pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger
Showing posts with label happy bday. Show all posts
Showing posts with label happy bday. Show all posts

Monday, February 7, 2011

BIRTHDAY MAK-ANAK,kongsi hari

Assalammualaikum semua...

kepada rakan sejawat yang tugasnya macam aku ni,sekolah dah buka kembali...hihiii..maknanya selamat masuk kerja la ye.bermulalah rutin sebagai driver hari ni balik...

oklah nak cerita ceriti pasal cuti yang lepas.sambutan birthday untuk mertuaku dan sekaligus birthday pakweku jugak.maknanya mereka ni kongsi satu tarikh yang sama-4/2!kira anak maklah tu ye! kuang,kuang...makan besar(cewah bukan orang cina je ada makan besar!)malam tu diadakan di Restoran Tomyam Klasik,Sg Putat Melaka.malam tu pulak,hujan lebat.tapi nak buat macam mana,pergi jugak sebab rasanya tempat ni je yang sesuai.kalau nak ke medan ikan bakar lagi lah azab dengan keadaan hujan tambahan pulak ada baby ni.sure budak-budak di luar kawalan nak main hujan.

malam tu semua famili member pakweku ada.diaorang ni semuanya 5 pendekar!jadi bila berkumpul macam ni,memang gamat suasana dibuatnya tambahan pulak dengan budak-budak yang sedang melasak,memang gamat.

biasanya bila birthday ni,kek mesti adalah kan.baru rasa macam sambutan tu special sikit.kalau tak ada kek,tak macam sambutan birthday pulak.betul tak? apa tak nya,bila aku keluarkan je kek,budak-budak dah tanya;
"mama su,ni kek birthday siapa?"
"ni kek untuk birthday nenek dan baba Hapez"(budak-budak dah tak sabar nak tengok kek...)jadinya bagi budak-budak,memang kek ni dah terlalu signifikan dengan birthday.ada kek,adalah birthday untuk seseorang.pandai je kan budak-budak ni...

diner malam tu;kami memesan ikan siakap kukus,sup tulang(sayangnya tulang dia memang tulang betul...keras Ya Rabbi...),kailan ikan masin,kerabu perut,daging masak merah,sayur campur dan ada pulak kerabu ikan bilis yang tak pesan tapi dapat dan terus melantak makan.(ni kena bayar jugak!)(main suap-suap pulak nenek dengan atuk...)selain makan tu,kami juga dihiburkan dengan nyanyian oleh brother MC ni yang suara dia pun kira boleh layan lah...sedap jugak lah bila makan ada orang nyanyi untuk kita.makan pulak tu rasa laju je...(bila dengar muzik je,Sakinah dah tak boleh tahan...)(bila dah kenyang)oklah, layanlah gambar-gambar famili kami di sini.(to my hubby-happy birthday,love you so much)untuk info restoran aku nyatakan di sini; tak sempat nak buat review lebih-lebih tempat ni sebab aku jadi orang pentinglah malam tu....hihiii.

Restoran Tomyam Klasik
LOT 48, Jln Sg Putat,75450 Melaka.
06-2326745

Thursday, January 6, 2011

SETAHUN BERTAMBAH USIAKU!

ku panjatkan segala puji-pujian hanyalah milikMU YA ALLAH.syukur padaMu Ya ALLAH masih diberi kesempatan bernafas lagi untuk usia begini.hari ni bertambah setahun lagi usia pemilik blog CHEMPAKA in the HOUSE!

dewasa? bertambah matang? tua? apa-apa ajelah gelarannya macam dalam FB ada yang mengusik-'happy birthday.,dah tua lah awak..bla..bla..'bagi aku peningkatan usia bermakna seharusnya meningkat lagi kebaikan,kejayaan,kematangan,seiring angka yang kita rasai.

seperti dalam iklan Rania Gold, USIA? HANYALAH NOMBOR.tak perlu takutkan definisi 'ketuaan' itu kerana ia pasti menjengah kita jua.nak tak nak,kita pasti laluinya.rasanya macam biasa sahaja.bila bergelumang dengan budak-budak tetap rasa muda! haha...tapi bila ke pasar ke,kedai memang secara outomatik dah bahasakan diri 'akak'.memang dah tua...

pada usia begini apa lagi yang diharap dan didoakan kalau tidak mengharapkan agar diberikan kesihatan yang baik,jodoh berkekalan sehingga akhir hayat,anak-anak yang soleh dan solehah serta kejayaaan buat anak-anak di dunia dan akhirat.moga doa ku ini Allah perkenankan.AMIN YA ROBBAL A'LAMIN.

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala