Showing posts with label autumn. Show all posts
Showing posts with label autumn. Show all posts

Thursday, October 9, 2014

Ada yang kenal?

Sebagai memenuhi permintaan Dana...
Saya letak gambar "pokok putih" dalam entry WW semalam...
Enjoyss...




Gambar cilok dari FB adik Hanum.... Thanks dear!
Tapi maaf yer Dana, saya tak kenal la pula nama pokok ni.
Harapnya ada yang kenal pokok ni dan sudi membantu :)

NuKilaN:
 

Tuesday, September 9, 2014

Apple picking

Pengalaman kali pertama ke ladang epal yg sgt mengujakan!
Sebelum ni cuma bawa anak-anak picking kat taman universiti jer.
Tak sangka tahun ni ada rezeki utk bawa anak2 picking epal sebelum balik M'sia tahun depan.

Ni harga utk picking epal tu...
Tapi hanya epal jenis Katy jer yg boleh ready utk picking walau ada lagi beberapa jenis epal lain dekat ladang tu.
Anak2 dara yg dah tak sabar nak petik epal...
 Lagi pemandangan pokok epal...
 Kawasan ni banyak epal jenis hijau... dah terbayang bayang apple pie bila tgk epal ni... Tapi sayangkan belum boleh petik... petik gambar aje lah dulu buat kenangan..
 Aisyah bergambar dgn epal jenis Fiesta... Juga epal jenis hijau...
Off topic kejap... Nak mengumpat pasal anak dara ni.. Entah fesyen rambut apa yg dia buat tu. Sekarang ni susah sgt saya nak ikat rambut dia. Semua dia nak buat sendiri. Mungkin fesyen rambut yg saya buat dah outdated. Asyik "Pony Tail" aje yg tahu. Tapi bila dia buat sendiri, nampak kelakar pun ada. Tapi si ummi kena redho aje lah... Anak dara dah makin besar katakan... Biar dia bereksperimen sendiri, yer dak???

Danish pun tak lepas peluang utk melamar si Katy...
 Hah tengok lah.... masing-masing dah sangat teruja duk petik epal2 yang sedang masak meranum tuh...
 Tak ketinggalan dak danish ni... Nasib baik pokok epal tu rendang sajork...
Sambil petik, sambil makan... aummm... nyum nyum... Haih, tgk si Khaleef kunyah epal ni pun rasa nak ke sana lagi....
 Another view from different angle....
 Ada jugak gambar Irfan.. Ehsan dari FB kak Fauziah...
Selain epal, ada jugak pear kat sana.. Yang tu lain entry lah yer.. Stay tuned!

NuKilaN:
 

Wednesday, December 4, 2013

WW ::: Beri itik makan...

Menghabiskan sisa roti di Lister Park...
Lagi gambar sambungan WW minggu lepas



Elok jer itik2 berenang dlm barisan



NuKilaN:
 

Wednesday, November 27, 2013

WW ::: Goodbye Autumn....






Gambar dua minggu lepas... 
Agaknya skrang ni semua pokok2 tu dah botak....

NuKilaN:
 

Tuesday, November 19, 2013

Autumn and sleet

Sekarang masih lagi musim luruh. Banyak lagi daun yang tunggu masa untuk gugur.
Pemain bola saya sedang posing berlatar belakang autumn leaves
Tapi, musim luruh tahun ni sangat sejuk. Ni printscreen  weather forecast yang saya buat semalam bagi minggu ni..
Ramalan cuaca minggu ni

Eh, esok turun sleet? Biar betul.... belum lagi masuk winter tapi dah ada sleet. Agak2, ada tak yg tanya apa itu sleet? Kalau orang tak tanya pun, saya nak beritahu juga. Sleet tu hujan yang bercampur dgn salji. Jadi hujan salji yang manja2 jer. Biasanya boleh nampak hujan salji, tapi tak melekat di tanah sebab sleet tu terus cair.

Patutlah sebelah pagi skrang ni sangat sejuk. Air embun pun dah bertukar jadi ais.
Rumput putih berais di waktu pagi
Pergi hantar anak-anak ke sekolah pagi ni pun rasa sejuk yang lain macam. Menyucuk-nyucuk hingga ke tulang hitam. Aisyah menggigil gigil luar kelas sementara tunggu kelas buka. Padahal dah pakai tiga lapis baju dan winter coat. Di sekitar kawasan sekolah juga dah ditabur dengan garam utk mencairkan ais. Tu pun masih ada pelajar yang jatuh akibat licin permukaan yang berais. Balik rumah dan buka muka buku, ada kawan kat Aberdeen update yang kat sana dah snow pun hari ni.

Nota ummi,
Awal tahun hari tu, snow di musim bunga. Akhir tahun pula, snow di musim luruh.

NuKilaN:
 

Saturday, November 16, 2013

Header baru lagii...

Dari bulan May hari tu guna header yg ni...
Ni gambar tiga beradik masa musim spring. Ingat nak update header masa musim panas, tapi tak sempat. So, kali ni header musim luruh pula :)

Bukan senang nak snap gambar budak2 bertiga ni. Mcm mana karenah. Cer tgk telatah mereka masa nak rakamkan gambar ni...

Adik nampak flight, tu yang dia tunjuk ke atas....
 Si abang pula buat muka notty....
 Ni kakak pula yang terlebih tunduk, adik dan abang pandang ke lain...
 Adik dah nak pergi ke tempat lain, dan si abang pula dgn mulut nganga...
Dalam byk2, rasanya yg ni la yang paling sesuai utk buat header...

Tapi adik pula yang jelirkan lidah... abaikan je la.. huhuhu

NuKilaN:
 

Saturday, November 2, 2013

Colours of Autumn II


Lokasi: Lister Park, October 2013








 Bila musim bunga, saya suka post gambar-gambar bunga.
Masuk musim autmn, jangan marah bila saya banyak post gambar pokok dgn daun yang pelbagai kaler ni...
Subhanallah, mmg kagum dgn alam ciptaan Allah...
Syukur kerana diberi peluang utk menikmati keindahan negara empat musim...


NuKilaN:
 

Monday, October 28, 2013

Pet a.k.a haiwan peliharaan

Disebalik daun, Aisyah terjumpa sejenis serangga...
Dia tanya saya, "Ummi, boleh tak kakak nak simpan buat pet?".
Hehehe, macam-macam la kakak ni....

Siap mesyuarat lagi tiga beradik tu...
Lama juga mereka duk belai 'pet' yang mereka jumpa tu...

 Bukan main lagi duk tilik pet tu...
Nak tahu tak, apa yg mereka cadang nak jadikan pet tu....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Hahahha, lady bird jer pun....
Kali pertama mereka jumpa ladybird kat UK ni...
Tu yg eksaited semacam hingga beria nak jadikan haiwan peliharaan...
Tapi tak tahan lama...
Belum sempat bawa balik, ladybird dah terbang :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails