@churalliya

Showing posts with label najwa. Show all posts
Showing posts with label najwa. Show all posts

Friday, February 5, 2016

Info pasal JUBAH ABAYA KIDS yang wawa pakai hari tu

Meh mekchu nak share pasal jubah yang wawa pakai tu.. Segala info dan soalan pasal jubah tu boleh dapat kalau baca sampai habis.. Baca sekerat umpama kena kerat kepala lah kan.. hahahaha...


Kat mana nak beli jubah budak macam tu?
Material jubah dia best tak?
Harga dia macam mana?
Warna apa lagi ada?
Tudung tu sekali ke asing2?

Ok, mekchu tanya mekchu jawab.. hahahaha iols memang pandai membaca hati uols tahu...


Masa ni memang tengah panas terik tau.. pegi kenduri tunang anak buah.. Nak bukak mata pun rasa takut.. itu mata mekchu, belum mata papajib lagik... ehhhh dah lama tak kenakan papajib kat sini.. haiii papa #lambailambai

Tengah panas terik pun relek aje budak kecibung ni bertudung berjubah bagai.. sikit pun tak ngekkk ngekk mintak bukak.. lagi dia suka ada la,...

pandangan belakang.. ewahhh macam paham-paham pulak dia nak kena amek setiap inci penjuru kannnn... padahal mama kat situ main snap aje gambar tak nampak apa kat skrin 

 buat la muka comel.. haa buat la... buat la.. lagi teruk kena gigit lepas ni!!!

Mekcu beli online..

Kalau kat FB boleh klik link ni --> Jubah Abaya Kids atau search Yatie Yusri
Kalau kat IG boleh klik link ni -->  Jubah Abaya Kids atau search @jubah_abaya_kids

Ok, sambung cerita pasal material jubah pulak.

Ada beberapa jenis material boleh pilih. Ada lycra dan moss crepe. Yang pink wawa pakai ni adalah dari jenis lycra.

boleh klik kalau tak nampak.. macam2 kaler ada kannn...

Yang bestnya Abaya jubah kids ni boleh customade.. tak de hal nak sedondon raya nanti..

ukuran kalau nak buat tempahan.. pilih lah kaler mana yang korang suka.. 



comelllll... kan kan kan
next nak beli yang bercorak pulak... eeee gerammmmmmmm

tudung dan inner memang boleh order sekali.. nak mecing kaler boleh, nak color blocking pun boleh.. 

Proses order sekejap aje.. lepas dah pilih kaler nanti yatie akan bagi ilustrasi jubah ngan tudung. Yang penting korang kena pilih kaler jubah dan tudung kaler apa. Dan kaler tudung + cuff


kat sini dah bleh nampak jelas kaler jubah, tudung, inner dan cuff tu mecing ke idok.. kalau tak berkenan boleh nak pilih kaler lain sampai suka

Mekchu pilih sekali terus kenan aje.. hahahaha

Ok, sambung balik cerita pasal budak kecibung tu.. Hari tu sampai ke petang pakai tudung tak tanggal... tanggal kejap dalam kereta.. nak turun je kereta mintak pakaikan balik.. amboiii menjaga aurat sangat ko nak..

Sebelum tu ijinkan mekchu nak enterframe ya.. mana bleh biarkan wawa glamour sorang-sorang



memang jadi perhatian aje dia hari tu.. semorang tengok semorang geram... hahahaha

Mekcu kan, setengah jam pertama lepas pakaikan wawa jubah dia tudung terus asyik pandanggggg aje muka dia.. tak berkelip mata.. nampak lain sangat.. super duper comel dari biasa.. ehhh terpuji anak sendiri pulak..

Belanja video wawa perasan diva turun tangga sambil tengok cermin kat tepi



So, cepat-cepat order yaaa... Tempat yang senang nak berurusan..

Boleh customade
Boleh pilih kaler
Boleh pilih material
Boleh pilih maching kaler
Boleh pilih kaler tudung dan inner

Maklumat untuk tempahan :

WA : 014-3871619


Jangan lupa order tauuuuuuu kat mana-mana senarai kat atas belon tu :)


by mekchuN (^_^)

Thursday, January 15, 2015

Dunia Baru 2015

Bagi mekchu, tahun 2015 merupakan tahun serba baru...

Walau benda ni nampak lama, tapi sebenarnya ianya baru bagi ibu muda ni.. hahahaktuihhhh

Baru bagi mekchu..

Tahun ni kena tukar spec ray ban aviator.. hahahaha... kena panampor kang.. orang tengah serius ni.. 
Tahun ni tukar seksyen buat security selepas 5 tahun bergelumang dengan operasi.. 

Baru bagi abang mi...

Tahun ni abang tembam dah start 'sekolah betul'.. Dah masuk derjah 1.. Dah tak boleh play-play.. 

Baru jugak untuk budak kecibung sorang ni..

Ada 2 anak.. tapi tak pernah langsung jejak ke taska.. Tahun ni pertama kali  wawa pegi taska...
Hari pertama hantar, siap bawak 1 tupperware susu bagi kat teacher.. kahkahkah.. haa gelak la.. Gelak!!

Dan pastinya kesemua tu adalah pengalaman yang baru.. Walau penat, kita kena enjoy je dengan live kita.. Sakit hati pun kena enjoy jugak.. Tidak lebih dari itu.. Enjoyyyy mekchu.. Enjoyyyyy...

Dan semoga ada yang baru-baru lagi lepas ni.. Seronok nya dapat benda baru.. Suka.. Suka (lah sangat)

Dan semoga Tahun 2015 ni terus sukses untuk mekchu dan sukses jugak kawan-kawan yang lain ya...

#muahciked



by mekchuN (^_^)

Wednesday, December 3, 2014

Serangan HFMD

Serius sebelum ni tak pernah nak ambil tahu pasal virus HFMD ni.. yang mekchu tahu dia serang bahagian tangan kaki dan mulut.. hahaha

Malam sabtu ngam2 start cuti sekolah abang mi mengadu macam nak demam.. biasa lah, bila suruh mandi cakap "mi ni macam nak demam lah mama..."

Mekchu malas nak layan aje bila dia mengadu mcm tu sebab itu dialog biasa kalau malas nak pegi sekolah.. Sehingga lah pada hari Ahad tu..

Tiba-tiba nampak banyak bintik merah kat lutut dia.. petang tu nampak dah tumbuh kat tangan dan kaki.. Aiiiyokkkk anak aku ni macam dah kena penyakit kaki mulut je ni..

So 1st time google simptom2 HFMD.. gugel sama2 dengan abang mi.. tunjuk gambar2 semua kat dia..

Dan memang sah laaa... terus bawak pegi klinik..

tangan, kaki dan mulut abang mi.. so scary maaaa... 

Part tangan ngan kaki tu x de apa.. tak gatal pun dia kata.. tapi tang mulut tu yang kesian tu.. mengamuk tak dapat makan minum.. kesian nya tengok.. Perut lapar, tapi tak bleh makan.. sakit kan.. kita yang kena ulser seketul ni pun sakit macam nak sepak orang... ini kan pulak penuh 1 mulut..

"tengok perut mi dah leper....." ~ terus meraung

Klinik bagi ubat sapu.. memang tak berjaya lah kan nak sapu kat ulser budak.. Kawan2 fb cadang belikan ubat spray ni..

boleh beli kat farmasi.. memang bagus sbb spray.. abang mi senang lah jugak nak jaga.. bagi aje ubat ni kat dia, nanti dia spray sendiri kat mana yang sakit sblm makan.. boleh la jugak makan sikit2.. 

Selang 2 hari lepas tu benda yang mekchu risaukan terjadi.. Wawa berjangkit... uwaargghhhh sedihnyaaaaa....

 wawa baru balik dari hospital.. tak nak pegi klinik sebab ubat dia ala-ala aje.. tu ubat dari Colombia.. 

 luluh hati mama tengok wawa lembik tak larat, tak nak makan, tak nak minum.. 

 banyak kemain ulser dalam mulut wawa.. tu yang dapat selak.. yang kat belah dalam banyak lagi.. 

kena tengok tmpt ulser.. so nanti senang nak spray kat situ.. kat lelangit pun banyak tapi tak boleh nak spray sebab dia melalak ya ampun punya kuat...

Sedikit fakta HFMD.. ini dari pengalaman mekchu sendiri..

  • Penyakit ni adalah disebabkan virus.. So tiada antibiotik untuk virus.. Kalau bakteria je ada antibiotik. Kalau mintak antibiotik kat doktor memang tak akan dapat..
  • Tempoh jangkitan amat sekejap.. dalam tempoh 2 hari akan boleh nampak kesan samada kat tangan/kaki/mulut
  • Penyakit ni akan sembuh dalam tempoh 3-6 hari bergantung pada tahap jangkitan virus
  • Bintik2 di tangan dan kaki tiada side efek.. bermaksud tidak gatal.. Kemungkinan ada beberapa bintik yang seakan-akan chicken pox sebab ada air di dalam.. 


Ini pulak sedikit tips kalau anak kena HFMD (ini pun kawan2 yang banyak bagi tips)

  • Kena pastikan anak tidak dehydrated.. kena pastikan anak2 minum walau pun sedikit.. dan monitor pampers anak supaya tidak kering/anak kencing.. Kalau pampers basah tu maksud ok lah tu
  • Kena bagi makan/minum jugak.. lagi kerap makan/minum lagi cepat anak2 boleh recover. Ini part paling susah kot.. 
  • Kalau ada adik beradik yang kena jangkitan, kalau boleh asingkan segala2 nya dari mereka.. Asing bermaksud kena tinggal asing2 kot.. Mekchu dah cuba asingkan dorang tapi tetap berjangkit..
  • Bagi anak2 minum susu/air guna syringe.. nak habiskan 4oz susu mengambil masa selama 1 jam.. masa tu memang habis tenaga melawan tenaga dia.. nak buat macam makan kan, kena jugak.. memang kena jugak bagi minum.. 
Sabtu lepas memang stress sangat jaga wawa.. nampak dia lemah sangat.. bila dia lemah otomatik omak ehh pun lemah.. asyik merengek aje.. ikut kan rasa hati nak je warded kan dia.. 

Sehingga lah papajib wassap bagi tau dia menang hadiah lumayan... 

terus kembali bersemangat.. hilang stress hari tu.. tahniah papa.. 

dan hari ni Alhamdulillah, anak-anak dah kembali sihat.. dah kembali melasak macam biasa.. 

Biar lah mereka nak melasak macam mana pun janji mereka sihat.. HFMD sila pergi jauh2 dan jangan datang lagi.. syohhh syohhhh... 


by mekchuN (^_^)

Tuesday, November 11, 2014

Milestone : Wawa 2 tahun

Lama sangat kot tak update milestone budak kecik sorang ni...

Bila ada appoinment dengan doktor baru lah rajin nak update..

Dah selamat cucuk Hipetatis A baru-baru ni.. gambar2 wawa masa check up dalam henfon semua dah sodokallahulazim.. Wawa, kenapa delete gambar sendiri hah? Kan susah mama nak up cerita pasal awak kat blog ni..

Nasib lah ada jugak post gambar kat Instagram.. phewww selamat.. Nampak tak kebaikan tayang gambar kat Instagram? Nampak tak? Hahahaha...


Berat 10 kilo.. Bertambah 800 gram dari last visit 6 bulan yang lalu..
Cara timbang tak accurate sangat sebab wawa tak nak diri atas penimbang tu.. So terpaksa la papajib timbang bersama wawa, lepas tu timbang tanpa wawa.. Perbezaan berat adalah berat wawa..


Mulut sangat leter... panjang muncung kalau bercakap.. Tapi cakap bahasa dia lah... Cakap pun sepatah sepatah aje.. Tu yang doktor bagi tahu, kalau masih belum pandai cakap sekurang-kurangnya 2 patah perkataan bila umur 2 tahun setengah nanti, wawa kena ada treatment khas.. eehhh treatment ke nama dia? macam berat sangat pulak bunyik nyaaa...

Doktor kata sekurang-kurang nya dia boleh cakap "nak susu....", "tu mama", "ni papa".. Lebih kurang macam tu laaa... Risau jugak sebenarnya ni..

Masa abang mi dulu, masa birthday dia 2 tahun dia dah bleh cakap "acih ayammmmm" sebab ayam KFC bagi dia hadiah birthday.. Tu pasal kami boleh ingat...

Wawa ni tak tahu lah... Harap tak de apa-apa ye sayang..


Tido malam dah bebas punting sepenuhnya.. Balik dari Kelantan hari tu terus tak nak punting dah..

Asalnya macam ni.. Dia kan suka gigit punting sampai koyak.. Tiap kali koyak mama dia baik hati pegi beli yang baru.. Geram jugak beli avent mahal2 2-3 hari dah koyak.. terus mekchu bagi je yang koyak tu... Lepas tu dia isap kejap terus pegang je.. tak nak isap lagik dah..

2-3 malam bagi yang koyak tu dia geleng tak nak.. mmmmm apa lagi, terus campak je la punting tu dalam tong sampah.. Mula2 tu gelisah jugak la time nak tido tu.. Lama2 ok je.. Alhamdulillah, tak susah sangat nak pisahkan curut dia tu..

Kain ngan bantal busuk je yang masih ada lagi.. itu pun jarang dah nampak dia menggentel..


Rambut belakang tu dah panjang dan kembang.. mekchu tak pandai nak gunting belakang.. selalu trim depan aje masa dia tgh leka main air... Sekarang bukan masa yang sesuai nak hantar kat kedai lagi kot.. Biar lah panjang gitu.. mama nak bela sampai lutut boleh?


Perhubungan dengan abang mi?

Hahahaha dah macam kena jawab soalan melodi pulak..

Macam biasa.. sentiasa bercakaran.. wawa ni pantang tengok abang ada something kat tangan.. mesti dia nak benda kat tangan abang tu.. walau pun dia tak tahu nak main menan kat tangan abang tu..

Tu yang abang selalu tension.. hahahaha..

Abang pun sama.. tak boleh tengok adik senang hati.. adaaaaa je benda dia nak sakat.. mmmm baru 2 orang dah macam 1 team bola.. papajib selalu balik rumah time keadaan dah reda.. Gamat ooo kalo dorang ni bergaduh.. papajib memang banyak miss saat mama sama bergaduh ngan dorang.. hahahaha..


Wawa ni ego tinggi.. abang ego, tapi wawa lagi ego.. Dia kalau dah merajuk tu memang susah lah nak pujuk balik.. Kot sesekali merajuk ok lagi, ini salah sikit pun dah nak merajuk..

Pa, masa mama pegnen memang kuat merajuk ke? mama dah lupa.. mungkin papajib ingat sebab dia yang tukang layan mekchu masa tu.. hahahaha..


Pejam celik kejap ke dah 2 tahun..

Mekchu sebenarnya risau bila wawa dah masuk 2 tahun ni.. Risau dengan soalan.....

"bila nak menambah? wawa dah besar boleh jadi kakak"

Haaaaa... hasrat nak menambah tu memang ada.. InsyaAllah.. doakan aje lah yeee...

Kitorang memang 'bekerja' untuk menambah, tapi 'pekerjaan' kitorang tu bukanlah penentu segalanya.. sebaliknya itu adalah 'kerja' dia yang maha Esa..


by mekchuN (^_^)

Wednesday, November 5, 2014

Sambutan Birthday Wawa 2 Tahun

Dah la masa wawa 1 tahun dulu tak de celebrate apa pun.. Bawak makan kat luar je kot masa tu.. Kek tak de, lilin tak de.. Kengkonon, "alaaa... wawa kecik lagi.. Dia tak tahu apa pun.. Tak payah lah kek-kek ni semua.."

Tapi bila pikir balik, ishhhhh rugi nya tak de sambutan dulu.. sekurang2 nya sepotong kek untuk diraikan.. Tu yang tahun ni mekchu awal2 dah bagi tau papajib nak buat birthday wawa tu..

Masa abang mi 2 tahun dulu kemain aihhhh.. siap dapat sponser celebrate kat kehepci... Untuk wawa kali ni sponser jugak, dari duit mebeng mama ngan papa (^_^)

Misi pencarian tempat giat dijalankan.. Uols, kat seremban ni memang limited la nak carik tempat yg privacy untuk party.. 1st thing 1st mekchu memang pikirkan tempat yg selesa untuk budak2... mintak tlg sama2 dengan deqna tlg carik kan tempat.. FInally kami setuju nak buat di 9 Lakes Restaurant, Senawang..

Alhamdulillah, dah masuk 2 tahun umur anak dara mama sorang ni...

tak hire photograper.. camera proper pun tak do.. semua guna henfon memasing je ni.. tu pasal kelabu asap... 

kalo nak cantik skit gambarnya kena lah edit dulu.. 

Ini lah dia 9 Lakes Restaurant tu..

Untuk orang2 area seremban-senawang boleh perasan kot tempat ni.. Dia tepi jalan kalau dari Kg.Sentosa ke rnk satay senawang tu.. kan jalan turun naik bukit kan, jalan sikit je nampak tepi jalan je.. Dulu show house.. sekarang dah buat restoren.. Very nice place to be.. 

Mekchu jemput family Labu ngan family Pilah aje.. buat kecil-kecilan.. seadanya ikut kemampuan.. 

Bayaran makanan adalah di bawah tanggungan papajib.. Dia kata ok, so proceed terus.. Kerja mekchu beli kek, belon dan kerja2 booking membooking ni semua.. Mekchu lah untung kan? hahahaha

 simple deco tapi mekchu suka... 

 sampai awal.. jadi bergambar dulu dengan nenek labu.. 

Memandangkan birthday wawa jatuh ngam2 pada Hari Deepavali (22 Okt 2014), so mekchu pakai baju punjabi.. hahaha lepas tu terus declare theme family kaler pink-turqoise.. lantak lah..

Kedai belon helium yang beli untuk surprise papajib dulu tu katup.. nasib ada alternatif kedai belon yang bukak.. mintak tolong deqna tolong amek kan sebab kereta tak muat..

wajah ketika belon sampai.. belon yg ngko sambut dulu kan.. 

Bila semua sampai, terus je potong kek.. 

kek beli siap perisa coklat apa ntah.. tambah beli lilin tu aje kat kedai belon (^_^) orang makan kek tak makan lilin, tapi mekchu tetap nak beli lilin tu... 

kelihatan seperti sambutan birthday yang pakai baju pink tu pulak... 

wawa tak pandai tiup lilin lagi.. dulu abang mi 2 tahun dah pandai tiup.. sampai meleleh air liur ehh nak padamkan api.. 

 ciuman kasih dari papajib... dengan mekchu wawa tak nak pun buat aksi ni.. 

papa, birthday girl dan mama... 

Setel potong kek, terus makan.. Menu kami adalah hi-tea pada jam 1 petang.. Kenapa hi-tea? nanti mekcu story kat entry lain ok.. 

 menu hari tu... 

suasana tenang sangat masa ni.. hahah semua senyap menghayati rezeki.. 

Lepas makan, bergambar laaa.. apa lagi... Mekchu makan sikit aje.. Tuan rumah kan, mana de selera nak makan.. hahahaha gedik.. 

wawa mood sangat baik hari tu.. excited betul dia dengan belon.. tangan tu tak padan kecik, nak pegang semua belon yang ada... 

bergambar ramai2.. jangan risau kalau tak bawak monopod.. adik staff situ sangat rajin membantu :)

 tak semua yang ada.. abg ngah ngan kak fida keje... hantar anak2 je.. farah ngan ameer kat kolej/asrama masing2.. kak eliz pulak ada shooting.. so ini aje lah yang ada.. tak ramai mana pun..

Wawa lepas amek gambar ramai2 tu, elok pulak dia tak nak bangun.. Suruh amek gambar dia lagi.. hahaha bagus betul la dik.. Hint suruh buat party selalu ke apa ni?

 geram tengok dia mood baik, terus sambung lagi bergambar... adik, tangan siapa kat belakang tu?

 papa!!! hahahahaha... 

gomol dia nenek.. gomol....

birthday girl siap buat pakej peace ngan moncong.. hahaha

 ok, ini adalah sekeping gambar family kecil kami.. mood abang mi kemain kelaut hari tu.. ni pun susah sangat nak mintak bergambar... 

ok gambar last.... muaahhhh untuk birthday girl, Najwa Syahira... 

Mama dan papa sentiasa doakan semoga wawa berjaya di dunia dan akhirat.. Menjadi insan yang terpilih dan manjadi anak yang membanggakan mama, papa dan abang mi.. Amin... 

Nanti mekchu review pasal 9 Lakes Restaurant, menu, costing per head, etc, etc yang korang nak tahu ok... Itu janji mekchu kepada sayang2 semua.. Selagi korang melekap kat blog ni, selagi itu lah mekchu akan merajin kan diri.. 



by mekchuN (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...