Showing posts with label TPM UiTM. Show all posts
Showing posts with label TPM UiTM. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

StudentsLife: My Masters Dessertation Completed! Syukur!

Alhamdulillah.
 Selesai sudah another chapter dalam hidup.
Syukur!
Setelah 2 tahun bergelut dan berhempas pulas.
Setahun dilalui zaman bujang.
2 minggu sebelum kawen masih ber'exam'!
Dan setahun lagi I harungi sewaktu sudah berkahwin.
Terima kasih encik so-army banyak support & tolong I.
Akhirnya berjaya jugak I menyiapkan ini.
.
.
.
.
.
.

Tahun depan konvo yeayy!
Konvo bersama baby. Mak buyong berkonvo. HAHA.
Okey. Now, masa untuk DIY benda2 yg boleh sebelum mula mengajar.
Nanti dah sibuk, harus DIY I tinggal jer. :D
BisikChenta: Boleh slash satu lagi IMPIAN LIFE-TIME kat sidebar tue :)




Friday, March 5, 2010

StudentsLife: Info - Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM

Maaf kepada yang email I dan I tak sempat nak buat entry pasal TPM (Tenaga Pengajar Muda) Sungguh ramai yang search TPM UiTM ni dan klik link ke blog I yer..

Okey, taknak buang masa. Mari I bagi sikit INFO (or frequently asked questions) berkenaan Tenaga Pengajar Muda UiTM ni..*terasa I betul2 muda remaja dan nak jadi cikgu**

Baiklah..I may start now! Tawaran TPM UITM nie, tertakluk kepada beberapa syarat:

1. Mesti mendapat tempat pengajian di universiti dalam/luar negara yang diiktraf oleh Kerajaan Malaysia.

2. Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris. WAJIB menduduki TOEFL 460 (paper based) atau 140 (computer based) atau IELTS Band 5.0.

3. Meletakkan jawatan (sekiranya bekerja) sebelum memulakan pengajian.

4. Menandatangani Surat Perjanjian untuk berkhidmat dengan UiTM selama 7 tahun selepas tamat pengajian atau gantirugi RM 100,000.

5. Lulus Tapisan Keselamatan oleh JPA dan UiTM.

6. Memulakan pengajian dalam tempoh setahun selepas tawaran biasiswa.

7. Tidak menerima biasiswa/pinjaman atau mengikat perjanjian dengan mana-mana penaja/badan lain.

8. Setelah tamat pengajian, mestilah melapor diri dengan SEGERA dan menghadiri temuduga oleh pihak Universiti untuk dipertimbangkan ke jawatan pensyarah.

Baiklah. Cakap pasal SYARAT kat atas mesti boring kan? Cube I cakap pasal DUIT/ELAUN..mesti laju je korang nak scroll kan? :p

Biasiswa Tenaga Pengajar Muda nie menawarkan pakej percutian biasiswa/kewangan seperti:
Yuran Pengajian (ditanggung sepenuhnya mengikut yuran pengajian universiti masing2)
Elaun Tutor : RM 1,500 sebulan
Elaun Sara Hidup : Mengikut kelayakan
Elaun Buku : RM 750 setahun
Elaun Perkakas : RM 900 setahun
Elaun Penempatan : RM 1,350 (sekali sepanjang pengajian)
Elaun Thesis : RM 1,500 (Sarjana) / RM 6,000 (PhD)
♥ Elaun Akhir Pengajian : RM 500+

Haha..sekarang dah terjawablah kenapa I boleh kawen dan duduk kat umah saja tak payah kerja sambil belajar :) Kantoii :p

Harap2 yang bertanya/email I dah baca entry nie. Kalu nak tanya ape2 lagi, boleh private message I, tak pon letak kat komen yer..

Sekali lagi nak cakap bende nie, UiTM DiHatiku (wah, siap kaler purple lagi kau!)

*Big boss* Bernaung di bawah MOHE! :)



BisikChenta: Menunggu elaun bulan ini.. :p

Wednesday, September 16, 2009

StudentsLife: Elaun TPM, makcik kayoooo!

Yahooo.....Makcik kayoooooo!!
Oppss..Nada riak..Tak baik.. (tarik balik...:D)

Alhamdulillah...
Elaun TPM aku dah masuk..
Hambik ko segedebuk die bagi..Tak penah plak dlm bank aku ade duit byk tue..
Adela..tapi maksud aku, duit yg org masukkan segedebuk byk tue..Slalu dah kumpul lame baru dapat kot!
(Jumlah tak leh dinyatakan di sini atas sbb2 keselamatan ;p)


Yahooo...leh shopping raye!
Ermm..xdela shopping sgt pun..(haha..boleh caye ke ko nie Balqiz?)
Pagi2 aku dah dok tekan2 CIMBClicks!
Pastue..tgok je duit dr RM 80 jadi RM xxxxx terus call Mama aku..Kukhabarkan berita gembira padanya! Harussss....
Then siap amik gambar transaction History, MMS kat ChentaHati.. (ciss..punyela heppy!)

Hehe..adik aku xde klas hr nie..
Nak ajak die gi shopping raye la kat JUSCO Bukit Raja jap lagi..
Sekali sekala pe salahnye kan??
Bukan luak pon, adik aku sorang je..

Yg selebihnye, nak beli brg sket2..
Then yg lain nak simpan tuk kawen!!
Walllaweeyyyyyy!!
Yabedddaaaabedddoooooo!!


Aku seronok sgt tak terkata..
Jadi cukup stakat ini okey! =)
Syukur Alhamdulillah atas rejeki yg Allah kurniakan untuk aku tahun nie..
InsyaAllah, aku tak lupa yg memerlukan.. =)

BisikChenta: Rezeki sepupu2 & anak2 buah laa raye tahun nie..

Friday, July 3, 2009

StudentsLife: IELTS Test demi TPM UiTM

Hai all..



Aku baru balik register IELTS (International English Language Testing System), kat IDP Subang!
Ekcelli, bende nie salah satu compulsary requirement yg aku kene attach utk Lecture Scheme yg aku apply..
Smalam ade briefing, hari ni terus register.. (semangat giler)
Bukan ape, selagi tak amik exam nie, selagi tue allowance tak dibayar n yuran semester nie kene hold..
Baik aku wat cepat memandangkan aku start klass next week..

Next week, Rabu - Speaking Test dann...Sabtu-Pen & Paper Test (Writing, Reading & Listening)..
Hoho..kelihatan seperti exam MUET oke!
Dan kelihatannye seperti aku kene pergi library INTEC jap lagi tuk pinjam buku nak study IELTS nie..
Dan lagi,aku haruss practice 'skeaping' English oke!
Hadoiii.. Study lagiiii..
Baiklah!
Berusaha untuk dapat band 5 dan ke atas oke! Sbb itu requirement!
blogger-emoticon.blogspot.com

Dan lagi, mulai hari ni aku kene start isi borang2 n agreement2 yg melambak..
Ade 2 buku setebal 40pages utk diisi oke! lol~
Yg pasal tue, aku hapdate later oke!

Berusaha untuk dapat band 5 dan ke atas oke! Sbb itu requirement!
Gud luck untuk diri aku dan juga utk bakal rakan sejawat aku : Elma & Khairi ;p


BisikChenta: Terpikir...nape nak kene amik English Test cam aku nak gi blaja n mengajar oversea plak!? Xpela..ikut je a requirement oke!

Thursday, March 19, 2009

StudentsLife: Temuduga Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM

Alhamdulillah...
Baru 3jam yang lalu aku menghadiri temuduga untuk pengambilan tenaga pengajar muda (TPM)
atau Young Lecturer Scheme..
Semuanya berjalan lancar.
Neves...Of course laa..
Ape yang aku nak share ialah, pengalaman aku time interview.
Ada 2 sessions.

1st aku kena mengajar (mock-teaching)
2nd aku ditemuduga secara formal. (informal je sebenarnye)

First task - kene pura-pura mengajar.
Pretend ade students kat depan.
Buat2 macam ade two-way communication.
Huh! baru aku tahu, bukan senang nak jadi pendidik nie.

2ndly.. formal interview. dia suruh introduce diri. (bende biase laa..)
Dan seperti biasa juga diorang akan trace aku anak JAWA.hahaha...
Masa ditanya2,
ade la soalan yg agak2 tricky, nak menduga aku. Contohnya:
(Diorang campur cakap ENglish + Malay)

1. Awak willing nak di relocate?
2. Kalau kami nak suruh awak terminate your current Masters program, are u ok?
We send u to UK and continue your Masters there, senang cite buat course baru?
3. Are u getting married? Ur future husband keje ape? Biasenye, perempuan ni, janji sekarang boleh nak ke posting, tapi last minute cakap tak boleh.
4. If u kene send ke Sarawak, willing ke x nak pergi?
5. What are your perceptions towards lecturer2 muda n senior tak ngam each other?
6. What is the best quality yang u ade?

tu lah antara soalan2 killer yang aku kena jawab tadi.
Tapi, as mama aku pesan,

no matter what happened, juz be confident.

So walaupon aku rase jawapan tue xkene ke,
cam x brape bagus ke, aku jawab je.
Layan sudah.

Moga kesudahan baik-baik sahaja untuk aku.

Moga ada rezeki untuk aku. Aminnn :)