkongsi gambar dan cherita semasa Projek Amal Banjir tersebut berlangsung.


Sekarang kasi teaser gambar dua keping sahaja dulu. Jika berkesempatan , dalam minggu ini Jijah akan cuba untuk mengetuk kibod sepantas mungkin untuk berkongsi cherita bersama korang okay? Harap-harap ini bukan janji kosong tapi pasti! HAHAHA. Maklumlah , kadangkala bila hendak seragamkan segala benda untuk satu entri itu bukan mudah. Tambah bila kita ada kerja sampingan lain yang lebih penting kan? Gittuew. Suka betul menjelaskan keadaan walaupun orang macam kisah sangat pun kan? HAHAHA.

Rasa seronok bila dapat mengetuk kibod walaupun isi dalam entri ini memang sangat bercelaru khen? Macam ala-ala segala teaser tentang entri akan datang Jijah letak sekali harung kan? HAHAH. Konsepnya ini belog aku , ini suka hati aku lah kan? HAHAHA. Konsepnya memang suka hati sangat. Tapi memang seronok bila dapat mengetuk kibod. Rasa macam segala lelah yang bertandang dalam hati dilepaskan sekali harung bila mengetuk kibod. HEHE. Amboi bunga-bunga bahasa kembali lagi kan? HEHE.

Okay sebelum Jijah titik-noktahkan entri ini , Jijah nak tepek sekeping gambar. Jijah memang begitu kan? Bila kasi banyak gambar , habis sampai juling mata Jijah tepek kan? Bila sikit , memang bebetul sikit kan? HAHAHA. 


Jijah & Zara Zya selepas di Anugerah Skrin tempoh hari.

Belog kita , memang tugas kita menayang gambar-gambar yang kita ada lah kan?

EH!

BYEEEEEE.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, August 29, 2013

Hai Kekasih Baru , Samsung Galaxy Core.

Mata agak rabak. Tak cukup tidur. Semua gara-gara kehilangan telefon bimbit lantas otak semakin ligat untuk berfikir dan untuk membayang segalanya. Lepas itu memang mata kemain payah nak lelap. Cuma baru dua tiga hari ini baru dapat lelapkan mata untuk seketika. Akhirnya.

Sebenarnya kerana sudah dapat peganti Samsung Galaxy S3 Mini. Tapi rindu masih lagi membuak-buak dekat S3 Mini. Hampir lima bulan bersama , kemudian kita terpisah? Rasa nak mencakar diri sendiri bila teringat kembali. Okay , ayat kemain dramanya. Tapi memang betul punya rindu sampai terbayang segalanya. Hmm , kalau dah tak ada rezeki , memang dah tak perlu nak dikenang pun kan? Maka , selepas ini Jijah sila jangan careless!

Jadi hari Isnin yang lalu agak kelam kabut pergi survey telefon bimbit baru. Telefon bimbit tu sudah umpama separuh nyawa dan terlalu penting untuk Jijah berurusan dengan customer khen? Gituew. Makanya , semalam dapat juga membeli telefon bimbit baru. Bajet memang harga di bawah RM 1K. Tak mampoooo chuols nak membeli Samsung NOTE 1 ke NOTE 2 ke , memang semua tak mampu. Waima Iphone pun tak mampu juga. Bukan dalam lingkungan bajet Jijah konsepnya. 

Lalu setelah hampir berpuluh-puluh minit berada di kedai telefon , Samsung Galaxy CORE menjadi pilihan. Okay , mungkin orang tak familiar kot. Tapi untuk Jijah yang kekurangan bajet ini , Jijah rasa not bad juga Galaxy CORE ini. Harga yang Jijah dapat juga sangat berpatutan siap dapat tambahan 16gb memory card / screen protector dan casing. Jijah kan berjimat cermat demi masa depan konsepnya. Gittuew. HAHAHA.


Hello Kekasih Baru , Samsung GALAXY CORE.

Baru beberapa hari menggunakan Samsung GALAXY CORE dan setakat ini boleh tahan selesa menggunakan GALAXY CORE ini. Functionnya tidak ada beza dengan S3 Mini. Cuma skrinnya lebih besar sedikit berbanding S3 Mini. But somehow, masih merindukan S3 Mini. Semua info penting dan contact number yang penting semua ada dalam S3 Mini. Lepas itu memang S3 Mini antara penyumbang utama Jijah meniaga Popia Roll Mini. Lain macam dia punya rindu tau , macam rindu dekat kekasih kot? HAHA. 

Tapi itulah , Alhamdulillah lah , dapat juga jumpa handphone yang masih dalam lingkungan bajet Jijah. Mula-mula agak risau kalau semua harga handphone mahal-mahal belaka. Mana Jijah nak cekau duit kan? Nak cari duit pun bukan senang zaman sekarang. Bila tiba-tiba handphone hilang tersentap juga perasaan. Jijah bukan orang senang dan berkemampuan macam orang lain pun. Tiba-tiba meluah perasaan motifnya? Hehe.

Jijah sangat-sangat berharap lepas ini tolonglah Jijah jangan careless lagi. Jijah juga berharap tak berlaku lagi kehilangan seperti ini. Memang satu malam suntuk Jijah tak boleh tidur. Asyik berfikir dan terus berfikir. Punya terus berkecamuk perasaan Jijah ketika itu. Tuhan saja yang tahu bagaimana berkecamuk perasaan Jijah ketika itu. Alhamdulillah , dapat juga membeli handphone baru. Sekarang kena berhati-hati dan sentiasa beringat selepas kejadian Ahad lepas agak menghantui diri.

Okay dah tak mahu cherita sedih-sedih. Entri ini pun terlambat beberapa hari dek kerana kesibukkan diri sendiri uruskan banyak hal penting dan tak berapa penting. Errr. Banyak benda nak update terus tak dapat kan? Terasa berkejaran sana sini seketika. Tapi nak kongsi sekeping gambar dahulu. 

Gambar Ahad lepas. Sebelum menyedari telefon bimbit S3 Mini ku hilang. Nak tulis pun terasa menyentap perasaan sendiri. SADIS LAH KAU JAH! urghhhh -__-'


AARON AZIZ.

YA AARON AZIZ melayan kerenah kegilaan kami semua.

Nak tahu apa?

Tunggu next entri okayyy?

Till then.


Terima kasih sudi baca entri ini :)