pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger
Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

SEMAK DAFTAR PENGUNDI SEBELUM BUANG UNDI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

masih lagi dalam suasana politik yang panas.kalau bukak berita tv cerita itu jugak,bukak suratkhabar pun cerita itu jugak pendek kata macam dah tak ada lagi cerita nak di 'highlightkan"  dalam negara ni.

itu bukan perkara yang CITH nak sembang di sini.satu yang CITH tertarik ialah melihat kerakusan dan keghairahan antara kita bercakap mengenai PRU yang akan datang ini.kalau di status FB bukan main berapi tak kiralah parti apa yang diwakili TAPI,satu persoalannya:-

adakah yang berdegar-degar ini merupakan pengundi?atau paling tidak pun dah mendaftar sebagai pengundi atau belum...kalau ini belum dilakukan,sebenarnya kalian masih tidak tuntas untuk berbicara pasal PRU! (foto oleh: Google.com)

yelah,memalukan sajalah kalau cakap beriya,berapi dan berdegar rupanya tak pernah pun daftar sebagai pengundi apatah lagi turun sebagai pengundi....oohhh...ini sungguh meloyakan!!!.CITH pulak sebaik sahaja mencecah usia sebagai pengundi yang sah,memang tidak pernah gagal untuk menunaikan tanggungjawab dan hak sebagai warganegara Malaysia.inilah peluang,ruang dan kesempatan untuk kita gunakan hak kita sebagai rakyat untuk memberi undi kita kepada mereka yang boleh menjadi pemimpin.

kepada mereka yang pandai cakap tapi tidak bertindak sebagai pengundi-kalian itu ibarat anjing menyalak bukit.bukit tetap teguh berdiri,sebaliknya kalian yang penat bersuara.alangkah ruginya!

kepada yang lain,jom kita semak status kita sebagai pengundi untuk memastikan lokasi/kawasan penggundian kita.lihat di sini.http://www.spr.gov.my/

UNDI ADALAH RAHSIA?....

ALAHAI...

Monday, April 30, 2012

KEBEBASAN BERSUARA ITU HAK KITA TAPI...

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

tadi CITH  keluar membayar bil-bil rumah.Ya Allah...kat luar sana panas berdenting rupanya! yelah,kalau duduk dalam rumah memang tak terasa apa.apa taknya kipas berpusing mengalahkan kipas kapal terbang kan!

nampaknya bukan setakat cuaca di luar sahaja yang panas,tetapi cuaca politik negara juga tak kurang panasnya.sementelah lagi cerita mengenai Perhimpunan Bersih Sabtu lepas masih menjadi bahan utama di media massa.sampaikan siapa yang berbaju KUNING juga turut diusik.senang kata,warna kuning ini memberi pelbagai tanggapan.

CITH memang suka KUNING.suka baju color kuning,suka makan durian kuning,suka emas color kuning...hihi...apa lagi yang kuning?kalau dulu zaman sekolah selalu berangan nak kawin dengan putera raja...hahaha...pengaruh Cinderela kan...tapi memang warna kuning ini menyerlahkan pemakainya dan sekaligus meningkat self confident tu.(bukan lah color lain tu tak ada self confident ye!)

tapi bukan itu isu yang CITH nak ulas di sini.pokok isunya ialah hak rakyat menurut Perlembagaan Malaysia.

menurut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat jelata Malaysia untuk bercakap dan bersuara, berhimpun secara aman dan tanpa senjata, serta membentuk persatuan..
kalau diperhatikan daripada pernyataan ini memang nampak kita boleh saja buat apa yang kita suka.sebab? KITA ADA HAK UNTUK BEBAS -bersuara,berhimpun,berpersatuan dan sebagainya.Tetapi semua itu harus lah ada limitnya untuk kita meletakkan satu tanda keselamatan agar keamanan tidak dicabuli.rujuk SINI http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Hak_Asasi_Manusia_Malaysia

tapi keadaan jadi di sebaliknya ,apabila hak bersuara tidak dihormati.awal-awal lagi telah disekat,telah dihalang,tidak mahu didengari sebaliknya ugutan,ancaman,provokasi dibuat yang akhirnya menimbulkan lagi kemarahan di pihak yang ingin bersuara.sekali fikir,inilah kesan jika hak rakyat untuk bersuara dinafikan.maka nak tak nak,kita dihidangkan dengan gambar dan cerita yang berwarna-warni.mana silapnya semua ini ?apakah kita tidak diajar untuk "diam ,bila orang lain bersuara?" atau kita ini sudah terlebih ajar...bagaimana....
ALAHAI...



Monday, March 26, 2012

POLITIK YANG PELBAGAI WARNA


Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

wah..wah.hari ni CITH nak mengomel pasal dunia politik pulak.hihi...bukan apa,kadang tu bila baca suratkhabar,baca di blog,nonton di TV rasa macam kelakar pun ada,meloyakan pun ada,susah hati pun ada...macam-macam adalah.(foto oleh Google.com)

apa taknya,macam-macam cerita orang politik kita ni.kejap dia kata orang tu yang buat pasal,kejap dia kata bukan,kejap dia kata dah hilang percaya pada tampuk pimpinan,tapi sekejap tu tarik balik.aduhai...macam-macam.kalau dulu sahabat baik lebih dari isi dan kuku,tapi kini macam anjing dengan kucing pulak.ada sahaja yang nak disemburkan.tu lah dia kan warna-warni politik kita khususnya orang yang terlibat dalam dunia politik.lebih daripada pelangi adanya!

ada yang kata,politik itu kotor! bagi CITH,politik itu tidak kotor.dalam sejarah Islam,nabi dan para sahabat pun berpolitik.maka itulah lahirnya Piagam Madinah atau Sahifah Madinah yang merupakan satu perlembagaan terawal yang lengkap dicatatkan.undang-undang yang memperuntukan hak dan tanggungjawab orang Islam dan bukan Islam di dalam sebuah negara Islam iaitu Madinah.jadi,apa yang kotornya? yang kotornya ialah,pemain politik yang lupa diri bila diberikan amanah dan tanggungjawab-ORANG ITULAH YANG K.O.T.O.R

orang itu kotor bila gagal melunaskan amanah yang telah diberikan oleh masyarakat kepada mereka.orang itu kotor bila gagal melaksanakan tanggungjawabnya kepada orang jagaannya dan orang itu kotor bila hanya mengutamakan kepentingan sendiri dan merampas hak,kepentingan orang lain.maka bagi CITH,orang politik itu memang sangat KOTOR! kotor mereka tidak mampu untuk dihilangkan waima dengan pencuci clorox sekali pun! dasyatkan kotor itu...huhu...

macam juga senario ahli politik kita di Dewan Parlimen.nampaknya seperti bertegang urat untuk membawa sesuatu isu.tapi di luar dewan, bagaimana?bergelak ketawa? senang hati? boleh makan dan minum seperti biasa?boleh melelapkan mata?boleh melancong ke sana ke mari?....jawapannya- semua boleh! tak payah susah hati nak fikir masalah rakyat.

dek kerana itulah,mereka yang digelar "ahli politik" ini sangatlah SUKAR kalau nak melepaskan jawatan atau berundur diri.waima umur dah berstatus "GOLDEN AGE". tetap kukuh mengenggam jawatan.tak kisahlah jawatan kecik ke,besar ke...janji jawatan dalam politik.sebab apa? sebabnya banyak kepentingan diri yang tak selesai lagi untuk diperjuangkan....maka,berwarna warnilah rupa dan wajah politik kita di Malaysia,negaraku tercinta ini!

ALAHAI...

Sunday, September 11, 2011

MAT SABU DAN MAT INDERA JADI POPULAR (1)

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

kita bicara pasal sedikit pasal cuaca politik kita dewasa ini.apa taknya,hari-hari dalam akhbar tak ada dah cerita lain.asyiknya pasal dua orang MAT ini.satu yang masih hidup dan satu lagi yang dah jadi arwah punya lama dulu...

MAT SABU DAN MAT INDERA.dua nama tiba-tiba menjadi hot dan popular sehingga ranking pencariaannya menerusi encik GOOGLE mencapai rating tinggi.apa taknya,pembacaan menerusi akhbar sudah dianggap tidak relevan dalam situasi hari ini sebaliknya media altenatif dilihat lebih terarah.

apabila Mat Indera yang dilabelkan sebagai komunis dan petualang bangsa oleh kerajaan tetapi diangkat sebagai hero oleh Mat Sabu (pembangkang),nah tiba-tiba ia menjadi satu isu yang BESAR.gegak gempita seketika cuaca politik Malaysia-Tanahairku! maka semua pihak menunding jari menyalahkan Mat yang satu ini.pencarian terhadap Mat Indera menjadi bualan kembali untuk melihat cakap siapa yang betul,cakap siapa yang salah.

apabila Mat Sabu, yang juga Timbalan Presiden PAS, semasa berceramah di Tasek Gelugor di Georgetown pada 21 Ogos lalu didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.Mat Indera pulak diangkat sebagai hero perjuangan dan sanggup pulak menghina pejuang kemerdekaan lain seperti Tuanku dan Dato Onn.semuanya tiba-tiba memberi warna dalam politik negara kita.

hari ini,memang ramai pihak bersuara itu dan ini.sama ada mereka itu adalah orang yang sesuai untuk bicara hal ini atau tidak,sama ada mereka itu ada ilmu atau tidak,sama ada mereka itu tahu atau tidak atau pun siapakah mereka itu,semuanya sibuk bercakap pasal dua orang MAT ini.

CITH:pernah belajar Sejarah,pernah mengajar Sejarah dan sekarang mencari bahan sejarah untuk melengkapkan ilmu yang ada.akan bersambung bahagian yang seterusnya.
*foto oleh:GOOGLE.COM

ALAHAI...

Friday, April 15, 2011

BILA DATANGNYA DEMAM PILIHANRAYA

Assalammualaikum semua...

16hb=esok hari penentuan untuk iklim politik di Sarawak.pilihanraya yg ke-10 akan berlangsung dan pastinya ia menjadi kayu pengukur kepada pihanraya umum negara kelak.

(foto oleh: GOOGLE.COM)biasanya dalam mana-mana pilihanraya pun,bila datangnya musim ni maka banyak pihak yang akan mengambil kesempatan.kesempatan itu diraih ekoran daripada perkembangan semasa yang berlaku.bak kata orang masa inilah ramai pihak akan 'menangguk di air keroh'.

1.kepada pengusaha chalet/homestay/hotel/motel-pastinya permintaan untuk bilik meningkat daripada biasa.apa taknya,ramai yang berkunjung ke Sarawak sekarang.masing-masing mewakili parti masing-masing.

2.kepada pengusaha makanan/barangan-masa inilah mendapat keuntungan berlipat ganda,jual apa pun sure laris.

3.pengusaha pengangkutan-memang akan menerima permintaan yang tinggi dan pastinya ada yang menaikkan harga daripada hari biasa.

4.ahli politik/pihak penyokong-ketika inilah masa digunakan untuk membuat apa cara sekali pun untuk mencapai kemenangan kepada parti dan calon.pastinya pelbagai 'senjata' akan digunakan oleh mereka bagi mencapai kemenangan waima kalau terpaksa menyerang peribadi pun sanggup dilakukan.

kesemua situasi ini memang nyata berlaku bila datangnya demam pilihanraya.hanya 'senjata' yang kuat akan dapat menangkis apa jua serangan yang mendatang!

AKU?pilihan di tangan kita untuk memilih apa jua yang ada di depan mata-selamat membuang undi untuk warga Sarawakian.

ALAHAI...

Wednesday, April 6, 2011

RAKAMAN VIDEO SEKS-PERLU MENJADI ISU ATAU DIBUAT SUPAYA MENJADI ISU?

Assalammualaikum semua...

rasa-rasa aku semua pembaca akhbar mahu pun pelayar internet pastinya sudah tahu akan cerita panas yang menyelubungi cuaca politik kita.panasnya sama seperti suhu di luar.apa pun suhunya pastinya ia menjadi isu yang hangat dibincangkan sama ada oleh mereka yang kenal dengan 'pelakon dalam video itu' atau juga mereka yang langsung tiada kaitan macam kita-kita...

tup-tup isu video seks ini menjadi sebutan baik daripada kalangan politikus Malaysia,para ulama,blogger mahu pun orang biasa.masing-masing dengan pendapat sendiri bagi membuktikan 'pelakon' dalam video itu adalah orang yang dimaksudkan oleh trio T terhadap salah seorang politikus terkenal negara.

kesahihan belum terbukti tetapi hukuman belum 'sah' telah ditujukan.aku sendiri tertanya sendiri dan confius jugak dengan laporan awal yang diberikan oleh trio T tu-katanya lokasi kejadian di salah sebuah hotel di Malaysia,tapi apabila melihat di tulisan bawah video tu-tulisan macam siam je...Bangkok? tak tahulah aku kot dah dibuat penyuntingannya di Bangkok pulak! figura pelakon tu? aku tak nak komen sebab aku tak ada APA-APA hubungan dengan dia.tak tahu lah aku ada apa-apa tanda ke apa ke kat badan dia...hish...hanya orang yang intim dengannya sahaja yang lebih arif waima ada kurap ke,panau ke hanya orang tertentu je yang tahu...hihii

AKU?kita tunggu dan lihat sahajalah.siapa kita untuk menilai dan menjatuhkan hukuman.kita pun bukan baik sangat.hanya Allah yang maha mengetahui semuanya sama ada terang atau tersembunyi.setiap yang bergelar politikus harus bersedia dengan serangan depan belakang,kiri kanan dari pelbagai sudut-asam garam dunia politik.

ALAHAI...

Monday, March 21, 2011

NASIB LIBYA HARI INI

Assalamualaikum semua...

keengganan Muammar Gaddafi mengundurkan jawatannya sebagai Presiden Libya yang sudah 42 tahun memerintah akhirnya mengundang kepada campurtangan kuasa asing.kedatangan kuasa asing yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis(tentera bersekutu) telah merubah sama sekali keadaan Libya hari ini.

semalam,pasukan tentera bersekutu ini telah pun melancarkan 112 peluru berpandu Tomahawk ke arah 20 sasaran di kawasan pantai Libya.turut mengalami kesannya ialah Benghazi yang merupakan bandar kedua terbesar Libya.bandar ini merupakan kubu kuat pemberontak yang ingin Gaddafi berundur.bagi pemberontak dalam negara tersebut,kedatangan tentera bersekutu ini dijangka mengubah momentum untuk memihak kepada mereka selepas tentera Gaddafi mampu menyingkir mereka daripada beberapa bandar di sini.

serangan daripada tentera bersekutu ini adalah campur tangan ketenteraan antarabangsa terbesar di rantau Arab sejak pencerobohan ke atas Iraq pada 2003.

AKU?jangan mudah percaya dan suka hati dengan kedatangan orang luar yang kononnya akan membatu kita,sebenarnya mereka itulah DALANG,MUSUH yang akan memakan kita akhirnya.kedatangan mereka bukanlah bertujuan untuk membantu SEMATA tetapi bak kata pepatah "serampang 2 mata". semuanya ada makna... bukan nak tolong saja...

lihat sahaja di Iraq-semasa zaman rejim Saddam-betapa pada mulanya,rakyat Iraq bergembira bila tentera AS masuk ke sana.kononnya mereka itu akan memberi dimensi baru kepada negara Iraq tapi akhirnya...bagaimana Iraq sekarang? habis madu,sepah dibuang...

ALAHAI...

Sunday, March 6, 2011

TIBA MASA BUAT KEPUTUSAN HARI INI

Assalammualaikum semua....

hari ini orang di DUN Merlimau dan Kerdau akan membuat keputusan terhadap masa depan politik mereka.mana satu yang menjadi pihan hati? yang penting tanggungjawab membuang undi dilaksanakan.kalau dulu nama MERLIMAU(jiran kampung aku) dan KERDAU tidak sepopular hari ini,TAPI hari ini semua orang kenal.

musim berkempen dah pun selesai.pelbagai janji,manifesto dah diperdengarkan untuk meraih kepercayaan dan seterusnya undi untuk berkuasa.keputusan terletak di tangan rakyat yang demokrasi untuk memilihnya.

AKU? apa pun keputusannya,semoga pihak yang menang melaksanakan apa yang dikata.berkuasa bukan untuk kepentingan sendiri tetapi menjunjung amanah yang telah dipertanggungjawankan.terlalu banyak contoh semasa yang boleh dicontohi supaya kelak tidak disoal kemudian hari.

ADUHAI...

Thursday, February 24, 2011

SELEPAS HOSNI, APA NASIB MUAMMAR GADDAFI?

Assalammualaikum semua...

nampaknya lepas satu bergolak,yang lain turut menerima impak yang hampir sama dek lantaran kuatnya suara rakyat yang semakin hari menjadi pandai dan sedar diri.

Libya,satu negara yang terletak di Afrika Utara yang diperintah oleh Muammar Gaddafi.sudah 42 tahun memerintah...dan kini tibalah masa untuk rakyat menolak beliau tetapi biasalah,orang macam ni bila dah lama berkuasa,memang susah nak turun!

SIAPA DIA?Muammar Gaddafi lahir di gurun pasir dekat Sirte tahun 1942.pemimpin yang paling lama berkuasa di Afrika dan dunia Arab. Ia memerintah Libya sejak menggulingkan Raja Idris I ketika usia 27 tahun.

terkenal dengan senjata dan wanita, Gaddafi juga dianggap sebagai seorang operator politik yang terampil membawa negaranya keluar dari isolasi diplomatik.(foto oleh GOOGLE.COM)kerakusan memerintah negara dengan lama membawa kepada rasa tidak puas hati rakyat akibatnya,berlakulah pemberontakkan,rusuhan,kemusnahan harta benda dan pastinya banyak nyawa yang terkorban kerana ketamakkan Gaddafi ini.mengikut laporan,setakat ini 400 orang rakyat telah terkorban.

berikut ini kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama terkenal Sheikh Yusuf Qaradhawi;

a top Egyptian cleric has called on Libyan soldiers who can shoot Libya's unpopular Leader Muammar Gaddafi not to hold their fire to free the nation of his oppression.

Yusuf al-Qaradawi, viewed as the spiritual leader of the Egyptian opposition Muslim Brotherhood, made the call on Monday through a fatwa (religious decree) against the 42-year-long head of state.

"Whoever in the Libyan Army is able to shoot a bullet at Mr. Gaddafi should do so," he told the Qatar-based news channel al-Jazeera.

Libya has been swept by pro-democracy protests inspired by popular revolutions in Egypt and Tunisia, which toppled the countries' presidents.

Such killing would "rid Libya of him," said Qaradawi. The scholar, who also heads the International Union for Muslim Scholars, returned to Egypt after three decades in exile following the revolution.

Gaddafi's government has deployed fighter jets to open fire on the demonstrators to prevent revolution.

Forces loyal to Gaddafi are also said to have used live rounds against protesters amid reports, pointing to the arrival of planeloads of armed foreign mercenaries in the capital, Tripoli.

Libyan protesters, however, have reportedly managed to seize several cities.

The International Federation for Human Rights says as many as 400 people have so far been killed during the protests.

Qaradawi also told Libyan soldiers "not to obey orders to strike at your own people," and urged Libyan ambassadors around the world to dissociate themselves from Gaddafi's regime.
(sumber:press tv.com)

kini,Gaddafi menanti masa untuk dijatuhkan dan tidak mustahil dia akan berkongsi nasib melarat seperti Ben Ali dan Hosni Mubarak.

ALAHAI...

Saturday, February 12, 2011

HOSNI MUBARAK,AKHIRNYA MENYERAH JUGA

Assalammualaikum semua,selamat berhujung minggu.

bak kata pepatah,sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua.pepatah ini sesuai sekali untuk menggambarkan kedudukan dan situasi Presiden Mesir Hosni Mubarak(foto oleh GOOGLE:)yang akhirnya terpaksa juga tunduk dengan tuntutan yang semakin menghimpitnya.

walaupun sebelum ini beliau tetap bertegas untuk bertahan dengan jawatannya sehingga September ini namun akhirnya terpaksa menyerah juga setelah 30 tahun memerintah Mesir.

maka ini menunjukkan bahawa kuasa dan suara yang dimiliki oleh rakyat adalah sangat keramat.bak kata,JANGAN CUBA-CUBA MENCABAR KUASA KUASA RAKYAT MAKA INILAH PADAHNYA.diam rakyat bukan bermakna rakyat setuju atau jadi pak turut sahaja terhadap tindak tanduk pemimpin tetapi diam rakyat adalah untuk mengumpul kekuatan dan sokongan untuk mengembalikan hak mereka.

satu yang harus dipelajari oleh kita di negara ini-bahawa seseorang pemimpin bukanlah pemimpin untuk selama-lamanya.maka tidak wajar menjadikan rakyat dan negara sebagai medan untuk melempiaskan segala kehendak dan nafsu semata-mata atas nama BERKUASA.

seterusnya kita tunggu dan lihat perkembangan selepas ini.apakah hak dan suara rakyat Mesir mendapat keutamaan atau sebaliknya...

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala