pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger
Showing posts with label pdg. Show all posts
Showing posts with label pdg. Show all posts

Friday, June 10, 2011

LELAKI KUAT MAKAN ATAU PEREMPUAN JAGA BADAN?


Assalammualaikum semua... salam pagi Jumaat.nampaknya tinggal 2 hari saja lagi untuk berehat-rehat di rumah sebelum sekolah dibuka Isnin depan.lepas ni pecah balik lemak anak-anak kita ye!

bercakap pasal pecah lemak ni,CITH tertarik dengan satu perbincangan di MHI pagi tadi.antara lelaki dan perempuan siapa yang kuat makan?bagi CITH lelaki memang kuat makan berdasarkan fizikal dan tuntutan kerja mereka.lagi berat kerja mereka,maka tuntutan makan lebih itu lagi ketara dilihat.(foto oleh:GOOGLE.COM)

berbanding kaum perempuan ni,kerisauan yang tinggi terhadap perubahan bentuk fizikal menjadikan mereka paranoid untuk makan lebih atau makan banyak.apa yang jelas ketara,orang perempuan ni tak nak berlaku perubahan pada saiz pakaian mereka daripada sebelumnya.misalnya daripada saiz M ke XL ...tu dah tahap bahaya!tahap inilah yang sangat ditakuti.mulalah nanti nampak apa yang sebelum ini tak nampak.pendek kata orang perempuan lebih menjaga badan daripada menjaga anak tekak.pasal tu kaum ini sanggup berdiet bagai nak rak untuk menjaga badan berbanding kaum lelaki yang dilihat 'belasah' je.

kalau keluar makan pun-siapa yang selalunya habiskan makanan?pastinya kaum lelaki.orang perempuan selalu makan tak habis.tengoklah kalau di majlis-majlis buffet.banyak pinggan yang masin berisi ditinggalkan begitu sahaja.orang lelaki tak,memang semuanya licin!

dalam kes CITH sendiri pun,memang pakwe CITH lah yang menjadi tukang habis di rumah mahu pun bila makan di luar.dia yang selalu makan last.sebab apa? sebab dia yang jadi tukang perabis makanan.selalu dia cakap; "yelah,ni semua saya yang kena abiskan.dah macam DBKL pulak ye".entahlah,memang dah dari dulu macam tu.bila dia tak ada,memang terasa.tak ada siapa yang jadi tukang perabis.pasal tu selalu CITH pesan kat Sakinah; "makan kasi habis.baba tak ada.tak ada siapa nak habiskan makanan lagi..."

rasanya ramai juga yang sama kes macam CITH di luar sana.tapi apa pun bagi CITH,lelaki perabis makanan tu bukanlah bermakna dia kuat makan sangat tetapi lebih kepada tak nak membazir.sayangkan makanan tu,maka secara tak sengaja dia jadi kuat makan pulak...hihii...perempuan? macam biasa terus menjaga badan.malulah kalau sendawa sampai 3-4 kali.nampak benar yang kuat makannya pulak kan!

ALAHAI...


Thursday, February 17, 2011

ANTARA RELEVAN KAIN BATIK DAN SELUAR?

Assalammualaikum semua...

sebut kain batik,rasanya hampir semua yang kenalkan.bila kali terakhir guna kain batik?kalau jawapan aku...emm...bila?memanglah lama sesangat dulu.sampai tak boleh nak recal balik..adoh.(foto oleh GOOGLE)selalunya perempuan ni dikaitkan dengan kain batik bila masa berpantang kan...kat rumah ni memang aku ada simpan sendiri stok kain batik.masa first time beli dulu ialah masa nak bersalinkan Sakinah.siap upah orang tolong jahitkan.kononnya dalam pantang nanti pakai kain batiklah.yelah sebab ramai yang kata dalam pantang pakai kain batik.kita ni budak baru belajar,ikut ajelah.

tapi,bila sampai masa berpantang,masa tu pulak duduk di rumah mertua.ada pulak ipar yang semuanya lelaki,rasanya macam 'selebeh' pulak nak berkain batik ni.pakwe aku tengok pun tak berpa berkenan.kata dia,aku ni tak ada rupa pakai kain batik! hihii..last-last dia belikan aku seluar track-sut.jadinya dalam pantang tu,memang aku berseluar ajelah.belum pernah dibuat orang kat kampung mertua aku,perempuan dalam pantang berseluar.(foto oleh GOOGLE)bila aku berpantang untuk Hakimi ni pun,aku meneruskan tradisi berseluar aku.memang tak pakai kain batik ni.ooo ye baru aku ingat last aku pakai kain batik ni masa aku keluar dari bilik bersalin, lepas tu pakai dalam wad dan esoknya balik ke rumah.bila dah kat rumah,pakai seluar balik.

tapi bagi aku pulak rasanya lebih selesa berseluar macam ni.ada beberapa sebab yang aku rasa orang tak perasan:

1.senang sikit nak bergerak walaupun taklah berjalan laju macam biasa.
2.nampak kemas berbanding kalau ikat kain selebeh-lebeh tu tapi
kepada yang memang teror ikat kain tu mungkin tak ada masalah.
(yelah walau pun berpantang,tetap nak nampak kemas dan sedap
mata orang memandang)
3.senang pulak nak berbengkung.lagi kemas dan 'tegap'
4.terjaga sikit aurat.kalau seluar ni,kita duduk bersila ke,berlunjur ke
apa,tetap tutup kaki berbanding berkain tu,terpaksa lebih berhati-hati sikit.
(dalam keadaan yang aurat kena dijagalah)

apa-apa pun,terpulang kepada keselesaan masing-masing.ini cuma pada diri aku aje.mungkin kalian ada pandangan masing-masing.

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala