Sila klik link bawah...

Showing posts with label Visitors. Show all posts
Showing posts with label Visitors. Show all posts

Wednesday, June 15

Thank you buat semua followers

Salam.
Selamat malam semua.
Dah bersawang2 blog tak berupdate..
Maaf ye semua tuan rumah tersangat la sibuk..


Minggu ni penuh dengan mesyuarat. Petang tadi mesyuarat Acara Akhir Sebelum Sukan dan pada hari esok perlu menghadiri mesyuarat post mortem PMR. Sabtu ni dapat lagi tugas baru. Nur perlu mengendalikan LDP Kursus Membina Blog buat guru2 di sekolah. Minggu hadapan bakal menyusul mesyuarat post mortem SPM, acara akhir sebelum sukan dan Hari Terbuka.. 30 Jun nanti bakal berlangsung Hari Sukan. Padat sungguh program di bulan Jun ni.

Anak2 muridku yang cukup rajin hadir kelas tambahan..
Dari kiri : Yusni Fatin, Farah Nadia, Syafiqa dan Jamilah.. Tahniah sebab dapat hadirkan diri.. Cikgu doakan kalian berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti..

 
Kelas tambahan pada hari semalam masih terus berjalan seperti biasa walaupun kehadiran sangat tidak memuaskan.

Credit picture : here


Namun, terasa seronok sangat hari ni sebab Kak Ummi Rosma ada tinggalkan mesej yang beliau dah mencuba resepi Bonda Nur ( ayam goreng masak kicap lada hitam) dan dah buat entri khas dalam English untuk dikongsi dengan rakan-rakan blog beliau. TQ sis.. Seronok sangat..

Buat semua yang sudi menjadi follower blog Nur, terima kasih diucapkan..
Angka yang cukup cantik.. 333.
Nur amat menghargai kunjungan kalian. Ada kesempatan Nur datang ziarah blog2 kalian pula ye.

Terima kasih atas kunjungan anda semua.

Ok, Nur masih perlu menyiapkan post mortem peperiksaan pertengahan tahun untuk mesyuarat esok.
Jumpa lagi nanti.



Print screen sehingga jam 11.27 malam, 15 Jun 2011.

Terima kasih buat semua follower blogku...

Sunday, March 27

Thank you to all visitors & followers

Salam.
Terima kasih diucapkan pada semua yang sudi singgah di blog ni.. Jumlah follower dah pun bertambah iaitu seramai 277 orang. Terima kasih buat semua. Nur sangat menghargai setiap komen yang diberikan oleh teman2 blogger dan akan cuba untuk membalasnya setakat yang mampu.

Hari ni Nur perlu ke sekolah untuk "Majlis Anugerah Kecemerlangan" dan bertugas sebagai AJK Fotografi dan Dokumentasi. Pelajar2 yang cemerlang dalam semua tingkatan, cemerlang dalam keputusan peperiksaan PMR 2010 dan SPM 2010 serta guru-guru yang menyumbang jasa dan bakti kepada sekolah akan diraikan pada majlis ini. Nur pun akan naik ke pentas juga... :)
Credit picture : here

Akhir kata.. semoga ikatan persahabatan yang terjalin akan berpanjangan.
Jumpa lagi nanti.
Cantik tak angka ni.. 22022.. (Jumlah pengunjung pada 22 Mac 2011)

Ini yang terkini jumlah pengunjung & follower sehingga jam 6.25pagi, 27 Mac 2011.
Angka yang sangat cantik.. 22222.. & bilangan follower seramai 277 orang.

Pada semua follower, terima kasih banyak... (ada beberapa orang yang tiada link di dalam profile dan tak dapat nak dijejaki..)


Credit picture : here

Monday, December 20

Jumlah pengunjung dah 17777.... Terima kasih semua atas kunjungan...


Salam buat semua,
Takde apa yang nak diceritakan hari ni cuma Nur nak ucapkan terima kasih pada semua pengunjung yang datang ke blog yang tak seberapa ni.. Hari ni angkanya cukup cantik.. 17777 pada jam 3.20 petang tadi.. Kebetulan Nur memang suka no. 7..

Terima kasih semua...

Pada yang sudi tinggalkan komen, terima kasih banyak2. Ada kesempatan, Nur akan balas komen anda tu..

 Jumpa lagi..

Monday, May 24

10 000 ribu pengunjung Blog Cetusan Rasa

Wahhh...!! Dah 10 000 pengunjung... seronoknya...
Terima kasih atas kunjungan anda semua...

Sunday, May 23

Bilangan pelawat blog sehingga 23 Mei 2010




Salam buat semua,
Apa khabar semua? Tentu ramai yang tertanya-tanya ke manakah menghilangnya Nur... Nur mohon maaf kerana telah sekian lama menyepikan diri atas kesibukan menjalani tugas2 seharian. Tak sempat untuk luangkan masa untuk menziarah teman2, almaklumlah Nur memegang kelas peperiksaan.

Diam tak diam, Nur baru perasan yang blog Nur yg tak seberapa ni telah dikunjungi oleh hampir 10 000 pengunjung sejak 11 Jun 2008. Terima kasih kepada yang sudi berkunjung ke blog ni. Semoga Nur sedikit sebanyak berkongsi dengan anda semua perkara2 yang baik dengan anda semua.

Terima kasih atas sokongan anda semua dan kesudian anda berkunjung ke blog ini.

Buat semua teman siber Nur.. Semoga ukhuwah yang kita bina akan berkekalan. Ada masa Nur akan ziarah blog anda semua ye..!! Nur rindu pada anda semua...


Glitter Graphics - Topglittergraphics
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...