pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger
Showing posts with label isu hari ini. Show all posts
Showing posts with label isu hari ini. Show all posts

Friday, May 18, 2012

HARGA BELANJA KAWIN SEKARANG

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...dan salam Jumaat.moga dalam kebaikan jua yang kita harapkan.

tinggal seminggu lagi sesi persekolahan dan selepas itu anak-anak kita dan kita juga akan bercuti selama 2 minggu.maka,masa cuti inilah nanti sudah pasti undangan walimatul urus pun bermula.kita sedia maklum inilah kesempatan  keluarga dapat berkumpul beramai-ramai.

kepada bakal pengantin yang nak naik pelamin pastinya masa-masa inilah tengah sibuk untuk membuat persiapan terakhir sebelum melangkah ke alam baru.suka CITH membawakan isu hantaran masa kini kepada pasangan mempelai yang akhir-akhir ini dilihat semakin tinggi dan tinggi.

pada awal bulan ini tempohari,mertua CITH telah pergi merisik seorang gadis ini untuk adik ipar CITH.sebelum tu,dari rumah kata mak mertua CITH-mereka mengharapkan yang hantaran kahwin nanti mungkin dalam 6-8 ribu iaitu bawah dari angka 10 ribu!.maklumlah,bekerja di kampung,tinggal di kampung,keluarga tidaklah berstatus apatah lagi memegang title diploma atau ijazah atau master atau PHD.maka mereka pun pergilah...

selepas sehari,CITH pun menelefon mertua di kampung bertanya tentang majlis tersebut.kata mertua CITH,pihak perempuan meletakkan 10 ribu untuk hantaran! (foto oleh Google.com)

emm....katanya,semua orang sekarang ni tak lari daripada 10 ribu.anak-anak jiran pun 10 ribu jugak.barang sekarang semua mahal.mana boleh dapat yang kurang daripada itu.apa nak komen kan? kalau dah itu yang berkenan dek hati maka nak tak nak terpaksalah terima.apa lagi ,CITH pesan untuk adik ipar menjelang majlis nikah untuk tahun depan-sekurang-kurangnya kena menyimpan seribu sebulan.itu baru simpanan untuk duit hantaran.bagaimana duit-duit lain?...

memanglah bab makan untuk kenduri kendara tu biasanya mak abah lah yang sediakan tapi untuk duit hantaran tak bolehlah.mesti siapa yang nak kahwin tu yang kena persiapkan.kalau ianya tidak mampu disiapkan maka itu tanda,diri masih belum mampu untuk berumahtangga.kita kena faham,realiti hidup hari ini memerlukan duit.keluar rumah sahaja,nak duit...jadi kalau ini bermasalah,maka sesuatu harus dibuat.

berbalik kepada wang hantaran masa kini-memang tidak dinafikan harga barang semakin tinggi di pasaran TETAPI sekiranya ada perancangan awal yang dibuat dan pandai mengukur baju di badan sendiri maka rasanya tidak ada masalah.menjadi masalah bila berbelanja melebihi apa yang ada.contoh; dikenakan wang hantaran yang tinggi dek kerana nak bayar wedding planner,hiasan dan kelengkapan bilik tidur,mak andam (ini kenalah),barangan hantaran,jurugambar,video,door gift,katering dan sebagainya.oleh kerana semua ini nak dipenuhi, maka sebab itulah wang hantaran menjadi semakin tinggi dan sekaligus belanja majlis kahwin juga tinggi!

menjadi trend mutakhir sekarang ini CITH melihat keghairahan pakej bergambar sebelum berkahwin dan selepas berkahwin.orang kata apa? pre wed dan post wed...macam tulah kira-kiranya.senario shooting  sebelum menjadi pengantin,kemudian semasa jadi pengantin dan selepas  dah jadi pengantin sekarang dilihat menjadi-jadi.masing-masing terikut dengan tren yang dibawa oleh mereka yang bergelar.bukankah ini semua adalah faktor penyumbang kepada kenaikan wang hantaran tersebut ? yang sekaligus kalau kita perhalusi ia lebih terarah kepada pembaziran.pihak wedding planner atau jurugambar memanglah akan mengesyorkan segala bagai yang indah-indah.apatah lagi slogan: sekali sumur hidup,tak mengapalah kalau berbelanja lebih... 


justeru,kita yang menjadi pelanggannya ini terus sahaja menerima idea tersebut tanpa membuat perincian bajet terlebih dahulu.memang,semua yang berkahwin itu menginginkan untuk hanya menjadi pengantin sekali seumur hidup.kalau ditanya pada CITH sendiri pun,CITH nak merasa semua itu.maknanya apa sahajalah yang orang lain buat,kita pun nak rasa sama.TAPI,bukan kah kita ini diberikan akal?maka berfikirlah sebaiknya,berbincang,mengira,mencongak...agar dapat keputusan bersama yang kedua belah pihak tidak rasa terbeban dan dibeban.kita tidak mahu menjadi mangsa kepada keadaan yang akhirnya,poket kita jugak yang kempis.

TAPI,seandainya kita ini tidak kiralah pihak perempuan atau lelaki memang dilahirkan dalam keluarga bergelar seperti jutawan,hartawan, Dato ke..Tun ke...Tan Sri ke...atau yang sewaktu dengannya-buatlah apa sahaja,kerana anda mampu untuk itu asalkan tidak terlibat dengan unsur-unsur lain.SEBALIKNYA jika kita ini orang marhaen sekadar memiliki apa yang ada, maka berbelanjalah mengikut kemampuan kita.apa yang nak diikut pada majlis orang sedangkan mereka memang mampu tapi tidak bagi kita.biarlah kita dengan cara kita.apa yang penting perjalanan hidup kita selepas kahwin itu nanti...jangan sampai berhutang sana sini semata-mata untuk menjadikan majlis kita hebat seperti orang lain.sudahnya selepas itu kita dan pasangan yang menanggung masalah.mereka di luar langsung tiada kaitan dengan kita untuk masalah kita.jangan dek kerana kita nak berseronok dengan majlis kahwin kita,wang hantaran yang tinggi,sudahnya ada hati yang tersiksa untuk menanggungnya sehingga bertahun lamanya...

ALAHAI...

Wednesday, May 2, 2012

SURATKHABAR SERUPA MAJALAH 18SX

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

walaupun cuaca hari ini dingin sejuk dek kerana hujan membasahi bumi tapi suhu orang politik hari nampaknya naik tinggi.apa tidaknya lepas satu,satu isu yang ditelanjangi cuba dibuat semata-mata atas nama NAK MENANG PRU!

hari ini,kalau dilihat pada muka hadapan akhbar harian kita iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo rasanya semua rasa mual dan menjijikkan.tak tahulah kalau ada yang suka.bukan bercakap untuk menyokong atau memenangkan pihak yang terlibat waima daripada parti politik mana pun tetapi bercakap lebih kepada MENGAPA SAMPAI BEGINI SEKALI KOTORNYA PEMIKIRAN ORANG KITA SENDIRI.
inilah warna-warni yang kita lihat,kita rasai apabila masing-masing cuba untuk menjadi juara dalam memikat sokongan rakyat.angin PRU yang bertiup memungkinkan apa jua cara dilakukan asal sahaja matlamatnya tercapai iaitu MENANG dan BERJAYA MENJATUHKAN orang lain.

setahu kita,majalah 18sx sahaja yang memaparkan aksi,penulisan yang berbaur seks tapi sayang akhbar utama kita yang menjadi bacaan umum semua pihak turut bertukar wajah dek kerana virus nak menang!.

mana kita sebagai orang dewasa@ibu bapa nak menutup malu bila gambar yang tidak senonoh ini dilihat oleh anak-anak kita? apa yang kita nak jawab kalau ditanya; "mama,orang ni tengah buat apa ma? atau 'skandal seks tu apa?" dan sebagainya.mungkin ada yang kata; "kita kena open dengan anak-anak untuk memberi jawapan sebenar". bagi CITH,ya itu benar kita kena berterus terang menjelaskan sesuatu keraguan anak tetapi apakah sudah masuk ke dalam otak fikiran anak-anak kita jika disuapkan seperti gambar ini? bagaimana kita mahu memupuk minat membaca anak-anak kalau belum pun mereka membaca,mereka dah dihaidangkan dengan gambar yang meloyakan itu...huhu...rasa sangat malu dan kurang ajarlah siapa yang memaparkan itu.

CITH dulu pun pernah mengambil kertas kewartawanan semasa di tahun dua pengajian dan pernah diajarkan oleh penyarah CITH ketika itu bahawa wartawan kena patuhi etika penulisan.maknanya wartawan jangan nak gila cari nama dengan berita-berta sensasi yang sekaligus menggugurkan norma-norma kehidupan dan budaya masyarakat yang diwakilinya.setiap bahan penulisan haruslah mengambil kira aspek-aspek ini kerana dunia penulisan@kewartawanan khususnya untuk khabar yang menjadi bacaan umum rakyat bukanlah seperti penulisan majalah picisan! yang boleh ditulis carcabarba atau seprono yang boleh!

TAPI,hari ini...tengoklah sendiri.bukan setakat ayat yang digunakan itu sudah tidak seindah bahasa,bahkan ditambah pula dengan visualnya sekali untuk melengkap cerita.semuanya seperti CITH katakan tadi kerana AKU NAK MENANG DALAM PRU...maka dengan itu rupa akbar juga sudah seperti majalah seks 18sx!


CITH kongsikan di sini petikan kata Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman pada ruangan statusnya di FB. Saya SANGAT MEMBANTAH siaran gambar-gambar lucah (tidak kiralah samada ia bermotif politik atau tidak, melibatkan wajah mirip pemimpin parti BN atau PR) yang disiarkan oleh mana-mana akhbar awam tempatan seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia & Kosmo 2 Mei 2012. Ia adalah satu petanda KOTORNYA minda (dan hati) si pembuat keputusan. Juga terlampau berpolitik sehingga siaran itu boleh memudaratkan pembaca & rakyat Malaysia khususnya generasi muda. INGATLAH siaran media awam ibarat iklan, sekali ia memberi idea & gambaran, sekiranya ada yang menurutinya, keseluruhan individu yang meluluskan keputusan siaran itu BAKAL mendapat saham DOSA sehingga hari kiamat. Dosa jariah berdasarkan hadis Nabi Muhammad.

ALAHAI...

Thursday, March 22, 2012

SELAMATKAH ANAK-ANAK KITA?

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

rasanya kita semua sedia maklum dengan kes-kes kehilangan/culik/bunuh/lari dari rumah yang melibatkan anak-anak,mahu pun yang berusia remaja.saban hari ada sahaja cerita tak sedap yang dipaparkan.kadang tu rasa takut dan malas nak baca berita-berita macam tu.rasa macam tak selamat sahaja keselamatan anak-anak kita sekarang!

apa taknya,keadaan ahari ini jauh berbeza sangat dengan keadaan kita di zaman kanak-kanak.mungkin dulu ada juga orang jahat tapi tidak sejahat hari ini.dulu,dengan berbekalkan lampu picit di tangan,balik mengaji dalam pukul 8.30-9 malam tu masih tetap selamat pulang lagi.keluar bermain di 'padang permainan' yang tak seberapa seperti hari ini,pun tetap selamat sampai di rumah.balik sekolah berjalan kaki atau mengayuh basikal di bawah panas terik matahari,juga selamat sampai di rumah.TAPI hari ini?...masya Allah.rasanya kalau macam dululah kehidupan anak-anak,maka banyak lagi kes-kes kehilangan,culik atau sebagainya boleh berlaku!

sebagai mama,CITh rasa kita semua sekarang susah hati nak melepaskan anak-anak kita kan.sentiasa memesan untuk beringat.seperti kata pepatah; malang tak berbau! pada MU Ya Allah,kita letakkan anak-anak kita untuk dipelihara keselamatannya.

itu kes yang tak dapat nak elak.tapi ada juga anak-anak yang sengaja buat kes sendiri.merancang melakukan penculikan diri sendiri dengan tujuan nak lari dari rumah kerana ikutkan hati dan rasa.aduh...wahai anak,tak sayangkan mama ke? tak sayang kan keluarga ke? tak sayangkan masa depan...? aduh,kenapa mudah sangat nak ambil hati,nak merajuk jika ditegur,jika dimarahi? apakah lari dengan lelaki itu penyelesaian masalah? pastikah lelaki itu lelaki yang baik? kalau dia baik,dia tak ajar untuk anak-anak lari..tak ajar anak-anak buat hal macam ni...Ya Allah,susah hati kan kita dengan kes macam ni...CITH titipkan simpati kepada semua keluarga mangsa.anak-anak,janganlah mudah bertindak ikut rasa dan hati.ingat;
ikut hati mati.ikut rasa,binasa!

keselamatan di depan mata belum terjamin,apatah lagi keselamatan di belakang mata kita...keselamatan hari ini tidak seperti selamatnya kita di zaman kanak-kanak dahulu.susah hati kita hari ini adalah lebih terasa berbanding susah hatinya ibu ayah dulu.rasnya kita kenalah memegang kembali falsafah " menjaga tepi kain orang' kerana inilah antara cara untuk kita sama-sama jaga anak kita,jaga anak orang lain juga.

pada DIA juga kita mohon keselamatan untuk seluruh anak-anak kita semua.amin.Ya Robb.

ALAHAI...

Wednesday, September 28, 2011

GENERASI LEMBIK ANTARA IKUTAN MAHU PUN SENGAJA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

terlebih dahulu mohon maaf seandainya ada coretan CITH di sini sedikit terkena di sisi kehidupan kalian.semenjak kebelakangan ini CITH selalu berurusan di Maybank di tempat CITH di sini.apa yang CITH nampak adalah seorang 'mamat' staf ni yang sedikit lain daripada yang lain.nampak 'kelembutannya' apabila dia melayan pelanggan di kaunter pertanyaan.

lembut yang CITH maksudkan di sini bukanlah lembut melayan pelanggan tetapi tingkah laku,gerak badan,lenggongnya aduhai...lembut kalahkan perempuan.ada yang mengelarkan ini golongan 'lelaki lembik'.tidaklah CITH dapat mengkategorikan mereka ini apa.CUMA, biarlah menjadi diri sendiri seperti mana kejadian asal yang telah sejak azali lagi diputuskan oleh MAHA PENCIPTA.

baik lembut,lembik memang ia bukan kayu pengukur kepada sesebuah kejayaan atau kegagalan atau pun pangkat dan kedudukan tetapi apalah salahnya bertindak,bergaya dan berkelakuan seperti kejadian kita dilahirkan.

berikut ini CITH sharekan satu kiriman yang dihantar yang diperolehi daripada; http://terkinibersama.blogspot.com

SATURDAY, MAY 14, 2011

Generasi lembik
Anak-anak seharusnya dipanggil dengan gelaran yang lebih dewasa seperti kak long/abang long/kak ngah dan elakkan dari memanggil mereka dengan gelaran yang membantutkan kedewasaan mereka seperti boboi/manja/baby/adik/ dll.

Inilah yang disarankan oleh Saidina Umar Al Khatab semasa pemerintahannya. Anak-anak yang dipanggil dengan gelaran yang lebih dewasa akan menjadi cepat matang dan lebih berkeyakinan.

Hendaklah melayan anak anda seperti seorang dewasa dalam perbincangan agar mereka lebih bersedia dan dapat meningkatkan keyakinan dan mampu mengeluarkan kata-kata yang lebih bermakna/tiada sumbang dalam percakapan mereka.

Bawalah anak-anak didalam majlis-majlis yang melibatkan orang dewasa agar mereka tidak akan rasa kekok berada bersama.

Didalam setiap aktiviti jangan sisihkan kanak-kanak dengan mendahulukan yang tua, mereka juga mempunyai hak yang sama seperti golongan dewasa. sebagai contoh dalam majlis kita memberikan keutamaan kepada yang dewasa untuk menikmati minuman dan kita menyisihkan mereka di tempat terakhir. jadikan semuanya saksama kerana mereka berada didalam majllis yang sama.

Pada anak lelaki seharusnya kita melatih mereka membuat kerja-kerja yang kasar agar menjadi kebiasaan baginya untuk melakukan kerja berat. Jauhkan mereka dari perkara-perkara yang hampir dengan wanita seperti perkakasan dapur dan sebagainya.

Ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi yang lebih berkeyakinan dan berani dalam menegakkan hak mereka tanpa rasa ragu dan gusar. Generasi yang lahir dengan dibelai manja sentiasa akan menjadi longlai dan hanya mementingkan diri sendiri. Ini kerana mereka akan membiarkan yang lain terguris asalkan perkara itu tidak terjadi pada mereka.

Pada suatu ketika Saidina Umar Al Khatab melalui satu kawasan dengan berkuda bersama-sama yang lain. mereka melintasi satu kawasan yang terdapat kanak-kanak sedang bermain. Apabila melihat Saidina Umar dan kuda melalui kawasan terbabit bertempiaranlah semua lari ketakutan kecuali seorang.

Umar bertanya " kenapa kamu tidak lari anak muda" "mengapa aku mesti lari sedangkan aku tidak melakukan sebarang kesalahan, Lagipun jika tuan hamba mahu lalu disini bukankah bumi Allah masih luas, sedikitpun ia tidak mengganggu aku"

Umar berlalu setelah bertemu dengan anak muda yang berkeyakinan dan tahu apa haknya di muka bumi Allah.

Jadi marilah kita berubah bagi mengelakkan generasi akan datang menjadi lembik, seperti mana mereka lembik sekarang dalam mempertahankan hak mereka. InsyaAllah.

CITH:perubahan memang sukar nak buat tapi TIDAK MUSTAHIL untuk berubah...

ALAHAI...

Saturday, July 9, 2011

KEDAMAIAN DAN KEAMANAN ITU MILIK KITA JANGAN DIROSAKKAN

Assalammualaikum semua pengunjung CITH.

Bagaimana situasi di tempat kalian sejak malam tadi? nampaknya di tempat CITH keadaan tenang setenang cuaca ketika ini.angin bertiup sepoi-sepoi bahasa seakan sengaja nak kasi mood "M" lebih sikit hari ni...hihi...

pagi tadi CITH keluar ke pasar tani dengan pakwe CITH,ramai juga penjual yang tak ada.pasar tani tak macam yang biasa tu.orang yang keluar pun tak ramai,yang jual pun kurang juga.tak tahulah mungkin yang jual tu menghadapi kesukaran untuk masuk ke area CITH di sini agaknya.

CITH pun sibuk juga nak mengetahui keadaan semasa di tengah-tengah KL.maklumlah,ini tempat kita.banyak sikit perlu ambil tahu.tapi apa yang CITH dengar dalam berita di TV1 sebentar tadi,seramai 45 orang yang terdiri daripada umur 16-60 tahun telah ditahan oleh pihak polis berikutan terlibat dalam satu perhimpunan.selanjutnya belum lagi.

CITH:kedamaian dan keamanan ini bukan senang untuk dipupuk.jika dah ada di depan mata,jangan kita ROSAKKAN

ALAHAI...

JALAN DAH MULA TUTUP,BAPAK POLISI MULA TAK DUDUK DIAM


Assalammualaikum semua pengunjung CITH dan selamat berhujung minggu.

memang benarlah bagai dikata,kan semalam CITH dapat khabar daripada kawan CITH mengenai penutupan beberapa jalan utama yang menghala ke pusat bandar.nah,petang tadi bermulalah siri tersebut!

sewaktu keluar untuk edisi JJCM bersama pakwe CITH petang tadi,dah mulalah dah bapak polisi kita bertugas mengawal lalu lintas di jalan-jalan yang dianggap "glamour".yelah kalau dah dikatakan tanggungjawab dan amanah,maka suka tak suka kita kena buatlah jugak.nampaknya bapak polisi kita akan sentiasa dalam keadaan JAGA-JAGA.pastinya hanya menunggu arahan untuk melepaskan picu yang sedia ada.

sebagai rakyat pula,sedikit sebanyak mengundang pelbagai rasa.sekali fikir-baik biarkan sahaja pihak yang nak berhimpun itu berhimpun.tak payah nak ganggu jalan raya raya.tak ganggu aktiviti rakyat.sekali lagi fikir,bahaya juga kalau diam asyik memberi muka.emmm....entahlah.paling penting,CITH risaukan pakwe CITH esok nak ke KLIA ni,lepas ke tidak.tadi dah tanya Putra LRT,katanya setakat hari ni semua macam biasa,untuk esok semuanya bergantung kepada tuntutan semasa.harapnya tiada apa yang "pelik" berlaku pada sepanjang hari ini sehingga ke malam nanti.

CITH:biarkan mereka yang nak meluahkan perasaan itu menjayakan apa yang mereka hendak.untuk kita semua,jalankan peranan masing-masing.pastinya tiada siapa yang tertindas dan menindas.bak kata pepatah,kerana nila setitik habis susu sebelanga..

ALAHAI...

Sunday, June 5, 2011

BAKTERIA E COLI ANCAM SAYUR PULAK


Assalammualaikum semua...

sepanjang minggu ni heboh pulak berita memperkatakan virus baru yang menyerang dalam sayuran iaitu VIRUS E COLI (sebutan collie).sayuran seperti timun dan salad dari Jerman dikatakan tercemar dengan virus ini tetapi masih belum dikenalpasti mengapa dan sebab apa.(foto oleh:GOOGLE.COM)

para saintis di sana sedang mengenalpasti punca pencemaran tersebut sama ada disebabkan oleh kebersihan di ladang yang sangat teruk atau tempat transit yang tercemar.sayuran mentah mudah terdedah dengan punca pencemaran apabila ia melibatkan baja tahi lembu.

bakteria ini boleh mengudang kepada sakit cirit-birit berdarah yang teruk,menyerang ginjal dan akhirnya boleh membawa maut.setakat ini,laporan berita telah melaporkan sebanyak 19 kes kematian di Eropah.

jadinya buat masa ini sesiapa yang bercuti ke luar negara kenalah pantang makan salad dan timun ni.harapnya kementerian kesihatan kita mengambil langkah produktif untuk menangani permasalahan ini.dulu hari tu pasal limau mandarin,lepas tu telur tiruan dari China sekarang ni salad dan timun pulak...apa lagi lepas ni...

ALAHAI...

Saturday, April 9, 2011

MASALAH LAGI INSTITUSI SEKOLAH KITA?

Assalammualaikum semua dan selamat berhujung minggu bersama orang tersayang.mungkin kesempatan berhujung minggu ini dapat kita gunakan sebaik mungkin untuk bersama dengan anak-anak khususnya.(foto oleh:GOOGLEE.COM)bercakap pasal anak-anak,aku tertarik ingin mengulas senario yang aku boleh katakan VIRUS juga dalam institusi sekolah kita.cuba lihat persekolahan anak kita dengan persekolahan kita dulu-dulu.mungkin ada yang kata,zaman dulu lain.sekarang lain.itu benar!tapi sebagai satu medium penyampaian ilmu itu peranan sekolah tetap tidak berubah baik dulu mahu pun sekarang dan pastinya akan datang juga.

seingat aku ketika zaman persekolahan yang sudah 16 tahun aku tinggalkan dulu tidak ada kes murid 'menderhaka' kepada guru atau pun guru pulak berbuat sumbang atau sebagainya kepada murid.kalaulah ada pun ketika itu?? ada ke? tak ada...(mungkin kes terpencil)TAPI sekarang,kes seumpama ini semakin parah.lagi berubahnya zaman,berubahnya juga manusia-manusia yang dilahirkan.ini bukanlah satu kebanggaan yang boleh kita banggakan atas alasan KEMAJUAN!

kenapa dulu kalau guru marah,denda hatta kena rotan depan perhimpunan pun sedikit pun tak rasa apa.memanglah ada rasa malu,geram dan marah dengan cikgu terbabit,tapi kemarahan itu tidaklah sampai nak balas balik cikgu tersebut seperti pukul mereka seperti apa yang terjadi hari ini.setakat marah gitu-gitu sahaja.lepas tu,dah ok balik.boleh bergurau balik dengan cikgu terbabit.

aku teringat kisah zaman sekolah dulu baik sekolah rendah mahu pun menengah.mungkin aku perempuan maka tak lah nak tunjuk melawan sangat kalau 'kena'dengan cikgu di sekolah.lagi satu kalau kena apa-apa pun tak berani nak report kat mak atau abah.SEBAB? nanti lagi kena sekali lagi...aduhh..tu yang tak nak! maka ambil pendekatan diam saja.kalau sekarang?anak report kat mak ayah-esoknya guru terbabit akan diserang oleh mak ayah.silap-silap kena sampai ke saman polis pun ada.KENAPA? sebab mak ayah sekarang masing-masing sudah ada "nama dan pangkat" .maka suara mereka adalah power.anak-anak mereka tidak boleh disentuh waima kalau bersalah pun! maka naik lemaklah jadinya!

kalau dulu,rakan-rakan lelaki kalau kena marah atau hukuman dengan guru displin,mereka ni memanglah dari belakang tu merungut bermacam-macam.tapi setakat itu jelah.bila time petang boleh lagi bermain bola bersama cikgu terbabit,boleh bercerita apa saja tak pun time gotong royong tu,boleh pulak bekerjasama.satu yang bagus tentang mereka yang selalu buat hal ni-time kita nak mintak tolong apa je,mereka nilah yang siap sedia.terutama bila hari sukan,hari guru,hari kantin, mereka bersedia untuk bantu apa jua.tak ada pulak nak simpan dendam dalam hati untuk membuat dajal kepada guru terbabit atau pun pada program-program sekolah.

TAPI SEKARANG,semakin pelik aku melihat institusi sekolah kita.makin hari,makin banyak kes guru cabul anak murid,guru cederakan anak murid,guru buat itulah,buat inilah...murid pukul guru,murid cederakan guru,murid pukul murid,murid cabul murid (nauzubillah) bla...bla..bla.. semakin kalut...

inikah dinamakan kemajuan yang kita nikmati hari ini maka kita terpaksa kehilangan nilai,norma-norma dan tatasusila kita?budaya manakah yang kita ceduk sampai lahirnya senario seumpama ini.bukankah institusi sekolah itu tempat kita mengenal apa itu A.B.C dan seterusnya membawa kepada pencapaian akal dan keberhasilan ilmu untuk membentuk dan melahirkan pewaris AGAMA,BANGSA DAN NEGARA...tetapi malangnya jika senario ini masih tetap membelenggu ruang lingkup institusi sekolah kita maka,ke manakah anak-anak kita? apa jadi kepada anak-anak kita? ...

AKU?kita bukan orang luar biasa.kita hanyalah orang biasa yang mengharapkan keadaan ini dapat diselamatkan oleh mereka yang ada kuasa!

ALAHAI...

Tuesday, February 22, 2011

TIADA BUKTI TUALA WANITA PUNCA KANSER

Assalammualaikum semua...

entri ini khusus untuk tatapan kita kaum wanita.baru-baru ni ada isu mengenai keselamatan wanita daripada penyakit kanser yang dikatakan berpunca daripada faktor tuala wanita.kesahihan mengenainya belum terbukti. berikut ini petikan daripada menteri kesihatan.

(SUMBER:Berita Harian 2011/02/22)

SERDANG: Kementerian Kesihatan akan menyiasat dakwaan dibuat beberapa persatuan pengguna berhubung penggunaan tuala wanita dikatakan menjadi punca wanita menghidap penyakit barah rahim walaupun setakat ini tiada bukti secara saintifik berhubung perkara itu.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setiap produk di negara ini perlu melalui ujian dan pemantauan yang ketat, malah tiada kes berhubung dakwaan itu dilaporkan setakat ini.

Beliau berkata, kementerian tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pengeluar tuala wanita jika didapati mengguna-kan bahan penyebab penyakit dalam produk mereka kerana ia membabitkan keselamatan pengguna.

“Kita akan siasat dakwaan itu tetapi setakat ini tiada bukti menunjukkan tuala wanita penyebab barah rahim,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Projek Astro Kasih Bersama Wad Pediatrik di Hospital Serdang di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kajian persatuan pengguna mengatakan punca utama wanita diserang barah pangkal rahim disebabkan penggunaan tuala wanita yang diperbuat daripada bahan buangan termasuk kertas terpakai.

AKU? ngeri jugakkan kalau ini terjadi.mintak dijauhkan...

ALAHAI...

Saturday, January 22, 2011

KECUAIAN ATAU MEMANG DAH AJAL

Assalammualaikum semua...selamat berhujung minggu.

tengahari ni aku nak share dengan kalian semua dengan apa yang aku baca dalam paper hari ni.entri ni memang aku copy direct dari apa yang aku baca.maaf ini adalah copynya.

bukan apa,rasaku dah banyak kali benda macam ni terjadi.kes tersedak di kalangan bayi semasa tidur samaada susu atau apa memang dah kerap dengar.tiap kali berlaku insiden tersebut pastinya ada nyawa terkorban,ada hati terluka,ada rindu yang tak berkesudahan,ada mata yang tak tertahan tangisnya TAPI itu semua tak pernah kita ambil pusing!!!

setiap kali kes macam ni terjadi,maka akan adalah banyak pihak yang akan bersuara itu dan ini TAPI mana kesudahannya? untuk pusat penjagaan? ditutup?didakwa?atau apa?atau di pihak ibu bapa pula bagaimana?

sebagai ibu masakan tidak sedih dan simpati dengan kes-kes macam ini tetapi tulah yang aku katakan,adakah ini berlaku kerana kecuaian atau memang dah ajalnya begitu?kalau kecuaian,apakah tidak boleh kita berbuat sesuatu daripada tidak menjadi cuai?

AKU? baik di pihak ibu bapa dan pihak pusat penjagaan kanak-kanak, masing-masing KENA AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB.ibu bapa dah hantar anak dengan bayaran yang sepatutnya maka janganlah amanah dan kepercayaan itu DIKHIANATI dek kerana kecuaian yang boleh dielakkan.

salam simpati dan takziah kepada keluarga mangsa.

(sumber:HARIAN METRO 22/1/11)PUCHONG: Rasa rindu seorang ibu untuk melihat bayi perempuannya yang ditinggalkan bersama pengasuh berhampiran rumahnya di Taman Putra Perdana di sini, bertukar pilu, apabila dimaklumkan bayinya itu meninggal dunia akibat tercekik bubur nasi.(foto:ibu bapa mangsa)Ketika menerima berita kejadian menyayat hati itu, dia masih dalam perjalanan pulang untuk mengambil anak bongsunya itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Selasa lalu, ibu berkenaan, Nor Jam’atul Mohd Nordin, 31, pulang awal ke rumah untuk mengambil anak bongsunya, Nur Shazwani Izni Mazlan berusia lima bulan kerana berasa terlalu rindu untuk memeluk dan menciumnya.

Menurutnya, pada kebiasaannya, dia pulang kira-kira jam 7.40 malam, namun pada hari kematian anaknya, dia mengambil keputusan untuk pulang awal kerana perasaan rindu terhadap anaknya itu terlalu kuat.

“Saya tidak menyangka perasaan rindu kepada anak bongsu pada hari kejadian terpaksa saya tanggung buat selama-lamanya apabila dia kini sudah tiada.

“Lebih menyedihkan saya tidak dapat bersama ketika saat akhirnya, malah tidak menyangka anak saya maut akibat makanan yang diberikan,” katanya.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu meninggal dunia selepas pengasuhnya menyuapkan bubur nasi menggunakan botol susu sebelum meninggalkan mangsa bersama dua bayi lain yang turut dijaganya.Mangsa dipercayai tercekik bubur berkenaan.

Menceritakan kejadian itu, ibu malang terbabit berkata, ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Shah Alam, tiba-tiba pengasuh anaknya menelefon memaklumkan anak bongsunya itu mengalami kesukaran bernafas akibat tercekik selepas disuapkan bubur nasi menggunakan botol susu.“Saya mengarahkan agar membawanya ke hospital.“Bagaimanapun, pengasuh berkenaan menghantar anak saya ke klinik berdekatan dan doktor yang merawatnya mengesahkan anak sudah meninggal dunia,” katanya.

Katanya, selepas disahkan meninggal dunia, dia menghantar jenazah anaknya ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Meranti, di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Baharuddin Ayob ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.

Monday, January 17, 2011

ISU KESELAMATAN FACEBOOK

Assalammualaikum semua...

semoga sihat semua hendaknya kalian di luar sana.untuk aku pulak-sejak malam tadi,kepala rasa begong sikit,tekat perit,selesama-agaknya penangan nak jadi demam tapi tak demam.sabo je lah...

nak bercakap pasal FACEBOOK.rasanya hampir semua orang ada akaun muka buku ni kan...budak yang tadika pun dah ada!gempak tak gempak tu...

pagi tadi aku mengikuti siaran MHI di TV3 mengenai Isu Keselamatan Dalam Dunia Siber Facebook.perbincangan tadi adalah lantaran daripada banyaknya pencerobohan terhadap ruang lingkup peribadi yang dapat diterjah oleh sesiapa sahaja pada masa kini.

yelah apa taknya,ada orang tak kenal,tiba-tiba nak request dengan kita dan tanpa kita perasan kononnya nak tunjuk kat semua yang kita ni ada friend list yang beratus@beribu,kita pun add mereka.sudahnya apa sahaja yang terpapar dalam facebook kita akan dapat diketahui oleh mereka yang tidak dikenali.

asal facebook ni memanglah tujuannya baik iaitu menghubungi atau menjejaki semula rangkaian kawan-kawan yang lama terpisah. macam aku sendiri,melalui Fb ini dapat kembali menjejaki kawan lama yang terpisah sejak habis darjah 6 dulu.seronok bukan main!

TETAPI apabila pendedahan,penyamaran,penipuan berlaku,rasanya tidak selamat kalau tidak berhati-hati.kadang-kadang kita tak perasan apa yang ditulis di wall atau bahan yang dipaparkan akan dimanupulasikan oleh orang lain atau pencerobohon akaun boleh berlaku.lupalah, ada saja manusia yang tidak berhati perut di sekelilingi kita...

ALAHAI...

Saturday, January 15, 2011

HARI TANPA BEG PLASTIK

Assalammualaikum semua...

salam hujung minggu moga gembira di hujung minggu ni.pada cikgu-cikgu tu, boleh le tarik nafas release tension kejap ye!

ni baru baru balik dari Giant-membeli persiapan yang dibuat BBQ petang nanti sempena birthday kami bertiga( aku,Sakinah dan Kak Ngahku).beli kambing,ikan,ayam,jajan-jajan sikit,yelah,macam biasa-persiapan menu ni memang bab aku lah!

bila kat kaunter bayar,budak kaunter tu tanya;
"akak nak plastik ke? sehelai 20 sen"
"o ye ke,dah kena charge lah sekarang? ingatnye kat Jusco je."(FOTO:GOOGLE.COM)kalau dah beli banyak kan,takkan nak pegang macam tu je,terpaksalah kena beli juga beg plastik tu.lepas ni kena save dalam memory-SABTU:HARI TANPA BEG PLASTIK DE SEMUA PASARAYA.kena bawa beg sendiri.

aku?menyokong penuh kempen macam ni.yelah kita tahukan penggunaan plastik yang banyak menyumbang kepada kadar pencemaran udara dan dan juga alam sekitar.bahan plastik ni lambat,makan masa bertahun@beribu untuk dia hancur dalam erti kata sebenar.

selain tu,ia dapat melatih rakyat kita supaya tak senang-senang nak buang plastik sesuka hati.kempen macam ni dah banyak dilaksanakan di negara maju.kalau kita nak maju,benda positif macam ni memang patut ikut!

ALAHAI...

Thursday, January 13, 2011

BERTUAH-HABUAN SEBAGAI SEMANGAT!

Assalammualaikum semua...

"tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia tak ada manusia yang tahu" begitulah perumpamaan yang sesuai untuk diberikan kepada seramai 25 orang pemain dan jurulatih skuad bola sepak kebangsaan kita.
(SUMBER: KOSMO 13/1/2011)

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian insentif saham amanah serta wang tunai berjumlah RM65,000 setiap seorang kepada 25 pemain dan jurulatih skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala Suzuki AFF pada bulan lepas.

“Setiap pemain dan jurulatih diberikan unit Amanah Saham Wawasan 2020 berjumlah RM50,000 yang bagaimanapun tidak boleh dikeluarkan sehingga tempoh 10 tahun,” kata Perdana Menteri ketika meraikan skuad itu di kediaman rasminya, Seri Perdana di Putrajaya semalam.

Pada majlis yang turut dihadiri Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan menteri-menteri Kabinet itu, Najib berkata, imbuhan wang tunai RM10,000 adalah daripada kerajaan dan RM5,000 lagi melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) Majlis Sukan Negara (MSN).

Katanya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperuntukkan RM500,000 kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menaik taraf kemudahan gimnasium dan membina bilik sauna di Wisma FAM di Kelana Jaya bagi kemudahan pemain.

AKU? memanglah nilai duit sekadar dah semakin mengecil berbanding dahulu,tapi bagi akulah jangan dek kerana habuan yang besar ini membuatkan pasukan kita lupa diri,yelah orang kata macam tidur atas duit! sebaliknya,habuan ini harus dibalas dengan semangat yasng tinggi dan mutu permainan dipertingkatkan lagi.kalau dengan itu,orang tak kata,rakyat tak marah,peminat tak kecewa.

TETAPI, kalau habuan ini akan menyebabkan sebaliknya,maka itu aku rasaPALING TIDAK WAJAR SEKALI!!

ALAHAI...

Friday, January 7, 2011

BAWANG NAIK HARGA

pagi ni aku dengar berita menerusi Buletin Pagi berkenaan kenaikan harga bawang merah pulak!hai...lepas satu,satu yang naik.

menurut menteri KPDNKK, kenaikan barangan ini ialah sebanyak 50% bermakna sekali ganda.harga: bawang besar dulu 1 kg=RM6- kini RM12
bawang kecil dulu 1 kg=RM10-kini RM20.

melihat angka ni memang melampau! katanya lagi kenaikan ini disebabkan oleh pengeluar bawang di India mengalami masalah banjir.kini,kerajaan terpaksa pulak mengimport bawang-bawang dari Myanmar,Indonesia dan Pakistan.

harapnya tiada alasan lain pulak selepas ini.kesannya sudah tentu kepada penguasaha makanan dan tidak langsung kita ni yang mengurus hal-hal dapur...walaupun tak pakai banyak tapi turut terasa juga...

ALAHAI...

Wednesday, January 5, 2011

MINYAK MASAK OH MINYAK MASAK

tiap kali nak menjelangnya sesuatu perayaan di negara kita,pastilah isu kekurangan bahan masakan akan berlaku.dalam erti kata lain-aktiviti sorok barang akan jadi balik!entahlah pelik betul dengan senario macam ni.

kalau nak raya je,mulalah tiada gula,tiada tepung...tup-tup harga melambung naik disebabkan hukum ekonomi mengatakan permintaan tinggi,penawaran kurang=harga akan tinggi! nilah yang saban tahun terjadi.kementerian terbabit tiap kali berlaku macam ni,kata tiada masalah,bekalan cukup,harga tak naik,bla...bla...

ni pulak,sindrom minyak masak di pasaran.kalau nak cari yang paket punye sekarang memang susah.kalau nak yang botol punya,ada.itu pun minyak jagung atau soya atau pun yang berjenama agak mahal dari yang biasa.

kalau dikaji dari apa yang sudah-sudah, keadaan yang berlaku ni akan membawa kepada kenaikan harga barang tersebut.sekarang ada pihak yang membeli secara banyak dan menunggu sahaja masa dan ketika yang sesuai untuk menjualnya dengan harga yang tinggi dan mencapai keuntungan yang besar!

jadi,kita nilah yang kena berjimat-cermat dalam penggunaan minyak masak dalam hidangan seharian.kita tunggu dan lihat kesudahan senario minyak masak ini...

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala