Ikut

Showing posts with label Aneka Biskut. Show all posts
Showing posts with label Aneka Biskut. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

APPLES ROLL TART

Selamat Malam..dah nak masuk hari yang baru CK masih dok mengadap screen, awal tadi nengok tv sekarang baru ghasa nak belek2 screen.

Belek punya belek ada 1 lagi sekut ghaya dan 1 lagi kudapan yang lupa nak tayang hehehe...

Tiap tahun semekut ni buat versi biasa2 jaaa...gentel2 jam letak kat tengah adunan dan gulung sapu teluq dan bakar tapi tahun ni buat perubahan sikit dari segi warna dan intinya. Hasrat hati nak tengok semekut yang kaler ungu tapi tak tau pasai apa last minute kaler jadi hijau, magik tu hahaha...

Bertukarnya hasrat nak buat blueberry tart ke apple tart sebab asyik dok prati blog Puan Jue yang dok tayang tart kaler ijo (peberet kaler dia, kata dia ijo nyaman tp yg CK tau org kata lah kan ijo tu cemburu hehe..). 1st time mengolah jam tart ni memang ler macam kekok sebab tu tak begitu menjadi macam Puan Jue yang stended mantop hasil buatan biskut dan kek nya. Lain kali nak kena try test buat lagi kan practice make perfect (ayat sedapkan hati hehe..)

Jom tengok resepi dan hasil buatan CK yang ala kadar saja tak sempurna macam rakan2 yang dah memang pro2 belaka.


APPLES ROLL TART
sumber : http://juicycafe.blogspot.com/2011/08/tat-gulung-epal.html

Bahan2 doh :-
250 gm butter
50 gm gula aising - ayakkn
2 kuning telur
1 sdk perasa epal (gantikan dgn jus epal)
Beberapa titik pwarna hijau
Secubit garam
350 gm tepung gandum*
50 gm tepung jagung* - *satukan n ayak

Cara2nya..
1. Pukul butter n gula aising hingga berkrim.
2. Masuk kuning telur, perasa epal, pewarna hijau n garam, pukul biar sebati.
3. Masukkn adunan tepung sdkt2, pukul n uli shingga menjadi doh.
4. Masukkn doh dlm acuan tat, pamkan doh n terbalikkn bahagian bunga jalur tat itu ke bahagian bawah,
kalau masa nk pam terlalu ketat sgt, tmbhkan butter 1 sudu besar utk melembutkan lg doh n melicin doh ketika mengepam,
buat sehingga doh menjadi licin ketika mengepam.
5. Letakkn inti jem yg telah dbulat2kan n gulung, potong bahagian yg lebih.
6. Susun tat atas loyang yg telah dlenser dgn sdkt butter, buat shingga abis.
7. Bakar dlm oven yg telah dpnskan dgn suhu 170C selama 20 mnt.

adunan kaler ijo lembut...memula payah juga nak sesuaikan dengan mata akhirnya ok juga!

Cara CheKiah:-
4. Masukkan doh kedalam acuan nestar, pamkan doh sambey tarik acuan dari atas kebawah mengikut panjang yang disukai
Letakkan inti jam yang telah dibulat2kan dan gulung hingga ke penghujungnya.

*****

Bahan2 inti (jam) :-
4 biji epal hijau - buang kulit - parutkn
1 cwn air
1 cwn gula
200 gm inti nenas

Cara2nya..
1. Masukkn epal, air n gula dlm kuali, pnskan n biar mdidih.
2. Masukkn inti nenas, gaul rata n sebati, kacau inti dgn kerap shingga btol2 kering.
3. Angkat inti n sejukkn sblm dguna.
4. Ambil sdkt inti, kepal2kan menjadi bulat2 kecil, ini utk menyenangkan supaya tangan tdk melekit n bole trus dletak d ats doh.

*****

Hiasan:-
100 gm coklat putih
1 sdk hyfat

Cara2nya..
1. Cairkan coklat n hyfat secara double boiler.
2. Masukkn dlm piping bag n bole zigzag kan atas tat epal sebagai hiasan.


Jam nenas yang dicampur parutan epal memang mabeles rasanya

ni lah acuan nestar dah berzaman peninggalan arwah emak CK yg msh CK gunakan

ni lah hasilnya. cuba juga zigzag chocolate putih atehnya tapi comot sgt segan nak tayang

Sunday, September 18, 2011

ALMOND LONDON


Pening juga nak hias biskut ni agar nampak lain sket dari selalunya. Kat dapur rakan2 macam2 cara yang telah di pamirkan. Trend sekarang cara menghiasnya dengan meletakkan badam diluar atau lebih tepat diatas biskut dan di zigzagkan dengan chocolate putih. Hiasan letak "hati" kecil bewarna warni ni adalah dari idea kedua dua anak dara CK.

ALMOND LONDON

Bahan2nya:-
250 gm butter
450 gm tepung gandum
2 sudu kecil emplex
120 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
160 biji badam - dipangang

Cawan kertas secukupmnya

Untuk menyalut biskut:-
Coklat masakan secukupnya
Sebarang taburan hiasan yang di gemari

Panaskan oven dan bakar badam dengan suhu 170 C selama 15 - 20 minit atau sehingga badam masak sempurna.
Ayak tepung dan emplex ketepikan
Pukul butter, gula icing dan esen vanila hingga lembut.
Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga adunan bergaul sempurna.
Masukkan tepung dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.
Bulatkan doh seberat 6 gm. Letakkan sebiji badam di dalamnya dan bulatkan membujur.
Buat hingga adunan habis dan susun dalam loyang.
Panaskan oven 150C dan bakar biskut selama 25 - 30 minit atau sehingga biskut masak sempurna.
Keluarkan biskut setelah masak dan susun atas redai sehingga ia sejuk.

Cairkan coklat secara double boiler. Ambil biskut tadi dan celup dalam coklat. Letakkan dalam cup kertas.
Taburkan hiasan yang digemari dan biarkan ia mengeras. Boleh juga dihias mengikut kreativiti masing2. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

adunan ni setelah di uli lembut saja senang untuk dibentukkan nanti

badam yang telah dipanggang..ada juga yang terover panggang hehehe..

setelah dimasukkan badam dan digentel membujur

S..I..A..P..!!!

NIPS FAMOUS AMOS


Biskut yang satu ni anak dara bongsu yang buat. Ok lah kan masa dia ngah buat ibu dia sempat betulkan pinggang rehat seketika sebab dia jenis yang tak suka orang tolong semua dia nak buat sendiri.

Dok prati dia ni ada juga minat bab2 buat biskut dan kek then bawa gi sekolah jamu kawan2. Percubaan pertama suatu waktu dulu dia tak puas hati sebab bila masak biskut jadi leper dan kembang walaupun letak 1/2 sudu teh jer adunan atas dulang pembakar. Kali ini CK dah tahu kat mana silapnya. Sewaktu sesi pukul gula, mentega, telur & esen vanilla guna jer senduk kayu tak perlu guna mixer sebab mixer akan buat adunan terlalu kembang kerana gula dah hancur sehancurnya sebab tu ler kembang melebarrr bila masak.


Nips Famous Amos

Bahan2nya:-

75 gm butter
75 gm gula halus (kalau tak nak manis kurangkan)
50 gm walnut cincang @ sebarang kacang yang disukai
50 gm chocolate chips
1 biji telur
175 gm tepung berserbuk penaik (self raising flour)
(boleh juga gunakan tepung gandum + 1 1/2 sudu kecil baking powder + 1/2 sudu kecil bikarbonat soda
75 gm gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam halus


Cara Membuatnya:-
Pukul gula, mentega, telor, dan esen vanilla hingga sebati.
Masukkan bahan2 yang lain dan adun sebati
Sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar dan hias dengan chocolate nips
Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit atau sehingga masak (bergantung pada jenis oven)

*****
sumber : rakan facebook..dah tak ingat siapa..apa2pun terima kasih yer!

Saturday, September 17, 2011

BISKUT SUJI CORNFLAKES


Assalammualaim dan selamat tengahari Ahad 18 September 2011

Satu lagi tayangan lewat biskut raya CK. Nama biskut ni Biskut Suji Cornflakes. Resepi asal CK rembat dari dapur CMG dan olah sket2 harap CMG tak marah. Biskut ni memang sedap dan terasa sangat kelemakan minyak sapi dan sujinya..memang kombinasi yang sesuai gitu. Dulu selalu juga CK beli dari Cosway biskut ni sebab anak dara bongsu memang suka makan dan waktu tu memang tak beringinan langsung nak cari resepi dan cuba buat. Baru2 ni pun hasrat hati nak beli saja untuk dihidangkan tetapi waktu tu stock pulak habis kena tunggu 3 4 hari lagi maka masa tu berdetak dihati nak cuba buat sendiri. Alhamdulillah menjadi dan tinggal sedikit saja lagi saki baki yang tinggal.

Waktu buat semekut ni kondisi kamera masih ok jadi dapat ler snap banyak gambar untuk ditayangkan. Terima kasih pada CMG yang sudi berkongsi resepi yang gebus macam tuan dia hehehe dan izinkan CK tuk C&P disini untuk panduan rerakan yang lain.


Biskut Suji Cornflakes
sumber resepi asal Biskut Suji dr blog CMG

Bahan2nya :-
200 gram minyak sapi (jenama Gheeblend)
100 gram lemak sayur @ shortening
180 gram gula halus @ kastor
100 gram cornflakes, kisar halus
1 kuning telur
80 gram suji
80 gram tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kuranng lebih 370 gram)

Bahan Salut :-
Nestum yang dikisar halus secukupnya
Susu tepung secukupnya
Sedikit gula aising (yang ni terpulang, nak letak atau abai kan)

doh yang siap di uli hingga mendapat kelembutan yang sesuai untuk diterap

Cara Membuatnya :-)
Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata.
Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan sebati.
Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut
Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C,
selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.
Biar kan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi, isi dalam paper cup pilihan.


kalau xnak gentel bulat2 boleh jer diterap gunakan penerap kesukaan

dah berderet siap sedia untuk dibakar

sesudah dibakar...sejukkan sebentar sebelum disalut

proses menyalut kasi gebus sket

dah siap disalut bolehlah di masukkan kedalam bekas kedap udara atau kedalam mulut hehe..

biskut yang walaupun xcntik rupa paras tapi marbeles sedapnya...
masuk lif tekan sendiri lah nampaknya hahaha..

Thursday, September 15, 2011

BISKUT MACADAMIA KELAPA


Sebelum ni hanya pernah dengar nama kacang macadamia tapi belum pernah nengok. Masa nak buat semekut ni kamera dah mula meragam tapi tak brapa pasan dok ler snap picture kacang ni hasilnya hampeh picture jadi kelabu malas lahh nak tayang. Kacang ni agak mahal dari kekacang yang lain, CK beli 100gm = RM7. CK teringin nak makan biskut ni hasil dari dok belek buku resepi yang CK beli kat kedai bakeri Bake With Yen. Nama asal semekut ni ialah Biskut Macadamia Madu tapi dalam resepinya takder pun diletakkan madu jadi CK tukar nama resepi dari madu ke kelapa sebab ada menggunakan kelapa kering dalam resepi ni.

Biskut ni agak manis disebabkan salutan cooking chocolate dan chocolate putih jadi next time buat kena kurangkan penggunaan gula dalam resepi.


Biskut Macadamia Kelapa
sumber : BWY Biskut Raya

Bahan2nya :-
125 gm mentega
55 gm gula icing
1 biji telur
200 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
50 gm kelapa kering
30 gm susu tepung
75 gm kacang macadamia (cincang)

Hiasan:-
150 gm coklat masak
150 gm coklat putih
gula manik (jika suka)

Cara Membuatnya:-

1. Pukul mentega perlahan-lahan, masukkgan gula icing dan telur

2. Masukkan tepung gandum, bikarbonat soda, kelapa kering, susu tepung dan kacang macadamia cincang.

3. Campur semua bahan dan gaul sehingga jadi sebati.

4. Ambil 10gm adunan, bulatkan seperti bola dan tekankan sedikit biar leper. Boleh juga di tekap dengan penekap

5. Bakar pada suhu 180C selama 15-18 minit atau sehingga masak

6. Biarkan biskut sejuk dahulu sebelum celup kedalam coklat masakan yang telah dicairkan dengan kaedah double boiler


adunan yang telah siap di uli manja2 gitu..

dah tersusun didalam loyang pembakar tunggu untuk dimasukkan kedalam oven

dah siap di bakar, kena tunggu sejuk dulu untuk di make-up hehe..


separuh biskut telah dicelup dengan kompaun chocolate gelap

akhir sekali celup sebelah lagi bahagian semekut dengan chocolate putih dan hiaslah ikut kreativiti masing2

CHEESE DELIGHT


Sambey2 CK uploadkan N3 masakan harian CK nyelit2 juga tayang semekut hari raya tempohari. Nak bersiaran (pinjam ayat blogger puan kasih..:) berterusan tak mampu CK, banyak urusan rumahtangga yang perlu dibereskan selain dari mengadap screen jerrrr...bukan per tak nak ler sampai encik somi berdehem kan kan kan???

Biskut cheese delight ni memang superb sedap. Sebelum ni penggunaan cheese tak ler sangat digemari anak2 kecuali yang lelaki tapi dia pun jarang makan kat rumah. Hari raya tahun ni beranikan diri buat semekut yang lama dah CK dok ngurat kat blog best pren CK sapa lagi kalau bukan Puan Juraida atau gelaran manja dia Jue (manja kerrr..??? hahahaha..!!!). Kat blog dia macam2 semekut ada tapi yang paling hebat Puan Jue ni sentuhan pembikinan kek dia memang vassss meletupppp boommm kebabomm lerrr, tak caya gi intai kat http://juicycafe.blogspot.com pasti tak rasa nak cepat quit punya.


Masa proses nak membuatnya rasa susah hati juga takut anak2 tak suka makan tapi alhamdulillah bukan setakat cepat habis anak dara sulung awal-awal lagi dah siap packing 1 balang penuh untuk dibawa balik ke asrama. InsyaAllah lain masa leh ler cuba macam2 resepi yang menggunakan cheese..tu pun kalau rajin kalau aura "M" dah melanda diri tak boleh nak kata apa2 dah..

Disini CK mohon izin Puan Jue untuk C&P resepi mabeles dia buat panduan rakan2 yang lain untuk mencuba.

adunan yang telah siap untuk di terap@tekap

terap time..jgn gelak tau sbb xder papan pencanai, fade-up nak beli dah asyik org pinjam & buat harta sendiri xreti pulangkan balik at last CK guna plastik beras hahaha...sempoilahhh...janji leh guna & xder sapa yg teringin nk pinjam kuang..kuang..kuang..!!!

comot betul anak dara ku tabur cheese atas semekut hehehe maklum ler mata dah ngantuk
sebetulnya cheese hendaklah di parut sedikit kasar bukan halus berderai begini tapi tuk kali pertama mencuba tibai & belasah saja

siap..!!! ambik ler sowang dua tiga ketul ghase hehehe...

Tuesday, September 13, 2011

OREO BLACK BEAUTY


Biskut raya baru2 ni. Resepi ambil dari blog Puan Azlita Aziz dan resepi asalnya dari blog Citarasawan. 1st time buat biskut yang berasaskan biskut oreo dan hasilnya tidak lah menarik seperti yang disediakan oleh puan Ita. Izinkan CK C&P resepi yang sedap ni yer Ita dan terima kasih banyak2


OREO BLACK BEAUTY
resepi : Citarasawan
sumber : Azlita Aziz@http://fromintankitchen.blogspot.com

Bahan A
280 gm mentega
200 gm gula castor

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur - ita tak letak
Biskut oreo - dikisar
Coklat masakan putih cairkan
Croquant - ita tak letak

Pukul bahan A hingga kembang
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.

Cara ita
Doh yang telah siap ita gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
Kemudian ita golek2kan atas oreo hancur tu.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Selepas tu boleh lah melorek atasnya.

Biskut ni masa kita masak dia naik cantik tau membulat. tapi bila dah kita keluarkan dari oven dia akan turun.. jadi jangan panik! dan ingat tak jadi pulak..


adunan yang telah di gentel bulat2 sedia untuk di bakar


biskut oreo yang dikisar halus untuk di salut pada biskut


keadaan biskut setelah siap di bakar


yang dah complete siap


ada juga buat patern mcm ni tp perlukan banyak masa tak sanggupppp..
tengok tu dalam jaga2 ada gak yg melelehhh hehehe

Monday, September 12, 2011

BISKUT KACANG


Assalammualaikum dan selamat pagi Selasa 13 September 2011, 15 Syawal 1432 Hijrah.

Sekejap jer dah masuk minggu ke-3 di bulan September dan kita berada di hari yang ke-15 di bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya masih lagi kita rasakan walaupun tidak lagi semeriah minggu pertama. Kesibukan CK di rumah dengan anak-anak dan juga berhari raya pun dah makin beransur kurang dan boleh ler CK lebihkan sedikit masa untuk mengemaskini blog yang dah banyak ketinggalan dari rakan2 yang lain...yerlah orang sejak awal dah letak macam2 resepi biskut dan kek di blog sedangkan CK baru terkial kial nak susun gambar2 yang telah CK snap sebelumnya.

5 6 n3 yang berikutnya ialah biskut raya yang telah CK sediakan untuk tahun ini. Semua biskut adalah hasil buatan sendiri. Meskipun tak cantik dan tak molek seperti biskut2 orang lain tapi CK rasa puas hati sebab semuanya di buat sendiri tanpa membeli. Rakan-rakan yang bekerja kalau membeli tu kira wajarlah sebab tak der banyak masa terluang untuk membuat sendiri.

Biskut pertama yang CK buat 9 hari sebelum raya ialah biskut kacang (atau dikenali juga dengan panggilan biskut mazolla). Kali ini ada kelainan sedikit sebab menggunakan campuran kacang tanah kisar dan juga mentega kacang, selalunya hanya kacang tanah kisar dan minyak jagung. Terima kasih kepada puan empunya resepi (dah lupa rakan fb yang empunya resepi)

adunan yang telah siap di uli

BISKUT KACANG
Bahan2nya:-

450 gm tepung gandum
250 gm mentega kacang (kasar atau halus)
50 gm kacang tanah (goreng dan kisar sederhana halus)
200 gm minyak jagung atau minyak mazolla
200 gm gula icing
25 gm tepung Hoen Kwee
sedikit garam halus

Cara Membuatnya:-

Masukkan kesemua bahan kecuali minyak
Gaul rata sehingga semuanya sebati
Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan uli hingga mendapat doh yang lembut
Terap dengan sebarang acuan pilihan
Sapu kuning telur dan tabur sebarang hiasan di atasnya
Bakar pada suhu 180C sehingga masak

setelah mencanai boleh ler di gunakan terap atau acuan kegemaran masing2


ketebalan adunan mestilah serata baru senang untuk menerap

jarakkan biskut dalam dulang pembakar agar tidak melekat antara satu sama lain

akan menten buat biskut kacang guna resepi ni sebab memang sedap sangat