Showing posts with label prestasi. Show all posts
Showing posts with label prestasi. Show all posts

Tuesday, September 20, 2016

Sibuk...

Minggu ni sangat sibuk dan kemuncak sibuk adalah pada minggu depan.
Ada event besar yang kena handle minggu depan.
Banyak lagi persiapan yang perlu dilakukan.
Berdebarnya rasa.

Tapi dalam sibuk tu, tiba2 rasa terawang-awang bila baca komen pelajar berkaitan pengajaran dan pembelajaran untuk semester lepas...


Betul la kan, kita yang "tua" ni pun makan pong!
Senyum lebar hingga ke telinga baca komen2 ni...'
They really made my day :)
Tiba2 rasa semangat nak pergi kelas petang ni  (^__^)

Honestly, lepas balik dari cuti belajar rasa sangat stress bila pergi kerja.
Banyaknya Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yg nak kena capai.
Tak capai SKT, dah boleh kena exit polisi.
Sangat berbeza dgn suasana kerja sebelum tahun 2012.

Bila dapat compliment macam ni, jadi la ubat sikit untuk pergi kerja.
Rasa diri diperlukan.
Rasa diri dihargai.
Rasa ada lagi tanggungjawab utk mendidik anak2 yg sentiasa dahagakan ilmu.

Apa2 pun, kena cuba buat yg terbaik.
Mengeluh pun tak guna.
Hanya mampu mengadu pada-Nya.

Btw,semoga event minggu depan berjalan lancar.
Doakan saya yer...


Sunday, June 28, 2015

Well done, Danish!

Saya pernah tulis pasal salah satu impian Danish untuk dapat gelaran Learning Superstar dalam kelasnya dalam entry Dream Big.
Tengok lah muka happy Danish bila dapat gelaran Learning Superstar...
Sebenarnya ni kali kedua Danish dapat gelaran Learning Superstar.
Masa dia dapat gelaran kali pertama tu, saya tak sempat nak rekod dalam blog.
Tengah sibuk menulis tesis masa tu.
Tak sempat nak tulis entry dalam blog.

Yang saya ingat, boleh dikatakan tiga minggu berturut-turut kami menghadiri perhimpunan mingguan sekolah anak-anak untuk meraikan kejayaan mereka.
Dimulakan dengan Aisyah, minggu lepas tu Irfan dan akhir sekali Danish.
Dan hari Jumaat lepas, lagi sekali Danish terima gelaran Learning superstar.
Bukan main happy dia bila dapat medal dan juga sijil.
Yang pasti, ini salah satu yang anak-anak bakal rindui bila balik M'sia nanti - perhimpunan mingguan untuk meraikan kecemerlangan pelajar.

Semasa perhimpunan mingguan, bukan sahaja pelajar diberi anugerah Learning superstar, tetapi setiap kelas berlumba-lumba mencapai kehadiran peratus tertinggi setiap minggu.
Seronok saya lihat telatah anak-anak bersorak riang bila diumumkan kelas mereka mempunyai peratusan kehadiran yang tertinggi.
Unik betul cara mereka beri galakan pada pelajar untuk hadir ke sekolah setiap hari!

Friday, December 19, 2014

End of term 1

Hari ni hari terakhir anak2 sekolah untuk tahun ni.
Sekolah akan bercuti dua minggu hingga tahun depan.
Jadi hari ni mereka ke sekolah tanpa memekai uniform.
Balik sekolah, masing2 eksaited tunjukkan hadiah yang mereka dapat dari sekolah.
Jadi saya pun tangkaplah gambar sebagai kenangan di akhir tahun....
 Danish buat kali pertama dapat gelaran Champion Mathematician of the week!
Dia yang paling teruja tunjukkan sijil dan hadiah yang dia dapat.
Tahniah Danish, ummi really proud of you :)

Eh, entry terakhir hari Khamis lepas.
Penangan cuaca yang sgt sejuk, kami sekeluarga tak sihat.
Semua kena batuk.
Batuk yg agak terrible hingga rasa nak putus urat perut bila batuk tanpa henti.
Alhamdulillah, hari ni baru rasa fully recovered dan boleh buat kerja semula.

NuKilaN:
 

Friday, July 18, 2014

Hari terakhir persekolahan

Hari ni hari terakhir persekolahan anak-anak bersekolah utk sesi 2013/2014.
Sekolah akan dibuka semula 3 Sept nanti.
Belum plan lagi nak bawa budak2 jalan2 ke mana sempena summer holiday nanti.

Hari ni juga saya dijemput utk menghadiri perhimpunan mingguan sekolah.
Alhamdulillah, sekali lagi Aisyah dapat gelaran Learning superstar.
Bukan learning superstar of the week, tapi learning superstar of the Year!
Selain sijil, dapat juga medal dan voucher buku GBP10 (dalam RM50++).
Boleh la bawa Aisyah beli buku nanti.

Tuesday, May 20, 2014

Numeracy workshop

Dah tiga minggu berturut-turut cikgu kelas Year 2 anjurkan workshop utk parent. Minggu pertama Reading workshop, lepas tu Writing workshop dan hari ni Numeracy workshop. Ha, parent pun turut turun padang untuk membantu anak-anak bagi menghadapi ujian SAT. Ujian SAT tu akan bermula pada bulan depan, iaitu hari Isnin, 9 Jun nanti.

Eh, apa tu SAT? SAT adalah ringkasan daripada Statutory Assessment Test. Untuk primary school, pelajar kena menduduki dua kali SAT iaitu masa Key Stage 1 (Year 2) dan Key Stage 2 (Year 6). Untuk Year 2, pelajar akan dinilai dari segi reading, writing dan math. Untuk setiap subjek, pelajar perlu menguasai sekurang-kurangnya level 2b. Saya pernah letak level expected at the end of the year dalam entry ni. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal SAT, boleh tgk link ni.

Jadi bila cikgu panggil ibu bapa ni, kami didedahkan bagaimana cara cikgu2 mengajar murid-murid dalam kelas dan bekalkan resources utk anak-anak buat latihan di rumah. Seronok tgk cara cikgu-cikgu ni menagajar. Insya Allah, kalau ada masa saya kongsikan aktiviti-aktivit yang cikgu2 cadangkan tu. Then let the pictures tell the story...

Aisyah sedang buat latihan take away....
Ada dua kaedah yang cikgu2 guna, satu menggunakan kaedah garis nombor dan lagi satu "ten and unit". 

Ni cikgu kelas Aisyah masa Year 1, Mrs Kaur.
Mrs Kaur pula terangkan cara mengajar utk operasi darab dan bahagi. Utk operasi darab dan bahagi pula, ada dua kaedah yg mereka guna iaitu garis nombor atau array. Jadi boleh buat latihan dengan kaedah yg anak-anak kita selesa. Bagi Aisyah, dia lagi suka kaedah garis nombor utk buat operasi bahagi.

Aisyah yang ralit buat latihan...
Ni pula Miss Day, cikgu kelas Aisyah masa Reception. 
Cikgu yang paling Aisyah suka. Beria buat latihan masa giliran Miss Day ni sebab tak sabar nak tunjukkan jawapan yang dia buat. 

Utk menggalakkan pelajar2 buat latihan, ada juga mereka gunakan permainan "snake and ladder". Setiap kali kita berhenti pada petak soalan, kena cuba selesaikan soalan dulu baru boleh meneruskan permainan. Jadi mmg happy bila dapat belajar sambil bermain....

Nota ummi,
Tinggal lagi dua minggu lebih Aisyah nak exam. Saya pun tumpang nerbes. Kali pertama Aisyah akan menduduki test. Ummi doakan Aisyah dapat buat yang terbaik. Cuti minggu depan kena banyak-banyak buat gerak gempur.

Saturday, October 26, 2013

Bermula cuti sekolah seminggu

Sedar tak sedar, hari sekolah ni anak-anak dah mula cuti pertengahan term utk Autumn. Rasa mcm baru mereka masuk sekolah bulan September lepas. Cepatnya la masa berlalu. Bermula minggu depan anak-anak akan mula bercuti selama seminggu.

Tak sempat pun update pencapaian anak-anak sepanjang first term yang lepas. So buat satu entry sekali harung sbg kenangan pencapaian anak-anak utk first term yang lepas.

Dua minggu lepas, saya berpeluang menghadiri perhimpunan mingguan sekolah sempena Aisyah menerima Learning Superstar. Biasa abah jer yang jadi wakil. Kali ni saya yang attend majlis tu. Kali terakhir saya attend masa Aisyah kat reception. Skrang dah Year 2 pun. Jadi sempat la snap sekeping gambar dalam hall buat kenangan.
Aisyah posing dgn sijil dan medal selepas terima award
sebab terpilih menerima Learning Superstar...
Kat sini, dengar cakap cikgu pun boleh dapat award. Pandai betul mereka beri galakan pada para pelajar. Teringat pula kata cikgu kelas Aisyah semasa perjumpaan sempena target day. Kata cikgu, "I need more Aisyah in the kelas". Hehehe, macam comel jer cikgu kata macam tu. Senang kerja cikgu bila semua dengar kata macam Aisyah agaknya.

Kelmarin juganampak Irfan pakai stiker "Deputy Head Teacher Award". Saya tanya, "Abe dpt learning superstar ke?". Irfan cakap, "Tak, dapat best mathematician jer". Anak lelaki macam tu la. Terlebih cool. Langsung tak excited bila dapat award. Bila geledah beg sekolah, saya jumpa sijil ni...

Champion mathematician of the Half Term :)
Ni kali pertama Irfan dapat Champion Mathemation utk half term. Tahniah Irfan!
Disuruh posing pun buat muka mcm2
Sebelum ni, Irfan dah dapat gelaran mathematician of the week. Juga kes yang sama. Jumpa sijil ni bila check beg sekolah. Ntah bila Irfan dapat pun tak tahu.... huhuhu
Champion of the week
Tgk abang posing, Danish pun nak interpreme....
Posing dgn kasut but pun jadi laa...
Danish pun dah makin serasi dengan nursery sekarang ni. Bangun pagi, tak perlu kejut. Kadang-kadang bersiap sendiri lepas gosok gigi. Selalu eksaited nak ke sekolah setiap pagi. Alhamdulillah, lega hati ummi.

Saturday, September 14, 2013

Learning superstar

Tak sangka utk perhimpunan mingguan yg pertama bagi semester ni, Irfan pelajar yg pertama menerima gelaran learning superstar dalam kelasnya. Tahniah Irfan!!!

Muka happy dapat learning superstar :)
Kakak pun posing sekali
Sijil yang Irfan dapat...
sebab Irfan dapat gelaran Learning Superstar
Selain sijildapat school badge dan stiker dari guru besar

Untuk sesi persekolahan yang baru bermula minggu ni, Irfan dan masuk Year 4. Yang lagi best, bermula minggu ini juga dia belajar swimming di sekolah. Untuk semester nihanya pelajar lelaki yang belajar renang.  Kelas swimming adalah setiap hari Isnin. Bukan main seronok dia cerita pengalamannya belajar renang buat kali yang pertama :)

Monday, June 17, 2013

Cara berbeza

Terima kasih pada yang ucapkan tahniah pada Aisyah dalam entry lepas. Insya Allah, bila berkelapangan saya akan cuba balas komen satu persatu lepas ni.

Bila baca komen-komen tu, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit berkaitan perbualan saya degan guru kelas Aisyah masa awal semester (telah dialih bahasa).

Cikgu: Setakat ni, Aisyah menunjukkan minat yang baik dalam kelas. Cuma agak susah untuk dengar suara dia. Adakah dia juga pendiam di rumah?

Saya: Ooo, yeke? Kalau kat rumah, Aisyah jenis yang banyak cakap.

Cikgu: Hurm, kalau macam tu mesti ada yang tak kena masa dia kat sekolah.

Saya: Mungkin sebab dia belum fasih English lagi. Sebab tu dia agak malu untuk bersuara.

Cikgu: Yea, saya tahu yang agak sukar bagi Aisyah belajar bahasa baru.

Saya: Jadi, ada tak cadangan cikgu yang saya boleh tolong Aisyah di rumah?

Cikgu: Tak, bukan itu maksud saya. Mungkin cara pendekatan saya yang tak kena. Saya kena gunakan cara lain untuk menggalakkan Aisyah bercakap.

Dan panjang lagi perbualan kami lepas tu.

Personally, saya agak terkejut dengan jawapan cikgu. Sangat berbeza dengan apa yang saya alami di sekolah Irfan semasa dia seusia Aisyah. Kalau dulu, cikgu lebih menyalahkan Irfan bila tak pandai baca. Selalu juga cikgu pesan supaya rajin mengulangkaji masa di rumah. Budak lelaki umur lima tahun mana la mahu baca buku di rumah. Buat homework pun selalu kena umpan.

Tapi cikgu di sini sangat berbeza. Mereka sangat prihatin dgn pencapaian pelajar-pelajarnya. Pelbagai pendekatan digunakan supaya pelajar tidak bosan untuk belajar. Tidak hairanlah jika anak-anak banyak menyebut nama cikgu mereka semasa di rumah. Kalau Aisyah, siap tiru gaya cikgu mengajarnya bila belajar bersama Danish :)

Dan sekarang cikgu tu telah membuktikan yang dia berjaya menjadikan Aisyah pelajar yang boleh bercakap dalam kelas. Terima kasih cikgu :)

NuKilaN:
 

Sunday, June 16, 2013

Skrip Learning Superstar

Bagi memenuhi permintaan Aisy dalam entry Perhimpunan Mingguan bulan lepas, saya tempekkan gambar sijil yang Asyah terima.


Tak memerlukan pencapaian yang sangat gah baru akan diberi sijil. Dari seorang pelajar yang pendiam, Aisyah akhirnya jadi pelajar yang berani bersuara. Itu pun cikgu kelas beri sijil :)

Akhir sekali, jom layan gelagat penerima sijil bersama adiknya...



Nota ummi,
Pernah juga saya tulis catatan pasal Aisyah menerima learning superstar. Boleh tgk sini (masa kelas reception)  dan sini (masa awal semester Year 1)...

NuKilaN:
 

Monday, May 13, 2013

Perhimpunan Mingguan

Di sekolah anak-anak, perhimpunan sekolah diadakan setiap hari Jumaat, iaitu hari terakhir persekolahan setiap minggu. Yang menariknya, perhimpuan diadakan untuk meraikan kejayaan para pelajar setiap minggu (sesuai dengan penilaian berterusan dalam sistem mereka).

Untuk setiap kelas, tiga anugerah akan diberikan iaitu Champion writer of the week, Champion reader of the week dan Champion Mathematician of the week. Setiap champion untuk setiap kategori dari setiap kelas akan diberi sekeping sijil.

Kemuncak perhimpunan, setiap kelas akan mengumumkan Learning Superstar masing-masing yang akan mendapat sijil dan juga medal. Yang istimewanya, penerima anugerah Learning superstar akan menerima anugerah di hadapan ibu bapa yang akan dijemput sama semasa majlis berlangsung.

Minggu lepas merupakan giliran Aisyah menerima gelaran Learning Superstar (kali kedua untuk tahun ni). Walaupun di sekolah tidak dibenarkan mengambil gambar, tapi sempat juga curi snap beberapa keping gambar semasa majlis berlangsung (tapi agak senget benget).

Sebaik sahaja nama superstar diumumkan, gambar akan terpampang pada skrin dewan...
Aisyah Azahan dari 1BK...
Kelihatan Aisyah sedang melangkah ke depan dewan
Apabila Aisyah telah ke depan, guru besar akan membacakan skrip kenapa Aisyah menerima gelaran Learning superstar pada minggu tu...
Skrip dibaca sambil guru besar memeluk pelajar...
Nampak kemesraan di antara guru dan pelajar :)

Aisyah yang malu-malu
Kemudian guru besar akan menyerahkan sijil kepada Aisyah dan semua superstar akan duduk di bangku depan dewan.
Sebelum duduk, Aisyah disarungkan medal oleh wakil pelajar.

Lagi satu yang menarik, majlis ni dikendalikan oleh pelajar2 senior. Mereka yang akan memasang powerpoint, menyediakan PA system, dan menyambut kedatangan ibu bapa


Selepas kesemua learning superstar diumumkan, semua yang menerima anugerah dibenarkan untuk menunjukkan medal dan sijil masing2 ke pada ibu bapa di belakang dewan. Jika ibu bapa tidak hadir, pelajar  akan menunjukkan medal tersebut kepada guru kelas masing-masing :)

Tahniah Aisyah :)

NuKilaN:
 

Wednesday, February 27, 2013

National Curriculum di England

Pagi tadi saya ada meeting dengan guru kelas Irfan, Mrs Wilson. Alhamdulillah, dia kata Irfan is a very lovely boy, brilliant and work hard. Secara keseluruhan, pencapaian Irfan adalah baik terutama dari segi komponen Math and Writting.

Cikgu sangat memuji keupayaan Irfan menjawab soalan matematik di kepala (he is good with head calculation). Cuma kena banyakkan membaca di rumah. Untuk peringkat ini, Irfan bukan sahaja perlu tahu baca, tapi dia juga mesti boleh faham dengan baik apa yang dia baca dan boleh ceritakan semula apa yang telah dibaca. So saya kena mainkan peranan untuk bertanya beberapa soalan setiap kali selepas Irfan baca buku. Lepas ni kena gerak gempur Irfan - must read at least one book per day!

Kemudian dia menyerahkan keputusan Irfan. Agak saya, melihatkan muka with no feeling Mrs Wilson bertanya adakah saya faham apa tertulis atas kertas. Bila saya geleng, dia tanya lagi, "Do you know about national curriculum in England?". Melihatkan saya menggeleng kepala buat kali kedua, Mrs Wilson menerangkan secara panjang lebar tentang national curriculum.

Sekarang baru saya boleh faham sikit sistem kurikulum di UK ni. Rasanya sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) pun mengikut model yang sama. Setiap tahun, pelajar dikehendaki mencapai level yang telah ditetapkan dalam jadual di bawah:
So untuk Year 3, Irfan kena capai sekurang-kurangnya level 2a untuk komponen Reading, Writting dan Math. Untuk setiap level, ada 3 sub level, iaitu 1a, 1b dan 1c. Bila pelajar telah mencapai level 1c, pelajar perlu menguasai level 1b pula dan seterusnya level 1a. Bila dah capai level 1a, baru pelajar beralih ke level 2c dan seterusnya.

Pencapaian sehingga hari ni, Irfan telah berjaya mencapai level 2b untuk komponen Writting dan Maths. Tinggal lagi satu level untuk Irfan capai, iaitu 2a. Cume komponen reading yang Irfan kena usaha lebih sikit sebab dia masih di level 1b. Ada lagi empat level yang Irfan kena capai sebelum sekolah berakhir di bulan Julai nanti. Insya Allah, ummi doakan Irfan terus berjaya dan dapat membaca dengan lebih baik lagi, amin!

NuKilaN:

Friday, February 1, 2013

Pencapaian Semester Autumn

Sistem penilaian di sekolah anak-anak sangat berbeza jika dibandingkan dengan M'sia. Dari sekolah tadika lagi anak-anak dah terbiasa dengan peperiksaan. Kita dah biasa di M'sia anak-anak kena ambil ujian dan pencapaian diukur dengan markah yang anak-anak perolehi.  Kalau dapat 100%, mak ayah pun rasa nak melompat sama :)

Berbeza dengan sistem di sini, bukan setiap semester/tahun anak-anak kena ambil peperiksaan. Sepanjang mereka belajar di primary school, para pelajar hanya akan menduduki dua jenis peperiksaan sahaja, iaitu Key stage 1  (KS1) dan key stage 2. Maklumat tentang KS boleh rujuk jadual di bawah:


Walaupun Irfan dah masuk Year 3, tapi dia belum lagi mengambil peperiksaan KS1. Mungkin sebab Irfan belum mencapai tahap untuk mengambil KS1. Mungkin tahun ni Irfan kena menduduki ujian tersebut (banyaknya kemungkinan... hehhehe).

Bila tiada ujian, macam mana mereka menilai pencapaian pelajar? Penilaian terhadap pelajar adalah secara berterusan. Cikgu dan rakan sekelas akan membuat assessment dari semasa ke semasa. Sebab tu mereka adakah perhimpunan setiap minggu untuk mengiktiraf pencapaian pelajar (macam anak-anak dapat gelaran Learning Superstar).

Masa awal semester Spring hari tu, cikgu ada beri keputusan anak-anak pada semester lepas.

Pencapaian Irfan
Pencapaian Aisyah
Key bagi setiap column

Alhamdulillah, anak-anak berjaya mencapai target yang ditetapkan di awal semester. Ada juga subjek yang pencapaiannya lebih tinggi dari target awal semester. Saya lega sebab anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran di sini.

Yang bahagian kehadiran, dua dua tak dapat 100% sebab saya ambil cuti masa mengikut lawatan Cruise 1Malaysia. Di sini, ibu bapa dibenarkan mengambil cuti untuk anak-anak selama 10 hari dalam setahun :)

NuKilaN:
 

Related Posts with Thumbnails