Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Wednesday, July 15, 2015

Berbuka puasa

Sedar tak sedar, lagi dua hari Ramadhan bakal berlalu pergi.
Sekejapnya rasa.
Semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu satu keberkatan dan keampunan buat kita semua.

Alhamdulillah, Ramadhan kali ni antara yang terindah... sebabnya kami berpeluang menikmati Ramadhan di dua suasana yang berbeza.
Yang buatkan lebih indah dan manis, bila Ramadhan kali ni kami banyak menerima undangan untuk berbuka puasa.
Boleh dikatakan setiap hari semasa kami di UK kami menerima undangan berbuka dari rakan-rakan.
Ya Allah, terharunya rasa bila dikelilingi oleh insan2 yang baik dan berhati mulia.

Selain berbuka puasa bersama rakan-rakan dari M'sia, kami juga menerima undangan untuk berbuka puasa di rumah kawan baik Irfan, Sofyan.
Sofyan ni salah seorang kawan baik Irfan di sekolah.
Kata ayahnya, Sofyan berkali kali menangis bila mengetahui yang Irfan akan kembali ke Malaysia.
Sedih sangat katanya sebab dia akan kehilangan kawan baik satu kelas.
Untuk mengubati rasa sedih Sofyan, keluarganya menjemput kami sekeluarga berbuka puasa di rumahnya.
Dapat juga kami pengalaman berbuka puasa dengan keluarga Sofyan dan merasa juadah dari Pakistan.
Sempat juga snap beberapa gambar sebagai kenangan...
Yang ni adik Sofyan yang membantu menhidangkan makanan...
Dua-dua ni adik kepada Sofyan...
Adik lelaki Sofyan yang berbaju merah tu namanya Sulaiman, dan satu kelas dengan Danish.
Yang ni pula desert yang dihidangkan lepas solat Maghrib...
Dah lupa apa nama desert ni (kalau tak silap Faluda)... sedap juga rasanya dengan lemak2 fresh milk, ada juga kekacang dan juga kismis.

Bila balik M'sia, tentulah lagi seronok dapat berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga dan juga kawan-kawan.
Yang anak-anak bertiga duk pulun makan durian.
Syok sangat tengok mereka dapat makan durian sampai puas :)

Friday, June 19, 2015

Sketsa dua hari pertama puasa

1 Ramadhan (Khamis).

Lokasi dapur, jam 8.30 pagi.

Saya: Adik, kakak... turun makan breakfast.

Danish: Abe, ummi? Tak payah breakfast ke?

Saya: Abe tak payah breakfast. Abe puasa hari ni.

Danish: Tak boleh, tak boleh.... Abe mana boleh puasa!

Kata Danish dengan nada yang sangat tak puas hati.Saya pujuk makan burger yang dia minta pun dia tak nak.Beria menangis suruh abang dia pun makan sama. Adoi la, pagi-pagi dah menguji kesabaran ummi...

2 Ramadhan (Jumaat)

Lokasi dalam bilik tidur, jam 8.00 pagi.

Saya: Adik, pagi ni nakk makan burger tak?

Danish: Tak nak, adik puasa.

Saya: Owh, kenapa adik nak puasa?

Danish: Because adik love puasa!

Saya: Ok,..

Tak nak berlakunya drama yang sama macam pagi 1 Ramadhan, jadi saya cuma panggil Aisyah utk turun sarapan. Untuk Danish saya potongkan daging burger kecil2 dan letak sos sikit lepas tu bawa naik dalam bilik. Kesian pula nak biarkan dia pergi sekolah dengan perut kosong. Tapi percaya atau tidak, habis semua daging burger tu dia makan. Tadi bukan main konfident lagi cakap nak puasa... ekekkeke.

Aisyah belum terbuka hati nak puasa. Cikgu marah katanya kalau budak Year 3 berpuasa.
Bila saya balik sekolah semalam, perkara pertama yang dia cerita, "Ummi, you know what... My friend name Osman was scolded by the teacher because he is fasting. Year 3 and Year 4 student not allowed to "poso". They are still small." Hahha, bukan main pandai lagi Aisyah berhujah kenapa dia tak puasa dan dapat "sokongan" dari para cikgu.
Susah juga nak galakkan dia berpuasa dgn persekitaran macam ni. Hurm, harapnya dia belajar puasa bila balik M'sia nanti.

Irfan, Alhamdulillah dapat puasa penuh pada 1 Ramadhan. Untuk pelajar Year 5 and Year 6, mereka boleh hadiri "Ramadhan Club" semasa lunch hour. Jadi tak perlu nak jemput dan hantar ke sekolah semasa lunch seperti tahun2 yang lepas.

Vocabulary: "Poso" is fasting in kelantanese slang...

NuKilaN:
 

Thursday, June 18, 2015

Takwim

Salam 1 Ramadhan,

Tempek takwim puasa kat sini biar senang nak rujuk.

Sah untuk kawasan Bradford, West Yorkshire.
Sumber dari IslamBradford.

NuKilaN:
 

Wednesday, July 23, 2014

Colek perut

Salah satu makanan kegemaran hubyy.. colek perut!
Entah dah berapa kali hubby cuba beri hint nak makan colek perut ni.
Bila saya kata tak pandai masak, hubby kata bukan ke saya pernah buat colek perut ni masa kat M'sia?
Ya ya, mmg saya pernah buat sekali.
Masa raya haji kalau tak silap.
Tapi hubby kata tak sedap.
Konon kononnya dah merajuk tak nak masak lagi colek perut ni.
Yea la, mana boleh nak lawan dengan masakan MIL yg mmg pakar buat colek perut ni.
Tapi bila dah berkali-kali ditanya, cair jugak la hati si isteri....
Akur juga dengan permintaan si suami yg mengidam colek perut di bulan puasa...

Kebetulan ada nampak orang jual perut kat pasar Bradford.
Dah siap cuci bersih... tinggal nak rebus jer hingga empuk...
Utk buat sos tu, kena la hubby call MIL minta resepi.
Katanya cuma perlu 4 bahan - cili kering, nise (gula melaka), bawang putih dan asam keping.
Tapi kuantiti setiap tu kena agak-agak.
Jadi kat sini jot down kuantiti yg saya guna sbg rujukan di masa depan...

Bahan-bahan sos colek perut:
1-2 sudu serbuk cili kering
1 kerek besar nise ( 1 keping gula melaka saiz besar)
1 labu bawang putih
5 keping asam keping
2-3 cawan air
Sedikit garam/gula

Cara nak buat mudah sgt...
Mula2 saya blend air dan semua bawang putih.
Masukkan air yg diblend ke dalam periuk.
Masukkan semua bahan2 lain - nise, cili kering dan asam keping.
Masaklah dengan api sederhana hingga sos jadi pekat.
Pastikan adunan sentiasa dikacau.
Perasakan sedikit garam.
Kalau tak cukup manis, boleh tambahkan gula.

**Sos ni, kalau nak makan masa berbuka.. elok buat pagi2. Atau boleh buat siap2 lepas berbuka utk makan keesokan hari. Lagi lama perangat sos ni, lagi rasa sedap.

Untuk hidangkan colek perut ni...
*Potong kecil2 perut yang dah empuk direbus.
*Potong kecil2 timun.
*Ramas kecil2 keropok ikan.
*Basuh bersih tauge dan buangkan ekornya.
Gaulkan bahan bertanda (*) ikut kuantiti yang dikehendaki.
Kemudian masukkan sos yang dibuat tadi.
Gaul sebati sebelum makan... nyum nyum!

Ni rupa colek perut made in Bradford with love...
Kali ni, berkali kali hubby puji sedap bila makan colek perut ni.
Berkali kali cakap mcm duduk M'sia bila boleh makan colek perut.
Tak tahu la sama ada dia nak ambil hati tukang pembuat atau sbb betul2 sedap.
Kalau si pembuat merajuk lagi, dia juga yg tak dapat makan colek perut... hihihi...

Saturday, July 19, 2014

Biskut semperit susu

Biskut raya pertama yang dah buat utk tahun ni... Biskut semperit susu!
Tercapai juga impian nak buat biskut ni.
Tu pun sebab ada kawan yang datang bantu.
Lepas berbuka dan solat, kami mulakan projek biskut raya.
Buat satu adunan jer, tapi banyak juga yang dapat.

Projek mula dalam pukul 12 tgh malam, siap dalam pukul 1.30 pagi.
Pukul 2 terus panaskan lauk utk sahur.
Sambil buat biskut, sambil borak.
Memang mata tak mengantuk.
Kalau buat sorang2, mau tertidur sorang2 depan oven tunggu biskut masak ;p
Nasib oven kat sini besar. Dua kali bakar dah siap.
Mula la simpan angan2 nak bawa balik oven mcm tu satu utk bawa balik M'sia.

Dah-dah berangan.
Berbalik pada biskut semperit.
Mudah sgt nak buat biskut ni.
Jom tgk bahan-bahannya...

Bahan-bahan...
Satu ketul butter 250gram
satu tin susu pekat
600g tepung jagung (anggaran)

Cara nak buat... 
Pukul butter dengan susu pekat. 
Cukup sekadar dua bahan ni sebati dan mesra jer. 
Tak perlu kembang sangat. 
Kalau dipukul terlalu kembang, kelopak bunga hilang bentuk bila dibakar.
Bila butter dan susu pekat dah cukup mesra, masukkan tepung jagung sikit2. 
Uli la hingga dapat kelembutan doh yang sesuai utk dimasukkan dalam acuan semperit. 
Jangan terlalu lembut atau terlalu keras. So so jer.

Saya juga cuba test dgn acuan semperit. Cubaan kali kedua baru dapat kelembutan doh yg sesuai.
Kemudian, teruskan proses menyemperit hingga selesai. 

Bila buat dua orang, jadi doh pun dah jadi dua warna dan bunga yg dua tingkat.
Ni hasil yg kami dapat lepas siap dibakar...
Rupa tak cantik sgt. Tapi rasa, ok sgt2 tau.
Bila tgk Aisyah duk ralit makan satu-satu, saya pun tegur. "Kakak, biskut tu nak buat raya la."
Balas Aisyah, "Sorry ummi, I can't stop eating this." Sambil terus sambung makan.
Ha, jadi mommies pun boleh bayangkan rasa biskut ni. Memang tak jemu.
Lepas satu, satu rasa nak makan.
Betul la kata orang, memang biskut yang cair di mulut!

Next, rasa nak cuba buat biskut sarang semut pulak.
Setakat ni, saya plan nak buat lagi tiga jenis... Sarang semut, cornflakes dan tart nenas.
Tart nenas akhir sekali sbb ramai peminat.
Kalau buat awal2, mmg tak sempat nak buat makan masa raya.
Itu dari pengalaman tahun lepas la. 

Monday, June 30, 2014

Ramadhan comic

Saja nak share gambar ni dari Facebook...
Walau setan dah diikat,  kita tetap diuji dengan nafsu.
Nafsu banyak cabangnya. Sama-sama kita mendidik nafsu di bula yang penuh barakah ini.

Nak share juga carta ni...
Orang di Sweden kena berpuasa lagi panjang dari kami.
Ni pun kami baru lepas sahur dan solat Subuh.
Mata tak dapat lelap pula.
Tu yg sempat lagi update blog.

NuKilaN:
 

Sunday, June 29, 2014

Tugasan dari nursery

Danish balik dari nuresery hari Jumaat dia bawa benda ni...
Satu teddy bear yang diberi nama Bobby Bear dan satu folder...
Alamak, kena letak gambar Danish dalam tu...
Cerita juga apa aktiviti yang mereka buat sama-sama...
Tapi boleh tgk sample yg kawan2 Danish dan buat.
Tgk tu, Danish pun ralit duk tgk gambar kawan2 dia..
Harapnya dapat siapkan hari ni.

Tak tahu nak masak apa utk berbuka.
Hihihi, baru pukul 12.30 tgh hari, dah fikir waktu berbuka.
Lagi 9 jam kot... Itu la bila jadi mak ni kan?
Irfan nampak dah lembik tu... skrang sdg tidur.
Tak pernah dia tidur siang.
Dah la tadi bangun sahur pukul dua pagi.
Kesian pula kat dia.
Macam mana la kalau sekolah esok.
Cikgu dah beri amaran awal2... budak2 Year 4 dan ke bawah tak digalakkan puasa.
Sebab belum akil baligh katanya.
Kita pula berpegang, melentur buluh biarlah dari rebungnya...
Saya mmg tak paksa Irfan puasa.
Tgk kemampuan dia mcm mana.

NuKilaN:
 

Friday, June 27, 2014

Selamat berpuasa...

Alhamdulillah, kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu lagi bulan Ramadhan pada tahun ni.
Semoga kita sama-sama mengambil peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.
Tahun ni tahun ketiga kami berpuasa di perantauan.
Kena pula tengah-tengah musim summer, jadi tempoh berpuasa lebih kurang 19 jam.
Insya Allah, semoga segalanya dipermudahkan.

Waktu sahur dan berbuka dari Islam Bradford..


Mohon maaf andai ada salah silap sepanjang perkenalan kita.
Selamat berpuasa buat kawan-kawan walau di mana jua anda berada.
Ahlan wasahlan Ya Ramadhan...

NuKilaN:
 

Tuesday, July 30, 2013

Adventerous girl

Bila belek gambar dalam lappy, terjumpa gambar Aisyah kat mini playground di sekolahnya sementara tunggu kelas buka.

Aisyah ni suka sangat panjat panjat. Lagi lasak dari si abang. Kalau tak percaya, cuba tgk gambar ni...

Mula-mula bukan main lagi posing dengan gaya ayu...
Lepas tu Aisyah terus panjat ke atas..
 Sampai laa ke jaringan paling atas sekali...
Tengok la, dah langkah ke bahagian yg berlawanan(tak sempat nak snap gambar masa dia langkah tu sbb saya pun gayat jer masa tgk tu).
Irfan panjat sikit dah mengadu sakit tangan.
 Taraa... cukup satu pusingan.
Adventerous sungguh anak dara nan sorang ni :)

Nota ummi,
Skrang anak-anak sedang bercuti summer holiday. Cuti sekolah dalam 10 minggu bermula dari hari Rabu minggu lepas. Naik semester bulan September nanti, Aisyah dah masuk Year 2 dan Irfan Year 4. Rasa macam cepatnya anak-anak dah besar :)

NuKilaN:
 

Wednesday, July 17, 2013

Dilema puasa Irfan

Kelmarin saya terima panggilan dari sekolah Irfan dalam pukul 2.50 petang. Cikgu memaklumkan yang Irfan mengadu sakit perut dan tak larat untuk meneruskan puasa. Cikgu meminta kebenaran untuk Irfan berbuka dengan meminum air dan meminta saya membawakan makanan manis untuk Irfan mengalas perut sebelum balik ke rumah.

Tanpa berlengah, saya terus ke sekolah dengan membawa buah kurma, air jus dan coklat. Tiba di sekolah, saya dapati Irfan berbaju sukan. Mungkin dia tak larat sebab bersukan. Walaupun Irfan keberatan untuk berbuka, tapi dia juga terpaksa akur dengan kehendak pihak sekolah. Namun, saya boleh nampak raut muka Irfan yang penuh kekecewaan bila disuruh berbuka. Kesian pula. Semangat dia dah cukup kuat, cuma persekitaran yang tidak menggalakkan anak-anak seusia Irfan untuk berpuasa.

Sebelum ni, ada juga saya tanyakan Irfan. Ada tak kawannya yang puasa? Irfan cakap, yang dia dan seorang lagi budak perempuan yang berpuasa. Yang lain-lain belum puasa (walaupun dalam kelas Irfan 80% adalah pelajar muslim). Sebab tu cikgu2 macam tak berapa yakin yang pelajar seusia Irfan mampu untuk berpuasa penuh.

Masa di sekolah, cikgu ada cakap yang Irfan satu-satunya pelajar yang berpuasa dalam kelasnya. Yang lagi seorang adalah budak kelas sebelah. Cikgu ada juga bertanya, kenapa Irfan tetap berkeras nak puasa? Saya pun cakap yang itu adalah kehendaknya. Mungkin sebab dia dah mula berpuasa dari umur 6 tahun. Dan Irfan sendiri yang menetapkan target untuk berpuasa penuh pada tahun ini. Sebagai mak, saya cuma memberi sokongan dan galakan pada Irfan walau kadang2 saya pun rasa kesian tgk dia menahan lapar selama 18 jam.

Banyak juga yang saya kena soal selidik walaupun cikgu tahu yang Irfan berpuasa adalah atas kehendaknya. Cikgu juga terkejut bila saya beritahu yang Irfan boleh bangun sahur dan makan dengan berselera pada pukul 2.30 pagi. Cikgu ada juga beri cadangan supaya Irfan mula puasa dari sarapan pagi pukul 8.00 pagi. Tapi Irfan dah faham apa itu puasa. Kalau pukul 8 baru makan, tu dah tak kira puasa.

Bingung juga saya dibuatnya. Hari ni pula, bukan main marah lagi Irfan bila sedar waktu pagi dan dia tak sempat nak bersahur. Rupanya dia tetap nak puasa hari ni. Bukan main susah nak pujuk dia supaya makan sarapan. Pagi-pagi dah berlaku drama air mata. Saya cuma beri Irfan dua pilihan:
1) Boleh teruskan puasa tapi tak boleh pergi sekolah
2) Makan sarapan dan boleh ke sekolah. Esok sambung puasa lagi.

Nasib baik Irfan setuju dengan pilihan kedua.


NuKilaN:

Thursday, July 11, 2013

Irfan dan puasa

Alhamdulillah, hari pertama puasa bagi Irfan berjalan dengan lancar. Sebenarnya bukan main semangat lagi Irfan nak puasa penuh tahun ni. Dah beberapa minggu asyik duk tanya bila mula puasa.

Dia lagi teruja bila dapat surat kebenaran berpuasa dari sekolah. Pelajar Year 3 macam Irfan dibenarkan oleh pihak sekolah untuk berpuasa dengan syarat ibu bapa kena menjemput pelajar dari sekolah semasa lunch hour dan menghantar semula ke sekolah apabila tamat lunch hour. Nasib baik sekolah dekat jer. Mudah la sikit nak menjemput dan menghantar Irfan semasa tengah hari.

Maka pukul 12.15pm kena jemput Irfan dari sekolah dan hantar semula ke sekolah pada pukul 12.50 pm.

Posing sebelum ke sekolah waktu pagi - 8.40 pagi...


Saya tak pernah paksa dan selalu jer cakap, "Kalau tak tahan, boleh jer berbuka." Tapi Irfan mesti jawab, "Takpe... abe kuat.".

Saya pula yang macam kesian. Kalau tahun lepas, kebetulan puasa jatuh masa summer holiday, tapi tahun ni puasa masa minggu-minggu terakhir sebelum summer holiday. Tentu sekali cabaran berpuasa lebih besar buat Irfan kali ni. Tapi masa hari pertama kelmarin, Irfan telah membuktikan yang dia kuat utk berpuasa selama 19 jam. Syabas Irfan!

Aisyah? Belum nak cuba puasa. Nanti cuti sekolah nanti baru nak cuba pujuk dia puasa separuh hari. Harapnya Aisyah pun akan cuba berpuasa tahun ni.


NuKilaN:
 

Tuesday, July 9, 2013

UK juga puasa hari Rabu

Kalau tahun lepas, kami kat UK ni puasa sehari awal. Tapi tahun ni, kami pun mula puasa hari Rabu juga. Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ni.

Kebetulan tahun ni puasa betul-betul masa summer. Masa puasa pun agak panjang iaitu dalam 18 jam. Teringat kata-kata Ustaz Daud semasa sesi tazkirah bulan lepas. Orang di Malaysia diuji dengan cuaca yang panas dan dahaga manakala kami di sini diuji dengan tempoh puasa yang panjang. Walaupun musim panas, tapi puasa tak begitu terasa dek 'aircond' semula jadi yang selalu terpasang.
Nak rasa aircond, buka jer tingkap.... Alhamdulillag, rasa nyaman sekali :)
Pic saya snap pukul 9.00 malam kelmarin...
Teringat pula kalau kat Malaysia, mesti tunggu depan tv untuk tunggu pengumuman puasa.
Peyimpan mohor besar raja-raja

Tapi kat sini, tunggu depan komputer jer update dari masjid-masjid yang terdekat. Dalam pukul 6 waktu tempatan, IslamBradford dah update status ni di laman facebook...


Dalam pukul lapan pula, Masjid Doha update status berikut...
Begitu juga dengan Education Malaysia di UK. Mereka juga megumumkan tarikh yang sama.

Alhamdulillah, semua masjid terdekat dan Education Malaysia mengumumkan tarikh yang sama. Kalau tarikh tak sama, pening juga. Nak ikut yang mana satu?

Selamat berpuasa to all mommies/readers. Semoga puasa tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insya Allah... sama-sama kita merebut ganjaran di bulan yang mulia ini :)

NuKilaN:
   
Related Posts with Thumbnails