Home

Showing posts with label Iedil Putra. Show all posts
Showing posts with label Iedil Putra. Show all posts

Sunday, December 11, 2016

Telemovie Khas Maulidur Rasul : Syurga Dihujung Jalan Lakonan Iedil Putra & Nazeera Sardi.

Kalau korang masih ingat , Jijah pernah menulis tentang telemovie khas bersempena Maulidur Rasul iaitu Syurga Dihujung Jalan di entri sebelum ini. Kalau sebelum ini entri yang Jijah tulis sangat ringkas sahaja. Kali ini, Jijah ingin berkongsi dengan korang sedikit sinopsis beserta gambar-gambar di lokasi penggambaran Syurga Dihujung Jalan. Untuk yang tidak pernah tahu, Syurga Dihujung Jalan merupakan arahan dari pengarah Zulhuzaimy. Manakala skrip untuk drama ini ditulis oleh rakan buat perangai Jijah iaitu Lynnda Sharudin. Kikiki , sebab itu Jijah cukup teruja untuk menonton telemovie ini tau!

Syurga Dihujung Jalan dilakonkan oleh barisan pelakon yang Jijah tahu pasti bakal meninggalkan kesan lakonan mereka dijiwa korang iaitu Iedil Putra dan Nazeera Sardi. Tak percaya? Haaa sebab tu engkorang kena tengok sendiri nanti. Dah , dah. Tulis pepanjang pun tiada guna khen. Meh kita baca sinopsisnya dahulu. 

Zaliya merupakan bekas pelatih Sekolah Tunas Bakti yang dimasukkan ke sekolah tersebut atas kesalahan mengedar dadah di bawah umur. Kejadian tersebut telah merubah seluruh kehidupan Zaliya apabila ayahnya meninggal dunia akibat terkejut dengan berita tersebut manakala ibunya terus memusuhinya kerana menyebabkan kematian ayahnya. Ibunya yang selama ini penyayang dan lemah lembut bertukar menjadi dingin dan melayan Zaliya dengan buruk akibat tidak dapat menerima hakikat kematian suaminya. Nasib Zaliya disangkakan berubah selepas perkenalannya dengan Hadif,anak Penghulu Kampung.Hadif yang disangkanya mampu menjadi penyelamat hidupnya juga bukanlah seperti yang diharapkan. Hadif anak tunggal kesayangan pasangan Penghulu Haji Ramli dan isterinya merupakan spoilt brat son yang tidak pernah dihampakan permintaannya selama ini. Ketaksuban penghulu terhadap anak tunggalnya itu menyebabkan dia sanggup melakukan apa saja termasuk membekal wang untuk kegunaan membeli dadah. Tanpa sedar Hadif merupakan penagih dadah yang cuba untuk berubah sebaik mengenali Zaliya. Malangnya tanpa sokongan keluarga,manalah mungkin pasangan sementah ini bisa mengubah nasib mereka. Apakah yang berlaku selanjutnya? Siapa Marini dalam kehidupan Zaliya sebelum ini? Apakah hubungan Marini dengan semua yang bakal berlaku? Nantikan Syurga di Hujung Jalan menerusi slot Skrin di 9, bakal menemui anda sempena Maulidur Rasul nanti pada 12/12/2016 (12 Disember 2016). 

Hah! Macam mana bila engkorang semua baca sinopsisnya? Korang dah dapat rasakan tak betapa berlikunya seorang Zaliya di dalam kehidupannya dalam Syurga Dihujung Jalan tak? Kalau nak tahu bagaimana kehidupan Zaliya yang penuh liku itu , kena lah menonton Syurga Dihujung Jalan esok tau! 

Jijah tahu, selain daripada membaca sinopsis ini , engkorang mesti nak tengok gambar juga khen? Dah , toksah cakap banyak lagi dah. Nak Jijah payungkan dekat korang gegambar di sekitar lokasi penggambaraan mereka di sekitar Melaka. Jom tengok!




















Nah kita payung sekeping gambar hero-heroin Syurga Dihujung Jalan bersama penulis skripnya , Lynnda Sharudin. Muahciked!


Gitchuew! Sekali kasi gambar terussss berduyun banyaknya tak pandang kiri kanan khen? Kikikiki. Tiba-tiba nampak handsome pulak Iedil Putra...eh! HAHAHAHAHA. Haaaa suka ke tidhok Jijah payung bebanyak gambo ni? Gilaaa tak suka khen! Eleh! HAHAHAHA.

Jadi engkorang semua jangan bebuat lupa untuk menonton Syurga Dihujung Jalan ini di TV9 esok jam 8.30 malam ok? Ada banyak mesej-mesej yang tersirat serta tersurat dipaparkan dalam telemovie khas bersempena Maulidur Rasul ini. Jadi sangat sesuailah telemovie ini ditonton bersama keluarga tersayang.

~andai dengan membenciku bisa membuat kau bahagia , aku relakan kau membenciku selamanya~

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, September 28, 2016

[Akan Datang] Telemovie Khas Sempena Maulidur Rasul : Syurga Dihujung Jalan Lakonan Iedil Putra & Nazeera Sardi Di TV9!

Kali ini Jijah hendak berkongsi sedikit teaser untuk tatapan pembaca kesayangan Jijah tentang telemovie khas bersempena Maulidur Rasul yang bakal ditayangkan di TV9 iaitu Syurga Dihujung Jalan. Memandangkan ini bukan entri yang penuh , jadi haruslah entri ini hanya sedikit sahaja isi ceritanya. Sekadar hendak kasi korang alert tentang sebuah telemovie yang wajib ditonton oleh korang semua pada Maulidur Rasul nanti yang pastinya bakal memberi airmata korang tumpah serta sarat dengan pengajaran. Gitchuew!

Sebelum terlupa , Syurga Dihujung Jalan merupakan arahan Zul Huzaimy dan dilakonkan oleh dua pelakon hebat iaitu Iedil Putra & Nazeera Sardi serta beberapa lagi pelakon lain. Apa yang istimewa mengenai Syurga Dihujung Jalan ini? Sudah tentunya tentang skrip yang ditulis ini sedikit istimewa kerana ia ditulis oleh rakan buat perangai Jijah iaitu Lynnda Sharudin. Jijah yakin telemovie yang sarat dengan pelbagai rasa ini bakal menambat hati kalian semua. Tambahan lagi barisan pelakon yang ada bukan calang-calang juga dari segi lakonan masing-masing. Jangan lupa nantikan pada Maulidur Rasul nanti di TV9 okay?

Nah sedikit gambar untuk buat korang cecakar apa yang patut. Eh? HAHAHAHA. Manis pulak Iedil Putra ni eh! HAHAHAHA. Okbai!


Hadif & Zaliya dalam Syurga Dihujung Jalan.

~andai dengan membenciku bisa membuat kau bahagia , aku relakan kau membenciku selamanya~


Kalau korang mempunyai kelapangan masa pada Maulidur Rasul nanti , jangan lupa untuk menonton telemovie ini okay? Nanti sekali lagi , Jijah akan kongsikan pula sinopsis telemovie ini beserta gegambar lain pula okay? 

Terima kasih sudi membaca entri ini :)