Home

Showing posts with label Soong Jong Ki. Show all posts
Showing posts with label Soong Jong Ki. Show all posts

Friday, April 1, 2016

Jumaat Yang Hening. Hening Ke?

Sebenarnya kalau ikutkan hati aku , memang terlalu banyak benda yang aku nak kongsikan dalam belog picisan ini. Memang terlalu banyak. Boleh dikatakan banyak juga event yang aku sertai dan cadangnya untuk dimasukkan gambar dan cerita dalam belog picisan ini. Namun pengakhirannya memang terbengkalai dalam draft begitu sahaja. Aku sendiri pun tak tahu memang kekangan masa yang menjadi penghalang atau itu sekadar alasan malas aku semata?

Heh heh heh , mungkin juga kekangan masa menjadikan aku sedemikian. Tapi boleh jadi juga aku sudah sedikit malas serta muak untuk rajin mengupdate seperti dahulu kala. Kot? Boleh jadi juga. Mungkin aku sedang mengalami fasa untuk berehat seketika. Mungkin. Tapi dalam masa sama aku rindukan belog ini meriah dengan macam-macam update. 

Cuma tiap kali hendak mengupdate , aku terasa malas Nauzubillah! HAHAHAHA. Iyelah , dengan belog ini kadang-kadang ada banyak peluang tersembunyi yang lain boleh digunakan. Bila datang perasaan malas begini , terasa sedikit rugi lah kan? Tapi itulah , nak cari semangat dan mood menulis balik pun kekadang muncul kekadang hilang ni payah jugak. Naik runsing jugak memandangkan menulis belog ini pun antara pendapatan sampingan aku. Boleh lah sesikit untuk tampung kehidupan di tetengah bandaraya KL ni khen? 

Entah bila Jijah nak kembali bersemangat menulis macam dolo-dolo kala khen? Kalau tengok entri-entri lama tersenyum sendiri betul. Bila tengok kegigihan masa tu macam nak mintak aje balik. Tapi sayangnya memang tak boleh nak diminta kan? Redha ajelah sekarang sampai tunggu satu masa kerajinan tu datang balik kan? HEHEHEHE.

Atau Jijah sekarang perlu berinspirasikan sesuatu seperti...



Hai Abam Joong Ki!

Kahkahkah , sekarang taste tak main dah hat Melayu sana. Nak hat nun mata sepet ala-ala Korea dah sekarang! Kahkahkah! Bukan main perangai geletis dia sejak dua menjak melayan DoTS khen? Gahahahahaha , pasrah ajelah semua. Bila sekali sekala buat perangai , memang macam gitu ler perangainya :p

Iyeke sekali sekala? Bukan selalu aje? HAHAHAHAH. Semoga semangat tercetus kembali selepas melihat gambar ittuew. Moga-moga! Okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, March 29, 2016

Terjebak Dengan KDrama : Descendants Of The Sun.

Jijah tahu mesti bagi yang mengikuti K-Drama sedang seronok mengikuti drama yang sedang mendapat sambutan iaitu Descendants Of The Sun (DOTS). Tanpa disangka-sangka , Jijah turut menonton K-Drama ini hokkay! Patut tak semua orang rasa terharu bila Jijah menonton K-Drama ni uols? Anggukkan ajelah kepala tu tanda terharu sekali! Kahkahkah!

Sebenarnya dalam rumah Jijah yang sedang sibuk menonton K-Drama , cuma kakak Jijah seorang sahaja. Dia ajelah yang sibuk duk Anyohaseyo sensorang dalam rumah tu ha. Sampai aku sendiri nak juling mata sokmo tiap kali dia sibuk Anyohaseyo tau! Kahkahkah.

Tapi itulah khen? Bila sibuk julingkan mata dekat orang lain , tempias teruk kena dekat diri sendiri! Alih-alih secara diam-diam aku pergi menonton online drama DOTS ni tau. Punya tak nak kena bahan dengan kakak aku balik , sanggup tengok dendiam tu. HAHAHAHAHA.




Sebenarnya bukan kakak aku seorang aje yang sibuk menonton drama ni. Aku nampak dekat timeline FB aku penuh rerakan aku sibuk buat ulasan dan juga share gegambar drama ini. Memang sebenarnya aku malas nak terjebak tengok drama Korea ni. Once dah terjebak memang selamat menjebakkan diri menonton lagi lah khen? Huhaiiiilahhhh , bayangkan aku terjebak tengok satu episode sampai aku terus terjebak tengok tujuh episode dalam masa dua hari huhaiiiii apakegilaaaanyaaaa! Sebenarnya kalau aku menggilakan lagi diri dengan tak tidur malam semua rasanya dalam masa dua hari aku mampu marathon 10 episode terus kahkahkah. Tapi biarlah berpada-pada. Kau tu kena rehat jugak Jijah! Tehtiber kasi nasehat! Kahkahkah. 

Kalau orang tanya aku , apa yang best sangat pasal drama ni? Entah. Tapi aku rasa seronok menonton drama ni. Mungkin sebab drama ni manis kot. Lepas tu Hero-Heroinnya sama cantik sama padan kahkahkah itu yang aku pandang? Eh sukahatilah!Lepas tu jalan cerita dia pun boleh lah aku layan sesambil nak lelap mata kan? HAHAHAHA. Tak lelap mata pun aku layan jugak! Kihkihkih. Huishhhh , tak sangka pulak aku boleh terjebak dan tersawan dengan drama Korea camgini hoi! Tapi rasanya masih waras lagi kehkehkeh.

Kenapa gigih sangat aku tulis dalam belog? Sebab aku rasa drama ni menarik manis dan haih sawan aku kejap! HAHAHAHA. Ini lah payah bila jarang-jarang tengok drama Korea , sekali tengok terus tergeletis kau! Ada ke yang macam aku? Mesti ada lettuewww! Okbai!

Terima kasih sudi baca entri ini :)