Home

Showing posts with label 2018. Show all posts
Showing posts with label 2018. Show all posts

Monday, February 19, 2018

Edisi Kehidupan : Dah Masuk Februari Dah Pun!

Rindunya nak update belog sejenis santai begini. Rindunya nak cherita macam-macam dalam belog picisan ini. Rindunya nak penuhkan belog picisan ini dengan gambar-gambar yang diambil di merata tempat untuk tatapan engkorang semua. Terlalu banyak rindu untuk belog picisan ini. Walau bagaimanapun, masa tetap mencemburui Jijah. Ataupun Jijah yang tidak pandai membahagikan masa untuk diri sendiri? Entahlah, Jijah sekarang mungkin lebih selesa untuk mengupdate sesetengah perkara di Instagram sahaja walaupun rindu untuk belog picisan ini tidak kurang seinci pun. Lagipun menulis di belog picisan ini lebih puas. Hanya orang yang suka menulis sahaja faham, bagaimana rasa puas itu khen?

Alhamdulillah, 2018 sudah berada di bulan Februari dan tak lama sahaja lagi Mac pun akan datang menjenguk. Masa memang cukup-cukup laju untuk tahun ini. Sehingga diri sendiri pun tak sempat untuk mengambil sedikit nafas dengan tahun 2018 ini. Tahun ini berlangsung dengan cukup baik. Ada juga beberapa perkara yang mengundang air mata, mengundang perasaan kecewa, mengundang perasaan yang bercampur baur, tetapi itu semua bukan penghalang untuk menjadikan kehidupan ini lebih baik. Kalau asyik fikirkan yang kita kecewakan, yang kita marahkan, yang kita sedihkan, tak ada guna juga. Jadi, instead of kesedihan, kekecewaan, kemarahan dan semua perasaan yang tidak seronok itu, Jijah jadikan semua itu pembakar semangat untuk menjadi lebih baik. Tak begitu chuols?

Since tahun ini tak ada lagi entri apa azam tahun baru 2018, Jijah boleh katakan azam tahun ini tak banyak lari pun dengan tahun lepas. Macam biasalah khen, nak jadi yang lebih baik, nak berusaha lebih keras daripada yang diusahakan tahun lepas dan sama waktu dengannya. Tapi memang pun, tahun ini kena kerja keras lagi untuk mengukuhkan kewangan diri sendiri yang sendu ittuew. Walaupun kadangkala rasa penat dengan apa yang diusahakan, tapi sentiasa ingatkan pada diri sendiri, jangan mengeluh dan jangan cepat putus asa. Dikala kita rasa kita dah banyak sangat berusaha, dah banyak sangat buat macam-macam tetapi terasa bagai dipandang sepi dan pilu, kena juga sentiasa beringat bahawa ada ramai orang lain yang berlumba-lumba untuk menjadi seperti kita. Dan ada ramai orang mendambakan dan mengimpikan apa yang kita ada sekarang walaupun kita rasa macam kita ni bukan ada apa sangat pun. I always believes, everything happen for a reason. Tak kisahlah macam mana sekalipun, sentiasa muhasabah diri dan tilik diri sendiri dan merenung kekurangan kita dan bukan menuding jari pada orang lain. Kita mungkin rasa kita bagus tapi tak salah kalau sesekali kita tilik balik diri kita sendiri khen?

Semoga positif seperti ini mampu bertahan sehingga akhir tahun 2018. Jangan masuk Mac sudah hancur dan pilu positif diri sendiri ini khen? InsyaAllah, kalau kita rasa dengan positif itu dapat membahagiakan hidup kita, walaupun negatif datang kuis-kuis kita, kita boleh flying kick balik negatif tu ke lembah loji. Begitu sekali bahasa dia khen? Dia ingat ini Lembah Keramat?! Eh! HAHAHAHA! Seronoknya bila sesekali dapat menulis begini. Walaupun tak ada orang pun terasa terinspirasi untuk membaca, but atleast we never knew that we can help other's people untuk jadi lebih positif , jadi lebih bersemangat in whatever they are doing now kan? Sometimes, daripada kita sibuk mencari kelemahan orang , mentertawakan kelemahan orang, dan segala negatif yang adus nak tulis pun dah tak kuasa, lebih baik kita jadikan diri sendiri lebih positif, agar orang-orang sekeliling pun jadi positif sekali. 

We don't have to saying that hidup aku malang, hidup aku tak bertuah, hidup aku itu dan ini sebab believes me, ada sesetengah orang yang kita lihat hidupnya cukup positif itu, bukan kerana hidupnya bahagia kerana memiliki segalanya. Tetapi cukup dengan memiliki apa yang patut dimilikinya sudah membahagiakan dirinya. We don't have to get everything to be happy. But we just be happy for whatever everything we have. Tak begitu chuols? *angkat tongkat suruh semua setuju!! HAHAHAHA! Even hidup Jijah sendiri pun, walaupun nampak Jijah tersenyum riang bagai tiada sebarang masalah, tipu jika tak ada masalah langsung pun. This is not we being fake, tetapi kita tidak perlulah untuk hidup di atas masalah. Macam mana sedihnya kau, kecewanya kau, marahnya kau dan semua yang tersebut, life must go on. Allah tak akan bebankan hidupkau dengan sesuatu yang diri sendiri tidak mampu, always bear to your mind :)

Begitulah ya anak-anak bila sesekali tidak mengetuk kibod. Sesekali mengetuk kibod, Prof. Muhaya pun tergamam lantas terduduk di belakang pentas melihat positif Jijah. HAHAHA! Lagipun sedang mengambil mood untuk mengetuk kibod entri-entri yang dah lama tergantung sepi dan pilu di dalam folder draft. Kesian pula bila asyik berjanji nak update itu dan ini, tetapi hasilnya diknon? Apa pun tak berupdate khen? InsyaAllah soon. Sikit aje lagi nak edit gambar sikit-sikit dan Jijah akan update entri yang dah lama diperam dalam draft ittuew. Cuma kena janji, engkorang semua wajib baca okay walaupun terpaksa? Eh! HAHAHAH.

Sebelum mengakhiri entri ini, I pray that untuk semua yang membaca entri ini, akan menjalani kehidupan yang lebih bahagia, yang lebih positif dan yang lebih fokus kepada diri sendiri instead of merasa itu dan ini. Ada sesuatu masa yang kita perlu fokus pada diri sendiri dari menuding pada orang lain okay? Dan juga semoga tukang tulis ini pun tidak lupa untuk doakan diri sendiri supaya lebih bahagia ( oh hi jodoh! bila nak nampak kehadiran kita ni? eh!) , supaya lebih positif dan menjalani kehidupan lebih tenang yang aman-aman sahaja. 

So, how was your 2018 so far gais? Hope everyone is having a smooth one in no matter happens ya. Send you guys lot's of love! *feeeling Fazura kejap chuols. Fajijah jadinya! HAHAHAH okbai!


Acah-acah kreatif lettuew ambil gambar sejenis begini? 

Terima kasih sudi baca entri ini.

Monday, December 18, 2017

Edisi Kehidupan : Welcoming December!

Jijah mengambil masa yang cukup lama untuk menulis entri ini. Ada sahaja yang terganggu tatkala ingin menulis entri ini. Sekejap tulis, sekejap simpan di dalam draft, sambung kembali dan simpan kembali di dalam draft yang selepas itu ulang lagi empat poloh enam kali. Kesudahannya, Disember sudah hampir ke penghujung yang tidak perlu di welcome kan lagi tetapi sudah tiba untuk dilambai-lambai bagi memberi peluang tahun baru 2018 pula membuka tirai baru.

Bulan terakhir untuk 2017 ini sebenarnya tidak ada beza pun dengan bulan-bulan lain. Sentiasa sibuk dengan hal duniawi. Masih makan gaji seperti bulan-bulan lain. Masih banyak urusan kerja di office yang tidak lagi berjaya dilangsaikan. Masih itu dan ini yang tidak ada kurang dan lebihnya pun. Tapi masih bersyukur tanpa hiraukan keluhan kepenatan diri sendiri dari dalam hati. Siapa yang tidak penat dengan kehidupan sendiri bukan? 

Setiap orang ada kepenatan mereka tersendiri. Kepenatan menghadapi hari-hari yang bukan sahaja hanya fizikal sahaja yang penat tapi lebih daripada itu iaitu mental sekali. Dengan kepenatan fizikal dan mental itu mudah sahaja terdorong kepada tekanan yang bukan-bukan sampai hilang airmata, hilang rasa dan mungkin hilang pedoman lama kelamaan. Get it? Tapi kalau hendak dilayan sentiasa kepenatan itu pun tak kemana pun. Cuma biasalah, bila sesekali rasa nak meratapi tu, mula lah mengeluh dalam belog picisan ini khen? Dengan harapan ada orang tepuk bahu dan bagitahu diri ini, macam mana hendak hilangkan segala mak nenek keluh kesah mak esah ini khen? 

Walaupun 2017 punya liku-liku lebih banyak daripada biasa. Ada tangisan yang terburai tidak disengaja. Ada amarah yang terlepas tanpa dipinta. Dan banyak-banyak lagi hal lain, tapi 2017 inilah yang paling banyak kenangan pahit manis yang tersendiri. Banyak juga benda yang tak sangka boleh buat tapi rupanya betul boleh buat. Banyak achievement unlocked untuk tahun 2017 ini. 

Bagaimana pula dengan engkorang semua? How was it, so far? Semoga yang baik-baik sentiasa mendatangi kalian dan juga Jijah. Semoga dan semoga urusan untuk tahun 2017 sentiasa berjalan dengan lancar sebelum ia melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Menjelang beberapa hari lagi sebelum tahun 2018 muncul dan umur baru muncul, aku tidak mengharapkan apa-apa kecuali semoga semuanya berlangsung baik-baik sahaja.

Dalam kehidupan kita ini, kadang-kadang kita bukan mahu gaji yang besar, kita bukan mahu rumah yang besar bak istana, ataupun bukan kita mahu semuanya yang indah dan cantik sahaja. Sebab bila kita kembali duduk ke dalam dunia realiti, semua itu tidak penting mana pun tapi ehems kita manusia biasa. Ada masa, kita juga teringin untuk merasa semua itu. Manusia mana pernah kenal erti cukup kan? Tapi semoga kita sentiasa menjadi manusia yang sentiasa mengenal erti cukup walau gajinya kecil, sentiasa berasa syukur walaupun rumahnya kecil dan sentiasa redha dengan kehidupan sendiri yang ada masa cantik bak pelangi, dan ada masa kelam bak awan mendung.

Semoga yang baik-baik sentiasa berada dalam setiap titip perjalanan dalam kehidupan kita, tidak kira di hari yang baik atau buruk kita nanti. Engkorang semua sudah ada azam untuk tahun 2018 atau masih lagi menyempurnakan azam untuk tahun 2017?





Terima kasih sudi baca entri ini :)