Home

Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

Carta Hitz Minggu Ini. Eh?

EH! Sejak bila pulak belog ini ada entry khas untuk Carta Hitz ni? Haha , sebenar nya aku tengah malas nak menulis panjang berjela. Minggu ini aku sangat malas nak update. Even auto post ini pun aku malas nak taip. Aku sangat-sangat malas nak menulis walaupun aku teringin sangat nak update belog hari-hari meskipun ia nya cuma auto post. Otak tengah serabut , emosi tengah tunggang terbalik lebih baik diam kan diri bukan? Heh.

Ok jom tengok lagu-lagu yang sering di putarkan dalam mp3 aku sejak dua menjak ni. Jangan ada yang tercengang sudah tengok list-list lagu aku ni ha. Aku tepek youtube aje. Nak tahu tak? Nak tahu tak? 


Terri Merri - OST filem hindustan Bodyguard.

hoii, tak tahu kenapa aku asyik pasang lagu ni dalam mp3 aku. macam syok je dengar lagu ni. hihihi. ini semua lepas aku pergi tengok filem Bodyguard ni dengan kawan aku. hihi.


FT Island - Bad Woman 

haaa ini lagi satu hal. aku tengok kawan-kawan twitter aku sibuk tulis pasal FT Island FT Island , aku pun sibuk youtbe dengar lagu diorang. sekali jatuh hati dengan lagu atas ni :P


Nera - Hatimu Milikku.

Erk! Ini pun sama! Lagu yang tak pernah dengar masa sebelum-sebelum ini. Sekali boleh jatuh hati dengar banyak kali. Tssk.

Heh , aku sendiri tak percaya yang aku boleh dengar dengan lagu-lagu ini tau. Sebab semua-semua tu tak pernah aku minat -_____-' Sekali kau , aku dengar tanpa henti pulak lagu diorang. Keh keh keh. Dah lah cukup sampai sini dulu aku update. Aku punya mood tengah tunggang terbalik tak tentu arah. Tak cukup kuat nak menulis merapu-rapu ikan kerapu kasi ceria kan hati sendiri. Kadang-kadang nak juga masa bersendirian kan untuk tenang kan jiwa gitu. 

Ehem , apa lagu yang korang selalu putarkan dalam mp3 korang sekarang ni? Ehhe , seriously mood aku tengah jiwang sekarang. Semua lagu nak jiwang. Okbai.


All the best untuk semua PMR 2011 Candidates! Do your best korang dan jangan kelam kabut kalibut masa nak menjawab. Baca doa dan berselawat masa sebelum nak jawab. Kalau tak boleh nak jawab , berselawat banyak-banyak. Good luck guys! :)


p/s :: 41 hari lagi sebelum hari SPM aku tiba. sangat cuak dan sangat stress. tolong doa kan aku semoga aku dapat buat yang terbaik ya. ishh , stress lah -.-'


Terima kasih sudi baca entry ini :')

Monday, August 15, 2011

15 hari sudah. 15 hari lagi.

Diam tak diam sudah 15 hari kita semua berpuasa. Dalam tempoh 15 hari berpuasa , aku terasa masa yang berjalan dari hari ke hari itu sangat lah pantas. Cuma kadang-kadang terasa lambat bila aku rasa dahaga. Perlu ke cerita? Ok tak perlu. Tapi nak jugak cerita sebab tak nak kasi entry kali ini hambar. Aku rasa puasa kali ini memang pantas masa berjalan. Iye lah , aku rasa macam baru sahaja menulis yang sudah enam hari kita berpuasa. Tapi tengok lah hari ini aku sudah menulis hari yang ke 15 kita berpuasa. Alhamdulillah. Kita semua masih berpeluang merasai Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Lebih aku terasa seronok kerana kesihatan aku kali ini agak baik dan tidak lah seperti tahun lepas. Syukur.

Sekarang ini mesti ramai yang sudah mula kan persiapan untuk hari raya Aidilfitri. Maklum lah lagi 15 hari sahaja lagi kita semua hendak menyambut lebaran. Dah ada ke yang buat persiapan untuk hari raya nanti ? Eheheheh , aku? Memang tak ada persiapan apa-apa pun. Lagipun aku akan beraya dekat KL je kan? Jadi buat ke tak buat persiapan sama aje. Heh. Begitu lah kan.


Sibuk mengira detik berpuasa dengan nak hari raya , macam tak sedar diri pulak kan trial SPM lepas hari raya kan? Fuhh. Sebenar nya next week on 26th August pun akan ada 1 paper iaitu paper Tassawur Islam. Pheww , seram lah pulak. Lepas tu akan sambung exam after raya ; 5 September 2011. Gergh , semakin nervous yuolss. Mahu nya tak nervous? Tengok nak tulis ni pun gigil-gigil siap blank kejap tak tahu nak tulis apa. Eheheheh. Over sangat kan? Tapi itu lah hakikat nya sekarang. Ngeheheh.


Emmm rasa nya tak mahu update apa-apa lagi. Tiba-tiba rasa gementar kan? Begitulah. Moga-moga next week dapat jawab dengan elok dan trial nanti pun dapat jawab dengan elok. Eh eh ayat pun dah pusing-pusing tanda nya aku dah pening lettuew. Kthxbai.



teaser : baju raya tahun ini.

korang dah ada? gituhhh.


Terima kasih sudi baca entry ini :)

Monday, June 27, 2011

Buku Sejarah Pun Nak Suruh Aaron Sign?


Aku cuba ringkas kan cherita ye. Sebab aku tak nak tulis panjang-panjang. Versi panjang tunggu lah sehari dua hari lagi. Sabtu lepas aku dengan kakak aku dapat jumpa Aaron Aziz di Curves bersempena dengan Karnival BSN. Pergi tak rancang apa-apa pun sebab plan asal memang nak pergi makan meatball dekat Ikea. Lepas tu dapat tahu Aaron ada dekat sana try lah intai-intai dan iye sekali lagi aku jumpa Aaron. 

Aku sempat bergambar dengan Aaron. Itu yang penting ye. Tak puas-puas bergambar dengan Aaron ke apa aku ni? Tak lah , dah alang-alang kan , ajak aje lah bergambar. Lagipun Aaron macam biasa dah kenal sangat muka aku. Heh. Lepas tu benda paling seronok ke , kelakar atau tak tahu nak cakap macam mana ; bila orang lain hulur novel Stanza Cinta ke , Kasih Yang Suci ke , or Ombak Rindu suruh Aaron Aziz sign ... aku pulak hulur dengan pantas nya buku NOTA SEJARAH aku untuk Aaron Aziz sign. 

Oh na na , memang kerja gila sikit. Sebab masa tu aku memang bawak buku nota sejarah sebab nak baca dalam LRT kan. Heh , sekali datang idea gila rasa nak meraung kejap. Erk.



Good Luck For Ur SPM.
Aaron Aziz.
Kau Hado?
*matilaa*

Sebenar nya Kak Fieza hampir pitamz tengok aksi aku kasi buku Sejarah tu. Siap kecoh dekat orang sekeliling : Budak ni SPM Candidates. Hamboii Kak Fieza perlu ke nak kecoh dekat semua orang? Hahahaha. Punya gigih aku tolak Aaron ke dalam sikit sebab tak nak orang nampak buku apa aku kasi sekalii Kak Fieza pergi kecoh dekat semua orang. Choyy!! Hahahahah.

Pasti nya Aaron blur mula-mula siap gelak terkejut ye. Aku pun buat muka sengih tak tahu malu lah kan? Tak kan nak menangis kot. Ekekekek. Lepas tu Aaron sign aje dekat buku aku tu ha. Aku terus tersenyum lebar ye. Tapi aku pun ala-ala pikir jugak sekarang , gigih sangat kan suruh Aaron sign dekat buku tu? Tapi tak salah kan , ala-ala pencetus semangat nak belajar untuk SPM ni yuols. Haruslah buat koleksi sampai tua tunjuk dekat anak cucu ye. *matilaa. Retis-retis jugak , lagha-lagha jugak , SPM jangan lupa pulak. *nangishensaf*


masa ni Aaron dah tergelak sebab Kak Fieza cakap 
: Aaron posing puhlease dengan buku tu.
Aaron ala-ala jawab : Posing? 

Itu yang muka macam tergelak tu :P
Bukan macam ye tapi dah memang tergelak masa tu. Tak pasal-pasal riuh kejap masa suruh Aaron posing dengan buku tu hahaha :P


muka tahan gelak. hahah.

Hiks. Itu aje nak cherita dekat sini. Untuk gambar-gambar lain tentang event Karnival BSN ni aku tak berani janji bila aku nak tepek sini. Sekadar gambar ini aje ye dulu. Oh ya kredit gambar-gambar cantik meletopz dari Kak Fieza @ Colmar. Heheheh , kalau ikut gambar aku memang kelabu asap ye , blur tak pasal-pasal sebab nya aku tersalah setting kamera. Hanjj betul kamera tu ye. CHOYY.

Macam terpanjang pulak entry ni kan? Jangan pulak cakap aku ni tegar Aaron Aziz ke tergila-gila kan Aaron ke atau sama waktu dengan nya ke apa ye. Aku just minat biasa-biasa aje and nanti lah aku cherita panjang lagi tentang event ni dan benda-benda lain ni. Malas nak tulis sekarang. Aku bukan apa , tak semua orang suka dengan apa yang kita tulis. Aku tulis ni sebagai tanda kenangan yang nak di titipkan di dalam belog aje. Tapi belum tentu orang anggap sama macam yang aku niat kan itu kan? Dah kebetulan aje semua ni. Tak rancang pun. Memang yang kita tidak rancang itu lagi best daripada yang rancang tau :P


thank you Aaron Aziz untuk minggu yang ketiga kita berjumpa.
:)

So , nanti kan lah ye cherita event ni bila aku rajin nanti. Aku bukan tak nak update selalu tapi kekangan masa dan macam aku tulis di atas tu tak semua orang suka dengan apa yang kita tulis. Aku tak nak orang muak baca cherita tentang artis dan jumpa Aaron Aziz selalu ni ha. Aku sekadar nak berkongsi gambar aje. Nanti kalau aku rajin aku update petang karang. Tapi kalau tak tunggu lah bila masa aku free nanti.

Sebelum aku terus membebel tak tentu hala dan tanpa arah tujuan baik aku berhenti menulis. Ekekekek. Nanti aku puji melambung Aaron ada pulak yang muntah tepi laptop tu kang. Tak pasal-pasal nak salah kan aku pulak. Ish ish. Kalau suka baca , tapi kalau tak suka tak payah baca. Senang bukan? :)

Weekend lepas korang pergi mana?Ada buat aktiviti menarik tak? Hiks.

Terima kasih sudi baca entry ni :)

Thursday, May 5, 2011

Kalau Lah Baca Sejarah Semudah Membaca Resipi Dalam Buku Jaapar Onn kan Menarik? Tak Gitu?

Hamboii sakan betul aku update belog hari ni kan?

Maaf lah dah memang lama dalam draft. Cuma baru hari ni gheti nak di publish kan.

Lepas ni aku diam seribu bahasa , rindu-rinduan pulak. Elleh , macam aku tak tahu.

Sabtu ni start exam. Mid Term exam. 

Cuak. Berdebar. Seram.

Mohtif sampai begitu sekali?

Banyak sebab nya. Biar aku seorang aje lah yang tahu. Malas lah nak menulis panjang-panjang. Nanti orang menguap pulak nak baca banyak-banyak kan? LOL.

Exam akan berlangsung lebih kurang tiga minggu.

Doa kan aku boleh jawab elok-elok. Tak merapu macam tulis dalam belog. Hehehe.

Doa kan yang terbaik untuk aku ye kawan-kawan.

Ramai orang tolong doakan maka makin berkat kata nya. InsyaAllah.

Untuk kawan-kawan seumur seusia dan juga mungkin yang sedang menghadapi apa-apa exam aku doakan korang pun dapat menjawab dengan elok dan terbaik. Amin.



Tapi apa kaitan gambar di atas beserta tajuk di atas?

FINE : ada kaitan. Sabtu ni ada exam Sejarah.

Nota-nota dah lunyai tapi punya lah susah nak ingat. Terminum air ada semut kot?

Cuba suruh aku hafal benda lain. Cuba suruh aku sebut bahan-bahan dalam Kerabu Mangga.
Cuba suruh aku sebut lagu terbaru dari retis Hollywood. Cuba suruh aku sebut bila kali pertama Putera William dengan Kate Middleton bertemu.

CUBA.CUBA.CUBA tanya. mesti dapat ingat. mesti pantas menjawab seolah-olah akan mendapat blekbiri-biri sebijik. -__________-'

Jadi , tidak kah menarik andai Nota Sejarah mahupun Nota apa sekalipun menarik seperti Buku Resipi Masakan Jaapar ONN? tidak begitu anda-anda semua?!!

*petir*

Heh , apa-apa pun GOOD LUCK semua.

Sedaya upaya cuba untuk ingat apa yang di ajar dan apa yang di baca.
InsyaAllah.

:)


Saturday, April 9, 2011

Legasi Emo-Temo kian bertambah. Anda bila lagi? *lempang*

Pagi-pagi buta tadi , terasa susah nak lelap mata. Terjaga dari lena panjang ; semalam tidur awal , lebih kurang pukul 10.30 malam dah tidur. Bangun-bangun pukul 3.30 pagi macam itu sebab terasa haus. Bila bangun cari botol air tepi katil , ceh perlu ke nak bagitahu , then terasa susah nak lelap , maka saya pun bertapa depan laptop. Haih , budak ni bukan nak duduk atas sejadah ke , atau nak pergi belajar sebab Isnin ni ada something yang perlu di selesaikan segera maka kena belajar untuk my second chances. Thank You Allah. Ok enough story pasal itu.

Jadi nya bila terjaga dari lena yang panjang , saya macam blur blank dan buntu okeh nak buat apa pagi-pagi buta macam tu kan. Maka nya , saya pun bukak internet. Saya pun bukak twitter. Saya pun bukak belog. Saya pun tengok gambar dan video orang kahwin. Haih , teruja sungguh tengok pengantin zaman sekarang tak kira buat dekat dewan ke rumah tapi deko pelamin , deko hantaran , baju tak usah cherita lah semua nya cantik dan menawan. Hah , tengok lah sekarang tak semesti nya buat dekat hotel baru nampak gah bunga kiri kanan atas bawah. Rumah kampung pun dah maju ke hadapan tau! Tak kira dekat mana sekali pun kita buat , asalkan orang tu pandai hias dan cari orang yang pandai dalam hal ini tak jadi masalah untuk tampil cantik pelamin dan semua nya itu kan? Mak aihh , apa hal tiba-tiba melalut pasal orang kahwin pulak ni? *dush*

Ehem ehem. Selepas sibuk tengok video dan gambar orang kahwin di internet , lepas tu sibuk mengomen di Twitter. Ecececeh. Lepas itu tengok orang yang saya follow sibuk menge-post something from Tumblr. Haih , saya pun hmm tengok lah jugak. Nampak macam menarik aje Tumblr ni. Saya sebenar nya dah pernah ada acc Tumblr , tapi saya lupa email apa dan password apa. Ngahahah , ini memang masalah beshar punya! Saya ada banyak email , saya ada banyak password. Dah lah semua tahap berbelit aje email dengan password dan lepas tu saya macam lagi senang dengan belog actually. So then , I just like malas kisah pun. Ceh.

Jadi tadi macam terbukak hati nak daftar balik Tumblr. Eceh , kau ni Jah , kot kalau terbukak hati nak buat amal jariah okay jugak kan? T_T Haih , minta maaf lah ye , saya ni tengah di dalam mood merapu. Maklum lah tengah tak sihat sangat ni , faham-faham aje lah. -.-' Hoh heh. Jadi saya pun daftar Tumblr , and seriously after I have daftar semua , I am blank!! -___-' Weh nak buat apa ni? Photo? Words? Quotes? Apa semua ini Latipah? Apa? Kata kan apa!! Haha , dramatik sungguh kau Jah!

Ehem , kemudian coba-coba juga post gambar cupcakes masa My Pre Diva Birthday Party. Haha , itu ajelah gambar yang saya rasa cantik ye. Secantik saya. Uhuk Uhuk. *petir* Lepas dah post satu gambar , dia macam berjangkit okeh. Nak post lagi satu gambar. Lepas tu post lagi satu gambar. Hoi Hoi Hoi. Mujur lah tersedar bunyi Azan Subuh , maka berhenti lah menge-post lagi. Haih , tak sangka boleh terjebak Tumblr Addicted begini. Sungguh-sungguh tak sangka. Ngeee. Walaupun saya agak blur and blank , heh , but who cares kan? Ceh ceh , ayat kalau tak dramatik diva tak sah kan? Ekekeke.

Hmm , nak cer cer citer itu aje lah nya. Kau orang ada Tumblr jugak? Moh lah FOLLOW saya!


Uhuh , tak ada lah gambar cantik-cantik pun. Lagipun I'm still learning nak guna Tumblr semua ni. Ho Ho Ho Ho Ho rrayyy! Gituew. Maka nya bertambah lagi lah legasi EMO-TEMO ye? Mula-mula BELOG CHERITA EMO-TEMO , kemudian TWITTER IJAHEMO-TEMO dan kini TUMBLR EMO-TEMO? Wooohooo.


sampai bila-bila pun saya akan tetap addicted pada TULIP. haih , nanti kahwin nak mintak suami buat deko TULIP sana sini agak-agak kena flying kick tak?
*matilaaa

Okay lah , nampak nya sampai di sini sahaja saya berceloteh di hujung minggu. Sebenar nya banyak benda nak kena buat ni. Nak kena belajar. Peluang kedua yang di beri tak akan saya sia-sia kan. Jadi weekend yang buat badan saya lemau demam semua ni akan saya guna kan sebaik nya untuk belajar. InsyaAllah kalau ada masa saya akan online jugak time tengah malam. Itu pun kalau saya tak terasa sakit ke apa ye.

Doa kan saya berjaya untuk menelaah semua nya. Doa kan saya berjaya Isnin ini. Dan doa kan saya cepat sembuh dari penyakit-penyakit yang saya pun tak nak ini ye. Thank You Guys! I love you so strong lah ! 

saya tak akan persiakan peluang kedua yang "mereka" berikan ini.
thank you Allah kerana perkenankan doa saya.
:)

Thursday, March 31, 2011

Luahan Hati Kak Jah Kiyut Miyut Togeh Da Vass. Kau Hado?

SPM. Lagi 7 bulan. Lagi 229 atau 228 hari. Kalau tak silap aku.
Sungguh aku cuak. Sungguh aku tertekan.
Setengah orang kata : SPM penentu segala nya. Tapi ada juga orang kata : Tak Semesti nya kau GAGAL SPM , kau akan tertutup terus semua peluang.
Bagi aku , aku nak berjaya dalam SPM. Semua orang pun sama.
Cuma kadang-kadang bila tengah tertekan macam sekarang ini.
Macam-macam rasa dengan fikir belit-belit.

Aku rasa macam-macam.
Aku rasa tertekan bila aku tak dapat nak mencerna dengan apa yang aku baca.
Aku rasa give up bila berulang kali buat latihan matematik tapi tetap tak pandai-pandai nak selesaikan soalan jenis macam-macam tuh.
Aku rasa cuak sebab bila fikir SPM betul , dapat ke aku buat elok-elok?
Dapat ke jawab cun se cun nya?
Dapat ke dapat ke? *lempang*
Ok , tak payah fikir.

Tertekan oh Tertekan?!!

Oh ya aku ni budak kelas sastera. Tak ambil fizik , bio , kimia dan lepas tu mesti orang akan cakap : lu apahal nak stress tahap dewa? wa ni kena hafal seala jenis tulang sum sum , otak rangka pun tak kecoh macam lu -.-‘
Ada tak kau rasa macam nak flying kick laju-laju orang macam tu? Ada tak ada tak? Ada kan?
Mana lah aku tak tertekan.
Itu belum lagi tertekan dengan kata-kata hanjing kucing arnab itik yang suka memerli tak tentu hala bila kita tak dapat nak buat elok macam theyols. Apa kau teringin nak makan sup wedges aku ke? Ceh ceh.
Okay tak payah fikir pasal orang lain.



Tapi dalam masa sama.
Bersyukur jugak sebab ayah ai begitu rajin kumpulkan SKOR yg gambar di atas ituew untuk ai.
Terharu sendu-sendu tau.


Okeh ,sekarang ni aku fikir pasal aku.
Aku agak cuak sebab nak hafal nota-nota. Nak buat latihan-latihan. Tak nak lah study hard rock café sangat.
Bak kata kakak-kakak hangkut ai : Study Smart Tag ,jangan Study Hard Rock. Gituew?!!
Tapi aku terasa macam masa terlalu pantas pintas cepat berjalan sampai aku terasa macam eh eh macam baru semalam cuti hari Sabtu , eh ni dah nak hari Sabtu balik?
Amma , Appa , Ayyark!




sempat ke meks nak selesaikan semua ini? sempat ke sempat ke? *meraung*

Ehem.
Sebenar nya ini sekadar luahan rasa untuk aku yang tak tahu nak luah dekat siapa.
Layan kan aje lah aku punya tulisan ni iye. -.-'

Entahlah , kadang-kadang bila takut membayangi diri akan ada dua benda yang akan terjadi : MOTIVATED TO OUR SELF or FAILED.
Itu sahaja yang akan terjadi.
Aku pun semakin tertekan bila kita berkejar nak catch up mana-mana yang tertinggal tiba-tiba migraine tak berhenti , kita sakit perut melampaui batas , sakit tekak sampai batuk-batuk.
Seksa tu. Memang cabaran yang tinggi benar sangat tuh.

Tapi tak guna merungut kan?
Bukan merungut.
Cuma nak luah tentang keadaan diri sendiri yang orang tak faham.
Memang ramai yang tak faham.
Uhuh.
Tapi itu lah , kalau ikutkan segala macam halangan , cabaran dengan dugaan tu , aku memang dah give up.
Bukan give me mambo no 5 lagi dah.

Namun sebab aku ingat yang aku masih ada "cita-cita" maka dengan secara tiba-tiba dan automatik nya jugak semangat aku menjunam naik tinggi macam bendera Malaysia yang naik di tiang macam bila kita nyanyikan lagu Negara ku.
Heh , gituew tau.

Aku dah tak mahu ulangi kesilapan yang sama.
Kesilapan yang menyakitkan.
Tak mahu. Tak mahu lagi dah.
Okay.
Stop writing.
Do something.
Gituew.

Moga Tuhan permudahkan segala nya dan melapangkang dada aku untuk mudah aku menerima ilmu.
Korang pun jangan lupa doakan yang terbaik untuk ai ye. Eheh.
Okeh lah.

Sampai di sini sahaja luahan hati ;
Kak Jah Kiyut Miyut Togeh Da Vass.
Muahh
Daaaaaaa


see meja ai. berserabut mengalahkan ada projek hape aje sepah nya.
siap ada pringles lagi atas meja.
kau hado?
*nangis*





Saturday, March 26, 2011

The Pain Killer. Full Stop.

YES. I UPDATE. again.

Ehem. Kali ini nak update pasal benda lain. Pasal THE PAIN KILLER. Eheh. Aku tahu sejak dua menjak ni emosi aku agak teruk ok fine sangat teruk. Emosi naik turun atas bawah macam tak reti nak control elok-elok. That's my bad. Totally my bad. Uhuh. Okay pain killer yang aku maksud kan bukan lah ubat penahan sakit tu ha. Tapi pain killer yang aku maksud kan sekarang ni , ehem , macam mana nak buat ayat ye? Salah tulis mahu aku duduk berkurung dalam bilik 10 tahun tak mahu keluar kang. Ekekeke.

Ekekek. Should I say in Malay : Sakit Membunuh? WooHoo. Macam ala-ala tragic traumatic sajork bunyi nya kan? Eheh. Well , sakit membunuh memang selalu kita hadapi sedar atau tidak. Okay again : it's not like Sakit Jantung atau yang sama waktu yang membunuh itu. Tapi sakit membunuh dalaman yang aku selalu fikir is an always : EMOSI. Itu memang pain killer yang paling teruk aku rasa. Emosi kalau tak di jaga dengan baik memang akan memberi impak yang tidak baik. Aku tahu pasal itu. 

Ngaaa , apasal aku ni menulis ala-ala serius nak kasi syarahan segala khen? Fine , tengah bosan and aku terasa nak update. So then , here it is ; aku update pasal aku sendiri pun tak tahu nak cherita awal , tengah dan akhir macam mana. Ehem. Well , aku terjumpa quotes di bawah ini from inche Google. 




Every successful person has a painful story.
Every painful story has a successful ending.
Accept the pain and get ready for success.

Masa itu terus terbayang dalam kepala otak cuma : pain killer. Entah , tak tahu kenapa. Iyelah kadang-kadang nak berjaya memang bukan mudah. Tambahan orang macam aku yang otak tak berapa bijak biar makan kismis 10 kg sekalipun. Tetap sama kalau tak baca buku , tetap sama kalau tak buat latihan. Seronok tengok orang senang-senang aje berjaya , baca sekali dah boleh faham. Buat latihan dua tiga kali dah boleh selalu skor. Aku ni buat sepuluh kali pun masih juling mata tak faham-faham. Agak nya terlebih makan semut lah kot? Sheesh. Bukan tak pernah rasa gagal. Sangat sakit sampai emosi pun jadi tunggang langgang. Bukan jugak tak pernah berjaya. Riak habisan last-last impian jadi hancur.

Entahlah. Memang nak berjaya bukan mudah. Nak gagal lebih senang , mudah dan pantas tanpa perlu membuat apa-apa taktik segala. Huh , as easy as that huh? Tapi nak berjaya memang bukan mudah. Okay , aku jadi terlebih emosi bila tengok orang-orang dapat result cemerlang untuk SPM hari tu. Aku jadi terlebih emosi sampai sekarang. Aku takut , aku cuak. Entah. -.- Sungguh lah , orang lain jadi kan iltizam lah , ilham lah segala macam lah , tapi aku boleh buat angin cuak segala? Memang tak patut sungguh.

Seronok baca blogger-blogger yang berjaya dapat straight A , yang dapat A banyak dan yang semua nya berjaya lah. Itu belum lagi tengok dalam surat khabar ; fine aku takut nak baca surat khabar. Normal tak normal bagi orang yang nak ambil peperiksaan besar macam aku? Eheh. Lepas tu belum lagi tengok tv , hari tu ada tengok , fuhh muka selamba aje tapi result pergh , menangis meks -.- Shessh. Sungguhlah senang cherita aku agak tertekan. Maklumlah bila hendak SPM ke , PMR ke mahupun UPSR , memang after the result telefon rumah aku berdering lagi banyak daripada hari-hari biasa. Terus terasa nak buat press conference senang cherita tak payah ramai orang habiskan kredit top up nak call khen? Eheh. Ooops , jangan terasa ye. Nanti tak pasal-pasal tak berkat ai nak hamik exam katanya *meraung*

Uhuh , so kepada semua orang , ada tak nasihat untuk saya yang sedang stress tekanan tahap pain killer fuhh sebab tertekan segala macam tahap ini? Sila-sila kasi nasihat dekat saya. Betul saya tertekan. This pain is killing me now -.- Boleh gituew?


cer cer kasi nasihat sikit dekat ai -.-


Thursday, March 10, 2011

Oh Ha Ha Haktuih!


i'm back.
kembali dengan cerita baru and hope i'll be the new me.
banyak benda yang dah terjadi.
tak cukup masa , masa terlalu singkat untuk bercerita.
internet selalu menghilangkan diri , but it's ok.
badan selalu tak sihat , it's ok again.
jadi nya terus aku mengisytihar kan : i'm in silent mode. 

cuba lenyapkan fikiran without bermain internet walaupun teringin gila.
but yeah , SPM lagi 8 bulan nak oii.
jadi memang lah nampak nya belog ini akan di biarkan bersawang lepas ini.
next year lepas habis SPM , sila jangan muntah aku update banyak-banyak pulak ye?
ngeh ngeh.

jumpa next next next time yang entah bila pun aku tak tahu.
wish me luck and all the best ye eh?
*hugs*


nota kaki : I always have HIM no matter what.
high or down. susah atau senang.
*emo-temo*

Tuesday, February 8, 2011

Saya Tak Tipu , Saya Stress & Nervous. Ini Kenyataan.

Banyak sebab kenapa minggu ini saya stress dan nervous. Terlalu banyak sebab. Minggu depan ada Ujian Intervensi 1. Saya memang cepat nervous apabila nak exam. Saya jenis bukan pelajar pintar. Tapi saya yakin boleh! Ewah , tiba-tiba. Semalam pergi laman web rasmi sekolah , nampak ada jadual exam. Terus menggigil depan laptop. Tak tipu.

Seram sejuk sebab takut tak dapat buat yang terbaik. Oh , kau orang bijak suka hati kau lah nak kata aku ni skema penakut cuak. Kisah apa aku. Eh Eh mengamuk pulak. Bila stress memang terasa nak mengamuk. Memang terasa nak makan tak berhenti. Adoii. Masalah pulak jadi nya. Semalam nak print jadual , tapi malas. Lepas tu print screen sudah. Heh , nampak pemalas nya ituew kan? Tapi kreatif lah tu kan? Kau mampooo? Gitueww.

*notes : iye saya bukan pelajar di aliran sains yang nak jadi doktor , enginiyer atau sama waktu dengan nya. Tapi saya pun ada cita-cita , jadi doakan yang terbaik untuk saya ya! *peluh*




makna nya tiga minggu saya akan ada ujian. tapi ada juga yang aku tak perlu ada exam. rasanya lah. ini yang aku tengok dekat web sekolah. mesti betul lah kan? eh? *betulbetulkan spek* tassawur tu saya pun tak pasti saya ambil ke tidak. ya allah apa aku ni? adess -.-

Kekdahnya  ,minggu ini perlu belajar sampai juling dan pitam lah ye. Kalau tidak mahu naya nak menjawab dengan mak ayah aku eh eh dalam peperiksaan nanti. Huwaaa. Jadi maaf lah kalau aku akan jarang update melainkan nak update , nak tulis mengamuk menangis kalau tak boleh jawab exam nanti kan? Heh , harap-harap tidak! Ok , tak mahu tulis panjang-panjang. Nervous + Stress : INI LAH KEADAAN SAYA SEKARANG! *nangis*

notakaki : perasan tak header aku dah bertukar? mueheheh :P

Saturday, January 8, 2011

Tak Ada Idea Tapi aku tetap NAK TULIS.

Sekarang ni aku macam tak ada idea langsung nak menulis. Tapi cuba aku duduk atas katil dengan mata terkelip-kelip sambil mengira kambing , ayam dan itik ... mesti macam-macam idea datang tak berhenti. Tak pun tengah duduk termenung sambil ulangkaji , ececeh .. mesti time tu jugak idea datang bertalu-talu. 

SEKARANG? Langsung tak ada idea. Sadis betul. Btw , kepala aku masih lagi berdenyut nyut nyut sekarang ni. Hari ini aku memang tidur untuk lega kan kepala sikit. Tapi still ada lagi rasa sakit kepala ni. Just ignore kan rasa sakit kepala tu tapi kenapa nyut nyut kepala ni makin kuat? Aisehhh -.-

Btw , sekarang ni cuba untuk tidak stress terlampau banyak. Next week dah start tuisyen , dah start latihan rumah sukan walaupun SUKAN TAHUNAN BULAN 6 , ehem , best sangat! Next week , ada tarikh penting dalam hidup aku. Ehem Ehem. Tak kan tak tahu kot? Ehem Ehem. Gedik betul kan? Sah-sah minggu depan umur bertambah satu tahun. InsyaAllah akan buat entry khas :) Mesti lah kan ? Tarikh tahun ni cantik sangat. Harap nya , perjalanan tahun ini pun cantik-cantik belaka. InsyaAllah :)

Tak ada idea nak tulis lagi. Huwaaa ... what's wrong with me bebeh? Ewah , gitu kau. Ok lah. Tak ada idea , nak pergi belogwaking biarpun kepala ni pening -.-'



tiba-tiba rindu percutian di Terengganu :)

p/s: lagi beberapa hari nak menjejak usia 17 tahun. macam tak percaya. tahun ni spm. tak boleh main-main. cuba buat yang terbaik. doakan untuk saya ye :)

Tuesday, January 4, 2011

Aku Tak BODOH Faham?

Sebenar nya kalau ikutkan betul nya , aku nak update belog Sabtu ni. Malas nak update masa hari persekolahan. Tapi disebabkan aku tengah bengang , geram dengan macam-mcam benda yang jadi dekat sekolah , jadi aku rasa better I'm doing something to make me feel better. Malas nak pendam dendam segala bagai. Tak elok untuk kesihatan!

Well , hari ni dah masuk hari kedua persekolahan. Aku menyampah betul dengan sesetengah budak dekat sekolah tu yang memang macam nak kena pang pang penampar dengan aku. Aku tahu lah aku tak bijak macam kau tapi please aku tak cari pasal dengan kau , kau tak payah nak cari pasal dengan aku.

First day dekat sekolah : macam-macam hal jadi. first time aku jadi pendiam dalam kelas. I don't have any friend and I just do my own thing. Tapi aku tenang je walaupun mulut nak mencharutz segala macam. Tapi ingat , tahun ni nak SPM , jaga ayat. Buat naya je.

Second day dekat sekolah : masih sama. I DONT FEEL HAPPY cuma ketika REHAT with my geng yang boleh buat aku bercakap untuk selama 20 minutes then aku jadi pendiam balik. OH aku rasa macam nak menangis je. Well this week tak start tuisyen lagi. Malas + aku stress sikit. Macam-macam benda jadi. Huh. Lepas tu pulak budak kelas aku tu entahlah. Aku tak serasi dengan diorang. Oh lepas tu ada pulak yang aku teringin nak pang pang penampar masa tengah beratur segala tu. Aku rasa apa yang aku buat dah betul , dia cakap aku salah.Tapi aku diam. Sebab aku ingat dia tu KETUA PENGAWAS . oh rupanya kau pun pelajar biasa pakai baju putih macam aku. OH YA YA , kau feeling kau hebat? kau feeling kau SENIOR SANGAT? HELLO! GO TO THE HELL la nak perangai macam beruk macam tu. Aku malas betul layan perangai betina macam tu. Aku tengok muka kau pun terasa macam nak ludah je. Tapi malas layan. Sumpah aku bengang. It's not a good started for today eventhought yesterday. SAMA JE.

Seriously I HATE MY CLASS ... but cikgu-cikgu yang mengajar tuu je yang buat aku suka balik eventhough aku tak ada langsung kawan , tak ada langsung untuk di ajak berborak. Memang aku belajar je lah. Paling tidak pun aku termenung sensorang. BOSAN kan? But itu realiti hidup aku. SELAMAT CUMA PUKUL 7.20-1.20  ... kalau 24 hours , OH NO , aku boleh mati macam tu weh -___-'

Ok Ok , sungguh tak seronok! Azam aku nak belajar dan buat yang terbaik untuk SPM. Tak ada benda lain dalam kepala otak aku. Memang sekarang pun sibuk belajar. Tak kisah pasal belog semua. Maaf tak dapat nak pergi belog korang singgah jejak segala. Huhuh.

Now it's time for me to have some rest -.- Bye guys!

Saturday, January 1, 2011

Cherita Hari Pertama di Tahun 2011. -.-'

Hari pertama di tahun 2011 memang sedikit penat untuk aku. Cuaca sungguh terik , bertambah panas bila aku yang masih di tahap kesihatan yang separa sihat. Berpeluh sakan. Apaa yang aku buat hari ini? Banyak pulak omel aku hari ini , padahal tak sampai satu perenggan pun. *lempang* Hari ni , pergi hantar kakak aku balik kolej. Tengahari macam tu dah pergi hantar dia. Lepas tu? Pergi Mid Valley.

Boring sebenar nya nak pergi situ. Ingat nak pergi One Utama. Tapi dek kerana aku pun macam sihat tak sihat , lagi bagus pergi tempat dekat kan. Pergi Mid Valley. Cari parking hampir setengah jam. Sampai naik pening aku. Oh lupa nak cakap , pergi Mid Valley semata-mata mahu mencari beg sekolah. Adakah itu sesuatu perkara yang teringin korang baling Elmo Mata Bulat ke arah aku? Oh jangan jangan. Aku memang macam tu.

Before this lagi teruk. Sanggup meredah lautan , cewahh , bila beg sekolah dekat One Utama semata-mata nak beli Body Glove punya. Tak ke terasa nak lempang aku dengan perangai cerewet aku itu?!! Heh. Lepas tu tadi ingat nak cari Body Glove jugak.Tapi aku terus serbu Tropicana Life. Nampak macam kiyut je beg dia. Hiks. Sebenar nya mood tengah zero nak pergi merantau mencari beg sekolah baru. Jadi alang-alang dah nampak kedai beg sekolah , serbu je lah. Lepas tu kalau nampak tak cantik , tak berkenan di hati , baru lah reti cari yang lain.

Then memang nampak cantik semua beg dekat situ. Murah pulak tu. Lepas tu dapat diskaun pulak tu. Lepas tu dapat pensil box sama colour dengan beg tu pulak tu. Ewah terasa macam darjah satu pulak. HAHA. lol. Memang tak fikir lain. Fikir nak beg warna baby blue je terus. Oh aku lupa nak amik gambar memandangkan mood aku hari ini macam celaru gila. Menyampah betul. Lepas dah habis beli semua. Kitaorang terus balik. Tak sampai 15 minit okeh? First time ever pergi shopping mall dengan begitu sekejap sekali sampai rasa tak percaya meskipun dah tampar muka banyak kali. Eceh , dramatik betul lah kau Jah!

Lepas tu? Ok balik rumah. Balik rumah makan semua , tidur kejap. Aktiviti penting sebelum masuk ke sekolah. Heh.  Lepas tu , aku ajak ayah dengan Umi aku pergi WangsaWalk kejap. Oh bukan pergi karoeke. Jauh sekali ajak menonton wayang. Tapi aku ajak pergi Popular memandangkan aku tak ada lagi buku rujukan Form 5. Apa ??? Dah nak bukak sekolah baru nak cari buku? -__-' Heh Heh Heh. Bersabar je lah ye dengan perangai aku.

Lepas tu tiba-tiba Umi cakap nak pergi Giant pulak. Alahai ... aku ni kalau ikutkan memang dha fasa mood nak berdengkur dekat rumah balik. Tapi tak kan nak menggedik pulak nak suruh ayah aku hantar aku balik rumah pulak kan -___-' Mahu kena tinggal tepi jalan nanti. Heh. Lepas dah pergi Giant , terjumpa pulak kawan sekolah. Gituh tau. Lepas tu. Ni ha yang aku duduk melangut depan laptop gituh.

Kejap lagi nak buat operasi mengemas bilik. Nak kemas kasi lagi senang untuk aku belajar. Tak nak serabut serabai lagi dah. Hiks. Kalau korang tengok bilik aku confirm korang mengucap panjang bila tengok. Kikikik. Jadi dengan mood yang tengah zero ini dan masih feeling nak hapdet belog kejap lagi *pang* ... aku pun dah blank tak tahu nak tulis apa. -.-'

Tunggu je lah update aku kejaaaaaaap lagi -.-'

p/s: LIKE CHERITA EMO-TEMO di Facebook ;)   


Tuesday, December 21, 2010

Terima Kasih Daun Kesom.

Amaran : Entry ini bukan lah mahu menunjuk berapa ramai orang menyinggah. Sebab aku tahu pengunjung aku tidak ramai macam kamu punya belog.Atleast ada daripada tak ada. :) Jangan nak sembur benda lain pulak dekat aku cakap nak menunjuk pulak ok? TQ.

Wah .. memula entry dah kena kasi amaran kan? Haruslah uols! Sekarang ni nak menulis pun kena berhati-hati nanti mula lah ada yang jenis hasad dengki mengomen dekat mana yang tak patut soseh itu dan ini kan? Okay Okay bukan mahu membebel tak tentu hala pukul 3 pagi ni. Cuma sekadar nak hapdet pasal belog ni yang semakin ramai pengunjung , yang semakin ramai membaca. Tehehe. Seronok tengok ramai yang sudi masuk dekat belog picisan aku ni kan? Walaupun UV trafik tidak seberapa , atleast OK lah daripada tak ada langsung kan?

Last week , entah hangin pujangga mana entah datang menyinggah , aku rajin gila belogwaking. Maybe sebab last week aku macam seronok je sepanjang minggu sampai kan aku belogwaking tahap paling banyak aku rasa. Selalu nya aku malas gila nak belogwaking sebab internet aku sangat slow dan aku pun banyak benda lain nak kena buat. Lagi 2 minggu je beb nak bersuka ria belogwaking segala ni.Tehehehe. Lepas tu back to reality , back to the school lah kan. xD




17 Dec , paling tertinggi UV traffik. 180+ , time ni tengah mood belogwaking.
19 Dec , paling terendah ever aku punya UV traffik. 20+ , time ni tengah tak ada mood belogwaking.Teheeh. 


seluruh pelosok daerah datang terjah ni. TQ semua xD


kamu.kamu.kamu.kamu.dan kamu. TQ so much ya!! Keep in touch , keep in belogwaking and keep in rockin'!! Yeahh xD

Teheheh. Bila aku terlebih rajin belogwaking , memang UV akan naik mendadak. But when lazy mode comes , heheheh , menangis aku tengok! Hahah. Apa-apa pun aku sangat berterima kasih buat korang yang sudi datang singgah , datang drop by dekat chatbox , datang komen and I know maybe some of u just SR je kan? TQ sangat. Tak terucap dengan kata-kata gituh!

Btw , lagi 2 minggu sekolah dah nak buka.I'm a bit nervous now and dont ask me why maybe because nak SPM aku berdebar? Cehh ... tapi betul lah tu kot.And of course excited for this time because tahun terakhir persekolahan. OH EM GEY , dah nak habis sekolah? OH EM GEY .. cepat nya masa berlalu! Sangat cepat dan yeah I'm gonna miss all these thing yang pernah jadi di alam remaja. Orang cakap alam remaja yang paling dirindui. Tapi belum apa-apa aku dah rindu macam mana ni uols? Heheheh. 

So because next year mahu SPM , jadi aktiviti menghapdet belog , belogwaking pagi-pagi macam ni seriyesli memang kena kawal. Ini bukan omong kosong. Tapi ini kenyataan benar and I've to be serious if I want have a better result. Aku tak pandai macam Nur Amalina Che Bakri. Aku bukan jenis senang tangkap apa cikgu ajar. Kena 10 orang terangkan baru faham kekdahnya. Tapi apa-apa pun aku cuma harapkan yang terbaik for next year. Moga everything gonna be OK and semua nya berjalan lancar. SERIOUSLY! 

Mungkin awal tahun tu boleh lah lagi update sehari sekali , but after then .. lu fikirlah sendiri. HAISHH .. CUAK CUAK CUAK. Kau orang tak CUAK? Eh buat apa korang nak cuak. Ekekekek xD

So .. lepas ni akan menyusul lagi entry terakhir yang tersimpan dalam laptop ini hampir seminggu T_T Heh Heh Heh. Tapi lepas subuh lah. Ekekekek xD



Monday, November 22, 2010

Thinking of YOU ?


sumber : cik GOOGLE.

Halo!Halo! Ok macam semua tahu , sekarang bermula lah musim cuti sekolah.Bermakna bermacam-macam jenis rancangan tengah berpusing , bermain dan berpening? erk! dalam kepala otak aku.Macam-macam benda nak buat during this holiday.

Banyak betul benda nak buat sampai kepala otak aku susah nak cerna elok-elok ni.Entah kenapa aku rasa macam tempoh cuti kali ni macam a bit pendek ?? Heh , heh , kau jangan nak demand Jah *petir*. Btw bukan nak mengomen pasal berapa lamakah tempoh bercuti?Pendek kah , panjangkah? Bukan itu. Tapi pasal benda lain. Pasal macam-macam aktiviti yang menarik tertarik kau memang da booommmm opocots telah aku rencanakan.Tak ada pun rancang , tapi yelah aku pun bila fikir balik macam pening pulak dengan rancangan aku yang macam-macam.

Target untuk cuti ni , aku nak study.Heh , skema kah daku?Well , macam banyak benda kena belajar korek opss balik lagi.Tahun depan nak SPM , tak kan nak main-main je lah kerja aku kan?Udah lah tahun ni macam banyak benda terlepas , it's ok.Forget the past , think the future.Tak gitu uolsss? Jawab je gitu jugak! Haha. Kowser sangatkan duk memaksa orang?Heh heh.

Selain tu , banyak pulak GA yang menarik untuk aku join kan?Aiseh , sejak bilakah aku ketagih nak join GA-GA ni kan?Heheh.Mungkin sebab banyak masa terluang pagi-petang-malam kan?Tu yang macam gigih padahal nak menang jugak?opss sangat kan?Aiseh , tengok lah yang mana sempat , aku buat.Seronok jugak kan join contest-contest ni.Hihihi. Oh btw , this week nak cuba lunaskan beberapa perkara yang dah elok di rencanakan di dalam kepala otak ni.I'm try my best gituh.Keh3x. Oh yes one more thing ... TO ALL SPM CANDIDATES di seluruh MALAYSIA , Best Of Luck to all of you! I know you can do it :D Tiba-tiba aku pulak yang terasa getar debar di dada ni kan?Moga-moga next year aku mampu buat yang terbaik.InsyaAllah :) Doa kan untuk aku jugak ye kawan-kawan blog :D



nota kaki : endahkan apa sahaja yang aku tulis dalam status fb andai kamu berkawan dengan saya di sana.
i'm a human being , saya ada perasaan marah , suka gembira dan juga selain itu.
sekadar meluahkan rasa tatkala boring meluahkan di twitter :)
thx semua yang caring and concern :D