Showing posts with label UMT. Show all posts
Showing posts with label UMT. Show all posts

Tuesday, April 30, 2019

Panjat Bukit Maras

Kisah 11 April lepas.
Saya join aktiviti hiking Bukit Maras.
Dah lama simpan impian nak hiking Bukit Maras.
Bila Pusat Kesihatan Universiti (PKU) anjurkan, terus cari geng yang nak hiking sama2.
Mujur ada juga yg berminat.
Bila nak mendaki kali pertama, rasa lebih selamat bila ada doktor2 dan misi yg join sama.

Maka, seawal 7.30 pagi dah kena berkumpul di tapak konvo.
Saya sampai lambat sikit, dalam 7.40 pagi.
Mujur tak kena tinggal.

Turun bas, kena menapak sikit untuk ke tapak bukit.


Taklimat keselamatan oleh En Izham.
 Bergambar beramai-ramai sebelum mendaki.

Boleh tahan curam Bukit Maras ni.

Curam, kan?
 Memang kena hati hati especially semasa nak turun.


Lepas hampir sejam mendaki, Alhamdulillah kami berjaya menawan Bukit Maras.
Mission accomplished!

Thursday, November 16, 2017

Pertandingan mewarna

Sempena minggu penutup SUKIM, ada juga disediakan pertandingan mewarna utk kanak2.
Apa lagi, Irfan, Aisyah dan Danish terus join.
 Mereka bertiga..
 Ramai juga yg join..
 Aina? Tunggu kat luar dewan jer..
Alhamdulillah, ada rezeki mereka.
Irfan dapat no 2.
 Aisyah yang jadi juara.
Siap tempek gambar yg mereka warna kat opis.
Sekali dengan medal yg berjaya dirembat sepanjang SUKIM :)
Banyak juga aktiviti masa penutup SUKIM.
Lain kali lah saya cerita bila berkelapangan.

Tuesday, November 7, 2017

SUKIM 2017: Day 5

Hari khamis, game diteruskan lagi dgn bola tampar.
Game mula pkl 5.
Tapi hujan turun rintik2.
Dlm pkl 5.30 ptg, hujan dah reda jadi boleh mula main.


Untuk game bola tampar, team staf (P) berjaya bawa balik gangsa.

Team staf (L) yg sedang bertarung.
Game utk staf lelaki bersambung semula pada hari Ahad.
Game hari Ahad agak sengit.
Seronok tengok semangat kesukanan yang ditunjukkan.
Walaubagaimanapun, team staf (L) juga berpuas hati dengan pingat gangsa yang dibawa pulang.

Thursday, November 2, 2017

Pembantu Cilik Jaga Test

Minggu ni dah masuk minggu ke-7 kuliah.
Maksudnya dah pertengahan semester.
Tinggal lagi 7 minggu jer kuliah.
Tu yg agak bz seminggu dua ni sebab kena sedia ujian utk akses sejauh mana tahap pemahaman pelajar.
Lepas ujian, kena sedia soalan untuk peperiksaan akhir pula.

Semalam saya kena jaga test.
Lepas main SUKIM, terus ke pejabat untuk preparation test pula.
Aisyah dan Danish kata lapar lepas solat Maghrib.
Jadi suruh mereka keluar bertiga dengan abah untuk dinner.
Aina stay kat ofis dgn ummi.
Irfan juga tak ada sebab bermalam kat sekolah.
Hujung minggu ni dia ada game bola di sekolah.
Tu yang bermalam di sekolah untuk latihan bola.

Jadi tinggal Aina berdua jer dgn ummi di ofis.
Dalam pukul 8, saya dah ke dewan kuliah.
Angkut la si kecil ni.
Baik sangat dia semalam.
Mungkin juga sebab umpan saya menjadi.
Saya umpan dia dengan mixed fruit kering kat tangan dia tu.
Tengok lah, rileks jer duk kat depan dewan sorang2 sambil layan dried mixfruits.

Sebenarnya masa saya snap gambar ni, ada tragedi mistik yang sedang berlaku.
First time ada pelajar kena "ganggu".
Masa tu saya dah gelabah... mcm2 perasaan bermain di jiwa dan bulu roma pun asyik berdiri tegak jer.
Nasib baik ada beberapa pelajar postgrade yg datang bantu malam tu.
Mereka la cuba hubungi ustaz untuk buat rawatan.

Alhamdulillah, keadaan masih terkawal dan ujian dapat berjalan dengan jayanya.
Aina pun tak nak lepas peluang untuk jawapan soalan ujian Kalkulus :)

Perangai Aina ni pula... bila orang ramai dan tak hiraukan dia, maka dia sangat seronok explore keadaan sekitar.
Habis kabel dia cuba tarik.
Memang syok sgt la dia explore satu bilik kuliah.
Tak cukup dgn tu, siap menyanyi kecil lagi.
Mujur lepas tu abah call cakap dah siap makan.
Lega ummi :)

Wednesday, November 1, 2017

SUKIM 2017: Day 3

Tahun lepas, pernah saya tulis pasal SUKIM 2016.
Untuk tahun ni, SUKIM akan berlansung sepanjang minggu ni dan minggu depan.

Jadi mcm tahun2 lepas, bila mak ayah bersukan, anak2 pun ikut beriadah sama.
Kalau baca dari post tahun lepas, Aina ni boleh jer sapa2 jaga masa saya main.
Tapi tahun ni bila dia dah besar, mencabar juga la untuk main bila dia asyik nak melekat jer kat kaki.

Tengok la bila saya cuba lari sikit dari dia...
 Mula la buat2 nangis..
 Tapi bila kakak pujuk, pandai pula dia posing...
 Bukan boleh posing lama pun, lepas tu dia sambung balik berdrama..

Nampak sebaya jer mereka semua sebab semuanya lahir tahun 2016...
 Aina dah nak nangis masa ni...
 Kan dah kata.. Tak lama lepas tu terus drama air mata... huhuhu

Danish dan kawan2 pula main bola di bahagian belakang gelanggang..
 Lepas game habis, anak2 pula yang conquer court..
Hari ni sambung lagi main.
Tiap hari mesti mereka tanya, "Ummi, hari ni kita boleh main lagi tak?"
Seronok sgt kalau sy kata ada game.
Walau kadang2 tak main pun, saja datang bagi sokongan kat kawan2 yang main :)

NuKilaN:
 

Monday, October 30, 2017

Hujan tanpa henti

Dari pagi semalam hujan turun tanpa henti.
Dari pagi, hingga tengah hari berterusan hingga ke petang dan malam.
Pagi ni pun sama.
Masih lagi hujan..


Masa hantar anak2 ke sekolah pagi tadi, dah kena redah air beberapa tempat.
Dah banyak air yg "melintas" jalan.
Nasib baik anak2 dah habis peperiksaan akhir tahun semalam.
Dengan cuaca hujan dan gloomy mcm ni, tiba2 teringat kat Bradford, eh! hihihi

Sunday, August 27, 2017

Sambutan Hari Keluarga Merdeka 2017

Pagi semalam, bawa anak2 sertai hari keluarga UMT.
Hari keluarga yang dibuat serentak dengan sambutan kemerdakaan.

Anak2 pun tak lepaskan peluang untuk sertai kontinjen pembarisan PPIMG.







Lepas pembarisan, program diteruskan pula beberapa aktiviti sukaneka seperti pertandingan melukis/mewarna, pertandingan memasak menu sihat, pertandingan gigi cantik, dan mcm2 acara lagi.

Tuesday, August 22, 2017

Pulau Bidong

Kisah dua minggu lepas.
9 Ogos lalu, saya berpeluang ke Pulau Bidong.
Pulau Bidong ni salah satu stesen penyelidikan UMT.
Tapi saya ke sana bukan untuk buat penyelidikan pun.
Jadi AJK pengiring peserta MySec2017 untuk program Excursion.

Pukul 9 pagi dah berada di jeti Pulau Duyong.
Lepas semua sarapan, ada sedikit taklimat keselamatan.
The Do and Don't bila berada atas bot dan semasa di pulau.
Yang penting, kena pakai safety jacket dengan betul.
Risau pula bila sehari sebelum ke sana, ada beberapa pelajar yg bot terbalik di Kuala Besut.
Selesai taklimat, bergerak la ke jeti untuk menaiki bot.
Perjalanan dari Pulau Duyong ke Pulau Bidong mengambil masa lebih sejam.
Penatnya badan dilambung ombak atas bot.

Jeti Pulau Bidong.

Taklimat lagi kepada peserta tentang sejarah Pulau Bidong.

Suka sgt view kat sini...
Kaler air dan awan sangat cantik masa tu..




Dalam pukul 3 petang dah bertolak balik ke Pulau Duyong.
Dalam pukul 6.30 petang baru sampai rumah.
Memang penat tak terkata.

Ada satu pengalaman tak boleh dilupa masa ke sana.
Pipi saya "dicium" jellyfish semasa snorkelling.
Masa kena tu, mcm terkena renjatan letrik.
Terasa mcm kulit pipi disiat siat.
Cepat2 naik ke darat dan dapatkan rawatan.
Doktor yg bertugas semburkan bancuhan cuka.
Baru lega sikit.
Kemudian terus mandi dan tukar baju.
Lepas tu, doktor suruh apply calamine lotion pula utk kurangkan rasa gatal.
Habislah pipi saya jadi putih bila posing...
Hahaha, pipi sakit pun, tetap kena posing.
Kenangan sungguh!


Monday, May 22, 2017

Survivor Cooking

Aktiviti yang paling saya suka masa Program Teambuilding adalah aktiviti "Survivor Cooking".
Kami cuma diberi tiga ketul ayam, bawang merah, bawang putih, gula dan garam.
Bahan mentah lain kena cari sendiri.

Ikan kena pancing di sungai berdekatan.
Ubi kayu kena cari dalam hutan.
Begitu juga dgn serai, pandai, daun pisang, dan lain2... kena cari sendiri di hutan yg berhampiran.

Masa yang diberikan cuma dua jam.

Tiga lelaki setiap kumpulan kena pergi pancing ikan.
Banyak juga ikan segar yang dapat..
Ada patin, keli dan ikann merah.
Kumpulan kami pilih utk masak ikan keli.

Ni hasil setiap kumpulan selepas dua jam..

Kumpulan satu...
 Kumpulan 2...
Kumpulan 3...

Kumpulan kami menang untuk aktiviti ni.
Sedap tau chef kumpulan kami masak..
Sbb bukan saya chefnya... hahaha
Kalau saya yg jadi chef, mmg hancuss semua tak boleh makan agaknya.

Tapi serius sedap... ikan keli yang segar tu cuma buat sup.
Kena sangat cicah dengan air asam markisa...
Kejap jer licin semua makanan yg dihidangkan :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails