Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, June 17, 2019

Salam Aidilfitri 1440H

Hari ni dah 13 syawal.
Rasanya beum terlambat utk ucapakan: "SELAMAT HARI RAYA" buat semua mommies.
Maaf zahir batin.

Untuk ambil mood berblog, belanja gambar raya anak2 dulu.
Anak baru 5, bukan main susah lagi nak ambil gambar mereka.

Mula-mula bertiga...
Kemudian berempat.. Aina pun mood tak berapa baik..
 Ok, baru cukup 5...
 Macam-macam gaya masing2...

Ni lah yang paling ok.. Firas tu memang dah mengamuk sakan tak nak bergambar... huhuhu

Gambar raya tahun ni tak banyak.
Tiba2 rasa malas nya nak capai kamera masa raya... maklumlah, sebelah tangan dah ada handbag yg nak ummi jer.. susah betul nak bergilir dgn orang lain.
Tu yg dia bantai menangis bila Aisyah pegang masa nak bergambar.

Wednesday, August 2, 2017

Masa Maghrib

Kisah Satu Syawal yang lepas.

Ada orang kata, jangan ambil gambar masa Maghrib.
Tapi entah kenapa masa satu Syawal lepas, semasa perjalanan pulang ke rumah.... tersnap juga satu gambar masa lepas orang azan Maghrib.
Gara-gara terpesona dengan kecantikan anak bulan satu Syawal.

Cantik kan anak bulan satu Syawal?


Tapi bila tunjuk gambar ni kat adik2, mereka kata.. "Kaknur, ada benda lain lah dalam gambar ni."
Huhuhu, kan dah ada benda lain posing sekali.
Patut la rasa seram sejuk jer lepas snap gambar ni.
Mommies nampak tak?


NuKilaN:
 

Tuesday, August 1, 2017

Ratu air mata

Aina ni kan... bila bawa ke tempat orang ramai dan ada yg suka tegur dia.. mula la nak berdrama air mata.
Kalau orang buat tak tahu jer, tak apa.
Elok pula dia explore ke sana sini.

Kalau tengok semula gambar2 raya dia, banyak benar yg ada drama air mata.
Scene sedih2.
Memang Ratu Air Mata si cilik sorang ni.

Ummi ni pun saje jer kan..
Siap buat entry khas utk ratu air mata ni.. kikiki.

Dia nangis bila saya letak di celah sepupunya...
Ni pun nangis juga walau kakak Aisyah yang pegang.
 Yang ni pula, beria nak lepaskan diri bila sepupu saya nak pegang dia...
Ni pun sama...
Walau nampak anak2 berempat jer, tapi realitinya ramai lagi yang sedang bergambar... Gigih buat photoshoot kat bendang dgn sepupu sepapat... Sporting pula mereka melayan posing beramai-ramai...

Ni saya letak kejap sbb nak salam.. terus nangis mcm kena cubit!
 Yg ni pun sama.. Rumah kawan juga...
 Letak sekejap sbb nak salam.. Apa lagi, menangis laaa Aina sekuat hati.. Takut kena tinggal agaknya.

Ha, kan cantik senyum (eh, ke sengih?) mcm tu Aina...
Happy sangat dapat main bunga api!


NuKilaN:
 

Wednesday, July 12, 2017

Bersawang

Salam 18 Syawal 1438H mommies..

Ada yg rindu Aina tak?
Hari ni Aina nak bebel kat ummi..
Sampai hati ummi biarkan blog tak berupdate.
Iya la, Aina faham..
Ummi kan bz..

Bz marking paper.
Bz baca tesis pelajar undergraduate.
Bz baca tesis pelajar postgraduate.
Bz meeting.
Bz key in markah pelajar.
Bz berbengkel.

Masa raya, byk jer ummi ambil gambar.
Ingatkan ummi nak letak kat blog.
Tapi sampai ke hari ni tak ber"update" jugak blog ummi.

Ok la mommies..
Doakan biar ummi Aina cepat2 rajin update blog.

Salam Aidilfitri,
Aina
1 tahun 3 bulan.

Wednesday, July 27, 2016

Salam Aidilfitri...

Salam 22 Syawal...
Maaf zahir dan batin...

Eh, dah 22 syawal baru nak update blog and wish Selamat hari Raya...
But as usual, better late than never :)

Entah laa, mood nak update blog makin ke laut...
Apa-apa pun, tempek gambar dulu untuk ambil mood berblog...
Mana tahu, kot2 lepas ni lepas raya haji pulak baru ada entry :p

Hobi Aina skrang, makan tangan!

Bersama abang Chik (his new nick name) yg sgt protective! 

Pantang orang lain dukung Aina, terus pesan, "Jangan ambil adik!".

Sayang sangat Danish kat Aina (^___^)


Four of them...

Bukan senang nak snap gambar mcm ni di hari raya...

NuKilaN:

Monday, August 10, 2015

Meriahnya raya

Tiap kali raya di perantauan, antara perkara yang saya paling jeles adalah bila keluarga/kawan2 post gambar bersama keluarga.
Masa tu, rindunya rasa nak posing sama dalam gambar bersama keluarga yang di"post" dalam FB mahu pun WA.
Tahun ni, semestinya saya tak lepaskan peluang untuk posing beramai-ramai bersama keluarga.
Tempek beberapa keping gambar bersama keluarga besar saya...

Petang raya pertama., di Kuala Besut...
Sepupu sepapat sebelah arwah ayah...

Ni pula gambar bersama keluarga mertua di pagi raya...
Kali ni dapat bergambar lengkap lima keluarga adik-beradik hubby :)

Juga bersama keluarga sebelah mertua (sepupu sepapat hubby), di hari raya ketiga...
Cuba cari mana Irfan, Aisyah dan Danish?

Thursday, October 16, 2014

Keyword popular raya Aidiladha

Ramai pula yang duk cari resepi singgang daging bila musim raya haji....
Keyword dari Nuffnang yg saya printscreen beberapa hari yang lepas (nampak sgt dah lama peram entry ni dalam draft).

Maklumlah banyak stok daging dalam simpanan..
Kalau saya pun, singgang daging lah yang selalu dicari bila musim raya korban.
Dan mostly rumah2 kat kelantan bila raya korban, mesti akan hidangkan lauk ni kat tetamu.
Tak jemu nak makan singgang daging ni.
Pekena pulak dengan nasi2 panas, mmg tak boleh nak makan sepinggan.
Pasti bertambah tambah.
Haih, rindu nya lah kat tanah air.
Tak sabar sgt dah nak balik.
Kena buat kerja lebih rajin ni.

NuKilaN:
 

Sunday, October 5, 2014

Raya Aidiladha kami

Alhamdulillah, sambutan raya kali ni tetap meriah.
Macam biasa, pagi2 kami sekeluarga pergi menunaikan solat sunat Aidiladha di IslamBradford.
Adik dan kakak
Aisyah yang dah ready nak solat sunat Aidiladha...
Terus senyum bila diminta posing...
Selesai solat Aidiladha, kami ke rumah kawan yang buat open house disekalikan dengan majlis khatam Quran anak sulung beliau.
Tengok lah menu yang tuan rumah sediakan, penuh satu meja...
Ada nasi tomato, laksa penang, rendang, nasi impit, kuah kacang dan pelbagai desert. Ada juga yang bawakan nasi dagang... Ya Allah, nikmatnya makan selepas dua tahun tak jumpa nasi dagang.
Sebelum makan-makan, majlis dimulakan dengan khatam quran adik Hakimi.
Tahniah buat adik hakimi yang dah khatam 30 juzuk al-Quran.
Irfan pun bukan main semangat lagi bila tengok kawannya dah khatam.
Sekarang baru juzuk 4. Takpe, kayuh pelan-pelan.... Belajar baca dengan tajwid yang betul...
Yang jubah putih tu guru mengaji mereka.
Terima kasih banyak-banyak buat ustaz Dr Azman dan keluarga.
Alhamdulillah, Irfan celik al-Quran atas didikan dan bimbingan mereka.
Aisyah juga dah tamat Iqra dan mula membaca muqaddam.
Rasa syukur tak terhingga bila anak-anak dapat mempelajari al-Quran walau berada di bumi ratu :)

Eh dari kisah raya dah tercerita kisah mengaji pulak....
Buat mommies2 di Malaysia, selamat menyambut hari raya Aidiladha dan menjalankan ibadah korban :)

Wednesday, July 30, 2014

Raya pertama

Alhamdulillah, kami kat UK pun beraya hari Isnin jugak. Sama dengan orang M'sia.
Kat sini mmg berdebar tunggu pengumuman hari raya dari website. Tak mcm orang M'sia yg boleh tunggu pengumuman di depan TV... hihihi

Macam biasa, raya pertama kami sekeluarga menunaikan solat sunat Aidilfitri di IslamBradford. Solat dijadualkan pukul 9.30 pagi. Pukul 9 kami dah bertolak ke sana sebab ruang solat yang limited. Senang nak cari port yg sesuai :)

Syahdu jer rasa bila dengar khutbah raya. Apatah lagi bila imam bercakap tentang nasib saudara seislam di Gaza. Apa sumbangan kita kepada mereka? Yang penting adalah doa semoga Allah berikan kemenangan kepada pejuang yg sedang mempertahankan bumi palestin.

Lepas solat, haruslah abadikan sekeping gambar anak-anak di depan IslamBradford...
Yg paling kiri adalah kembar baru Irfan... mana-mana harus bersama.. Aliff namanya...
Lepas solat, terus balik rumah. Sebelum pergi ke jemputan open house yang pertama, haruslah ada sesi bergambar seisi keluarga dan juga sesi bermaaf-maafan. Tempek juga sekeping gambar anak-anak...
Raya tahun ni kami anak beranak hanya berjubah. Tak import baju kurung atau baju melayu dari M'sia sbb kos pos yng bukan main naik melambung-lambung. Rasa membazir pula nak keluarkan kos yg tinggi hanya utk pakai baju sehari dua. Jadi beli aje la jubah yg dijual online. Sebut pasal jubah, tak sangka ramai pulak yg berkenan dgn jubah yg saya pakai. Ala, yg tu cerita dalam entry lain lah yer :)

Selesai bergambar, kami terus ke open house ke rumah yg pertama. Bukan jauh pun, selang tiga empat biji rumah jer dgn rumah kami. Banyak betul juadah yang tuan rumah sediakan. Ada nasi hujan panas, satay, tapai, puding cocktail, roti jala, rendang, nasi impit dan mcm2 lagi lah. Penuh meja dengan makanan. Memang sah makan dua tiga kali round :)

Bila perut dah kenyang, kami mula beransur ke rumah yang kedua pula. Sebelum bertolak, kami bergambar beramai-ramai dulu di depan rumah. Mula-mula haruslah kumpul anak-anak dulu utk bergambar...
Tengoklah gelagat anak-anak. Macam-macam ragam. Ini gambar terbaik yg dapat snap.

Lepas tu giliran bergambar keluarga kecil kami di Bradford.
Semua sekali ada lapan sekeluarga. Tu tak termasuk tiga keluarga lain yg tiada dlm gambar. Tapi satu keluarga bakal berhijrah ke Bedfordshire bulan lapan nanti. Baru jer kenal dengan Ninie tapi dah nak pindah semula. Itu lah adat kehidupan... bertemu dan berpisah lumrah kehidupan. Semoga ukhwah yg terjalin berkekalan sokmo. Rajin rajin lah update blog bila dah pindah sana lagi :)

Sunday, July 27, 2014

Salam dari perantauan...

Tiga tahun berturut-turut beraya di perantauan, tak pernah sekali rasa nak hantar gambar kat akhbar tempatan utk salam perantauan.
Entah la, rasa segan pula nak tayang gambar satu keluarga kat dada akhbar.
Mungkin jenis low profile gitu.
Jadi, guna blog sendiri aje la utk ucap salam perantauan :)


Selamat hari raya buat semua, yg aktif mengomen di sini, mahupun yang jadi silent reader jer.
Mohon maaf andai ada coretan yang mengguris hati.
Mood bercampur baur mengenangkan Ramadahan yang bakal berlalu.

Ramai yang dah selamat tiba di kampung halaman.
Gunakan peluang yg ada utk merapatkan silaturrahim sesama keluarga.

Simpan dulu tab atau gadget2 yang ada :)

NuKilaN:
 

Saturday, July 19, 2014

Biskut semperit susu

Biskut raya pertama yang dah buat utk tahun ni... Biskut semperit susu!
Tercapai juga impian nak buat biskut ni.
Tu pun sebab ada kawan yang datang bantu.
Lepas berbuka dan solat, kami mulakan projek biskut raya.
Buat satu adunan jer, tapi banyak juga yang dapat.

Projek mula dalam pukul 12 tgh malam, siap dalam pukul 1.30 pagi.
Pukul 2 terus panaskan lauk utk sahur.
Sambil buat biskut, sambil borak.
Memang mata tak mengantuk.
Kalau buat sorang2, mau tertidur sorang2 depan oven tunggu biskut masak ;p
Nasib oven kat sini besar. Dua kali bakar dah siap.
Mula la simpan angan2 nak bawa balik oven mcm tu satu utk bawa balik M'sia.

Dah-dah berangan.
Berbalik pada biskut semperit.
Mudah sgt nak buat biskut ni.
Jom tgk bahan-bahannya...

Bahan-bahan...
Satu ketul butter 250gram
satu tin susu pekat
600g tepung jagung (anggaran)

Cara nak buat... 
Pukul butter dengan susu pekat. 
Cukup sekadar dua bahan ni sebati dan mesra jer. 
Tak perlu kembang sangat. 
Kalau dipukul terlalu kembang, kelopak bunga hilang bentuk bila dibakar.
Bila butter dan susu pekat dah cukup mesra, masukkan tepung jagung sikit2. 
Uli la hingga dapat kelembutan doh yang sesuai utk dimasukkan dalam acuan semperit. 
Jangan terlalu lembut atau terlalu keras. So so jer.

Saya juga cuba test dgn acuan semperit. Cubaan kali kedua baru dapat kelembutan doh yg sesuai.
Kemudian, teruskan proses menyemperit hingga selesai. 

Bila buat dua orang, jadi doh pun dah jadi dua warna dan bunga yg dua tingkat.
Ni hasil yg kami dapat lepas siap dibakar...
Rupa tak cantik sgt. Tapi rasa, ok sgt2 tau.
Bila tgk Aisyah duk ralit makan satu-satu, saya pun tegur. "Kakak, biskut tu nak buat raya la."
Balas Aisyah, "Sorry ummi, I can't stop eating this." Sambil terus sambung makan.
Ha, jadi mommies pun boleh bayangkan rasa biskut ni. Memang tak jemu.
Lepas satu, satu rasa nak makan.
Betul la kata orang, memang biskut yang cair di mulut!

Next, rasa nak cuba buat biskut sarang semut pulak.
Setakat ni, saya plan nak buat lagi tiga jenis... Sarang semut, cornflakes dan tart nenas.
Tart nenas akhir sekali sbb ramai peminat.
Kalau buat awal2, mmg tak sempat nak buat makan masa raya.
Itu dari pengalaman tahun lepas la. 
Related Posts with Thumbnails