pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger
Showing posts with label Selera-lauk ikan. Show all posts
Showing posts with label Selera-lauk ikan. Show all posts

Friday, February 10, 2012

SEMBILANG SALAI MASAK LOMAK BELIMBING


Assalammulaikum semua pengunjung CITH.salam Jumaat untuk semua.moga dalam kebaikan dan rahmatNYA selalu.

rasanya dah lama betul tak ada entri pasal lauk di sini.maklumlah kadang tu rasanya,masak kita ni biasa-biasa je.tapi hari ni ada menu baru,jadinya CITH nak kongsikan menu tengahari CITH di sini.


hari ni CITH masak lomak cili padi ikan sembilang salai bersama belimbing.maklumlah belimbing tengah lebat buahnya sekarang...

ikan sembilang ni anak buah CITH yang belikan dengan dah disiapkan sekali salainya.memang berbaulah asap api tu pada ikan.ni yang Sakinah 'kureng' nak makan pulak sebab baunya lain macam sikit kan! yelah baunya macam hangit-hangit sikit.kita yang mama-mama ni memang sukalah kan...

apa pun kata tetamu CITH yang datang makan tengahari ni tadi-memang sedaplah.maklumlah tak selalu dapat yang sudah siap disalai. kalau setakat ikan tu memang senang nak dapat.

ALAHAI...

Friday, May 6, 2011

IKAN KELI GORENG BERLADO TERAKHIR

Assalammualaikum semua...

hari ni pakweku cuti.nampaknya lastlah aku memasak kat rumah ni untuk pakweku.esok,ada majlis rumah orang kawin lepas tu petang dia dah nak balik sana balik...kebetulan juga,ikan yang tinggal ni pun ikan yang last daripada yang diberi oleh kawanku Cendana Kasih.

simple je menu hari ni-IKAN KELI GORENG BERLADO TERAKHIR...
BAHAN-BAHAN

ikan keli
lada merah
bawang putih
bawang besar
asam keping
garam secukupnye
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng

1. goreng terlebih dahulu ikan keli tersebut dengan garam dan kunyit seperti
biasa dan ketepikan dahulu.
2. kisar lada merah dengan bawang putih.
3. panaskan kuali, tumis bahan kisar tadi sehingga agak garing,
untuk berkuah, masukkan air.
4. campakkan 1@2 keping asam jawa, sedikit garam dan bawang besar yang
dipotong bulat
3. kacau-kacau seketika dan tutup api dapur dan bolehlah dicurahkan
ke atas ikan yang siap digoreng tadi. bolehlah dihidangkan. cepatkan?

AKU? nak tinggalkan sekejap Hakimi dengan pakweku-nak membawa diri ke spa sekejap.nanti aku ceritakan...

ALAHAI...

Thursday, May 5, 2011

IKAN PARANG ASAM PODEH WITH LOVE

Assalammualaikum semua...

sejak pakwe CITH ada kat rumah ni,hari-hari boleh dikatakan masak 'betul-betul'.eh? ada ke masak tak betul?...hihi.bukan apa,kalau tinggal dengan anak-anak je,taklah aku masak bergulai bagai.masak ikut selera anak-anak.lepas tu bila tak ada "ayam tambatan" (ni kata Sakinahlah!) selera makan tu macam kureng je...ni sementara dia ada ni,aku masaklah beriya sikit.dia pun dah lama tak makan macam ni.

oklah,masak asam podeh ni(asam pedas)macam yang dah CITH masukkan dalam entri selere-ikan juga.bezanya kali ni ikannya ikan parang!ada juga orang yang tak suka ikan ni,yelah banyak tulang kan!tapi sedap.dapat-dapat bila dah semalaman tu,kuahnya boleh buat cicah lempeng ke,jemput-jemput ke...

BAHAN-BAHAN:
ikan parang yang siap dibersihkan
cili kering-dikisar
bawang merah,bawang putih,halia,kunyit hidup dan belacan-dikisar
air secukupnya
daun kesum (kalau ada)
bunga kantan (kalau ada)
air asam jawa
tomato
garam secukupnya
minyak untuk menumis
(kalau suka terung atau bendi juga boleh dimasukkan-pastikan kuah dah
menggelegak, baru dimasukkan)

1. panaskan minyak dan tumis bahan kisar iaitu bawang dan
kawan-kawannya tadi

2. bila dah garing, masukkan cili kering yang juga telah dikisar.
biar sampai cili garing dan berminyak

3. apabila dah garing, masukkan air secukupnya,ikan,daun kesum dan
bunga kantan.biarkan kuah pecah minyak.

4. masukkan air asam jawa,tomato dan garam. biarkan seketika,
bolehlah diangkat untuk dihidang!ALAHAI...

Thursday, April 28, 2011

TALAPIA MERAH KUKUS BERBUMBU

Assalammualaikum semua...

hari ni nak share selera dapur pulak ye.dah 2 hari, petang-petang hujan kat tempat aku ni,makanya setiap petang berfikir nak masak yang bersup-sup sikit.lagi pun pakwe ni ada,dia memang suka.kalau aku anak beranak je-aku tak kisah sangat.

oklah,resepi malam tadi punye ialah TALAPIA MERAH KUKUS BERBUMBU.talapia ni aku beli dekat http://cendanakasih.blogspot.com.

BAHAN-BAHAN:

ikan talapia merah yang siap dibersihkan
bawang merah,bawang putih,halia muda-diracik halus
serai,cili padi
carrot-potonglah ikut suka
tomato-belah empat
batang sederi
cendawan putih
daun sup
garam secukup rasa
sos tiram
sedikit kicap cair
minyak untuk menumis
sedikit tepung jagung
air secukupnya

1.panaskan minyak dan tumis dahulu bawang merah,bawang putih dan halia

2.masukkan sedikit kicap cair,sos tiram dan sedikit air.kuahnya terpulang kepada anda.

3.masukkan serai,tomato,carrot,cili padi dan batang saderi

4.bubuhlah garam secukup rasa dan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh terlebih dahulu dengan sedikit air untuk memekatkan kuah.selepas itu boleh diangkat.ketepikan.

*sementara itu,kukus ikan tadi sehingga masak.sebelum diangkat,masukkan cendawan putih dan sos yang telah siap dimasak tadi.biarkan seketika supaya ikan dan sos mesra dan angkat.taburkan daun sup.dah boleh dimakan masa tengah panas-panas ni.
ALAHAI...

Friday, February 25, 2011

GULAI IKAN PARANG BERSAMA BELIMBING BULUH

Assalammualaikum semua...

hari ni nak masuk entri lauk pulak.lama betul tak masuk entri lauk pauk ni.hari ni aku gulai ikan parang masak lomak cili padi dengan belimbing buluh.al hamdulillah,pokok yang ditanam dah dapat 2 kali merasa hasilnya.

gulai lemak cili padi ni macam biasa bahan-bahannya:

ikan parang yang siap dibersihkan
cili padi (ikut suka nak pedas mana)-kisar
santan
air- terpulang kalau santan terlalu pekat
garam
belimbing buluh:seelok-eloknya dipecah-pecahkan sedikit-ala guna anak lesung batu pun boleh.kemudian diperahkan airnya.tapi kalau yang memang suka masam macam aku ni,aku tak perah pun airnya.aku pecah-pecahkan sedikit belimbing je.tu yang sodap!

ok,nak masak pulak;

1. masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk bersama ikan dan sedikit air.

2. masakkan seketika(biar ikan sebati dengan cili)

2.masukkan santan dan air secukupnya.kecil api jangan kasi kuah berketul-ketul

3.biarkan lauk mendidih baru dimasukkan belimbing tadi.

4.rasa kuah -jika dah masam,tak perlu bubuh asam keping.
jika tidak, masukkan asam keping.

5.masukkan garam secukup rasa dan biar seketika sehingga kuah sedikit
berminyak,boleh tutup api.dah pun siap.

-memang peh..haha up diri sendiri! sebelum pakweku fly nilah aku bergulai,esok-esok entah kan tidak...huhu.. ALAHAI...

Monday, January 24, 2011

MASAK ASAM KUAH LADA IKAN TUKA

Assalammualaikum semua...

masuk dapur semula hari ni.dah masak tengahari?dah lama tak cerita masak-masak kan, hari ni nak masuk entri masak pulak.pagi lagi dah siap masak IKAN TUKA ASAM KUAH LADA.

tuka ni ada orang panggil ikan tuka,ada tetuka tak kisahlah nak panggil apa yang penting dia ni adik kepada ikan pari.(foto:google.com)bukan apa,gulai-gulai macam ni sedapnya masak awal,lepas tu biarkan lama baru makan.baru ikan sebati mesra dengan kuah dan yang penting aduh...TERANGKAT!!!(hihi...)lepas tu,kuahnya buat cicah dengan lempeng atau cekodok lagilah...ni memang favourite pakwe kat rumah ni.

untuk resepi, memang dah ada dalam entri sebelum-sebelum ni.cuma ikannya sahaja yang lain tetapi bahannya adalah sama.untuk kali ni tak pulak aku masukkan bendi atau terung.(stok tak belilah semalam) hihii...sekadar daun kesum,tomato dan bunga kantan.(ni yang memang ada dalam stok!)ok,selamat menjamu selera...

ALAHAI...

Tuesday, January 4, 2011

ASAM PODEH PATIN LAGI...

dah lama tak cerita pasal masak ye! hari nak kongsi lah menu tengahari tadi.ASAM PODEH PATIN.sekarang ni kalau dapat patin je, memang dah sah buat masak asam podeh.makasih kat kawan aku si Noorma tu.ikannya dah lama dapat,baru ni berkesempatan masak disebabkan kesibukkan berjalan aku...

resepi masakan sama macam yang dah ada sebelum ni tapi aku tukarkan daun kesum dengan daun kari.bila minyak dah panas,goreng kan seketika daun kari sehingga naik bau dan kemudian tumis dan masak seperti yang sudah-sudah.

apa yang lain? bau dan rasa.belum masuk rumah,baru bukak pintu je dah bau dah!lebih menyengit sikit kata pakweku! kalau nak tahu,boleh cuba.hihii...
ALAHAI...

Sunday, December 12, 2010

KEMBUNG KUKUS PAKWEKU

tengahari ni aku nak keluar berjalan sekitar KL.malam ni tak balik rumah...hihii.. check in kat Brisdale Hotel dan check out esok.pakweku cutilah esok nampaknya.

sebelum nak keluar ni,kena isi perut dulu.pagi ni specialnya pakweku yang ke dapur.dia yang beli ikan,dia yang masak hari ni! aku tukang snap gambar pastu tukang rasa dulu.oklah tu...eh lupa, aku masak jugak nasi dan sayur! alahai...

kata dia,nama menu ni ikan kembung kukus nyonya.kalau makan kat KLCC faham-faham ajelah harganya.kembung kat pasar tak lah mahal sangat harganya kan...tapi bila dah masuk tempat macam tu...alamat naik taraflah dia!

ok, kita tengok bahan dia ye...

BAHAN-BAHANNYA;

1.ikan kembung yang sedang-sedang aje...
-dibersihkan dan siap dikelar-kelar.(jangan sampai kelar 18 pulak!)
2.bahan perapan -ni yang cepatlah. (guna pes Adabi ikan bakar)
3.aluminium foil
4.air kukusan

meh tengok cara pulak:

1.ikan kembung yang siap dkelar tadi diperapkan dengan bahan perapan tadi dalam 10-20 minit.2. ambil aluminium foil,
letakkan ikan tersebut dan lipatlah ia seperti di gambar di bawah ni.(pakwe aku ni lebih teliti sikit dari aku bab-bab ngini)3. panaskan air kukusan sehingga mendidih,kemudian susunkan ikan-ikan tadi.biarkan ia dalam 10-15 minit selepas itu, ikan tadi boleh dah dimakan!* sedapnya makan masa panas-panas ni.
* rasa? sedikit hampir sama dengan rasa asam pedas tetapi yang ini lebih cair
sedikit.
* bertambah sedap kalau dapat rasa air tangan orang lain pulak kan!

ALAHAI...

Thursday, October 28, 2010

IKAN TERUBUK MASAM ASAM PODEH



rasanya dah lama tak masuk entri lauk kan...ha,biasalah tu kadang-kadang masak yang biasa-biasa je,tak perlulah nak cerita kat orang..hihiii. hari ni nak sembang pasal masak asam podeh (pedas) ikan terubuk .tengahari semalam punye menulah ni.selalu makan terubuk masin Sarawak je tapi kali ni masak yang fresh pulak.(taklah fresh sangat pun...)beli kat pasar tani bukannya tangkap sendiri.alahai...

BAHAN-BAHANNYA:
ikan terubuk yang siap dibersihkan cili kering-dikisar
bawang merah,bawang putih,halia,kunyit hidup dan belacan-dikisar
air secukupnya
daun kesum
bunga kantan
air asam jawa
tomato
garam secukupnya
minyak untuk menumis

1. panaskan minyak dan tumis bahan kisar iaitu bawang dan
kawan-kawanya tadi
2. bila dah garing, masukkan cili kering yang juga telah dikisar.
biar sampai cili garing dan berminyak
3. apabila dah garing, masukkan air secukupnya,ikan,daun kesum dan
bunga kantan.biarkan kuah pecah minyak.
4. masukkan air asam jawa,tomato dan garam. biarkan seketika,
bolehlah diangkat untuk dihidang!

* ikan ni memang banyak tulang halusnya.sedikit mengganggu kesedapan sewaktu menghayatinya, apa-apa pun ia memang sedap! jadi kena berhati-hati...


INFO:
Ikan terubuk atau Nama saintifik: Tenualosa macrura adalah sejenis ikan pelagik yang hidup di perairan Selat Melaka, Selatan Borneo dan Teluk Bengal.
Ikan terubuk banyak sub spisesnye. Ikan terubuk Sarawak adalah lebih kecil daripada Terubuk yang ada diperairan Indonesia.

Percaya atau tidak satu spesis Terubuk akan mula mengawan pada musim monsoon di kawasan Teluk dan akan bertelur di hulu sungai yang berair tawar.

Fenomena ini berlaku di Bangladesh apabila selepas musim monsoon (banjir) penduduk bangladesh akan menangkap ikan terubuk di kawasan2 sawah dan sungai-sungai air tawar.
(sumber daripada:invisionfree.com › Choppersgarage)



ALAHAI...

Saturday, October 9, 2010

IKAN PATIN ASAM PEDAS


tengahari tadi aku masak ikan patin asam pedas (kalau bahasa aku asam podeh!) biasa orang masak tempoyak kan...tapi kali ni cuba resepi ni pulak.memang tak menyesal! sehingga menjilat jari! (puji sendiri lah!)

terima kasih kat kawan aku -Noorma yang lakinya kasi free ikan ni kat aku.asalnya memang nak beli, dia pulak yang nak kasi je. murah rezeki ye. kalau sesiapa yang berminat-memang lakinya buat bela ikan-ikan air tawar ni...pendek kata taukeh ikan la.

ok jom kita lihat resepinya.macam yang selalu resepi asam podeh aku tu juga-cuma ikannya sahaja yang berbeza.


BAHAN-BAHAN:

ikan patin yang siap dibersihkan.cili kering-dikisar
bawang merah,bawang putih,halia,kunyit hidup dan belacan-dikisar
air secukupnya
daun kesum
bunga kantan
air asam jawa
tomato
garam secukupnya
minyak untuk menumis
(kalau suka terung atau bendi juga boleh dimasukkan-pastikan kuah dah
menggelegak, baru dimasukkan)

1. panaskan minyak dan tumis bahan kisar iaitu bawang dan
kawan-kawannya tadi

2. bila dah garing, masukkan cili kering yang juga telah dikisar.
biar sampai cili garing dan berminyak

3. apabila dah garing, masukkan air secukupnya,ikan,daun kesum dan
bunga kantan.biarkan kuah pecah minyak.

4. masukkan air asam jawa,tomato dan garam. biarkan seketika,
bolehlah diangkat untuk dihidang!


INFO:
Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

negeri Pahang yang telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai sungai yang berupaya mewujudkan ikan patin terbaik dan sedap dimakan. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai tempoyak
tetapi tak salah kalau mencuba dengan pelbagai yang ada.barulah macam konsep 1 MALAYSIA!!!


ALAHAI...

Tuesday, August 10, 2010

GULAI IKAN MASIN KURAU DENGAN NENAS

nampaknya hari ni,lastlah kita masak tengahari ye...Insya Allah malam ni kita akan bangun sahur untuk mula berpuasa esok.aku pun hari ni menghabiskan stok ikan masin yang ada kat rumah ni.esok-esok masa puasa dah tak best lagi nak bergulai-gulai sakan macam ni untuk makan buka.selalunya untuk buka,permintaan orang dalam rumah ni ialah menu yang bersup atau yang berkuah yang boleh dihirup-hirup.kalian bagaimana pula?...

oklah kita lihat bahan-bahan nak masak ni.kali ni,aku padankan gulai aku dengan nenas pulak!

BAHAN-BAHAN

Ikan kurau masin
Cili padi,bawang merah dan putih dan kunyit hidup-dikisar
Nenas -potong ikut suka anda. kalau nak senang, macam aku ni-aku beli yang dah siap potong kat budak jual buah depan rumah ni.tengahari ni,pakweku takde,aku ni bab-bab nak kupaskan nenas ni alahai... lagipun bukan nak makan banyak sangat pun! beli rm 2 dah pun cukup...Santan
Garam*
Sedikit asam keping

1.masukkan ikan bersama bahan kisar ke dalam sebuah periuk.
masakkan seketika(biar ikan sebati dengan cili)

2.masukkan santan,asam keping

3.biarkan lauk mendidih baru dimasukkan nenas tadi.
jangan masuk terlalu awal nanti cepat lembik!

4.rasa masin lauk.jika lauk dah cukup masin,tak perlu lagi
dibubuh garam.sebaliknya jika masih tawar,bolehlah bubuh
sedikit garam.

5. masaklah sehingga kuah sedikit berminyak dan dah pun sedia untuk
dihidang. * jangan cepat sangat nak makan- biar sejuk seketika baru sedap
dimakan. baru akan terasa kombinasi masam dan masinnya!


ALAHAI...

Thursday, August 5, 2010

IKAN DELAH GORENG PEDAS...caraku

hari ni masak spesis ikan baru.IKAN DELAH? emmmm...salah satu spesis ikan yang belum pernah masuk kat rumahku,tapi kali ini mula bertamu. kata pakweku,nama ikan ni IKAN DELAH, mula dengar macam lelah je...hihihihi...
kata pakwe lagi,kawannya yang berbangsa cina tu kata; ikan ni sedap.isinya lembut.selalu mereka suka buat sup atau kukus ikan ni.tapi untuk hari ini aku cuba dengan cara aku sendiri iaitu IKAN DELAH GORENG PEDAS..caraku

BAHAN-BAHAN:

ikan
bawang putih,bawang merah,halia -dikisar
cili kering-dikisar
cili padi-dipotong kecil
serai-dihiris
tomato-dipotong dadu
daun limau purut-dihiris
kacang peas
sos cili
sos tomato
air secukupnya
garam secukup rasa
minyak untuk mengoreng dan menumis

1.goreng ikan terlebih dahulu dengan garam dan kunyit seperti biasa.
ketepikan dahulu.

2.panaskan minyak,tumiskan bahan kisar bersama cili sehingga garing

3.masukkan cili padi,serai,tomato yang dipotong dadu tadi.

4.masukkan air ikut suka nak kuah banyak mana,diikuti dengan sos cili,
sos tomato dan garam secukup rasa.

5.kemudian baru dimasukkan hirisan daun limau purut bersama kacang peas.

6.akhir sekali,kuah pun sudah kelihatan berminyak-masukkan ikan tadi.
balik-balikkan ia supaya sebati dengan sambalnya. dah pun siap.


sedikit info:

ikan ini juga dikenali dengan nama Inggerisnya YELLOWTAIL FUSILIER.kalau dilihat pada badannya,tetap bersisik,sirip yang tajam dan berwarna sedikit kemerahan,kuning pada ekor.


ALAHAI...

Monday, August 2, 2010

IKAN TODAK LOMAK CILI PADI bersama SAWI JERUK




bertemu kembali dalam entri lauk pauk kita ye...hari masuk ke dapur semula.hihihi...malam tadi pakweku sampai rumah pukul 12.15 pagi. dia nia pulak kalau balik memancing tu kena kemas semua baru nak tidur. jadinya aku pun tolonglah menyiang ikan-ikan yang dibawa ni.ops tenggiri yang dicitakan gagal tapi masih dapat ikan walaupun spesis yang lain.syukur padaMU ya Allah. sampai pukul 2 pagi baru selesai kerja-kerja menyiang dan mengemas ikan untuk disimpan.nilah sedikit gambar hasil tangkapan pakwe untuk 2 hari lepas.
menu hari ini sudah tentulah ikan-IKAN TODAK MASAK LOMAK CILI PADI BERSAMA SAWI JERUK! tak pernah umur jugak aku masak ikan todak ni, tahu todak menyerang Singapura dalam cerita Melayu tu tahulah hihihi....

BAHAN-BAHAN

ikan todak yang siap dbersih dan dipotong cili padi ikut suka
kunyit hidup
cili merah 1@ 2 batang
* bahan ini dikisar bersama
sawi jeruk
asam keping * kalau kuah dah masam dengan sawi jeruk,tak perlu bubuhkan
santan kelapa
air secukupnya
garam sesedap rasa

1. masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk bersama ikan dan sedikit air.

2. masakkan seketika(biar ikan sebati dengan cili)

2.masukkan santan dan air secukupnya

3.biarkan lauk mendidih baru dimasukkan sawi jeruk.

4.rasa kuah -jika dah masam,tak perlu bubuh asam keping.
jika tidak, masukkan asam keping.

5.masukkan garam secukup rasa dan biar seketika sehingga kuah sedikit
berminyak,boleh tutup api.dah pun siap.tapi biar sejuk seketika, baru
makan.

* pagi tadi lagi aku masak,sekarang ni baru makan-baru terasa ikan sebati
dengan kuah,rasa masam sawi jeruk tadi. isi ikan todak ni rasanya kenyal,
tak mudah hancur dan lembik.

sedikit info:
Todak (Xiphias gladius) atau adalah sejenis ikan laut yang rahang atas dan moncongnya memanjang berbentuk seperti pedang pipih dan kuat berukuran hampir sepertiga panjang badan ikan tersebut. Tubuh ikan todak panjang mmbulat dapat mencapai 2 - 4,6 m dan dapat berbobot hingga 650 kg, kulitnya licin tidak bersisik, bagian atas tubuhnya berwarna keunguan atau kebiruan dan bagian bawah tubuhnya keperakan. Banyak terdapat di perairan tropis dan perairan iklim sedang.Ikan todak satu-satunya anggota famili Xiphiidae.


ALAHAI...

Wednesday, July 28, 2010

IKAN DURI @catfish CURRY

dah masak tengahari? hari ni aku masak ikan duri.ikan duri ni pun salah satu spesis daripada famili catfish juga! mana-mana ikan yang ada berjanggut tak cukur tu seperti ikan keli,ikan baung..hihihi dinamakan catfish.kata anakku,Sakinah; mama, ikan mana ada rupa macam kucing, kenapa dipanggil ikan kucing ek?....alahai macam mana nak jawab daaa....tak pelah,asal bila dah jadi lauk..peh...lupakan seketika bab kucing-kucing tu..

INGREDIENTS:
ikan duri@catfish
onion,garlic,ginger- blend
small amount of 'halba'
*1 packet of fish curry powder
*dry chillies-blend
* mix together into paste
coconut milk
tamarind juice
curry leaves
brinjal
cooking oil
salt to taste

1.heat oil, stir-fry the onion,garlic,ginger,curry leaves and halba
until golden color.

2.put in the fish curry paste and cook until oil seeps upwords.

3.add the coconut milk and tamarind juice.

4.bring to the oil,add the fish,brinjal and salt to taste.
cook until the fish is tender.

It's ready to serve!

ALAHAI...

Monday, July 19, 2010

GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN

salam hari Isnin...kembali memegang periuk semula...hihihi..dah 2 hari berehat.hari ni terasa benar nak masak gulai tempoyak ikan patin.ni gara-gara aku tak menahan menengok entri kawan aku Noorma dari http://cendanakasih.blogspot.com. minggu lepas pasal masak tempoyak ni...alahai...kecur aku dibuatnya.

tempoyak memang ada.aritu ambik dari kampung.pakweku pun belilah ikan patin ni kat pasar tani.kata dia tak sampai sekilo pun patin ni.yelah, kat rumah ni hanya 3 mulut setangah je yang makan.cukuplah tu bagi kami satu famili. oklah kita tinjau resepinya.

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan patin
cili padi -ikut suka nak pedas atau tidak. kalau nak pedas,lebihkan
kunyit hidup
1 batang serai-diketuk
1-2 keping asam keping
1 cawan tempoyak
2 kuntum bunga lawang
segenggam daun kesom
air secukupnya
garam

1. Siang dan bersihkan ikan.jika rasa takut hanyir-
rendamkan ikan dengan perahan asam jawa atau pun limau kasturi.

2. Tumbuk atau kisarkan cili padi dengan kunyit hidup

3. Gaulkan ia dengan tempoyak dan air yang diperlukan untuk kuah

4. Masakkan atas api sedehana besar sehingga mendidih.

5. Masukkan ikan,serai, bunga lawang,daun kesum asam keping dan garam.
jika tempoyak dah masam, tak payah lah nak bubuh asam keping lagi.
asam keping ni hanya jika menggunakan tempoyak yang baru.
(belum rasa masam lagi)

6. biarkan hingga ikan masak,sedia untuk dihidang!


ALAHAI...

Wednesday, July 14, 2010

IKAN BAUNG MASAK ASAM KUAH LADA


ikan baung ni sejenis ikan sungai.nama Inggerisnya-catfish.satu keluarga juga dengan ikan keli.selalu kalau ikan sungai je...request dalam rumah ni masak asam.kali ni aku tambahkan sedikit bahan lain dalam masak pedasku.masakan macam ni,kat kampung aku panggil -ASAM KUAH LADA.

BAHAN-BAHAN

ikan baung- direndam dengan air asam jawa atau air limau-
ikan ni berlemak dan sedikit hanyir.
bawang merah,bawang putih,halia,kunyit hidup,sedikit belacan-dikisar
cili kering-dikisar
sedikit lada hitam,jintan manis dan jintan putih-dikisar
(jintan manis- rupa macam padi tu tapi yang kasar
jintan putih- sama juga tapi sedikit halus)
air asam jawa
daun kesum dan daun limau purut
terung-dibelah dua
garam secukup rasa
minyak untuk menumis


1. panaskan minyak,tumiskan bahan kisar.gorengkan sehingga naik bau.

2. masukkan cili kering,lada hitam,jintan manis dan jintan putih.
kacau sehingga cili agak garing dan sedikit berminyak.

3. masukkan ikan,air asam jawa dan air secukupnya.

4. apabila kuah dah agak mendidih,masukkan daun kesum,daun limau
dan terung.

5. masukkan garam secukup rasa dan apabila kuah sudah berminyak-tutup api.
dah pun siap.

tips:

1.untuk masak asam- minyak untuk menumis perlu banyak.
barulah menjadi kuahnya.

2. untuk lagi sedap rasa ikan yang sebati dengan kuahnya-masak pagi
dan makan sebelah petang...memang sedap.makan segera pun boleh juga
cuma ia taklah 'mesra'sangat lagi.

ALAHAI...

Tuesday, June 29, 2010

WANGSA SOUR CHILLI IKAN DURI... peh

ikan duri atau Englishnya dipanggil cat fish.kali ni dapat betul yang besar.pakweku awal pagi lagi dah pergi ke pasar tani hari Sabtu yang lepas.kali ni dia tak beli seekor punya,dia beli bahagian badan (isi)sahaja. tengokkan isinya,memang besar juga ikan ni.

INGREDIENTS:

ikan duri
dried chillies
9-10 shallots
3-4 cloves of garlic
a little turmeric (powder also can)
a little ginger
a little shrimp paste
a little bit black pepper
water
tamarind juice
salt to taste
kesum leaves
kantan flower
tomato
cooking oil

1.blend the dried chillies,shallots,garlics,black pepper,turmeric and ginger.

2.heat oil,fry the shrimp paste until done.add the blended ingredients and
fry until the oil comes out.

3.add the fish,tamarind juice and enough water and salt to taste.

4.put the kesum leaves,kantan flower and tomato

5.cook until oil seeps upward and it's ready to serve!



ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala