pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger
Showing posts with label info makanan. Show all posts
Showing posts with label info makanan. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

BERHATI MEMILIH MAKANAN BERKALING

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

hari ni CITH nak kongsilah info yang dibawa balik Sakinah dari sekolahnya semalam.banyak betul pamplet yang dibawa balik semata-mata nakkan CITH membacanya...huhu..katanya,semalam ada orang kesihatan datang buat ceramah,lepas tu banyak pamplet yang diberikan kepada setiap seorang.apa lagi,emmm mereka ni kan memang kaki kumpul..semua diambilnya.

apa yang CITH nak kongsi di sini ialah mengenai makanan berkaling atau makanan bertin.mungkin 'berkaling' ini sangat janggal di telinga kita kan!pengkalingan melibatkan kerja mengisi makanan ke dalam tin atau bekas dan memanaskannya hingga ke tahap yang akan memusnahkan organisma-organisma mikro penyebab kerosakan makanan.

pemerhatian terhadap makanan berkaling adalah sangat perlu dibuat sebelum membelinya.antara aspek yang boleh diberikan perhatian ialah;
1.keadaan luar tin tersebut- sama ada penutupnya di'seal' kukuh atau sebaliknya.tin harus terhindar daripada keadaan kemek,menggelembung mahu pun retak.

2.sewaktu membuka tin makanan tersebut-makanan itu dikatakan sudah tercemar@rosak sekiranya sewaktu dibuka,ada kedapatan cecair yang memancut keluar.

3.bau-hidu bau makanan yang dibuka untuk memastikan baunya adalah bersesuaian dengan apa yang yang tertera pada luar tin.

4.warna-makanan mudah berubah warna.periksa terlebih dahulu memastikan warna,teksturnya adalah sama seperti yang ditulis di luar tin.

5.tarikh-setiap makanan berkaling diperuntukan tarikh guna yang selamat.makanan yang telah tamat tempoh,adalah tidak selamat untuk digunakan...

antaranya,kod-kod seperti ini;

tarikh akhir @ tarikkh akhir
guna sebelum @GSB
makan sebelum @makan sbl
minum sebelum @minum sbl
baik sebelum @ baik sbl

ALAHAI...

Wednesday, August 3, 2011

MASAKAN PEDAS ADA MANFAATNYA


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

rata-rata antara kita pastinya suka makan yang pedas-pedas kan!tapi bulan puasa ni eloknya kurangkan makan pedas tu,takut perut tak tahan lepas tu siaplah jadi pengungjung Encik Tan(tandas) nanti...hihi...

bercakap pasal masakan pedas ni, tak kiralah cili padi ke,cili merah ke,cili kering ke asalkan pedas.dalam info yang CITH baca dalam Mingguan Wanita (22-28/7/11),masakan pedas ini mempunyai kebaikannya juga.antara lain ialah:(foto oleh:GOOGLE.COM)

1.menurunkan berat badan-rasa pedas yang kita makan itu akan meningkatkan metabolisme tubuh.ia menyebabkan tubuh boleh membakar kalori ketika mengunyahnya selama 20 minit.

2.jantung sihat-pengambilan makanan pedas mengurangkan risiko serangan jantung dan strok dengan unsur utama dalam cili iaitu kapsaisin membantu melawan peradangan.

3.mencengah kanser-unsur utama dalam cili memiliki kemapuan membunuh beberapa sel kanser dan leukemia.

4.mengurangkan rasa stres-makanan pedas akan meningkatkan penghasilan hormon serotonin yang memberi rasa senang dan menghindarkan rasa depresi dan stres.

CITH: memang suka pedas.kalau tak pedas tu rasa macam tak "kick" pulak.agaknyalah kurus kot...hihi...(ceh..ceh...)

ALAHAI...

Tuesday, June 28, 2011

MEMASTIKAN COKLAT TERPELIHARA KESEGARANNYA

Assalammualaikum semua...

suka makan coklat? emmm...dah ada yang mengangguk tu...atau pun ada yang menggeleng?yelah takut J.E.R.A.W.A.T... entah lah mitos mana yang kata coklat sebabkan jerawat sampaikan dulu CITH sendiri pun percaya! hihi...tapi bila dah cerdik sikit,memang dah tak percaya dengan mitos-mitos ni semua.pantang jumpa.sekarang ni ketagih makan coklat yang macam ni...(sejak pakwe CITH yang bawak balik)tapi bila dah masuk 3 series ni kenalah berhati-hati sikit.al maklumlahkan, mencegah lagi baik daripada mengubati.

ok,kepada yang macam CITH suka dengan coklat,jom tengok cara nak pelihara kesegarannya.sumber ni CITH perolehi daripada Nestle newsletter bulan lepas punya.

1.simpan coklat di tempat yang kering.kelembapan menyebabkan munculnya tompok-tompok putih di permukaan coklat.

2.jauhkan coklat daripada panas matahari kerana ia boleh menyebabkan tekstur coklat bertukar pucat dan melekit.

3.jangan biarkan coklat di tempat terbuka kerana coklat mudah menyerap rasa dan bau di sekelilingnya.(simpan dalam keadaan tertutup lagi bagus)

4.untuk memastikan kesegaran coklat,masukkan ia ke dalam bekas atau terus ke dalam mulut! (masuk dalam mulut lagi senang....hihii)

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala