Showing posts with label Aida. Show all posts
Showing posts with label Aida. Show all posts

Thursday, April 6, 2023

Lukisan Aida

Umi, cantik tak Aida lukis?
Mesti lah cantik, meh umi ambil gambar. Balas saya sambil capai telefon.

Senyum.
Entah kenapa stail senyum senget pulak dah.

Tuesday, April 4, 2023

Berebut basikal

Aida dan Husin sepupu sebaya.
Langsung tak bagi peluang kat Husin naik basikal dia.
Garang sungguh!

Thursday, March 9, 2023

Shopping time!

Salam Khamis.
Cepatnya dah Khamis.
Rasa macam baru lagi tolak troli shopping hujung minggu lepas.

Lepas shopping, terus pau naik menda alah ni.

Esok dah cuti.
Yeay.

NuKilaN:
 

Wednesday, March 8, 2023

Kembar ke ni?

Firas cuba uniform sekolah.
Aida pun sibuk nak cuba sekali.
Geram kan tengok muka Aida tu?

Suruh pakai tudung tak nak.
Tetap nak pakai songkok.
Nampak macam sebaya pulak.
NuKilaN:
 

Wednesday, March 1, 2023

Sulung dan bongsu

Tadi terjumpa gambar ni masa scroll gambar dalam galeri.

Gambar raya masa PKP.
Baby sangat Aida masa ni.
Dengan mata bulat lagi.

Hari ni si sulung ada paper Fizik.
Harapnya dipermudahkan urusan Irfan.
Dapat jawab dengan baik. 
Aaminn.

NuKilaN:
 

Wednesday, June 17, 2020

Hari ke 45

Hari ni Aida dah 45 hari.
Maksudnya cuti bersalin ummi juga berbaki lagi 45 hari.



Semalam baru buat surat beranak dan myKid.
Aida ni berat lahir 2.89 kg.
Timbang masa 20 hari dah naik 3.3 kg.
Masa umur 41 hari, berat dah 4.25 kg.
Uish, patut la rasa lenguh dah bila dukung lama2.
Moga terus membesar dengan sihat yer Aida 😀

Monday, June 1, 2020

Kelas Online yang terakhir utk semester ini

Dah lama tak buka Google Classroom (GC).
Sepanjang tempoh working from home (WFH), kelas juga 100% dijalankan secara online.

Ikutkan saya dijangka bersalin 23 Mei, iaitu sehari sebelum raya.
Tapi baby nak keluar awal.
4 Mei dia dah keluar.
20 hari awal dari due.

Pagi 4 Mei tu juga saya adakan kelas online yang terakhir.
Dan esoknya saya rancang nak adakan kuiz yang terakhir, iaitu Kuiz 5.
Tapi terpaksa update GC pada sebelah malamnya...

Masa duk ngajar tu, dah rasa juga baby asyik mengeras jer.
Ingatkan baru braxton hicks sbb baru 37 minggu.
Dalam tgh hari, kebetulan misi ada buat ad hoc home visit.

Masa misi check perut tu, dia kata dah ada strong contraction.
Baru la call hospital boleh ke nak jumpa doktor.
PA doktor kata boleh ke hospital selepas pkl 2.
Jadi baru la saya berbuka puasa dan bersiap apa yang patut sebelum ke hospital.

Oh ya, kali ni saya dah booking hospital swasta sbb perintah PKP.
Tak nak bersalin sorang2 kalau kat spital goverment.

Sampai skrang tak buat lagi Kuiz 5.
So, ada empat kuiz aje la untuk semester ni.
Para pelajar pun ramai dah email tanya carry marks.
Haish, kena siapkan carry mark ni.
Baru boleh berpantang dengan tenang.

Tapi mencabar juga nak buat kerja dalam pantang ni.
Baru buka komputer, baby dah buka mata... huhuhu




Related Posts with Thumbnails