Home

Showing posts with label Cherita Emo-Temo. Show all posts
Showing posts with label Cherita Emo-Temo. Show all posts

Friday, August 30, 2019

Telemovie Khas Merdeka : Bukan Lelaki Biasa Lakonan Idris Khan, Fendy Bakry, Hafeez Mikail, Radhi Khalid serta Catriona Ross Pada 31 Ogos 2019 Di RTM 1 Jam 9 Malam!

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan, Jijah nak ajak engkorang semua untuk menonton telefilem bersempena Hari Kemerdekaan yang bertajuk Bukan Lelaki Biasa. Telefilem yang ditayangkan di RTM TV1 ini diarahkan oleh pengarah tersohor iaitu Shuhaimi Lua dan skripnya pula ditulis oleh Lynnda Sharudin & Zyza Backy. Antara pelakon yang membarisi telefilem ini ialah Idris Khan, Fendy Bakry, Hafeez Mikail, Radhi Khalid serta Catriona Ross. Telefilem ini akan ditayangkan pada 31 Ogos 2019 (Sabtu) di RTM 1, Jam 9 malam.

Telefilem ini sedikit unik dan menarik bagi Jijah. Nak tahu tak sebab apa? Sebabnya, tema telefilem ini tentang warga Bangladesh. Hah! Apa kena mengena warga Bangladesh dengan Hari Kemerdekaan pula? Jom baca sinopsis dibawah kalau nak tahu kenapa telefilem ini Jijah cakap unik dan menarik!


Telefilem Bukan Lelaki Biasa mengisahkan tiga beradik lelaki yang berdarah campuran Bangladesh di sebelah bapa dan Melayu sebelah ibu. Mujahid (lakonan Radhi Khalid) datang ke Malaysia pada 1990-an akibat krisis pengangguran di Bangladesh.Mujahid perlu berbuat begitu kerana kehidupan keluarganya ‘terdesak’. Di Malaysia, dia bekerja di sebuah kedai runcit dan menjadi orang kepercayaan pemiliknya iaitu Haji Johari kerana kejujurannya dan seorang Muslim yang taat. Dia kemudian dikahwinkan dengan Marlina, anak saudara Haji Johari yang tinggal dengannya sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ryan Iman, Danish Izat dan Mikael Ian yang mempunyai perangai serta personaliti berbeza. Ryan anak yang sulung yang bekerja sebagai seorang doktor dan mempunyai klinik sendiri. Danish pula anak kedua yang malu untuk mengaku identiti bapanya. Dia lebih rela mengaku bapanya berketurunan Mamak manakala Mikael adalah anak bongsu lepasan SPM. Jiwa Mikael sangat tebal dengan kemelayuan dan negara, malah dia lebih patriotik daripada sebilangan pelajar anak Malaysia tulen di kelasnya. 

Hah ini baru sedikit sahaja sinopsisnya yang Jijah kongsikan dengan engkorang semua. Tapi sebab Jijah kan suka kasi yang lebih esklusif dekat belog picisan Jijah ni, ada sedikit lagi perkongsian daripada penulis telefilem ini, Kaka Lynnda Sharudin, apa yang lebih menarik tentang telefilem ini dibawah ini tau.

Wife Mujahid, Marlina suka berangan dari sekolah suka membaca novel-novel cinta remaja. Marlina selalu berangan nak berkahwin dengan foreigner sekali yang dapat cuma bangladesh je. Ada konflik antara ketiga-tiga adik beradik ni. Apalagi bila melibatkan cinta, persahabatan dan tipikal masyarakat Malaysia. Semuanya dalam Bukan Lelaki Biasa. 

‘Ini Abdul pun satu, banyak lambat.Berapa kali mau pesan mesti on time. Serupa janji melayu” - Mujahid

“Masalahnya Abdul tu Bangla,bukan Melayu bang” - Marlina

#BukanBanglaBiasaBiasa


Excited tak bila baca sinopsis yang Jijah kasi dekat atas tu? Kali pertama mengetahui tentang telefilem ini bakal menjadi telefilem, Jijah memang cukup teruja untuk melihat hasil keseluruhannya. Iyelah, kebiasaannya kita hanya menyentuh isu 3 kaum - Melayu , Cina & India sahaja apabila menerbitkan telefilem/filem tentang Hari Merdeka. Apabila rakan Jijah, Kaka Lynnda Sharudin menyentuh issue warga Bangladesh di dalam telefilem ini, ia sesuatu idea yang segar dan menarik.

Korang semua jangan lupa untuk mencuri sedikit masa dan menonton telefilem Bukan Lelaki Biasa yang akan ditayangkan di TV1 jam 9 Malam esok tau! Jijah yakin, telefilem ini bakal membuka banyak mata dan pihak tentang warga Bangladesh. Lagipun, barisan pelakon yang terdapat dalam telefilem ini juga bukan calang-calang. Wajiblah kena tonton kan? 







Korang semua jangan lupa tengok tau esok!

Terima kasih sudi membaca entri ini :)

Monday, August 26, 2019

Food Review : 60 Hidangan Lauk Pauk Nasi Campur Serendah RM 3 @ Restoran Halia, Sime Darby Convention Centre!

Siapa dekat sini yang gemar untuk makan nasi campur bersama-sama dengan lauk pauk tiap kali makan tengah hari? Mesti ramai sahaja yang suka makan seperti begitu khen? Ihiks! Jijah pun salah seorang yang pasti tidak akan melepaskan peluang untuk makan nasi campur bersama-sama aneka lauk pauk. Siapa yang hendak melepaskan peluang kan? 



Kalau korang semua nak tahu, bersempena dengan Hari Merdeka & Hari Malaysia, Restoran Halia yang terletak di Sime Darby Convention Centre , Bukit Kiara membuat Glorious 62nd Merdeka & 56th Malaysia Day Month Special iaitu menawarkan 60 jenis lauk pauk Malaysia & Padang bermula 1 Ogos sehingga 30 September 2019! Bukan selalu tau, Restoran Halia membuat aneka lauk pauk bagi nasi campur yang bukan 1-2 lauk tetapi 60 lauk pauk yang bermacam jenis. Jijah sendiri telah berkesempatan untuk mencuba aneka lauk pauk yang disediakan oleh Restoran Halia. Boleh dikatakanhampir kesemua lauk Jijah cuba tau!

Antara lauk pauk yang ditawarkan adalah Gulai Ikan Patin Tempoyak, Ayam Bakar Percik, Ikan Bakar, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Sotong Goreng Tepung, Gulai Nangka, Sup Torpedo, Kerabu Nangka, Rendang Kerang, bermacam jenis sambal & ulam-ulaman. Kalau korang tengok sendiri semua bermacam jenis lauk pauk, pasti korang pun akan rambang mata tau! Haruslah rambang mata mana yang mata tertawan dan mana pula yang tekak teringin nak rasa khen? Hahahaha! Amboi, bab makanan, mata pun cepat saja nak tertawan khen? Ekekekeke!











Semua makanan yang dihidangkan memang sedap dan terasa segarnya, terutama bagi menu seperti ikan bakar. Kita boleh rasa macam mana kualiti yang dijaga rapi oleh Restoran Halia ini. Dah lah lauk pauk yang disediakan tinggal korang pilih sahaja mengikut citarasa korang. Tak perlu lagi pening nak fikirkan nak makan apa, nak makan dekat mana semua dah. Korang cuma perlu ajak sahaja rakan sekerja atau teman rapat yang juga buntu tidak tahu hendak makan di mana untuk bersama-sama makan di Restoran Halia ini. Lagipun bila korang makan sahaja disini, korang sudah tidak perlu risau parkir kereta yang dijamin akan ada dan selesa berdekatan dengan Restoran Halia. Dah tak payah nak pening kepala kan?




Senang cerita, korang semua memang perlu merasai sendiri promosi Hari Merdeka & Hari Malaysia ini tau! Rugi sangat kalau korang lepaskan peluang ini tau! Jangan lupa untuk pakat ajak rerakan sekerja di pejabat untuk menikmati 60 jenis lauk pauk nasi campur di Restoran Halia bermula 1 Ogos sehingga 30 September 2019!



Untuk tempahan, sila hubungi / email:

Isnin - Jumaat
12.00pm - 2.30pm
1 Ogos 2019 - 30 September 2019

Sime Darby: 03- 2089 3799 (Email: halia.sdcc@simedarbyproperty.com)

Sime Darby Convention Centre, 1A Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur

psssttt ; edisi food review kali ini Jijah ada buat VLOG tau. Korang nak tengok tak, macam mana Jijah acah-acah menjadi ala-ala pengacara JJCM? Cer komeeen sikit NAK ke TAK NAK? :P Tungggguuuuu tau Jijah upload VLOG di dalam youtube tau. Sesambil tu, korang dah boleh dah SEARCH : IJAHEMOTEMO untuk FOLLOW,LIKE & SHARE tau! Ihiks!~


Thursday, January 31, 2019

Sajian Mewah & Lazat Di Sime Darby Convention Centre Sempena Chinese New Year 2019!

Perayaan Tahun Baru Cina sering digambarkan dengan acara tradisi makan besar bersama keluarga tersayang. Oleh yang demikian, Sime Darby Convention Centre tidak melepaskan peluang dengan menyajikan makanan yang mewah dan lazat untuk diraikan bersama keluarga tersayang. Seperti tahun-tahun yang sudah, Sime Darby Convention Centre sering menawarkan baucar diskaun khas melalui Restoran China Treasures untuk pengunjung yang berminat meraikan acara makan besar di Sime Darby Convention Centre. Diskaun tersebut telah ditawarkan bermula Oktober 2018 sehingga Disember 2018 yang lalu.



                                  
October 2018
November 2018
December 2018
January & February 2019 (Original Price)
Per table of five
RM 498 nett
RM 598 nett
RM 698 nett
RM 888 nett
Per tale of ten
RM 698 nett
RM 798 nett
RM 898 nett
RM 1388 nett

Selain daripada itu, Sime Darby Convention Centre turut menawarkan CNY Even International Buffet dengan vocher diskaun yang turut boleh dibeli bermula 1 Oktober sehingga 31 Disember 2018.

   
October 2018
November 2018
December 2018
January & February 2019 (Original Price)
RM 60 nett per person
RM 70 nett per person
RM 80 nett per person
RM 98 nett per prson

Untuk pengetahuan semua, penebusan bagi voucher buffet adalah sah pada 4 Februari bermula jam 6 petang sehingga 10 malam. Penempahan awal juga adalah digalakkan bagi mengelakkan tempat penuh dan tiada kekosongan. Jadi, buat yang ingin mengunjungi pada tarikh tersebut kena cepat-cepat hubungi Sime Darby Convention Centre untuk mengelakkan dari tiada kekosongan hokkay?

Mesti engkorang semua mahu tahu apakah hidangan yang disediakan oleh Sime Darby Convention Centre bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina ini kan? Iyelah, memang itu yang semua orang nantikan pun ye dak? 

Antara makanan yang disediakan buat pengunjung yang hadir untuk makan besar nanti adalah Fortune "Yee Sang" with Golden Sea Whelk & Golen Corn, Double Boiled Chicken Soup with Dried Scallop Wild Red Mushroom & Cordyceps Flower, Steamed Lotus Leaf Chicken, Steamed Sea Grouper with Premium Soy Sauce & Golden Garlic, Baked Crystal Prawns with Nyonya Sauce in "NanYang" Style, Braised Black Moss Roll & Bean Curd Puff with Seasonal Vegetables, Steamed Rice with Baby Abalone Dried Octopus, Yam & Mushroom, Chilled Snow Lotus & Ginseng Root with Red Dates & Dried Longan. 
































Memang tidak dinafikan sajian yang dihidangkan memang cukup mewah , lazat dan juga berkhasiat! Jijah sendiri turut berkesempatan merasai sendiri dan sangat berpuas hati dengan setiap hidangan yang disajikan. Memang berbaloi-baloi sangat! 













Kalau masih ada yang berminat untuk menikmati hidangan yang lazat dan mewah ini, masih belum terlambat untuk menempah sekarang. Sila hubungi nombor yang tertera dibawah untuk menikmani sajian mewah dan sedap yang disediakan khusus untuk perayaan Tahun Baru Cina ini!

Untuk tempahan, sila hubungi / email:

China Treasures: 03- 2089 3788 (Email: chinatreasures.sdcc@simedarby.com)

Sime Darby: 03- 2089 3688 (Email: sdcc@simedarby.com)

Sime Darby Convention Centre, 1A Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur