Sila klik link bawah...

Showing posts with label Wishes. Show all posts
Showing posts with label Wishes. Show all posts

Thursday, May 16

Hadiah dan Kad Ucapan Hari Guru 2013

 
Salam buat semua.
Hari ini telah berlangsungnya sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Amat terharu dengan pemberian ikhlas dari anak2 didikku. Terima kasih buat semua anak murid cikgu da ex-student atas pemberian hadiah dan ucapan sama ada secara bertemu empat mata, di fb dan juga kiriman sms.
 
Cikgu hargai pemberian hadiah dari kalian semua. Sayang kamu semua!
 
Terima kasih juga buat semua guru yang pernah mendidiku. Semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan cikgu. Jasamu akan kukenang hingga ke akhir hayat.
 
 
Pada semua rakan blogger yang bergelar pendidik (Kak Sal, Kak Whitecappucino @ Kak Nor, Kak Zana, Kak Mulut Payau, Kak ibuintan, Kak Kartini, Kak ckLah @ Kak Ramlah, ciklaili @ Kak Laili, Kak Sonata anak kancil, Kak Normah @ klcitizen, Cikgu Naman, Kak Isza, Dahlia, Cikgu Nurin, Kak UmmiRosma (Brunei) dan lain2.. maaf jika ada yang tertinggal... )
Nur ucapkan "Selamat Hari Guru". Semoga segala jasa dan pengorbanan kalian mendapat ganjaran setimpal di sisiNya.. Inshaa Allah.
 

Hadiah dari KEBIRUS
 
 
Hadiah dari anak didikku di Tingkatan 4
 
 
Brooch sebelah kiri merupakan pemberian ex-student yang belajar di Sabah dan di sebelah kanan dari anak muridku di Tingkatan 4.
 
 

Kek sumbangan pelajar buat guru2 di sekolahku.

 
Satu lagi kek sumbangan pelajar buat guru2 di sekolahku.
 

Kek ketiga sumbangan pelajar buat guru2 di sekolahku.

 
Kek dari Kelab Bilik Guru sekolahku... (Nota : Ini bukan jariku... )
 
 
Hadiah buat diri sendiri.. (sempat juga menukar casing hp sempena Hari Guru.. hehe)
 
Cantik tak?
 
 

 
Opss terlupa pula.. Malam semalam, Nur telah berjaya jadi Johan Kategori Cikgu Wanita sempena Pertandingan Bowling anjuran KEBIRUS di Top Bowl Skudai Parade. Ada improvement, last year kalau tak silap cuma dapat no.3. Tapi hadiah hujung tahun baru dapat.. Aduhai lamanya nak kena tunggu...
 
Pagi tadi daku terlibat dalam pasukan bola jaring cikgu2. Kami cikgu2 berjaya kalahkan pasukan yang terdiri dari ex-student dan pelajar2 menengah atas dengan jaringan 8-0. Hebat kan.. (3 daripada mata tu Nur yang jaringkan.). Teringat zaman sekolah dulu. Mandi peluh juga tadi... :)
 
 
 
Berikut adalah antara kad ucapan Hari Guru yang ada di wall fbku...
 
 
 
 
 

 
Terima kasih juga buat semua follower yang sudi singgah dan bertandang ke blog ini.
Suka angka ni 777
 
 
 
 Beberapa entri lama di blog ini yang dapat tempias sempena Hari Guru.
 
Kad Ucapan Hari Guru - Tahun 2012
 
 


Jumlah entri pada 16 Mei 2013 berjumlh 1313 entri..


Wednesday, August 15

Persiapan Akhir Menjelang Raya

Salam buat semua,
Apa khabar semua? Hari ni merupakan hari terakhir persekolahan. Tentu ramai yang akan pulang bercuti ke kampung. Hati2 memandu ye buat rakan2 yang pulang ke kampung halaman pada hari ini atau esok. Nur sibuk membuat kuih raya lagi hari semalam dan menyambungnya pada malam ini.

Di kesempatan ni Nur mohon maaf andai ada salah dan silap. Selamat Hari Raya buat semua rakan2 blogger, pengunjung2 blog Cetusan Rasa dan semua followers blog ni. Maaf zahir & batin. (jangan malu2 ye, silalah ambil kad raya dari Nur ni..)

Sekian dahulu, jumpa lagi semua.





Kredit kad raya percuma :  rujuk DI SINI




Hasil shopping hari di JJ Tebrau City dan pasaraya SAKAN pada hari Isnin lepas.


Antara barang2 yang Nur beli.


Bekas2 plastik beli di SAKAN,

Periuk belanga.. Ada jualan murah,

2 periuk di atas berharga RM199.00



Periuk jenama HORSE.

Saturday, June 16

Especially for Kak Kartini & Kak UmmiRosma : Thank you for our friendship

Salam buat semua,

Terharu sangat bila dapat tahu yang rakan blogger Nur, Kak Kartini buatkan banner khas untuk Nur. Sebenarnya Nur cuma bertanyakan cara2 nak buat diblognya.

Ini bannernya...




Cantik sangat. 

TQ sis.. I really love it!!!

Pada yang nak belajar buat banner kelip2 boleh klik di SINI. Tuan punya tutorial banner kelip2 bergerak2 ni ialah Cik Tom ( klik di SINI )

Dan hari ni juga Nur dapat mesej dari rakan blogger yang nun jauh di Brunei, Kak UmmiRosma yang dia buat entri khas tentang cubaan pertamanya memasak juadah asam pedas batang keladi

Ini hasil air tangan beliau.


Kredit blog Kak UmmiRosma


Beliau memang rajin mencuba resepi2 yang Nur kongsikan diblog dan pernah mencuba resepi biskut chocolate chips. Ini entri beliau. 

Terima kasih kak kerana sudi mencuba!

2 persamaan yang sama antara mereka berdua, iaitu Kak Kartini dan Kak UmmiRosma kedua-duanya ialah Guru Sains. 

Buat Kak Kartini dan Kak UmmiRosma,

Terimalah kad ini sebagai tanda terima kasih.



Credit  picture : HERE



Thank you for our friendship
For it means so much to me,
Your kindness and understanding
And loving ways you share so free.

Thank you for being beside me
When I needed someone that cared,
And thank you for all your loyalty
For the times together we shared.

Credit Poem : HERE






Tuesday, June 12

My 4th Blog Anniversary


Salam buat semua,
Semalam genap 4 tahun Nur berkecimpung dalam dunia blogging. Hampir terlupa dengan tarikh ni.. Hmmm sekejap benar masa berlalu dan memang tak dijangka yang  lama juga Nur membangunkan blog yang tak seberapa ni untuk tatapan rakan2 semua. Moga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat untuk semua. 

Sepanjang tempoh itu, memang ramai rakan yang Nur kenali dan tanpa jemu sering singgah serta meninggalkan komen di dalam blog Nur ini bukan sahaja blogger dari Malaysia malah blogger yang menetap di luar negara seperti Amerika, Jepun, Brunei dan Singapura. Walaupun kami tidak pernah bersemuka di dunia nyata namun perkenalan di alam maya begitu bermakna sekali. Nur merasa sangat terharu di atas komen2 membina, sokongan, kata-kata perangsang, nasihat dan tunjuk ajar dari rakan2 blogger yang sangat budiman yang ternyata menyerikan hari2 Nur. Mereka bukan sahaja sudi bersahabat malah turut berkongsi ilmu dengan hati yang ikhlas. Nur doakan semoga Allah memberikan ganjaran buat anda semua di atas kebaikan yang pernah anda buat selama hari ini. Amin

Pada rakan2 blogger yang kerap ke blog Nur dan semua followers, sudilah kiranya menerima kad yang tak seberapa di bawah ini tanda terima kasih di atas sokongan dan persahabatan kita.




Inilah kadnya.... (sudi-sudikan mengambilnya.. )






Friendship Comments

Magickal Graphics


Moga ukhuwah yang terjalin akan berpanjangan.

Sekian, wassalam.

Terima kasih semua..



Tuesday, December 7

Happy Anniversary

Credit picture Google

To Abang Ngah and Kak Ijat,
Happy Anniversary and may your marriage be blessed with love, joy and companionship for all the years of your lives!

Tuesday, November 23

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2010


Salam untuk semua, tibalah harinya...

Selamat Menduduki SPM
kepada semua anak2 didikku di tingkatan 5.

Doa dan restu cikgu sentiasa mengiringi langkah kalian.


[Baca doa berikut (surah Al-Kahfi:ayat 10) tatkala hendak mula menjawab dan ketika dalam kebuntuan]




Monday, October 18

Selamat Hari Lahir buat teman-temanku



Selamat Hari Lahir buat Kak Aishah, Kak Ruhaizun & Dalilati..
Semoga kalian dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta berbahagia di dunia & akhirat...

Sunday, October 10

Persandingan Kayangan..

Persandingan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersama pilihan hatinya Dr Halina Mohd Yunos...

Tentu ramai yang sedang menonton siaran langsungnya di kaca televisyen...

Untuk melihat gambar pernikahan, klik di SINI.

"Selamat Pengantin Baru buat pasangan bahagia Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Halina Mohd Yunos.."




Upacara potong kek..

Sunday, September 5

Salam Aidilfitri buat semua...

Salam buat semua..
Ditujukan khas buat teman2 siber Nur dan tak lupa buat semua pengunjung blog Cetusan Rasa, sudilah kiranya menerimalah kad tanda ingatan dari Nur untuk kalian semua yang tak seberapa..

Walaupun perkenalan hanya di alam siber, tapi kehadiran anda semua cukup bermakna dan menceriakan diri ini.
Terima kasih atas segalanya..
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, semoga kalian bergembira di samping keluarga tercinta..

Kad Raya dari Kak Alongroz

Salam buat semua,

Bahang Aidilfitri dah semakin dekat.. Ramai di kalangan teman2 blogger yang dah pun pulang ke kg halaman masing2.. Ramai juga yang sedang rancak membuat kuih raya... Rajin betul mereka..antaranya Kak Inahar, Kak Dzana, Kak Hana dan Ika..

Nur ucapkan terima kasih buat Kak Alongroz yang sudi menitipkan kad raya sebelum beliau berangkat ke kg halamannya..

Terima kasih kak.. Selamat Hari Raya buat akak sekeluarga..


Tuesday, August 31

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


Lagu 1 Malaysia

Tuesday, August 10

Dah ada watermark sendiri... Rekaan Sha @ Whitey Mommy

Salam buat semua,

Hari ni Nur telah menerima watermark hasil rekaan Sha atau nama gelarannya Whitey Mommy... Watermark ni Nur memang berkenan sebab Nur memang meminati warna pink & purple..

Tak sangka pula yang hari ni juga ialah Hari Lahir tuan punya blog iaitu Sha. Kak Nur ucapkan "Selamat Hari Lahir buat Sha"..

Semoga Sha dikurniakan kesihatan yg baik dan rezeki yang melimpah ruah..

Hari ni juga merupakan pelancaran blogshopnya. Siapa yang berminat dengan beg bolehlah datang ke blogshop milik Sha. Klik SINI. Tahniah buat Sha..

Sha, terima kasih banyak sebab dapat berikan layanan dan hasil watermark yg cantik untuk Kak Nur. Terimalah kad ucapan khas untuk Sha.. (angkut ye nanti..) hehe

Salam perkenalan dari Kak Nur...

p/s : Inilah 2 watermark yang Nur tempah dengan Sha... cantik tak???


Anak saudara Nur, Naqiu sedang tersenyum riang bermain belon.



Yippiee.... belon2 menggambarkan hati Nur yg sangat gembira sebab dah memiliki 2 watermark sendiri.. hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Kids Birthday tickers

Klik...Klik...