Home

Showing posts with label Jijah Cookies. Show all posts
Showing posts with label Jijah Cookies. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

Iftar Bersama Aaron Aziz Di RACTAR

Bila dah selesai Ramadhan , dah juga selesai Syawal , baru Jijah gheti nak ketuk kibod untuk update cherita basi kan? As usual , alasan yang agak cliche , mak busy noks! Hahahah walaupun sebenarnya busy lah sangat kan? Hehe, sebenarnya bila gambar terlalu banyak dan nak kena watermark kan gambar , itu yang memunculkan perasaan malas tanpa sebab kan? Heheh. 

Ramadhan yang lepas Jijah berkesempatan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Aaron Aziz di Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) yang bertempat di USJ. Hehe aku sebenarnya tak merancang untuk menghadiri majis rumah berbuka puasa bersama retis kesayangan ini kan? Tapi disebabkan ada beberapa sebab yang menyebabkan aku perlu juga join , maka aku pun join. Gigih kau dari Wangsa Maju ke USJ demi berbuka puasa dengan Aaron Aziz kan? Gigih tak gigih , redah sajork katanya! Heh.

Bila sampai sahaja di RACTAR , aku cuba mencari kakak-kakak sayang iaitu Kak Echa , Kak Sue atau Kak Ita , tapi masing-masing belum sampai lagi. Jadi aku pun menunggu sahaja di dalam kawasan RACTAR dengan muka paling tabah sekali. Mohtif ayat dramatik? Hahaha.. Aku pilih duduk berhadapan dengan kambing bakar. Kenapa? Sebab aku tahu mesti ramai peminat Aaron Aziz akan berpusu-pusu nak pergi dekat Aaron Aziz tapi aku sebab DivaPora haruslah buat rilek saja dan akan terus fokus untuk makan kambing sampai pengsan kan? Hahahahah.. matilerrr kalau siapa-siapa baca statement mak ni noks!!! Hahahah.. maafkan saya!

Aaron Aziz turut hadir bersama-sama dengan isteri tersayang , Diyana Halik. Nak dijadikan cherita , masa aku tunggu orang habis beratur untuk ambil makanan , tiba-tiba aku tengok ada orang pakai baju warna pink datang. DivaPora yang seorang ni kalau dah nampak makanan mana nak nampak orang lain sangat khen? Tapi agak terkejut tiba-tiba nampak Aaron Aziz dekat belakang khen? Mujur tak sempat buat drama Jijah pun kannnn? Hahahaha.. Tapi masa tu macam "eh abe Tapa dah sampai?" wakakaka tehtap kan soalan macam haramjadah je Jijah ni pun :p


Candid! Kak D , Kak Echa , Anak Kak Ita , Kak Ita dengan Jijah!

Weols duduk satu meja! =)

kredit pic : KhairulBadriPhotography :)

Makanan malam tu pun best juga. Yang penting Jijah melantak kambing bakar sampai meluap-luap panas luar dengan dalam badan kan? Dah kambing bakar tu memang dekat depan Jijah uols , kalau malu-malu kucing memang merugikan diri sendiri lah kan? Hahahaha, chaittttt tak tahu malu punya Jijah! :p

Lepas tu kebetulan Kak Echa ada bawa dia punya external hardisk , maka Jijah gigih juga bawa netbook untuk ambil cerita Dejavu Di Kinabalu kalau tidak silap. Orang sibuk makan Jijah sibuk transfer segala cherita kan? Iyelah , Kak Echa kena balik awal , maka kena buat aktiviti transfer semua ni dengan pantas kan? Tiba-tiba Kak D (wife Aaron) .. "Eh Ijah! Awal nya awak nak update belog? Makan dulu Ijah!" Aku terus.. "erkkkkk" Hahahaha.. Suka betul menyakat kannnn Kak D ni pun :p

Tapi sebenarnya bila berada bersama-sama dengan anak-anak yatim di RACTAR ini boleh menginsafkan diri juga. Apa yang Jijah tengok di mata anak-anak yatim ini benar-benar boleh menitiskan air mata Jijah. Serius! Bila tengok mereka membuatkan Jijah merasakan beruntungnya Jijah kerana masih mempunyai ibubapa , masih mempunyai keluarga. Ada yang masih lagi kecil dalam umur sekitar 5 tahun begitulah sudah pun menginap di RACTAR. Siapa yang tidak tersentuh kalau macam itu kan? Bila lihat layanan Aaron Aziz dan Diyana Halik yang sangat mesra dengan anak-anak yatim di RACTAR juga membuatkan Jijah turut berasa senang.

Lagi menarik anak-anak yatim di RACTAR turut menyanyikan lagu Ombak Rindu khas untuk Aaron Aziz. Comel kan? Heheh. Sebenarnya aku tak bawa pun kamera. Tapi sebab rerakan lain ada kamera, maka aku pinjam kamera mereka dan semua gambar ini credit kepada mereka dan ada sesetengah tu Jijah yang tolong snapkan. Jijah kan suka ambil gambar orang! Hikhikhik. Thank You Deina and Kak Echa! Makaaaaa..Jom tengok gambarrrr! 


Jijah dan Kak D yang shantek! =)





tetibe terasa macam stalker. tak pasal-pasal tersentap sendiri. hahah. -__-'

Majlis Berbuka Puasa bersama Aaron Aziz memang berjalan lancar sahaja. Cuma kadang-kadang di mana-mana majlis tidak pernah ada yang sempurna. Biasalah tu kan. Tapi Jijah mana pernah kisah ketika itu kerana terlalu sibuk melantak kambing dengan jayanya. Adakah Jijah sebenarnya terlalu obses dengan kambing? Adakah? Adakah? T_____T

Jijah memang berada di RACTAR itu sehingga selesai majlis tersebut memandangkan Jijah pulang bersama Syafiq yang juga CM's untuk Aaronators. Tak kan CM's nak cabut pulang awal khen? Maka , Jijah yang mata dah layu pun tehtap gigih menunggu. Best juga tunggu sampai habis sebab boleh sambung makan lagi. Erkkkk. Tehtap kau Jah! Hahaha.. 

Sebenarnya juga , kalau korang perasan ada dalam satu entry aku yang terdahulu , aku sendiri terlupa yang mana sebenarnya , muehehe , aku ada letak gambar aku dan Aaron Aziz sambil pegang Chocolate Chip Cookies kan? Hiks. Sebenarnya wife Aaron Aziz , kak D ada order sebalang dengan aku. Haruslah terasa gedik-gedik kejap bila Kak D order kan? Tehtap kau Jah! Hahahah.. So sebab itu aku gigih pergi juga Iftar Aaron Aziz ini selain rindu sangat dengan semua Aaronators yang dah lama kot tak berjumpa semua! Kira nya melepaskan semua rindu lah kot? :p


Tauke Cookies ! LOL.


nampak tak muka Jijah tersengih sampai ke telinga? nampak tak? nampak tak? *panggggg

HAHAHAHA!

Tak pepasal Aaron Aziz jadi duta tak berbayar Jijah Cookies kan? Hahaha ampunn! :p

Hiks. Tak dinafikan memang seronok juga bila Kak D pun order sekali cookies ni. Siap cakap sedap katanya! Hah korang tak nak ke order dengan Jijah khen? Tehtap peromot sakan lagi! Hiks :p Anyway , sebenarnya sangat susah nak bergambar dengan Aaron Aziz masa tu but macam aku cakaplah , pertama sekali , kita disitu untuk meraikan dan menggembirakan anak-anak yatim. So aku macam ala-ala tak kisah sangat dapat atau tak bergambar tu. Tak perlu sampai nak berebut-rebut hala-hala macam tak pernah dapat nak bergambar dengan Aaron kan? Lain lah kalau kau pergi event, lepas tu kau tak dapat bergambar disebabkan sebab-sebab tak munasabah , itu wajib buat amukan setan dan gerilla sekali ye? Hahaha..

Tapi kebetulan masa tengah lepas senak kekenyangan makan kambing (hahahaha again kau Jah kambing kambing kambing!) Aaron lalu depan aku maka harus kasi cookies itu untuk kasi dekat Aaron walau tahu kena kasi dekat Kak D jugak kan? Hihihi Gedik kau Jah! So bergambar juga akhirnya katanya! Okay mari layan lagi gambar yang tak seberapa banyak ini. Thanks to Kak Echa and Deina for the pixture! Sayammm korang ketat-ketat! :p


ini lah kambing yang diperkatakan tak sudah-sudah! hahahaha!



pulut kuning untuk Anniversary Aaron Aziz dan Diyana Halik!

pulut kuning tu sangat sedap uols! erkk tetibe! haha.

Begitulah kan katanya? Tapi sebenarnya ada yang lebih dramatik yang terjadi selepas Iftar dengan abe Aaron. Masa Jijah nak balik , boleh pulak tetibe ada kejadian yang paling tidak disangka-sangka katanya. Tetibe Kak Ayu salah seorang CM's Aaronators terpecah air ketuban dekat parking lot ye. Itu pun sebab dia ajak Jijah balik dengan dia dan padahal masa tu dia dah nak gerak dah tau. Sangat dramatik masa tu dan mujur masih ramai lagi Aaronators lain dan boleh tolong Kak Ayu masa tu. Serius sangat dramatik dan tak boleh tidur satu malam kejap. Hahahah..memang drama sangat tau! But Alhamdulillah , akhirnya Kak Ayu selamat lahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel. Mujur sempat sampai ke hospital kan. Hehe.

Di sebabkan tak sempat nak melawat Kak Ayu dengan baby selepas bersalin sebab masa tu bulan puasa kan , jadinya sempat pergi melawat Kak Ayu dengan baby masa hari Raya tempoh hari. Jijah pergi sekali dengan Kak Echa. Patutnya pergi melawat Kak Sue yang dapat baby girl jugak tapi sebab Jijah ada program lain maka cuma melawat Kak Ayu sajork. Hehe. 


Jijah dan Kak Ayu! ;)


Jijah dan baby Afeef! 

eh sedondon pulak Jijah dengan tempat tidur baby Afeef kan? hihihi.

Hah! Punya panjang lebar bercherita kisah yang dah basi ini kan? Tapi ada Jijah kisah cak cak cak kannnnnn? Tehtap jugak nak bercherita dekat sini katanya! Asalkan ada update katanya! Mampoooo statement? Hahahah... Orang dah nak Raya Haji dah Jijah oiii , Jijah baru update pasal Ramadhan kan? Sangat tertinggal monorel Jijah ni kan? Tapi asalkan update jugak dalam belog kira okay lah tu kan? Ekekekek! :p

Oh nampaknya memang sudah panjang lebar Jijah mengetuk kibod. Jijah mahu titik noktahkan entri ini sebelum menjadi semakin panjang lebar. Nanti mahu pengsan korang nak baca panjang-panjang kan? Hiks. Tapi , last but not least. HEHE.


Kak D , Jijah & Abe Aaron!

;)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, August 9, 2012

Duit Raya

Tak lama sahaja lagi Raya akan muncul. Sekarang kita sudah menuju 10 Ramadhan terakhir. Sekejap sungguh kan masa? Memang terasa pantas sangat-sangat sehingga kita sendiri tidak sedar yang sudah hendak di penghujung kita berpuasa?! Alhamdulillah. 

Rasanya semakin hampir hendak Raya, semakin ramai rasanya orang berpusu-pusu pergi membeli belah untuk persiapan raya dan tidak kurang juga yang berpusu-pusu ke bank untuk menukar duit untuk duit raya. Ehem , ehem hint : saudara mara dan rakan taulan tersayang. Eh! HAHA. Jijah dan keluarga tahun ini sambut hari raya dalam kadar yang sangat besederhana. Tak ada baju kurung baru , tak ada tudung baru dan senang cerita guna sahaja barang yang sudah lepas. Senang juga sebenarnya. Tak payah nak pening kepala fikir nak bersesak di lautan manusia Jalan TAR mahupun Jalan Masji India. Tak payah nak serabut kepala baju kurung yang tukang jahit buat tu ketat ke longgar masa Raya nanti. Tak payah. Tak payah semua tu. Heh.

Kali ini memang semua benda besederhana. Lagipun Jijah pun dah kurang nak bersemangat dan beriya bagai nak rak macam dulu-dulu. Apa sahaja yang ada , itu sahaja lah kan? Senang cerita ukur baju di badan sendiri gituh. Mungkin tak akan jejak kot Jalan TAR atau Jalan Masjid India masa bulan Ramadhan untuk persiapan Raya ini. Mungkin lah. Tapi ada kawan aku yang ajak aku nak pergi masa malam Raya. We'll see how. Kalau jadi pun aku mungkin cuci mata sahaja. Tapi kalau ada yang harga runtuh dan aku ada bajet sikit-sikit nak beli why not kan? Hahahah , kata ukur baju di badan sendiri tapi bunyi dan bau-bau bacang tu macam teringin nak beli saja? HEHE , tak apa. Itu angan-angan saja. 

Kalau tanya aku betul-betul memang mood untuk Raya sudah hilang entah pergi ke mana pun tak tahu. Sungguh aku tak ada mood. Aku rasa macam ada perasaan kosong yang hilang. Tak seperti dulu-dulu. Tak apa lah. Kita sambut sebagai meraikan 30 hari kita berpuasa pun sudah cukup baik kan? Gituh. Entri random lagi. Entri yang teringin nak update tak berkesempatan nak belek gambar yang shantek dari kamera cap ayam aku itu. Tak berkesempatan langsung. Memang boleh tahan juga kesibukan aku kali ini. Hailah. Tak kesampaian angan-angan nak menayang segala gambar makanan semasa Ramadhan kan? Paswah.

Eh tulis panjang pula. Jom layan gambar? Eleh, dua keping saja pun :p


Curlast tak sampul duit raya Jijah uols?
Hah!

Nak tahu cherita pasal apa? Tunggu lah bila Jijah ada kelapangan nanti Jijah update k! :D


Hah! 

Ini antara penyebab kenapa Jijah tidak sempat nak update cherita yang dijanjikan itu katanya! Tapi tak apa ini semua rezeki Ramadhan. Jijah bersyukur :')

Memang Ramadhan kali ini kesibukan dia lain macam. Mungkin sebab Jijah ada buat tempahan Chocolate Chip Cookies itu kot? Alhamdulillah , sehingga saat akhir ini masih ada yang nak order. Syukur sangat-sangat dengan rezeki dari Nya ini. InsyaAllah Chocolate Chip Cookies ini akan diteruskan juga penjualan selepas Syawal pun nanti. Tengok kepada kelapangan juga lah kan? Gituh. So dari entri yang konon-konon nya ringkas terus jadi tak ringkas lagi dah. Heh.

Macam mana korang semua sepanjang Ramadhan ini? Sihat atau sebaliknya? Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk 10 Ramadhan terakhir ini untuk merebut peluang melaksanakan ibadah yang berlipat ganda ganjarannya itu. Amin. InsyaAllah.

Terima kasih sudi baca entri ini.

Monday, August 6, 2012

Ada Apa Dengan Minggu Ini?

Beberapa hari yang sudah fikiran sarat dengan macam-macam perkara. Ada yang baik dan ada juga yang sebaliknya yang telah terjadi dalam beberapa hari yang sudah. Tapi Alhamdulillah berjaya juga ditempuhi meskipun dalam tidak sedar Jijah asyik mengeluh sana dan sini. Kadangkala diri sendiri terlalu leka mengikut emosi dan perasaan amarah sehingga lupa tentang segalanya. Hah! Kan dah menyesal sekarang?! Sobs.

Kalau boleh minggu ini seboleh mungkin hendak mengupdate macam-macam benda. Ada banyak entry yang tertangguh masih terperap dalam draft. Memang agak kurang masa lapang untuk mengetuk kibod. Jijah pula jenis tak suka menulis dalam kadar yang ringkas tanpa ayat drama kan? Itu yang asyik tertangguh saja bila tidak ada idea ketika menulis. Sadis lagi. Tapi apa-apa pun Jijah kena gigihkan diri juga untuk mengupdate macam-macam entry untuk minggu ini. 

Ada beberapa cherita baru yang nak dikongsi bersama. Paling hangat tu. Paling menarik kot? Heh Heh Heh. Tapi itu semua kemudian okes? Tetap Jijah eksaited kan bila bercerita? Harus uols! Nak belogwalking pun masih kurang kesempatan. Maafkan saya! Tak apa bila Jijah ada masa terluang pasti Jijah akan curi sedikit masa untuk belogwalking ke belog korang okay? Gituh! So apa yang menarik sangat minggu ini?


Apa yang Jijah sedang buat itu?
Eh?

Hah! Siap ada wife Aaron Aziz , Diyana Halik tu! Agak-agak korang apa yang menarik ni? HEHE. Memang menarik sangat katanya! Tapi hold on dulu cherita itu. Tunggu next update k! Aiyooooo...ada banyak next update ni. Takpe , tunggu okay?! :p

Ada ke yang tahu ke event apa yang Jijah pergi sampai ada wife Aaron Aziz ni? :D

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, August 1, 2012

Ku Pohon Restu Dari Jauh. Mampoooo Tetibe?

Terasa terasing pula bila buat tajuk entri seperti ini. Terasa macam sekarang berada di Scotland dan esok ialah Hari Raya. Terasa saja lah. Padahal , tajuk entri dengan isi kandungan mesti jauh berbeza. HEHE. Biasalah. Otak tengah tepu. Otak tengah gigih mencari kembali idea yang sudah jauh ku tinggalkan sejak beberapa minggu ini. Semenjak Puasa memang sedikit sibuk seperti dinyatakan dalam entri sebelum ini. Hendak mencari ruang untuk mengetuk kibod pun memang tak sempat punya. Hendak mencari ruang untuk tidur pun kadang-kadang main taram tidur aci sepoloh minit sebelum berbuka kan? Heh.

Konon nak buat entri pendek sahaja. Nak beritahu. Pagi tadi telah selamat melakukan penghantaran pertama untuk balang-balang Chocolate Chip Cookies yang telah di order. Excited dan Nervous bercampur baur. Apa yang paling takut kalau Cookies itu tidak seperti yang mereka harapkan ke-sedap-an-nya. Tapi kalau ikut tekak Jijah yang memang hantu Chocolate Chip Cookies, rasanya memang sudah sedap. keh keh keh , angkat bakul sendiri. hewhewhew! :p

Apa jua yang orang komen, insyaAllah akan Jijah perbaiki lagi mutu kesedapan (andai ada yang komen lah kan? :p) nya nanti. HEHE. Yang penting Jijah nervous sangat sekarang ni. Harap-harap bungkusan balang-balang tersebut akan selamat sampai ke tangan pembeli yang disayangi. Duhai biskut tersayang , jangan kasi hancur ya? Kesian dekat Jijah nanti. Sobs. #tetibe.


HEHE , Terima Kasih rakan-rakan tersayang yang sudi menyokong bisnes kecil-kecilan Jijah :*

Terima kasih sudi baca entri ini :)