Showing posts with label Ipoh. Show all posts
Showing posts with label Ipoh. Show all posts

Thursday, May 1, 2014

Navy Day ke-80 (part 2)

Assalamualaikum ,, 


seperti yang telah dijanjikan...sementara hari cuti labor day ni,  kita sambung entry lawatan ke hari terbuka tentera laut...

ni entry part 1(klik klik sapa nak tgk kapal selam kita!)

lepas tgk kapal selam, kami naik kapal pulak...tp bukan kapal selam tu la...kapal selam tak dibuka untuk lawatan umum. setakat boleh tengok2 je. lagipun, boleh imagine kot betapa sempit dan padat kat dalam tu...

kapal first yg kitaorg naik ialah Kapal Mega Bakti. ni kapal penyelamat submarine sekiranya ada berlaku kecemasan ke atas submarine kita. 

Best oooo kapal ni. mcm kapal pelancongan.


Kapal Mega Bakti


Kitaorg terus naik ke dek atas sekali.
tempat kapten kemudi kapal. 
canggih2 peralatan komputer dlm tu..
saya tak paham sgt la. 

Ilyaas berehat sebentar di atas kerusi kapten
Imani beraksi time nak panjat tangga. 
tangga2 atas kapal ni curam..
mmg kena berhati2 n kena ada skill
biras pulak dok tunjuk map laluan kapal mega bakti ni dari port klang ke pelabuhan lumut


Ilyaas cuba menjadi seorang kapten kapal
berpeluh2 anak umi..sian dia

masa nak turun kapal ni, kitaorg ikut tangga dlm kapal, instead of tangga kat luar kapal.
so lalu la depan kabin2 penginapan anak kapal..
tapi tak masuk dlm pon sebab ramai lagi anak kapal dalam kabin2 tu.

rasa mcm kat offshore plak..hahahah

lepas naik mega bakti, kitaorg ke real kapal perang. 
which is Kapal Diraja Kelantan..
ada bnyk lagi kapal2 lain dinamakan ikut nama setiap negeri dlm Malaysia. 
masa tu KD Selangor tgh di siap siaga utk menerima ketibaan DYM Sultan Selangor...

KD Kelantan ni sama je mcm KD Perak, KD Selangor dan sebagainya..


Panas ooo time ni...


KD Kelantan ni masuk2 je ada kawasan pendaratan heli..(heli deck)..luas jugak la...
tp tak la luas mcm atas daratan..mmg tak terbayang how skilfull askar yg bawa helikopter nak mendarat atas KD ni..

Imani plak excited nampak kawasan lapang yg teduh (sebab dorg pasang khemah siap2)


berlari2 anak Imani kat situ..
cute nyeeeeee

*puji anak sendiri jap*

dpn kawasan heli deck tu, kita nampak kawasan luas n tinggi ni...ada store2 simpan barang n senapang semua kot..


pastu kitaorg panjat tangga plak naik atas...



nampak banyak tpt2 letak machine guns ni..
action konon2 nak berperang 
tapi takde la gun sebenar...

dalam dek kapal 
ni rasanya Kapal Mega Bakti kot..




Imani dan cik Ana...

dah puas naik kapal (errr tak puas lagi, tp sbb panas, n dahaga sgt), kitaorg pi minum air dulu. 
pastu lepak2 bawah pokok sambil berehat .
kena pulak angin laut bertiup..fuhhhh, terbaik. 
perut dah agak lapar masa tu..

dok imagine sedapnya kalau ada nasi panas ngn lauk ayam masak merah...

then, destinasi terakhir kitaorg gi tgk helikopter navy. 
ada 3 jenis heli...
ingtkan boleh naik pusing2 terbang...



depan helikopter navy


selfie dgn buah hati saya..=)
lama dah x amik gambar berdua mcm ni...

..



Ni la biras serta adik ipar I...
Imani boleh tahan manja dgn daddy joe dia
senang sket, umi tak payah dukung 24 jam



dekat tpt heli tu,  mula-mula Ilyaas mcm biasa, takut2 gak la...

last2 dia mintak nak naik berdiri amik gambar

Ilyaas cuba buat aksi peace...
muka tahan takut..
tp control hensem


last but not least.

thanks Ana and Peyjo bawa kitaorg gi sini

tahun depan tak mau gi dah
panas peluk ketiak, peluh kepala, peluh paha..
hahaha

sekali cukup la gi naik kapal..

good experience



bye-bye


*scheduled entry*
*abis -xde dah entry navy2*





Monday, April 28, 2014

Navy Day ke 80 (part 1)

Assalamualaikum,

Happy Monday you all.
I sepatutnya tgh siap sedia nak pergi Vienna ni. I have a poster yang kena present dkt EGU (European Geoscience Union And Assembly) 2014. Tahun ni dorang buat kat Vienna. Tapi atas sebab-sebab yang di luar jangkaan, my co-sv @ co-author akan tolong present kan. I siapkan poster utk dia, and my friend dkt Paris tolong printkan. I siapkan jugak power point slides to accompany the poster, in case dorang tak berapa faham apa I letak kat poster tu. Ye la, as first author, biasanya I la yg akan faham n boleh explain results dgn lebih jelas, but I bet my co-sv understand what's on the poster. Btw, he will be driving from Paris to Vienna.. 11jam perjalanan merentasi Germany and melalui belakang banjaran Alps. Surely the views are fabulous but the road itself must be very challenging.

Ok dah stop speaking, hahahaha. Sebenarnya nak share gambar2 pergi Hari Tentera Laut ke -80.
Well, semenjak I berbiras kan seorang navy, maka segala aktiviti2 ketenteraan menggamit perhatian kami sekeluarga, termasuk lah Navy Day ni. ni kira hari terbuka tentera laut bersama rakyat. memang dah 2-3minggu rancang nak ke sini. so dah siap2 clearkan weekend yg lepas untk ke Lumut. bajet busy memanjang siap kena clearkan weekend.

Sebab byk gambar so kenal bahagi ikut part.
rugi la tak share gmbar ngn korang semua..
bukan semua orang dapat peluang gi naik kapal, tgk aset2 tentera kerajaan kita kan...



Dekat pintu masuk Armada. kasi tabik spring sekali. 
kitaorg sampai dlm pukul 11 pagi. 
matahari dah memancar terik. anak2 dah get ready dgn topi masing2. 
tp lupa nak bg dorang pakai sunblock. (salah umi salah umi).
ramai dah orang masa ni. parking pon dpat yg jauh2 je. 
kitaorg gi sekali dgn family kakak kepada biras i ni. 
so jadi meriah la ramai budak2..


first stop dkt area expo. 
banyak gila orang jual. mcm2..
tp kitaorg x beli apa2 pon. beli air je banyak2..

kat tepi2 expo tu ada pameran kenderaan2 yg digunakan oleh tentera darat. 
ajak Ilyaas naik. 
fuhhhh, punya la dia takut. 
nangis.last2 berdukung je dgn ayah. 


sementara tu umi selfie..

test monopod beli dgn nana..

berkerut2 dahi tahan silau matahari..
tp selfie tetap selfie.hahahha
poyo je.

Imani lek2 kool je umi bawa panjat 
ada gmbr, tp lupa nak upload, takpela, yg tu simpan je tak yah tunjuk..

then kitaorg ke jetty plak. 
kat sini, kiri kanan penuh bersusun kapal2 perang. 
macam2 nama, macam2 jenis. 
ada kecik ada besar
tp semua kaler kelabu je..
kenapa la tak letak warna warni, ceria sikit.kan? 
*joking*

dalam hati dah ada rasa menyesal bawa anak2 datang sebab mmg panas terik.
berpeluh2 ketiak non stop punya peluh. 
tp pikirkan nak dtg pukul berapa baru tak panas
ni tepi laut mmg always panas.
kul 6 ptg la kot baru tak panas.

air kosong utk dorang mmg dah siap2 bawa sorang sebotol
keep on bagi dorang minum air nak make sure tak dehydrated 



ni KD Laksamana Tun Abdul Jamil
kapal ni fully kapal perang. 
takde kabin nak baring2 relax.
tak naik pon kapal ni.
sbb banyak choice kapal nak dinaikki. 

sampai hujung jetty, tibe2 ternampak kelibat ala2 ikan paus hitam ni.



fuhhhhh, 

excited okay first time in life tengok benda ni


selalu tgk kat facebook je orang share2 gambar dia..





korang nak tau apa tak?

--
---
---
----
-----
----






-----









------
-

















----










OUR SUBMARINE!

KAPAL SELAM KITA











TAPI MASA NI DIA TAK MENYELAM LA.

NAMA PUN UNTUK PAMERAN KEPADA RAKYAT

KALAU SELAM, MANA BOLEH NAMPAK





TP SAYA YAKIN 100% KAPAL SELAM KITA BOLEH MENYELAM.

HELLO! NAMA PON KAPAL SELAM KAN, SURELY CAN SELAM...




ok tu je, gambar dalam kapal next entry k...







Friday, April 25, 2014

Tempat Makan Best di Greentown, Ipoh

Assalamualaikum , 

Kitaorg ni nama je duduk Perak, tp kalau orang tanya tempat makan best kat area Ipoh ke Sri iskandar ke, terkulat-kulat nak menjawab. 
Memang tak banyak pon tempat makan yg best yg kitaorg tau. 
Alih-alih pergi kedai sama je. bosan dah. 

Kebetulan ari Rabu aritu, lepas amik anak2 from babysitter, terus gi KPJ Ipoh, visit Atilia masuk spital. 
Sampai kat wad dia pon dah pukul 7malam. 
Kol 7.25 cmtu, kitaorg mintak diri. 
Gi cari surau dlm KPJ and solat dulu. 
Perut dah kelaparan gak la masa tu. 
cari idea nak makan mana. 
dua-dua mati kutu. 

ingt nak makan kat area simpang pulai je, dah on the way jalan nak balik rumah. 
sekali, pusing2 bandar ipoh, teringat nak gi ke arah Greentown. sebab ingt sblh pusat perubatan ar-ridzuan (tpt bersalinkan imani) ada restoran besar..

tgh dok memusing cari tu, nampak banyk gerai dpn padang MBI (dkt dpn bangunan majlis perbandaran ipoh) 
nak cari parking dekat kena gi sebelah oldtown white cafe dlm greentown tu. 

open air style
warung2 je pon
tp banyk choice la.
sepanjang jalan tu ada pelbagai gerai
kitaorg pergi gerai yg paling ramai orang

'
kebetulan time tu belum kol 8 malam lagi
so tak la ramai sgt pelanggan yg datang. 
servis pon jadi cepat je. 


malam tu, disebabkan kelaparan, semua makan nasik...
sekali amount dia boleh tahan banyak...
terkenyang berlebihan plak sampai rasa nak termuntah...
hahahah, tamak sgt kan..



I makan nasi goreng ayam berlada..
pedas gila.
ala-ala sambal ayam penyet, tp guna cili hijau..
pergghhhhhh, berpeluh2 makan.
kena plak malam tu order lai ci kang panas
mmg terbaik sgt la pakej berpeluh masa tu



Ilyaas dgn Imani share nasi ayam
nasi ayam dia pon kuantiti banyak
Ilyaas makan almost 4/5 bahagian nasi tu. 
the rest imani makan.
budak tu kena bg dia makan sendiri, baru ada nasi yg masuk dlm perut dia.
klu kita suap, kena pakai tgn.pakai sudu dia tak nak.


en suami (hahahah tiru gaya kak abby pngil en somi) plak makan nasi goreng patayya banjir
dia kata sedap.
licin la dia makan.
terrer tu makan sampai licin smpi sebelah tgn pegang imani




Ni air en suami order.
laici blended. 
sedap !
tp banyak sgt
tak larat nak habiskan


ketamakkan kitaorg tak habis di situ
nampk sorang abang dok kipas2 api bakar sate
maka kami order 10 cucuk sate lagi

satu cucuk 70 sen.
lama x beli sate. slalu beli kat pasar malam 40sen je satu cucuk.
nasib baik rasa dia sedap n mmg gemok2..




Ni kira tpt makan baru la bagi kitaorg.
and considered best
kebersihan pon nampak terjamin
tak de lama nampak binatang2 berkeliaran
no kucing
no rats
no lipas
no lalat too

yang tak best, sebab dia open air, makan orang nak isap rokok suka hati je la

kena la pandai2 cari tpt duduk hujung2 jauh sket so that anak2 dan diri kita tak terhisap 
asap rokok orang lain