pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger
Showing posts with label tip sihat. Show all posts
Showing posts with label tip sihat. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

5 PERKARA DEDAH PADA SERANGAN JANTUNG

Assalammualaikum semua...moga sihat hendaknya

sedikit info yang ingin dikongsi bersama.dalam seharian kita menjaga pemakanan dengan baik,kadar kolesterol yang normal namun ia masih belum menjamin kita daripada berisiko penyakit jantung.(foto oleh GOOGLE.COM)serangan penyakit ini dikatakan secara senyap dan pada peringat awal sukar dikesan namun ada 5 amalan di bawah ini yang mendedahkan kita kepada risiko serangan jantung.

1.MEMPUNYAI PENYAKIT KULIT
keadaan kulit merah dan bersisik adalah penyumbang kepada mudahnya diserang kardiovaskular iaitu sama risikonya seperti merokok.

2.KURANG TIDUR
tidur kurang dari 5 jam atau kurang daripada itu mendedahkan risiko 2 kali ganda terhadap serangan jantung.

3.PENYAKIT GUSI
jangkitan bakteria pada gusi dan penyakit perodontal berisiko 2 kali ganda untuk mendapat serangan jantung fatal

4.KOMPLIKASI KEHAMILAN
tekanan darah tinggi dan protein dalam urin atau dikenali sebagai komplikasi pre eklampsia menggadakan risiko terhadapnya.

5.TEKANAN TEMPAT KERJA
tekanan di tempat kerja dan sekiranya tidak dapat dikawal berisiko 40% lebih kepada risiko ini.

*sumber-Mingguan Wanita Mac 2011

AKU? moga kita semua sihat-selalu hendaknya dan dijauhkan daripada segala kemudaratan.amin...

ALAHAI...

Thursday, March 17, 2011

KESAN BEG TANGAN BERAT BUKAN HARI INI TAPI...

Assalammualikum semua...

berkongsi daripada apa yang aku dengar dalam WHI tengahari tadi.sebagai seorang wanita,kita tak lari dengan membawa beg tangan.semua sukakan.beg tangan ni ibarat teman seiring kitalah.kalau tak bawak tu rasa macam ada yang kureng!bagi sebahagian orang,pilihan beg tangan dibuat dengan pelbagai aspek.ada yang mengutamakan jenama,warna,kesesuaian,saiz dan sebagainya.bagi aku sendiri bukanlah follower jenama yang menggila.sekadar mengikut kemampuan seperti pepatah kata ukur baju di badan sendiri! ha,itulah aku.tapi yang penting mesti beg tu mesti luas di dalamnya yang senang untuk masuk semua barang!kalian bagaimana?

sudah semestinya beg yang besar dan berat itu mempunyai kesan risikonya pada jangka masa panjang.menurut pakar tadi,beg tangan yang berat apabila disandang di bahu dalam jangka masa lama,memang boleh memberi risiko.

antaranya sakit bahu,lenguh-lenguh badan dan mengganggu kepada kesimbangan postur badan dan tidak mustahil membawa kepada sakit tulang belakang. adalah lebih baik,selang selikan bahu untuk membawanya selepas 10 minit, tak pun agak bila dah lenguh tu tukarlah bahu lain pulak.

AKU? memang penuh macam-macam dalam beg tangan ni.sampaikan kata pakweku;tikus masuk masuk pun boleh sesat nak cari jalan keluar...hahaha...tapi lepas ni memang kena buat clearence!

ALAHAI...

Tuesday, March 8, 2011

KHASIAT PISANG YANG TAK PERASAN

Assalammualaikum semua...SELAMAT HARI WANITA untuk semua wanita di luar sana yang pastinya hebat-hebat dalam tugas masing-masing!

(FOTO:GOOGLE.COM)selain memang sedap kalau dibuat sebagai bahan masakan atau pencuci mulut,buah pisang juga mampu membantu dalam menyembuhkan penyakit.pengambilannya sangat digalakkan untuk merawat demam,masalah pencernaan,rasa kejang-kejang otot,masalah alergi dan sebagainya.

buah pisang yang terdiri daripada 75% protein dan 0.6% lemak,sangat kaya dengan vitamin B6 yang kekurangannya akan mengakibatkan rasa letih,terganggunya sistem pencernaan, otot mudah keram dan kejang, insomnia, badan lemas, mudah muntah dan mual-mual,dan lain-lain.

buah pisang juga penting untuk menjaga otak berfungsi normal,meningkatkan produksi sel darah merah,menjaga keseimbangan kimia dalam cairan tubuh badan,membantu pengeluaran energi dan memberikan kemampuan menahan tekanan(stres) di samping menyembuhkan penyakit-penyakit pada jantung.(lepas ni kalau rasa stres kena cepat makan buah pisang...)* (sumber:majalah MIDI)

AKU?Hakimi suka sangat dengan buah pisang.

ALAHAI...

Monday, February 21, 2011

KENALI DAN AMBIL TAHU KOD MAKANAN

Assalammualaikum semua...

bukan rahsia lagi,punca kematian orang moden sekarang bukan disebabkan tidak makan tetapi terlebih makan makanan yang tidak berkhasiat dan memudaratkan.

sedikit info yang aku kutip menerusi majalah Melenia Muslim(April 2010), kenali kod makanan yang digunakan dalam bahan makanan kita.(foto oleh GOOGLE.COM)NOMBOR E- kod bahan tambah secara sengaja ke dalam atau ke atas makanan dalam kuantiti yang sedikit untuk mengekalkan dan merperbaiki kualiti,penampilan-tekstur,konsistensi,perisa,bau,rasa dan tempoh penyimpanan.

kod ini selalunya digunakan pada label makanan di Negara Kesatuan Eropah,Australia,New Zealand,Amerika Utara-Kanada dan Israel.

apa yang selalu menjadi keraguan ialah dengan kod E 471 iaitu sejenis emulsifiersejenis bahan kimia yang digunakan bagi memperbaiki mutu makanan.

ia dihasilkan sama ada daripada sumber lemak haiwan-lembu(bovine)dan babi(porcine) atau tumbuhan -minyak kelapa sawit.ini bermakna bahan tersebut boleh dianggap halal atau haram bergantung kepada sumber prosesnya.

dalam hal ini JAKIM bertanggungjawab dalam pensijilan halal bagi mengelakkan keraguan di kalangan umat Islam.maka,apa jua nombor yang digunakan,jika terdapat logo halal maka ia telah mematuhi piawaian halal oleh JAKIM

ANTARA KOD MAKANAN LAIN:

E100-E199= WARNA

E200-E299= PENGAWET

E300-E399=OKSIDAN,FOSFAT,ANTIOKSIDA,PENGAWAL ASID

E400-E499=PEMEKAT,PELEMBAB,PENSTABIL,EMULSIFIER

E500-E599= GARAM,REGULATOR ASID,AGEN PENGHLANG KERAK

E600-E699=PENAMBAH PERISA

E700-E799=ANTIBIOTIK

E900-E999=PEMANIS,BAHAN-BAHAN LAIN

E1000-E1999=BAHAN KIMIA TAMBAHAN

AKU? sebagai manager dapur adalah menjadi tanggungjawab kita nilah untuk menyediakan yang terbaik untuk perut orang tersayang...

ALAHAI...

Monday, February 14, 2011

FAKTA KHASIAT IKAN KELI

Assalammualaikum semua...

kali ni nak share tips sihat yang aku dapat dari majalah ANIQAH yang aku borong masa pergi karnival Wow hari tu.sebelum ni rasanya macam tak terpandang pulak majalah ANIQAH ni di pasaran...hihii..rupanya bila dah baca,ok jugak kandungannya.

oklah untuk peminat ikan keli,(macam kawan aku cendanakasih.blogspot.com)ni yang harus diketahui.mungkin lepas ni ikan keli akan naik harga sebab masing-masing dah tahu khasiatnya.

1. penyelidikan yang dilakukan di negara ini beberapa tahun dulu mendapati ikan keli atau nama saintifiknya Clarias gariepinus(sedap namanya) mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.5g bagi setiap 100g.jauh lebih tinggi daripada ikan salmon,mackerel atau trout.

kadar lemaknya (9-12%)juga adalah lebih tinggi berbanding mana-mana ikan air tawar atau yang masin.

2.penyelidikan oleh Institut Ikan Keli Amerika Syarikat-mendapati ikan keli yang diternak dan diberi makan pelet mempunyai protein yang baik.ianya sangat baik untuk diet kesihatan kerana kaya dengan protein,Omega-3 serta rendah kolesterol dan lemak tepu.

3.kajian daripada Persatuan Perubatan Amerika Syarikat pula mendapati tahap lemak tepu dan Omega-3 ini memberi faedah kesihatan kepada kardiovaskular,gastrousus,sistem peredaran dalam badan.pengambilan 1-2 sajiannya dalam seminggu seumpama mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung.

aku? nampaknya kalau pakwe kat rumah ni dah tak ada,tak masuklah encik keli ni kat rumah...tak ada kawan nak makan sama.

ALAHAI...

Saturday, January 8, 2011

SIHAT PILIH DAGING KAMBING

biasanya bila sebut daging kambing je, pastinya ada yang rasa takut nak makan.bukan apa,takut jadi punca darah tinggi lah pulak atau hipertasi.

tapi sebenarnya daripada yang aku baca dalam Mingguan Wanita 7-13 Jan 2011,daging kambing dikatakan lebih sihat daripada daging-daging yang lain.berikut kajian yang dibuat:
100 gram daging kambing =154 kalori,9.2mg lemak,3.6mg lemak jenuh
100 gram daging lembu =207 kalori,14mg lemak,51mg lemak jenuh.

daging kambing juga mempunyai sumber zat besi,vitamin B,kolin dan selenium yang terbaik yang menjadi zat penghalang kanser.

namun, ni ada jugak...lemak kambing mempunyai peratusan tinggi kolesterolnya berbanding daging ayam dan lembu.ni yang bimbangkan kitakan!tetapi kita masih boleh mengambilnya dengan daging kambing di bawah usia 6 bulan.(maknanya yang banyak koles tu ialah yang dah tua!)

jadi,kita masih boleh makan daging kambing TETAPI bukan lemaknya.dagingnya sangat sihat manakala lemaknya SANGAT JAHAT.sebelum masak,kena buang lemak-lemak tu dahulu.

ALAHAI...

Wednesday, December 22, 2010

MUDAH TAPI SELALU TAK PERASAN!

Info ini ingin ku kongsikan kepada kalian yang sumbernya ku petik daripada UTUSAN MALAYSIA berkaitan dengan beberapa benda mudah yang kadang kala kita terlepas pandang.tadilah,belek-belek suratkhabar lama,eh terjumpa pulak info ni.bagus untuk kita kongsi bersama.yelah kadang-kadang info@cerita kat suratkhabar tu tak sempat nak khatam lagi dah samapai yang baru..hihiii...

1.berus atau sikat rambutharus dicuci dengan menggunakan air panas atau tukar kepada yang baru apabila berusnya dah rosak.berus atau sikat ini menyimpan dan mengumpul lebihan produk-produk rambut dan membawa kekotaran.

2. kasut sukanperlu ditukar dalam jangka masa setiap 250-500 batu digunakan.didapati kulat dalam kasut sukan lama adalah 100 kali lebih banyak berbanding dalam tandas yang telah dipam.

3. berus gigi
perlu ditukar setiap 3 bulan sekali keran jika digunakan selepas dari itu,ia tidak berkesan dan akan mengundang virus hepatitis B dan C

4.coli
kena ditukar tiap tiga bulan atau selepas 30 hingga 40 cucian bagi baju dalam sukan. Elak menggunakan bahan pelembut fabrik. Bahan tersebut boleh merosakkan lycra pada coli. Kebiasaannya penyokong yang dipasang pada coli akan menjadi kurang berkesan selepas tiga bulan dan menyumbang kepada buah dada yang kendur!

5.Bantaltukar atau cuci setiap tiga bulan sekali atau tukar setiap enam ke 12 bulan. Selepas itu dikatakan 10 peratus daripada bantal anda terdiri daripada hama, najis hama dan juga peluh. Apabila bernafas, kandungan ini akan memudahkan seseorang itu terdedah kepada lelah, rinitis dan resdung.

6.Pisau pencukur
ni orang lelaki kena tukar ye selepas dua atau tiga kali cukuran.kalau lebih dari tu takut-takut pisau tersebut boleh menyebabkan ruam cukuran. Jangan berkongsi pisau pencukur untuk mengelak jangkitan pada kulit tambah-tambah kalau ada penyakit.

7.Tilam
walaupun mahal macam mana pun,Vono ke Dreamland ke tetap kena tukar setiap lapan ke 10 tahun.dikatakan semasa kita tidur, menyebabkan keadaan lembab pada tilam. Semestinya keadaan itu merangsang kewujudan hama yang boleh merangsang asma dan juga masalah kulit terutama pada bahagian luka.

8.Tuala mandini seharusnya kena selalu cuci. sekurang-kurangnya seminggu sekali pada 60°C dan jangan kongsi tuala.takut-takut ada penyakit kulit.siapa pulak yang susah nanti.

9.Papan pemotongbenda ni rupanya tanpa kita sedar telah menjadi rumah kepada bakteria 50 kali lebih daripada tempat duduk tandas! hish..hish!!!ia terjadi apabila permukaan papan pemotong tidak rata dan kasar, adalah sukar untuk memastikan kebersihannya.jadi haruslah kita merajinkan tangan kita untuk menyental dan menyah jangkitan setiap kali selepas digunakan. Tukar apabila permukaan papan pemotong semakin sukar dibersihkan.

* jadinya itu sahajalah info yang nak dikongsi bersama kali ini khasnya untuk kita yang jadi 'manager segala maneger' dalam rumah tu...

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala