pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger
Showing posts with label spa. Show all posts
Showing posts with label spa. Show all posts

Monday, May 14, 2012

REFLEXOLOGY OLEH MEREKA ISTIMEWA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH.

kalau tak ada siapa nak hadiahkan kita,kita sendirilah yang beri hadiah kan...hihi..CITH menghadiahkan diri sendiri dengan pakej merawat badan.yelah,kita ni bekerja kalah orang yang kat ofis tu bekerja kan,jadinya sesekali tu tak salah untuk mencuba rawatan-rawatan badan yang banyak disediakan kini.

petang ni tadi,CITH memilih untuk mencuba perkhidmatan yang ini,iaitu rawatan reflexology kaki  dan back shoulder.ada sesuatu yang istimewa di sini.apa tu? istimewanya juru urut  di sini adalah mereka istimewa! mereka adalah juru urut cacat penglihatan yang dilatih dan terlatih dalam melakukan urut sebegini.

harganya juga istimewa.senang kata-harga mampu untuk dibayar.selain badan dapat berehat,sekaligus kita membantu dan memberi sokongan moral untuk golongan ini terus bekerja.ini merupakan satu usaha yang sangat dialu-alukan.

sesiapa yang nak mencuba perkhidmatan ni-ada pada gambar tersebut alamat operasi mereka.
mereka terdiri daripada 3 wanita dan 4 lelaki.beroperasi dari pukul 11 tengahari- 8 malam.
kalau ditanya pada CITH best ke tidak? emm...memang best sangat! sambil dia mengurut tu,mereka akan menerangkan apa point-point kita yang ada masalah.contohnya,bila ditekan tu kita rasa lebih sakit sikit,adalah yang tak berapa sihat di situ seperti masalah pembuangan,masalah mata atau sebagainya.pendek kata...memang kena datang lagi di sini...

ALAHAI...

Friday, May 6, 2011

SPA D HILL-LARI SEKEJAP SEMENTARA ADA MASA!

Assalammualaikum semua...

tadikan CITH kata nak cerita pasal spa,ni ha baru berkesempatan.jadual hari ni memang pack!pagi tadi lepas masak,keluar dengan pakweku sekejap nak settlekan urusan bank-bank nilah,lepas Jumaat pulak ada kawan datang nak sesi kaunseling pulak.(ni nanti akan diceritakan),kejap lagi pulak keluarga mertua nak datang.esok mereka nak pergi rumah orang kawin,sambil tu boleh jugak jumpa dengan anaknya yang nak balik esok.

kalut jugalah aku dibuatnya.TAPI...ha,ni ada TAPInya,sempat jugak CITH 'lari' sekejap nak ke spa.berurut dan buat facial.bukan apa,lepas ni lambat lagilah kalau nak pergi pun.nak pergi kena ada orang jga Hakimi.kalau dengan baba dia,ok.kalau dengan makcik-makcik dia, em...tak boleh lama.lama, nangis!!!

spa D'Hill ni nasiblah tak berapa jauh dari rumah.beroperasi dari rumah 2 tingkat tetapi masih tetap macam spa-spa yang di luar sana tu.menyediakan khidmt berurut,facial,mandi rempah,bertangas,hot blanket untuk slimming,make-up,pendek kata macam-macamlah.sesekali berehat sekejap-4 jam tadi! lega teramat sangat.walaupun banyak RM yang keluar tapi berbaloi dengan servis yang diperolehi.lepas ni aku kena masuk kerja macam biasa...hihii...menjadi superwoman kat dalam rumah ni.bermakna kena kuat mental,kuat fizikal dan segala-galanya.cewahh...positif,positif...
(teh herba-sedapnya minum ketika panas...AKU? nak jadi mama yang kuat...

ALAHAI...

Wednesday, December 8, 2010

SPA D'HILL SETIAWANGSA...jom relax

salam tengahari untuk semua.bercakap mengenai rehat@relax ni, memang seronok kalau hari-hari dapat rehat dari melakukan kerja ye tak? ada orang selalu tanya: KERJA KE? apa nak jawab?bagi aku soalan ini ada 2 maksud pertanyaan.satu bertanya sama ada kita ni kerja makan gaji atau pun satu lagi bermaksud 'awak ni tak kerja ke? atau dalam bahasa mudahnya suri rumah sahaja?....

ni pun satu soalan yang provokasi.untuk aku menjawab soalan ni selalu aku jawab macam ni: KERJA.yelah,walaupun ofis kita ni kat rumah...tapi kita ni pun kerja juga! masuk kerja jam 6.30 pagi dan tutup ofis pukul 12 tengah malam atau pun kadang-kadang kena "overtime"...bermakna lambatlah nak tidur...ni kan semua kerja.tapi ada pulak yang kata duduk rumah tak kerja! HELLLO....takkan duduk rumah tu 'mengangkang' jer...(maksudnya goyang kaki saja atau pun boleh oder saja dengan bibik yang ada kat dalam rumah tu...)

orang yang duduk rumah ni pun kena kerja juga...dan seharusnya juga orang seperti kita ni pun kena rehat juga untuk memastikan kesihatan lebih optimum dan mampu memberi servis yang baik untuk semua yang ada dalam rumah tu..

jadinya semalam hari cuti aku untuk berehat di SPA D'HILL Setiawangsa.aku bawa Sakinah sekali.dia pun nak merasa juga mandi rempah tetapi menggunakan rempah perasa koko yang sesuai dengan kanak-kanak.Hakimi, pakweku pula yang takeover jaga.

rawatan yang aku buat semalam-mandi rempah,lulur dan berurut.alahai...sedapnya rasa badan.yelah penat berjalan cuti sekolah ni,dapat sesekali orang belai-belai badan ni...memang merehatkan seketika...kurang sikit stres tu..hihii...

syor aku kepada kalian di luar sana-sesekali kita ni pun kena "ambil cuti" untuk diri sendiri juga tau! yelah, kalau kita cukup rehat dan sihat,siapa juga yang senang? dah tentu seisi rumah yang senang
ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala