Showing posts with label cuti Amsterdam. Show all posts
Showing posts with label cuti Amsterdam. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Hop On Hop Off Bus

Lagi sambungan kisah di Amsterdam....

Sebenarnya ada dua pilihan untuk ronda sekitar Amsterdam. Pertama, naik cruise canal (iaitu menyusuri tali air menaiki bot). Bayaran bergantung kepada masa. Euro 11 untuk sejam, dan Euro 13 untuk sejam setengah.

Cruise Canal
Pilihan kedua menaiki hop on-hop off bus. Dalam masa 24 jam, boleh turun naik bas sekitar bandar Amsterdam dengan bayaran Euro 16 untuk dewasa dan Euro 13 untuk kanak-kanak.

Disebabkan masa yang ada sangat singkat, kami mengambil keputusan untuk naik bas hop-on hop-off bus. Kesian juga dekat anak-anak kalau nak menapak jer sekitar amsterdam. Dalam kepala saya masa tu, nak pergi satu tempat jer tanda dah sampai ke Amsterdam, iaitu tempat ni...

Saya pun tak tahu nama tempat ni, cuma ikut orang jer. Saya akui, tak sempat buat research pun sebelum pergi ke Amsterdam. Nasib baik ada kawan yang siap print map dari google dan dapat juga jejak kaki ke sana. Ada tak mommies yang tahu nama tempat kat atas ni?

Ok, berbalik pada bas hop on-hop off. Lepas beli tiket, kami terus ke tempat yang dimaksudkan oleh si penjual tiket. Katanya kena baik bas dua tingkat berwarna merah di simpang lampu isyarat. Terus nampak bas tidak jauh dari kaunter kami beli tiket. Cepat-cepat jalan ke bas tersebut. Malangnya itu bukan bas utk syarikat yang kami beli. Bas tu kena tunggu tempat lain. Maka kami pun terus gerak ke kawasan yang dimaksudkan.

Sedang kami menapak ke tempat yg dimaksudkan, dah nampak bas tu baru nak beredar. Kena tunggu lagi 20 minit untuk bas seterusnya. Kami mengisi masa menunggu dengan membeli cenderamata dari kedai-kedai berhampiran. Murah juga fridge magnet kat sini.

Irfan juga posing dgn kasut gergasi
Lepas beli fridge magnet, terus ke tempat menunggu bas. Tak lama lepas tu bas pun sampai. Terus naik dalam bas. Disebabkan masa di kaunter tadi kami cuma diberi resit, pemandu bas yang menukarkan resit tersebut kepada tiket.


Kena jaga tiket ni elok-elok sebab ia perlu ditunjukkan kepada pemandu setiap kali nak naik bas.

Kakak posing atas bas
Adik pula gigih rujuk pamplet
Sebelum tunggu bas jalan, sempat lagi makan nasi bungkus yang dibekalkan. Bila naik bas, baru rasa lega sikit sebab dah tak rasa sejuk. Banyak juga gambar yang sempat snap sepanjang naik bas. Tapi banyak juga tak menjadi sebab hujan :(

Dalam 20 minit perjalanan juga baru sampai ke tempat yang dituju. Ia hentian yang kelapan. Dalam perjalanan tu, nampak juga bas lalu di kawasan zoo. Kalau masa lama, confirm dah bawa anak-anak masuk zoo :)
Bas yang kami naik
Giliran kakak pula naik stroller
Aisyah memang tak tahan sejuk. Kesian pula sbb tak pakai baju banyak lapis. Dah pakai tiga lapis pun Aisyah masih tak tahan.

Adik apa lagi, sangat seronok bila bebas berjalan ke sana sini. Siap babai kat ummi lagi bila nak snap gambar :)

Bersambung....

NuKilaN:
 

Wednesday, January 9, 2013

WW ::: I amsterdam

Gambar sekitar jalan-jalan di Amsterdam






Cerita lanjut dalam entry lain ya :)

NuKilaN:
 

Sunday, January 6, 2013

Rotterdam - Amsterdam (part9)

Perjalan dari Port of Rotterdam ke Amsterdam ambil masa satu jam tiga puluh minit. Sebelum bas bertolak, pihak urusetia dan membahagikan nasi dan air untuk makan tengah hari. Bukan main menggoda lagi bau nasi bungkus yang diagihkan. Setiap bungkus megandungi nasi putih, gulai daging,  tempe masak merah dan telur rebus. Terasa macam makan kat M'sia pula dengan nasi bungkus sebegitu, dahlah rasa nasi tu sangat sedap!

Dalam keboringan perjalanan menuju ke Amsterdam, saya mengambil peluang untuk merakamkan keindahan tempat orang dari atas bas.

Gambar signboard pun disnap
Jumpa kincir angin
Kami juga melalui Airport Amsterdam
Bila dah nak sampai dekat Amsterdam, saya teruja bila tengok begitu banyak basikal yang sedang parking di tepi jalan. Macam-macam jenis basikal yang ada. Mmg banyak sangat basikal yang mencuri perhatian. Apa lagi, terus snap gambar buat kenangan...

Basikal yg pelbagai
Sempat juga snap gambar makcik sedang berbasikal

Driver bas, "Kita dah menghampiri bandar Amsterdam. Enjoy your city sight around Amsterdam. Dari selekoh ini, jalan terus dan anda akan jumpa dengan beberapa tempat shopping yang menarik."
Pemandu turunkan kami di tengah bandar Amsterdam. Turun jer dari bas, nampak kompleks basikal kat depan Hotel Ibis ni...
Pihak penganjur mengambil kesempatan untuk bergambar beramai-ramai bersama banner program
Tempoh kami melawat Amsterdam agak singkat. Kami tiba dalam pukul 11 tengah hari, dan dalam pukul 4.30 ptg dah kena naik bas semula. Kisah jalan-jalan di Amsterdam dalam entry seterusnya :)

p/s: Entah bila nak habis catatan di bumi Belanda ni, rasa banyak sangat nak cerita sebagai kenangan. Terima kasih kepada mommies yang selalu singgah blog ni dan tak jemu tinggalkan komen. Ketahuilah, saya sangat menghargainya!

NuKilaN:
 

Wednesday, January 2, 2013

Aktiviti atas cruise (part7)

Sambungan entry Cruise Camp di tahun baru, 2013 :)

Disebabkan bilik cabin hanya sekangkang kera, maka kami banyak luangkan masa di luar cabin. Masuk bilik hanya untuk tidur. Bilik kami terletak di tingkat 10. Tingkat 8 dan tingkat 9 terdapat pelbagai jenis kedai untuk makan dan cuci mata. Ada juga playground untuk kanak-kanak yang terletak di tingkat 9. 

Aisyah posing di salah sebuah kedai
Jumpa coklat Daim kat kedai ni
Apa lagi, terus rembat tiga bungkus :)

Selain daripada coklat, saya juga beli pil untuk mengurangkan mabuk laut. Walaupun kapal yang kami naiki sangat besar, pergerakannya semasa dilambung ombak masih terasa. Bila duduk dalam masa yang lama kemudian berdiri, saya terasa berjalan sedikit huyung untuk mengimbangi badan. Nasib baik kedai tersebut ada jual ubat homopathy untuk mengurangkan mabuk laut @motion sickness. Semua anak-anak saya bagi makan supaya tidak muntah.

Lagi satu, kami lupa untuk bawa Europe plug. Nasib baik ada juga dijual di kedai tersebut. Dapat juga mengecas handset dan kamera yang telah kehabisan bateri. Apa yang menariknya, harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan. Harga di atas kapal lebih kurang sama dengan harga di darat - mereka tidak mengambil kesempatan ke atas org yg terdesak macam kami ni :)

Ini pula salah satu sudut playground
Kakak in action 
 Irfan pula jadi pirate
 Saya selalu nak tergelak tengok gambar ni
Anak-anak lebih banyak luangkan masa di playground.
Susah betul nak snap gambar mereka bertiga di playground
Kalau mommie perasan, di luar playground adalah Costa Cafe. Saya order dua biji pizza untuk anak-anak. Tapi mereka langsung tak sentuh kerana ralit bermain. Bila balik ke bilik, baru masing-masing sibuk mengisi perut sebelum tidur.

Bersambung....

NuKilaN:
 

Monday, December 31, 2012

Bilik Cabin Cruise (part6)

Selepas check in, kami terus gerak ke dalam kapal. Bila masuk dalam kapal, langsung tak rasa seperti berada dalam kapal. Lengkap dengan beberapa kedai untuk shopping, kedai makan dan juga cinema, Aisyah tanya, "Ummi bila kita nak naik kapal ni?". Saya jawab, "Kita dah ada atas kapal la ni." Aisyah bukan main seronok bila tahu dia dah atas kapal.

Sedikit kontroversi berlaku apabila saya menyedari bahawa bilik yang kami perolehi adalah 3 bilik yang berbeza dan agak jauh antara satu sama lain. Saya cuba mengadu masalah kami kepada anak kapal yang bertugas. Dia menyarankan agar saya ke Reception untuk mendapatkan bilik yang connected. Malangnya semua bilik dah fully booked. So permintaan saya tidak dapat dipenuhi. 

Agak sedih dengan keadan tersebut, namun terpaksa redha dengan ketentuan yang telah dibuat. Satu bilik digunakan untuk letak segala barang, dan yang lagi satu untuk Aisyah tidur bersama abahnya. Bilik barang tu kami tidur bertiga (Irfan, Danish dan ummi). Lagi satu bilik langsung tidak digunakan sebab jaraknya yang terlalu jauh.

Ni salah satu bilik kabin kami
Ada dua katil dalam setiap kabin
Siap dilengkapi dengan bilik air 
Juga shower room
Model saya posing depan cabin kami
Bilik-bilik cabin yg sgt banyak
Hampir 500 bilik cabin keseluruhannya atas cruise ini

Kabin kami tidak menghadap laut. Kalau nak upgrade ke cabin yang menghadap laut, kena tambah lagi GBP20 (dalam RM100) untuk semalam. Yang tak best nya, kena kemas semula bilik sebelum turun dari kapal pada esok pagi sebab semua bilik menghadap laut dah fully booked dari arah Netherland. So kami cuma simpankan saja impian nak stay di bilik yang menghadap laut (sebab mahal dan menyusahkan).

Kapal bertolak dalam pukul 8.00 malam dan dijangka tiba di Rotterdam, Netherland pukul 8.00 pagi waktu tempatan. Beza waktu UK dan Netherland adalah sejam. Waktu tempatan Netherland lebih awal sejam berbanding waktu UK. Agak terkejut bila dikejutkan yang kapal sudah menghampiri Port Northerdam padahal jam baru menunjukkan pukul 7.00 pagi (gara-gara malas nak pusing jam).

Adik masih sedap tidur
Adik tak sah kalau tidur tak nampak pusat
 Adik tidur kat atas, abang tidur kat bawah

Bersambung.....

P/S: Selamat tahun baru 2013 buat semua mommies :)

NuKilaN:
 

Sunday, December 30, 2012

Hull Ferry Port (part5)

Sementara tunggu bas datang untuk angkut kami semua ke Hull Port, layan anak-anak posing di foyer Guidhall. Banyak betul sculpture yang dipamerkan kat Guidhall ni....

Aisyah in action
Turn Irfan pula... Opps, sempat lagi kakak interprame
Mereka bertiga
Perjalanan dari Guidhall ke Hull port mengambil masa 20 minit. Setiba kami di port, Irfan jerit, "Ummi, tu ke kapal yang kita akan naik?", sambil tangannya menuding ke arah objek yang seakan-akan bangunan. Saya pun tak pasti dan cakap, "Eh, tu bangunan la".

Sejurus turun dari bas, anak-anak dah tak sabar nak naik atas kapal. Apa-apa pun, saya suruh mereka posing dulu depan bas yang bawa kami ke port.

Model sporting ummi
Bila turun dari bas, baru nampak dengan jelas "bangunan" yang saya katakan tadi. Memang betul tanggapan Irfan. Itu bukan bangunan, tapi kapal yang bakal kami naiki.

Sempat snap gambar cruise kami
Kemudian kami diberi arahan untuk check in di kaunter. Keutamaan diberi kepada keluarga yang membawa anak-anak kecil. Maka kami antara yang terawal dapat check in ke dalam cruise.

Kaunter check in
Antara peserta cruise camp

Bersambung....

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails