Showing posts with label pantai. Show all posts
Showing posts with label pantai. Show all posts

Monday, March 18, 2019

Berbasikal ke pantai

Rumah kami ni memang dekat sangat dengan pantai.
Kadang2, pergi naik kereta.
Bila nak balik rumah dan baju dah basah main air, anak2 balik jalan kaki jer.. hehehe

Hari Jumaat lepas, kali pertama kami ke pantai naik motor dan basikal.
Of course, Aisyah dan Danish aje lah yg naik basikal.
Kami empat orang (saya, abah, firas dan Aina) naik motor.

Dalam pukul 7 lebih dah turun dari rumah.
Sempat lah tengok sunrise kat pantai.

Cantik jer view, tapi sakt pula mata bila tengok sampah sana sini.
Ada masa, boleh boleh aktiviti gotong royong bersihkan pantai.
Sempat tgk sunrise walau matahari malu2 di sebalik awan.
Dan penat main pasir, jom kita balik.
Aktiviti kat sana nanti saya update kemudian.


Hati2 nak lintas jalan.. jalan ni dikira jalan besar jugak.. banayak kereta yg drive laju... huhuhu


Itu jer kisah kami pagi Jumaat lepas.
Aina pun happy dapat naik motor pergi pantai :)

Tuesday, August 15, 2017

Indahnya matahari terbit..

Masa kat Bradford, suka update pasal bunga-bunga bila musim bunga.
Maklum laa, mcm2 jenis bunga cantik yg keluar.

Balik M'sia, suka pula share pasal pantai.
Maklumlah, rumah dekat sgt dengan pantai.
Rasa tenang jer bila balik kerja tengok pantai.
Apatah lagi bila dapat tengok matahari terbit setiap pagi.
Setiap pagi, lukisan alam yang berlainan terhidang.
Subhanallah!

Ni sunset hari Jumaat lepas.
 Aisyah, Irfan dan Danish...
 Tak ketinggalan Aina..
Ni dari lensa kawan pada masa yg sama..
Juga yg ni..
Cantik,kan?

NuKilaN:
 

Thursday, March 17, 2016

Al-Fatihah buat mangsa lemas

Semalam warga UMT dikejutkan dengan berita kehilangan seorang pelajar UMT yang dilaporkan lemas di Pantai Tok Jembal.
Berkat ikhtiar, bantuan dan sokongan dari semua pihak, mayat mangsa telah ditemui pada jam 14:36:38 (sumber dari sini).
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 soleh.


Sayu dan pilu pilu tengok muka mak dan ayah arwah.
Semoga Allah beri mereka kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi kehilangan ini.
Al-Fatihah.

NuKilaN:
 

Sunday, January 31, 2016

Aktiviti hujung minggu

Masa kat UK, hujung minggu biasanya kami suka ke carboot, ke taman atau bawa anak2 shopping.
Balik kat KT, dah susah nak jumpa carboot (walaupun ada kwn yg kata ada juga carboot di KT ni).
Nak shopping, mmg tak lah dengan keadaan ekonomi skrang ni.
Kena jimat selagi boleh.
Nak ke taman, memang susah nak cari taman berdekatan yg best.
Lagipun tak best nak lepak kat taman dengan cuaca yg panas sekarang ni.

Dah namanya duk kat Terengganu, pastilah tepi pantai jadi pilihan untuk lepak di hujung minggu.
Sampai menikmati angin pantai, sambil kunyah kudapan yang dijual.
Habuan kami petang semalam.. kerepok lekor tu memang menu yg wajib...
Basahkan pula tekak dengan coconut shake... Yg milo tu pilihan Danish..
Lepas isi perut. boleh la berkubang dalam pasir pantai...
Dah macam penyu nak bertelur gayanya....
Irfan dan Aisyah bermain di gigi air...
Sekali sekala rasa seriau juga bila tengok ombak yg mengganas....
Nak ajak balik pun, berkali kali panggil baru mereka mengalah.

Nota ummi,
Minggu lepas ombak sangat tinggi disebabkan air pasang besar. Ada juga beberapa rumah di tepi pantai yang musnah ditimpa ombak. Kesian pula penduduk yang menjadi mangsa akibat penambakan laut tanpa kajian yang teliti.
Related Posts with Thumbnails