Sila klik link bawah...

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Tuesday, November 15

Bersyukur Walau Sedikit


Kredit pic FB

Saturday, September 6

Fokus dan Ikhlas



Kredit gambar : Fb Modest culture



Salam sejahtera buat semua rakan blogger yang masih mengingati diriku...

Maaf kerana begitu lama menyepikan diri... (perghhh sedar tak sedar dah hampir 4 bulan lamanya...aduhai.....)
Tiada apa yang menarik untuk dikongsikan. Bulan berganti bulan, blog terbiar tanpa entri... Sedih juga mengenangkan.. :(
Bila ada masa terluang, Nur ada jua menjengah blog rakan2 namun tidak meninggalkan komen.

Musim peperiksaan telah kembali... sekejap je kan dah masuk bulan September... Bagi pelajar SPM ada berbaki 2 bulan sahaja untuk mempersiapkan diri.. Cikgunya juga dah tak senang duduk..



Bila bercerita pasal kerja, memang banyak lagi tugasan yang masih belum kusiapkan. Menanda kertas Peperiksaan Percubaan juga belum berkesudahan. (gambar di atas tu menceritakan segalanya...). Berehat sekejap menulis entri pendek ni dan edit background blog sebelum menyambung kembali kerja2 menanda kertas...

Akhir kata, sebelum Nur mengundur diri, Nur ingin ucapkan terima kasih atas kunjungan rakan2 di sepanjang tempoh Nur menyepikan diri. Nur doakan agar rakan2 blogger yang pernah Nur kenali dalam keadaan sihat dan ceria di samping keluarga tersayang. InshaaAllah jika ada kesempatan Nur akan kembali aktif semula.. Take care ye.. Wassalam.

p/s : Pada Kak Zakie, Nur pun rindu akak jugak... Entah bila kita dapat jumpa lagi kan...

Suka sangat lagu Dato' Siti Nurhaliza ni...Sedap kan... so layannnn....





Saturday, December 14

Buat renungan semua



Friday, December 6

Dr Asri : Rintihan Nabi Ayub as

 
Kredit : paradisewoodPERLIS2
 
[Entri berjadual]
 

Tuesday, November 19

Al-Fatihah buat Ahmad Ammar...


Kredit : GTPD (Akaun Youtube)

Moga perjuanganmu diberkati Allah.. Amin
 
Kredit : Blog Ustaz Hasrizal
 
Published with Blogger-droid v2.0.10

Perjuangan seorang pemuda bernama Ahmad Ammar

 
 
Kredit : soulhunter786 (Akaun Youtube)
 
 
 
Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, July 22

Keindahan Masjidil Haram Mekah dan Kaabah Serta Video Buat Renungan Kita Semua

 
Masjidil Haram Mekah.
 


 
 

 
Waktu siang
 
 

Waktu malam

 
Pemandangan di siang hari.
 
 
 
 Pemandangan di waktu malam.
 
 


Subhanallah.. Tiada tempat yang indah di dunia ini selain rumah Allah SWT.

 




Maaf mungkin gambar2 di atas pernah dipaparkan di blog ini satu ketika dahulu...



p/s : Memang sengaja mengimbau kenangan sewaktu di Tanah Suci pada tahun lepas..

Sangat tersentuh tatkala menonton video di bawah.. Betapa Rasulullah SAW mencintai umatnya.. Sama-samalah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan kita Rasullulah SAW. Semoga kita akan mendapat syafaat daripada Rasulullah di akhirat kelak.... Insha Allah

 
 
 
Kredit : HappyCircleSoton (Akaun Youtube)
 

Saturday, April 27

Mengingati Mati


Kredit gambar Google search


Kredit gambar dari blog http://seindahcintaislam.blogspot.com

 
 
 

Thursday, November 22

Doa Untuk Dikongsi



"Ya Allah, berikanlah cintaMu kepada ku dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMU dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu."

Doa ini dikongsikan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dalam entrinya "Sunyi sekeping hati" (Ini link blog beliau.)
 
p/s : Sering tersentuh dengan entri2 yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Moga ianya dapat dijadikan iktibar buat kita semua.

Saturday, October 20

Zikir

Sumber : Fb



Friday, October 12

Surirumah


Sumber : FB

Saturday, October 6

Bangga


Thursday, October 4

Saturday, September 29

Friday, September 28

Sunnah-sunnah dan Adab-adab Hari Jumaat


Kredit : FB

Saturday, September 22

Marilah Kita Mengejar Syurga


 
Kredit FB
 
Salam buat semua,
Apa khabar rakan2 semua? Nur harap semuanya sihat belaka dan ceria di samping keluarga tercinta. Malam ni Nur sempat blogwalking blog rakan2 blogger. Nur merasa tertarik dengan perkongsian ilmu oleh rakan maya Nur, Kak Aziela  dan ingin berkongsi dengan rakan2 semua. Nur pernah bertemu dengan beliau ketika Majlis malam Penyampaian Hadiah GA woww 1001 giveaway anjuran  Kak Ida,
 
Tazkirah ini disampaikan oleh Ustaz Abdul Hadi Kamil bin Mohd Shariff.
 
 
1) Kalau nak tolak bala, katanya tak perlulah jumpa bomoh. Sedekah seikhlas mungkin sebanyak yang mampu kerana Allah, Insyaallah Allah peliharakan kita dari sebarang ancaman. Maka dengan itu, Insyaallah panjang umur kita. Melainkan telah tertulis kita 'pergi' awal. Tapi siapa yang tahu bila hari matinya? Itu semua rahsia Allah. Kita sebagai manusia, hanya berusaha sebagaimana yang di sarankan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
 
 
2) Rasulullah juga ada menasihatkan umatnya untuk 'mengejar' syurga. Bagaimana nak dapatkan syurga? Secara ringkasnya ialah 'Amal Ma'ruf Nahi Mungkar. Amalan yang baik dan Jauhi Kemungkaran. Segala2nya haruslah disertai dengan niat kerana Allah, kerana Rasul dan kerana agama. Apa sahaja gerak dari kita, lahiriah, batiniah mahupun sekilas detik dalam hati, semuanya harus bermula dengan niat yang baik. Innamal A'malu BinNiaat. Sesungguhnya Amalan kita Dengan Niat (yang baik).

- Realiti zaman sekarang, kalau derma RM50 kedalam tabung masjid, kita rasa BESAR sangat. Tapi beli kasut kat Jaya Jusco harga RM200.00 kita rasa sangat berpatutan. Subhanallah.

Sedangkan, kata Ustaz Kamil, masa sebelum Perang Tabuk di zaman Rasulullah s.a.w. dulu, Sayyidina Abu Bakar senyap2 balik ke rumah dan bawa satu uncang berisi 40,000 dirham dan diletakkan di pangkuan Rasulullah s.a.w. Sehingga Rasulullah s.a.w. teragak2 untuk mengambilnya kerana mengethaui bahawa itu jumlah keseluruhan harta Sayyidina Abu Bakar. Bila Rasulullah s.aw. tanyakan..

"...apakah yang kamu tinggalkan untuk anak isterimu?.."

Jawab Sayyidina Abu Bakar : ".....aku tinggalkan mereka dengan Allah dan Rasulnya..."
 
*** Petikan ini daripada entri Kak Aziela  bertajuk Petua tolak bala dan panjang umur. Terima kasih banyak buat Kak Aziela di atas perkongsian ilmu ini.  Nur panjangkan entri akak di dalam blog ini.


Itu sahaja untuk kali ni. Semoga apa yang Nur kongsikan dapat memberi peringatan untuk diri Nur sendiri dan memberi manfaat untuk semua.

Selamat malam semua.

Sekian wassalam.

Thursday, September 13

Berikanku Peringatan


Kredit FB

p/s : Buat Kak Aziela, resepi ikan kukus akan Nur kongsikan, Insya-Allah hujung minggu ni. Sabar ye... :)
 
 

Thursday, August 30

Senyum

Kredit FB

Tuesday, August 14

PERIHAL SANTAU

 
Kredit buat sunnahrasul
(Akaun Youtube : http://www.youtube.com/user/sunnahrasul?feature=watch )

 
Kredit buat 0179999999
(Akaun Youtube : http://www.youtube.com/user/0179999999?feature=watch )
 
 
p/s : Kasihan melihat pesakit ini. Semoga Allah menjauhkan dan lindungi kita daripada perkara2 seumpama ini. Berdosa besar bagi mereka yang membuat santau (selepas menyembah berhala). Dosa orang yang disantau atau yang dizalimi itu akan dapat pada dia dan pahala orang yang melakukan santau akan diberi pada si mangsa.

Entri kuih raya akan Nur update nanti. Rakan2 dah banyak buat kuih raya? Nur tak pasti lagi nak buat berapa jenis. Setakat ni baru buat choc chips cookies sebanyak 2 1/2 adunan. Kakak Nur order satu balang.

Ada sesiapa nak order ke? Maaf ye, setakat hari ni Nur tak ambil tempahan.
Ok selamat bersahur semua. Wassalam.




Sunday, August 12

Doa Anak Yang Soleh - Ustaz Kazim Elias


Kredit buat alongkeramat1

p/s : Tazkirah di pagi Ahad..

Beruntung pada mereka yang dikurniakan ramai anak. Didik anak elok2 supaya menjadi penyumbang pahala dalam kubur. Jika anak itu mati kita kecil, ibu bapa akan dapat manfaat ketika hari kiamat. Dengan syarat, anda redha akan pemergiannya.

Namun jika tiada rezeki tiada anak/ waris, kita hendaklah :
1. Berdoa sendiri. Semasa hidup tulis wasiat bagi harta untuk diwakaf.
2. Banyakkan amal jariah seperti bersedekah fakir miskin, anak2 yatim & pelajar2 tahfiz Al-Quran, serta banyakkan wakaf semasa hidup.
3. Hafal Al-Quran
4. Beramal soleh seperti banyakkan membaca Al-Quran
5. Gunakan harta ke jalan kebaikan.

Bagaimana kita nak pastikan anak2 kita akan mendoakan kita apabila kita telah mati?
Adakah kita berdoa pada arwah bapa kita sekarang, insya-Allah anak kita akan mendoakan ketika kita menjadi arwah. Rajin-rajinlah ziarah ke kubur arwah ayah/ibu kita sekarang.

Amalan yang boleh memberi pahala berkekalan di alam kubur.
1. Sedekah yang diwakafkan.
2. Ilmu yang memberi manfaat.
3.Tuntutlah ilmu atau pengajian yang boleh memberi manfaat, jangan yang sia-sia.

Tanya diri kita sendiri, berapa banyakkah sedekah @ wakaf yang telah kita buat semasa hayat kita?

Sekian, apa yang baik datangnya dari Allah. Ingatan ini juga untuk diri Nur sendiri.
Moga rakan2 turut mendapat manfaat.

Sekian, wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...