Home

Showing posts with label Oppo R7. Show all posts
Showing posts with label Oppo R7. Show all posts

Sunday, October 16, 2016

Kisah Minggu Lepas : Cameron Highland & Kim Rae Won.

Susah betul diri sendiri hendak mencuri masa sendiri untuk mengetuk kibod. Kesian belog picisan ini , habus berdebu bersawang menanti tulisan terbaru khen? Masa cukup mencemburui Jijah. Mahukan tidak? Asal selepas balik sahaja kerja , mood untuk mengetuk kibod memang terus terlerai begitu sahaja. Penat hanya Tuhan sahaja yang tahu! Zaman asyik melagho dahulu kala, tak kenal pulak penat khen? Kikiki.

Minggu lepas , terlalu banyak perkara manis yang menyinggah dalam kehidupan. Begitu sekali bunga-bunga bahasa Jijah khen? Iyelah , sekarang ini bukan senang untuk buat perkara yang manis-manis lagi dah. Asyik sahaja ketemu perkara yang tak sepatutnya sahaja. Tapi dah nama pun kehidupan , takkan asyik mahu ketemu perkara yang elok semata-mata saja. Kena juga hadap yang pahit masam berduka juga sekali sekala. Barulah kehidupan itu lebih bermakna gittuew! 

Berbalik kepada kisah minggu lepas , Jijah tiba-tiba sahaja tidak ada perancangan apa-apa terus saja sampai ke Cameron Highland. Itu kali pertama Jijah ke sana. Kesian kan? Tak payah nak kesian sangat kahkahkah. Sebenarnya memang tak ada rancang langsung untuk kesana. Tapi itulah , kalau dah Tuhan katakan rezeki nak ke sana , tiba-tiba sahaja yang tidak dirancang tu pula yang berjaya pergi. Hihihi. Punyalah sebelum ini rancang macam-macam hendak ke situ ke sini , satu apa pun tak pernah berjaya pun. Alhamdulillah , after all , berpeluang juga untuk ke Cameron Highland. Nanti Jijah kongsikan lagi banyaaaaak lagi gambar yang bakal buat korang muntah kahkahkah.


Bajet Retis! :p

Penat balik dari Cameron Highland tak penat , tiba-tiba sahaja bila dapat tahu Kim Rae Won , pelakon Korea yang berlakon dalam drama Doctors datang ke Malaysia gigih pula pergi ke Meet & Greet di Pavilion. Bayangkan , gigih betul balik dari office terus menghala ke Pavilion hanya untuk tengok depan mata Kim Rae Won hahahahaha! Maigoddd! Selalu cukup jarang hendak ambil tahu. Tapi sesejak menonton drama Korea , kegigihan dia boleh tahan juga. Kihkihkih. Orang kata tak dapat bergambar ke bersalam ke apa , dapat tengok depan mata pun mata dah bersinar keluar levvvv levvvv levvvvv! HAHAHAHA melampau!


Penangan Kim Rae Won , penuh satu Pavilion okay!
Padahal masa ini baru 6.50 petang!
phewwww!

Cukup sampai sini dahulu Jijah tulis. Kata pun , hanya catitan ringkas sahaja khen? Takkan nak tulis panjang berjela pula. Kikiki. Lagipun hendak mencari semangat dahulu untuk menulis ini. Sebelum menulis lagi dan lagi untuk entri seterusnya. Harap engkorang semuanya terhibur membaca ya!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, September 8, 2016

Edisi Wanita : Matte Lip Crème Dari Fame Cosmetics Yang Mengujakan!

Baru-baru ini Jijah telah terjumpa satu produk matte lip crème yang cukup selesa dan cantik untuk dipakai. Jijah memang agak cerewet bila ianya berkaitan dengan barang-barang make up begini. Meskipun Jijah tak pandai langsung untuk touch up diri Jijah , tapi itu tidak bermakna Jijah memilih sebarangan produk. Gittuew!


Jadi , beberapa bulan yang lepas , Jijah telah menemui satu produk matte lip crème dari Fame Cosmetics. Pada asalnya Jijah sendiri tidak tahu mengenai Produk ini sehingga terjumpa ketika jenjalan di Instagram dan terjumpa IG Fame Cosmetics. Masa itu agak gusar juga untuk membeli kerana takut tekstur lip crème tersebut tidak sesuai dengan bibir Jijah. Almaklumlah Jijah memang sedikit cerewet ( or memang terlalu cerewet hamagad! ) bila ianya berkaitan produk kecantikan dan muka ini. Haruslah khen? Kau gila nokkk , nanti habis jadi menggelupas menggelupur diri kang! Kikiki. 






Maka , Jijah pun cuba try salah satu warna err sebenarnya dua warna hahahaha yang terdapat dalam Fame Cosmetics itu iaitu Violet & Desire. Ternyata Jijah tidak salah membuat pilihan. Kali pertama mencuba pun sudah jatuh cinta! Warnanya yang just nice , tidak terlalu terang dan tidak terlalu dull serta teksturnya yang tidak melekit langsung membuatkan Jijah terus jatuh cinta! Hey , even lipstick yang mahal pun kekadang buat kau rasa tak selesa walau warnanya cantik tau? Haruslah Jijah cukup berhati-hati hendak membeli semua ini. Gusar pisang berbuah dua kali katanya.



Code Colour : Violet


Code Colour : Desire

Selepas itu, terus berani mencuba untuk membeli warna Fuschia & Nude. Gigih khen? Haruslah gigih sebab bukan sahaja memiliki kualiti tekstur yang baik , malah harga yang ditawarkan juga sangat affordable. Sesuai untuk mereka yang sentiasa tampil cantik tetapi mempunyai bajet sedikit seperti Jijah ini. Kikikiki. Seriously , bagi korang yang suka tampil cantik juga dan inginkan tekstur yang selesa dan bibir korang tampak menawan , sila cuba Fame Cosmetics ini. InsyaAllah pelaburan yang menguntungkan gituh! Pelaburan terus tau! HAHAHAHA.



Code Colour : Fuschia


Code Colur : Nude

Hikhiks! Nampak betul Jijah sukakan tekstur Fame Cosmetics ni kan? Sebab hampir kesemua warna Jijah miliki tau! Memang warnanya kena dengan jiwa Jijah. Tak terlalu dull atau terlalu terang. Just nice omputih kata! Kikiki. Lagipun harganya juga berpatutan dan bertahan lama juga. So tak kisahlah kalau melabur sikit kan? Hihiks! Ada tak yang pernah mencuba? Kalau yang pernah mencuba mesti tahu kenapa Jijah terlalu sukakan Fame Cosmetics ini kan? Hihihi.

Kalau korang juga teringin untuk membeli , boleh terus pergi ke Instagram Fame Cosmetics dan lihat senarai agent yang sah menjual Fame Cosmetics ini. Kalau korang berdekat Kerinchi / KL Sentral / Bangi boleh terus COD & hubungi Piperlips tau! Servis yang dilakukan oleh beliau sangat tiptop dan menyenangkan Jijah juga. Gitchuew! So , siapa pernah cuba Fame Cosmetics ini? Cer angkat keyboard sikit! :p


Terima kasih sudi baca entri ini :)


Tuesday, September 6, 2016

Edisi Kehidupan : Sesi Menenangkan Diri di Regalia Residence & Helipad Heli Lounge Bar Menara KH.

Kalau malas hendak tulis panjang-panjang boleh tak? Tapi macam tak seronok pula kalau tidak tulis panjang-panjang kan? Rasa macam entri itu sendu betul. HAHAHAHA. Kononnya, bila header baru sudah bertukar mood hendak menulis akan makin bertambah. Kikiki. Tapi adalah sikit-sikit mood tu. Cuma belum sepenuhnya kan? HAHAHAHA alasan! :p

Kali ini Jijah hendak kasi sedikit teaser tentang aktiviti menenangkan diri Jijah pada minggu lepas. Biasalah , bila terdapat cuti panjang sikit , mula lah terasa hendak merayap ke mana-mana khen? Kikikiki. Memandangkan ini teaser sahaja dahulu. Jadi kita tengok gambar dahulu. Okay?



Tumpang merayap di Capri by Fraser KL.


Sambut Kemerdekaan di Regalia Residence @ Jalan Sultan Ismail.


Helipad @ Heli Lounge Bar Menara KH.

Memang menakjubkan betul perasaan melihat keindahan pemandangan begini. Rasa tenang jiwa. Rasa sangat segar! SubhanaAllah. Kalau diizinkan sekali lagi , ke salah satu tempat yang berada dalam gambar tersebut , pasti akan pergi sekali lagi. Terutama bila jiwa kau tengah kacau macam sikit lagi nak berterabur hati dan perasaan kau , dan tiba-tiba ditemukan dengan pemandangan begini. Memang cukup menenangkan perasaan.

Ini aktiviti Jijah sepanjang minggu lepas. Korang buat apa bila dapat cuti panjang tempoh hari? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)


Monday, April 4, 2016

Edisi Hujung Minggu : Jimba Ria Ke Tu?

Rasanya , hujung minggu yang lalu adalah hujung minggu yang terlalu banyak aktivitinya. Bukan bermaksud ianya padat. Tetapi hujung minggu yang terisi dengan orang-orang yang kita suka , sayang dan selesa konsepnya. Sudah agak lama , hujung minggu aku tidak diisi dengan aktiviti sedemikian. Kali ini nak bercherita dua benda dalam satu entri. Tulis memanja dulu. Kalau ada masa aku tulis pepanjang lagi ya? Hihiks.



Awesome Concert!

#1

Sabtu lepas aku telah berpeluang untuk menonton Konsert Dato' Siti Nurhaliza dan rerakan yang bertempat di Stadium Negara. Tak ada pun dalam fikiran untuk pergi menonton since diri sendiri bukan lagi gigih untuk buat perkara gigih lagi. Tapi orang kata, kalau sudah dinamakan rezeki , ia tetap akan datang bergolek kan? Thank you Daniel for the tickets! 

Itu kisah hari Sabtunya. Dari petang sampai ke tengah malam berada di luar rumah. It's been a while..dan mula terasa lenguh satu badan dan lesu sekali bila sudah lama tidak berbuat demikian. Am I talking to myself that I'm getting old? Oh my.. baru 22 tahun kot! Not yet 3 series dah macam gini?! hahahahahahahah sedih! Tapi apa yang boleh aku tulis seringkas yang boleh ini , Konsert DCT bersama rerakan ini memang awesome tiptop betul! Energi yang diberikan oleh DCT memang kaw kaw punya! Congrats to the whole team!


Beautiful Isn't?

#2

Semalam pula , aku sempat menghadiri resepsi perkahwinan Anzalna Nasir yang kedua. Bertempat di Dewan Perdana Felda , Jalan Semarak. Bila masuk sahaja ke dewan , terasa macam masuk ke ladang bunga! Seriously sangat cantik! Sangat menawan! Sangat memukau pandangan mata tau! Woah!

Bila tengok pengantinnya pula , alahai sama cantik sama padan betul! Tak puas mata memandang tau! Nanti kalau rajin , Jijah hapdet lagi gegambar yang sempat Jijah snap semasa di majlis resepsi Anzalna + Hanif ini ya. Sekarang kita sekadar tulis memanja aje dulu okay? Hihihi.

Nampak macam sikit aje aktiviti Jijah. Tetapi hakikatnya , memang padat gila! Boleh tahan lesu kejap bila cuti hujung minggu diisi dengan aktiviti khen? Sekali sekala , boleh lah begitu. Kalau sentiasa macam gitu , mahu hilang 10 kg! Ke makin menambah 10 kg?! HAHAHAHAH.

Hujung minggu lepas , korang buat apa je? Bai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)


Tuesday, February 2, 2016

Edisi JJCM : Cake Jalan Tiung @ Shah Alam. Sedap Ke?

Sempena dengan hari jadi Jijah tempoh hari , Jijah meminta dengan kakak Jijah untuk makan kek di Cake Jalan Tiung. Ahhah , pernah dengar tak kedai kek ini? Jijah pun baru aje tahu mengenai kedai kek ini. Biasalah , bila usha Instagram , mesti akan ternampak semua ini. Hihi. Jadinya , kitaorang pun gigih ke Shah Alam untuk merasai sendiri kek yang ada dijual di Cake Jalan Tiung. Dengar cerita serta komen orang yang pernah merasai sendiri , memang sedap. Konsepnya , sedap ke?


Tengok ghupe dah cantik khen? Rasa-nya bagaimana pula? MashaAllah , the taste was so good! Damn good , I tell you! Jijah bukan-lah seseorang yang dipanggil as cake lovers atau pastry lovers. But I tell you the cake was so delicious! Bila tekak boleh menerima , bermakna memang kek itu menepati citarasa diri ini. Bukan mudah Jijah nak memakan kek yang sebarangan. Tapi this one , Jijah boleh makan dengan jayanya! Hihihi.

Apa yang lebih menyeronokkan di Cake Jalan Tiung ini Jijah rasakan tempatnya yang bukan terlalu luas namun tidak juga terlalu sempit itu cukup mendamaikan mata dan perasaan yang memandang. Rasa selesa dan tenang apabila berada di dalam kedai tersebut. Mungkin juga kerana dekorasi yang ditatapkan pada kami semua memberi impak yang mendamaikan. Rasa macam nak duduk lepak situ lama-lama. HEHEHE.

Disebabkan dekorasi yang cantik itulah yang menyebabkan Jijah dan kakak Jijah boleh tahan gian mengambil gambar khennn? Ala-ala batak gittuew! But siapa kisah? HAHAHAHA. Jom tengok gambar pula , walaupun rasa macam malas tengok , tapi tengok lah jugak! Khen? Ekekekeke.








Hihiks , bergambar sampai lebam itu perlu okay? HAHAHAHA. Sebenarnya sudah tak tahu hendak membuat apa khen? Jadi ambil gambar is the best solution we had! Hehehe. Lagipun memang pergi ke Shah Alam sekadar hendak mencuba Cake Jalan Tiung semata sesambil membuat COD Popia Roll Mini khen? Orang kata , alang-alang tu kita pergi cuba kan? HEHE. 

Sekali sekala kalau rasa nak bersantai sambil menikmati dessert begini , boleh lah datang ke Cake Jalan Tiung. Another place yang sangat santai dan menenangkan. Bolehlah korang bersantai sambil berborak dengan orang yang tersayang kan? Kalau ada yang nak mencuba , nah alamatnya!


Cake Jalan Tiung
31M, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Section 9, Shah Alam

Siapa yang hantu kek dekat sini? Meh angkat kibod meh! Hihihi.

Terima kasih sudi baca entri ini.

Sunday, November 1, 2015

Gincu Merah. Cantik Ke?

Sesekali datang angin monsoon nak menukar gaya penampilan diri , memang kita akan buat serta merta tanpa endah apa-apa disekeliling kita kan? Walaupun kebarangkalian besar untuk orang sekeliling kita akan buat tanda soal besar di atas kepala , kita tetap lakukan tanpa was-was kan?

Or is that me yang suka buat sesuatu perkara yang kalau aku nak , aku nak jugak ? Eh ? HAHAHA. Entahlah. Terbaharu , aku bukanlah tukar gaya penampilan aku seratus peratus. Aku masih seorang divapora yang lemak berlebihan disana dan sini. Cuma kali ini aku cuba beranikan diri untuk memakai gincu. Ehehehe. 

Alah , gincu aje pun? Oh itu pun satu perubahan drastik untuk Jijah. Usually , Jijah hanya akan pakai gincu atau mekap hanya bila ada event dan hanya bila rakan Jijah Fawwa turun KL. Sebab apa? Dia mekapkan Jijah santek dan Jijah suka! HAHAHAH. Kesian Fawwa kena buli dengan Jijah tiap kali turun KL kena tolong mekapkan Jijah. Ekekekek. 

Jadi , entah sebab apa entah , I think I should wear a lipstick. Eceh. Tak , bila Jijah selfie dan tengok kembali muka Jijah , of course Jijah tak cantik mana pun. Lepas itu tampak pucat macam orang tengah berpantang , huh , tak kelakar. Memang pucat. Jadi tiba-tiba gatal nak try gincu merah. And amaaaaazing , terus rasa lain macam. Rasa wajah bertukar menjadi berseri-seri. HAHAHAHA , bab-bab puji memuji diri sendiri adalah perkara biasa ya :p

And since a few months a go , Jijah cuba meyakinkan diri untuk pakai gincu merah tiap kali hendak pergi ke kerja. Well , bukan setiap hari. Sekadar untuk menaikkan seri wajah katanya. Kekadang Jijah hanya memakai lipbalm yang berwarna pun sudah cukup memberi wajah Jijah untuk tidak jadi pucat. Begituuuu.

Jadi , marilah menayangkan wajah sendiri dengan gincu merah. Perlu ke? Perlulah sebab ini belog aku khennn? HAHAHAHA.






LULZ! Mesti ada yang nak termuntah khen tengok wajah yakin santek si Jijah ni khen? HAHAHA. Hofcoz lah kena yakin santek uols! Keyakinan diri sendiri itu paling penting konsepnya! HAHAHAH. Tak adalah , to be honest , memang pakai gincu merah begini walaupun kekadang rasa malu sebab orang macam , "apahal kau pakai gincu merah tetengah panas terik ni oi?!" , tapi buat kau rasa lagi yakin daripada biasa. 

Atau aku saja yang berperasaan macam gitu? HAHAHAH. Nahhh , nevermind , yang penting kena yakin khen? Walaupun hakikat wajah tidak lah se-flawless mana. Atau tidaklah secantik mana. Still , aku suka bila aku cuba ubah sikit demi sikit penampilan aku. Nanti mana tahu tiba-tiba ubah tabiat makan yang banyak kepada yang lebih berkhasiat pula ye dak? Orang kata, setiap benda kena ambil masa. InsyaAllah soon ye dak? 

Dah kata , #misijodoh2015 khen? eh! HAHAHAHA. Tak kisah lah atas sebab apa pun , sikit demi sikit Jijah buat untuk kebaikan diri sendiri jua. Walaupun untuk ubah penampilan diri tu tak perlu pun takpe. Tapi apalah salahnya sekali sekala khen untuk bertukar menjadi lebih cantik kan? Begituuuu. Hihihi.

So itu sajalah nak share khen? Semoga misi jodoh 2015 berjaya! Eh? Okbai!

Terima kasih sudi baca entri ini :)