Home

Showing posts with label Malay Food. Show all posts
Showing posts with label Malay Food. Show all posts

Monday, August 26, 2019

Food Review : 60 Hidangan Lauk Pauk Nasi Campur Serendah RM 3 @ Restoran Halia, Sime Darby Convention Centre!

Siapa dekat sini yang gemar untuk makan nasi campur bersama-sama dengan lauk pauk tiap kali makan tengah hari? Mesti ramai sahaja yang suka makan seperti begitu khen? Ihiks! Jijah pun salah seorang yang pasti tidak akan melepaskan peluang untuk makan nasi campur bersama-sama aneka lauk pauk. Siapa yang hendak melepaskan peluang kan? 



Kalau korang semua nak tahu, bersempena dengan Hari Merdeka & Hari Malaysia, Restoran Halia yang terletak di Sime Darby Convention Centre , Bukit Kiara membuat Glorious 62nd Merdeka & 56th Malaysia Day Month Special iaitu menawarkan 60 jenis lauk pauk Malaysia & Padang bermula 1 Ogos sehingga 30 September 2019! Bukan selalu tau, Restoran Halia membuat aneka lauk pauk bagi nasi campur yang bukan 1-2 lauk tetapi 60 lauk pauk yang bermacam jenis. Jijah sendiri telah berkesempatan untuk mencuba aneka lauk pauk yang disediakan oleh Restoran Halia. Boleh dikatakanhampir kesemua lauk Jijah cuba tau!

Antara lauk pauk yang ditawarkan adalah Gulai Ikan Patin Tempoyak, Ayam Bakar Percik, Ikan Bakar, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Sotong Goreng Tepung, Gulai Nangka, Sup Torpedo, Kerabu Nangka, Rendang Kerang, bermacam jenis sambal & ulam-ulaman. Kalau korang tengok sendiri semua bermacam jenis lauk pauk, pasti korang pun akan rambang mata tau! Haruslah rambang mata mana yang mata tertawan dan mana pula yang tekak teringin nak rasa khen? Hahahaha! Amboi, bab makanan, mata pun cepat saja nak tertawan khen? Ekekekeke!











Semua makanan yang dihidangkan memang sedap dan terasa segarnya, terutama bagi menu seperti ikan bakar. Kita boleh rasa macam mana kualiti yang dijaga rapi oleh Restoran Halia ini. Dah lah lauk pauk yang disediakan tinggal korang pilih sahaja mengikut citarasa korang. Tak perlu lagi pening nak fikirkan nak makan apa, nak makan dekat mana semua dah. Korang cuma perlu ajak sahaja rakan sekerja atau teman rapat yang juga buntu tidak tahu hendak makan di mana untuk bersama-sama makan di Restoran Halia ini. Lagipun bila korang makan sahaja disini, korang sudah tidak perlu risau parkir kereta yang dijamin akan ada dan selesa berdekatan dengan Restoran Halia. Dah tak payah nak pening kepala kan?




Senang cerita, korang semua memang perlu merasai sendiri promosi Hari Merdeka & Hari Malaysia ini tau! Rugi sangat kalau korang lepaskan peluang ini tau! Jangan lupa untuk pakat ajak rerakan sekerja di pejabat untuk menikmati 60 jenis lauk pauk nasi campur di Restoran Halia bermula 1 Ogos sehingga 30 September 2019!



Untuk tempahan, sila hubungi / email:

Isnin - Jumaat
12.00pm - 2.30pm
1 Ogos 2019 - 30 September 2019

Sime Darby: 03- 2089 3799 (Email: halia.sdcc@simedarbyproperty.com)

Sime Darby Convention Centre, 1A Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur

psssttt ; edisi food review kali ini Jijah ada buat VLOG tau. Korang nak tengok tak, macam mana Jijah acah-acah menjadi ala-ala pengacara JJCM? Cer komeeen sikit NAK ke TAK NAK? :P Tungggguuuuu tau Jijah upload VLOG di dalam youtube tau. Sesambil tu, korang dah boleh dah SEARCH : IJAHEMOTEMO untuk FOLLOW,LIKE & SHARE tau! Ihiks!~


Thursday, March 7, 2019

Food Review : Buffet Ramadhan Serendah RM 69++ Hanya Di Sime Darby Convention Centre!

Sime Darby Convention Centre (SDCC) kembali menawarkan buffet Ramadhan serendah RM 69++. Tahun ini dengan bertemakan "Jalan-Jalan Ramadhan Buffet", berpuluh jenis makanan tradisi Melayu, kuih muih dan bermacam jenis makanan dihidangkan di Sime Darby Convention Centre.







Untuk makluman engkorang semua, terdapat 30 buah gerai makanan yang dimasak secara langsung seperti Sup Berempah, Laksam Kelantan , Masakan Kawah, Lidah Bakar, Tempayan Roasted Chicken, Teppanyaki, Sushi & Sashimi, Sizzler, Hot Plate & Cucur. Baru sahaja Jijah senaraikan pun engkorang semua sudah meleleh air liur khen? Ihik!

Juga seperti saban tahunnya, SDCC turut menyajikan Malaysian favourites seperti Udang Sambal Tumis Petai, Bubur Lambuk Berherba, Kambing Panggang dan Kacang Pool Special. Selain daripada itu, SDCC turut menyediakan Roasted Crispy Duck bersama Plum Sauce dan juga Kerang & 3 jenis pilihan ikan untuk Ikan Bakar. Bagi mereka yang gemar menikmati makanan Itali, terdapat beberapa pilihan seperti Spaghetti Carbonara atau Tomato Concasse Sauce & Penne atau Fettuccini bersama dengan Bolognese.























Manakala pilihan minuman yang disajikan tahun ini pula seperti Teh Tarik & Nescafe Tarik, Sirap Selasih, Guava Asam Boi, Cincau, Air Jagung, Air Tebu, Ice Blended Chocolate & Mocha. Amboi-amboi enak betul pilihan air yang ada khen? Tidak dilupakan juga pemanis mulut seperti Tapai Pulut, Wajik & Dodol, aneka pilihan ABC, Pancakes, Aiskrim & Oreo Churros bersama Caramel Sauce & Green Tea caramel.

Untuk makluman engkorang juga, Sime Darby Convention Centre sedang menawarkan harga promosi bagi buffet Ramadhan ini serendah RM 69++ bermula March ini! Setiap 10 pembelian akan diberikan 1 voucher percuma. Menarik gila kan? Terutama kalau dapat berbuka puasa bersama keluarga tersayang atau sahabat handai kan! Dah lah sajian makanan pun pelbagai pilihan, harga pun menguntungkan, lepas itu sangat child friendly untuk mereka yang inginkan suasana berbuka puasa yang tenang dan menyenangkan!


 01.03 - 31.03 2019
 01.04 - 05.05 2019
06.05 - 02.06 2019 
(ORIGINAL PRICE)

 RM 69++
RM 79++ 
RM 99++ 

Selain daripada itu, tahun ini D'Atap Gazebo steamboat turut menawarkan 100 jenis All-You-Can-Eat item bermula dengan harga RM 49++ setiap seorang. Bagi kanak-kanak dari umur 5 - 12 tahun dan warga emas bermula 60 dan ke atas hanya RM 37++ seorang. Manakala kanak-kanak dibawah umur 5 tahun adalah percuma!

Untuk mereka yang berminat untuk berbuka puasa beramai-ramai di private function room turut disediakan oleh Sime Darby Convention Centre bermula 6 Mei sehingga 2 June dengan harga dari RM 69++ sehingga RM 110+++ setiap seorang dengan minimum 10 meja.

Sime Darby Convention Centre melalui Restoran China Treasures turut menawarkan "Ramadhan Dinner Indulgence" dengan bertemakan 60 jenis "All-You-Can-Eat ala minutes dishes beserta 79 pilihan dimsum yang lazat! Antara makanan yang menjadi pilihan adalah Salted Egg Yolk and Chili Powder, Steamed Grass Carp with Minced Chili Soya Sauce, Deep Fried Tiger Prawn with Creamy Butter Sauce, Deep Fried Chicken with "Kung Pao" Sauce and Roasted Duck In "Pi Pa" Style. 

79 pilihan dimsum yang ditawarkan termasuklah Steamed Chicken and Shrimp Dumplings with Mushroom, Deep Fried Shrimp Patties with Sliced Almond, Stir-Fried Radish Cake and Beansprouts with Chili Sauce, Deep-Fried Prawn and Salted Egg Yolk Roll and Steamed Buttered and Salted Egg Yolk Bamboo Charcoal Bun




















Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut.


 01.03 - 31.03 2019
 01.04 - 05.05 2019
06.05 - 02.06 2019 
(ORIGINAL PRICE)

 RM 69++
RM 79++ 
RM 99++ 


Bagi kanak-kanak dari umur 5 - 12 tahun dan warga emas bermula 60 dan ke atas akan menikmati diskaun sebanyak 25%. Jadi apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa bersama yang tersayang dan nikmati tawaran harga yang cukup menguntungkan ini.

Kalau boleh, untuk mengelakkan sebarang kekecewaan, boleh terus menempah dengan kadar segera untuk mendapatkan tawaran harga yang berbaloi-baloi. Kalau lambat, gusar banyak tarikh yang tidak available nanti. Lagipun bila engkorang beli lebih awal, harga pun jauh lebih murah daripada harga asal. Memang tak rugi pun jika beli lebih awal. Dah lah dapat menikmati pelbagai menu yang sedap dan menarik, lepas tu pulak dapat berkumpul dan menikmati bersama-sama yang tersayang pula khen? Jangan tunggu lama-lama, pergi tempah sekarang!

Untuk tempahan, sila hubungi / email:

China Treasures: 03- 2089 3788 (Email: chinatreasures.sdcc@simedarby.com)

Sime Darby: 03- 2089 3688 (Email: sdcc@simedarby.com)

OPEN : 6.30 pm - 10.30 pm

Sime Darby Convention Centre, 1A Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur